Bab 30

Romance Completed 51617

Bab 30

Adam tiba sewaktu Damia sedang bersolat maghrib.hajat hatinya hendak berjemaah dengan isteri.Namun apakan daya,langkah diatur ke bilik air.Setelah mandi,Adam melangkah keluar hanya memakai tuala.Bahagian atas tubuhnya terdedah membuatkan Damia terlopong.Malu pun ada.Segera Damia bangkit membuka telekung dan mahu segera keluar dari kamar mereka.Perasaan malu menerjah ke hatinya.Terbayang peristiwa awal pagi tadi.

Adam hanya bersahaja berjalan ke ruang persalinan yang tersedia di bilik utama itu.Memang sengaja dia membiarkan tubuhnya separuh terdedah.Melihatkan otot-otot pejal yang terserlah di bahagian lengan,dadanya dan perut.

Sado betul abang Adam ni.Bisik hati Damia.Sempat dia mencuri pandang susuk tubuh suaminya.Walaupun terasa janggal namun dia tetap cuba berdepan dengan situasi begini.Mungkin ini baru permulaan.Dalam pasrah Damia redha membiarkan matanya mencuri pandang susuk tubuh itu sekali lagi.

"Mia,jangan keluar dulu.Tunggu abang habis solat dulu."Bicara Adam memecahkan kesunyian di dalam kamar.Walaupun sunyi tanpa suara dari keduanya tetapi tetap meriah perbualan didalam hati masing-masing.Adam mulai bersolat sementara itu Damia duduk diam disisi katil.Setelah memberi salam dan berdoa.Adam bangkit menghampiri kabinet di penjuru kamar.Mengambil sebuah buku tebal dan duduk kembali.Damia duduk berdepan dengan suaminya.Dahinya berkerut melihat buku tebal yang sedang didalam dakapan Adam.

"Pakai telekung."Arah Adam.Damia akur tanpa sebarang bantahan walau dihatinya masih tertanya-tanya apakah yang ingin dilakukan oleh suaminya.

"Mia,mulai hari ini.abang nak Mia tolong abang.Boleh?"

"Inshaallah boleh abang,tapi nak tolong apa?"

"Abang nak setiap kali selepas solat maghrib,kita baca kitab ini."Kata Adam Harris sambil menunjukkan kitab tebal yang dipegangnya.Damia masih memerhatikan.

"Baiklah abang,Mia ikut apa yang abang suruh.Tapi hari ini,abang kene ajarkan Mia."

"Boleh Mia,itukah tanggungjawab abang sebagai suami.Kitab ini bila dibaca,hati kita akan tenang sama.Jika al-quran kita sedia maklum akan kehebatannya.Kitab ini pun ada aura hebatnya.salah satu rawatan hati.Abang nak setiap hari Mia buat sama seperti yang abang lakukan.Bila kita buat begini,ibarat kita berada di taman-taman syurga.Para Malaikat akan turut hadir dalam majlis ilmu seperti ini.Rahmat Allah swt akan turut hadir."Jelas Adam Harris membuatkan Damia yang khusyuk mendengar berasa kagum.Satu sisi lain lelaki bernama Adam Harris dilihatnya saat ini.

"Ok,jom kita mulakan."Adam memulakan pembacaan dengan bab pertama kitab itu iaitu kisah para sahabat diikuti fadilat quran yang menceritakan tentang kelebihan membaca quran setiap hari,fadilat zikir dan beberapa bab lain di dalam kitab itu.Damia akui hatinya sangat tenang hinggakan setengah jam yang berlalu terlalu singkat dirasakan.Diakhirnya Adam membaca doa.Damia hanya mengaminkan sahaja.

"Abang,nanti boleh ajarkan Mia doa tadi."Pinta Damia sebaik sahaja selesai.

"Boleh,nanti abang ajarkan."

"Terima kasih abang,"Tangan Adam dicapai,diciumnya.Adam senyum melihat Damia.Dia bersyukur isterimya sudi duduk bersama sepanjang masa dia membaca kitab Fadhail Amal.

Ya Allah,berkatilah rumahtangga kami ini.Doanya di dalam hati.Adam mengucup dahi isterinya.Seperti getaran elektirk ciuman Adam Harris dirasakan Damia.Getaran itu terus menuju ke hati.Damia menyentuh dadanya,cuba untuk mengawal getaran yang semakin menyesakkan.

"Ok jom kita makan."Ajak Adam selamba.Dia jua merasai getaran itu.Mereka berdua menikmati makan malam bersama,mengemas bersama dan solat isyak bersama.

"Mia,kalau mengantuk tidur dulu.Abang ada kerja yang hendak diselesaikan."Kata Adam ketika melipat sejadahnya.Lega hati Damia mendengarnya.Damia hanya mengangguk kepala.Wajah yang tadinya kelihatan gusar sudah nampak tenang.Adam Harris hampir ketawa melihat perubahan drastik isterinya.Dia meninggalkan Damia menuju ke bilik kerjanya.

Walau malam yang sunyi bisa dinikmati,namun dia lebih rela bersabar hingga semuanya kembali pulih.Dia tidak sanggup mengambil langkah terburu-buru dalam soal ini.Jika diikutkan jiwa yang semakin mencengkam,mau sahaja dirangkul tubuh halal dihadapannya.Namun perbuatannya itu ibarat menjilat ludah sendiri.Dia lebih rela menanti saat Damia benar-benar bersedia dan Adam yakin masa itu pasti akan tiba.

******

Dua minggu berlalu....

Pagi-pagi lagi Linda sudah terpacak di depan Yanti.Dengan wajah yang menyeramkan Yanti,setiap tindak tanduknya diperhatikan oleh Linda.Hatinya cukup pedih saat Datin Suri yang sentiasa memuji pembantunya itu.Jika diikutkan hatinya,mahu sahaja dihalau perempuan itu.

"Hey!perempuan!..sini kau!"Kasar bicara Linda.Mentang-mentang Datin Suri masih di kamarnya.Dato Ridhwan pula telah lama ke pejabat.Yyanti yang baru turun dari tingkat atas dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal terjadi.Matanya melilau mencari Mak Wan.Dengan perlahan langkah diatur ke arah Linda yang sedang cekak pinggang.

"Berapa kali aku nak pesan dengan kau!.Jangan sampai aku campak kau keluar dari rumah ini Faham!!!"Perlahan Linda berkata sambil tangannnya menarik hujung telingan Yanti.Berkerut muka Yanti menahan kesakitan dek cengkaman kuku Linda.

"Maafin saya Cik Linda,saya hanya buat kerja saya.Tidak melencong kemana."Jelas Yanti cuba membela dirinya.Kata-kata Yanti ibarat mencurah minyak ke dalam api-Api yang sedang mara di dalam hati Linda.

"Ooo,kau dah berani menjawab.Kau ingat dua minggu kau duduk sini,kau dah selamat.Tiada jaminan keselamatan kau disini.Faham!!!"Marah Linda lagi.Hatinya benar-benar panas dengan Yanti.Yanti diam membisu.

"Aku nak kau berambus dari sini.Aku taknak tengok muka kau lagi dalam rumah ini.Ingat aku boleh buat lebih teruk dari apa yang aku dah buat pada kau."Amaran keras dari Linda membuatkan Yanti semakin takut.Membayangkan nyawanya mungkin menjadi taruhan dia panik.

Melihatkan Yanti diam tanpa sebarang respon,Linda semakin rasa tidak puas hati.Tangan kanan Yanti dicengkam erat dan dibawa ke luar rumah.Langkahnya diatur ke kolam renang.Yanti semakin diasak rasa gerun melihat kolam itu.Apakah yang bakal terjadi?.

Gedubush!!!!!

Linda mencampakkan Yanti ke dalam kolam.Melihatkan Yanti yang terkapai-kapai meminta pertolongan hatinya puas.Senyuman terukir diwajahnya.Kau jangan main-main dengan aku.aku mampu menjadi lebih teruk dari ini.Monolog Linda sendirian.

"Ya Allah! Yanti."Kedengaran suara Mak Wan.Cepat-cepat Linda terjun ke dalam seolah-olah dia sedang cuba menyelamatkan Yanti.Setelah dibawa Yanti ke tepi kolam,Mak Wan turut membantu menaikkan tubuh kaku Yanti.Linda masih meneruskan lakonannya membantu memberi bantuan penafasan kepada Yanti.Seketika kemudian,Yanti tersedak.Dibuka matanya melihat Linda dengan pandangan yang benar-benar menakutkannya.

"Macam mana boleh jatuh dalam ni?."Soal Mak Wan.Yanti diam membisu.Dia cuba mencari nafas yang tersekat-sekat.ketakutannya cuba disembunyikan.Tangannya memegang erat tangan Mak Wan.

"Entahlah Mak Wan,Linda datang pun sebab dengar bunyi tadi.Rupanya Yanti ni dah terjatuh dalam kolam ni."Balas Linda selamba.Kau ingat Yanti.Aku Linda.

Mak Wan membantu Yanti bangun dan menuju ke biliknya.Linda mengekori mereka dari belakang.

"Linda marilah masuk,tukarkan baju tu.Dah basah.Nanti demam pulak."Ajak Mak Wan.Hatinya tidak senang melihat apa yang berlaku.Dia kenal Linda.Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku.Mujur dia sempat datang,jika lebih lama Yanti di dalam kolam itu terkapai-kapai pasti nyawa Yanti tamat hari ini.

******

Malam itu setelah selesai menjalankan tugasnya,Yanti kembali ke kamarnya.Sebaik sahaja melabuhan punggung diatas katil,pintu biliknya dibuka oleh Mak Wan.Pada mulanya Yanti kelihatan terkejut,namun sebaik sahaja melihat wajah Mak Wan,hatinya tenang kembali.

"Yanti,boleh Mak Wan tanya?".Lembut Mak Wan berkata.Persis seorang ibu yang sedang berkata dengan anak kandung.Sentuhan tangan Mak Wan sedikit sebanyak mengurangkan rasa trauma yang sedang bergolak di dalam hatinya.Pandangannya ditundukkan.Mulutnya terpaksa dikunci rapat.Kerana amaran keras dari Linda sebelum wanita itu meninggalkan villa petang tadi.

"Apa yang berlaku sebenarnya semasa dikolam tadi?."Tanya Mak Wan.Mengharapkan jawapan yang jujur dari Yanti.

"Saya terjatuh sahaja,Mak Wan."Balas Yanti tanpa melihat wajah tua Mak Wan.Suasana menjadi sunyi seketika.Bukan ini yang Mak Wan inginkan.Hatinya tahu pasti ada sesuatu yang buruk telah berlaku antara Yanti dan Linda.Genggaman erat tangan Mak Wan menyerlahkan rasa bimbang terhadap Yanti.Benar dia bimbangkan keselamatan Yanti.Gadis ini tidak salah.Dia hanya menjalankan tugas dengan baik.Datin Suri dan Dato Ridhwan juga amat berpuas hati dengan kerja Yanti.Namun kenapa Linda seperti tidak menyukai gadis ini.Dia perlu lebih berhati-hati lagi dengan setiap yang berlaku di dalam rumah ini.

Akhirnya Mak Wan meninggalkan Yanti sendirian di kamar.Membiarkan gadis itu berehat.Pasti dia masih takut setelah apa yang berlaku hari ini.Sabarlah anak muda,bukan mudah golongan seperti kita hendak mencari sesuap nasi.Bisik hati tua Mak Wan.Yanti cuba melelapkan matanya,namun bayangan yang mengerikan Linda pasti muncul.Igauan ngeri datang menerjah benak fikirannya.Sukar untuk melelapkan mata.Dadanya terasa sebak.Salahkah aku berbuat baik dengan majikan aku sendiri?Aku cuba ingin mencari pekerjaan yang halal disini.Airmatanya mengalir lagi buat kesekian kali.JIka dulu,dia didera oleh majikan yang kejam.Tapi kini,disaat dia gembira dengan pekerjaannya,bakal menantu majikan pulak yang membencinya.Yanti melihat jam di dinding.Perlukah aku lakukan lagi?Bisik hatinya.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience