Bab 6

Romance Completed 51617

Bab 6

Linda menyumpah di dalam hati dek marahkan telefon yang dari tadi berbunyi tidak berhenti hingga menganggu tidurnya.Dengan malas dia mencapai telefon dan melihat di skrin telefon,matanya dibesarkan agar dapat melihat dengan jelas.Tertera nama Tony di skrin,Linda pantas menjawab panggilan itu.Pasti ada maklumat penting yang bakal diperolehi daripada penyiasat upahnya.

“Apa?.Kau pasti dengan semua ini.”Soal Linda pinta kepastian.

“Ya Cik Linda.Maklumat ni betul.Saya tidak akan buat kerja dengan sambil lewa.”Balas Tony dihujung talian.

“Ok.Tapi aku nak lebih lagi maklumat pasal ni secepat yang mungkin.”Arah Linda sebelum mengakhiri perbualannya dengan Tony.Terasa bahang di dalam hatinya.

Bagaimana jika semua ini benar?.Sudah pasti peluang dia untuk memiliki cinta Adam Harris akan gagal buat sekelian kalinya.Linda menekap bantal ke muka dan menjerit semahunya.Hatinya hancur,bertahun dia menantikan cinta Adam.Namun semua sia-sia jika apa yang dikatakan Tony adalah benar.

Dilemparkan bantal,selimut dan segala yang sempat dicapai tangannya ke lantai.Dari luar kamar,kedengaran suara mama memanggil namanya berulang kali.Linda tidak pedulikan semua itu,apa yang penting dia kene lakukan sesuatu.Akalnya ligat mencari rancangan.Dia bangkit dari katil menuju ke kamar mandi.Tidak dihiraukan suara mamanya.Sesudah selesai membersihkan diri,barulah Linda membuka pintu biliknya.Kelihatan wajah cemas Datin Qaira dan bibik dihadapannya.

“Bibik,kemaskan bilik saya sekarang.”Arah Linda.

“Kenapa Linda?”Tanya Datin Qaira dengan hati yang cemas.Bimbang dengan keadaan anak tunggalnya kebelakangan ini.

“Tak ada apa-apa mama,Linda stress sikit.Jom temankan Linda sarapan.”Ajak Linda tanpa memberi peluang kepada Datin Qaira menyoalnya lagi.

******

Sepanjang perjalanan meninggalkan kampung,Damia mendiamkan diri.Pandangan matanya melihat keindahan kampung yang bakal dirindui.Entah bila lagi dia berpeluang kembali semula.Pelukan erat Mak Nani masih terasa hingga kini.Dada Damia menjadi sebak kembali,namun ditahan.

Tanpa disedari Damia,Adam Harris mencuri pandangnya.Adam tahu Damia sedang bersedih namun dia tiada pilihan.Damia tidak boleh ditinggalkan di sini.Sehingga terjawab persoalan yang membelenggu dirinya,tempat Damia hanyalah disisinya.

“Sudahlah tu.Nanti bila ada masa,aku bawa kau datang sini lagi.”Kata Adam Harris memecahkan kesunyian didalam kereta.Damia masih tidak bersuara,hanya kedengaran sendu yang halus.Adam membiarkan Damia melayani perasaannya.

“Eh,kau dengar tak ni?”.

“Dengar.Saya belum pekak lagi.”Balas Damia bersahaja.Kata-kata Damia membuatkan hati Adam Harris terasa panas.

“Amboi!macam ni ke cakap dengan aku.”Balas Adam kasar.Pedal minyak ditekan sedikit,Damia mulai gusar.

“Maaf Encik.Saya cakap kasar tadi.”Segera Damia memohon maaf kepada Adam Harris.Dia tidak mahu membangkitkan amarah suaminya.Lebih baik mengalah sahaja.Terasa kemenangan milikinya,Adam Harris ketawa kecil.Damia menyumpah didalam hati.

Malam itu,Damia tinggal seorang diri.Adam Harris ke rumah orang tuanya.Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan bersama papa sebelum menghadiri mesyuarat esok hari.Tanpa disedari malam kian larut.Adam yang keletihan dek memandu dari kampung terlena disofa setelah berbincang dan berbual kosong dengan papa.Dato Ridhwan tidak sampai hati hendak mengejutkan anaknya yang sedang lena tidur lantas membiarkan Adam di sofa.Sempat jugak Dato Ridhwan menyuruh pembantu rumahnya mengambil selimut untuk anak tunggalnya.

Sejak dari jam sepuluh malam lagi,Damia setia menanti kepulangan suaminya,namun hampa hingga terlena di sofa.Lenanya terganggu kerana bunyi jam penggera.Damia bangkit dan mematikan bunyi itu,sempat juga dibelek telefon.Manalah tahu jika Adam ada meninggalkan apa-apa pesanan.Damia mengeluh kecil.Tidak pernah Adam memperlakukannya sebegini.Adakah dia marahkan aku sebab berkata kasar semalam?.Damia cuba mencari punca Adam jadi begini.Dengan malas,Damia bangkit dari sofa menuju ke kamarnya.Tuntutan agama perlu didahulukan.Pesanan orang tua tetap terpahat dihati sanubarinya.Dalam masa yang sama kepalanya terasa berdenyut-denyut.Dipicit-picit kepalanya seketika.

******

Selesai sahaja mesyuarat,Adam Harris segera ke biliknya,dicapai telefon,sepanjang masa duduk di bilik mesyuarat hatinya tidak tenang,fikirannya teringatkan Damia.Perasaan bersalah kerana meninggalkan isterinya semalam tanpa sebarang pesanan menghantuinya.Di skrin telefon tentera nombor Damia menghubunginya beberapa kali.Adam menjadi semakin bersalah,segera dia hubungi isterinya,namun tiada jawapan.Dicuba beberapa kali namun tetap tiada jawapan.Adam Harris mencapai kunci kereta dan segera keluar.

“Suzie,saya balik dulu”.Katanya dan terus berlalu.Sepanjang perjalanan pulang,Adam beberapa kali menghubungi Damia.

“Tak kan merajuk sampai tak jawab panggilan aku.”Katanya sambil memandu.Hatinya menjadi tidak keruan,membayangkan Damia meninggalkan rumah dan pelbagai andaian buruk yang menimpa Damia.Entah mengapa hatinya resah jika tiada respon dari Damia.Pedal minyak ditekan,kereta meluncur membelahi jalanraya.

Setibanya di kondo,Adam segera membuka pintu rumah.Dia memberi salam namun sepi tiada jawapan.Adam memdapati Damia terbaring di sofa,beberapa kali dipanggil namun tiada jawapan.Wajah Damia kelihatan pucat,sah Damia pengsan!detik hatinya.Adam mengangkat Damia,membawanya ke bilik dan dibaringkan Damia di atas katil.Rasa bersalah semakin menusuk hatinya.

“Kenapa Mia pengsan ni?”Kata Adam sendirian.dia meletakkan tangannya di dahi Damia.

“Tak panas,tapi sampai pengsan ni kenapa pulak.”Semakin binggung Adam memikirkan.Adam merebahkan dirinya disebelah Damia dan akhirnya terlena di sebelah isterinya.

Damia membuka matanya,dilihat sekeliling,dahinya berkerut.
“Macam mana boleh ada atas katil ni?”Seingatnya dia tidur di sofa tadi.Berkerut dahinya memikirkan bagaimana dia boleh berada di dalam bilik,dia menoleh ke kanan,Adam lena disebelahnya.

“Oh,baru balik rumah.Semalam langsung tak ingat nak balik.”Gomol Damia di dalam hatinya.Namun hatinya lega melihat Adam Harris.Dari semalam sepi tanpa berita,pelbagai andaian menghantuinya.

Perlahan-lahan Damia bangun meninggalkan Adam yang masih lena disisi kanannya.Dia ke kamar mandi membersihkan diri.Setelah itu dilihatnya jam di dinding telah menunjukkan jam 6.30 petang.dia ke dapur untuk menyediakan menu makan malam.Suaminya dibiarkan dikamar sendirian.Damia memulakan tugas memasak.

Sementara itu di kamar,Adam telah bangun.Dilihatnya Damia tiada disisi,dia bangkit menuju ke bilik air membersihkan diri dan solat asar.Setelah selesai,Adam melangkah keluar mencari Damia di dapur,bau sambal udang menusuk hidungnya.Perlahan-lahan Adam menghampiri Damia yang sedang mengacau-ngacau sambal udang di dalam kuali.Dia berdiri kaku dibelakang isterinya.Damia terasa seperti ada sesuatu dibelakangnya,dia menoleh dan terkejut apabila menyedari suaminya betul-betul berada hanya sejengkal darinya.Hampir dilepaskan sudip yang dipegang.Matanya bertentang dengan sang suami yang dari tadi merenungnya tanpa sebarang bicara.Damia terasa seperti aliran elektrik deras menuju ke jantungnya seolah mahu menghentikan degupan.Panahan mata Adam Harris bisa menghentikan setiap saat yang berdetik.Suasana sepi seketika.

“Janganlah terkejut,aku nak tengok kau masak apa?”kata Adam sambil mengenyitkan matanya kepada isteri.Damia cuba berlagak seperti biasa,biarlah hanya dia sahaja yang tahu apa yang bergelora di dalam hati.Adam kelihatan berselera menghidu bau sambal udang.

“Lepas maghrib nanti aku nak makan tau.Siapkan cepat!”Arah Adam Harris sebelum meninggalkan Damia yang terpinga-pinga mendengar arahan.Damia mengetap bibir menahan marah.

“Damia!”.Kedengaran namanya dipanggil dari arah ruang tamu,Damia kelam kabut mematikan api dapur dan meluru kearah si pemilik suara.

“Iya Encik.Kenapa panggil saya?”Tanya Damia dengan nada yang dikawal,Jika ikutkan hatinya mau diherdiknya.Melihat wajah bersahaja Adam membuatkan hatinya mengelegak kepanasan.

“Dah masak?”Selamba Adam bertanya.

“Sudah encik.Cuma..”Jawab Damia namun sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya,Adam pintas memotong dengan arahan yang baru.

“Jom solat maghrib sama.Aku tak sempat ke surau.”Ajak Adam Harris.Ajakkan yang sangat dinantikan Damia namun bukan disaat ini.Kelu lidahnya untuk berkata.

“Eh,tak mengapa.Encik solatlah dulu.Saya hendak kemaskan dapur dulu.”Damia memberi alasan.

“Tak apa,aku tunggu.Dah siap nanti masuk bilik aku.Kita solat bersama.”Balas Adam.Dia melihat Damia seperti tidak tentu arah.Wajahnya sedikit pucat.Aik.ajak solat bersama pun dah macam ni.Bisik hatinya.

“Err,maaf Encik Adam.Saya tidak solat.”Jawab Damia dengan nada yang perlahan,wajahnya ditundukkan menahan malu.

“Allah hu akbar!Tak kan kau tak pernah solat selama ini?”Nada suara Adam Harris sedikit keras.Sedikit kerisauan melanda dirinya.Seolah tidak percaya wanita dihadapannya seperti Linda.

“Eh,bukan macam itu Encik.Saya tahu solat,Cuma sekarang ini saya tidak boleh solat.”Jelas Damia ringkas membuatkan Adam ketawa lega.Melihat Adam Harris ketawa,Damia terasa malu,pandangan diarahkan ke lantai.Hatinya berbakul-bakul menyumpah sang suami.

“Emmm,sebab itulah saya pengsan tadi,memang selalu kene macam itu.Maaf menyusahkan Encik pulak.”Sambung Damia perlahan.

“Janganlah malu.Aku kenelah tahu,sebab kau kan isteri aku.”Kata Adam Harris sambil senyum nakal.Sengal punya Encik suami.Damia berkata dalam hatinya.Adam berlalu pergi.Selesai masak dan mengemas dapur,Damia menghidangkan makanan di atas meja.

******

“Nah!baki bayaran kerja kau.”Linda menghulurkan sampul coklat kepada penyiasat persendirian yang diupahnya.Tony menyambut dengan gembira.

“Ok bos.Jika ada apa-apa yang bos nak tahu,hubungi saya terus tau.”Sempat lagi Tony menawarkan perkhidmatannya.Pelawaan Tony menarik perhatian Linda.Senyuman bermakna terukir dibibirnya.

“Sudah pasti Tony.Saya suka hasil kerja kamu.Cepat dan pantas.Maklumat tepat.”Puji Linda melangit membuatkan Tony senyum kebanggaan.

“Aku nak kau pastikan mereka tidak kekal lama.Selebihnya aku akan uruskan.”Arahan baru diutarakan oleh Linda.Tony angguk kepala.Linda tidak akan mengalah lagi.

“Sama macam Ayu itu ke?”Tanya Tony seolah membongkar rahsia lamanya.Linda membesarkan anak matanya.Bibirnya diketap rapat menahan rasa.

“Jika itu yang terbaik,Kau tahu apa maksud aku kan.”Renungan mata Linda mudah untuk difahami oleh Tony.Bertahun dia melakukan kerja-kerja seperti ini.Yang penting hasil kerjanya berjaya dan bayarannya lumayan.

“Tapi kali ini biar aku jumpa perempuan tu dulu.Manalah tahu jika aku boleh uruskan.”Sambung Linda.Senyuman kepuasan terukir di bibir kemerahannya.Sepertinya telah beroleh kejayaan.Usaha keras dalam menawan hati lelaki pujuaan masih belum tercapai muncul pula halangan yang tidak diketahui siapa gerangan yang telah menakluki hati lelaki idamannya.Tony hanya akur dengan arahan Linda.

Setelah menghabiskan sisa minuman,mereka berpisah meneruskan urusan masing-masing.Tony hilang sekelip mata dari pandangan Linda.

******

Sinaran matahari pagi mulai menonjolkan dirinya setelah berehat seketika membiarkan bulan menyinari di malam hari.Walaupun berada di tengah kota metropolitan,Damia masih dapat menikmati kedinginan bayu pagi yang membelai wajahnya.Terasa nyaman sekali.Senyuman mekar semekar bunga mawar merah kembang setaman.Setelah melakukan rutin harian di balkoni kondominium,Damia melangkah menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan buat dirinya dan bos besar merangkap encik suami.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Adam memberi salam.Damia menoleh dan melihat Adam berdiri beberapa langkah dibelakangnya.Ada terukir senyuman di wajahnya.Tampak bergaya dengan kemeja biru lembut,berseluar panjang hitam.Kemas dan bergaya.Aduh!boleh gugur jantung ni kalau tenung lama-lama.Segera Damia mengalihkan pandangan,bimbang terkena api asmara.

“ Waalaikumsalam.Encik.” Sahut Damia.Segera Damia menghidangkan makanan buat suaminya,Setelah bersarapan,Adam Harris ke pejabat.Damia seperti kebiasaanya meneruskan rutin harian tanpa gangguan dari Encik suami.Selesai mengemas rumah,telefonnya menjerit pinta diangkat segera persis anak kecik menangis pinta didukung.Pantas Damia berlari mendapatkannya.Jika lewat menjawab pastinya Encik suami akan mengherdiknya.

“ Kenapa lambat sangat jawab panggilan ni?” Damia telah menduga soalan itu pasti akan terkeluar dari mulut Adam Harris.

“ Maaf Encik Adam,saya di dapur tadi.” Pantas Damia memberi alasan sebelum Adam sempat menyakiti hatinya.

“ Ada sahaja alasan kau kan.Ni aku telefon hendak bagitahu tengahari ini aku tak balik.” Sebaik sahaja Adam Harris selesai bercakap,talian dimatikan sebelum sempat Damia berkata apa-apa.Tergamam Damia seketika.

“ Baguslah tak balik.Senang aku tak payah mengadap muka kelat dia.”Rungut Damia sendirian.Namun hatinya tidak berasa gembira dengan apa yang dikatakan Adam.Sebolehnya dia hendak Adam setiap hari pulang menjamu masakan yang dim asak seperti kebiasaannya.Memang tidak dinafikan kadang-kadang hadirnya Adam Harris bisa meledakkan api kemarahannya.Tetapi itulah peneman dikala sunyi yang unik dalam hubungan mereka.Akhirnya Damia mengeluh kebosanan sendiri.

******

Sebaik sahaja mematikan talian,Adam mengemas fail di atas meja.Setelah berpuas hati dengan keadaan biliknya,Adam melangkah meninggalkan kamar pejabatnya.Dia hendak bertemu dengan yang dirindui.

Sepanjang perjalanan menuju ke pusara Ayu, Adam Harris sempat mengimbas kenangan terindah bersama arwah Ayu.Setibanya dia di perkarangan masjid,Adam sempat memandang ke langit.Mujur cuaca tengahari itu redup,Adam berjalan menuju ke pusara Ayu.

“Ayu, abang datang ni.Maaf yeh,lama abang tak ziarah Ayu.”Perlahan Adam Harris berkata.Tangannya mengusap-usap batu nisan Ayu Safira. Adam membaca surah yassin dan berdoa.Selesai berdoa,Adam memandang sayu pusara Ayu.

“Ayu,abang mohon maaf kerana abang telah khianati janji kita.Abang telah berkahwin.” Adam terasa sebak,tidak mampu meneruskan kata-kata.Dirasakan saat ini Ayu yang bernyawa sedang berdiri memandang sayu padanya.Seperti dia telah merobek-robek hati kekasih yang amat dicintainya.Adam tidak dapat menahan airmata dari membanjiri lembah pipinya.Saat ini dia merasakan Damia seperti musuh.Punca utama dia terpaksa mengkhianati janjinya pada Ayu Safira.Hati Adam Harris berbelah bagi.Sebahagian hatinya membenci Damia,sebahagian lagi yakin semuanya ini adalah ketentuan ilahi.Takdir yang telah tertulis dalam perjalanan hidupnya.Adam bermonolog seketika,cuba mencari jawapan atas setiap persoalan yang masih belum terjawab.

******

Cuaca petang yang mendung dengan angin sepoi-sepoi bahasa membelai wajah tampan Dato Ridhwan yang sedang leka menghirup secawan kopi pekat kegemaran di tepi kolam kediamannya.Sesekali matanya mencuri pandang jam di tangan seperti sedang menantikan seseorang.

Dari kejauhan kelihatan kenderaan anak tunggalnya memasuki keperkarangan villa.Terukir senyuman di wajah Dato Rihdwan.Melihat dari raut wajah Adam Harris,Dato Ridhwan yakin pasti anak tunggalnya baru pulang dari menziarahi pusara Ayu Safira.

Adam memberi salam dan mengucup tangan kanan papa dengan sopan.Dato Ridhwan menyahut salamnya dan pinta Adam Harris duduk berhadapan.

“Adam ok?”Dato Ridhwan memulakan bicara.Suaranya lembut berbicara.

“Alhamdulillah,Adam ok papa.Maaf Adam lewat sikit.”Balas Adam sambil matanya mencari-cari kelibat mama.Kebiasaan petang begini,pastinya mama akan menemani papa minum bersama.

“Cari siapa tu?”

“Mama”Jawab Adam pendek.Dato Ridhwan ketawa melihat gelagat Adam Harris.

“Mama ada dekat dalam bersama tetamu istimewa”Papa seolah-olah memberi petunjuk akan sesuatu yang sukar untuk Adam tafsirkan.Berkerut dahinya cuba merungkai maksud tersirat kata-kata papa.

“Jom kita masuk,boleh jumpa tetamu mama tu.”Ajak papa.Adam bagai lembu dicucuk hidung.Akur dengan ajakan papa.

Melihat susuk tubuh wanita yang membelakanginya,langkah Adam terhenti.Dia amat mengenali wanita itu walaupun dari belakang.Wanita yang sedang rancak berbual itulah yang perlu dia hindari namun hari ini dia terpaksa hadapi.Perbualan meraka terhenti saat Datin Suri melihat Adam Harris.Mama bingkas bangun menyambut anaknya.Gembira bukan kepalang hatinya kerana hari ini barulah dia berpeluang ketemukan Linda dengan Adam Harris.Linda tersipu-sipu senyum melihat lelaki idaman di hadapan matanya.JIka diikutkan hatinya,pastinya dia melompat sambil memeluk tubuh Adam Harris seeratnya.

Malam itu,Adam makan malam bersama mama,papa dan Linda.

“Jemputlah makan Adam,kenapa makan sikit sangat ni.”Tegur mama.Datin Suri menyendukkan nasi di dalam pinggan Adam.Adam akur tanpa berbicara,sekadar senyuman yang mampu diberikan.Entah kenapa saat ini dia merasakan debaran dihatinya memuncak.Melihat kerenah Linda semakin menyesakkan jiwa.

“Adam makanlah ayam ni,Linda masak khas untuk Adam .”Linda cuba mengambil hati Adam Harris.Tangannya pantas menyendukkan ayam goreng ke dalam pinggan Adam.Tiada sebarang reaksi dari Adam.Wajah kelat melihat makanan di dalam pinggannya.Jika Damia yang melayan saat ini,sudah pasti dibibirnya terukir senyuman manis.Sempat Adam mencuri pandang mama dan papa.Setiap suapan makanan terasa seperti duri yang memcucuk tekak.

Selesai makan,mereka duduk di ruang tamu menghirup kopi panas.Kebiasaan waktu beginilah yang mama sukakan,dapat berkumpul satu keluarga,berbual dan berkasih sayang.Linda masih di dapur.Datin Suri mengambil peluang ini untuk memulakan perbincangan yang telah lama dirancang.Bukan mudah untuk berbincang dengan Adam Harris tentang hal ini.Peluang begini bukan selalu datang bergolek.

“Adam.Sedap tak masakan Linda.?”Mama memulakan bicaranya.Adam sudah menyangka mama akan tanya soalan itu.Apalah sangat setakat ayam goreng,Damia lagi pandai masak.Asam pedas diantara kegemaran Adam.

“Bolehlah mama,ayam goreng je pun.”Kata Adam Harris.Mama menjengkilkan matanya.

“Walaupun ayam goreng,kesungguhan Linda yang patut Adam lihat.”Balas Mama.Kata-kata mama ibarat panahan menusuk terus ke hatinya.Adam memandang mama dan papa,riak mereka bersahaja.Perbualan mereka terhenti seketika saat Linda datang membawa sepinggan potongan buah epal hijau.

“Jemput makan uncle,auntie Adam.”Pelawa Linda sebelum melabuhkan punggung diatas sofa bersebelahan Adam Harris.Sengaja dia memilih duduk disebelah Adam.Jelingan tajam Adam tidak dihiraukannya.

“Adam,di kesempatan ini mama nak bincang sesuatu.”Datin Suri memulakan perbincangan.

“Bincang apa mama.”Lembut Adam bertanya.Didalam hatinya berdegup kencang.Mama memandang manja papa yang dari tadi diam membisu.

“Begini Adam,kami hendak satukan Adam dengan Linda.”Tergamam Adam Harris mendengar kata –kata yang diucapkan oleh Dato Ridhwan.Linda disebelahnya tersenyum gembira dan terus memeluk Datin Suri.Berbunga-bunga hatinya.Telah lama dinantikan saat ini.Ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

"Auntie,terima kasih kerana sudi merestui Linda menjadi isteri Adam."Bisik Linda sewaktu memeluk Datin Suri.Sementara itu,Adam Harris memandang wajah papa seolah-olah memohon bantuan kecemasan namun tidak dihiraukan.Pertemuan ahli keluarga kali ini benar-benar menyeksa jiwa lelakinya.

"Adam,mama tahu kamu masih belum berjumpa penganti Ayu,tapi percayalah mama yakin Linda sentiasa bersedia untuk menjaga Adam."Datin Suri memulakan bicara denagn lembut,dia tahu anak tunggalnya bukan makan pujukan.

"Auntie,Uncle,Linda minta diri dulu,Linda perlu sampaikan berita gembira ini kepada mummy."Kata Linda tanpa memandang Adam,sengaja dia berbuat demikian bimbang Adam akan menolak dirinya mentah-mentah di hadapan bakal mentua.Pasti jatuh airmuka.Setelah kelibat Linda menghilang dari pandangan Datin Suri,ditatap Adam Harris sepuas hatinya.

"Adam,keputusan ini mama buat demi kepentingan kita semua.Adam kene ada zuriat untuk keturunan kita.Bisnes papa bakal berkembang dengan penyatuan dua keluarga ini.Mama harap Adam faham maksud Mama."

"Tapi mama,kenapa mesti Linda?"Luah Adam Harris.

"Apa kurangnya Linda?.Memang dia tidak seperti Ayu.Tapi dia sanggup tunggu Adam selama ini."

"Tapi mama,Adam belum bersedia lagi."Mendatar nada Adam kali ini.Jujurkah kata-kata aku ini?Soalnya di dalam hati.Perlukah di saat ini dia menceritakan segala yang terjadi?.Tentang kewujudan Damia dalam hidupnya.Terasa kepala semakin berat dengan setiap perkara yang berlaku hari ini.

"Habis tu sampai bila mama nak tunggu Adam bersedia untuk berkahwin?"Nada suara mama agak keras membuatkan Adam semakin hilang jawapan.

"Mama hanya minta Adam berkahwin dengan Linda,lagipun usia kamu bukan muda lagi,sudah patut ada dua atau tiga orang anak."Luah Datin Suri lagi.Saat ini terasa sebak di hati Adam.Terasa seperti telah tewas sebelum mara ke medan peperangan.Tewas dengan rayuan insan yang penting dalam hidupnya.Wanita hebat yang sentiasa bertahta dihati.Dalam kelembutan Datin Suri pastinya ada ketegasan.Kerana ketegasan inilah yang bisa menundukkan hatinya.Terasa berdosa melukakan hati wanita yang sanggup bergadai nyawa untuknya.

"Mama beri masa seminggu sahaja untuk Adam hadap semua ini.Minggu depan kami akan hantar rombongan meminang Linda."

Pap!!!setepek Adam terkena.Terasa hilang semua rasa.Tertutupkah semua pintu untuk dia melepaskan diri.Tanpa sedar,Adam Harris mengangguk kepala tanda memahami arahan mama.Lemah langkahnya bangun bersalaman dengan mama dan papa.Walaupun dalam hati memberontak,dia tetap hormat pada kedua orang tuanya.Itu didikan yang diterapkan kepadanya sejak kecil lagi.Kecewa.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience