Bab 28

Romance Completed 51617

Bab 28

Sebelum masuk ke dalam lif,sempat Adam Harris melemparkan bungkusan pemberian Linda ke dalam tong besar dipenjuru kanan bangunan kondo.Hatinya masih panas.Macam mana dia hendak berhadapan dengan semua ini.Hidup bersama Linda adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas dibenak fikirannya apatah lagi merealisasikan harapan orang tuanya.Mustahil!!!!

Adam melihat ruang dalam rumah,gelap.dipetik suis lampu.Pasti Damia telah lena dibuai mimpi.Adam merehatkan diri sebentar di sofa.Badannya terasa amat letih.Tanpa disangka,Adam terus terlena.

******

"I am miss you so much babe."Kata Fendi sebaik sahaja melihat wanita idamannya.Seminggu tidak ketemu membuatkan hatinya tidak keruan.Satu ciuman hangat dihadiahkan buat wanita itu.

"Aku juga rindukan kau,Fendi."Balas Linda membalas ciuman Fendi.Hari ini dia beroleh kegembiraan berganda.Dapat bertemu Adam Harris dan Fendi.Dua lelaki yang amat penting dalam hidupnya.Namun setelah berkahwin kelak,Fendi bakal tersingkir dari hidupnya.Cuma buat masa ini dia masih memerlukan khidmat Fendi.Malam indah buat mereka berdua melayari kehangatan cinta berlandas noda tanpa memperdulikan natijah perbuatan.Siapa yang bakal merana?Siapa yang mendominasi hubungan itu?.Yang pasti mereka bakal beroleh kepuasan yang sama malam itu.

******

Bunyi alarm mengejutkan Damia dari tidurnya.Sempat dia menoleh disebelahnya.Kosong.Adam tidak pulang rupanya.Dia bangkit mencapai tuala dan terus ke kamar mandi.

Adam membuka matanya perlahan,melihat jam tanganya.Sudah hampir subuh,dia bingkas bangun menuju ke kamarnya.Sebaik sahaja pintu dibuka,didapati Damia tiada di atas katil.Cuma kedengaran bunyi air pancuran dari dalam bilik air.Adam melabuhkan punggungnya di atas katil menanti Damia.Seketika bunyi air tidak lagi kedengaran.Pintu bilik air dibuka,Damia yang hanya bertuala sambil sehelai lagi tuala meneglap rambutnya yang basah keluar dari bilik air tanpa menyedari Adam Harris sedang memerhatikannya tanpa berkelip mata.

Pandangan mereka bertemu.Damia kaku seketika.Sungguh dia tidak sangka,Adam sedang merenung tajam ke arahnya.Kakinya kaku,tidak mampu bergerak ke mana-mana.Malu dengan keadaan dirinya yang sudah mengugat jiwa panas Adam Harris.Damia hampir menangis.

Adam merenung tanpa berkelip,langkah diatur.Setapak demi setapak menuju ke susuk tubuh yang sedang menguji naluri kelelakiannya.Melihatkan Damia sebegini,amat seksi dirasakan.Susuk tubuh mengiurkan.Dengan rambutnya basah melepasi bahu,bibir mungil yang masih basah seperti memanggilnya untuk dikucup hangat.Pandangan mata lelakinya seolah telah menafsirkan setiap inci tubuh badan isterinya.Kau goda aku Mia!.Detik hati Adam.Sukar untuk mengawal diri saat ini.

Damia mengigil kesejukkan.Bukan kerana penyaman udara yang masih terpasang,tetapi kerana ketakutan melihat Adam menghampirinya.Kenapalah aku tak bawa baju terus tadi.Dia mula mengutuk dirinya sendiri.Adam telah berada rapat di depannya.Sangat rapat.Bunyi nafas suaminya dapat didengari dengan jelas,namun dia tidak mampu memandang.Pandangan ditundukkan.Damia pasrah.Airmatanya mulai bergenang.tubuhnya seram sejuk.

Adam memegang kedua bahu isterinya.Sejuk dan dirasanya sedikit gegaran.Mengigil.Adam terus memberi kehangatan.Peluk Damia seeratnya.Menerima kenikmatan yang telah lama tidak dirasakan.Hilang bayangan yang menyakitkan hatinya.Memeluk isteri lebih dirasakan nikmat.Dirasakan Damia semakin lesu.Tubuh isterinya seperti hilang imbangan.

"Mia!!!!".

Mujur Adam sempat merangkul tubuh isterinya yang rebah tidak sedarkan diri.Cemas Adam seketika.Segera di angkat tubuh Damia dan dibaringkan di atas katil.Dia menyelimutkan tubuh Damia agar hangat.Bibir Damia dikucup seketika.Walaupun tiada balasan,Adam puas.Dia tersenyum.Naif sangat kau Mia.

******

Matanya dibuka perlahan.Seingatnya dia rabah saat di dakap oleh suami.Damia melihat sekeliling kamar.Mujur kelibat Adam Harris tidak dijumpai.Baik aku bangun sarung baju sekarang.Dia menyelak selimut tebal.Damia tergamam!.

Siapa yang pakaikan baju aku?.Adakah Adam?Tidakkkkk!!!!.Airmatanya laju membasahi pipinya.Rasa marah dan malu bercampur dalam hatinya.dia membungkam disisi katil seketika.Cuba menenangkan diri.

Malunya aku!!!.damia yang kau pengsan tadi kenapa?Sekarang suami kau sendiri yang dah tengok semuanya.Aaarghh!!!.Nampaknya bendera perang bakal berkibar.Jika Adam muncul pastinya dihadiahkan penumbuk plus penampar plus penyepak khas buat suami kaki buli.

Tapi salah aku jugak.Mengada-ngada pakai tuala bagai.Kan dan tergoda Abang Adam.Padanlah muka kau Mia.Free je Adam jamu selera tadi.Kutuk Damia sendiri.Andai boleh diundurkan waktu,pasti dialah orang pertama yang ingin lakukan.Dia akan undurkan masa hingga saat bawa tuala dan baju ke dalam bilik air.Matanya melirik jam.Allah!!!dah lewat subuh aku...Pantas langkah diatur ke bilik air.

Setelah selesai solat,Damia masih duduk memandang kosong sejadah dihadapannya.Masih berkira-kira hendak keluar atau duduk sahaja di dalam bilik.Dia malas hendak bertentang mata dengan suami saat ini.Malu beb!!!Pintu kamar dibuka dari luar.Damia tunduk membatu.Hati berdebar-debar,takut hendak memandang apatah lagi bertentang mata.

"Mia sudar sedar."lembut Adam berbicara.Damia hanya membalas dengan anggukakan kepala.Terasa di dalam mulut ada emas berketul-ketul.Adam Harris tersenyum memandang isterinya.Hah!malulah tu.Jangan risau sayang,abang masih mampu menahan keinginan.

Namun pengalaman yang baru dilalui sebentar tadi,tidak mungkin dilupakan.Bukan mudah untuknya melakukan.Memakaikan pakaian menutupi tubuh isterinya.Cukup menguji naluri seorang lelaki sepertinya.Mujur gelodak nafsunya masih mampu dikawal.

"Dah,jom kita sarapan,abang sudah beli lemak sambal paru."Ajak Adam sebelum keluar kembali dari kamar.Damia tersentak.Tak kan aku nak makan sekali dengan dia.Malu lah!!!!!.Jerit suara hatinya.

******

P/S-Buat pembaca yang budiman,jutaan terima kasih kerana sudi membaca DTK?.Teruskan membaca dan menyokong karya ini.Qaseh akan update dari masa ke semasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience