Bab 18

Romance Completed 51617

Bab 18

Kilauan lampu neon disisir jalan Bukit Bintang sedikit pun tidak dipedulikan oleh mereka.Malam masih muda walaupun jam telah menginjak ke angka sebelas.Manusia masih leka mencari hiburan di syurga dunia.

Linda,diantara ribuan anak muda yang laparkan hiburan malam seperti ini.Kelab mana yang tidak pernah dijejakinya.Semuanya sudah dilewati seawal usia remaja lagi.Setakat minum,menari bukanlah sesuatau yang baru baginya.Cuma setelah berkahwin nanti,kegiatan ini mungkin akan terbatas seketika.

Zion Club diantara kelab kegemaran yang sering dikunjungi saban malam.Malam ini dia perlukan hiburan dan belaian.Suasana bingit di dalam kelab sedikit pun tidak menganggu gegendang telinganya.Alunan muzik rancak yang diputarkan oleh DJ membuatkan tubuh badannya bergoyang manja.Dari kejauhan ada mata yang sedang asyik memerhati dalam kerinduan.Langkah diatur menuju ke arah Linda.Pinggang ramping Linda dirangkul mesra dari belakang.Linda berpaling.

"Fendi,I ingatkan siapa tadi."Suaranya dikuatkan.Sudah kebiasaan apabila berada di dalam kelab sebegitu.Fendi tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan kucupan hangat di pipi Linda.Lantas dipimpin tangan Linda ke tempat duduk yang telah ditempah.Agak terlindung untuk mereka berdua bersendirian.

"I rindukan U,Linda."Luah Fendi sambil mengamati wajah wanita istimewa dihadapannya.Fendi merupakan kekasih gelap Linda.Merangkap lelaki yang bisa melayan kehendaknya.Hubungan yang tidak terikat.Tetapi bagi Fendi pula Linda merupakan wanita yang mampu membahagiakan dirinya.Setiap kali berada bersama Linda,dia terasa bahagia.

"Kan I dah ada depan mata U,apa lagi yang U nak rindu.Jom kita menari puas-puas."Ajak Linda sambil menarik tangan tegap Fendi.Mereka menarik bersama dari lagu rancak hingga bertukar rentak romantik.Fendi mula memainkan peranan.Tangan Fendi memeluk pinggang Linda,semakin lama semakin rapat tubuh mereka.

"Fendi,I nak minum,"Bisik Linda ke telinga Fendi.Tekaknya terasa perit dahaga.Fendi membawa dia semula ke meja mereka.Minuman telah pun tersedia.Linda terus meneguk air kuning sehingga habis segelas.Dahaga sangat.Fendi hanya memerhati dengan senyuman yang bermakna.Menanti saat kemuncak pertemuan mereka.Linda membalas senyuman itu dengan jelingan manja.Mengoda jiwa muda lelaki bernama Fendi itu.

Malam yang dingin terus berlalu membiarkan manusia yang alpa terus tenggelam dalam arus noda.Bintang-bintang kecil bercahaya menerangi langit malam yang suci indah.

******

Datin Qaira kelihatan gelisah dari awal pagi.baru dia sedari Linda tidak pulang sejak semalam.Kemana perginya?.masih tidak berubah sikapnya.Sesuatu yang paling dia risaukan mengenai sikap anak gadisnya yang bakal berkahwin tidak lama lagi.Bagaimana jika Adam atau Datin Suri tahu tentang hal ini.Pasti dia dan suami mendapat malu besar.

Tangannya semakin penat mendail dari tadi.Setiap panggilan berakhir dengan suara operator wanita.Manalah Linda pergi ni?.Hati Datin Qaira tidak tenteram.Mujur tadi,suaminya tidak bertanya tentang Linda kerana sudah lewat hendak ke pejabat.

"Morning mummy."Sapa Linda tanpa ada rasa bersalah.Riak wajah bersahaja.Datin Qaira menjengkil mata memandangnya.Sempat lagi Linda menyambar kuih seri muka di dalam piring.

"Linda ke mana?.Semalaman tidak pulang."Tegur Datin Qaira.Seperti kebiasaan,Linda pakar dalam menyembunyikan sisi hitamnya.Dengan riak muka bersahaja dia membalas dengan senyuman.Menghabiskan sepotong lagi kuih seri muka.

"Ala mummy,Linda tidur rumah kawan.Lepas kahwin,manalah Linda dapat enjoy begini.Komitmen sepenuhnya kahs untuk abang Adam ok."Balas Linda manja membuatkan hati mummy cair.Bukannya susah sangat nak uruskan mummy.Bisik hatinya.

Kenikmatan semalam yang hangat tidak mungkin dia lupakan.Pastinya itu bukan kali terakhir.Linda meninggalkan Datin Qaira dimeja makan.Sebenarnya dia masih perlu berehat.permainan semalam terlalu hangat hingga dia masih dikuasai rasa mengatuk akibat tidak cukup tidur.

******

"Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam."Jawab Adam.Panggilan dari insan yang jauh.Insan yang amat dihormati seperti orang tuanya.Walaupun dia sedang sibuk meneliti kertas projek bersama Encik Bakri tetap jua panggilan itu dijawabnya.

"Baba dan mak apa khabar?"

"Alhamdulillah,kami sihat.Adam dan Mia bagaimana?"

"Alhamdulillah baba,kami sihat cuma rindukan baba dan mak.Maafkan Adam,baba kerana tidak berkesempatan ziarah baba."Ujar Adam dengan penuh kasih sayang.Baba Bakar sangat istimewa buat dirinya.Hampir setengah jam mereka berbual.Adam kembali sibuk melayan kertas kerja setelah selesai berbual dengan baba.

Hatinya kepingin untuk bersua dengan Baba Bakar.Terlalu banyak perkara yag dia ingin berkongsi.Seperti kebiasaannya,baba selalu hadir saat dirinya berada di dalam persimpangan kehidupan.Butang telefon diatas mejanya ditekan.

"Suzie,masuk sekejap."Arah Adam Harris.Dia nekad lusa dia akan berangkat ke Melaka.Kali ini ke rumah Baba Bakar.Damia juga bakal diheret bersamanya.Pasti Mak Ani gembira.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience