Bab 38

Romance Completed 51617

Bab 38

Selesai sahaja solat subuh,Damia ke bilik Datin Suri untuk memulakan rutin harian Datin.Dato Ridhwan yang masih duduk di sejadah hanya memerhatikan Damia melakukan kerjanya.

"Embun pagi memang elok untuk kaki kita,dulu arwah ibu pernah buat begini kepada Mia.Masa tu Mia patah kaki kiri sebab jatuh dari pokok rambutan."cerita Damia sewaktu membantu Datin Suri berjalan di atas rumput.Dingin embun pagi meresap ke liang kulit kaki Datin Suri.Banyak perubahan positif dirasakan sejak melakukan teknk ini.Jika diawal dulu,kakinya tiada apa-apa respon,kini saraf-sarafnya telah mula memberi tindak balas.

"Sejuk embun ni,Mia.Eh...Mia pun tak pakai kasut."Tegur Datin Suri.Baru dia perasan yang Damia juga sepertinya tidak berkasut berjalan diatas rumput hijau.Damia tersengih.

"Mia pun nak manfaat yang sama.Embun pagi yang menyihatkan ini kita kongsi bersama datin."Kata Damia.Datin Suri terhibur dengan celoteh Damia.Mudah mesra anak gadis ini dengan orang tua sepertinya.Setelah melakukan beberapa pusingan,Datin Suri dibawa ke wheel chair.Dia kelihatan termegah-megah.Damia mengambil air kosong suam dan disuakan kepada Datin.Gelas bertukar tangan,setelah menghirup seteguk dua,Datin Suri memandang Damia yang duduk di atas rumput.

"Kenapa Mia duduk di atas rumput tu?,jangan cakap nak bagi punggung tu antibodi pulak."Kata Datin Suri.Mendengarkan kata itu,Damia tidak mampu menahan rasa,terus terhampur keluar ketawanya.Datin Suri juga ketawa bersama.

Dari tingkap atas,Adam memerhatikan kedua wanita penting dalam hidupnya.Dia tidak menyangka Damia cepat menyesuaikan diri dengan suasana baru.Melihat keduanya sedang rancak berbual,Adam sedikit cemburu.Bilalah aku pun dapat bermanja begini?.Dia mengeluh mengenangkan nasib diri.Jika awal-awal lagi aku telah berterus terang pasti saat ini Damia dan aku sedang menikmati kemanisan nikmat berumah tangga.Padanlah muka kau Adam Harris!.

Hampir setengah jam berada di luar rumah,mereka berdua masuk ke dalam.Damia membawa Datin Suri berehat di ruang khas berdekatan dengan ruang tamu.Setelah memastikan Datin Suri selesa,Damia ke dapur untuk membantu Mak Wan menyediakan sarapan pagi.

"Masak apa tu Mak Wan?"Tegur Damia.

"Isk!Mia ni terkejut Mak Wan tau."

"Jangan marah Mak Wan,nanti cepat tua."Gurau Damia.

"Aik! memang Mak Wan dah tua pun,tak ada siapa yang nak."Balas Mak Wan seperti orang merajuk.Damia ketawa mendengar kata-kata Mak Wan.

"Marilah Mia tolong,mee ni nak digorengkan."Tanya Damia.Sebaik sahaja Mak Wan mengiyakan tangannya pantas bergerak.Sayur sawi dibasuh,udang dan sotong yang telah dibasuh ditoskan.Tidak sampai setengah jam,mee goreng basah siap dimasak.Mak Wan kagum melihat kelincahan Damia beraksi di dapur.

Setelah siap semuanya di atas meja,Damia melangkah ke arah Datin Suri,masih lena mungkin penat berjalan di luar tadi.Dato Ridhwan telah pun turun dari tingkat atas,siap berpakaian pejabat.

"Mia,biarkan datin tidur.Marilah kita sarapan dulu."Pelawa Dato Ridhwan.Damia agak kekok.Tak kan aku nak makan berdua dengan papa?Nanti apa kata mama dan Mak Wan.Macam mana ni!!!.Manalah pulak abang Adam ni.Matanya mencuri pandang ke arah tangga.Mengharapkan kemunculan suami untuk menyelamatkan keadaan.

"Mia apa yang duk termenung tu.Dah mari sini.Temankan saya."Ajak Dato Ridhwan.

"Baiklah dato."Damia serba salah.Kali ni nasiblah nak jadi apa.Aku pasrah.Dia menuju ke meja makan dimana Dato Ridhwan sudah menantinya.Damia menghidangkan mee goreng ke dalam pinggan mentuanya.Sekilas matanya mencuri pandang wajah Dato Ridhwan.Seiras Adam.Damia mengukir senyuman.

Dari tangga Adam memerhatikan dua insan di meja makan yang kelihatan sangat mesra membuatkan hatinya panas.Lengan bajunya di lipat.Ada yang nak kene bambu!.Adam Harris mendekati mereka.

"Syok papa makan,sampai lupa nak ajak mama."Sergah Adam membuatkan Dato Ridhwan hampir tersedak.Pantas Damia menghulurkan air kepada mentuanya.Tindakan Damia mengundang jelingan maut dari Adam.Damia buat-buat tidak nampak.

"Adam ni,bagilah salam dulu.Main masuk je boleh buat orang sakit jantung tau."Balas Dato Ridhwan sambil mengurut dadanya.

" Jemput minum Tuan Adam."Damia cuba memujuk suaminya.Namun tiada jawapan balas dari Adam.Hanya jelingan mata sahaja.Aduh! kenapalah merajuk pagi-pagi ni.Macam mana aku nak pujuk.Damia serba salah.Adam menarik kerusi dan duduk tanpa melihat Damia.Dia mencapai teko dan menuangkan kopi ke dalam cawan dihadapannya.Mee goreng basah disenduk ke dalam pinggan dan Adam terus makan tanpa sebarang suara.Damia merasakan dirinya tidak diperlukan lalu dia terus meninggalkan dua lelaki yang sedang asyik menikmati sarapan pagi.

******

"Mia,sudah jam berapa ni."Kata Datin Suri sebaik sahaja membuka matanya.Damia yang berjalan ke arahnya menghadiahkan senyuman.

"Sudah pukul lapan setengah,Datin."balas Damia.

"Lamanya saya terlelap,Dato sedang buat apa."

"Dato dan Tuan Adam sedang bersarapan.Datin nak sarapan sekali."

"Eh,bila pulak Tuan Adam sampai.Awal pulak hari ini."

"Rasanya Tuan Adam tidak pulang,tidur di sini.Mak Wan yang bagitahu tadi."Fuh!!Nasib baik dapat cover line.

"Marilah Mia,kita sarapan sekali bersama mereka.Perut saya pun dah lapar ni."Ajak Datin Suri.Terasa seronok dapat bersarapan bersama dengan semua ahli keluarga.Damia membantu Datin Suri bangun dan mendudukkannya di atas wheel chair.

"Wah,ada orang tu tidur sini ke malam tadi?"Datin Suri mula mengusik Adam yang sedang makan.Dato Ridhwan juga tidak melepaskan peluang.

"Itulah selalu kita suruh dia duduk sini,tak nak pulak.Semalam tiba-tiba nak tidur sini."Kata-kata Dato Ridhwan membuatkan Damia tersenyum.Bukan dia tidak tahu punca Adam Harris tidak pulang semalam.Semuanya berpunca dari dia.Adam memandang isterinya yang sedang tersenyum.Siap kau Mia!.

"Adam stay sini sebab nak tengok macam mana Mia ni buat kerja.Takut lari pulak."Buk!setepek Damia terkena.Nampak sangat ada orang yang sedang panas hati.Damia hanya tersenyum melihat suaminya,sempat dikenyitkan matanya membuatkan Adam hampir tersedak.Berani Mia buat begini depan mama dan papa,Abang akan denda Mia sekejap lagi.Bisik Adam menahan rasa.Pagi-pagi dia naik roller coaster lagi!.

Mereka berempat bersarapan bersama pagi itu.Datin Suri memuji keenakkan mee goreng yang di masak oleh Damia.Begitu juga Dato Ridhwan bahkan meminta Damia mencuba menu untuk makan malam pulak.Sesekali tukar selera katanya.Adam mencuri pandang papanya.Lain macam papa ni.Papa itu isteri Adam tau!.Jerit hatinya.

******

Damia masuk kedalam biliknya sebaik sahaja menghantar Datin Suri ke biliknya.Biasanya waktu begini,Datin akan melayan kuliah agama di televisyen.Damia tidak mahu menganggu.Dia akan masuk ke kamar itu jam sembilan pagi nanti.Seperti yang diberitahu oleh Mak Wan.Pintu biliknya diketuk,Damia bingkas mencapai selendang dan membuka pintu.

Adam terus masuk ke kamar Damia sebaik sahaja pintu itu dibuka.Damia tergamam.Nasib baik masa ini Dato Ridhwan telah ke pejabat selepas bersarapan.Mak Wan pula masih di dapur.Damia menutup kembali pintunya.

"Kenapa abang tak pergi kerja lagi?"Damia melihat Adam yang membelakanginya.Diam tiada jawapan dari suami.

"Abang,maafkan Mia jika ada perbuatan Mia yang menyinggung hati Abang."Pujuk Damia lembut.Dia tidak mahu berterusan menyakiti hati Adam.Bimbang jika beroleh dosa kelak.Damia mendekati Adam.Tangannya meraih lengan kanan Adam Harris.Pantas sahaja Adam memalingkan tubuhnya mengadap Damia dan terus mengucup bibir isterinya hingga terlerai selendang dari kepalanya.Damia yang terkejut tidak mampu melakukan apa-apa.Pasrah.Beberapa minit kemudian,barulah bibirnya dilepaskan.Adam memandangnya tanpa berkelip mata.Tangan kanan mengusap rambut ikat Damia.Tubuh kecil Damia dipeluk erat.

"Jangan rapat sangat dengan papa.Abang tak suka.Mia datang sini nak jaga mama kan.Just tumpu pada mama sahaja .Jika Mia ingkar,abang akan bagi denda yang lagi dasyat dari tadi.Faham!"Bisik Adam di telinga Damia.

Damia tidak mampu bersuara.Hanya mengangguk kepala sahaja.salahkah tindakan aku tadi?.Itu hanya bapa mentuaku.Gomel Damia di dalam hati.Tidak mampu mengeluarkan kata-kata.Bimbang Adam bertindak lebih lagi.Mujur mereka berada di rumah orang tua Adam,jika di kondo mungkin lebih dari itu Adam akan lakukan.Damia semakin kecut perut.Takut!.Adam melepaskan pelukan dan terus keluar dari kamar itu tanpa memandang Damia.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience