Bab 27

Romance Completed 51617

Bab 27

"Banyaknya lauk Mak Wan masak hari ini."Adam melihat pelbagai jenis lauk-pauk siap terhidang di atas meja.Sebaik sahaja tiba di villa Dato Ridhwan,Adam terus menjenguk mama di kamarnya.Berseri-seri wajah mama mungkin gembira setelah dapat pulang ke rumah setelah berhari-hari di hospital.Setelah berbual seketika dengan mama,Adam turun ke dapur.Barulah dia terlihat lauk pauk itu.

"Hari ini kita ada tetamu istimewa,mama suruh Mak Wan masak semua lauk ini."Jelas Mak Wan selaku tukang masak yang di iktiraf di villa Dato Ridhwan sejak Adam Harris kecil lagi.Adam mengecilkan matanya,ligat otaknya berhubung.Seingatnya masa berbual dengan mama,tiada pula mama beritahu ada tetamu yang akan datang hari ini.Siapalah tetamu yang istimewa itu agaknya!Dia berterusan berteka-teki.

"Termenung jauh nampak.rindukan seseorang ke?"Terkejut beruk Adam disergah Dato Ridhwan dari arah belakang.Jika betul dia sedang merindui seseorang,oarang itu adalah SITI DAMIA.Adam!!!Apa sudah jadi dengan kau ni???.Angau tahap dewa.

"Isk!!! papa ni.Sengaja nak menyakat Adam.Siapa yang nak datang sebenarnya?".Tanya Adam cuba merisik maklumat dari papa.Papa hanya mengangkat bahu dan berlalu pergi.Adam mengetap bibirnya menahan marah.Jawapan yang paling Adam Harris tidak suka.Ini kalau staf di pejabat buat,sah! dah kene pecat.Dia melangkah ke kamar.Baik aku lepak dekat bilik sendiri lagi best!.

Setelah menanti hampir setengah jam,'tetamu istimewa' pun tiba,kedengaran Mak Wan memanggilnya di balik pintu kamar.Jika diikutkan hatinya,dia rela memerap di dalam kamar yang masih mekar dengan memorinya bersama Ayu Safirah.Segalanya tetap sama.Tiada yang berubah,malah di atas meja sudut kiri kamar itu,masih terletak potret Ayu.Dia memang ayu seperti namanya.Namun mengenangkan 'tetamu istimewa telah tiba,maka dia perlu mengikut protokol yang telah ditetapkanoleh permaisuri villa itu.Wajib hadir bersama dan beramah mesra dengan tetamu hingga tetamu pulang.Dari kecil mama telah terapkan dalam dirinya.Adam mengemaskan dirinya dihadapan cermin,sempat lagi memuji ketampanan yang dimiliki sebelum keluar dari kamar menemui tetamu.

Langkah kaki Adam Harris terhenti sewaktu menuruni anak tangga,susuk tubuh dihadapannya mengingatkan pada seseorang.Walaupun tuan empunya badan membelakanginya,namun Adam sangat mengenali susuk tubuh itu.Tak mungkin!!!!Adam terjerat kali ini.Terasa peluh mulai keluar dari liang-liang kulit di dahi licinnya.Keramahan papa menyambut dua wanita itu menyakinkan dirinya akan 'tetamu istimewa' itu.

"Eh,Adam.Tak kan tercegat dekat situ.Marilah sini."Aduh!!!Adam tidak mampu mengelak lagi kali ini.Susuk tubuh yang amat dikenalinya itu segera berpaling memandangnya.Senyuman diukir kemas di dua bibir milik wanita muda itu.

"Adam,how are you?."Linda segera mendapatkan tunangnya yang amat dirindui.Dia cuba memegang tangan kanan Adam namun sempat Adam mengelak dan berlalu tanpa menjawab soalannya.Linda menahan rasa marah.Adam segera menyapa Datin Qaira dan membawa wanita itu menemui mamanya di kamar.Pastinya dua sahabat ini ada banyak cerita hendak dikongsi bersama.Setelah itu,Adam meninggalkan mereka berdua di situ.Yanti juga diajak keluar bersamanya.Mereka menuju ke dapur.Ada mata yang melihatnya dengan hati yang semakin membara.

"Yanti,bawa air ini ke kamar Datin."Pinta Mak Wan.Adam masih dudk diam di dapur.Mukanya masam menahan rasa.Jika dia tahu Linda yang datang,dia rela duduk di bilik sahaja.Mak Wan hanya memerhatikan Adam,dia tahu Adam Harris tidak pernah menyukai Linda.Namun apakah pilihan yang ada.Mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

******

"Mama,rindunya Linda,maaf ye mama.Tak sempat ziarah mama dekat hospital kemarin."Kami pun baru sahaja sampai Malaysia tengahari tadi."Kata LInda sebaik sahaja memasukki kamar bakal ibu mentuanya.Sisi baiknya perlu dilakonkan dengan sebaiknya.

"Mama faham Linda,jangan risau.So macam mana dengan barang-barang.Dah beli semuanya."Datin Suri teruja bertemu dengan sahabat dan bakal menantunya.Senyum sentiasa diukir indah.Bunyi ketukan menghentikan perbualan mereka.Mata ketiga-tiga wanita ini tertumpu ke pintu.Yanti agak terkejut apabila melihat tiga pasang mata menangkap susuk tubuhnya.Mujur sahaja dulang yang di bawa tetap utuh di pegangnya.

"Jemput minum Datin."Pelawa Yanti.Disedarinya ada sepasang mata yang merenungnya dengan pandangan yang tajam sekali.Hatinya mulai takut,segera dia mahu meninggalkan kamar itu.

"Berhenti!!!"Langkah Yanti terhenti.Debarannya semakin memuncak.

"Iya,ada apa Cik."Bicata Yanti lembut.nafasnya diatur agar tidak tampak gugup di hadapan wanita yang kelihatan wajah yang menyeramkan.

"Boleh bawa saya ke tandas?"Pinta Linda.Pandangan matanya tajam memandang gadis muda warga Indonesia itu.Yanti mengangguk kepla dan berlalu walau dihatinya mulai rasa tidak enak dengan gadis muda bergaya dibelakangnya.Setibanya di tangga,Linda segera merentap tangan Yanti.

"Aduh!!Sakit Cik.napa ini.Apa salah saya.Tolong maafin ya.Saya lagi kerja disini Cik."Rayu Yanti.Nyata sekali wanita muda ini bukan calang-calang orang.Amat merbahaya.Buktinya,saat ini dia terpaksa menanggung rasa sakit.

"Hey!!!Aku tak suka kau disini.Aku bagi amaran keras dekat engkau.Jika kau hendak kerja lama dekat sini.Pasak dalam kepala hotak kau bahawa AKU INI BAKAL MENANTU DI DALAM VILLA INI!Faham!!".Perlahan namun keras amaran Linda.Yanti kecut perut.Segera mengangguk kepala tanda faham dengan amaran Linda.

Adam hanya memerhati sahaja tindakan Linda dari pintu biliknya.Hajat hati hendak turun ke dapur terhenti apabila melihat apa yang Linda lakukan terhadap Yanti.Dia tidak terkejut melihat apa yang Linda sedang lakukan.Dia kenal siapa Linda.seorang yang akan berusaha untuk dapatkan apa yang dia inginkan.Nekad.

Tangan Yanti dilepaskan.Segera Yanti menuruni anak tangga tanpa menoleh lagi.Tangannya terasa amat sakit.Linda hanya memerhati dengan senyuman puas.Ini Linda ok!.Jangan hendak bermain dengan aku.Ibarat kau bermain dengan api.Pasti kau akan terbakar hangus!.Monolog Linda tanpa menyedari kelakuannya diperhatikan Adam Harris.

******

Damia melihat jam di dinding yng menunjukkan jam lapan malam.Pastinya Adam tidak balik untuk makan malam.Dia menjamu selera sorang diri tanpa gangguan.Jika Adam ada saat ini,pasti dia bakal bertukar menjadi Hang Jebat.Ketawa Damia sendirian.

Setelah memastikan dapur kemas dan bersih,lampu diruang dapur dipadamkan.Damia terus ke kamar 'kita'.Hari ini buat pertama kali dia diwajibkan tidur sekatil dengan suaminya.Lebih baik aku tidur awal bagi mengelakkan apa-apa yang bakal terjadi.Rancang Damia.Sementara menanti azan isyak,Damia sempat menelefon Mak Nani.Pastinya panjang cerita mereka kongsi bersama.

******

Di meja makan,Adam cuba menahan rasa.Seleranya mati.Linda disebelahnya dari tadi cuba sedaya upaya menarik perhatiannya.Jika Damia yang lakukan,pastinya dia akan menyakat hingga kemerahan wajah Damia.Abang sudah rindukan baby girl abang.

"Adam,ini sambal ayam untuk U."

"Thanks sayang."Linda tergamam.'Sayang'!.Perkataan keramat itu akhirnya keluar dari mulut tunangnya.Jika saat ini hanya dia dan Adam sahaja di meja makan itu.Pastinya tubuh tegap Adam terus dipeluk erat.Gembira bukan kepalang hatinya.

Adam hanya tersengih,sengaja dia berkata demikian.Sekurang-kurangnya dia menjaga airmuka orang tuanya.Hakikatnya sayang yan g dimaksudkan hanya untuk Ayu Safira-suatu masa dahulu dan Siti Damia-kini dan selamanya.Papa dan Datin Qaira tersenyum melihat pasangan darah manis itu.Pastinya penyatuan dua keluarga ini bakal mencipta keuntungan yang berlipat kali ganda.Sementara itu,Datin Suri hanya memerhatikan dari aras atas.Seronok htinya melihat kemesraan diantara adam dan Linda.Sama cantik sama padan.Setelah itu,Datin Suri meminta Yanti membawanya ke kamar.

Adam segera pulang sebaik sahaja Linda dan Datin Qaira pulang.Hatinya membara.sakit hati dengan kelakuan Linda.Bungkusan yang diberikan Linda ditenung tajam.Sewaktu memberikan bungkusan hadiah itu,tanpa sempat Adam mengelak,Linda menghadiahkan satu ciuman dipipinya.Berubah kemerahan wajah Adam menahan marah.Mata Linda ditenung tajam.Seolah menyatakan bencinya dengan tindakan dan wanita yang bernama Linda dihadapannya.Jika papa dan Datin Qaira tiada berhampiran mereka,pastinya ciuman itu dibalas dengan tamparan darinya.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience