Bab 25

Romance Completed 51617

Bab 25

Hari ini genap empat hari Datin Suri menghuni wad di Sunway Medical Central,hatinya semakin dicengkam kerinduan akan rumahnya.Doktor Ranjit telah membenarkannya pulang hari ini dan menetapkan tarikh untuk hadir rawatan susulan.Hatinya melonjak-lonjak keriangan.Sementara menanti Adam menguruskan urusan di kuanter,Dato Ridhwan membantu isterinya bersiap.Perlahan-lahan diangkat Datin Suri dan didudukkan di atas kerusi roda.Adam pun tiba dan mereka meninggalkan wad.

"Adam,boleh tolong papa pergi ke agensi untuk ambil pembantu baru.Papa sudah call bagitahu hendak datang hari ini."Kata Dato Ridhwan.

"OK papa,biar Adam uruskan.Papa bawa mama balik dulu.Mak Wan sudah lama tunggu mama tu."Sempat Adam bergurau dengan mamanya.Sebaik sahaja kereta papa meninggalkan perkarangan hospital,Adam turut menyusul cuma haluannya tidak sama.Dia perlu ke agensi untuk mengambil pembantu yang telah dijanjikan untuk menjaga mama.

******

"Selamat tengahari Encik Adam."Miss Helen selaku pengurus agensi yang menguruskan pembantu buat Datin Suri.

"Bagaimana dengan pembantu yang dijanjikan,saya perlu cepat."Adam mahu segera pulang membantu papa.Miss Helen yang sedia maklum akan situasi Adam dengan segera memanggil pembantu yang telah dipilih oleh Dato Ridhwan.

"Saya sudah bagitahu detail dengan Dato Ridhwan,ini saya kenalkan Yanti.Berasal dari Medan,Indonesia.Encik Adam boleh sain dokumen ini dan Yanti akan ikut Encik Adam."Tanpa memandang Yanti dibelakangnya,Adam meneliti setiap baris ayat yang tentera di atas kertas putih itu.Setelah menandatangani dokumen,Adam terus bergerak pulang.Di dalam kereta sempat Adam menyatakan bidang kerja yang perlu Yanti lakukan.

Setibanya Adam dirumah orang tuanya,Datin Suri telah pun dibawa naik berehat dikamarnya.Dato Ridhwan yang sedang duduk di sofa menyambut kedatangan mereka dengan senyuman lega.

"Yanti,kamu sudah tahu apa yang perlu kamu lakukan?"Tanya Dato Ridhwan pinta kepastian.

"Iya,sudah diberitahu sama nyonya Helen,Dato."Balas Yanti sambil matanya melilau menyaksikan segenap ruang rumah majikan barunya.Dia telah sedia maklum akan tugasnya hanya menjaga Datin Suri.Tidaklah sesusah jika dibandingkan dengan majikan lamanya.Teruk dia dikerah.Tidak tahan dengan bebanan kerja,dia nekad melarikan diri hingga bertemu dengan Miss Helen.Dan kini rezekinya bertemu dengan keluarga yang berpangkat.

Semakin jauh Yanti berangan hinggakan dua kali Adam memanggilnya baru dia tersedar.Tersengih hingga menampakkan barisan gigi yang putih bersih.Mak Wan membawanya ke bilik yang telah disediakan.

"Yanti kemaskan barang-barang dulu.Nanti Datin bangun,Yanti hantarkan makanan."Ringkas Mak Wan berikan arahan.Dia telah diamanahkan oleh Adam dan Dato Ridhwan untuk memantau Yanti.Bukan apa,bimbang jika Yanti tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaiknya,risiko kepada kesihatan Datin Suri.Mak Wan menyambung tugas rasminya di villa Dato Ridhwan.

"Papa,Adam balik dulu,nanti petang sikit Adam datang ye."Pinta Adam.Dato Ridhwan menghantar Adam hingga ke pintu.Pasti Adam keletihan,sudah dipelawa tidur dikamarnya yang masih kosong di tingkat atas.Namun dia menolak atas alasan ada urusan yang hendak diuruskan.

******

LONDON 6:30 AM.

Cuaca sejuk di kota London membuatkan Linda masih lena berselimut.Penat setelah seharian membeli belah untuk majlis perkahwinannya.Dalam masa yang sama dia gusar jika Adam menangguhkan majlis nereka hanya kerana bakal mentuanya tidak sihat.Damn!!.

"Linda,cepatlah bersiap.Nanti lambat sampai airport."Gesa Datin Qaira.Jenuh dari tadi kejutkan anak gadis yang liat hendak bangun.

"Ala mummy,postpone je lah flight tu.Balik Malaysia pun bukan boleh terus kawin dengan Adam!"

"Eh,kau ni dah kenapa.Meroyan!"Panas hati Datin Qaira mendengar kelancaran mulut Linda.

"Baik kau bangun sekarang atau mummy sendiri yang batalkan wedding ini!"Fullstop!.Muktamat kata putus telah diberikan.Linda bangkit dengan muka masam.Semakin membengkak hatinya.Sudahlah Adam langsung tidak hubunginya,mesej apatah lagi.Nak merajuk tiada siapa yang pujuk.Natijahnya hati menjeruk rasa.Fendi...I miss you.

Mereka berdua meninggalkan London dengan seribu rasa.Datin Qaira memang sudah tidak sabar untuk pulang.Hatinya terlalu ingin bertemu dengan Suri.Bff sejati merangkap bakal besan.Linda pula awal-awal lagi sebelum menaiki pesawat sempat meghantar mesej berbaur rindu dendam kepada kekasih gelapnya.Pasti sebaik sahaja tiba di Malaysia,dia ingin bertemu dengan Fendi.Adam!!!lantaklah tunang tu.Malas nak fikir,buat semak kepala aku je.

******

Adam tiba di rumahnya sewaktu azan zuhur berkumandang di kaca televisyen.Damia seperti biasa menyambut kepulangan suami dengan senyuman manis.

"Kita solat dulu,"Pinta Adam Harris.Damia akur.Mereka bersolat bersama di kamar Adam.Setelah itu,Damia menyediakan makanan seperti selalu.Sambil menjamu selera tengahari itu,Damia sempat menanyakan khabar ibu mentuanya.

"Mama abang bagaimana?"

"Alhamdulillah,cuma kene sentiasa dipantau."Adam berasa sebak.Rasa bersalah kepada isterinya.

"Mia,abang minta maaf kerana tidak kenalkan Mia dengan keluarga kandung abang."Lembut Adam Harris berkata.Anak mata hitamnya memandang tepat ke mata Damia.Kelu lidah Damia.Memang dia rasa sesuatu apabila Adam merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan mentua kandung.Namun dia tidak salahkan Adam Harris.Jika dia ditempat Adam,mungkin dia juga akan bertindak begitu.Cuma saat ini,keinginan untuk bertemu dengan ibu mentua semakin meluap-luap.Mungkin kerana ibu mentuanya sedang sakit.

"Abang,tak perlulah abang hen dak minta maaf dengan Mia,Mia faham keadaan abang.Lagipun kita bukan bernikah seperti orang lain."Dadanya menjadi sebak .Teringat peristiwa yang mengubah keseluruhan hidupnya.Malam yang tidak mungkin dia lupakan.Mungkin pada saat itu,hati perempuannya membenci Adam kerana bersetuju meneruskan pernikahan,namun kini dia mulai merasai manisnya perkahwinan yang tertulis dalam perjalanan kehidupan mereka berdua.

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya membuatkan Adam Harris tersentak.Dia memandang tepat ke arah isterinya.Sungguh dia juga tidak mampu melupakan malam yang penuh dengan persoalan buat dirinya.Terlanggar wanita yang sering menghantui mimpinya saban hari,perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi diluahkan.Walaupun pada awalnya dia cuba menafikan perasaan itu,namun kini disebabkan perasaan itulah dia masih mahu Damia sentiasa ada bersamnya.

"Mia,pernikahan kita sangat unik,sangat istimewa kerana jodoh kita terlalu kuat.Sudah abang tidak mahu Mia ingat lagi semua itu.Disebabkan Mia cakap macam itu,Mia kene denda."Adam menggunakan kuasa veto yang ada padanya.Pastinya kali ini,Damia tidak mampu menolak.

Damia tersentak.Kene denda!Apakah pulak hukuman yang bakal dikenakan.Hatinya semakin berdebar.Adam melihat isterinya tanpa sebarang senyuman,wajahnya sengaja diketatkan.BIar Mia tahu aku tengah marah.Walhal dalam hati,seronok gelakkan Mia.

"Denda apa pulak kali ini?"Tanya Damia.Adam memandangnya tanpa berkata apa-apa.Muncung seribu mulut tu.Jangan sampai abang cium.Abang dah lama berpuasa ini.Adam Harris berdehem beberapa kali.

"Mulai hari ini,abang nak Mia angkat semua barang-barang Mia,masuk ke dalam bilik abang.Selepas ini itu bilik KITA!Faham!!"Sengaja dia menggunakan tone suara yang tinggi sedikit.Damia merasa terkejut,takut,seram,bimbang,suka dan rasa nak menangis pun ada.Mak Nani,tolonglah Mia,Abang Adam buli Mia ni.Jerit hatinya.Adam meninggalkan Damia terpaku di meja makan.Tunggulah nasib kau malam ini Mia.Abang akan buat Mia bahagia bersama abang.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience