Bab 36

Romance Completed 51617

Bab 36

Setibanya di tingkat atas villa Dato Ridhwan,Damia berdiri tegak.Terpegun melihat potret besar keluarga Adam Harris yang digantung di dinding.Ruang atas yang agak luas,terdapat lima bilik.Damia mengagumi citarasa Datin dan Dato dalam bab hiasan dalaman rumah.Memang cantik,gaya moden.

"Mia,inilah bilik Mia.Berhadapan dengan bilik Datin."Jelas Mak Wan.Pintu bilik dibuka,Damia dan Mak Wan masuk.Damia melihat sekeliling kamar barunya.Besar dan luas untuk dia diami seorang diri.Bilik itu lengkap dengan katil bersaiz king,meja mekap,meja sisi,almari tiga pintu yang besar dan sebuah sofa di penjuru mengadap ke tingkap yang kesemuanya berwarna putih.Tampak mewah ditambah konsep warna grey di dinding.

"Terima kasih Mak Wan.Jika ada apa-apa yang perlu saya tolong.Mak Wan bagitahu ye."Pinta Damia.

"Eh,kerja Mia hanya uruskan keperluan datin.Tugas yang lain biar Mak Wan yang uruskan."Keduanya melabuhkan punggung diatas katil empuk.Damia cuba menahan rasa yang masih bergelora di dalam hatinya.

"Mia mesti penat kan.Rehatlah dulu.Nanti selepas Linda balik.Mia bawakan datin ke atas ."Mak Wan berikan tugasan baru untuk Damia.

"Baiklah Mak Wan."Balas Damia.

"Oh,sebelum Mak Wan terlupa,diatas ni ada banyak bilik.Jangan Mia tersilap bilik pulak tau.Sebelah bilik Mia ni,bilik Tuan Adam dan yang lagi dua bilik tu khas untuk tetamu."Terang Mak Wan tanpa dipinta.Damia hanya menganggukkan kepalanya.Mujur Mak Wan sudi menerangkan kepadanya tentang semua ini.Jika tidak mungkin juga dia bakal tersesat di dalam villa ini.

"Mak Wan sebilik dengan Mia kan?"Tanya Damia mempamerkan wajah yang mencuit hati Mak Wan.

"Tak Mia.Mak Wan ada bilik khas di tingkat bawah.Mak Wan ni dah tak larat sangat nak naik turun tangga.Maklumlah dah semakin remaja." Sempat Mak Wan bergurau dengan Damia.

Mereka berdua ketawa bersama.Tanpa menyedari ada telinga yang sedang mendengar perbualan mereka dari luar kamar baru Damia.Pintu yang terbuka itu memudahkannya masuk,Adam Harris berdiri betul- betul di depan pintu sambil berpeluk tubuh.Matanya memandang tepat ke arah Damia yang mengadapnya.Damia menjadi kekok.Mak Wan hanya memerhati tanpa mengesyaki apa-apa.

"Mak Wan sudah jelaskan apa yang perlu Mia lakukan."

"Sudah Adam.Tapi tak semuanya.Apa kata Adam sendiri yang bagitahu.Mak Wan baru teringat kuih talam yang diatas dapur itu.Nanti tak menjadi pulak."balas Mak Wan dan tergesa-gesa meninggalkan mereka di kamar itu.Damia tundukkan kepalanya memandang permaidani.Masing-masing berdiam diri.Adam masih menyusun kata-kata di benak fikirannya.Tidak mahu tersalah cakap.Bimbang jika kata-katanya bakal melukakan lagi hati Damia.Dia tidak sanggup lagi.Terdengar keluhan dari Adam membuatkan Damia mengangkat mukanya memandang suami.

"Mia,abang tahu Mia marahkan abang.Nanti abang akan terangkan semuanya.Cuma sekarang abang minta Mia berhati-hati dengan Linda.Abang harap sangat Mia dengar cakap abang sekali ini."Kata Adam Harris sebelum meninggalkan Damia sendirian di bilik.Berkerut dahi Damia mendengar kata -kata akhir suaminya.Apakah maksudnya?.Bahaya sangatkah perempuan yang bernama Linda itu?.Damia mengangkat bahunya.Dia bangkit dan menutup pintu biliknya.

******

Melihat kelibat Mak Wan yang tergopoh gapah turun dari tingkat atas menuju ke dapur,Linda menjadi tidak keruan.Masakan tidak,Adam Harris baru sahaja naik ke atas.Ini bermakna saat ini perempuan itu dan tunangnya berduaan sahaja di atas.

"Auntie nak naik atas tak?.Marilah Linda bawakan.Kesian Linda tengok auntie nampak penat sangat ini."Kata Linda menggunakan Datin Suri sebagai alasan untuk dia naik ke tingkat atas.

"Boleh Linda.Memang auntie nak rehat sekarang."Pinta Datin Suri.Jika diikutkan tugas itu patut digalas oleh pembantu barunya,namun dia tidak mahu terlalu berkira.Lagipun baru sahaja Damia tiba.Biarlah dia berehat dahulu.

Linda segera bangkit dan menolak wheel chair ke arah lif.Dia mahu tiba secepat mungkin.Perempuan yang baru tiba itu dirasakan sesuatu.Mungkin Yanti bukanlah lawannya tetapi dengan perempuan yang baru diperkenalkan dengannya berlainan sekali.

Dato Ridhwan hanya memerhatikan isterinya dibawa oleh bakal menantunya.Setelah itu,pandangan matanya beralih ke arah tangga,susuk tubuh Damia yang sedang menuruni tangga membuatkan Dato Ridhwan tersenyum.Pasti budak ini nak bawa isteri aku naik atas.

"Maaf Dato,boleh saya tahu di mana Datin Suri?".Tanya Damia.Melihat hanya dato sahaja di ruang tamu,dia berasa tidak enak.Baru masuk kerja,sudah curi tulang kau ,Mia.Aduh!!!!.

"Linda sudah bawa datin naik ke atas."Jawab Dato Ridhwan bersahaja.

"Maafkan saya dato.Selepas ini saya akan lebih peka tentang datin."Pinta Damia.Dato Ridhwan tersenyum melihat kesungguhan Damia.Anak muda dihadapan aku ini seorang yang betul-betul jujur hendak bekerja.Bisik hati Dato Ridhwan.Pandangan dari mata kasar seorang majikan.

Damia meminta diri ke dapur,untuk bertemu dengan Mak Wan.Banyak perkara yang perlu dia tanyakan berkenaan pengurusan Datin Suri.Setelah membantu Mak Wan membuat kuih talam suji,sambil mengemaskan dapur.Damia mendengar dengan teliti penerangan panjang lebar aktiviti seharian Datin Suri dari awal pagi hinggalah ke waktu malam.

"Terima kasih Mak Wan kerana sudi terangkan semuanya pada Mia."Kata Damia.Mak Wan melihat wajah polos anak gadis dihadapannya.Sangat manis wajahnya,baru beberapa ketika berada di villa ini,anak muda ini telah menawan hatinya dengan budi bicara yang lembut.Sentiasa berselendang walau di dalam rumah.Alangkah bagusnya jika Damia ini dikenenkan dengan Adam.Mesti sepadan.bak kata orang dulu-dulu 'bagai pinang dibelah dua'.Jika dibandingkan dengan Linda.Amat jauh sekali.Hingga ke saat ini,Mak Wan sangat tidak berkenan dengan tingkah laku Linda,seperti ada sesuatu.Setiap kebaikan yang dilakukan seakan berpura-pura.Namun siapalah dirinya untuk memberi buah fikiran dalam menentukan pasangan hidup Adam.Dia sedar diri.Mak Wan hanyalah pengasuh Adam Harris sahaja.

"Mia,naiklah dulu.Nanti masa azan asar,Mia kene ambilkan wudhu untuk Datin."Kata Mak Wan.Damia mengangguk kepalanya dan mohon pergi terlebih dahulu sebelum langkah diatur keluar dari dapur.

Diruang tamu kedengaran suara lelaki sedang rancak berbual.Suara yang amat dikenalinya.Damia tidak mahu menganggu suara-suara itu berbual.Langkahnya diatur ke anak tangga.Sebaik meniti anak tangga,langkahnya terhenti melihat Linda betul-betul berada dihadapannya.Tangan kiri Linda mencengkam erat tangan Damia.Mata mereka bertemu.Damia menahan rasa sakit akibat cengkaman tangan Linda,manakala Linda menahan rasa amarah yang sedang bergelodak di dalam hatinya.

"Siapa kau sebenarnya?.Macam mana Adam boleh kutip kau dan bawa ke sini?."Kata Linda dengan nada yang perlahan tetapi keras bunyinya.Damia memandang tepat ke wajah perempuan yang bernama Linda.

Eh!!! perempuan.Sedap mulut kau je cakap aku ini dikutip.Kau ingat aku ini apa?.Barang!.Gomel Damia di dalam hatinya.Saat ini darah Hang Jebat telah bersatu dengan Tun Teja.Jangan berani hendak bermain dengan gadis kampung seperti aku.Tangan Linda segera dipusingkan hingga tidak sempat Linda berbuat apa-apa.Tergamam Linda seketika.Dia cuba menahan sakit.Damia hanya bersahaja.

"Saya datang ke sini untuk menjaga Datin Suri.Selain daripada itu bukan urusan saya.Jadi saya minta jasa baik Cik Linda agar tidak lagi menganggu kerja saya."Kata Damia lembut tetapi ada nada ketegasan.Sebaik sahaja dia berkata,Damia melepaskan tangan Linda dan berlalu naik ke kamarnya.Linda memandangnya dengan rasa tidak puas hati.Siaplah kau perempuan sial!.Berani kau buat aku macam ni.Kau belum kenal siapa aku.Ini Linda tau!.

Adam yang sedang duduk berbual dengan papanya menyaksikan setiap apa yang berlaku di tangga.Walaupun hati Adam gusar pada mulanya,namun setelah melihat Damia bijak menangani Linda.Adam menarik nafas lega.Namun itu bukan jaminan Damia selamat.Dia kenal siapa Linda.Pasti akan ada yang bakal terjadi kelak.Linda tidak akan berdiam diri setelah diperlakukan sedemikian.Aku kene lebih berhati-hati tentang keselamatan Damia.Nekad Adam Harris.

Linda terus keluar dari rumah setelah bertemu dengan dato dan Adam.Rasa sakit ditangan tidak dirasakan kerana hatinya terasa lebih sakit lagi.Dia kena rancang sesuatu untuk mencari jawapan.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience