Bab 48

Romance Completed 51617

Bab 48

Setelah menunggu hampir tiga puluh minit,Datin Suri dan Datin Qaira semakin panas punggung.Kelibat Puan Rahimah,Damia dan Adam tidak kelihatan.Hanya pekerjanya yang masih setia berada di ruang depan.

"Jalan perlahan sikit Encik Adam."Kedengaran suara Puan Rahimah dari arah dalam.Datin Qaira dan Datin Suri saling berpandangan.Mata mereka tertumpu ke arah suara itu.Jantung semakin berdebar-debar.Adam melangkah keluar memperagakan bajunya.Dilihat Datin Suri tersenyum bangga.

"Segaknya anak mama ni."Puji Datin Suri.Datin Qaira mengangguk kepalanya.Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh bakal besannya.

"Hah,ini pula pengantin perempuannya...eh! penganti.."Kata Puan Rahimah.Semua mata tertumpu kepada Damia.Adam terkesima.Cantiknya isteri abang.Datin Suri terpegun melihat Damia,sungguh cantik.Dia melihat anaknya dan memandang Damia sekali lagi.Bagai pinang dibelah dua,detik hatinya.Datin Qaira teruja melihat baju pengantin Linda.

Damia terkejut melihat Adam.Bila masa abang datang.Kenapalah aku tak tahu.Aduhhh...malulah dia tengok aku macam ni.Dari tadi mata asyik pandang aku.Senyum bahagialah abang.Tahulah abang tengah bahagia nak kawin dengan Linda.Tapi tak perlulah nak sakitkan hati Mia.Tak perlulah nak tunjukkan bahagia tu sangat.Damia monolog di dalam hatinya.

"So,bagaimana datin.Ada nak ubah apa-apa tak?."Tanya Puan Rahimah.Dia begitu asyik melihat kedua mereka yang masih berpakaian pengantin.Sama cantik sama padan.

"Rasanya kami puas hati.U macam mana Qaira?"

"I pun puas hati."

"Alhamdulillah,lega saya dengar."Balas Puan Rahimah.Dia akhirnya memanggil pekerjanya.

"Datin,saya nak minta izin datin berdua."Ujar Puan Rahimah.Kedua bakal besan saling berpandangan.

"Boleh saya minta izin nak ambil gambar mereka berdua untuk kami simpan sebagai kenangan di butik ini."Pinta Puan Rahimah.Datin Suri menarik nafas lega.

"Isk!,Puan Rahimah ni.Risau saya.Ingatkan apa tadi."Katanya sambil mengurut dadanya.

"Entahnya!.Saya pun risau jugak.Apa salahnya.Boleh kan Adam,Mia?".Balas Datin Qaira.

"Jika mama dan auntie tak kisah,saya ok je."Ringkas jawapan Adam Harris.Damia yang masih berdiri disisinya semakin seram sejuk.Ini kerja gila!.Yang patut pakai baju ni,Linda.Bukan aku!sudahnya aku pulak yang bergambar dengan dia ni.Jika Linda tahu,matilah aku dikerjakan.Damia semakin resah.Tanpa dipinta,Adam menarik lengan bajunya melangkah ke arah pelamin yang tersedia di dalam butik itu.Damia memandang Datin Suri,cuba menagih simpati.Namun semuanya hampa.Matanya menjadi silau dek kerana pancaran cahaya kamera.

Setelah selesai sessi bergambar,Damia dan Adam ke belakang untuk menukar pakaian mereka kembali.Sebelum memasuki bilik persalinan masing-masing,sempat Adam mencuit bahu isterinya.Damia terkejut dan berpaling kebelakang.

"Cantiknya isteri abang hari ini."Puji Adam.Damia tidak pasti adakah kata-kata yang keluar dari mulut Adam itu suatu pujian yang ikhlas atau sebaliknya.Dia tidak mampu untuk menunjukkan sebarang reaksi.

"Abang ikhlas puji Mia.Memang Mia yang selayaknya pakai baju ni."Kata Adam seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di dalam hati Damia.Sebelum sempat Damia membuka mulut,Adam berlalu ke bilik untuk menukarkan kembali pakaiannya.Damia merasakan sesuatu.

******

Linda merasakan hatinya bagai dihiris-hiris dengan belati tajam.Mesej yang baru diterima oleh mummy cukup membuatkan hatinya meledak bagai letusan gunung berapi.Kenapalah mummy tak sabar menunggu dia pulang hingga sanggup membiarkan pakaiannya di pakai oleh orang lain.Perempuan itu memang cari nahas dengan aku.

"Kau tunggu perempuan tak guna!aku akan pastikan kau menyesal."Katanya dengan penuh dendam.Fendi yang masih lena disebelahnya tidak dihiraukan.Dia bingkas bangun dan ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

"Fendi,bangunlah.I dah lapar ni."Kata Linda setelah dia selesai bersiap.Fendi yang masih bermalasan di atas katil digerakkan.

"OK,ok,I bangun."Akhirnya Fendi mengalah.Dia bingkas bangun menuju ke bilik air.Setelah siap berpakaian,pasangan itu keluar dari bilik untuk mencari makanan.

******

Dua hari telah berlalu,

"Mia,kenapa ni."Tegur Adam Harris perlahan.Bimbang jika ada yang mendengar.Maklumlah mereka berada di ruang tamu.Dilihat wajah Damia seperti tiada seri.Tidak seperti selalu.Sejak pulang dari butik kemarin,Adam perasan akan perubahan Damia.Lebih banyak mengelak dari bertemu dengannya.Jika di dalam bilik pun,Damia tidak seramah dulu.Hari ini Adam melihat wajah Damia sedikit pucat.

"Mia,abang tanya ni."Adam mengeraskan sedikit suaranya.Damia yang sedang mengelap dulang-dulang hantaran sedikit terkejut.Kain biru yang digunakan untuk mengelap dulang tadi diletakkan di sisinya.Damia berpaling mengadap Adam.

"Alhamdulillah Mia hidup lagi.Mia tengah sibuk siapkan hantaran Tuan Adam ni."Kata Damia dan terus menyambung kerjanya.Adam terasa bahang panas di telinganya.Panas dek kata-kata Damia.Dia merenung tajam isterinya.Namun renungan itu tidak diendahkan oleh Damia.

Tak perlulah abang nak marah Mia,jika abang dapat lihat apa yang sedang berlaku didalam hati Mia.Tak akan abang nak teruskan semua ini.Mia telah lakukan sehabis baik untuk kebahagian abang.Tapi Mia?.Abang masih mahu berterusan sakitkan hati Mia.Tolonglah hentikan semua ini abang.Cinta yang kau terbitkan dalam hatiku semakin hari semakin menyakitkan.Bukan hanya kepentingan,malahan keegoan telah Mia korbankan.Keluh hati kecik Damia.

Siapakah yang sanggup lakukan apa yang sedang aku lakukan saat ini.Aku sedang menyiapkan gubahan hantaran untuk suamiku sendiri.Sedangkan sewaktu kami bernikah,semua ini tidak pernah aku lalui.Mungkin percaturan Allah swt untuk aku merasai semua ini.Aku redha Ya Allah,tetapi bantulah aku kurangkan rasa sakit yang mencengkam jiwaku ni.Belum pun aku bermadu,namun kesakitan ini semakin terasa.Mampukah aku lalui.Jika aku bersuara,adakah suara aku didengari.Damia semakin sebak.Entah berapa banyak air mata telah tertumpah hingga saat ini.Dia tidak mampu menghitungnya lagi.Sedaya upaya dia cuba bertahan di depan Adam Harris.

Adam mengeluh.Dia semakin terhimpit.Melihat sikap acu tak acu Damia membuatkan hatinya semakin merindui saat bahagia mereka di kondo.Jika dia tahu begini akan terjadi.Dia tidak akan bersetuju dengan cadangan Damia untuk menjaga mama.Dia sanggup mencari pembantu yang lain.Biar seribu kali sekalipun dia sanggup.Asalkan Damia tidak begini dengannya.Terasa dunia semakin menghimpitnya.Maafkan abang ,Mia.Semuanya ini hanya sementara sahaja sayang.Cinta,kasih dan sayang abang telah lama menjadi milikmu.

Adam Harris bangkit meninggalkan Damia yang sedang sibuk mengubah hantarannya.Dia memahami apa yang sedang bergolak didalam hati Damia.Jika dia di tempat isterinya,pasti kesakitan itu dia rasai.Namun dia yakin,Linda akan tiba untuk memutuskan semua ini.Pasti ada sinar bahagia untuk kita,Mia.

Damia hanya melihat langkah longlai Adam Harris.Rasa bersalah menguasai dirinya.Maafkan Mia abang.Bukan niat Mia untuk sakitkan hati abang dengan kata-kata Mia.Tetapi Mia tidak mampu menahan rasa cemburu yang mula menguasai hati Mia.Adakah ini disebabkan rasa sayang Mia kepada abang.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience