Bab 8

Romance Completed 51617

Bab 8

Panggilannya tiada sahutan membuatkan Damia semakin resah.Perlahan-lahan dia meletakkan tangan di dahi Adam Harris.Panas.Damia pantas meninggalkan bilik menuju ke dapur.Diambil sebekas air dan tuala bersih segera melangkah ke kamar semula.Perlahan dia meletakkan tuala basah di adahi Adam,selang beberapa ketika tuala diangkat dan dibasahkan semula sebelum diletakkan kembali di dahi Adam.Air yang mengalir dari dahi Adam segera dilap sebelum senpat air menyusuri ruangan telinga Adam.Masa terus berlalu.

Hampir satu jam berlalu,perlahan-lahan Adam membuka matanya,ahi terasa dingin.Damia masih setia disisi menanti sambil menggantikan tuala di dahinya.Adam terpinga mengingati apa yang telah berlaku padanya.Seingatnya selesai sahaja solat subuh pagi tadi,kepalanya terasa berat.Adam merebahkan diri berehat sebentar di atas katil.

"Kenapa ni?"Tanya Adam.Suaranya seak,tekak terasa perit.Damia segera menghulurkan air.Adam bangkit dan minum seteguk dua.Terasa kurang sakit perit di tekak.Sesudah itu dia baring kembali.

"Encik demam ni."Jelas Damia ringkas.Adam hanya memandang sepi wajah isterinya.Dari riak wajah Damia jelas kelihatan dia sangat risaukan keadaan suaminya.Adam terasa nyaman diperlakukan begini.Sudah lama dia tidak dimanjakan,dibelai.

"Ayu,abang rindukan sayang."Lembut Adam berkata sambil merangkul pinggang Ayu seeratnya.Rindu akan kehangatan tubuh wanita cinta pertamanya.

******

Damia kaget dengan reaksi spontan Adam harris.Hinggakan dia tidak mampu untuk mengelak.Angau atau mengigau si Adam ni.tangan kanan lelaki itu mula memainkan peranan.Dari pinggang ia mula meneroka tubuh isterinya.

Aku dalam bahaya!.Tolong aku!!!.Damia kehilangan suara.dadanya terasa sempit.Nafasnya tersekat.Dia cuba mengumpul sisa tenaga yang ada untuk menyedarkan Adam dari bertindak lebih jauh.Airmata mula membanjiri pipi mulusnya.

"Encik,tolong jangan buat begini".rayu damia dalam sendu yang dalam .Adam tersentak!

"Argh!!apa yang aku lakukan ni?"Bentak Adam dalam hati.Seingatnya Ayu yang bersamanya sebentar tadi.Macam mana minah kampung ni pulak yang aku peluk.Adam malu sendiri.

"Keluar kau dari bilik aku!!"Jerit Adam.Macam mana pun ego lelaki tetap dipertahankan.Damia tidak tunggu lama.Kesempatan yang ada segera digunakan.Lantaklah dia dimaki saat ini.Dia masih ingat kata-kata Adam di hari kedua mereka bergelar suami isteri.

******

Setelah bersarapan,Datin Suri menghubungi sahabatnya.Banyak perkara yang perlu mereka bincangkan menjelang hari bahagia kedua anak mereka.Setelah mengatur pertemuan,Datin Suri bersiap.Lagi dua jam,bakal bertemu besan.

Sementara menanti pemandu peribadi tiba,Datin Suri membelek telefonnya.Mencari design yang sesuai untuk majlis Adam nanti.Pelbagai pilihan yang diberikan dalam pencarian di google.Ada konsep moden,klasik,gabungan keduanya dan ala-ala barat pun ada.Mudah betul untuk membuat pilihan jika semuannya di hujung jari.Pasti segak dan cantik bila Adam dan linda bersanding kelak.Hati tuanya berbunga mekar.adam perlu segera mempunyai pewaris.

******

"Suzie,Adam tak masuk lagi?"Soal Dato Ridhwan.Kegusaran terlihat diwajahnya.Ini bukan kebiasaan Adam Harris.Dia terlalu peka tentang soal kerja.Masuk lewat bukanlah tabiat anak tunggalnya.Dari tadi dia cuba hubungi adam namun hampa.Merajuk hingga bawa diri lagi barangkali.

"Maaf Dato,dari tadi saya cuba hubungi Tuan Adam.Tapi panggilan tidak dijawab.Pagi ini ada meeting yang penting yang perlu Tuan Adam hadir."Suzie cuak kali ini.Habislah dia jika gagal menjejaki majikan sorang ini.Entah mengapa kebelakangan ini,majikan muda ini selalu sahaja berdiam diri.Kebiasaanya Tuan Adam gemar berkongsi cerita dengannya.

"Tak mengapa,meeting itu biar saya yang handle.U try call Adam.Bagitahu ia hubungi saya segera."Arah Dato Ridhwan.Jika semalam isterinya,Datin Suri memberi kata duabuat Adam.Hari ini dia pula bakal berbuat demikian.Memang bukan prinsipnya,campurkan masalah peribadi hingga kerja yang sedia ada terabai.

Tanpa menanti jawapan Suzie,Dato Ridhwan berlalu dengan wajah kemerahan menahan marah.Suzie kecut perut melihat Dato Ridhwan.Apakah yang bakal terjadi?Adakah dia juga terheret sama kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha dengan baik.Suzie mengeluh.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience