Bab 26

Romance Completed 51617

Bab 26

Sebaik sahaja Adam meninggalkan rumah jam dua tadi,Damia terus sahaja mengemaskan kain bajunya.Semuanya diangkut ke dalam bilik Adam.Aduh!letihlah kalau dia suruh pindah balik nanti.Keluh Damia.Rasa menyesal pun ada.Jika mulut ni tak cakap macam tu,tak adalah aku kene mengangkut macam ni.Runggut Damia sendirian.Setelah hampir dua jam mengemas,pinggangnya terasa lenguh.Siapalah yang sudi nak picitkan ini.Dia merebahkan dirinya diatas katil empuk Adam.Malam ini apakah yang bakal terjadi.Adakah Adam akan berpegang pada janjinya atau menuntut haknya?.Mengenangkan semua itu membuatkan hatinya menjadi tidak keruan.Kepala terasa berat.Dia terlena dibuai mimpi indah.Mungkin saat ini dia masih mampu menikmati tidur yang lena,malam nanti tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal berlaku.

Damia merasakan sesuatu melingkari pinggangnya,perlahan-lahan dia membuka mata.Alangkah terkejutnya dia melihat Adam Harris sedang lena sementara tangan kanan memeluk pinggangnya.Macam mana aku boleh tidak sedar mamat ini balik?.Dia mengutuk dirinya sendiri.Damia cuba menahan nafas,bergerak perlahan-lahan memboloskan dirinya dari pelukan Adam.Namun segala usahanya hambar,pelukan Adam Harris dirasakan semakin kemas,semakin Damia cuba menjauh,semakin dekat tubuhnya dengan suami.Damia hampir menangis diperlakukan demikian.

Adam sebenarnya telah sedar dari tidur sewaktu Damia cuba bergerak tadi.Sengaja dia berbuat demikian,suka melihat wajah isterinya yang bertambah cantik diusik begitu.Akhirnya Damia mengaku kalah.Dia mengumpul tenaga cuba untuk bersuara.Serentak itu juga matanya membulat.Bibirnya terasa hangat.Tidak pernah diperlakukan begini.Otomatik tubuhnya kaku,airmata mulai bertakung.Ciuman pertamanya telah dimiliki.Diragut oleh insan bergelar suami.

Mata hitam Adam Harris menatap anak mata Damia.Dia tahu Damia terkejut dengan tindakannya,namun dia sendiri tidak mampu menahan gelora jiwa melihat bibir mungil isterinya.Dia yang keasyikan hanyut dalam gelora asmara yang semakin mengganas.Namun melihatkan airmata Damia yang mulai bergenang,jiwa lelakinya mulai kendur.Bibir Damia dilepaskan.Rasa bersalah mula menguasai dirinya.

"Mia,jangan menangis please."Rayu Adam perlahan.Kalut juga dibuatnya.Tubuh Damia dipeluk erat.Dia mengusap rambut isterinya.Perlahan zikir dibacakan untuk menenangkan jiwa Damia.Tubuh isterinya dirasakan bergetar-getar menahan rasa.Pasti Damia ketakutan diperlakukan begitu.Adam!!!kenapalah kau gelojoh sangat ni?.Marahnya di dalam hati.Tersedu-sedu Damia.Hidungnya mulai merah.

******

Sebaik sahaja tiba dirumahnya,Linda segera menyegarkan diri.gelora mudanya semakin membuak-buak menahan rindu kepada Fendi.Malam ini pastinya lebih indah saat bertemu denganmu,Fendi.Jika Adam mampu membuatkan aku bahagia,pastinya akulah wanita yang terbahagia di dunia ini.Linda mengelamun sendirian di kamarnya.

Bunyi ketukan pintu menamatkan lamunan yang panjang.Argh!apa lagi mummy ni!.Linda membuka pintu mempamerkan wajah tidak puas hati.Seperti sangkaannya.Datin Qaira sudah siap sedia di depan matanya.

"Kenapa ni mummy?"

"Jom kita pergi ke rumah Datin Suri,mummy sudah bagitahu mereka,kita akan ke sana sekarang."

"What?.Ala mummy je yang pergi.Linda malas.Bukannya Adam ada kat sana."Pura-pura merajuk gaya Linda.Hakikatnya dia sudah ada agenda tersendiri.

"Eh,siapa cakap Adam Harris takde?"Balas Datin Qaira .Berubah wajah Linda,matanya bersinar bahagia.

"Betul ni mummy?".Berkali-kali dia menanyakan soalan itu pinta kepastian dari Datin Qaira.Hingga naik rimas dibuatnya.

"Sudahlah,mummy nak pergi ni,Linda malas kan,stay at home je .Bye."Katanya sebelum melangkah pergi menuruni anak tangga.Linda menjerit kegembiraan.Walaupun dia marahkan sikap Adam yang acu tak acu terhadapnya.Dia tetap akui rindunya pada lelaki itu semakin hari semakin menebal.

Kereta bergerak meninggalkan kediaman mereka menuju ke villa Datin Suri.Sempat dia bermesej dengan Fendi akan kelewatan perjumpaan mereka malam ini.Almaklumlah hendak berjumpa dengan bakal suami,tak kan sekejap pula kan.Bungkusan hadiah untuk Adam Harris telah dibungkus rapi,bagaimana reaksi Adam nanti.Hati Linda bernyanyi riang.Gembira bahagia dirasai disegenap liang romanya.

******

Sebaik sahaja selesai solat asar,Damia bingkas bangkit namun tangannya dipegang oleh Adam Harris.Dia cuba berpaling,hatinya masih panas.Dibuli seteruk itu oleh si suami kaki buli.Adam diam tanpa bicara hanya mengusap lembut jari jemari Damia.Ala,tolonglah hati jangan mudah cair sekarang.Bicara Damia dalam hati.Sentuhan lembut Adam semakin melemahkan kubu pertahanan yang dia bina.

"Mia,abang minta maaf atas keterlanjuran abang.Abang tidak mampu menahan diri."Adam mula bersuara.Kata-kata yang keluar dari mulut Adam menyentak hati kecil Damia.Kini dia pula yang merasa bersalah.Seketika dia lupa siapa Adam untuknya.Tidak salah apa yang Adam lakukan.Itu hak suami yang perlu dilunaskan oleh isterinya.Aduh!!!apa yang aku dah buat ni.Damia semakin gelisah.Dia mengeluh kecil.

"Mia,abang tahu abang memang berhak ke atas dirimu,tetapi abang tidak akan dapatkan dengan paksaan.Abang mohon maaf.Cuma jika abang tidak mampu menahan diri,abang akan berikan sikit-sikit macam tadi."kata Adam sambil senyum nakal memandang Damia.

Hantu!!!!!.Damia mengutuk dalam hati.Bunyi telefon Adam memecahkan kesunyian di kamar mereka.Setelah selesai menjawab panggilan,Adam bersiap-siap.Damia sudah dapat meneka ke mana suaminya hendak pergi.

"Malam ini Mia makan dulu,jangan tunggu abang tau."Kata Adam sebelum meninggalkan Damia sendirian.Fuh!!Damia menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya beberapa jam ini hidupnya tenang seketika.Jika malam ini,Adam tidur di rumah orang tuanya pun dia rela.Bimbang jika adegan tadi berulang kembali.Seram sejuk dirinya.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience