Bab 51

Romance Completed 51617

Bab 51

"Kau dah fikirkan apa yang aku katakan kemarin."Kata Linda.Dia memandang sinis ke arah Damia yang sedang duduk berhadapan dengannya.Damia kelihatan serba salah.Linda memandang sekeliling,setelah memastikan tiada sesiapa yang berada di situ selain mereka.Dia bangkit merapati Damia.

"Aku nak air.Boleh bawakan tetamu kau ni air."

"Ops.Maaf Cik Linda.Saya bawakan sekarang."Balas Damia bingkas bangun dan menuju ke dapur.

"Siapa yang datang tu Mia?".Tanya Mak Wan yang sedang membasuh kuali di sinki.

"Cik Linda,Mak Wan."Balas Damia ringkas.Dia cuba berlagak tenang walau dihati sedang bergelora api kerisauan.

"Kenapa dia nak datang,datin kan tak ada."Kata Mak Wan tidak puas hati.

"Tak mengapa Mak Wan.Biar Mia yang layan dia.Mak Wan jangan keluar ye."Pinta Damia.Setelah siap air minuman,Damia membawa dua gelas air ke ruang tamu. Biarlah dia yang melayan setiap kerenah Linda,harapnya Linda tidak lama di sini.

"Jemput minum Cik Linda."Pelawa Damia.Linda senyum sinis,mempamerkan wajah yang sukar ditafsir Damia.

"Aku nak tanya,semua kerja hiasan dulang hantaran sudah siap."Tanya Linda setelah hampir lima minit suasana senyap di antara mereka.

"Alhamdulillah,sudah siap Cik Linda."Jawab Damia tenang.Linda mengamati wajah bakal madunya.Jika dia yang berada di tempat Damia,pasti saat ini dia akan patah-patahkan tulang bakal madu yang sanggup merampas suaminya.Tak mengapa Damia.Aku akan pastikan kau yang merana kerana selepas Adam sah menjadi suami aku kau bakal diceraikan.Bisik hati Linda.

"Aku nak tengok,boleh."Kata Linda lembut.Damia menjadi serba salah.Namun dia teringat kemarin Linda ada melihat dia mengubah dan Datin Suri pun ada menyuruhnya melihat hantarannya sendiri.Emm,tak mengapalah kot.Monolog Damia.

"Sebentar Cik Linda,saya bawakan."Balas Damia,meninggalkan Linda seketika.Kesempatan ini digunakan Linda untuk memudahkan apa yang dirancangnya.Kau sangat naif,Damia.Hari ini bakal merubah segalanya.Adam pasti tiada pilihan lain selain akur dengan rancangan asal keluarga mereka.Linda menguntumkan senyuman bermakna.Damia menghampirinya dengan membawa dua dulang yang telah siap dihias.

"Ini yang baru siap tadi,Cik Linda."Ujar Damia.

"Emm,cantik.Pandai kau buat."Balas Linda.Damia tidak pasti adakah itu suatu pujian atau sebaliknya.Haruskah dia berasa bangga melangit dengan kata-kata Linda sedangkan dia tahu akan hakikat itu adalah hantaran dari pihak lelaki untuk pengantin perempuan.Dan pengantin lelaki adalah suaminya sendiri.Kebenaran yang pahit untuk dia hadapi saat ini.

"Kau ok?"Duga Linda.

"Saya ok.kenapa Cik Linda tanya begitu."Damia mula rasa tidak sedap hati.Abang Adam,muncullah sekarang!.Damia mula mengharapkan kemunculan Adam Harris untuk menyelamatkan keadaan.

"Sanggup kau tengok suami kau bernikah lain?".Pang!!!.Kata -kata Linda membuatkan Damia tergamam.Sungguh dia terkejut.Bagaimana rahsia yang disimpan selama ini boleh terbongkar.Siapakah yang memberitahu Linda.Wajah Damia pucat.Air minuman di depannya dicapai.Segera diteguk hingga habis.Peluh mulai terbit di dahinya.Tak sanggup hendak menatap wajah Linda saat ini.

"Cik Linda cakap apa ni.Saya tidak faham."Damia cuba berdalih.

"Oh,mungkin saya tersilap."Balas Linda tenang.Misinya berjaya.Saat Damia meninggalkan dia tadi,sempat dia masukkan beberapa biji ubat tidur ke dalam minuman Damia.Pasti sekejap lagi kesan ubat akan dirasai Damia.

Damia mula merasa tidak selesa.Matanya semakin layu,kepala dirasakan berdenyut-denyut.Kenapa aku ni,terlampau takut sangat ke?.Dia cuba mengawal diri namun dia semakin tidak mampu bertahan.Kedengaran suara Linda semakin menghalus di telinganya.Pandangan Damia semakin kelam.

Yes!!.Linda pantas bertindak.Tubuh Damia dipapah naik ke atas dengan menaiki lif.Setibanya di depan bilik Damia,pintu bilik dibuka,Linda terus memapah Damia yang tidak sedarkan diri itu ke katil.Tubuh Damia dibaringkan di katil.Linda mengamati Damia seketika.

"Tidurlah sampai bila-bila Mia.Jika kau tak bangun terus pun bagus.Aku nak kau tahu,sebentar lagi Adam akan berada dalam pelukan aku.Kau tidak akan mampu untuk menghalang."Kata Linda.Ketawanya semakin memenuhi ruang di dalam bilik itu.Linda segera meninggalkan Damia yang telah lena.Dia perlu cepat turun.Misi seterusnya perlu dilaksanakan sebelum Adam pulang.

Setibanya di dapur,kosong.Kelibat Mak Wan tidak kelihatan.Bagus!.Inilah masa yang sesuai.Segera dia mencapai cawan,membancuhkan air kopi dan Linda memasukkan dua pil peransangan untuk membangkitkan jiwa lelaki Adam Harris.Kali ini dia akan pastikan Adam melayannya.Dia sanggup dan yang paling penting Datin Suri dan Dato Ridhwan pasti tidak akan melepaskan Adam untuk bertanggungjawab atas apa yang Adam bakal lakukan padanya.Mengenangkan apa yang bakal berlaku membuatkan Linda gembira.Hatinya melonjak kegirangan.Membayangkan dirinya berada di dalam dakapan hangat Adam Harris.Lelaki yang dicintai dari dulu lagi.

Dari luar dapur,kedengaran suara Adam memberi salam.Linda segera mencapai air kopi dan membawanya ke ruang tamu.Melihatkan Linda keluar dari dapur,Adam agak terkejut.Kenapa dia tidak perasan kereta Linda di luar tadi.Hajatnya untuk bertemu dengan Damia terbantut.

"Apa yang kau buat dekat sini."Tanya Adam acu tak acu.

"I nak berterus terang dengan Datin.Tapi tak tahu pulak yang Datin tiada.Maafkan I Adam.Esok I akan cuba selesaikan.I menyesal dengan apa yang telah berlaku dan berjanji akan pegang pada janji,I sedar I tidak layak langsung untuk bersama dengan U."Kata Linda dengan nada sayu.Sesekali Adam melihat Linda mengesatkan airmatanya.Adam menjadi serba salah.Dia tidak mahu Damia atau Mak Wan melihat situasi begini.

"Terpulanglah.Aku naik dulu."Balas Adam dan terus berlalu.Malas dia hendak melayan .Linda sedikit kecewa.Adam langsung tidak menjamah air yang dibuatnya.Dia memandang Adam yang sedang meniti anak tangga.Tak mengapa Adam.Sekejap lagi sahaja.Aku sendiri akan pastikan kau minum air ini.

Adam berdiri lama di luar bilik Damia.Perlukah aku masuk?.Linda ada dekat bawah.Jika tiba-tiba Linda nampak nanti macam mana.Hah!!!kejap lagi lah.Adam terus berlalu ke biliknya.Lebih baik aku mandi bersihkan diri.Lepas tu suruh Linda berambus dari sini.Dia mmelangkah ke kamarnya dan terus ke kamar mandi.Setelah siap berpakaian,Adam berdiri seketika di depan cermin.

Bunyi ketukan dari luar kamarnya membuatkan Adam sedikit gembira,pasti Damia yang mengetuknya.Segera dia merapikan rambutnya dan membuka pintu.Tanggapannya meleset sama sekali.Linda berdiri tegak di depannya.Berubah terus wajah Adam.

"Kenapa kau naik?"Tanya Adam agak kasar.

"Maaflah Adam,I cuma nak bagi air ini sahaja.Mia dekat bilik kot.Mak Wan minta I bawakan air ini untuk U.Kata Mak Wan U memang akan minum air kopi ni bila balik nanti.Nah.Ambiklah."Kata Linda menghulurkan secawan air kopi.Adam yang masih berdiri di depan bilik terus sahaja memyambut dan meneguk air itu hingga habis.

"Nah!Lain kali kau tak perlu buat macam ni.Aku sendiri akan turun bawah minum."Ujar Adam sambil menyerahkan kembali cawan kosong keppada Linda.

"Terima kasih Adam.Sorry,jika U tak suka I buat begini.I ikhlas nak tolong Mak Wan tadi.Lagipun sejak I datang tadi,kelibat Mia pun I tak nampak.Mak Wan yang I jumpa."Balas Linda sebelum meninggalkan Adam.Dia akan beri sedikit masa untuk Adam merasai kesan hangat ubat perangsang yang telah dicampurkan dalam air kopi tadi.Sebentar lagi aku akan datang sayang...

Adam segera menutup kembali pintu.Hatinya sedikit kecewa bercampur marah.Kecewa kerana bukan Damia yang membawakan airnya.Pasti isterinya masih marahkan dia.Rasa marah kerana Linda yang berada di depan kamarnya.Lebih baik aku suruh dia balik segera.Adam mahu keluar dari biliknya.Namun langkahnya terhenti.Dirasakan seperti sesuatu sedang menjalar liar dalam dirinya.Perasaan yang telah hampir dua tahun terpendam.Keinginan yang semakin meluap-luap.Damn!!!!.ini permainan kau Linda.Adam mengetap bibirnya.Menahan marah.Dia cuba mengawal diri,dia melihat sekeliling.Otaknya ligat berfikir bagaimana hendak melawan rasa yang semakin sukar dibendung.

Sebaik sahaja Linda turun ke bawah,dia segera ke dapur.Mak Wan masih di bilik.Tengah mandi barangkali.Maklumlah sudah hampir senja.Pasti saat ini,Adam sudah merasai kesan ubat itu.Linda semakin bersedia.Setelah membasuh cawan tadi,dia melangkah meniti anak tangga tadi dengan hati yang tenang.Dia bebas melakukan apa sahaja sekarang.Damia masih terlena.Mungkin esok baru akan sedar atau terus tidur sampai bila-bila,Adam sedang kemaruk dahagakan belaian manja,Mak Wan masih di bilik dan disebabkan sakit lutut,dia tidak akan bisa naik ke atas.Nak tekan butang lif pun Mak Wan tak tahu.Kuno.Dato dan datin pula pastinya lewat malam baru balik.Inilah kemenangan besar buat kau,Linda.Dia memuji dirinya sendiri.

"Linda!,turun bawah.Buat apa naik atas tu."Tegur Mak Wan yang baru keluar dari biliknya.Siap bertelekung lagi.Linda menoleh dan merunggut kecil.Kenapalah orang tua ni keluar sekarang.Dia perlu segera mencari idea.

"Saya nak jumpa Mia.Dia naik ke atas tadi.Lagipun saya dah nak balik ni."Dalih Linda.Mak Wan masih memandangnya sambil kedua tangan mencekak pinggang.

"Tak perlu naik keatas,nanti Mak Wan sendiri yang akan bagitahu Mia.Sekarang lebih baik Linda keluar.Atau Mak Wan sendiri akan bagitahu datin apa yang Linda buat.Datin pasti tak suka jika Linda ke sini masa dia tak ada.Tak manis kan."Kata Mak Wan berbaur ugutan membuatkan Linda tiada pilihan.Dia mengeluh lagi.Rancangannya tidak menjadi.Linda turun kembali dan mencapai beg dan berlalu.Dia terpaksa akur dengan apa yang dikatakan oleh Mak wan.Bukannya dia takut dengan orang gaji tua itu,tapi dia tahu Datin dan Dato sangat percayakan Mak Wan.Sebab itu sampai sekarang Mak Wan masih berkerja dengan bakal mentuanya.

Setelah menutup dan mengunci pintu,Mak Wan melihat jam.Pasti Mia tengah bersiap untuk solat maghrib.Kedengaran azan berkumandang,Mak Wan segera masuk kembali ke kamarnya untuk bersolat.

Adam masih cuba melawan perasaan yang menular liar di dalam tubuhnya.Suara azan yang bekumandang membuatkan dia cuba menepis perasaan itu,dia ke bilik air dan berwudhu.Dalam kepayahan dia cuba menunaikan tanggungjawab terhadap penciptaNYA.Setelah selesai bersolat,Adam melangkah keluar dari bilik,melintasi kamar Damia dia berhenti seketika.Pintu kamar dibuka.Dia melihat Damia yang sedang lena diatas katil.Lenggung tubuh isterinya diamati sedalamnya.Nalurinya semakin mendesak.Dia sudah tidak mampu menahan diri.Abang perlukan Mia saat ini.

******

Damia terasa lenguh badan,matanya masih terasa berat.Terasa sakit dibahagian bawah perutnya.Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan.Damia cuba mengingati apa yan g telah berlaku.Kenapa aku berada di bilik?.Damia menoleh sebelah dan mendapati Adam Harris yang masih lena.Tak berbaju!!!!!. Damia agak terkejut.Dia bingkas bangun.

Airmata Damia mengalir laju.Sungguh dia tidak sangka Adam sanggup melakukan dia sebegini.Masih terngiang-ngiang janji Adam yang tidak akan melakukan tanpa kerelaannya.Tapi kini semuanya hanya palsu.Janji abang palsu!abang tipu Mia!.Mia benci abang!.Jika diturunkan kata hatinya,mahu sahaja dia melepaskan tumbukan bertalu-talu.Walaupun ianya tidak mampu mengembalikan apa yang telah dirampas darinya tanpa rela.Damia memandang dengan perasaan benci terhadap Adam yang masih lena diulit mimpi selepas melempiaskan nafsu serakahnya.

Dia sudah tidak sanggup lagi untuk berada di situ,Damia bangkit perlahan-lahan menuju ke kamar mandi,matanya mengamati pakaiannya yang bertaburan di lantai permaidani.Hancur hatinya.Sungguh dia membenci lelaki ini.Tiada beza dia dan Kamal.Keduanya hanya berlandaskan nafsu.Setelah selesai membersihkan diri,Damia segera mengemaskan pakaian dan keluar dari bilik.Adam masih lena tidak menyedari apa yang telah berlaku.

"Mia,nak kemana ni?." Tegur Mak Wan.Risau orang tua ini kerana dari semalam Damia tidak turun.Jenuh dia memanggil.

"Mak Wan,tolong bagitahu datin yang saya ada kecemasan.Maafkan saya Mak Wan."Balas Damia.dia memeluk erat Mak Wan.Tidak mampu meluahkan segala rasa yang sedang bergolak di dalam hatinya.Damia terus melangkah keluar dari rumah itu.Dia tidak mahu m,enoleh ke belakang lagi.Hatinya masih berbekas luka dengan apa yang telah dilakukan suaminya.

Kenapa abang buat begini pada Mia?.Abang sakiti Mia sedalamnya.Airmatanya semakin laju membasahi pipinya.Walaupun baru jam tujuh pagi,Damia tetap meneruskan langkahnya.Dia sempat menahan sebuah teksi dan terus berlalu.Mungkin inilah masa yan g sesuai untuk aku berundur.Detik hatinya.

******

"Abang,jomlah kita turun."Ajak Datin Suri.

"Jomlah.Abang pun dah lapar ni."Ujar Dato Ridhwan.Keduanya keluar dari bilik.Datin Suri mengetuk beberapa kali pintu bilik Damia seperti selalunya.Setelah tiada jawapan,Datin Suri membuka pintu.

"Adammm!!!!"Datin Suri menjerit melihat anaknya yang sedang lena diatas katil Damia.Melihat keadaan itu,sebagai wanita dia amat memahami apa yang telah berlaku.Dato Ridhwan yang baru sahaja menutup pintu biliknya turut terkejut.Datin Suri segera menumbuk kasar tubuh Adam.Matanya meliar mencari Damia.Apa yang telah terjadi saat dia dan suami tiada di rumah semalam?.

"Bangun Adam!!!!"Jerit datin Suri.Dia semakin naik hantu.Dato Ridhwan turut sama mengejutkan Adam.Anaknya perlu berikan penjelasan tentang apa yang telah berlaku.Damia dimana?.

Adam yang berasa sakit akibat dikasari membuka matanya.Melihatkan kedua orang tuanya yang sedang m,enahan marah memandangnya,Adam diasak rasa bersalah.Matanya mencari Damai.Mana sayang.Abang perlukan Mia.Detik hatinya.

"Tergamak Adam buat begini.Apa salah mama.Kenapa Adam!!!"Luah Datin Suri.

"Adam!baik kamu berterus terang.Mia mana?Apa yang kamu berdua sudah lakukan ini."Tegas Dato Ridhwan.

"Adam dan Mia tidak salah mama papa.Apa yang telah berlaku adalah halal dari segi agama."Balas Adam Harris.Sepantas itu tamparan Datin Suri hinggap di pipinya.

"Berani Adam cakap halal!!"Herdik datin Suri.Hatinya benar-benar terbakar kali ini.

"Sudah hancurkan masa depan anak dara orang.Mana Mia?"Sambung Datin Suri.Adam hanya menjengkil bahu.Dia benar-benar buntu.Selimut masih membaluti tubuhnya.

"Adam!!!!"Suara Linda membuatkan suasana menjadi lebih hangat.Datin Suri mengurut dada.Dato Ridhwan cuba menenangkan isterinya.Bila masa pulak Linda datang.Seawal ini.Detik hati Dato Ridhwan sedikit curiga.Adam memandang Linda sambil tersenyum sinis.Seolah sedang mengejek Linda.

"Ini yang kau mahukan Linda."Adam mula bersuara.Kata-katanya membuatkan mama dan papa terkesima.Apa sebenarnya yang telah berlaku semalam.Linda yang baru tiba tidak mampu berkata apa-apa.

"Apa yang telah berlaku sebenarnya?"Tanya Dato Ridhwan.

"Apa yang berlaku diantara Mia dan Adam tidak salah.Halal.Mia isteri Adam yang sah."Akhirnya Adam berterus terang.Kali ini biar Linda sendiri yang dengar.Datin Suri hampir terduduk.Selama ini dia dijaga oleh menantunya sendiri.

"Adam yang minta dia rahsiakan semua ini.Mia langsung tidak bersalah.Apa yang berlaku semalam semuanya berpunca dari perempuan ini."Kata Adam.Jari telunjuk menunjuk ke arah Linda yang diam kaku di depan pintu bilik Damia.Semua mata tertumpu kepada Linda menanti penjelasan darinya.

"Apa yang kau dah letak dalam minuman aku semalam.Baik kau berterus terang perempuan kutuk!"Jengkil Adam Harris menahan marah.

"Maafkan Linda datin,Linda lakukan sebab Linda tidak mahu perkahwinan ini terhenti."Kata Linda sambil menangis meluru ke arah Datin Suri.Mengharapkan belas ihsan dari bakal mentuanya.Tangan Datin Suri menepis kasar.

"Apa yang Linda lakukan."Lembut tetapi tegas nada suara Datin Suri.Kali ini dia tidak mahu tersilap langkah lagi.

"Dia masukkan ubat perangsang dalam air Adam ,sebab itulah Adam disini."Jelas Adam.Dia masih dihantui rasa bersalah dengan isterinya.Walaupun apa yang telah berlaku adalah halal namun dia lakukan tanpa kerelaan isterinya.Maafkan Abang ,Mia.

"Itu tak bermakna Adam boleh buat begini.Adam membelakangkan mama dan papa."Luah Datin Suri.

"Tapi mama sanggup nak Adam teruskan rancangan mama.Kahwin dengan wanita macam Linda ini." Kata Adam membuatkan Linda semakin kecut perut.

"Linda bukan wanita yang baik.Adam sendiri tangkap dia bersama lelaki lain dalam bilik masa dia bercuti hari tu."Kali ini biar aku yang bagitahu aib kau ,Linda.Peluang yang aku berikan kau tak guna sebaiknya.Nampaknya kau sendiri yang siapkan perangkap untuk diri kau sendiri.Datin Suri terasa tekanan darahnya meningkat naik bersama marahnya.

Pang!tamparan sulung yang diterima Linda hadiah dari Datin Suri.Sungguh kuat hingga membuatkan Adam dan Dato Ridhwan diam tidak terkata.

"Keluar dari sini Linda.Auntie akan putuskan semuanya."Muktamad keputusan yang dibuat Datin Suri.Mendengar apa yang dikatakan Adam Harris dan bukti video membuatkan hatinya mendidih.Linda tidak mampu duduk lama.Kali ini dia silap langkah.

Sebaik sahaja Linda berlalu pergi,Datin Suri memandang Adam.Masih ada yang perlu diselesaikan di antara mereka.

"Jika Linda dengan lelaki itu,apa pula alasan Adam.Macam mana Mia dan Adam boleh nikah.Kamu pun sama macam Linda?"Duga Datin Suri.

"Kenapa mama nak kaitkan lagi dengan Linda.Mia dan Linda jauh berbeza."

"Mama tak nampak beza pun."

Adam tanpa selindung menyelak kain selimut hingga menampakkan kesan tompokan merah di cadar putih membuatkan Datin Suri dan Dato Ridhwan ternganga mulut.

"Kami sudah lama bernikah,tapi Adam masih tidak menyentuhnya kerana ingin berterus terang dengan mama dan papa dulu.Tapi apa yang Linda buat semalam,Adam tidak mampu menahan .Mia yang mampu bantu Adam."Luah Adam.Ada sedikit rasa kecewa dalam hatinya.

"Bawa balik menantu kami,Adam."Serentak datin dan dato berkata.Mereka yakin Mia wanita yang baik.Selama mengenali Damia tiada sebarang kecacatan dalam diri wanita itu.Sangat menyenangkan.Hebatnya Damia hingga sanggup menyiapkan semua kerja berkaitan perkahwinan suaminya sendiri.Datin Suri tidak mampu menahan rasa.Airmatanya jatuh mengalir.

"Mama bersalah padamu,Mia."Keluh Datin Suri.

"Adam,bawa Mia cepat."arah papa.Adam segera bangkit dan turun ke bawah.

"Apa yang kecoh dekat atas tu.Linda meluru balik kenapa?"Tanya Mak Wan sebaik sahaja Adam turun.Adam malas hendak menjawab.

"Mia mana?"Tanya Adam terus tanpa menjawab soalan Mak Wan.

"Awal pagi lagi Mia dah keluar bawa beg.Dia kata ada kecemasan."Jawab Mak Wan.Adam meraup rambutnya.Mana Mia pergi,sayang.Kenapa tidak tunggu penjelasan abang dulu.Adam naik semula.Dia perlu segera bersiap dan mencari Damia.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience