Bab 31

Romance Completed 51617

Bab 31

Panggilan telefon di awal pagi membuatkan Adam bingkas bangun dari tidur.Pantas dia mencapai telefon di meja sisinya dan terus menjawab tanpa melihat nama si pemanggil.Mendengar suara Mak Wan,matanya terus segar.

"Kenapa Mak Wan?".Tanya Adam sambil matanya mencuri pandang Damia yang baru keluar dari bilik air.Sudah siap berbaju.

"Yanti hilang,Adam!"

"Apa!!!!".Adam blur.Tergamam seketika.Macam mana boleh hilang.Yanti lari ke?.Tapi kenapa dia lari.Setahu aku dia kerja dengan baik tanpa banyak kerenah.Mama dan papa pun puas hati dengan kerja Yanti.

"Ok Mak Wan lepas solat subuh nanti,saya datang."Balas Adam dah bingkas bangun menuju ke bilik air.Damia melihat tanpa sempat berkata apa-apa.

"Mia,lepas solat abang nak ke rumah papa,Yanti hilang."Kata Adam Harris sebaik sahaja keluar dari bilik air.Damia agak terkejut mendengar berita yang baru disampaikan oleh suaminya.Tidak mahu membebankan Adam,Damia hanya mengangguk kepala dan berdiri di belakang Adam untuk bersolat subuh bersama.

******

"Mak Wan,apa yang berlaku sebenarnya."Tanya Datin Suri.Kecoh satu rumah apabila Yanti hilang.Dato Ridhwan yang baru turun dari bilik hanya mengeleng kepala kepada isterinya.

"Tiada apa-apa barang yang hilang."Kata Dato Ridhwan.Pelik.Dia melarikan diri tanpa mengambil apa-apa barang bermakna dia bukan terdesak perlukan wang.Tapi kenapa dia pergi macam tu sahaja.Dato Ridhwan mula sangsi.

Mak Wan merasai sesuatu,adakah semuanya berpunca dari kejadian di kolam semalam.Adakah Linda punca Yanti pergi.Perlukah aku bagitahu dato dan datin.Risau jika apa yang disampaikannya mengundang masalah yang lain.Paling risau jika ianya bakal menganggu emosi datin.Mereka bertiga diam seketika di ruang tamu.Masing-masing bermonolog.

"Assalamualaikum"Salam Adam Harris memecahkan kesunyian yang ada.Dato Ridhwan menjawab salam anaknya.Adam bersalaman dengan mama dan papa.Matanya memandang Mak Wan.Kesian melihat wajah Mak Wan,terbit kerisauan diwajah tua itu.

"Apa yang berlaku sebenarnya?"Tanya Adam.Mengharap ada yang sudi menjawab soalannya.

"Begini Adam,sebelum subuh Mak Wan macam biasa akan ke bilik Yanti untuk kejutkan dia.Sebab selalunya selepas subuh Yanti akan bawa datin ke taman.Tapi tadi bila Mak Wan masuk biliknya,dia dah tak ada.Almarinya pun kosong.Semua bajunya dah dibawa pergi."Jelas Mak Wan.Adam memandang papa.

"Dia tak curi apa pun,Adam.Itu yang papa pelik.Macam ada sesuatu sahaja.Semalam pun dia ok je.Tiada tanda dia nak buat hal."Luah Dato Ridhwan.Datin Suri dari tadi senyap tanpa sebarang kata-kata.Sungguh dia terkilan Yanti pergi begitu sahaja.Apalah yang menyebabkan Yanti berbuat demikian.Adakah aku terlalu membebankannya?.

"Mama,kenapa mama diam?"Tanya Adam.Dia dari tadi melihat wajah mama.Ada terpalit wajah sedih.Emosi mama saat ini amat penting untuk dijaga.Bimbang akan memudaratkan kesihatannya kelak.Datin Suri hanya menggelengkan kepala.

"Adam duduk dulu,Mak Wan buatkan air sekejap."Kata Mak Wan terus ke dapur.

"Papa dah call Miss Helen."

"Sudah,tapi tak berjawab.Mungkin belum bangun lagi kot nyonya tu."Balas Dato Ridhwan.Bengang juga panggilannya tidak berjawab.Buntu memikirkan hal ini.Siapa yang nak gantikan tempat Yanti untuk uruskan Suri.Linda sesuai ke?.Adam bangun menuju ke dapur.

"Mak Wan buat apa tu."Tegur Adam.Termenung jauh oarang tua ni.

"Eh,Adam ni.Buat terkejut Mak Wan aje."Balas Mak Wan sambil mengurut dadanya.Mata tuanya menangkap tubuh Adam.Perlukah aku ceritakan.Hatinya yakin Yanti pergi pasti berkaitan dengan Linda.

"Adam,Mak Wan nak bagitahu sesuatu.Tapi Adam kene rahsiakan dari dato dan datin."Kata Mak Wan sambil matanya melilau melihat sekeliling.Bimbang jika ada yang mendengar.Adam membesarkan matanya.

"Semalam Linda datang.Mak Wan tak pasti apa yang berlaku,tapi yang Mak Wan nampak Yanti jatuh dalam kolam dan Linda selamatkan dia.Yanti minta Mak Wan jangan bagitahu dato dan datin.Katanya silap dia sampai terjatuh dalam kolam tu.Yang Mak Wan pelik,dia macam takut sangat dengan si Linda tu."Cerita Mak Wan melepaskan apa yang terbuku di hatinya.Lega jiwa tuanya.

Yes!!!.Inilah sebab utama Yanti lari.Adam tersenyum mendengar penjelasan Mak Wan.Linda.Kenapalah kau ni tegar sangat.Apalah yang kau nak takutkan dengan Yanti.

******

Sebaik sahaja bersarapan di rumah papa,Adam bergegas ke pejabat Miss Helen.Ada banyak perkara yang perlu dia lakukan hari ini.Yang paling penting,dia memerlukan pengganti Yanti.Dato Ridhwan tidak ke pejabat hari ini kerana membantu Mak Wan menguruskan Datin.Setibanya di pejabat agensi.Adam segera dapatkan Miss Helen.


"Selamat pagi Miss Helen."

"Maaf Encik Adam.Saya pun tak sangka perkara begini boleh terjadi.Selama di bawah pengawasan saya,Yanti adalah budak yang baik."Jelas Miss Helen.Terkejut dia diawal pagi mendapat panggilan dari Dato Ridhwan.

"It's ok Miss,saya tidak akan ambil tindakan.Lagipun dia pergi tidak ambil apa-apa pun.Dia pergi begitu sahaja."Balas Adam Harris.Bukan niatnya hendak berbalah.Lagipun dia sudah tahu puncanya.Cukup dia seorang sahaja yang tahu.

"Begini Miss Helen,saya perlukan pengganti Yanti segera."Jelas Adam.Dilihatnya wanita lingkungan empat puluhan itu mengeluh kecil.

"Sorry Encik Adam.Buat masa ini memang tiada.Saya mohon maaf sangat."Balas Miss Helen perlahan.Rasa bersalah pula dengan pelanggannya.Dia rasa ralat sangat.Kedengaran keluhan dari pihak Adam.Buntu kepalanya seketika.Bagaimana dia hendak mencari saat begini.Aduh!!!!.Adam mohon mengundurkan diri.Dia melangkah perlahan meninggalkan pejabat agensi itu.

Susah sangat suruh sahaja Linda yang buat.Disebabkan dialah Yanti pergi.Suara hatinya mula bersuara.Adam tersengih bagai kerang busuk.Linda....

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience