Bab 34

Romance Completed 51617

Bab 34

"Sayang,"Sambut Fendi sebaik sahaja membuka pintu.Pinggang Linda dirangkul erat.Ketawa kecil Linda.Bahagia dirasakan.Pasangan itu masuk ke dalam rumah.Pintu ditutup kembali.Tidak mahu ada sebarang gangguan.

"I miss you sayang."Kata fendi sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa kelamin.

"I pun rindu U.Sebab tu I datang jumpa U."Balas Linda.Fendi telah menyediakan dua gelas jus minuman untuk mereka.Sambil berbual mereka menonton televisyen.Sesekali Fendi mengusap lembut peha Linda seolah-olah memberi isyarat sesuatu.Linda hanya menjeling manja.Mula mengoda.

Bunyi ketukan di luar,menghentikan kegiatan manja mereka.Fendi dan Linda saling berpandangan.Masing-masing tidak mengetahui siapakan yang berada diluar.Selaku tuan rumah,Fendi bangun melangkah ke pintu.Dibuka pintu,dihadapannya berdiri seorang lelaki berpakaian biasa berkaca mata hitam.Ditangan kanan lelaki itu dilihat ada sejambak bunga ros merah.

"Rumah Cik Linda?"Tanya Lelaki berkaca mata hitam.

"Ya,sekejap ye."Balas Fendi.Dia memanggil Linda.Seketika kemudian Linda muncul.Wajahnya kebinggungan.Mungkin Fendi saja nak beri kejutan barangkali.Wajah Fendi di pandang manja.Senyuman diukir.Jambangan bunga diambil.

"Cik Linda,Boleh saya ambil gambar.Sebagai bukti saya telah sampaikan barangan ini kepada cik."Pinta lelaki itu.

"Boleh."Balas Linda sambil menyandang manja di bahu Fendi.Fendi yang dari tadi diam,merangkul pinggang Linda.Mereka seperti pasangan suami isteri yang bahagia.Setelah mengambil beberapa foto,lelaki itu pergi meninggalkan mereka.

"Oh Sayang,U ni buat susah-susah sahaja bagi I bunga ni."Kata Linda sambil memeluk erat lengan Fendi.

"Err,saja nak bagi U kejutan."Balas Fendi.Lantaklah siapa yang hantar sekalipun.Jika dia berterus terang saat ini.Pastinya mood romantika Linda akan hilang.Setelah hampir seminggu tidak bertemu,peluang begini pastinya tidak ingin dia lepaskan.

******

Sebaik sahaja lelaki itu keluar dari pintu lif,Meor dan Lan segera mendapatkannya.Wang yang dijanjikan dihulurkan.Telefon yang dipinjamkan kepada lelaki itu diambil kembali.Setelah melihat hasil,mereka berdua tersenyum.Gambar yang menarik.

"Bagus."Puji Meor.Lelaki berkaca mata hitam itu tersengih bangga apabila dipuji.Wang yang diperoleh dipegang erat.Kerja yang mudah berhasil pendapatan yang agak lumayan.

"Nanti bila-bila abang perlukan orang.Call Iwan tau."Kata Iwan,Lelaki yang berkaca mata hitam.Setakat kerja mudah menyamar sebagai budak penghantar bunga bukanlah sesuatu yang sukar untuk dia lakukan.Asalkan pekerjaan itu menjanjikan pendapatan yang mampu mengisi perutnya seminggu dua.Dia sanggup lakukan.Ini bukan baru sekali dia lakukan kerja untuk kedua abang sado itu.Sudah berkali-kali.

"Baik Iwan.Nanti jika abang perlukan Iwan,abang akan cari Iwan dekat tempat biasa."

"Yang tu cukup untuk dua minggu.Jangan beli yang bukan-bukan."Sempat Lan berpesan sebelum mereka berlalu pergi.Meor menghantar semua gambar manja itu kepada Tuan Adam.Seperti yang diarahkan.Selesai kerja hari ini.

Bunyi mesej berdesup masuk menghentikan perbualan Adam bersama mama.Dia mengambil telefon uang berada disisinya dan segera dibuka.Terukir senyuman dibibir Adam Harris.Ini yang mama nak jadikan menantu!.Jika diikutkan hatinya,ingin sekali dia menunjukkan gambar itu kepada mama,namun dia tidak sanggup melihat mama kecewa.Kesihatan mama lebih dia utamakan saat ini.Masanya akan tiba Linda.Kau akan menerima balasan atas setiap penipuan yang telah kau lakukan.Kau tidak pernah layak menjadi penganti Ayu Safira!.

"Kenapa itu Adam,Linda mesej?"Tanya Datin Suri.Melihat dari tadi anaknya tersenyum sendirian.Persis orang sedang bercinta.

"Bukanlah mama.Ini budak office."Balas Adam pendek.

"Adam tau tak.Linda datang sini petang tadi.Temankan mama."Cerita mama.Adam hanya mendengar.Malam ini dia hanya menemai mama sementara papa keluar menghadiri pertemuan penting berkaitan projek syarikat mereka.Memang pada mulanya Adam yang perlu mengantikan papanya.Namun atas desakan mama yang mahu Adam menemaninya malam ini,Dato Ridhwan terpaksa mengalah.

"Adam,sudah dapat pembantu untuk mama?"Tanya mama.Soalan yang masih belum ada jawapan.Adam menggelengkan kepalanya sebagai menjawab pertanyaan Datin Suri.Terdengar keluhan kecil dari mama.

"Mama jangan risau,Adam akan cuba dapatkan dalam sehari dua ni."Janji Adam.Dia sendiri tidak tahu dimana lagi hendak dicari penganti Yanti.

"Jika susah sangat,mama minta sahaja Linda jagakan mama."Ujar Adam.Datin Suri membulatkan matanya.

"Isk Adam ni.Janganlah macam tu.Dia belum lagi menjadi isteri Adam.Mama tak mahu ambil kesempatan Adam."Balas Datin Suri.

"Janganlah marah mama,Adam bergurau sahaja."Kata Adam perlahan.Mama tersenyum kelat.Adam mulai kecut perut.

"Adam,mama sudah mengantuk ,papa masih belum balik lagi ini."

"Tak mengapa mama,Adam temankan mama sampai papa balik."Kata Adam.Dia membetulkan kedudukan mama,menghidupkan lampu sisi dan mematikan lampu utama di kamar mama.Adam duduk kembali di meja kerja papa.Menyambung semula kerjanya sambil matanya sesekali memandang tubuh mama.Lena sudah mama.

Adam melihat beberapa agensi yang diberikan Suzie,namun hatinya tiada yang berkenan.Runsing kepalanya mencari pembantu.Manalah aku nak cari ni.Bisik hatinya.Seketika kemudian,pintu kamar mama dibuka,terlihat kelibat papa memasukki kamar itu.Adam bingkas bangun.

"Papa baru balik?"Tanya Adam.Dato Ridhwan hanya memandang pelik.

"Soalan kamu ni perlu ke papa jawab?"Tanya Dato Ridhwan kembali.Adam tersengih mengaru kepalanya.Bodoh pulak aku jadinya.

"Adam nak balik atau stay sini?"Tanya Dato Ridhwan semula.

"Adam balik papa.Tak mengapa papa rehat dulu.Adam balik dulu ok."Pinta Adam sebelum berlalu pergi tangan papa dikucup mesra.

Adam tiba dirumahnya tepat jam dua belas malam.Pasti Damia telah lena saat ini.Dia melangkah ke dapur.Tekak terasa haus.Setelah meneguk air,dia melangkah longlai menuju ke kamarnya.Matanya semakin berat.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience