Bab 33

Romance Completed 51617

Bab 33

Cuaca petang yang kian kelam menandakan hujan bakal turun,Adam merasa sedikit gusar.Kejadiaan yang lepas terus menyinggah ke benak fikirannya.Damia pasti sedang gelisah saat ini.Traumanya pasti akan datang kembali.Adam memecut.Titisan hujan mulai jatuh mengenai cermin keretanya.Bunyi dentuman petir menyahut mengiringi titisan hujan.

Sepantasnya Adam membuka pintu rumah dan mencari Damia.Nafasnya tercunggap-cungap.Dia ke dapur,ke bilik yang pernah diduduki oleh Damia,kosong.Langkahnya ditujukan ke kamarnya.Pintu bilik dibuka perlahan.Dalam mencari nafas baru,dia bersyukur melihat Damia sedang mengaji di kamar membelakanginya.

Mendengarkan bunyi dentuman petir,Damia hampir terkejut hingga membuatkan airmatanya laju mengalir,perasaan yang sama kembali menyergah benaknya.Ketakutan yang sama dirasakan.Tubuhnya mengigil ketakutan. Ayahhhh!!!!!jerit Damia.Adam yang masih di pintu bilik.Segera memeluk isterinya.Sempat dialihkan kitab al-quran ke atas meja sisi katil.Tangan Damia memeluk erat lengan Adam.Tubuhnya mengigil.

"Mia,abang ada ni.Jangan takut.Itu hanya igauan Mia sahaja.Lepaskan semua kesakitan itu sayang.Abang ada disisi Mia."Pelukan semakin erat.Adam meneruskan membisikkan bacaan zikir dan munajat ke telinga Damia.Agar segala kesakitan yang dirasakan isterinya hilang.Tubuhnya yang tadinya mengigil ketakutan dirasakan beransur tenang.Mata Damia tertutup rapat.Bibir bawah digigit rapat. Ahhhh....tolonglah Mia jangan buat macam ni.Abang tak tahan....Aku naik roller coaster hari ni.Adam mengangkat Damia ke atas katil.

"Abang,tolong jangan tinggalkan Mia,Mia takut."Rayu Damia sambil mengeratkan pelukan dilengan Adam.Dia rasa tenang saat Adam membacakan zikir-zikir itu.Adam hanya mampu mengangguk kepala.Pasrah dalam menahan diri atas setiap godaan yang menerjah.Sabar Adam.Belum masanya lagi.Tangan kirinya meraup rambut.Cuba memikirkan hal lain.Di luar,Kuala Lumpur bermandikan hujan lebat.Pastinya jalan raya sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu pulang.Yang bermotosikal pastinya sukar untuk bergerak.Cuaca sejuk begini,bisa membuatkan mata semakin layu.

******

"Mak Wan,Linda balik dulu ye,nanti bagitahu datin.Lagipun hari dah nak hujan ni."Kata Linda dan terus berlalu pergi meninggalkan Mak Wan di dapur.Setelah selesai menemani Datin Suri hingga jam enam petang.Linda mohon diri untuk pulang.Dato Ridhwan hanya menghantarnya dengan pandangan mata sahaja kerana sedang menjawab panggilan telefon.

Linda menyusuri jalan dengan penuh hati-hati.Hujan petang ini semakin lama semakin garang.Bunyi petir dan dentuman kilat sesekali menganggu kosentrasinya.Dia terus memandu menuju ke destinasi seterusnya iaitu pertemuan dengan Fendi.Walaupun baru dua hari tidak bersua muka,rindunya semakin memuncak.

Sambil memandu,dia membayangkan dirinya di dalam rangkulan hangat Fendi.Pastinya semuanya tampak indah.Senyuman terukir dibibir.Pastinya kekasih gelapku sedang menantikan diriku.Linda monolog sambil meneruskan pemanduan membelah jalan yang basah dimandikan hujan.

******

Bunyi deringan telefonnya mengejutkan dirinya dari lena yang tenang.Disisi kelihatan masih lena si isteri berbantalkan lengannya.Adam perlahan-lahan mengalihkan kepala Damia.Panggilan dijawab.Mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh si pemanggil.Hujung bibir Adam tertarik naik keatas,kepalanya diangguk--angguk tanda faham dengan apa yang disampaikan.Setelah selesai semuanya,Adam bangkit menuju ke bilik air.Malam ini dia perlu hadiri satu lagi pertemuan penting.

Damia membuka mata perlahan,matanya mencari kelibat suami.Bunyi pancuran air,menyatakan di mana suaminya berada.Damia yang masih bermalasan di atas katil sesekali menggulingkan tubuhnya ke kanan dan kekiri.Merenggangkan urat saraf.Bunyi pancuran air tidak lagi kedengaran,Damia segera diam kaku,matanya dipejamkan kembali.Pura-pura tidur.Adam melangkah keluar dari kamar mandi dengan hanya memakai tuala dari paras pinggang ke bawah bergerak ke ruang persalinan.Damia mengintai dari hujung matanya yang terbuka sedikit.Hati kecil memuji ketegapan tubuh badan suaminya.

Dirasakan seperti diperhatikan,Adam menoleh ke arah katil,dia tersenyum melihat Damia cuba melelapkan mata.Pura-pura tidak sedar apa yang sedang dia lakukan.Mia nak kene ni.Kejap sayang,abang datang kejutkan.Selesai berpakaian,Adam berjalan ke arah katil.Belum sempat Damia berbuat apa-apa,ubun kepalanya terasa hangat.Ciuman hangat Adam membuatkan Damia tidak terdaya berlakon lagi.Segera matanya terbuka,tubuh yang tadinya manja berbaring terus bangun duduk.Bantal yang menjadi tempat kepalanya bermanja dijadikan sebagai perisai jika Adam mula bertindak lebih ganas.Kekuda mula dipasang.

Pandangan tajam Adam melihat isterinya tanpa berkelip.Bibir senyum manis.Ala hati,janganlah cair lagi,nanti dia terkam.Hati Damia mula berbelah bagi.Lebih baik aku bangun,sebelum benda lain pulak yang terjadi.Damia bingkas bangkit meluru ke bilik air.

Diluar hujan masih tidak berhenti menyirami bumi walau tidak selebat awalnya.Bunyi petir dan kilat tidak lagi kedengaran.Adam memerhatikan dirinya di cermin,sementara menanti Damia keluar dari bilik air,dia membelek telefon.Segala info terkini berkenaan saham dibacanya.Kedengaran pintu bilik air dibuka,Adam melihat isterinya dari hujung matanya.

"Mia,abang nak keluar sekejap.Mia ada nak pesan apa-apa tak."

"Tak ada abang.Malam ni abang makan di rumah tak?"

"Rasanya tak.Abang makan di rumah mama."

Damia hanya menganggukkan kepalanya.Hendak cakap atau diam sahaja.Dia perlukan masa untuk berbicara tentang hal itu.Takut jika tidak kene pada masanya,Adam mengamuk.Lebih baik diam dahulu.Setelah menghantar Adam Harris,Damia duduk seketika di sofa.Memandang sekeliling.Terasa bosan pulak.Emmm...apalah aku nak buat ni.

******

Meor dan Lan sedia menanti ketibaan Tuan Adam Harris.Setiap arahan yang diberikan pasti dilaksanakan dengan berjaya.Kali ini,pastinya akan memuaskan hati majikannya.Segala bahan bukti telah pun diperolehi.Dari jarak dua ratus meter,kelihatan Adam Harris sedang berjalan ke arah mereka.Segak dengan berpakaian seluar jeans biru,berbaju t-shirt putih dipadankan dengan jaket hitam tanpa dizip,berkaca mata hitam dan berkasut Clarks.Meor dan lan segera bangun dan menyambut ketibaan Tuan Adam Harris.

"Macam mana dengan misi terkini?"Tanya Adam sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke atas kerusi yang tersedia di meja meraka.

"Misi berjaya Tuan.Semua bukti kita dah berjaya dapatkan."Balas Lan .Adam Tersenyum puas.Bersiap sedia,pasti tidak lama lagi semuanya bakal terdedah.

"Bagus Meor dan Lan.Job yang lagi satu tu macam mana.Dah dapat detail."

"yang itu,belum lagi.Kami perlukan masa lagi.Sebab kami fokuskan job yang ini."Jelas Meor.Adam mengangguk kepala.Betul juga.

"Ok,saya faham.Jika ada apa-apa info.Terus hubungi saya."Kata Adam lagi.

"Jadi sekarang,kita ikut seperti yang kita rancang ye bos."

"Ya!buat seperti yang dirancang."Arah Adam Harris sebelum mengakhiri pertemuan mereka.Dia perlu ke rumah mama segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience