Bab 44

Romance Completed 51617

Bab 44

Adam masih diam membisu saat Danial pulang.Hatinya benar-benar panas dengan kata-kata Danial sebelum pulang tadi.

"Adam,kau kenalkan aku dengan maid mama kau tu.Terasa rusuk aku ni bergetar bila tengok dia tadi.Kau pun dah nak kawin lagi.Aku ni masih bujang trang tang tang lagi.Kesianlah kat aku."Kata Danial yang membakar hati Adam.Terasa menyesal dia bawa Danial ke rumah mama tadi.Kenapalah Mia pulak yang hantar air tadi.Adam terus naik ke tingkat atas.

Pintu kamar Damia diketuk.Seketika kemudian pintu di buka dan Adam Harris terus menyelinap masuk.Damia sudah menduga suaminya akan datang berjumpa dengannya.Seperti biasa tangan kanan Adam diraih dan dikucup.

"Abang jadi balik kondo tak malam ni?"Duga Damia.Ini mesti kes tak boleh tidurkan,detik hatinya.Adam tidak menjawab.

"Kenapa Mia yang hantar air tadi?"Tanya Adam kembali.Damia sedikit terkejut.

"Salahkah apa yang Mia buat,Mak Wan sudah penat.Mia hanya tolong hantarkan saja."

"Iya,tetap salah!."Jawab Adam.Jelas kelihatan urat-urat di wajah yang sedang menahan marah.

"Jika Mia buat salah,Mia mohon maaf pada abang."Balas Damia.Dia tidak mahu bertekak di malam hari.Lebih baik dia tidur.

"Senang cakap.Dah buat salah minta maaf,lepas tu buat lagi,minta maaf lagi."Mendengar rungutan Adam membuatkan Damia semakin tidak faham.Salahkah apa yang aku buat.Dia menggaru kepala yang tidak gatal.Angin apa pulak yang terkena suamiku malam ni.

"Baiklah,sekarang abang nak Mia buat apa?"Tanya Damia kembali.Dia sudah tidak larat lagi mahu bertegang urat dengan Adam Harris.Bukannya dia tidak tahu siapa Adam.Ego tinggi melangit.Sentiasa nak menang.Biarlah dia mengalah asalkan dia dapat nikmat tidur sekejap lagi.

"Abang nak Mia layan abang malam ni."Kata Adam sambil matanya memandang nakal ke arah isterinya.Damia membulatkan mata kerana terkejut dengan kata-kata yang lahir dari mulut manis Adam Harris.Apa aku sedang bermimpi?.Bangunlah Mia!!!.Aduh!sakit.Tangan yang mencubit peha dirasakan sakit bermakna dia masih berjaga.Bukan bermimpi.Adam sudah berbaring mengadapnya di atas katil.Tersenyum menanti.Damia menelan air liur sendiri.Seram sejuk badannya.

Tuk...tuk...tuk..

Ketukan di pintunya membuatkan Adam Harris cuak,Spontan dia melompat di bawah katil menyembunyikan diri.Damia yang masih terkejut terus tersenyum meraih kemenangan.Dia menarik nafas lega.Nasib baik ada penyelamat.Damia mencapai selendang lalu menutupi rambutnya dan dia membuka pintu bilik.Dato Ridhwan berdiri mengadapnya dengan senyuman yang manis.

"Mia sudah tidur?"Tanya Dato Ridhwan perlahan.Adam Harris yang sedang menyorok terkejut mendengar suara papa.Apa lagi bala yang datang ni!.Papa pulak!.

"Belum lagi Dato.Ada apa yang perlu saya bantu"Jawab Damia.Tak payah nak bantu sangat Mia,awak bantu bahagiakan suami awak ni!.Adam menjerit di dalam hati.Semakin panas dirasakan.

"Oh,tak ada apa,cuma saya nak bagitahu,Datin minta esok Mia buatkan sarapan nasi lemak untuk semua.Adam tidur disini malam ni."Jelas dato Ridhwan sebelum masuk kembali ke kamarnya.Damia menutup pintu kembali.Dia berpaling dan mendapati Adam Harris sedang berdiri tegak memandangnya.Aik!bila masa dia keluar dari tempat persembunyian.Damia semakin gerun melihat wajah Adam saat ini.

Tiada sebarang kata-kata,Adam melangkah ke arah Damia yang masih berdiri kaku.Semakin dekat Adam menghampiri,semakin kencang degupan jantung Damia berdetik.Tanpa diduganya,Adam terus sahaja mengucup bibirnya.Damia tidak mampu mengelak kali ini.Tubuhnya telah pun diikat kemas dalam pelukan Adam.Damia semakin pasrah.Setelah beberapa ketika,Adam melepaskan bibir isterinya dan terus berlalu keluar dari kamar itu tanpa menoleh ke arah Damia yang masih mencari nafas.Hati Damia sakit setiap kali diperlakukan begitu.Sampai hati abang buat begini pada Mia...Dalam kesedihan akhirnya dia terlena.Membiarkan segala rasa menghilang,mengharapkan agar esok mentari tetap ada untuk dia menyusuri jalan hidup.Moga ada sinar harapan untuk dia terus mengapai bahagia.


******

Pagi itu di meja makan,hanya mereka bertiga sahaja.Adam yang dihantui rasa bersalah sejak meninggalkan Damia semalam mencuri pandang ke arah dapur.Mencari kelibat isterinya.

"Mana Mia."Akhirnya dia bertanya kepada mama.

"Ada dekat dapur,katanya tadi tengah buat telur separuh masak untuk papa."Balas mama.Adam diam kembali.Sebutir nasi disuapkan ke dalam mulutnya.

"Dato,ini telur separuh masak yang dato minta tadi."Suara Damia kedegaran di cuping telinganya.Mukanya diangkat.Rindu untuk menatap wajah Damia.Adam diasah rasa bersalah.Mata Damia sembab.Pasti kerana angkara aku.Maafkan abang,Mia.Pandangan Adam tidak dibalas oleh Damia.Hatinya masih sakit.

Selesai makan,Adam mengambil peluang untuk bertemu dengan Damia.Dia tidak mampu menahan diri semalam.Diakui kesilapannya meninggalkan isteri tanpa sebarang penjelasan.Adam!!!!apa yang kau sudah buat ni..

"Mia,abang nak jumpa di luar sekarang."Kata Adam perlahan sewaktu Damia sedang membasuh pinggang mangkuk di sinki diam tidak berkata.Hanya setelah menyudahkan kerja di sinki,barulah Damia menemui Adam Harris di garaj kereta.Melihat Damia yang sedang melangkah ke arahnya,Adam segera berdiri tegak.

"Kenapa abang nak jumpa dekat sini?"Tanya Damia.Tiada sebarang reaksi saat berkata.Adam tahu Damia sedang marahnya .Memang layak dia diperlakukan begini.

"Mia,abang nak minta maaf atas apa yang abang lakukan semalam."Adam memulakan bicara.Walaupun terasa berat untuk menyatakan,namun dia akur dengan hakikat.Dia yang bersalah.Damia diam.Hanya memandangnya sepi.Jiwa terasa kosong.

"Wajarkah abang minta maaf pada Mia?,Mia ni siapa untuk abang?.Jika abang masih anggap Mia ini sama seperti yang pernah abang katakan dulu.Baiklah Mia terima maaf abang.Memang salah majikan mengambil kesempatan ke atas pekerjanya."Kata Damia terus berlalu pergi.Adam terkesima dengan kata-kata Damia.Teringat sewaktu awal perkahwinan mereka,saat Adam sendiri yang berkata seperti mana yang dikatakan Damia.Terduduk seketika mengenangkan kesilapan besar yang telah dia lakukan atas perkahwinan ini.Tidak Mia!Abang bukan majikan tetapi abang ini ialah suamimu!Mia isteri abang bukannya pekerja abang.Ya Allah apa yang aku dah lakukan!.

Langkah Damia semakin laju,selaju airmata yang membasahi pipinya.Dia tidak pasti apa perasaan yang sedang dialaminya.Adakah marah?.Tetapi wajarkah dia marah kepada seorang lelaki yang menyelamatkan maruahnya.Sedih?.Wajarkah dia bersedih kerana cintanya tidak berbalas.Mencintai suami yang tidak pernah menyintainya.Bahkan bakal berkahwin dengan Linda.Apakah takdir ini yang tertulis untuknya.

******

Dua hari berlalu...

Adam masih tidak mampu bertentang mata dengan isterinya.Seakan terasa ada yang menghalangnya.Damia pula semakin dingin dengannya.Dia sudah tidak sanggup untuk berterusan begini.

"Adam,lepas ni kita berbual di ruang tamu.Mama dan papa ada benda nak bincangkan."Datin Suri bersuara sebaik sahaja selesai makan.Dia bersyukur dirinya semakin beransur pulih.Selepas ini bolehlah dia turut membantu Qaira menguruskan perkahwinan Adam dan Linda.

"Baik mama,"Balas Adam bersahaja.Dia pantas mengambil pinggan untuk dibawa ke dapur.Sengaja dia menggunakan peluang ini untuk bertemu dengan Damia.Memadai dapat melihat seraut wajah itu buat menghilangkan rindu.

Datin Suri dan Dato Ridhwan sudah sedia menantikan Adam Harris.Sebaik sahaja Adam melabuhkan punggung di sofa,mama terus memulakan bicaranya.

"Adam,mama dan papa sudah bersetuju untuk meneruskan majlis Adam dan Linda."Dirasakan sebutir bom terlepas diatas kepalanya.Meletup tanpa sempat dia selamatkan diri.Dalam masa yang sama.Damia datang membawa dulang minuman.Langkah Damia terhenti saat Datin Suri bercakap.Adam memandang tepat ke arah wajah Damia.Dia nampak perubahan wajah Damia.

"Lagipun mama sudah pulih.Jika ikut plan asal,berbaki tiga minggu lagi majlis kalian."Sambung mama.Damia diam tanpa berkata apa.Menghidangkan air dan terus berlalu pergi.Air mata ditahan dari terus mengalir.Kuatkan hati kau Mia,kau kena kuatkan diri.Pujuknya di dalam hati.

Maafkan abang Mia.Adam semakin hilang kata-kata.Dia melihat sendiri reaksi sedih di wajah Damia saat mendengar kata-kata mama.Baru abang sedar Mia juga seperti abang.Abang akan cuba lakukan yang terbaik sayang.

"Mama,tunggulah mama betul-betul sihat dulu.Adam tak mahu mama penat sangat."Adam cuba berdalih.

"Jangan risau Adam,Mia ada untuk bantu mama."Balas Datin Suri.

Tidakkkk!Adam tidak akan benarkan Mia terlibat dalam urusan mengarut ini.Adam meraup rambutnya.Keadaan semakin serabut.Dia perlu segera bertindak.

"Terpulang pada mama,Adam ikut sahaja."Kata Adam sebelum bangun pergi.Ada kerja penting yang perlu dilakukan saat ini.Datin Suri memandang suaminya dengan wajah yang bersinar.Gembira akhirnya Adam benar-benar telah membuka hatinya untuk mendirikan rumahtangga.

Tanpa menunggu lama,Adam terus sahaja masuk ke bilik Damia.Dia melihat Damia sedang duduk menangis disisi katil.Kamar itu hanya diterangi oleh cahaya lampu di sisi katil.Hati Adam semakin remuk.Dia mendekati isterinya.

"Mia,kenapa ni."Adam mendongakkan wajah Damia.Dia segera menyapu air mata yang bercucuran jatuh.

"Tolonglah pergi abang,biarkan Mia."Rayu Damia.Sendunya masih ada.

"Tidak Mia.Abang akan tetap disini.Jangan menangis lagi."Pujuk Adam.

"Abang,tolong lepaskan Mia.Mia tidak akan ganggu lagi hidup abang.Lagipun abang bakal berkahwin kelak.Tak kan abang nak simpan Mia lagi.Tolonglah lepaskan ikatan yang menyeksa abang selama ini."Dalam tangisan Damia melontarkan kata-kata yang dia sendiri tidak mampui untuk hadapi.Adam tergamam.Tidak terduga Damia akan berkata demikian.

"TIdak Mia.Sampai bila-bila pun abang tidak akan lepaskan Mia.Abang janji akan betul semua ini.Bagi abang masa sedikit.Biar abang putuskan semuanya.Mia jangan pergi.Abang tidak izinkan."Kata Adam Harris.Tegas namun terpalit duka.Dia menahan air mata yang hampir keluar dari kelopak matanya.Tangisan Damia semakin laju.Adam memeluk isterinya seketika.Cuba menenangkan jiwa Damia yang sedang dilanda ombak tsunami.Abang akan betulkan keadaan ni.Ikatan kita tidak akan terlerai sayang.

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang....

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience