Bab 32

Romance Completed 51617

Bab 32

Sebaik sahaja tiba di pejabat,Suzie seperti biasa menerangkan segala urusan yang perlu diuruskan hari ini.Dalam masa yang sama,Adam terpaksa menggantikan papa untuk menghadiri dua pertemuan penting.Satu sewaktu makan tengahari dan satu lagi jam lapan malam.Ini bermakna sepanjang hari ini dia terlalu sibuk.

"Suzie,nanti bawakan saya list agensi pembantu rumah yang saya minta semalam.Top list ok".Pinta Adam Harris.Selagi tidak dapat penganti Yanti,makin pening Adam.

"Baik Tuan Adam.Nanti saya siapkan top list."Ujar Suzie sebelum keluar dari bilik majikannya.

Jam menunjukkan pukul dua belas tengahari,Adam mengemaskan mejanya biar tampak kemas dan rapi.Sesudah itu,dia melangkah keluar dari kamar pejabatnya.Pertemuan dengan Dato Albert jam satu tengahari di Concorde Hotel Kuala Lumpur adalah disebabkan urusan projek kerjasama.Baru sahaja Adam hendak keluar dari lif di lobi,Linda berdiri betul-betul dihadapannya dengan senyuman manis.

Berani kau tunjukkan muka depan aku waktu begini.Jika diikutkan hati aku,mau sahaja aku maki cukup-cukup,biar dia sedar dari mimpi siang hari.Adam tidak mengendahkan langsung Linda.Saat tangan Linda cuba memegangnya,segera ditepis dan berlalu pergi.Linda merenungnya dengan hati yang semakin panas.

******

"Hello Dato,Thanks for coming."Sambut Adam Harris sebaik sahaja melihat Dato Albert.Lelaki berdarah campuran,kacukan cina dan india.Walaupun telah berusia lima puluhan namun masih tegap tubuh badannya,masih segak bergaya berpakaian kot.Dia bersyukur kerana diberi peluang begini dan juga Dato Albert sudi untuk berurusan dengannya.Mereka berjabat tangan.Adam mempersilakan tetamunya duduk.

"Bagaimana keadaan Datin Suri?"Tanya Dato Albert.

"Mama beransur pulih,cuma masih kene teruskan terapi."Balas Adam.

"Tak mengapa,Mama kamu seorang yang sangat kuat.Pasti dia akan pulih seperti dulu."Mendengar kata-kata Dato Albert,Adam Harris mengaminkan dalam hati.Memang itulah harapannya agar mama kembali seperti sedia kala.

"Ok,Dato.Boleh kita mulakan sekarang."Kata Adam memulakan misi utama pertemuan mereka tengahari itu.Sambil menikmati makanan,mereka kelihatan serius berbincang.Sesekali kelihatan Dato Albert mengangguk-angguk kepala mendengar penerangan dari Adam.Kagum dengan kesungguhan anak tunggal Dato Ridhwan ini.Semangat orang muda seperti inilah yang diperlukan untuk mengembangkan empayar yang telah terbina.Idea serta kesungguhan dalam bekerja itulah yang amat diperlukan.Jika setakat ada kelulusan dari luar negeri sekalipun tetapi kerja sambil lewa,tidak membawa sebarang keuntungan buat syarikat.Hanya sia-sia.Perbincangan mereka berlarutan hampir jam tiga petang.Adam menepuk dahinya.

"Kenapa Adam?"Tanya Dato Albert kehairanan.

"Sorry dato,boleh kita hentikan perbincangan ini,saya sebenarnya hendak solat zuhur dahulu.Dah lewat."Jawab Adam Harris perlahan.Mengharap Dato Albert faham akan tuntutannya sebagai seorang muslim.kelihatan Dato tersenyum,dia mengeleng-gelengkan kepalanya.Adam senyum kambing.

"Ok,saya ingatkan apalah tadi.Its ok,saya faham.Next time kita bincang lagi.Seronok dengan penjelasan Adam.Nanti kita set next meeting ok.Jika boleh kita bertiga,Dato Ridhwan sekali."Ujar Dato Albert.

"Baik Dato.Boleh.Nanti setiausaha saya akan hubungi setiausaha Dato untuk aturkan next meeting."Balas Adam.Mereka berjabat tangan dan masing-masing mengatur langkah menuju ke destinasi berlainan.

******

Setelah mematikan enjin keretanya,dia mengatur langkah pantas memasukki rumah tanpa dipelawa,matanya mencari kelibat seseorang.Marahnya semakin memuncak.Langkah diatur ke dapur.

"Eh,Cik Linda!"Terkejut Mak Wan melihat Linda berdiri betul-betul dihadapannya.Entah bila perempuan ini muncul dia pun tidak pasti.

"Yanti mana Mak Wan?."Keras suaranya.Mak Wan sudah menduga,pastinya Yanti yang dicari.Entah apalah yang bakal terjadi jika Yanti ada saat ini.Dalam hatinya bersyukur Yanti telah pergi.

"Yanti tak ada,dia dah pergi."Balas Mak Wan bersahaja dan meneruskan kerjanya.Malas dia hendak bersembang dengan Linda.

Mendengar jawapan Mak Wan,hatinya yang panas mendidih tadi,tiba-tiba menjadi sejuk.Tau pun takut dengan aku.Baru gertak sedikit,dah cabut.Hah!Yanti,kau bukan lawan aku.Bisik hati Linda dengan angkuh.Dia berpaling dan melangkah pergi.Saat inilah aku kena yakinkan datin yang aku ini layak dijadikan menantunya.Ketawa Linda didalam hatinya.Setibanya di depan pintu kamar bakal mentuanya,pintu diketuk perlahan.Seketika kemudian,pintu dibuka.Dato Ridhwan berdiri didepannya.

"Maaf uncle,boleh saya berjumpa dengan auntie."Lakonan mantap Linda bermula.Sopan dia bersuara.Sangat kontra dengan dirinya sebentar tadi.

"Oh Linda,maaf.Auntie baru terlelap."Kata Dato Ridhwan.

"Oh,tak mengapalah.Mak Wan baru sahaja bagitahu apa yang telah berlaku.Saya pun tak sangka Yanti sanggup buat begini.Tak buat laporan polis?."Kata Linda menunjukkan wajahnya yang risau.Acah-acah ambil berat.

"Jom kita turun dulu,nanti menganggu auntie pulak."Ajak dato Ridhwan.Linda mengekori dari belakang.

"Uncle tak nak buat laporan polis,sebab dia pergi tidak ambil apa-apa pun.Pergi begitu sahaja.Cuma cuak jugalah kami awal pagi tadi.nak tak nak,terpaksalah Adam uruskan semua hal pejabat hari ini."Cerita Dato Ridhwan sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa.Linda tekun mendengar.Patutlah tadi Adam enggan melayannya,rupanya hari ini terlalu sibuk.Bisik hatinya.Tak kisahlah.Janji Yanti telah tersingkir.Yeah!!!!!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience