Bab 50

Romance Completed 51617

Bab 50

Adam melepaskan tumbukan padu di dinding biliknya.Sakit hatinya melebihi rasa sakit di tangan.Apa yang dirancang tidak terlaksana dengan lancar.Kau memang cari nahas Linda.Aku tak akan bagi muka lagi dengan kau.Bunyi mesej ditelefonnya.

'Bagi I masa sedikit,tadi I ada kecemasan.I akan datang semula dalam masa terdekat untuk buat seperti yang U suruh.'-Linda.

Hati Adam Harris berasa curiga.Tak mungkin Linda ada hal.Aku kene berhati-hati,pasti dia sedang merancang sesuatu.Damia!..Baru dia teringat akan isterinya.Sejak Linda pulang tadi,kelibat Damia entah menghilang kemana.Adam keluar dari kamarnya menuju ke kamar Damia.Mujur mama masih di bawah.Kebetulan kawan mama datang.Pintu bilik Damia tidak berkunci.Adam segera menyelinap masuk.Damia sedang membelakanginya.Dia mendengar esakan suara Damia.Adam semakin risau.

"Mia,kenapa ni?"Katanya sambil menarik bahu Damia pusing mengadapnya.Adam terkedu melihat Damia yang sedang menangis.Kali ini bukan tangisan biasa,dulu dia pernah melihat tangisan seperti ini sewaktu Damia berkeras tidak mahu menikahinya.

"Tolong lepaskan Mia."Rayu Damia.Dia tidak mampu meneruskan perkahwinan ini kerana bimbangkan keselamatan Adam.Namun dia tidak mampu menceritakan semuanya kepada Adam Harris.

Wajah Adam berubah merah menahan marah.Kali ini dia tidak mampu bersabar.Sudah berkali-kali dia katakan dan Damia sendiri sudah sedia maklum tentang hal ini.

"Abang tak akan sesekali lepaskan Mia!Jangan cabar abang lagi."Katanya menahan marah.Matanya tepat memandang anak mata Damia.Tangannya mengenggam erat tangan Damia.Kesakitan mulai dirasai bahkan lebih sakit dari genggaman Linda.

"Tiada guna kita bersama,kita memang tidak sepatutnya bertemu.Semuanya kerana sedikit salah faham.Mia tak mahu menghalang kebahagian abang bersama Linda.Sampai bila abang nak rahsiakan semua ini.Mia sudah tidak sanggup lagi.Lepaskan Mia,biarkan Mia pergi dari hidup abang.Mia janji Mia tak akan muncul lagi dalam hidup abang.Dalam mimpi pun Mia tidak layak hadir.Abang berhak bahagia bersama pilihan orang tua abang.Mia ni siapa?Hanya pengacau kebahagian abang sahaja."Luah Damia melepaskan segala yang terbuku dihatinya.Dia mahu Adam membencinya.Tapi dia sendiri tidak mampu mencipta kebencian dalam dirinya terhadap Adam.Semuanya kerana rasa cinta yang telah terbina buat Adam.

"Aku dah cakap berkali-kali!,Kau tetap isteri aku sampai bila-bila.Jangan berani arah aku buat itu ini.Aku tahu apa yang aku lakukan.Kau kene ingat,aku kahwin dengan kau untuk menyelamatkan maruah kau.Kau kene ingat sampai bila-bila."Balas Adam.Damia kehilangan kata-kata.Hatinya hancur berkecai.Rupanya selama ini tiada sekelumit pun rasa sayang pada dirinya.Rupanya aku hanya bertepuk sebelah tangan.Sedarlah Mia,kau memang tiada di dalam hatinya.Damia merentap tangannya.Mengelap air mata yang tadinya laju mengalir.Cukuplah tangisan untuk cinta.

"Baik Tuan Adam,saya akan ingat semua itu sampai bila-bila.Sampai saya mati!."Tegas Damia sebelum melangkah keluar dari biliknya.Hatinya sakit sangat.Kepala terasa amat berat.Beban yang tertimpa kali ini semakin hari semakin berat dirasakan.Adam mula sedar yang kata-katanya telah pun menyinggungkan hati wanita yang begitu istimewa untuknya.

Arrgghh!!apa yang aku dah buat!.Mia bukan itu maksud abang sebenarnya.Adam hampir menjerit.Dia meraup kepalanya.Menyalahkan diri sendiri.Kelancaran mulut mengeluarkan kata-kata yang berbisa.

Harapanku menggunung tinggi untuk bersamamu,sinar kasihmu membuatkan aku terlena dalam khayalan indah,setelah semuanya terungkap,barulah aku sedar siapa diriku untukmu.Tidakkah dihatimu punya rasa,untuk melihat bertapa hancurnya hatiku...Damia merenung kolam renang sedalamnya.Dia cuba mencari kekuatan dari dalam diri.Aku kene sedar diri dari sekarang.Sampai masa pasti semuanya akan selesai.Aku akan pergi.Nekad Damia.

******

Setelah makan malam,Datin Suri memandang Adam yang kelihatan sugul dari petang tadi.Entah apalah yang di fikirkan oleh bakal pengantin ni.Dato Ridhwan turut menyedari akan perubahan Adam Harris.

"Adam,mama tengok dari tadi muka tu muram,Adam ok?".Tanya Datin Suri.

"Betul cakap mama tu,papa balik tadi pun perasan Adam macam ni."Tambah Dato Ridhwan.

"Adam ok mama,papa.Maybe sebab penat kot."Balas Adam Harris .Cuba menyembunyikan apa yang dirasakan.

"Mama tau,ni mesti sebab Linda tu balik awal sangat kan."Duga Datin Suri.Mendengar nama Linda pun Adam tak hingin apatah lagi nak bertentang mata.

"Eh Adam,ingat lagi tak macam mana nak cakap masa akad nikah nanti?."Tanya Dato Ridhwan.Adam terbatuk-batuk.Datin Suri ketawa kecil.

"Isk,papa ni.ke situ pulak.Mestilah Adam ingat."Seloroh Adam.Dalam masa yang sama,Damia tiba membawa air kopi untuk mereka sekeluarga.Setiap kata-kata Adam didengari oleh Damia.Kata-kata yang menghiris hatinya.Berubah terus muka Adam.Aduh!! kenapa boleh masa ini pulak Mia datang.

"Jemput minum Dato,Datin dan Tuan Adam."Kata Damia sebelum meninggalkan tiga beranak itu.Hah!sambunglah balik borak pasal akad nikah tu.Aku tak kisah.Memang tak lama lagi nak kawin pun kan.

"Mak Wan,Mia naik dulu ye."Kata Damia setelah selesai membersihkan dapur.

"Baik Mia,pergilah rehat dulu,dari tadi Mak Wan tengok Mia buat kerja.Badan tu nak pakai lama nak.Rehat dulu ye."Kata Mak Wan membuatkan Damia rasa terharu.Syukur sekurang-kurangnya Mak Wan faham aku.Detik hati kecil Damia.

******

Ketukan pintu kamarnya membuatkan Damia bingkas bangun dari katil,baru hendak rehatkan badan.Pintu dibuka.Datin Suri tercegat di depan pintu.

"Mia dah tidur ke.Maaflah saya kacau pulak."Terasa bersalah pulak.Kesian Damia.Kadang-kadang rasa bersalah pulak membebankan Damia dengan kerja yang melambak.

"Eh,tak mengapa Datin.Saya belum baring lagi.Datin nak apa-apa?"Balas Damia sopan.

"Esok saya nak keluar dengan Dato.Ada urusan yang perlu kami selesaikan.Saya mungkin balik lewat.Boleh Mia selesaikan kerja yang tak siap tadi.Lusa nak kemaskan bilik Adam."

"Baiklah Datin.Saya akan siapkan.Lagi pun tinggal tiga dulang lagi."

"Terima kasih Mia.Banyak kamu tolong saya."Kata Datin Suri.Tangannya mengusap bahu Damia.

Setelah pintu di tutup kembali,Damia menarik nafas lega.Huh!..dia melepaskan keluhan yang sangat dalam.Lusa aku sendiri nak kene mengemas bilik suami untuk bakal madu .Kerja gila apa lagi yang kau nak buat ni Mia.Aduh!!!.

******

Datin dan dato awal pagi sudah keluar,Adam Harris pulak telah ke pejabat tanpa sempat bertemu dengan Damia.Sengaja Damia mengelak,dia masih ingat akan kata-kata Adam kemarin.

"Mia,tengahari ni kita nak masak apa.Kita berdua yang tinggal."Kata Mak Wan memecahkan kesunyian di dapur.

"Tak payah masaklah Mak Wan.Lagipun mee goreng tadi pun banyak lagi."Balas Damia.

"Hah.Betul jugak tu.Rehatlah sikit Mak Wan."Kata Mak Wan sambil tersenyum.

"Kelakarlah Mak Wan ni.Oklah Mia nak sambung siapkan tiga dulang lagi ni."Ujar Damia.

Setelah bertungkus lumus seorang diri dari pagi,akhirnya selesai juga dia mengubah dulang-dulang hantaran buat suaminya.Damia tersenyum sendiri.Jika ini semuanya untuk aku.Alangkah indahnya.Damia melihat jam,Ya Allah dah nak zuhur.Segera Damia mengemaskan semuanya.Dulang yang telah siap,diletakkan di sudut khas .Setelah itu,Damia bergegas ke kamarnya.Dia nak mandi dan bersolat.

"Mak Wan,tengah buat apa tu."Sergah Damia membuatkan Mak Wan terkejut.Terpelanting senduk yang dipegangkan.

"Mia!.terkejut Mak Wan."

"Alah,maafkan Mia,Mak Wan."Rasa bersalah pula.Melihatkan Mak Wan yang masih terkejut sambil mengurut dadanya.Damia segera mengambil senduk yang terjatuh tadi.

"Minum dulu air ni Mak Wan.Biar hilang rasa terkejut tu.Mia minta maaf tau.Mia tak sengaja."

"Tak mengapalah Mia.Mak Wan ni dah tua.Memang cepat terkejut sikit.Mujur Mak Wan tak melatah.Nanti kan panjang lagi ceritanya."Seloroh Mak Wan.Damia turut ketawa mendengarnya.Mereka makan bersama di dapur tengahari itu.Setelah mengemaskan apa yang patut.Damia kebelakang untuk mengangkat kain.Sambil nak tunggu makanan ini hadam,baik aku lipat terus baju-baju ini.Monolog Damia.

******

Danial melihat Adam Harris yang seag leka menguis makanan di dalam pinggannya.Apa pula masalah kali ini.Bisik hatinya.

"Kau tengah diet ke?atau tengah hitung kalori makanan kau tu."Kata Danial bersahaja.Adam menjeling memandangnya.

"Kasar sangat gurauan kau tu."Adam seolah memberi amaran.Danial tidak peduli.Bukan dia tak kenal Adam Harris.

"Habis tu,dari tadi aku tengok kau asyik buat macam itu je.Aku ni dah nak licin sepinggan."

"Kau memanglah.Hantu makan.Hulur aja apa pun.Kau gerenti makan."Balas Adam.Danial mencebiknya.Hah!sekarang sapa lagi kasar.

"Amboi,tau lah mulut kau tu ada siap insuran.Tak perlu kot indahkan lagi bahasa."Kata Danial hingga keduanya ketawa bersama.Seketika kemudian,Adam terdiam.

"Danny,aku ada benda nak cerita dengan kau ni."Adam memulakan bicara,Danial yang selesai makan,memberi sepenuh tumpuan kepada sahabatnya.Dia tahu jika begini gaya Adam,pastinya ada sesuatu yang sangat penting yang ingin dikongsikan padanya.

Adam menceritakan apa yang telah berlaku diantara Linda dan kekasih gelapnya.Termasuk juga amaran yang telah dia berikan kepada Linda.Danial sesekali dilihat menganggukkan kepala.Wajahnya berkerut.

"So,semalam Linda dah cakap dengan mama kau ke?"Tanya Danial.Dia seperti tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya.

"Inilah masalahnya.Dia dah datang lepas tu blah.Siap mesej aku bagitahu dia akan bagitahu dalam masa terdekat ini.Aku rasa tak sedap hati ni,Danny.Kau tahu kan Linda tu.Aku syak dia tengah plan sesuatu."Kata Adam melepaskan kerisauannya.Dia lebih bimbangkan keselamatan Damia.

"Faham!.Tapi kau kan ada dua orang yang boleh buat kerja.Suruhlah mereka pantau si Linda psiko tu."Cadang Danial.

"Allah hu akbar!.Kenapalah aku tak terfikir pasal tu."Kata Adam Harris sambil menepuk dahinya.

"Emm,biasalah bila orang dah tak betul macam kau ni.Memang tak akan teringat lansung.Oklah.aku kene pergi dulu ni.Macam biasa.Ni kau belanja kan."Usik Danial sebelum pergi.Adam segera mencapai telefon dan menghubungi Meor dan Lan.Ada tugas khas menanti mereka.

******

Azan asar berkumandang mengejutkan Damia yang terlena di sofa.Dia bingkas bangun dan melangkah ke biliknya.Setelah selesai solat,Damia turun semula ke dapur.Mak Wan telah pun meyediakan beberapa barang utama untuk di masak.

"Amboi,banyaknya nak masak Mak Wan.Bukan kita berdua je yang nak makan nanti?."Tanya Damia.

"Tak lah,Tuan Adam pun ada sekali.Dia telefon tadi.Bagitahu nak makan asam pedas.Dia minta Damia yang masakkan."Ujar Mak Wan.Huh!!!mengada-ngada.Bukan tak boleh bagitahu aku terus,siap pesan-pesan dekat Mak Wan pulak.Runggut Damia.

"Baiklah Mak Wan,biar saya yang masak."

"Ni cukup bawangnya."

"Cukup sangat ni."

"Sayur ni biar Mak Wan yang goreng.Ok"Ujar Mak Wan.Damia hanya mengangguk kepala.Tangannya lincah beraksi.Bukan susah pun nak buat asam pedas.Tutup mata pun boleh buat.Setengah jam berlalu,asam pedas ikan pari siap.Damia yang sedang membasuh di sinki sedikit terkejut mendengar loceng di pintu.Dia sempat memandang Mak Wan.Siapa pulak yang datang waktu begini?.Tak kan abang Adam balik pun nak tekan loceng.

"Tak pe Mak Wan,biar Mia yang buka pintu."Kata Damia.Langahnya dilajukan,sebaik sahaja pintu dibuka.Damia terkejut.Linda di hadapannya tersenyum bermakna.Tanpa di pinta,Linda masuk ke dalam rumah,sempat dia menolak kasar bahu Damia.

"Maaf Cik Linda,Dato dan Datin tiada di rumah."Kata Damia.

"Aku tahu,aku datang ni nak jumpa kau."Balas Linda agak kasar.

"Jumpa saya?"Berkerut dahi Damia.Dia mula rasa tak sedap hati.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience