Bab 46

Romance Completed 51617

Bab 46

"Arrrrggggghhh...."Linda masih panas hati.Jika tadi dia telah menghalau Fendi keluar sebaik sahaja Adam Harris meninggalkannya.Kali ini habis semua bantal,selimut dan cadar bertaburan di lantai.Kenapalah aku tak perasan yang dia hantar orang.Fendi tu pun bodoh!Main bukak pintu je.Apa yang perlu aku buat sekarang.Nak balik,belum masanya.Dia ada tiga hari lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk memastikan majlis pernikahannya diteruskan.Walaupun Adam sudah tahu segalanya.Apa yang perlu aku lakukan.Otaknya mula memikirkan pelbagai idea.Pandangan matanya tertumpu kepada sesuatu objek.

"Yes!.Aku dah tau."Linda melompat kegembiraan.Tunggu Adam aku akan buat mama dan papa kau percayakan aku.Jika tadi kau ugut aku.Aku juga ada sesuatu untuk tundukan kau.Kau bakal ikut sahaja segala rancangan aku.Aku Linda.Setiap apa yang aku inginkan pasti aku akan dapat.Bisik hati kecil Linda.

Kesian pulak Fendi.Entah apalah nasibnya.Telefonnya diangkat dan dia mendail nombor telefon Fendi.

"U ada dekat mana?"Tanya Linda manja.Dia masih memerlukan Fendi untuk merealisasikan rancangannya.

"I ada dekat lobi,kenapa U tanya.Bukan tadi U halau I kan.Benci sangat dengan I."Balas Fendi dengan nada merajuk.

"I'am sorry sayang.Tadi tu I betul-betul lost sekejap.Terkejut kene sergah begitu."Linda mula memujuk.Dia saja yang tahu bagaimana hendak melembutkan hati Fendi.

"Biarlah I balik,U pun bukannya sukakan I."

"Cuba U pusing belakang sekarang,I betul- betul minta maaf sayang."Kata Linda sebelum mematikan panggilan telefon.Dia berdiri di belakang Fendi dengan wajah sedih.Lakonan yang sudah sebati dalam dirinya.Janji matlamat utama terlaksana.Fendi menoleh dan mendapati wanita idamannya hampir menangis.Dia tidak sanggup melihat air mata itu membasahi pipi Linda.Dia terlalu cintakan wanita di depannya.Biarlah satu dunia menghina hubungan gelap mereka.Hanya dia sahaja betapa mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

"Kenapa U datang?."Fendi terus sahaja mendakap erat Linda.Tidak sanggup lagi berpisah,walaupun seketika.Demi cintanya ,dia sanggup hadapi segalanya agar dia dan Linda tidak berpisah.Walaupun dia tahu Linda bakal berkahwin.Namun jika majlis itu terhenti,dia sanggup menjadi penganti.Mereka berdua beriringan kembali ke kamar.

"Sayang,apa yang U akan buat selepas ini?."

"I kenelah terima takdir yang I memang tiada jodoh dengan dia.Lagipun I memang tidak sukakan dia.Perkahwinan kami pun hanya aturan keluarga,sayang."Bicara Linda cuba meraih simpati Fendi.Dia hanya perlu meyakinkan Fendi.Selepas itu barulah dia boleh meneruskan rancangan barunya.

"I sangat sayangkan U,sayang."Kata Fendi sebelum menghadiahkan ciuman di dahi Linda.Linda tersenyum bahagia.Dia menyandarkan kepala di dada Fendi.Merasai dengupan jantung Fendi.Membiarkan tangan Fendi mengusapkan lembut kepalanya.

******

"Datin,bunga ini Mia tanam dalam pasu ni,boleh?"

"Boleh Mia.Nanti minta tolong Mak Wan alihkan pasu ni ke situ."

"Tak mengapa datin,Mia boleh angkat pasu ni.Tak berat pun."Kata Damia lantas mengangkat pasu yang dikatakan Datin Suri.

"Mia,berat tu."Kata Datin Suri.Namun tidak dihiraukan Damia.Setelah dialihkan Damia tersenyum memandangkan Datin.

"Sudah siap."Tersenyum lebar Damia.Datin Suri hanya menggelengkan kepala.Nama pun gadis kampung,setakat angkat pasu apalah sangat untuk gadis rajin seperti Damia ni.Puji Datin Suri didalam hati.Cuaca petang yang redup dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka berdua untuk mengemaskinikan taman mini milik Datin Suri.Segala bunga-bunga telah pun diberi nafas baru dengan sentuhan tangan Damia dibantu Datin Suri.

"Jom datin,kita masuk dulu.Dah lewat ni."Ajak Damia.

"Jomlah,esok kita sambung lagi."Balas Datin Suri.Jika diturutkan hatinya,dia sanggup duduk lama di taman mininya.Terasa tenang dapat melihat bunga-bunga mekar.Terapi untuknya.Damia memimpin tangan Datin Suri berjalan.Kali ini Datin Suri tidak menggunakan tongkat.Kakinya semakin hari semakin beransur pulih.Cuma langkahnya sahaja tidak seperti dulu,masih perlahan-lahan.

Datin Suri melepaskan lelah di sofa sebaik sahaja memasuki rumah,Damia pergi ke dapur untuk mengambil air.Sementara itu Adam yang baru tiba turut duduk bersama di sofa.Hari ini badannya keletihan.Damia yang sedang membawa air untuk Datin Suri agak terkejut melihat kelibat Adam.

"Jemput minum datin."Pelawa Damia tanpa memandang Adam yang sedang merenungnya.Datin Suri mengambil gelas dan menghirup beberapa teguk.

"Mia,ambilkan air untuk Tuan Adam."Pinta Datin Suri.Damia akur tanpa sebarang kata-kata.

"Penat sangat mama tengok Adam hari ni."

"Emm,penat sikit mama.Papa mana.Tak balik lagi."

"Papa macam biasa.Ada dinner dengan bakal daddy mentua kamu."Kata Datin Suri.Damia yang baru tiba sedikit tersentak,namun dia cuba menyembunyikan perasaannya.Adam tersengih melihat isterinya.Air diletakkan diatas meja dan dia terus berlalu pergi.Rasanya tiada keperluan untuk dia terus berada disitu.

Malam itu,mereka menjamu makanan tanpa Dato Ridhwan.Adam kelihatan begitu berselera menjamu makanan.Datin dan Mak Wan sempat mengusik Adam.Bakal pengantinlah,makin berserilah hingga membuatkan Damia semakin terseksa.Selera makannya terus mati.Adam yang duduk berhadapan dengannya sesekali mencuri pandangnya terus senyum bahagia.

Seronok sangat sakitkan hati Mia!Buatlah abang.Sakitkan berterusan.Biarkan hati Mia ni rabak!lepas tu senang nak campak kat tepi kan.!Damia mengomel sendirian dalam hati.Jika diikutkan hatinya.Mahu sahaja dia tarik telinga Adam sekuat hatinya,Lepas itu jerit kuat-kuat dekat telinga Adam' MIA NI ISTERI ABANG BUKAN PEKERJA.MIA CINTAKAN ABANG TAU TAKKKK????.'Barulah terasa lega hati.Damia terus berimiginasi.Dalam masa yang sama,dia cuba menahan gelak membayangkan muka Adam Harris yang terpaksa menahan sakit kerana ditarik telinga.Alangkah seronoknya jika dapat dilakukan dialam nyata ini.

"Mia,"Tegur Mak Wan membuatkan Damia terkejut.Hampir sahaja dia menghamburkan nasi didalam mulutnya.

"Iya Mak Wan."Jawabnya terpinga-pinga.

"Tu Tuan Adam minta lauk."Kata Mak Wan.Damia memandang suami dihadapannya yang sedang mengukir senyuman.Damia menjadi tidak keruan apabila menyedari semua mata tertumpu kepadanya.Isk!!!.Berangan lagi Mia.Padan muka kau.Pantas tangannya mencapai lauk mencedokkan sedikit ke dalam pinggan Adam Harris.

"Mia ok ke?"Tanya Datin Suri lembut.

"Ok datin.Maaf Tuan."Kata Damia serba salah.Malu.

"Depan makanan pun boleh berangan."Kata-kata Adam menusuk terus ke dalam hatinya.Sempat Damia menjeling suaminya.Tanda awal bendera perang mula berkibar.Damia mengetap bibirnya menahan marah.Adam hampir sahaja tersedak saat melihat Damia berbuat demikian.Mia!!!Abang dah pesan jangan buat begini.Mia memang nak kena ni.Detik hati Adam Harris.Naluri lelakinya diuji lagi oleh Damia.

Setelah selesai mengemas dapur bersama Mak Wan,Damia terdengar namanya dipanggil dari arah ruang tamu.Damia segera mempercepatkan langkahnya.Datin Suri dan Adam berada di situ.

"Datin panggil Mia."Lembut suara Damia.

"Iya,duduk dulu Mia.Ada benda yang saya nak katakan."pinta Datin Suri.Damia mencuri pandang Adam yang masih duduk ke sofa tunggal.Wajah Adam Harris sedikit ketat.Kenapa ni?.Hatinya mulai tidak tenang.Punggung dilabuhkan diatas sofa bertentangan dengan Datin Suri.Pandangan tertumpu sepenuhnya kepada Datin Suri,menanti apakah yang bakal dikatakan oleh Datin.

"Begini Mia,memandanagkan saya telah semakin sembuh,saya harap sangat Mia janganlah berhenti dulu.Memang jika ikut perjanjian dengan Tuan adam kemarin,tugas Mia untuk menjaga saya hingga saya pulih.Tetapi saya minta Mia terus bekerja di sini sekurang-kurangnya sehingga majlis Tuan Adam selesai.Bolehkan?"Permintaan Datin Suri membuatkan Damia kehilangan kata-kata.Dia tersepit dengan perasaan hatinya saat ni.Perlukan dia korbankan rasa ini.Sanggupkah dia hadapi melihat Adam dan Linda bernikah kelak?.Saat ini pun hatinya bagai di hiris-hiris.Sakit tak terperi.

"Mia,jika permintaan saya terlalu berat untuk Mia tunaikan.Tak mengapalah."Sambung Datin Suri setelah menanti beberapa ketika.Damia berasa bersalah.Pandangan matanya meraih simpati Adam.Namun Adam seperti tidak ambil peduli akan dirinya.Sibuk melayan telefon.Mesti tengah melayan Linda.Arrghh!Wahai hati,bertahanlah.

"Baiklah,datin.Saya ikutkan sahaja."Jawapan yang menjerat dirinya sendiri.Adam tergamam.Dari tadi pelbagai alasan dia berikan kepada mama untuk membawa Damia pulang.Namun jawapan Damia membuatkan dia tidak mampu lakukan apa-apa.Datin Suri menguntum senyuman.Terasa lega Damia sudi membantunya menguruskan majlis Adam.Damia tidak mahu lebih lama disitu.Pandangan mata Adam ingin menerkamnya.Amat menakutkan.

"Datin,saya mohon diri dulu,boleh?"

"Baiklah Mia.Pergilah berehat.Saya nak bincang lagi dengan Tuan Adam ni.Bakal pengantin ni banyak ragam."Seloroh Datin Suri.Tanpa menyedarai ada dua hati yang sedang bergolak.Damia terus berlalu dengan hati yang semakin terluka.Mampukah aku?.Sekarang pun aku sudah tak mampu menanggung kesakitan ini.Mak,Mia nak mak.Airmata mulai turun.

Adam hanya melihat susuk tubuh isterinya berlalu pergi.Abang tak sangka Mia membuat keputusan tanpa berbincang dulu dengan abang.Mia membelakangkan abang.Abang tak setuju langsung dengan apa yang Mia lakukan ini.Abang tidak sanggup nak lukakan hati Mia.Kenapalah Mia setuju?.Ketahuilah sayang,pernikahan ini tidak akan terjadi.Itu janji abang.Hanya Mia yang bisa gantikan kak Ayu di hati abang.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience