Bab 1

Romance Completed 51617

Bab 1

Damia merenung ke luar jendela rumah pusaka peninggalan orang tuanya.Kain langsir berbunga kecil meliuk lintuk seperti api lilin ditiup angin.Langit mulai berubah warna tampak merah garang angkara mentari mula mengundurkan diri membiarkan sang malam menonjolkan diri.Tiupan angin senja menyentuh wajah halus mulus gadis sunti berusia dua puluh tahun itu tanpa dipinta.Damia seakan merelakan angin itu melintasinya seolah angin itu bisa membawa bersama duka yang bertahta di hatinya.Walaupun Kamal dan Taha telah dihukum atas perbuatan mereka,namun itu tidak mampu mengembalikan ibunya.Mengimbaskan kejadian yang meragut nyawa ibunya membuatkan airmatanya mengalir tanpa disedarinya.
“Mak,maafkan Mia,ampunkan Mia.Mia sayang mak,”Kata Damia perlahan.Rindu mulai mencengkam hatinya.
“Mia,sudahlah nak,tak baik begini,Mia kene redha,”Pujuk Mak Nani.Jiran yang selalu menjadi teman Damia sewaktu mak Ana ke kebun.Mak Nani yang menjaganya dari kecil.Damia menoleh memandang Mak Nani,membiarkan hanya mata yang berbicara betapa dia rindukan ibunya saat ini.Tanpa diminta Mak Nani menyapu airmatanya,memeluk erat Damia yang sudah dianggap seperti anak kandung.Dipujuk Damia meninggalkan rumah menuju ke rumahnya.Telah hampir dua bulan Mak Ana meninggal dunia,selama itulah Damia menghuni di rumahnya.Setelah memastikan rumahnya dikunci rapi,Damia dan Mak Nani melangkah pergi

"Mana Mia?"Tanya Pak Samad kepada isterinya yang sedang menghidangkan makan malam.

"Masih di bilik,abang."Jawab Mak Nani ringkas.Sempat mengukir senyuman buat suami tersayang.Pak Samad membalas senyuman isterinya.Dia bangkit dan membantu Mak Nani menghidangkan makanan.Begitulah rutin kehidupan mereka berdua tanpa dikurniakan zuriat.Namun sejak kehadiran Damia sedikit sebanyak mengisi kekosongan.Damia sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.Itulah juga janji Pak Samad kepada arwah bapa Damia.

"Abang termenung apa tu?.Nani depan mata pun masih termenung lagi."Usik Mak Nani yang cuba menceriakan hati suaminya,dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Pak Samad.Pastinya berkenaan Damia.Simpatinya pada Damia kian menebal,bertapa hidup gadis itu diuji.Namun Mak Nani yakin ,Damia seorang gais yang tabah.Cuma saat ini hanya masa yang bisa merawat hati luka gadis itu.

"Isk!awak ni,Dah pergi panggil Mia.Abang dah lapar ni."
"Baiklah abang."Balas Mak Nani dan terus pergi ke kamar Damia.Ketukan perlahan dimuka pintu papan membuatkan Damia menghentikan bacaan quran.Dia bingkas bangkit dan membuka pintu.

"Mia,mari kita makan bersama.Pak Samad dah tunggu dekat dapur tu."Ajak Mak Nani engan nada lembut.

"Baiklah Mak Nani.Mia datang sekejap lagi,nak lipat kain telekung ni dulu.Maafkan Mia,tak bantu Mak Nani."Kata Damia dengan rasa bersalah.Terukir senyuman di wajah Mak Nani.

"Tak ada apa pun yang hendak dibuat.Panaskan lauk yang Mia masak tengahari tadi sahaja.Sudahlah tu,nanti merajuk pulak pakwe Mak Nani dekat dapur tu."Gurau Mak Nani diikuti tawa Damia.Mereka beriringan menuju ke dapur.

******

Taha memandang Kamal yang dari tadi termenung disebalik tirai besi.Natijah perbuatan mereka telah menyebabkan dia dan sahabatnya menerima hukuman.Masih berbaki tiga hari sahaja lagi mereka menghuni kamar besi sepi itu.

"Macam mana ni Kamal?.Sampai bila kita nak duduk sini."Taha bersuara.Dia akui kesilapannya namun ia tidak betah duduk lebih lama di dalam kamar itu lagi.Terasa masa begitu lambat berputar.Kebebasannya diragut dengan sekelip mata hanya disebabkan membantu sahabatnya yang kemaruk cinta dengan Siti Damia.Kamal hanya memandang sepi sahabatnya,saat ini difikirannya hanya Damia.Hasratnya mesti dipenuhi.Bertahun lamanya dia pendam hasrat untuk mendapatkan Damia.Hanya kerana kedudukan Damia yang tidak setaraf dengannya dijadikan alasan Pak Abu,bapa Kamal menghalang keinginannya memperisterikan Damia.Pak Abu orang kaya kampung,memiliki beberapa rumahn inapan dan chalet berhampiran sungai yang jernih.Bagi Kamal pula,bukan harta menjadi ukuran.

"Ayahlah punca aku begini."Nada perlahan Kamal bersuara namun berbaur dendam yang membara.

"Aku tak kira,Mia tetap akan jadi milik aku,"Kali ini keras suara Kamal.Renungan matanya menggambarkan rasa membuak-buak untuk bersama Damia.

"Eh,sudahlah Kamal.Aku dah tak sanggup nak bantu kau lagi.Cukuplah tu!"Bentak Taha.Renungan tajam Kamal mematikan suara Taha.Dia tahu jika dia bersuara lagi,pasti Kamal akan bertindak ganas terhadapnya.Kamal yang panas baran.

"Aku cuma minta kau bantu aku sekali ini sahaja.Kali ini kita rancang betul-betul.Aku nekad.Mia sayang,tunggu abang balik ye."Kata Kamal tanpa memberi peluang untuk Taha bersuara.

Taha mengeluh kecil,dia pasrah dengan apa yang bakal berlaku.Harapannya moga dia tidak lagi menghuni kamar yang sepi ini lagi.

******

"Maaf Tuan Adam,saya dah cuba halang."Jelas Suzie,setiausaha Adam Harris bin Dato Ridhwan.Dilihat majikannya sedang meneliti fail sambil menekan papan kekunci komputer.Adam Harris bin Dato Ridhwan seorang lelaki idaman Linda yang memiliki raut wajah yang bisa mencairkan gadis-gadis kota.Memiliki tubah badan yang tegap,berjambang nipis serta memeliki sepasang mata yang bulat.Dek kerana matanya itulah,Adam Harris selalu menjadi buruan wanita termasuk Linda.Renungan dari matanya mampu membuatkan hati-hati yang lemah iman terjatuh!Jatuh cinta pandang pertama.

"Emm,tak mengapa Suzie,Awak boleh sambung kerja."Pinta Adam sambil matanya melirik ke arah Linda.Kehadiran Linda ke pejabatnya memang tidak disukainya.Dia tidak mahu para pekerja dipejabat bertanggapan serong kepadanya selaku majikan.Adam meneruskan kerjanya.

"Sayang,kenapa tak jawab panggilan I,mesej I?."Tanya Linda manja.Tanpa dipelawa,dia melabuhkan punggung duduk di kerusi berhadapan dengan Adan Harris.Soalannya masih tidak dijawab Adam.

Adam Harris memandang dengan bersahaja ke arah Linda.Jika diikutkan hatinya,hendak dimaki perempuan ini.Linda anak Dato Murad,kawan baik papa an juga rakan kongsi syarikat menyebabkan Adam memdiamkan diri.Dia kurang selesa dengan sikap dan perangai gedik Linda.

"Saya sibuk.Awak tak nampak apa yang saya tengah buat ini?.Lagi satu,kan saya dah pesan,jangan datang ke pejabat.Nanti apa kata staf-staf saya."Jelas Adam Harris tanpa memandang Linda.Pandanganya tertumpu di skrin komputer.Linda mengukir senyuman.

"Ok,I minta ampun."Balas Linda sambil jari jemarinya cuba memegang tangan Adam.Pantas Adam mengelak,wajahnya berkerut seribu,matanya dibesarkan tanda protes dengan tindakan Linda.Linda cuba bersahaja walu dihati terkesan dengan amaran halus Adam Harris.

Dia tahu lelaki dihadapannya bukan sebarangan lelaki.Bukan mudah untuknya menawan hati Adam.Namun dia tetap akan berusaha.Suatu masa dahulu,dia pernah berputus asa.Namun kini peluang kedua ini tidak mungkin disia-siakan.Linda mengukir senyuman manja.Memndang Adam Harris yang masih leka mengadap komputer,matanya terlihat cincin dijari manis Adam.Linda terpaku,sehingga kini kau masih memakai cincin itu.Sudah lama ianya berlalu.Namun kau tetap setia.Inilah sikap kau yang aku suka Adam Harris.Engkau lain dari yang lain.Kau tahu hargai wanita.Linda mengelamun sendirian.Adam menepuk meja,niatnya until menghentikan lamunan Linda.Entah apalah yang difikirkannya.Linda terkejut namun sempat dia mengawal dirinya.

"Adam,I datang ni nak ajak U makan tengahari."Pelawa Linda.

"Kejap Linda,says nak siapkan kerja ni sikit."Balas Adam tanpa melihatnya.Adam tahu jika keinginan Linda tidak dituruti,pasti mama akan memarahinya.

"Ok saying,ambillah masa U.I tunggu."Balas Linda tersenyum gembira.Kali ini ajakannya membuahkan hasil.Adam sudi keluar makan bersamanya.Sementara itu,bagi Adam pula jika diikutkan hatinya sanggup dia berpuasa hari ini dari keluar makan bersama Linda.

"Ok jom Linda."Kata Adam sambil menyusun fail-fail di atas mejanya.Linda mengekori Adam menuju keluar dari kamar pejabat.Sebelum melangkah ke pintu lif, Adam sempat berpesan pada Suzie.

"Saya tak masuk pejabat lepas lunch.Jika ada apa-apa urusan call saya ."

Linda mencebik memandang Suzie.Terasa kemenangan berpihak kepadanya.Jika tadi Suzie begitu gigih menahannya,namun kini dia bisa sahaja memeluk lengan sasa Adam Harris.Suzie hanya mendiamkan diri melihat Linda.Malas hendak dilayan perangai Linda.Ditambah dengan reaksi tidak senang majikannya disaat Linda memeluk lengan Tuan Adam Harris membuatkannya ketawa didalam hati.

"Baik Tuan Adam,cuma saya hendak ingatkan esok jam 10:00 pagi,Tuan ada meeting dengan Encik Borhan,wakil dari Melaka.Berkenaan projek resort di sana."

"Baiklah,nampaknya jadi juga Encik Borhan datang."Senyuman terukir di bibir Adam.Jika perjumpaan ini berjaya,projek besar bakal dimiliki.Linda teliti mendengar,dalam hati dia bangga dengan setiap pencapaian Adam Harris.Bijak merebut peluang dalam perniagaan.

"Terima kasih Suzie."Kata Adam sambil tangan kanan menolak tangan kananLinda yang dari tadi memeluk lengan kirinya dan berlalu pergi.Linda mengekori dari belakang sambil di dalam hati merungut.Sementara itu di ruang lobi,Meor dan Lan setia menanti.Melihat kelibat Adam tiba,Meor segera membuka pintu kereta Mercedes -benz R-class.Adam mempelawa Linda.Dengan hatinya yang berbunga-bunga Linda menurut kemahuan Adam.Sebaik sahaja Linda melabuhkan punggungnya sementara menanti Adam masuk,pintu kereta ditutup rapat oleh Adam dan mengarahkan Meor mengekorinya.Linda mengetap bibir menahan marah.Adam dan Lan menaiki kereta jaguar XF premium luxury.

Sebaik sahaja tiba di cafe,Adam melagkah masuk diikuti Linda,dia cuba menyembunyikan segala rasa marah terhadap Adam.Dia faham sikap dingin Adam terhadapnya.Mereka menjamu selera tanpa banyak berbicara.Adam kelihatan kerap melihat jam tangan membuatkan Linda rimas.

"Kenapa Adam,dari tadi I tengok U asyik tengok jam?"Tanya Linda mohon kepastian.Hasrat hatinya ingin meluangkan masa bersama Adam selepas ini.

"Saya nak solat zuhur,awak nak ikut?"Balas Adam bersahaja.

"Err,I tak boleh."Jawab Linda perlahan menahan malu.Adam tersenyum mendengar jawapan Linda.Bukan dia tak tahu bagaimana sikap Linda.Boleh dikira dengan jari berapa kali dia bersolat dalam sebulan.Setahun?.Adam mengeleng kepala.LInda memandang Adam,dilepaskan keluhan kecil.Bimbang jika soalannya mengundang kemarahan Adam Harris.

"Adam,I ada benda nak tanya U?"Soal Linda sambil meletakkan sudu dan garfu di pinggan.Makanan yang masih berbaki tidak dijamah,dihirup air minuman seteguk dua bagi menghilang rasa resah didalam hati.

"tanyalah Linda."Balas Adam sambil menghirup minumannya.Linda mengeluh sebelum memulakan bicara.Matanya memandang tepat ke arah Adam Harris.

"Kenapa U masih pakai cincin ni?"Tanya Linda sambil menunjukkan cincin d jari manis Adam.Tergamam Adam dengan pertanyaan Linda.Sungguh dia tidak meyangka tergamak Linda mempersoalkan tentang cincin berharga dijarinya.Pandangannya tepat ke arah Linda.Merah padam wajah Adam Harris menahan marah,jika diikutkan hatinya saat ini sudah ditampar pipi Linda.Namun dia masih waras dalam bertindak di saat emosi begini.Dia mampu menahan amarahnya.

"Awak tak perlu tahu.Ini hal peribadi saya,"keras nada Adam walaupun bercakap perlahan.

"Tapi Adam,semua itu telah lama berlalu,U kene teruskan hidup.Sampai bila U hendak macam ni.U kene buka pintu hati untuk terima cinta selain Ayu."Linda cuba berkata lembutwalau dihati masih ada perasaan cemburu.Dia perlu berhati-hati menyusun kata.Dari riak wajah tegang Adam,Linda tahu dia bakal menerima natijah perbuatannya.Dia tahu bukan mudah untuk Adam membuang segala kenangan yang telah sebati didalam hati sanubari lelaki itu.

"Linda,saya tak nak cakap pasal ni.Saya ada alasan saya sendiri."Dari nada suaraAdam,membuatkan Linda tahu dia sudah tersilap langkah.Adam memanggil pelayan,menjelaskan bil dan bangun meninggalkan Linda.Linda segera mengekori dari belakang.

"Meor,hantar Linda balik.Lepas tu korang boleh balik kondo terus."Arah Adam kepada pengawal peribadinya.Meor dan Lan akur.Dibukakan pintu di bahagian belaang untuk Linda.Sementara itu,Adam menaiki jaguarnya meninggalkan mereka.LInda mencapai telefon,hendak hubungi mama Adam,namun hajatnya terhenti.Dialah punca Adam bersikap begini.Telefon disimpan kembali.Linda mengetap bibir menahan rasa sambil merenung ke luar.

******

Kereta yang di pandu Adam Harris memasukki kawasan masjid yang saban hari dikunjungi.Selesai solat zuhor,Adam menuju ketempat rutin kunjungannya sejak dua tahun yang lalu.

"Assalamualaikum sayang,abang datang ni.Maaf sayang,hari ini abang terlewat sikit.Linda tu datang ajak abang makan tengahari."Cerita Adam Harris yang setia duduk di pusara isterinya.Mengimbas trajedi dua tahun lalu,saat dia kehilangan Ayu Safira yang menjadi korban nahas jalan raya.Pemergian Ayu telah memberi impak yang besar dalam diri Adam Harris.Dia mengalami kemurungan hingga menjejaskan urusan kerja dan saban hari duduk dirumah.Dato Ridhwan pula terpaksa menguruskan SINDORA CORPORATION sdn bhd.Keadaan ini menyebabkan Datin Suri runsing hingga meminta Linda membantu mengisi kekosongan dihati Adam Harris.Namun hingga kini Adam masih tidak memberi sebarang kata putus.

Segalanya berubah sewaktu aam menjejakkan kaki ke masjid berdekatan rumah orang tuanya.Malam itu selesai solat isyak,Adam duduk bertafakur.Seketika kemudian dia bangkit mendirikan solat sunat.Selesai solat dia bermunajat kepada Allah swt tanpa menyedari airmatanya mengalir membasahi pipinya.Adam akui takdir yang menimpanya,pemergian Ayu buat selamanya.Namun sebagai manusia biasa,hatinya seakan sukar menerima kehilangan Ayu.Masih baru usia perkahwinan mereka,masih banyak impian yang ingin mereka reka bersama.Berat sungguh ujian ini.Adam memohon doa agar Allah berikan kekuatan buat dirinya.Lama Adam duduk di sejadahnya.Dirasakan ketenangan mulai menyelinap disegenap ruang hatinya yang sunyi selama ini.Dalam diam Adam akui kata-kata mama.

"Adam,solatlah dan pintalah pada Allah.Saat ini hanya allah yang mampu merawat luka dihatimu.Mama dan papa sentiasa akan doakan Adam.Kerana Adam sahaja yang kami ada."Pujuk Datin Suri tanpa jemu.Kata-kata mama itulah yang membuatkan dia berada di masjid saat ini.Terasa selama ini dia alpa dek kesedihannya.Hingga tanggungjawabnya sebagai seorang muslim hampir dilupai.Airmatanya mengalir laju,betapa kasihNya Maha Pencipta padanya kerana masih memberi ruang untuk dia menyedari kealpaannya.

"Assalamualaikum nak,maafkan pakcik,"Tegur seorang tua.Dari tadi pakcik ini memerhatikan tingkah laku anak muda ini.Sudah dua malam dia dan beberapa rakannya berada di masjid,namun kelibat anak muda ini tidak kelihatan.Pasti ada sesuatu yang menyebabkan anak muda ini berada di masjid hingga jam ini,detik hati tuanya.Pakcik tua menghulurkan tangan bersalaman dengan Adam Harris.

"Waalaikumsalam pakcik,tak mengapa pakcik.Maaf jika saya mengganggu pakcik."Jawab Adam.Segera dikesat airmata yang masih bersisa.Tidak disedari akan kehadiran pakcik ini.pakcik tua duduk bersila bertentang dengannya.Adam memandang wajah tua itu.Diamati wajah tenang itu,mata yang redup seolah berbicara dengannya,senyuman sentiasa terukir membuatakan hatinya semakin ingin mengenali insan dihadapannya.Wajah tua yang dihiasi janggut putih sejuk matanya menatap seolah tidak mahu berpaling.Tanpa disedarinya,tangan pakcik tua mengenggam erat jemarinya.

"Anak,dari tadi pakcik tengok anak ni seperti ada masalah,"Kata Pakcik tua memulakan bicara.Adam terdiam,dadanya kembali sebak.Pandangnya ditundukkan,tanpa disedari airmatanya mengalir.Terasa hendak diruntuhkan segala gunung beban yang mencengkam jiwanya saat ini.Namun liahnya kelu,hanya airmata yang bisa berbicara saat ini.Pakcik tua mengusap-usap bahu Adam Harris.

"Menangislah nak.Inshaallah Allah swt akan berikan ketenangan dalam hatimu.Ingatlah nak,setiap ujian yang Allah kirimkan kepada HambaNya aalah sebagai tanda kasih sayangNYa kepada kita.Tanda Allah rindukan rintihan,tangisan kita.Menangislah wahai anak muda.Mengadulah hanya pada Allah swt.'Lembut bicara pakcik tua itu.Adam Harris akui akan kebenaran kata-kata pakcik itu.

"Pakcik,terasa sangat beratbeban ini,hati ini terlalu sakit.saya sangat sayangkan dia."Luah Adam.Entah kuasa apa yang pakcik ini gunakan hingga Adam mampu meluahkan segala rasa beban dihatinya walau ini pertama kali dia bersua dengan pakcik tua itu.

"Boleh anak ceritakan siapakah yang anak sayang sangat ini?"Tanya Pakcik tua.Adam menarik nafas dalam-dalam.Matanya memandang tepat insan dihadapannya.

"Oh ya,terlupa pulak pakcik nak kenalkan diri.Nama pakcik Bakar.Anak panggil saje Baba."Ujar Baba Bakar memperkenalkan dirinya.

"Saya Adam Harris,baba panggil Adam sahaja."Itulah permulaan perkenalan Adam dan Baba Bakar.Sejak pertemuan itu banyak yang Adam pelajari.Suratan takdir yang ditentukan Ilahi diakui.Dia redha pemergian Ayu Safira.walau berat mana sekalipun,dia belajar untuk redha keran dia yakin allah swt akan berikan yang terbaik untuknya.Baba Bakar sering membantunya mendalami ilmu agama.Jiwa yang suatu masa dahulu kosong,kini telah mula diisi dengan ilmu agama.

Cuma satu yang masih menjadi tanda tanya.Apakah jawapan mimpi yang sering menganggu tidurnya.Kebelakangan ini Adam sering mimpikan wajah itu.siapakah dia?Apakah maksud mimpi itu?Segalanya masih menjadi tanda tanya,suatu rahsia yang sukar dirungkai.Pelbagai persoalan bermain dibenak fikirannya.Seketika dia menyedari dimana dia berada.

Hampir satu jam dia duduk sambil mengimbau kenangan lalu,tangan kanan mengusap-usap batu nisan.Setelah dibersihkan anak-anak rumput yang mulai tumbuh di atas pusara Ayu,Adam bangkit dan berdiri seketika memandang sepi pusara itu seakan saat ini dia sedang menatap wajah manis isterinya yang telah bertahta dihati.

"Sayang,abang pulang dulu.Inshaallah besok abang datang lagi."Kata Adam Harris sebelum melangkah pergi.Ada terpalit rasa hiba didalam hatinya,menggunung beban rindu terhadap Ayu.Dia melangkah malas meninggalkan pusara Ayu menuju ke kereta.

"Ya Allah,banyaknya miss call."Kata adam setibanya di dalam kereta.Telefon bimbit yang tertinggal di dalam kereta dicapai.Dia tersenyum melihat skrin telefon,sudah dijangka.Pasti mama akan menelefonnya.Cepat betul Linda mengadu.Nampaknya balik ini kene mengadap mama.Detik hatinya.

******

Linda puas hati setelah mengadu akan kelakuan Adam terhadapnya dicafe tadi.Pasti Datin Suri akan menegur sikap anak tunggalnya.

"Aku pasti Adam akan hubungi aku malam ini untuk minta maaf."Katanya sendirian,terukir senyuman bermakna dibibir Linda.Dia masih bermalasan di atas katil empuk kamarnya,bangkit melangkah ke meja solek.Dia meneliti segenap raut wajahnya.Kenapalah Adam susah nak tergoda dengan kecantikan aku ini.Kalau lelaki lain,sudah lama meleleh air liur.Gomelnya sendirian.Bunyi deringan telefon membantutkan angannya.Segera dicapai telefon kerana disangka Adam Harris yang menghubunginya.Namun sebaik sahaja mendengar suara si pemanggil,Linda hampa.

******

Kereta yang dipandu Adam harris menuju ke rumah mama.Sangkaannya benar,mama setia menanti.Datin suri tersenyum memandang Adam.Dia mengerti bukan mudah untuk anaknya mencari penganti Ayu.Namun dia juga tidak sanggup melihat Adam hidup sendirian.Datin Suri ingin melihat Adam Harris bahagia,mempunyai isteri yang boleh menguruskan rumah tangga dan juga dia teringin bergelar nenek.Rindukan suara riang kanak-kanak.

"Assalamualaikum mama,jauh termenung."Tegur Adam sambil memeluk bahu Datin Suri.

"Waalaikumsalam Adam,lambat balik hari ini."Balas datin suri bersama senyuman manis.Adam membalas senyuman mama namun di dalam hati,dia seakan tahu maksud disebalik senyuman Datin Suri.Adam cuba mengelak dan berlagak seperti biasa.

"Macam biasalah mama,Adam pergi kat Ayu.Mama,Adam masuk dulu.Nak mandi dah belengas badan ni."Kata adam cuba mengelak dari mamanya.Belum sempat Datin Suri bertanya,Adam sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah.Datin Suri senyum melihat kelibat anaknya.

"Takutlah tu."Bisiknya perlahan.Ketika menerima panggilan dari LInnda tadi,dia sudah menduga pasti telah berlaku sesuatu.Datin Suri faham kehendak anaknya.Memang Linda bukanlah pilihan Adam,namun kesungguhan Linda untuk menawan hati Adam Harris amat dikagumi.Tidak kenal erti putus asa.Hampir setahun Linda cuba menawan hati Adam.Cuma Adam sahaja yang masih dingin.Datin Suri dan Dato Ridhwan tidak kisah siapa pun pilihan Adam.Yang mereka utamakan kebahagiaan Adam.

Datin Suri masuk ke dalam kerana hari sudah hampir senja,seperti kebiasaan mereka sekeluarga akan bersolat berjemaah bersama.Setelah iu mereka akan menjamu makan malam yang telah disediakan oleh Mak Wan.Pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Dato Ridhwan.

Malam itu Adam Harris pulang ke kondonya yang sudah hampir setahun dibeli.Dia memerlukan sedikit privasi untuk dirinya.Sebelum melelapkan mata,Adam membelek buku ilmiah disisi meja kanan katil.Tumpuan tidak sepenuhnya pada pembacaan ,tetapi pada mimpi yang menghantui malamnya.Entah mengapa hingga saat ini,dia masih tidak menemui jawapan.Sedangkan mimpi itu seolah-olah tidak jemu hadir dalam tidur malamnya.Mimpi yang sama dan berulang-ulang.Adam pasrah dalam penantian akan jawapan mimpi itu.

******

Setelah hampir tiga bulan setengah menghuni kamar besi,hari ini tamatlah sudah tempoh hukuman mereka.Kamal dan Taha sudah diberi kebebasan semula dengan bersyarat agar tidak mengulangi kesalahan yang lalu.

Setelah selesai menandatangani dokumen pembebasan mereka dan diberikan barang-barang,mereka melangkah keluar dari neraka dunia itu.Menikmati keindahan dunia luar.Jika sebelum ini,pandangan mereka terhad namun kini mereka telah bebas.

"Taha,jom kita pekene mee goreng mamak.Lama tekak aku ni mengidam."Ajak Kamal sambil ketawa kegirangan.

"Betul tu.Aku pun dah lama tak makan nasi goreng kampung.Duduk dalam tu apa yang sedap."Balas Taha.Berderai ketawa dua sahabat itu sambil melangkah menuju ke stesen bas yang berhampiran.

Selesai sahaja memenuhi keinginan mereka di gerai mamak,Kamal dan Taha pulang ke rumah mereka.Pasti adda yang menanti kehadiran mereka.Masing-masing diam membisu di sepanjang perjalanan pulang.Seolah telah terbayang apa yang bakal terjadi.

Sebaik sahaja Kamal melangkah masuk ke dalam rumah.Pak Abu yang telah lama menanti bangkit merenung tajam ke arahnya.

"Baru sekarang kau nak balik.Dah dua jam aku tunggu kau balik!"Herdik Pak Abu.Kamal memandang wajah tua ayahnya tanpa secalit rasa bersalah.Memang dia marah dengan sikap ayahnya.Semuanya berpunca dari Pak Abu.Kamal membiarkan Pak Abu sendirian di ruang tamu,dia menuju ke kamarnya.Namun langkahnya terhenti takkala Pak Abu bersuara lagi.

"Ayah nak mulai sekarang kau bantu ayah uruskan rumah inapan tu.Bukan duk kejar si Damia tu lagi.Dia bukan dari kalangan yang sesuai dengan kita.Faham!"Tinggi nada Pak Abu .Hatinya memang sakit bila Kamal tidak menghiraukan arahannya.Kamal segera berpling dan merenung tajam ayahnya persis merenung musuh.

"Kamal tetap dengankeputusan kamal!Walau apa pun yang berlaku!"Balas kamal dengan nada perlahan tetapi tegas.Sebaik sahaja berkata dia berlalu ke luar rumah dan menaiki motor.Hatinya terasa amat panas dengan kata-kata Pak Abu.Panggilan Pak Abu tidak lagi disahut dibalas pula dengan deruan enjin motornya.

Pak abu menetap bibir menahan marah.Tidak disangka Kamal begitu degil,sukar untuk mendengar kata.Dia menghempaskan daun pintu melepaskan marah.

Kamal bersiar-siar di kawasan kampung menghilangkan rasa rindu akan suasana kampung.Motornya dipandu dijalan yag sering dilalui sebelum ini,hatinya bagai dicucuk jarum kerinduan untuk menatap wajah yang mencuri hatinya.selama berada dalam tahanan,dia hanya mampu membayangkan dan mimpikan Siti Damia.Tetapi kini,peluangnya sudah terbuka luas.Kamal tersengih melihat rumah gadis idamannnya.Akalnya mula menyusun strategik baru.Pastinya kali ini hajat untuk memiliki Damia akan tercapai.Dia nekad.

"Tunggu abnag Kamal,sayangku Mia."Bisik Kamal perlahan dan berlalu pergi.

******

"Mia masak apa tu?,wangi sangat bau satu rumah."Tegur Pak Samad.

"Pak Samad ini terkejut Mia tau.Mia masak asam pedas ikan pari,"Jawab Damia.

"Pak Samad nak mandi dulu,Nanti kita makan sama-sama."Balas Pak Samad.

"Baiklah Pak Samad,Mak Nani kat mana?"

"Ada ni."Sergah Mak Nani membuatkan suaminya dan Damia ketawa.Pak Samad dan isteri baru pulang dari kebun pisang.Mereka selalu kelihatan bersama walau kemana sahaja.Sejak kehadiran Damia dalam rumah mereka seperti memberi cahaya baru.Selama ini mereka hidup berdua sahaja tanpa kehadiran cahaya mata.Siti Damia sudah dianggap seperti anak kandung.

Tengahari itu mereka menjamu selera di pangkin bawah pokok mangga.Pak Samad menanti di situ.Dami membawa dulang berisi makanan sementara Mak Nani membawa jug berisi minuman dan tiga gelas.

"Jom kita makan."Ajak Damia.Pak Samad dan Mak Nani senyum melihat gelagat Damia menghidangkan makanan.Tiga bulan berlalu,Damia kini sudah mampu mengukir senyuman walau di dalam hati masih ada luka yang belum sembuh.Mereka bergurau,berbual sambil menikmati hidangan tengahari itu.Selesai makan,Damia dan Mak Nani mengemas makanan dan membawa masuk ke dapur.

"Mak Nani,selepas asar ini,Mia nak ke kubur mak."Damia bersuara sambil tangannya lincah membasuh pingan.Sudah dua hari dia tidak ziarah pusara ibunya.Terasa rindu dihatinya.Mak Nani memandang Damia,senyuman diukir dibibir tuanya dan mengangguk kepala.

"Boleh Mia,Nak mak nani temankan tak?"

"Tak mengapa.Mia pergi sendiri.Nanti rindu pulak Pak Samad,"Usik Damia.Pantas Mak Nani hadiahkan cubitan manja di lengan Damia.

"Aduh! sakitnya."Jerit kecil Damia.Manja.Mereka ketawa bersama.

"Apalah Mia ni,suka mengusik Mak Nani tau.Buat malu tau."Balas Mak Nani gaya merajuk.

"Ala Mak Nani sayang,janganlah merajuk.Betulkan Mia cakap,Pak Samad mesti cari isteri kesayanganni kan."Pujuk Damia sambil mencuit hidung ibu angkatnya.

"Amboi...riuhnya korang.Nani mana kopi saya?"Pak samad menjenguk ke dapur.Telah menjadi kebiasaan Pak Samad menghirup kopi panas selepas makan.Damia dan mak nani saling berpandangan antara satu sama lain.

"Hah!kan Mia dah cakap,tu Pak Samad dah cari."Kata Damia sambil ketawa melihat Mak Nani.Pak samad terpinga-pinga tidak mengerti apa yang dibualkan oleh mereka.

"Salah cakap ke aku ni."Detik hatinya sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

Petang yang mendamaikan,Damia mengayuh basikal menuju ke tanah perkuburan Kampung Sena.Setibanya disana,Damia berjalan menuju ke pusara ibunya.Dia memberi salam,mambaca surah yasin dan berdoa agar roh ibunya di tempatkan bersama golongan yang beriman.Damia menyirami pusara ibunya dengan air mawar yang dibawanya.Pokok bunga yang ditanam di atas pusara itu tampak segar membesar.Dia membersihkan kubur ,mencabut rumput-rumput liar yang mulai tumbuh.Lama dia duduk,sesekali dia megusap batu nisan.Rasa rindu pada Mak Ana mencengkam jiwa mudanya,airmata mulai bertakung dalam kolam matanya.Dirasakan seperti saat ini dia sedang berdepan dengan jasad ibu,senyuman yang terukir di wajah bonda tercinta seolah mengubat rindu yang membelenggu jiwanya.Rindu yang amat memeritkan.

"Mak,Mia rindukan Mak,maafkan Mia mak.Mia kan sentiasa doakan mak."Kata Damia sambil mencium batu nisan,dibayangkan dia sedang mencium dahi ibunya.Selang beberapa ketika,Damia pulang kerumah.

"Pasti Mak Nani dan Pak Samad risaukan aku."Detik hatinya.Damia mempercepatkan kayuhan.Seperti yang diduganya,Mak Nani menantinya di pangkin.Melihat Damia pulang mengayuh basikal,Mak nani tersenyum lega.Dari tadi dia risaukan keselamatan anak angkatnya.Damia membalas senyuman Mak Nani.

"Amboi,manisnya senyuman Mak Nani,tergoda Mia tau.'Usik Damia.

"Isk,macam-macamlah Mia ni,dah pergi mandi cepat.Dah nak maghrib ni."Balas Mak Nani.Makin dilayan semakin menjadi-jadi usikan Damia.Anak gadis itu pergi ke bilik mengambil tuala dan menuju ke bilik air.Mak Nani panaskan lauk,goreng telur untuk lauk tambahan mereka malam ini.Pak samad telah pergi ke surau.Seperti kebiasaan Pak samad akan solat berjemaah di sana.

******

Ketukan dipintu mengejutkan Adam Harris dari lamunan.Dia binggung akan mainan mimpinya yang hadir setiap malam.Wajah yang sama menganggu lenanya.Teringat bait-bait lagu allahyarham Sudirman 'milik siapakah gadis ini'.Tersenyum Adam sendirian.

"Masuk Suzie,"Suzie melangkah masukmembawa secawan kopi kegemaran Tuan Adam.Rutin Suzie setiap pagi.Selesai sahaja memberitahu agenda sepanjang hari ini,Suzie melangkah pergi sebelum itu sempat Adam berpesan padanya.

"Ingat Suzie,Linda datang,cakap saya tak ada.Meeting di luar."Tegas nada Adam.Suzie mengangguk kepala tanda memahami arahan majikannya.Sempat dia memandang wajah tampan berjambang Adam Harris.

"Harap-harap Linda tidak datang hati ini."Detik hatinya sambil meneruskan kerja.

Adam menghirup minumannya sambil membaca akhbar.Hari ini dia ada pertemuan dengan wakil dari Melaka.Besar harapannya agar pertemuan kali ini berjaya.Syarikat SINDORA CORPORATION sdn bhd banal melebarkan sayap ke bidang pelancongan.Projek resort di Melaka bakal menaikkan lagi nama syarikatnya.Selesai membaca akhbar,Adam melihat jam.

"Sempat lagi ni."Detik hatinya.Bingkas Adam bangun menunaikan solat dhuha.Memohon rezeki dari Allah swt dan selesai berdoa ,dia duduk seketika.Hatinya berdebar-debar mengenangkan wajah itu.

"Ya Allah,tunjukkan aku maksud rahsiaMU ini,"Bisik Adam.Tiba-tiba dia teringat Baba Bakar.Sudan lama dia tidak bertemu,hatinya rindu mendengar kata nasihat dari ayah angkatnya. Telefon dicapai dan nombor Baba Bakar didail.Selesai bercakap dengan Baba,hatinya melonjak gembira.Agenda hujung minggu sudah tersedia.Adam bersiap sedia untuk perjumpaan yang banal berlangsung sebentar lagi.

******

Alhamdulillah papa,projek Melaka menjadi milik kita,"Kata Adam Harris kepada Dato Ridhwan.Papa tersenyum bangga dengan pencapaian anaknya.

"Bagus Adam."Puji papa sambil menghirup air kopi.Malam itu anak beranak ini duduk di tepi kolam sambil berbual.Mama dari tadi mengangguk kepala sambil tersenyum jua.Adam telah banyak berubah.Semakin matang dalam menguruskan hal berkenaan syarikat.

"Mama,papa minggu ni Adam ke Melaka.Nak tinjau tapak projek kita dan Adam nak jumpa baba dan mak.Lama Adam tak jumpa mereka."Kata Adam tanpa memandang wajah orang tuanya.Pandangannya tertumpu dipermukaan air kolam dihadapannya.Sebenarnya dia tidak mahu orang tuanya tahu apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.Sementara itu mama dan papa berpandangan antara satu sama lain.Dato Ridhwan memandang anaknya .

"Pergilah Adam,baik kamu pergi awal pagi takut Linda datang kacau pulak."Usik mama.Mereka bertiga gelak bersama.Spontan wajah Aam bertukar rona.menahan malu diusik mama.

Dato Ridhwan dan Datin Suri yakin pasti ada sesuatuyang sedang mengnggu perasaan anak mereka.Selalunya jika Adam begini,pasti dia akan bertemu Bakar.Mereka akur sejak Adam berkenalan dengan Bakar,banyak perubahan positif yang berlaku pada diri Adam Harris.

"Oklah mama,papa.Adam balik dulu ye.Besok sarapan Adam datang ok."Kata Adam.Dia bersalaman dengan orang tuanya dan bergerak pulang ke kondo.

"Abang,ada call Bakar tak?.Kenapa Adam nak jumpa Bakar?"Tanya Datin Suri kepada suaminya.

"Entahlah Suri,abang pun tak pasti.tapi adalah tu halnya."Jawab Dato Ridhwan.Dia bingkas bangun dan masuk ke dalam rumah,cuba mengelak darai disoal isterinya. Datin Suri mengekori dari belakang dengan rasa tidak puas hati.Sebolehnya dia ingin tahu jika anaknya benar-benar mengalami masalah.Atau mungkinkah Adam telah bersedia untuk berkahwin?Dia sudah ada pilihan sendiri?Atau sudi menerima Linda?.Datin Suri mengeluh kerana dia sendiri tidak pasti apakah yag membelenggu fikiran Adam saat ini.

******

Hari yang dinantikan telah tiba,selesai bersarapan di rumah mama.Adam Harris memandu kereta jaguar XF hitam kesukaanya.Nasibnya baik kerana Baba Bakar masih berada di Melaka.Sudah menjadi kebiasaan warga emas ini menghabiskan masanya dengan menjalani kerja dakwah.Menurut kata baba kemarin,hari ini dia akan berada di Tengkera.Malam ini ada majlisi ilmu,majlis yang sangat dirindui Adam Harris sejak berkenalan dengan Baba Bakar.Langkah kanan buat Adam kerana berpeluang untuk menimba ilmu Allah swt.Masih teringat akan kata-kata ayah angkatnya suatu ketika dahulu.

"Orang yang keluar rumah semata-mata untuk mencari ilmu allah swt akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat.seluruh makhluk di daratan,dilautan dan di udara akan turut mendoakan keampunan untuk mereka."Kata- kata ini masih tergia-gia di telinganya. Setiap kali teringat kata-kata ini,hatinya terasa tenang.Adam memandu sambil mendengar radio.Sengaja dia keluar awal,pertemuan dengan Encik Bakri telah diatur pada hari esok.Perjalanan ke Melaka dirasakan terlalu singkat,mungkin disebabkan tiada kesesakkan lalulintas.Adam meneruskan pemanduan ke Tengkera setelah melepasi tol Ayer Keroh.Dia tiba tepat jam 12.00 tengahari di perkarangan masjid yang dikhabarkan baba Bakar.Setelah mematikan enjin kereta,Adam keluar dari kereta dan mencari -cari kelibat ayah angkatnya.Dari dalam masjid,Adam nampak baba Bakar melambainya.Adam mengukir senyuman.Melihat wajah tua baba,hatinya berasa tenang.Terubat rindunya,mereka berjabat tangan dan berpelukan.Di dalam masjid terdapat beberapa jemaah lain.Mereka saling bersalaman dengan kasih sayang.Adam sukakan suasana ini.Jauh berbeza dengan kehidupannya yang lalu.Disini tiada perbezaan.Tidak kira siapa,pangkat dan banyak mana harta sekalipun.Semuanya sama disisi Allah swt.Mereka hadir semata-mata kerana menimba ilmu,berkasih sayang segalanya kerana Allah swt.Selesai solat zuhor,mereka menjamu selera bersama secara berjemaah.Makan di dalam talam.Selesai makan tengahari,Adam beramah mesra dengan ahli jemaah yang lain.

Malam itu selepas solat maghrib,ada majlis ilmu.Adam mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Razak.Kata baba Bakar ,Tuan Haji orang lama dalam usaha agama di Melaka.Adam terkesan dengan kata-kata penceramah,berkenaan iman.Dia tertarik dengan cara penyampaian Tuan Haji Razak dalam mengulas soal hati serta keyakinan terhadap Allah swt membuatkan Adam khusyuk mendengar.

“Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu menjadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar akan kesalahan tersebut.Demi Allah,jika ada rezeki untuk seseorang hamba dalam batu besar yang licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya dapat disampaikan rezeki tersebut kepadanya.Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yang Allah swt bawakan kepada kalian.Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu.Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagiaan dalam masyarakat manusia dan akan tersebar kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah.”Begitulah antara kata-kata Tuan Haji Razak yang sempat dicoret Adam dalam notanya.Selesai solat isyak,para jemaah akan makan bersama dalam talam.Berbicara tentang kisah-kisah para sahabat,pengalaman khuruj di negara luar.Segalanya berkisar tentang agama.Subhanallah,indahnya islam.Berhimpun,bersama walau seketika tanpa mengenal rapat,berkasih sayang semata-mata kerana Allah swt.Sewaktu di Kuala Lumpur jika ada kesempatan Adam akan pergi ke markaz Sri Petaling untuk merasai,mendalami ilmu Allah swt.

“Adam,dah lewat ni,nak balik hotel tak?”tanya baba Bakar .
“Emm,Adam rasa nak tidur di sinilah baba.Jangan risau,Adam ada bawa kelengkapan.”Jelas Adam sambil tersenyum.Panggilan ‘baba’telah lama digunakan,bagi Adam Harris baba Bakar sudah seperti bapanya.Atas permintaan Adam jua agar mengizinkan dia memanggil baba dan mak.Baba Bakar hanya tersenyum melihat anak angkatnya.Adam jua turut tersenyum,memang dia sudah berniat hendak bermalam bersama jemaah di masjid.Dalam masa yang sama dapatlah dia luangkan masa bersama ayah angkatnya.

“Baba,saya ada benda nak tanya?”kata Adam memulakan bicara.

“Tanyalah Adam,Insyaallah baba sedia mendengar,”jawab baba Bakar lembut.

“Mimpi itu datang lagi,kali ini hampir setiap malam.”Kata Adam sambal mengurut-urut jambangnya.Matanya memandang wajah tenang baba Bakar.Senyuman terukir di wajah warga emas ini.Membuatkan Adam berkerut dahi.Tak pasti apa yang difikirkan.Salah cakap ker aku bisik hatinya.

“Mungkin sudah sampai jodoh Adam kot,”kata baba Bakar bersahaja membuatkan Adam Harris tersentak.Pakcik Bakar mengusap lembut bahu Adam.

“Adam,mungkin telah tiba masa Adam melepaskan segala kenangan arwah Ayu,baba tahu berat untuk Adam,tapi yakinlah dengan takdir Allah swt.Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.Kita sebagai hambaNYA tiada daya kekuatan untuk menghalang melainkan menerima dengan redha setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita.Dalam hati,katalah semuanya dengan izin Allah swt.Masih ingat lagi tak lagi 6 perkara yang pakcik ajarkan dulu?.”Kata baba Bakar.

“Ingat baba”balas Adam Harris dan menyebutkan satu persatu dengan ringkas.Tenang wajah Pak Bakar mendengar sambil mengangguk kepala.

“Jadi bukalah hatimu Adam.Jika telah tiba jodoh buatmu,buatlah apa yang patut.Mohonlah petunjuk dari Allah swt.Insyaallah,kamu akan dapat jawapannya,”nasihat baba Bakar.Adam tunduk melihat cincin dijarinya.Adakah sudah tiba masa untuk dia melepaskan semuanya?.Matanya mulai berkaca,terasa berat dihati.Terpalit rasa kebimbangan,bagaimana jika penganti tidak seperti Ayu?mampukan dia menyintai wanita lain seperti dia menyintai Ayu?.Malam itu Adam tidur dengan persoalan yang dia sendiri masih menanti jawapannya.Niat dihati hendak bangun bermunajat kepada Allah swt memohon diberi kekuatan,petunjuk maksud mimpinya.Malamnya Adam mimpi lagi,seorang wanita datang kepadanya menghulurkan tangan dan Adam menyambut tangan itu.Wajah wanita itu tetap sama.Adam terjaga dek kerana mimpinya itu.Dia melihat jam,tepat jam 3 pagi.Adam bangun membersihkan diri,berwuduk dan mendirikan solat.Dia menggunakan peluang ini memohon petunjuk kepada Allah swt,semoga segalanya akan terjawab kelak.

Selesai sarapan pagi itu,Adam duduk mendengar majlis ilmu,tenang jiwanya saat ini.Dia nekad ,dia redha akan takdir yang bakal terjadi.Setiap kenangannya bersama Ayu akan sentiasa dikenang sebagai kenangan terindah.Walau terasa sedih di hati,namun dia yakin dengan perancangan Allah swt.Selesai program ,masing-masing berkemas dan pulang ke rumah,ada beberapa kumpulan jemaah yang telah bersiap sedia menyambung kerja dakwah.Terdetik dihatinya ingin berada dikalangan kumpulan seperti itu.Moga Allah swt memilih aku satu hari nanti,detik hatinya.Adam pulang bersama baba Bakar,sepanjang perjalanan mereka, baba Bakar bercerita tentang pengorbanan Nabi saw semata-mata untuk berikan agama kepada kita.Kisah pengorbanan Nabi saw dan isterinya amat menyentuh hatinya.Tanpa disedari,kereta yang dipandunya telah memasuki perkarangan rumah ayah angkatnya.Kelihatan mak Ani setia menanti di muka pintu.

Mereka bersama memasuki rumah.Mak Mariam sudah menyediakan minuman.Adam dan pak Bakar bersama menjamah hidangan yang tersedia di ruang tamu.Baba Bakar dan Mak Ani tinggal berdua,mereka mempunyai dua cahaya mata.Namun Allah lebih mengasihi permata mereka.Keduanya telah meninggal dunia diusia yang masih muda.Adam Harris sudah dianggap seperti anak mereka.jika ada kelapangan,Adam akan melawat mereka di Melaka.Tengahari itu,mereka bertiga menjamu selera bersama.Berselera Adam Harris,sudah lama dia tidak makan masakan kampung.Kebetulan mak Ani memasak menu kegemarannya iaitu asam pedas.Malam itu Adam menetap di rumah keluarga angkatnya.Besok dia harus ke tapak projek,ada beberapa urusan yang perlu dia selesaikan.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience