Bab 20

Romance Completed 51617

Bab 20

Setelah selesai membantu Mak Ani mengemas dapur,Damia mohon diri masuk ke kamar.Peperangan bakal berlangsung sebentar lagi.Kali ini pastinya lebih bahaya.Jika dia tersilap percaturan,dia bakal tewas.Perangkap perlu disiapkan terlebih dahulu.

Seperti jangkaan Damia,tidak sampai dua puluh minit dia berada di dalam kamar itu,pintu biliknya dibuka oleh Adam.Damia memandang Adam,jiwanya berdegup kencang.Bimbang juga jika misi kali ini gagal.Dia nekad dalam pasrah.Wajah Adam amat berlainan.Seperti telah bersedia untuk menyerang.Pintu kamar dikunci dari dalam.Damia cuba mengawal diri agar tampak tenang walau dihati hanya tuhan sahaja yang tahu.Dia berdiri kaku disisi katil.Jangan beri peluang musuh nampak kelemahannya.Sentiasa bersedia.

Langkah Adam diatur kemas dengan penuh keyakinan bakal menewaskan Damia dengan kemenangan yang kekal.Berbekalkan keyakinan itu,dia merapati Damia semakin lama semakin dekat.Sangat dekat hingga dia boleh menghidu bauan harum rambut isterinya.Damia menutup mata,mengumpulkan segala kekuatan.Perlahan tangan Adam mula memainkan permainan.Tadi kakimu menjalarkan sayang,sekarang biar tangan abang pulak yang merayap.Enjoy it!.

Dari bahu tangan Adam mula turun ke tangan.Damia mula merasa resah.Apakah aku mampu melawan?.Adam tersenyum nakal.kali ini pasti Mia akan menyesal.Jangan berani kejutkan harimau yang sedang lena sayang.Bisik hati Adam.

Bunyi ketukan dari luar kamar menghentikan permainan Adam.Damia menarik nafas lega.Fuh!.Nasib baik ada penyelamat.Adam membuka pintu bilik.Dalam hati merunggut.Baru sahaja hendak membalas serangan,dah terhenti.

"Adam dah siap?".Tanya Baba Bakar.Adam binggung sekejap.Saya sudah lama siap sedia baba.Baba yang kacau line ni.Monolog Adam seketika.Otaknya mencari jawapan yang sesuai.Pelik juga hendak kemana Baba malam-malam begini.

"Siap ke mana.Baba?".Tanya Adam kembali.Kali ini Baba Bakar pula yang berkerut dahi.Sah!anak aku ini makin angau.

"Aik!dah lupa ke?.Tadi masa kat surau,awak yang beria nak join program 'Imarah Malam Bersama Ustaz'.Balik rumah terus lupa ye."Terang Baba Bakar.

Puk!setepek kene tepat ke muka Adam.kata-katanya yang menjerat dirinya sendiri.Macam manalah aku boleh lupa ini.Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang,ni pakaian dan keperluan abang untuk malam ini."Damia mencelah.Yes!perangkap sudah terkena.Kemenangan dipihaknya.Adam mengetap bibir.Geram dengan isterinya yang seorang ini,yang bisa menguji naluri lelakinya.Damia mengenyit mata memandang suaminya.Puas hatinya.

"Oh iye Baba,memang saya tengah bersiap dan pujuk Mia ni.Almaklumlah dia tidak biasa tidur sorang.Mesti nak saya temankan.Kejap lagi saya keluar."Adam berkata ringkas sebelum menolak Damia ke dalam dan menutup pintu kembali.Hantu!!!!!!!merah wajah Damia menahan malu didepan baba Bakar.

"Mia,tunggu abang balik esok,Kita ada perhitungan yang belum selesai."Bisik Adam ke telinga isterinya.Sempat juga Adam menghadiahkan ciuman di pipi kanan isterinya,Tak perlu istihar menang sayangku.Abang akan datang menganggumu lagi dan lagi.Hidupmu akan abang jadikan seperti roller coaster.Ini Adam Harris tau.Jangan berani cari pasal!.

******

Mereka tiba di surau tepat jam sepuluh malam.Kelihatan beberapa orang kampung yang ingin bersama-sama mengikuti program ilmiah telah pun tiba.Kebiasaan aktiviti begini,Baba Bakar akan hadir.Selain dapat menggunjungi rumah Allah,dia juga berkesempatan beribadat bersama ahli jemaah yang lain.

Adam dan Baba Bakar bersalaman dengan mereka yang lain.Malam itu Adam lena bermimpikan Damia.Senyuman,renungan manja isterinya mampu membuatkan jiwa lelakinya yang sunyi kembali bergolak.

Jam menghampiri tiga pagi,Baba Bakar telah pun bersap sedia untuk bermunajat,bercinta dengan PenciptaNYA.Sebelum itu,dia sempat mengejutkan Adam Harris.Mereka bersama ahli jemaah yang lain bersama-sama melakukan solat sunat tahajjud,solat taubat ,solat tasbih dan solat hajat.

Bagi Adam pula,kesempatan begini digunakan se[enuhnya untuk dia mencari jawapan disetiap kemelut yang membelenggu dirinya.Mengharap simpati dari Pencipta. Menjelang setengah jam sebelum azan subuh,kebanyakkan ahli jemaah yang lain membaca quran,ada juga yang sibuk berzikir.Adam keluar dari masjid.Dia ingin menghirup udara segar diawal pagi.Baba Bakar turut mengikutinya.

"Adam ok."Bicara Baba Bakar.Adam disebelahnya kedengaran mengeluh.

"Adam tak tahu bagaimana hendak mulakan,baba."

"Cuba ceritakan dari mula,baba sedia mendengar,jika perlu baba akan bagi buah fikiran."Lembut Baba Bakar berkata.Inilah yang Adam suka sangat dengan ayah angkatnya.sentiasa prihatin tentang dirinya.Adam luahkan segala isihati dan segala yang telah berlaku.Baba Bakar keliatan tenang mendengar setiap luahan anak angkatnya.

"Adam,baba harap Adam bersabar di stas setiap ujian yang tertimpa ke atasmu.Itulah tanda Allah sangat sayangkan kamu.Baba tahu kamu sudah bertunang dengan Linda.Papa sendiri yang bagitahu baba.Baba memang terkejut pada mulanya tetapi baba tidak salahkan papa dan mama kamu.Cuma baba tertanya-tanya kenapa Adam masih sembunyikan kewujudan Damia.Mama dan papa berhak tahu siapa Damia dalam hidup Adam.Jangan takut untuk hadapi kenyataan.Kalian bukan buat salah.Adam dan damia bersatu kerana itulah takdir hidup kalian.Baba yakin orang tuamu pasti akan menerima Damia.Mia tu baik orangnya.Baba yakin dia jua mangsa keadaaan sama seperti kamu.Adam kene berani hadapi kenyataan ini.JIka Adam terus membisu,pasti satu hari nanti,nasib Damia tidak terbela.Itu satu penganiayaan,anakku."Panjang Baba Bakar menzahirkan pendapatnya.Adam mendengar dengan teliti.Benar.Dia akui silap dirinya sendiri tidak berterus terang statusnya kini.Jika dari awal dia berterus terang pastinya mama tidak akan meneruskan pertunangannya dengan Linda.Kedengaran suara muazzin melaungkan azan subuh.Perbualan mereka terhenti di situ.Mereka berdua masukkembali ke dalam surau untuk bersama solat berjemaah.

******

Pagi ini Damia dan Mak Ani bersama menyediakan sarapan.Damia menggoreng mee kuning sementara Mak Ani menyediakan seteko air kopi pekat.Sementara menunggu kepulangan suami masing-masing sempat juga mereka bersembang.

"Mia,boleh Mak Ani tanya?."Mak ani mula berbicara.

"Boleh Mak Ani.Apa yang nak tanya tu."Seloroh Damia samil tangannya memicit manja tangan Mak Ani.

"Mia dan Adam ok?"Tanya Mak Ani.Damia cuba berlagak biasa.Masakan dia lupa setiap peraturan yang Adam telah tetapkan untuk dia.

"Mak,Alhamdulillah kami bahagia.Mia masih baru dalam alam rumahtangga ini.Masih banyak yang perlu kami pelajari.Mak ani dan baba doakan kami ye."Fuh! lega.Bamia semakin bijak menyusun kata-kata untuk menyakinkan Mak Ani.Tersenyum orang tua itu melihat anak menantu seorang ini.Matang dan manja sangat.Terhibur hatinya.

Seketika kemudian Adam Harris dan Baba Bakar tiba,mereka bersama sarapan bersama sambil berbual.riuh juga Damia bercerita.Sesekali Baba Bakar dan Mak Ani ketawa mendengar celoteh Damia.Adam seperti diselubungi rasa bersalah terhadap isterinya yang sangat polos.

Setelah makan,Adam dan damia bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.Mereka bersalaman dan meninggalkan kedua orang tuan angkat.Sepanjang perjalanan menyusuri kawasan kampung,Damia begitu asyik melihat keindahan kampung tanpa menyedari Adam disebelahnya mula terasa panas hati.

"Mia suka duduk kampung."Adam mula berbicara memecahkan kesunyian yang ada.

"Suka.Mia memang sukakan suasana kampung.Tenang dan best."Jujur jawapan Damia.Adam ketawa mendengar jawapan telus isterinya.

"Kenapa abang tanya?"

"Saja nak ajak Mia berborak.Dari tadi asyik tengok luar tak pedulikan pun abang dekat sebelah ni."Balas Adam dengan nada sedikit merajuk.Mengharapkan perhatian isteri.Damia tersenyum,bahagia pula dirasakan.Adakah ini yang dinamakan CINTA.Adakah hatiku telah terisi?.Layakkah aku menawan hati lelaki disebelahku ini?.mampukah aku?.Persoalan yang tiada jawapan.Namun Damia akui dia mulai menyukai apa yang dirasakan saat ini.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience