Bab 47

Romance Completed 51617

Bab 47

Setibanya Adam Harris di pejabatnya,muncul Danial menempek muka poyo di depan Adam.Seingatnya tiada pulak mereka berjanji hendak berjumpa di sini.Adam mula mengesyaki sesuatu.

"Kau dah kenapa ni,Danny?.Lain macam aku tengok."Tanya Adam Harris.Tangannya mengemaskan meja didepannya sebelum duduk di kerusi.

"Errr...entahlah Adam.Aku rasa semacam je sekarang ni."Balas Danial.Tangannya bermain-main pen yang berada di atas meja Adam.

"Kau tak sihat,pergilah jumpa doktor.Kau jumpa aku buat apa."Kata Adam.Dia semakin rimas dengan kerenah Danial.

"Ubat aku ni ada dekat kau.Tolonglah aku,Adam."Rayu Danial.Dia amat berharap Adam sudi membantunya.

"Wei! Danny.Kau jangan macam-macam.kang ada jugak yang makan kasut jap lagi."

"Betullah Adam.Aku ni angau dengan maid mama kau.Tolonglah aku.Aku nak sangat kenal dia.Kau tolonglah aku.Siang malam aku asyik terbayang je."Luah Danial sambil mempamerkan wajah kesian.Darah Adam menyirap.Ingatkan Linda sahaja yang jadi penghalang.Rupanya Danial pula yang kacau daun.Aduhh!!Macam mana aku nak terangkan.Dia cuba menahan marah.

"Tak boleh Danny.Dia sudah berpunya."Kata Adam.Danial tersentak.Baru sahaja dia impikan sesuatu yang indah.Belum pun hajatnya tercapai,impian telah hilang sekelip mata.

"Maksud kau?"Tanya Danial tidak puas hati.

"Arrgghhh!!!.Aku dah penat nak simpan."Adam meluahkan semuanya.Setiap butir kata-katanya didengari Danial tanpa mencelah.Danial agak kecewa.Kecewa kerana Adam merahsiakan hubungannya dengan Damia daripadanya,kecewa kerana hampir menyintai isteri sahabatnya sendiri,kecewa kerana terpaksa memadamkan api cinta yang baru hendak menyala.Terasa sakit sangat.Namun sebagai lelaki,dia terpaksa akur.Dia cuba memahami situasi Adam pada saat itu.Mungkin dia juga akan bertindak begitu jika dia di tempat Adam.Danial mengeluh.

"Aku minta maaf sangat dengan kau Danny.Aku tahu aku telah kecewakan harapan kau.Cuma aku minta,janganlah kau teruskan hajat kau."

"Wei,aku bukannya pentingkan diri.Mati-mati aku ingat Mia tu single.Tu yang aku nak try.Tak sangka aku tersuka wife member sendiri.Tapi salah kau jugak.Dah berapa lama kau kawin,sikit pun kau tak cerita dekat aku."Kata Danial.Dia terpaksa akur hakikat yang cinta itu tidak semestinya memiliki.

"Tapi aku ada satu syarat."

"Syarat apa pulak ni" Kata Adam.Dia semakin cuak.Bimbang jika Danial ubah fikiran.

"Aku nak kau jaga Mia tu baik-baik.Jika kau sakitkan hati dia,Ni hah!.Aku sendiri yang akan bawa dia bersama aku.Faham!"Tegas kata-kata Danial.Adam tergamam.

"Wei!!!.Jangan macam ni Danny."

"Kau bertuah Adam,jadi aku nak kau jaga amanah yang diberikan,Jangan kau sia-siakan Mia.Aku tahu kau sayangkan dia.Tapi kau kene yakinkan dia yang kau sayang pada dia."Nasihat Danial kepada sahabatnya.Adam terharu dengan apa yang dikatakan oleh sahabatnya.Mereka berjabat tangan sebelum Danial keluar dari pejabat Adam membawa hati yang tercalar.Walaupun baru tercalar sakitnya tidak terperi.Mujur Adam berterus terang,jika tidak.Lagi parah luka dihati.

******

Hati ingin berbicara,
Hati pun sering bertanya,
Di mana hujung jalan cerita,
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah...

Damia merenung jauh dari tingkap kamarnya.Mengenangkan nasib diri yang semakin menjauh.Benarkah dia ditakdirkan untuk berjauhan dengan kebahagian?.Adakah aku akhirnya bakal bersendirian selamanya?.Air mata yang mengalir usah dihitung lagi.Luka dihati semakin banyak mengalirkan darah duka.Senyuman di bibir sukar ditafsirkan,adakah ianya bermakna hati sedang bergembira atau tersembunyi duka yang sangat dalam.Dia juga sukar menafsirkan.

Kerinduan yang berbuku di dalam hati semakin menghimpitnya.Rindu yang tiada penghujung.Mak,ayah.Mia rindu sangat.Mia nak balik.Tapi Mia tak boleh.Abang Adam bakal tinggalkan Mia.Tiada siapa yang nak temankan Mia.Damia semakin hanyut dalam dunia kecilnya.Tanpa disedari,Mak Wan menghampirinya.

"Mia,kenapa menangis ni?"Kata Mak Wan sambil memeluk tubuh kecil Damia.Tangan kanannya mengusap kepala Damia yang berselendang.Damia merindui belaian begini.Sentuhan seorang ibu.Rindu sangat-sangat.Tangisnya semakin dalam.Bahunya terhinjut-hinjut menahan rasa.

"Mia rindukan arwah ibu dan ayah."Kata Damia.Mak Wan memandangnya tanpa berkelip.Rasa simpati menular dalam hati tuanya.Walaupun dia tidak berpeluang menjadi seorang ibu,tapi dia amat faham kesakitan yang sedang dilalui oleh gadis bernama Damia ini.

"Mak Wan kan ibu Mia.Jangan sedih lagi sayang.Jika Mia rindu,ingat Mak Wan ada.Peluk sayang ibu ni."Pujuk Mak Wan.Tercuit hati duka Damia.Dia mengukir senyuman dalam tangisan yang masih bersisa.Tubuh Mak Wan dipeluk erat,menghilangkan rasa rindu yang mendalam.

"Eh!,Sudah tu.Mak Wan datang ni sebab Datin Suri panggil dekat bawah tu."Kata Mak Wan.Mereka berdua berjalan seiringan keluar dari bilik Damia.Anak tangga dititi bersama.Pandangan Damia tertumpu kepada tetamu yang sedang rancak berbual dengan Datin Suri.

"Mia,mari sini.Ini saya kenalkan Datin Qaira."Datin Suri memperkenalkan mereka.Datin Qaira berpaling memandang Damia.Mereka berjabat tangan.

"Mia,pergilah bersiap.Hari ini kamu temankan kami ke butik.Ok"

"Baiklah Datin."Balas Damia sebelum melangkah pergi.Ke Butik!untuk apa aku perlu kesana.Nak sakitkan hati aku.Kenapalah aku bersetuju dengan semua ini.Sekarang memang padan muka kau lah Damia!!!.Marahnya di dalam hati.Setelah bersiap ala kadar,Damia turun kebawah.Mereka bertiga akhirnya meninggalkan villa Dato Ridhwan untuk ke destinasi yang paling dibenci Damia saat ni.Jika dialah pengantin perempuannya,pastinya dia yang paling teruja saat ini.

"Mia asal orang mana?"Tanya Datin Qaira sewaktu mereka di dalam kenderaan Datin Suri.

"Mia orang Melaka,Datin."Balas Damia ringkas.Dia tidak mahu terlalu banyak bercakap.Bimbang jika terbuka apa-apa rahsianya.Dia mengenangkan keindahan kampungnya.Suasana yang amat dirindui.Jauh berbeza dengan kota yang didiami saat ini.Bising dengan lautan manusia yang berkejaran antara satu sama lain.

Setibanya di butik,mereka disambut mesra oleh Puan Rahimah selaku tuan empunya butik.Damia hanya berdiri di sisi Datin Suri.Dia hanya membisu seribu bahasa.Tak tahu apa perlunya dia berada di sini.

"Baju pengantin sudah siap.Bolehlah jika nak mencuba,jika ada yang perlu diubah.Boleh saya buat awal.Tak lah kelam kabut nanti."Ujar Puan Rahimah.

"Boleh,cuma pengantin perempuan tak ada pulak."Kata Datin Qaira.Sedikit kecewa.Jika Linda ada,pasti makin mudah kerjanya.Matanya memandang Damia.Diamati tubuh Damia.Datin Qaira mempamerkan senyuman.Nasib baik ada yang sama.

"Mia,kamu cuba pakai baju pengantin tu.Linda tak ada.Rasanya lebih kurang susuk tubuh kamu dengan dia."Sambung Datin Qaira.Damia terkejut.Dia memandang Datin Suri.Tak kan aku pulak.

"Eh,betullah.Mia tolong cuba dulu boleh?."Pinta Datin Suri membuatakan Damia semakin serba salah.

Tanpa menunggu persetujuannya,Puan Rahimah mengarahkan pekerjanya membawa Damia ke belakang di bilik persalinan.Damia melangkah lemah.Pasrah.Damia diarah memasuki sebuah bilik,dia dalamnya telah tersedia sepasang baju pengantin yang sepatutnya di pakai oleh Linda.Dia mengamati baju itu.Terlalu cantik untuk dia sarungkan ke tubuhnya.Damia sebak.mengimbas saat dia dan Adam bernikah.Tiada baju khas.Menitis airmatanya.

"Cik Mia,nanti sudah pakai baju,buka pintu ini.Saya nak pakaikan aksesori di kepala."Pesan Puan Rahimah dari luar bilik.

"Baiklah Puan."Jawab Damia.Perlukah aku lakukan semua ini.Mengapalah aku bersetuju?Sekarang aku juga yang merana.Arrghhhhhh!!!! jeritnya di dalam hati.

Sementara itu di ruang menunggu di dalam butik,Datin Suri dan Datin Qaira berasa teruja ingin menyaksikan baju pengantin Linda.Telefon Datin Suri berbunyi,segera dia menjawab.

"Dah sampai.Oklah masuk terus.Kami ada dekat dalam ni."Katanya.panggilan ditamatkan.Datin Suri tampak tersenyum.Selesai urusan hari ini.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."Jawab keduanya.

"Alhamdulillah sampai juga."Kata Datin Suri.

"Wah,handsome anak datin."Puji Puan Rahimah.Adam Harris tersipu malu.Matanya mencari seseorang.

"Ok,Encik Adam ikut saya.Try baju."Pinta Puan Rahimah.Adam hanya akur mengekori Puan Rahimah.

"Masuk dalam bilik ni,dalam tu saya sudah sediakan baju Encik Adam.Samping pun sudah tersedia.Nanti jika ada apa-apa,panggil saja saya.Ok."

"Baiklah."jawab Adam Harris pendek.Dia terus masuk ke dalam bilik.Melihat baju yang tergantung di ruang tengah bilik itu membuatkan dia termanggu seketika.Perlukah sejauh ini dia melangkah.Sedangkan hujung minggu ini Linda sendiri telah berjanji akan memutuskan pertunangan mereka.Adam mengeluh.Selalunya pengantin perempuan yang beriya hendak mencuba baju sebelum majlis.Dalam kes aku,terbalik pulak.Bakal pengantin perempuan sedang seronok bermaksiat.Aku pulak yang terhegeh-hegeh di paksa mencuba baju bagai!.Dia mengomel sendirian sambil bersiap.Setelah itu Adam sempat membelek dirinya yang telah lengkap berpakaian pengantin di depan cermin.Betullah Puan Rahimah cakap.Aku ni memang handsome.Katanya perlahan.Bibir mengukir senyuman manis.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience