Bab 9

Romance Completed 51617

Bab 9

Damia masih mengurungkan diri di kamar.Dia tidak sanggup berdepan dengan Adam Harris setelah dirinya hampir-hampir tertewas.Telefon disisinya berbunyi tanda mesej diterima.Pasti bukan orang lain.Aduh!kenapalah nak aku keluar jugak ni.Keluh Damia.Dengan langkah malas,dia gagahkan diri keluar dari lubuk persembunyian.Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.Pelbagai rasa yang wujud.

Matanya tertumpu pada tubuh gadis sunti yang dinikahi.Jika diberi peluang kedua,Sungguh ia tidak akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang memalukan begini.Sunyi tanpa sebarang bunyi,Damia kaku berdiri di hadapan pintu biliknya.Adam masih merenungnya dengan satu renungan yang sukar ditafsir Damia.

"Mari sini."Suara serak Adam memecahkan kesunyian saat ini.Suaranya dilantunkan ke dinding hingga bergema didengari Damia.Pantas sahaja kakinya akur dengan arahan.Dia berdiri betul-betul di hadapan suaminya.Pandangan mata masih ditundukkan.Lagi rela melihat keindahan karpet itu dari memandang wajah didepannya.

"Aku lapar,buatkan aku bubur."Pinta Adam.

"Baik encik."Balas Damia,segera mengatur langkah namun langkahnya terhenti kerana tangan disambar Adam.Genggaman erat itu membuatkan dadanya bagai nak pecah menahan rasa.Dengupan jantung berdetik lebih rancak dari biasa,nafas dirasakan semakin sukar untuk ditarik dan dihembus.Kenapa ni?.

"Aku minta maaf,"Adam akhirnya meruntuhkan buat kesekian kalinya dinding utuh egonya.Entah kenapa gadis kampung di depannya dengan mudah membuatkan dia tertewas.Aura Siti Damia ini amat luar biasa dirasakan.Semakin mengenali gais ini membuatkan dia semakin tertanya-tanya.Dingin sejuk jari jemari Damia dirasakan.Takut sungguh Damia dengan aku,detik hatinya.Adam Harris tersenyum manis.Banga pun ada keran berjaya membuatkan Damia resah gelisah begini.Perlahan dilepaskan genggaman tangannya.Macam lipas kudung Damia pantas menghilang ke dapur.Lagi lama dia duduk di situ,entah apa lagi encik suami hati batu akan lakukan.Nafasnya kembali normal.Tangan yang dingin sebentar tadi telah dirasakan hangat kembali.

******

Adam merenung telefon ditangan,otaknya bergeliga berfikir.Pantas dia mendail nombor Suzie.

"Tuan Adam!what happen to you?.I call banyak kali."Suzie tidak beri peluang Adam memulakan bicara.Pantas dihantar peluru soalan yang dari tadi menyeksa jiwanya.Hampir dua jam jarinya jenuh mendail nombor majikan muda hot itu.Kedengaran ada suara yang sedang ketawa kecil di corong telefon.Suzie mengetap bibir geram menahan rasa.Aku hampir kehilangan kerja hati ini gara-gara gagal menjejaki Bos.Dia sedap-sedap gelakkan aku.Damn!.

"Sorry Suzie,saya demam panas ni.Saya tak sempat nak bagitahu U.'Adam menjelaskan keadaan dirinya.Pasti suzie kelam kabut pagi tadi kerana dia perlu hadir meeting.Rasa simpat pada setiausaha yang selalu memudahkan kerjanya.

"Oh Tuan sakit.Sorry Tuan Adam.Its ok.Meeting Dato handle.Cuma Dato pesan minta Tuan hubungi Dato segera."Lembut nada suara suzie.Rasa kesian pula denagn majikan hot.Patutlah tidak hadir ke pejabat.Demam rupanya.Hai,kenapalah aku tak khusnuzon je dengan Tuan Adam.Bisik hati Suzie.Rasa bersalah dengan segala keluhan dan berbakul-bakul bebelan yang ditujukan kahas untuk Tuan Adam tadi.Setelah menamatkan perbualan dengan Suzie.Telah terhidang bubur nasi kosong bersama sup ayam.Bergelora ombak di dalam perut.Adam meletakkan telefon ,lepas makan nantilah call papa.Tanpa melihat damia disis,Adam menjamu selera.memang dia lapar.Lapar nak makan.Lapar kasih sayang.Lapar simpati.Lapar.Damia hanya jadi pemerhati yang tetap setia disisi Encik Adam Harris bin Ridhwan.Sesekali dia senyum melihat gelagat suami.Macam tiga hari tak jumpa makanan.

******

"Suri,I gembira sangat dengan berita ini."Datin Qaira memulakan bicara setelah mereka selesai menjamu selera.Perbincangan baru bermula.Pastinya pelbagai agenda perlu dihalusi dan diambil kira dalam menjayakan majlis Adam dan Linda.

"Samalah dengan I,Qaira.tak sangka dari kawan baik kita bakal berbesan."Kegembiran jelas terpancar di wajah kedua ibu ini.Datin Qaira sangat bersyukur dengan kesudian sahabatnya menerima Linda sebagai menantu.

Manakala Datin suri pula dia kagum dengan kesungguhan dan kesabaran Linda menagis secebis cinta dari anaknya.Jika wanita semoden Linda yang lain,pasti telah lama angkat kaki tinggalkan Adam Harris yang dingin itu.

"Suri,lepas ni makin banyak kerja kita.Semuanya nak kene uruskan."

"Betul kata U Qaira,I rasa nak guna wedding planner.Senang sikit kerja.Kita bagitahu nak konsep apa.Biar mereka buat kerja."Cadang Datin Suri.Sahabatnya turut bersetuju dengan cadangan itu.JIka diikutkan memang banyak perkara perlu diuruskan.Majlis pertunangan,nikah bersanding lagi.Urus makan minum,para tetamu vvip,vip,ahli keluarga,sahabat,kawan-kawan,cenderahati.Fuh!bila membayangkan semua itu,sakit kepala jadinya.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience