Bab 14

Romance Completed 51617

Bab 14

Bau asam pedas bertebaran disegenap ruang makan,pasti sahaja akan membuatkan sesiapa yang terhidu,perut akan segera pinta diisi.Hebatnya penangan asam pedas Damia.Setelah selesai menghidangkan makanan,Damia melepaskan lelah di sofa.Menanti kepulangan suami.Kebiasaannya waktu begini Encik Adam harris telah pulang.Rutin Damia menyambut kepulangan suami dengan senyuman,disediakan air untuk suaminya.

"Assalamualaikum,"Kedengaran suara garau lelaki yang dinantikan Siti Damia.

"Walaikumsalam,"Balas Damia lembut,senyuman diukir buat tatapan suami.Semoga setiap apa yang dilakukan oleh Damia mendapat ganjaran pahala.Moga senyumanku ini bisa menenangkan hatinya.

Adam memandang wajah isterinya.Terpana seketika.Bidadari syugakah ini?.Hilang segala beban yang tadinya menghimpit dada.Benarlah aku makin angau.

"Jemput minum abang,".Lembut suara itu mengajaknya.Dia seperti diawangan takkala mendengar panggilan itu.Matanya bersinar,rindukan akan panggilan keramat itu.

"Terima kasih Mia sayang."Balas Adam.Gelas bertukar tangan.Berkerut dahi Damia melihat akan perubahan suaminya.Apa yang telah terjadi ni?Encik Adam ni ada terlanggar apa-apa sebelum naik tadi.Terhantuk dekat tiang ke.Pelik.

"Encik,ok ke?"Spontan Damia berkata.Bimbang jika ada urat kepala Adam yang terputus.

"Eh,aku oklah,saje nak tengok reaksi kau,cuak jugak rupanya."Fuh!!!nasib baik aku pandai mengelak.

Adam.Kau dah kenapa?.Gelas air segera diserahkan kembali kepada Damia.Sempat Adam menjenguk hidangan yang telah tersedia diatas meja.Perutnya menjerit kelaparan.

"Lepas mandi aku nak makan."Kata Adam sebelum berlalu ke kamarnya meninggalkan Damia yang masih termangu di tepi meja.Wajah Damia masih berkerut.Alamatnya makin cepatlah garisan haus bakal tercipta diwajahnya.

Sementara menantikan Adam,Damia duduk disisi meja makan.Dia sudah tergoda dengan ajakan manja asam pedas ayam itu.Hai,lambat betullah dia ni.Perut aku ni dah menyanyi macam-macam lagu.Tolonglah cepat sikit wahai Encik Suami.Gomel Damia sendirian.

"Eh,kau ni asyik berangan je kan."Tegur Adam selamba.Dia menarik kerusi terus duduk.Damia sedikit terkejut namun pantas menghulurkan pinggan.Menyendokkan nasi,sediakan minuman dan duduk disebelah kanan suaminya.Mereka menjamu selera bersama lewat petang itu.Sesekali Damia melihat gelagat si suami yang begitu berselera menjawah masakannya.

"Encik nak tambah nasi lagi?"Pelawa Damia.

"Tambahkan sesenduk,habislah aku macam ni.Sedap sangat lauk kau masak."

"Manalah saya pandai masak encik,lauk ni biasa sahaja.Lauk kampung."

"Ni baru lauk kampung dah sedap.Belum lagi menu special yang lain."

Kejap.Encik Adam ni tengah puji aku atau perli ni?.Damia terdiam seketika.Kenapa mood dia baik semacam.

"Lepas ni cuba kau masak nasi beriani."Pinta Adam.

"baik encik,saya akan cuba masakkan untuk encik."Balas Damia.Setakat nasi beriani memang celah kuku aku wahai encik suami.Tak sia-sia berguru dengan Mak Nani.Resepi turun temurun keluarga Mak Nani telah selamat dituntut.Habislah boroi perut kau Adam.Damia tersenyum sendiri.

"Aku nak tukar sikit peraturan dalam rumah ini."Adam membuka mulut setelah selesai makan.ambil tangannya mencapai gelas air sirap limau.Senpat diteguk beberapa kali.laju air sirap limau masuk menyusuri lorong tekaknya.Sejuk dan enak sekali.

Damia terpinga-pinga,apalah yang bakal berlaku ini.Patutlah baik semacam aje.Rupanya peraturan bakal diketatkan lagi.Ada sedikit kegusaran dihatinya.namun reaksi wajahnya cuba dikawal.Berlagak tenang.Aku pun sudah pandai kawal emosi.Tidaklah tampak lurus sangat.

"Apakah itu Encik Adam?"Tanya Damia.Dia seakan tidak mahu menanti terlalu lama.Adam tersenyum menampakkan deretan gigi yang putih.Kenapalah kau kacak sangat?Degupan jantung Damia semakin laju berdetik.Dia cuba mengawal hembusan nafasnya.Bimbang jika Adam tersalah erti.

"Aku tak nak panggil aku Encik lagi.Faham!"Huh.Damia menarik nafas lega.Itu rupanya peraturan yang diubah.

"Habis tu,saya kene panggil apa?"

"Abang."Spontan Adam berkata.Matanya melirik manja ke arah damia.Dilihat rona warna kulit wajah si isteri bertukar kemerahan.Adam tidak tunggu lama.Dia meninggalkan Damia sendirian.

"Mia,abang masuk bilik dulu ye."Ujarnya sebelum melangkah pergi.Damia masih cuba mengawal ombak tsunami yang sedang menganas di dalam hatinya.Permainan apakah yang dimainkan?.

******

Tepat jam lapan malam,Adam tiba diperkarangan rumah orang tuanya.Malam ini pastinya mama dan papa akan bincangkan berkenaan hal pertunangan dia dan Linda.Adam mengatur langkah dengan hati yang berat.

"Assalamualaikum."Adam Harris melangkah masuk.Salamnya disambut oleh papa yang sedia menanti di ruang tamu.Dato Ridhwan yang tadinya sedang membaca buku.Pantas menutup buku dan mengukir senyuman menyambut anaknya.Adam bersalaman dengan papa.

"Adam sudah makan."

"Sudah papa.Mama mana?"Matanya melilau mencari batang tubuh mama.Dalam hatinya berdegup kencang menahan segala rasa.Malam ini boleh jadi perbincangan secara baik atau menjadi sebaliknya.Adam pasrah.

"Kejap lagi mama turunlah tu.Macam mana dengan Encik Bakri."Papa mencari peluang berbincang soal kerja dengan anaknya.Di pejabat bukan mudah untuk mereka berjumpa.Masing-masing terikat dengan kerja dan komitmen.Sesekali erjumpa begini mereka boleh berbual santai soal perniagaan.Rancak dia beranak ini berbual tanpa menyedari Datin Suri memerhati dari tingkat atas.Dari pagi dia menanti peluang bersua muka dengan Adam Harris.Terlalu banyak yang dia perlu bincang dan putuskan malam ini.Yang paling tarikh pernikahan Adam dan Linda tinggal dua bulan sahaja lagi.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience