Bab 39

Romance Completed 51617

Bab 39

Telefon Damia berbunyi beberapa kali sebelum senyap kembali.Selesai memberi salam,Damia segera mencapai telefon untuk melihat siapakah gerangan yang menganggu solatnya.Segera nombor itu didail kembali.

"Assalamualaikum Mak Nani sayang."Kata Damia sebaik sahaja panggilannya dijawab.Terdengar suara ketawa kecil Mak Nani.

"Mia apa khabar?,lamanya tak telefon Mak Nani.Sibuk sangat ke?"Tanya Mak Nani dengan nada merajuk.Hari ini memang hari merajuk sedunia ke?.Pagi tadi abang Adam,sekarang Mak Nani pulak.Aku ni bila pulak nak merajuk.Ada yang sudi nak pujuk ke?Detik hatinya.

"Mia sihat sahaja,Mak Nani dan Pak Samad sihat?."

"Alhamdulillah kami disini sihat-sihat sahaja.Mentua kamu macam mana?.Bagus kamu Mia,Mak Nani bangga dengan kamu."Damia terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Mak Nani.

"Macam mana Mak Nani tahu?".Spontan Damia berkata.Terdengar Mak Nani ketawa lagi.

"Apalah Mia ni,tentulah Adam yang bagitahu Mak Nani.Nak tunggu Mia bagitahu.Huh!.berjanggutlah Mak Nani."Rungut Mak Nani.Damia tersengih menahan malu.Jika Mak Nani didepannya pasti berbakul lagi dia terkena.

"Maaflah Mak Nani sayang.Mia bukan tak nak bagitahu.Tapi tiada kesempatan."

"Tak mengapa Mia.Mak Nani faham.Jaga dirimu baik-baik tau"Ujar Mak Nani sebelum mengakhiri perbualan.Bila masa pulak Abang Adam dan Mak Nani ni berhubung.Mesti banyak membawangkan hal aku.Ah..lebih baik aku fokus dengan kerja aku.Gomel Damia sambil melipat telekung.Masa yang ada digunakan untuk merehatkan diri seketika.

******

Petang itu sewaktu Adam tiba di villa,Linda telah menantinya didepan pintu.Adam mengeluh kecil.Alangkah bagusnya jika Mia yang sambut abang balik.Adam masuk ke dalam dan duduk di sofa tunggal di ruang tamu.Sengaja dia memilih sofa itu agar dapat berenggang dengan Linda.Datin Suri juga berada di situ.Di atas meja dihadapannya telah siap terhidang minuman panas dan sedikit kuih.

"Adam,jemputlah makan kuih ni,I buatkan untuk U."Kata Linda sambil menghulurkan pinggang yang berisi kuih talam kegemaran Adam Harris.Tanpa melihat Linda,Adam mengambil kuih itu dan terus makan.Matanya cuba mencari kelibat Damia.

"Sedap tak Adam?"Tanya Linda manja.

"Alhamdulillah sedap."Mendatar Adam Harris menjawab.

"Mama macam mana hari ini?"

"Mama ok,Adam.Mia siap urutkan lagi kaki mama ni."Cerita Datin Suri.Sebaik sahaja mendengar nama 'Mia'.Linda menjadi benci.Mujur sebelum Adam balik tadi dia sempat berikan pengajaran buat Damia.Biar dia rasa.Cari pasal lagi dengan aku.

"Mama,Adam naik dulu.Nak mandi."Kata Adam sebelum berlalu pergi tanpa mempedulikan Linda yang masih menagih kasihnya.Linda hanya memerhatikan Adam menghilang ke tingkat atas.Wajahnya sedikit berubah.

"Sabarlah Linda,jangan cepat putus asa.Adam baru balik kerja.Memanglah dia penat.Nanti kejap lagi dia layanlah kamu."Pujuk Datin Suri.

"Oklah auntie,Linda pegang kata-kata auntie."Balas Linda.Dia bangkit duduk disebelah bakal mentua.Tangannya mulai memicit lutut Datin Suri.Walaupun aku tak suka,tapi aku akan buat sama macam perempuan tu buat.Linda monolog tanpa menyedari dari tadi Datin Suri berkerut dahi menahan sakit akibat urutan keras dari Linda.

"Kenapa berkerut dahi,sayang"Tegur Dato Ridhwan sebaik sahaja memasuki rumahnya.Linda yang terkejut segera memandang Datin Suri.Alamak!.apa yang aku buat ni.

"Maafkan Linda,auntie"

"Tak mengapa Linda.Sudahlah tu.Nanti biar Mia yang urutkan kaki auntie ni.Dia buat tak sakit".Kata Datin Suri.Linda membungkam di dalam hati.Kenapa semuanya Mia.!

"Marilah abang.Linda ada buatkan kuih talam ni."Ajak Datin Suri.

"Wah,baguslah kamu Linda,rajin juga buat kuih."Puji Dato Ridhwan.Linda tersenyum bangga.

Datin Suri gembira melihat wajah Linda bertukar gembira.Jika tidak jenuh dia kene pujuk hati muda Linda.

******

"Merah lagi tangan Mia ni."Kata Mak Wan.Hatinya sakit melihat bagaimana Linda mencurahkan air kopi panas keatas tangan Damia.Gila punya Linda!.Rasa simpati terhadap Damia yang sedang menahan sakit.Tangan yang putih bertukar menjadi kemerahan.Tangan kanan Damia masih direndam di dalam bekas berisi air sejuk untuk mengurangkan rasa sakit.

"Mak Wan janji tau.Jangan bagitahu sesiapa.Silap Mia tadi."Pinta Damia cuba menyembunyikan perkara sebenar.Mak Wan hanya menganggukan kepala.Dia tidak mahu berjanji apa-apa kerana telah berjanji terlebih dahulu dengan Adam Harris.

"Sudah,pergilah naik dulu.Datin nanti Mak Wan minta Linda bawakan."

"Baiklah Mak Wan.Terima kasih tolong Mia tadi."

"Tak ada apalah Mia,".Balas Mak Wan.Damia menurunkan lipatan lengan bajunya.Menyembunyikan kesan air panas.Sakitnya tidak terperi.Namun dia perlu sembunyikan terutama dari Adam Harris.Jika Adam tahu,pastinya hari ini juga dia kena balik semula ke kondo.

Sebaik sahaja Damia hendak melangkah meniti anak tangga.Linda memanggilnya.Langkahnya terhenti.Matanya dipejamkan menahan rasa.Sabar wahai hati.Damia berpaling dan memandang Linda.Langkahnya diatur.

"Cik Linda panggil saya."Damia bersuara lembut,menahan sakit.

"Datin minta Mia urutkan kaki"Balas Linda tersenyum mengejek Damia.

"Eh,tak mengapa Mia.Nanti lepas solat.Mia nak mandi tadi kan.Pergilah mandi dulu.Kejap lagi dah nak maghrib"Datin Suri mencelah.Damia menarik nafas lega.Jika diikutkan memang dia tidak mampu hendak mengurut kaki Datin saat ini sedangkan tangannya kesakitan.Damia mohon pergi dan berlalu naik ke atas tanpa menoleh ke arah Linda.


******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience