Bab 40

Romance Completed 51617

Bab 40

Adam keluar dari bilik Damia dengan perasaan hampa.Mesti Mia berada di dapur.Adam merasa lega sedikit.Sekurang-kurangnya Linda tidak dapat berbuat apa-apa.Dia melangkah ke biliknya.Damia yang sedang meniti anak tangga terakhir di tingkat atas berhenti sebaik sahaja melihat Adam.Jika diikutkan hatinya saat ini,mahu sahaja dia berlari dan memeluk tubuh lelaki itu.Namun dia sedar dimana dia berada.Wajah sugul Adam bertukar ceria melihat Damia.

"Mari sini Mia."Panggil Adam perlahan.Bimbang jika suaranya didengari oleh orang lain.Damia menurut arahan.Dalam hati mulai takut.

"Mana Mia pergi?."Tanya Adam sambil tangannya memegang erat lengan Damia yang masih merah.Damia berkerut dahi menahan sakit.Hingga berair matanya.

"Aik,janganlah menangis,Abang tak marah.Cuma cakap aje."Risau Adam melihat isterinya.Adakah dia takutkan aku.Sumpah sayang,Abang tak marahkan Mia.

"Tak lah abang,Mia tak menangis,cuma tadi mata Mia ni terkena tepung itu yang berair.Mia nak mandi dulu.Nanti nak bawa mama naik.Abang pun mesti belum mandi lagi kan."Kata Damia cuba menyembunyikan perkara sebenar.Adam mengukir senyuman memandang isterinya.

"Jom kita mandi sama-sama"Usik Adam.Damia terus sahaja menghadiahkan cubitan di lengan kiri Adam.

"Jangan nak mengada.Dah cepat masuk bilik abang.Rasanya itu bunyi ada orang datang."Kelam kabut keduanya masuk ke kamar masing-masing.Pintu ditutup perlahan.Dato Ridhwan yang sedang naik berhenti seketika,rasanya tadi macam dengar ada orang bercakap.Tapi sekarang kosong pulak ruang ni.Emmm...perasaan aku barangkali.Bisiknya dan terus masuk ke biliknya.

Damia yang berada dibilik terus sahaja menyinsingkan lengan bajunya.Kesan merah tapi bertambah merah dek kerana genggaman Adam tadi.Ya Allah,sakitnya.Air matanya laju membasahi pipi.Dalam kesakitan,dia melangkah ke bilik air,mandi dan menyapu ubat di tangan.Setelah itu,dia mengambil kain kapas dan membalut tangan itu.

Adam segera keluar dari kamarnya setelah selesai mandi.Bimbang jika Linda mengesyaki sesuatu kerana terlalu lama dia berada di tingkat atas.Dia berhenti seketika di depan bilik Damia.Hajat hati ingin mengetuk pintu itu,namun tidak kesampaian kerana Dato Ridhwan juga sedang keluar dari kamarnya.

"Jom kita turun sama-sama papa."Kata Adam Harris.

"Jom,emm.Adam ada nampak Mia tak?"Kata Dato Ridhwan.Adam cuba mengawal perasaan saat ini.Dah kenapa papa cari Mia pulak?.

"Tak."Pendek jawapan Adam dan terus berlalu.Tak kan papa syok dengan Mia.Aduh!!!.macam mana boleh jadi macam ni.Ikutkan hati aku,sekarang juga aku sorokkan balik isteri aku.Gomel Adam di dalam hati yang semakin panas.

******

Linda menekan butang lif,dia mahu cepat sampai ke tingkat atas.Entah apa yang Adam dan Damia lakukan diatas.Hatinya menjadi tidak tenang.Sebaik sahaja dia sampai di tingkat atas,dia mengeluh.Rupanya Adam dan Dato Ridhwan sedang turun ke bawah.Ala!macam mana ni,tak kan aku nak heret auntie turun balik.Bisik Linda didalam hati.Kalaulah aku bersabar sikit tadi,pasti dapat bermanja seketika dengan Adam Harris.

Setelah bersiap,Damia melangkah keluar dari kamarnya,dia terserempak dengan Datin Suri dan Linda.Tanpa disuruh,Damia membawa Datin Suri ke kamar meninggalkan Linda.Senyuman kepuasan terukir di bibir Linda.Yakin hari ini kemenangan berpihak kepadanya.

"Auntie,Linda turun dulu ye.Nak jumpa Adam dan Linda terus balik rumah."Katanya sambil menjeling ke arah Damia.

"Baiklah Linda,nanti bawa kereta tu hati-hati.Waktu begini jalan sibuk."Pesan Datin Suri sebelum masuk ke kamarnya.Seperti kebiasaannya,Damia akan membantu Datin Suri ke tandas,mengambilkan wudhu dan menyediakan keperluan untuk bersolat buat Datin Suri.

"Kenapa Mia berkerut dahi ni?"Tanya Datin Suri.

"Tak ada apa Datin.Mari Datin,Mia pimpin ke katil."Ujar Damia.Namun sebaik sahaja Datin cuba berpaut pada tangannya yang cedera.Damia tidak mampu menahan sakit.Dia menjerit kecil.

"Kenapa dengan tangan Mia ni,Ya Allah merahnya"Terkejut Datin Suri melihat tangan Damia.Kelu lidah Damia,tidak mampu untuk berkata apa-apa.Tak kan aku nak cerita apa yang berlaku.Datin Suri akan percaya ke?.

"Saya cuai tadi Datin.Ni pun Mak Wan dah tolong rendam dengan air sejuk tadi.Ubat pun saya sudah letak.Inshaallah nanti sembuhlah."Jawab Damia menahan sakit.

"Eh,mana boleh begini,ambilkan telefon saya tu."Arah Datin Suri.Damia menurut arahan.Telefon diserahkan kepada Datin Suri.

"Naik bilik sekejap."Kata Datin Suri membuatkan Damia tertanya-tanya,siapalah yang disuruh naik.Harap-harap bukan Adam.Damia semakin berdebar.Dia berdiri kaku,wajahnya mulai pucat.Bunyi ketukan di pintu membuatkan hatinya seolah hendak berhenti berdegup.Matanya memandang di arah pintu.Adam Harris masuk ke dalam bilik mama.Mendengar suara mama yang menghubunginya membuatkan dia merasa lega.Tidaklah perlu dia melayan kegedikkan Linda.

"Kenapa mama panggil Adam?."Tanya Adam.Sempat dia melihat wajah pucat Damia.Apakah yang telah berlaku ni.Adakah Mia buat salah apa-apa.

"Adam,bawa Mia ke hospital sekarang.Tangan dia melecur.Merah sangat dah tu."Kata mama sambil menunjukkan jari ke arah tangan Damia.Melecur!!!Adam terkejut.Macam mana boleh jadi!Adam memandang tepat ke arah isterinya.Patutlah tadi masa aku genggam tangannya dia hampir menangis.

Damia terasa seperti berada di alam kandang harimau,Menanti untuk dibaham.Kecut perutnya melihat wajah suami yang menatapnya.Kenapalah aku kene hadap semua ini.

"Mana tangan tu."Tanya Adam serius.Muka ketat.Damia tidak mampu untuk mengelak lagi.Terpaksa dia tunjukkan tangan yang cedera angkara Linda.Adam mengetap gigi hingga menampakkan urat-uarat disekitar wajahnya.Menahan marah.

"Jom ikut saya sekarang!"Katanya terus keluar dari kamar mama.Damia memandang Datin Suri.Cuba meraih simpati dari datin.Habislah aku kali ini.

"Pergilah Mia,Tuan Adam akan bawa kamu jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.Luka itu perlu dirawat."Lembut kata-kata Datin Suri.Damia akur.Walaupun dia tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu,Adam menarik tangan kirinya menuju ke bawah.Tanpa mempedulikan laungan Linda memanggilnya,Adam terus ke kereta.Damia semakin takut melihat wajah singa Linda.Bila masa dia bertukar?.Dia benar-benar rasa terhimpit.

Sebaik sahaja memasukki kereta,Adam memandangnya.Lengan kanan diangkat.Adam melihat kesan melecur itu.Dia yakin ni bukan kerana cuai.Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.Damia bukan seorang yang cuai dalam soal kerja dapur bahkan dia seorang yang sangat peka.

"Macam mana boleh jadi begini?"Tanya Adam.Damia terlalu takut untuk bersuara.Entah kenapa dia tidak mampu melihat wajah Adam saat ini.Dia benar-benar ketakutan.Sejuk tangannya dirasai Adam.

"Mia,bila abang tanya,tolong jawab."Kali ini nada suara Adam perlahan tetapi berbaur marah.

"Mia cuai tadi.Itu je."Jawab Damia.Adam diam memandang isterinya.Kau tak pandai menipu Damia.Enjin kereta dihidupkan dan pedal minyak ditekan.Adam memandu menuju ke hospital.Abang sendiri akan siasat perkara ini.Jika benar ada sesuatu.Abang akan ambil tindakan.Adam Harris bermonolog sendirian.

Setelah mendapatkan rawatan,Damia dan Adam Harris pulang ke rumah kerana hari telah pun malam.Damia berkeras mahu pulang terus kerana dia ingin berehat.Adam akur,dia pun tidak sabar untuk bertemu dengan Mak Wan.Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.Dia yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience