Bab 23

Romance Completed 51617

Bab 23

"Abang,tolong Suri."lemah suara Datin Suri.Sebaik sahaja dia membuka mata,sekeliling dirasakan terlalu asing.Dimanakah aku berada ini?.Dia mengingati apa yang telah terjadi,sebaik sahaja bangun dari tidur dan dia ingin ke tandas.Datin Suri turun dari katil,kepalanya terasa berat,imbangan badan tersasar dan pandangannya menjadi kelam.

"Mama,ini Adam."Adam berkata lembut.Dia mengukir senyuman kelegaan melihat mama telah sedar dari pengsan.Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah swt.Segera butang disisi katil ditekan.Datin Suri cuba untuk bangun namun dihalang oleh Adam Harris.

"Jangan bangun dulu mama,sekarang mama berada di hospital.Mama pengsan semalam.Kejap lagi doktor datang.."Jelas Adam serba ringkas.Terkejut Dati Suri mendengar.Dari semalam dia tidak sedarkan diri.Doktor yang bertugas shif pagi tiba,Adam diminta ketepi.Tirai langsir mulai menutupi sekeliling katil Datin Suri.Adam berdiri kaku.Menanti lagi,diam taidak bersuara.mencuri dengar apa yang bakal diperkatakan oleh doktor.Hatinya sedikit berdebar.

Disebalik tirai,kedengaran esakan mama.Sungguh!saat ini Adam tewas.Dirasakan hatinya bagai dihiris-hiris belati tajam.Sakit.Pasti doktor telah menerang keadaan sebenarnya mamanya.Dia meraup wajahnya berkali-kali.Penat,sedih,mengantuk bercampur baur dalam dirinya.Esakan mama sudah tidak kedengaran.Mungkin jua kata-kata semangat yang diperkatakan oleh doktor membuatkan mama kembali tenang seketika.Suara doktor tidak terlalu jeas.Adam masih menanti disebalik tirai.

******

"Adam,mama tidak boleh berjalan."Adu Datin Suri.Tangisannya masih berbaki.Adam hilang kata-kata.Otaknya cuba untuk berfikir dengan tenang.Namun disaat berhadapan dengan situasi begini akal yang waras pun kadang-kadang dikuasai emosi.Dia cuba menahan sebak.

"Jangan begini mama,Doktor Ranjit ada bagitahu Adam,kaki mama akan pulih seperti biasa denagn syarat mama kene ikut apa yang disarankan oleh doktor."Lembut Adam berbicara.Dia cuba mengawal sebak dihati.Datin Suri masih bersedih.Bukan dia tidak menerima kenyataan keadaa dirinya,cuma dia ralat.Mengenangkan majlis Adam tidak lama lagi.Masih banyak persiapan yang perlu dia lakukan.

"Mama jangan runsing,apa yang penting sekarang ini adalah mama kene pulih seperti dulu.Ok."Pujuk Adam lagi.Dia seakan dapat membaca isi hati Datin Suri.Perlahan-lahan mama mengangguk kepala,bersetuju dengan kata-kata Adam.Jika dia sudah pulih seperti sediakala mudahlah dia menguruskan majlis anak tunggalnya.Adam membersihkan muka mama,seketika kemudian dua orang jururawat datang untuk menguruskan Datin Suri.Adam keluar dari wad.Kesempatan ini dia gunakan untuk menghubungi Damia.Terasa rindu pula dengan isteri dekat tapi jauh.Dekat dimata tetapi jauh dari hati.Eh!!dah tak jauh sangatlah.Terasa makin dia mendekat.Adam menanti panggilannya disambut.Terdengar suara lembut Damia.

"Mia dah makan?"Tanya Adam selepas menjawab salam isterinya.

"Sudah ,abang sudah makan?.Mama aang macam mana.
?"Tanya Damia kembali.

"Mama Alhamdulillah sudah sedar."Balas Adam.Terdengar suara Damia memanjatkan rasa syukur.Adam berasa lapang dada.Mendamaikan.Hilang segala rasa gusar yang mulai mencengkam jiwanya.Rindukan Siti Damia!.Gila dah aku ni.Sambil berbual dengan isterinya,sempat lagi dia membayangkan isterinya yang manis dipandang.Jika itulah keadaan sebenar,Adam sanggup mendakap erat tubuh Damia.Biarlah apa yang Damia nak fikir.Dia tak kisah!.Adam,apa yang sudah terjadi dengan kau ni?.Dia monolog sambil melihat sekeliling.Suasana pagi di hospital.Setelah menghantar mesej kepada papa,Adam kembali menemani mama di wad.

"Mama buat apa tu?"Tegur Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.Melihat Datin Suri asyik menaip sesuatu di telefon.Datin Suri pamerkan senyuman kelat memandang anaknya.Walaupun senyumannya hambar,namun Adam tetap bersyukur.

"Mama mesej Datin Qaira,Linda kirim salam dekat kamu.Dia kata kamu langsung tidak balas mesej dia.Betul ke?"Tanya mama bersahaja,namun bagi Adam itulah soalan yang cuba dielakkan.Kali ini dia terjerat buat sekian kalinya.

"Nantilah Adam balas,sekarang Adam nak fokus pada mama je."Balas Adam dengan harapan mama tidak bercerita lagi tentang Linda.Dia naik rimas.

"Jika sekarang mama dah ada menantu,pasti boleh minta tolong menantu bantu uruskan mama ni."Luah Mama lagi.Aduh!!!Aam terkene lagi.Mama,sebenarnya mama memang sudah ada menantu pun,tapi menantu mama itu bukan oarang yang mama hajatkan.Dia orang kampung yang penuh dengan kasih sayang,rasa hormat dan sentiasa menyenangkan hati anak mama ini.Lama Adam berkata-kata.Namun setiap kata-katanya hanya bergema di dalam lubuk hatinya,tidak dikuahkan.

"Biarlah Adam jaga atau nanti Adam upahkan orang ok."Usik Adam.Datin Suri tersenyum lagi.Mukanya sembab disebabkan banyak menangis dari tadi tampak semakin naik serinya dengan senyuman.

"Sekarang biar Adam mekapkan mama,kejap lagi kekasih hati mama tu nak datang.Rindu katanya."Semakin galak Adam Harris mengusik permaisuri hatinya hinggakan mama ketawa.Ceria.

"Mestilah rindu,tidak pernah berjauhan tau."Mama pun tidak mahu kalah dengan anak lelaki yang tunggal ini.Anak beranak ini berbual,bergurau sementara menanti Dato Ridhwan.

******

Share this novel

mrionzs
2021-04-22 00:57:10 

mantap

mrionzs
2021-04-22 00:57:09 

mantap

mrionzs
2021-04-22 00:57:06 

mantap


NovelPlus Premium

The best ads free experience