Bab 37

Romance Completed 51617

Bab 37

Bunyi mesej di telefon membuatkan Damia tidak senang hati.Pantas dia bangun dari katil dan mencapai telefon.

'Malam ini jangan kunci pintu,abang nak masuk bilik Mia.Ada perkara yang abang hendak jelaskan.'

Pendek sahaja mesej yang dihantar oleh Adam Harris.Damia merunggut sebaik sahaja selesai membaca.Apa lagi yang hendak dijelaskan.Nanti-nantilah pun boleh kan.Kalau kantoi macam mana.Aduhhhh!!!Damia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Melihat jam di dinding menghampiri jam empat tiga puluh,Damia segera mencapai selendang dan menutupkepalanya.Dia melangkah keluar menuju ke kamar Datin Suri.Pintu bilik diketuk dari luar.kedengaran suara Datin Suri mengizinkan dirinya masuk.Damia membuka pintu dan masuk ke kamar mentuanya.Salam diberikan.

"Datin,kita berwudhu dulu ye,sebentar nanti azan asar."Kata Damia lembut.

"Baiklah Mia,saya memang tunggu Mia dari tadi."

"Maafkan saya kerana buat datin menunggu,"Terasa bersalah pulak.Damia segera ke kamar mandi untuk mengisi air didalam botol spray yang dikhaskan untuk air wudhu datin.Setelah itu,Damia pun memulakan tugasan pertamanya .Dengan penuh hati-hati Damia meratakan air disetiap anggota yang tidak dapat dicapai oleh Datin Suri.Setelah sempurna rukun wuhdu,Damai mencapai kain tuala bersih untuk digunakan oleh Datin.Kedengaran suara azan berkumandang di televisyen dalam kamar besar Datin Suri.Damia mengambil kain telekung dan menyarungkan kepada Datin.

Datin Suri hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh Damia.Dilihatnya Damia tidak kekok melakukan kerjanya.Yang paling mencuit hati Datin Suri,saat Damia mengelap air di kakinya.Dengan lemah lembut dan berhati-hati dia melakukannya.Persis seorang jururawat.Hati Dati Suri bersorak kegembiraan.Kedua tangannya diangkat,permulaan untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim.

Damia melangkah keluar kamar sebaik sahaja selesai menyiapkan Datin Suri.Dia juga perlu segera solat kerana selepas ini dia perlu membawa Datin ke ruang makan di tingkat bawah.Alangkah terkejutnya Damia mendapati Adam Harris berada di dalam biliknya,sedang berbaring di atas katilnya.Damia menjadi serba salah.Bimbang jika diketahui oleh dato atau datin.

"Abang!,kenapa masuk bilik Mia sekarang?"Tegur Damia dengan nada suara yang perlahan.Badan Adam digongcang kerana tiada respon dari suaminya.Mata Adam terpejam rapat.Damia semakin tidak keruan.

Adam Harris segera menarik tangan Damia hingga memyebabkan Damia hilang keseimbangan lalu rebah jatuh diatas Adam.Mujur tubuhnya kecil.Adam segera mengeratkan pelukan menjerat Damia agar tidak dapat bangun.Damia cuba meronta namun tindakannya sia-sia,akhirnya dia mengalah.

"Abang tolonglah jangan buat Mia begini.Mia nak kene solat sekarang."Rayu Damia.Adam yang dari tadi melelapkan matanya membuka sedikit mata.Memandang tepat ke anak mata Damia.Bukan dia sengaja buat begini,tetapi dia jadi tidak keruan apabila Damia tidak membalas mesejnya.

"Kenapa tidak balas mesej abang?"Kata Adam pinta penjelasan.

"Mia tak sempat balas sebab Mia ke bilik datin.Maafkan Mia".Jelas Damia.Berharap semoga Adam menerima alasanya.

Adam tersenyum melihat wajah isterinya.Jelas kelihatan ketakutan.Damia tanpa sengaja mengigit bibir bawah hingga membuatkan Adam menjadi penasaran.Jangan goda abang,Mia!.Adam menjadi geram.

"Jangan gigit bibir tu.Berapa kali abang nak cakap.Lepas ini Mia buat lagi.Abang terus cium bibir tu."Kata-kata Adam membuatkan Damia terlopong.Pantas dilepaskan gigitan dibibir bawahnya.Bukan dia sengaja melakukan,sudah menjadi kebiasaanya apabila ketakutan pasti bibir bawah menjadi mangsa.Adam melepaskan pelukan,segera Damia bangkit dan berdiri.Adam hanya melihat tingkah laku isterinya.Tanpa berkata apa-apa Adam melangkah keluar dari kamar Damia.

"Ingat malam ini."Adam memberi peringatan.Pantas Damia mengangguk kepalanya tanda faham akan arahan.Hatinya berdebar-debar saat Adam melangkah keluar dari kamarnya.Bimbang jika terserempak dengan orang lain.Sebaik sahaja pintu bilik ditutup,Damia menarik nafas lega.Dia bergegas ke kamar mandi untuk berwudhu.

Petang itu,mereka sekali lagi makan bersama.Seperti kebiasaan Damia apabila berbual dengan orang tua,pastinya ada sahaja cerita yang dia ingin kongsikan dan mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut papa dan mama.Adam hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja.Damia baginya cukup sempurna.Pandai bawa diri,pandai menyesuaikan diri dengan suasana baru.Benarlah kata isterinya,mungkin kerana kerinduan yang tidak terhingga terhadap kedua ibu bapa yang telah tiada membuatkan Damia mudah ramah dengan orang tuanya.

******

"Mana maklumat yang kau janjikan pada aku?"Suara Linda semakin kuat.Hatinya panas melihat Tony yang dari tadi diam membisu.Sudah lama masa diberikan,namun hasilnya tiada.

"Maaf Cik Linda,kali ini saya gagal.Semua maklumat yang saya ada semuanya telah dicuri."Jelas Tony.Masih segar di ingatannya bagaimana malam itu dia diserang oleh dua orang lelaki berbadan sasa sewaktu dia melakukan tinjuan di kondo Adam.Baru sahaja dia hendak mengumpulkan bukti,namun semuanya telah terhapus.

"Jika aku nampak kau berdekatan dengan kawasan ini,aku tak teragak-agak hendak tamatkan riwayat kau.Ingat tu!!!."Masih jelas amaran keras yang diterima dari salah seorang lelaki yang memukulnya.

"Ah!!.Itu semua alasan kau.Sekarang ni aku nak kan bukti.Berapa lama lagi kau nak aku tunggu."Linda semakin hilang sabar.

"Cik Linda.Saya terpaksa undurkan diri dari kes ini.Ini semua wang yang Cik Linda berikan.Saya sudah tidak mahu terlibat lagi.anggap sahaja kita tidak pernah bersua.Satu saya nak ingatkan,Adam bukan lawan Cik Linda.Jangan lagi bermain dengan api."Kata Tony.Sampul coklat berisi sejumlah wang diletakkan diatas meja dan dia segera berlalu.Sejak dipukul beberapa bulan lalu,Tony merasakan dirinya diekori.

Linda menumbuk meja melepaskan amarahnya.Matanya melilau melihat sekelilingnya,bimbang juga jika ada yang namoak kelakuannya.Sampul coklat dicapai,beg digalas dan dia terus berlalu pergi.Siap kau Tony!.Aku akan pastikan kau terima balasan yang setimpal dengan apa yang kau lakukan.Dendam Linda semakin membara.Satu persatu wajah-wajah yang menjadi musuhnya terpampang di benak fikirannya.

******

Malam masih muda saat Damia meninggalkan Datin Suri di kamarnya.Selesai tugasan di hari pertama dia berada di villa itu.Dia ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum melelapkan mata.Setelah selesai semua urusan,Damia merebahkan dirinya diatas katil.Matanya memandang ke kipas yang masih ligat menari.Apalah yang bakal dikatakan oleh abang nanti?.Hatinya semakin berdebar-debar.

Pintu bilik dibuka perlahan,Damia segera bangun.Adam masuk persis pencuri.Damia cuba menahan ketawa.Tau pun takut.Bisik hatinya.Setelah pintu bilik dikunci dari dalam.Adam menghampirinya.Damia bangkit dan terus mencapai tangan kanan Adam dan menciumnya.Seperti kebiasaanya.

"Duduk sini Mia."Pinta Adam sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke atas katil.Damia akur duduk disebelah suaminya.Adam memandang wajah isteri.Belum pun satu hari mereka di sini,hatinya menjadi rindu pada wajah polos ini.Kali ini dia benar-benar pasti akan perasaannya.Cuma dia tidak berani untuk menyatakan.Damia terasa malu ditenung begitu.Pantas kepalanya ditundukkan.Adam memegang dagu Damia dan mengangkatnya.

"Mia,abang akan berterus terang dengan Mia apa yang telah berlaku.Abang nak Mia dengar dengan teliti setiap apa yang abang katakan."Adam Harris memulakan bicaranya.Damia hanya mendengar setiap apa yang dikatakan suaminya.Barulah dia tahu kenapa Adam pinta dia berhati-hati dengan Linda.Damia mengeluh kecil mengenangkan masalah yang bakal dia hadapi kelak.Bagaimana jika abang berkahwin dengan Linda nanti?.Aku bagaimana pulak?.Adam seakan faham apa yang sedang bermain di fikiran isterinya segera mengenggam erat jari jemari Damia.

"Jangan risau Mia,doakan agar abang tak jadi kawin dengan Linda."

"Tapi diakan pilihan orang tua abang."

"Tapi Mia jodoh pilihan Allah untuk abang."Balas Adam membuatkan Damia hilang kata-kata.Kenapalah waktu begini nak buat hati aku cair wahai encik suami...Damia monolog lagi.

"Sudahlah jangan fikir macam-macam.Tidur dulu.Jika Mia takut.Abang boleh temankan malam ini."Gurau Adam membuatkan Damia semakin kecut perut.

"Janganlah buli Mia lagi.Abang baliklah dulu.Dah lewat malam ni."Pinta Damia.

"Siapa cakap abang kene balik.Puan Damia.Inikan rumah orang tua abang.Jadi mulai hari ini.Abang akan sentiasa ada disini.Faham!"Kata Adam Harris sambil mengenyitkan matanya.Dia bingkas bangun dan keluar dari kamar meninggalkan Damia yang masih terpinga-pinga.

Malam ini,
Disaat aku menatap keindahan bulan ,
Aku berharap,
Semoga kita sedang menatap bulan yang sama...

Selamat malam Mia sayang...

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience