Bab 11

Romance Completed 51617

Bab 11

Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.Kerana tiada yang percuma di sini.

Menghitung hari,detik demi detik,masa ku nanti,apakah ada jalan cerita,kisah yang panjang.

Damia merenung kosong kipas di langit syilling yang dari tadi ligat menari.Merenung tentang nasib diri di bandar asing.Jauh ddari habitat,rindu akan kehidupannya di kampung.Perit hatinya apabila memikirkan nasib diri.Siapakah aku sebenarnya di kota ini?.Di rumah ini?.Matanya berpinar-pinar,air mulai bertakung menanti saat keizinan untuk menyusuri tanah putih suci pipinya.

JIka dihitung rasa bosan,pastinya dialah insan yang bakal mencipta rekod dunia.Kerana seluruh kehidupannya hanya di rumah ini.Dikurung dalam sangkar batu.Beginikah perasaan seekor burung?Berciap-ciap setiap hari disangkakan sedang menyanyi gembira hakikatnya merintih dikurung.Pilu.

"Apa yang kau menungkan?"Tegur Adam selamba.Terkejut beruk Damia.Segera bangun dari pembaringan.Berakhir episod kebosanan hari ini.Dia berdiri kaku.Melihat suami yang tiba-tiba muncul.Kenapalah aku tak dengar bunyi dia balik?

"Eh,tak ada apa-apa,encik."

"Encik Adam hendak minum?.Saya buatkan air kopi,boleh?"Lembut suara Damia melontarkan kata-kata.Bosan macam mana pun,wujudnya makhluk bernama Adam Harris dalam rumah iu maka wajib untuk dia memberi layanan persis raja.Itu peraturan yang perlu dia patuhi tanpa bantahan.

"Tak perlu.Aku nak tanya kau."Dup!!jantung Damia terhenti.Riak wajah muali hilang warna.Apakah soalan yang bakal ditanya oleh si suami.Adakah aku ada melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan?.Pelbagai andaian meluru masuk ke kotak fikiran anpa sempat ditapis oleh minda.Hingga dirasakan kipas yang tadinya menyejukkan ruang tamu bertukar menjadi bahang tapi sejuk.Ya! seram sejuk!.

"Apakah yang Encik Adam nak tanya?".Damia bertanya kembali,dalam hatinya tidak dapat diluahkan betapa hebatnya gelora yang melanda.Melihat wajah suami walaupun dapat pahala bak kata Mak Nani,ada suara kecil berbicara,"handsome suamiku".Membuat dirinya seperti kehilangan arah sebentar.Segera dia mengingatkan diri akan semua perjanjian.

"Selama kau bernikah dengan aku,apa yang kau rasa?"Tanya Adam perlahan.Yang paling mengejutkan saat dia melontarkan kata itu,matanya tepat menangkap anak mata isterinya.Mencari kejujuran sebuah pengakuan yang bakal terluah.


Damia hilang dalam dunianya.Banyak yang aku rasa.Rasa yang tidak mampu kau gambarkan,Adam.Rasa sakit bila maruah aku dipijak-pijak oleh lelaki.Rasa hendak hentikan semua ini,namun tiada siapa yang peduli.Rasa benci,marah,sedih,geram,kecewa yang bersatu dalam hatiku hingga aku tidak tahu apa yang aku rasa.Damia menjawab dalam hati.Bunyi dehem dari Adam memuatkan Damia kembali ke alam nyata.Cuba mencari jawapan yang sesuai.

"Maksud Encik Adam?"Tanya Damia spontan.Damia!apa yang kau cakap ni?Dalam diam dia mengutuk dirinya sendiri.

Adam Harris tersenyum seketika.Terasa lucu dengan soalan isterinya di tambah pula dengan riak wajah blur.Ada terpalit kejujuran diwajah itu.Siapakah kau sebenarnya Siti Damia?Kenapa kau wujud dalam setiap mimpiku?Kenapa kita bertemu dan bersatu tanpa rasa?Adam bermonolog.

"Dah abaikan soalan aku tadi."Ujar Adam terus bangkit meninggalkan Damia yang masih terkebil-kebil.Salah ke aku tanya?Bertambah lagi soalan yang tidak berjawab di dalam minda.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience