Bab 29

Romance Completed 51617

Bab 29

Damia melangkah perlahan-lahan menuju ke meja makan.Adam sedang menjamu sarapannya tanpa menghiraukan Damia.Kerusi ditarik tanpa bunyi,punggung dilabuhkan.Damia tidak mampu mengangkat muka apabila berdepan dengan Adam Harris saat ini.Bau wangi nasi lemak sambal paru sedikit pun tidak mengugat selera makannya.Namun untuk menjaga hati Adam,Damia memaksa diri menjamah makanan pagi itu.Adam sesekali mencuri pandang isterinya.Hah!malulah tu.

"Mia ok?."Tanya Adam.Sengaja dia bertanya begitu.

Kau rasa aku ok ker dengan apa yang dah berlaku?.Ada pernah rasa sarapan makan penampar tak.Makan diam-diam sudahlah.Marah Damia di dalam hatinya.Hanya membalas dengan anggukan kepala sahaja.

Adam menahan rasa gelihati melihat gelagat isterinya.Muncung sangat mulut tu sayang.Wajahnya yang ditundukkan menyukarkan Adam menatap wajah isterinya.

"Mia,jangan malu-malu dengan abang ok.Kita inikan suami isteri.Biasalah jika berlaku seperti tadi.Mia jangan risau,abang masih boleh bertahan lagi.Cuma jika lepas ini abang tak jamin tau."Kata Adam membuatkan wajah Damia kemerahan menahan malu dan marah.Marah dengan diri sendiri dan marahkan mulut Adam yang tidak berlapik itu.Terlalu terbuka bicara suami.

"Sudahlah abang,Mia tak mahu bincang lagi hal ini.Biarlah apa yang sudah berlaku."Balas Damia lembut dengan harapan Adam tidak lagi mengusiknya.

"Eh,mana boleh biarkan.Mia hampir buat abang tergoda tau.Mujur iman abang masih kental."Adam masih tidak mahu mengalah.Kental konon!Sudahlah Adam.Iman kau pun senipis tisu tadi.Kali ini hati sendiri mengutuknya.Damia malas hendak menyambung perbincangan yang semakin memanaskan hatinya.Setelah selesai makan,dia segera meninggalkan Adam sendirian.Adam tersenyum memandang isterinya.Sungguh pemalu gadis kampung ini.

******

Yanti sedang mengisi sarapan Datin Suri ke dalam dulang untuk dibawa ke tinggat atas.Bermula rutin hariannya menguruskan Datin Suri.Dia bertuah kerana majikannya tidak banyak kerenah.Dia kagum melihat semangat juang Datin Suri yang sentiasa berusaha untuk pulih.

Awal pagi dia membawa Datin Suri ke halaman rumah yang berumput untuk Datin Suri terapi kakinya. Embun pagi yang bersisa di rumput sangat elok untuk kakinya.Gigih datin lakukan setiap hari tanpa lelah.Yanti sentiasa bersemangat membantu majikannya.Ditambah pula layanan dato dan datin serta ahli rumah itu tidak pernah mengecewakannya.Dia bersyukur ditemukan dengan majikan yang amat baik begini.Cuma yang merunsingkan dirinya adalah bakal menantu datin.Sejak peristiwa malam itu,Yanti semakin berhati-hati.Bimbang jika dia diancam lagi.

"Yanti,bawa saya ke dapur.Saya mahu bersarapan disana.Bosan asyik duduk dalam bilik ini sahaja."Pinta Datin Suri sebaik sahaja Yanti masuk ke kamarnya membawa sarapan.

"Tapi saya udah bawa makanan buat datin."

"Tak mengapa Yanti,panggilkan dato.Bagitahu saya mahu turun."

"Baik Datin."Balas Yanti sebelum keluar dari kamar Datin Suri.Pagi itu Datin bersarapan bersama suaminya.

"Suri,Abang dah panggil kontraktor untuk datang hari ini."Dato Adam mula berbicara.

"Untuk apa abang.Abang ada nak ubah suai rumah kita?.Suri tak tahu apa-apa pun."Ada nada merajuk.Dato Ridhwan melirik senyuaman melihat isterinya.

"Abang nak buat lif,mudah untuk kekasih hati abang ini."Pujuk Dato Ridhwan sambil mencuit hidung mancung isterinya.Datin Suri menatap wajah suaminya tanpa berkelip mata.Sungguh dia terharu dengan kesungguhan dan keprihatinan suami terhadapnya.Tangan kanannya mengenggam erat tangan Dato.

"Terima kasih abang,sanggup bersusah payah untuk Suri.Maaf jika Suri ada menyinggung hati abang."

"Jangan begitu sayang,abang memang dah lama fikirkan hal ini,bayangkan masa kita dah tak larat nak naik tangga,kan mudah bila ada lif."Jelas Dato Ridhwan.Sebolehnya dia tidak mahu hati isterinya terguris.Bukan begitu niatnya.

"Baiklah abang,Suri tahu abang akan lakukan yang terbaik untuk kita semua."Balas Datin Suri sambil menghadiahkan satu senyuman manis buat si suami.

******

Selesai urusan di pejabat,Adam memecut kereta menuju ke villa Dato Ridhwan.Sempat dia hubungi Damia menyatakan kelewatannya.Dalam perjalanan Adam Harris singgah membeli barangan yang dipesan oleh mama.Kebanyakkannya makanan.Pasti mama teringin makan ni,mujur apa yang dipinta mudah dicari.

Keretanya memasuki perkarangan villa.Sebaik sahaja Adam memasuki ke dalam rumah.Kebetulan Yanti berada diruang tamu bersama Datin.Dilihatnya kedua mereka sedang berbual.Itulah Datin Suri,tidak memilih bulu.Mudah bergaul dengan sesiapa sahaja namun tetap menjaga batasan.Adam bersalaman dengan mama dan menyerahkan makanan yang dipesan mama kepada Yanti.

"Macam mana mama hari ini?"Tanya Adam sebaik sahaja melabuhkan punggung ke atas sofa empuk.

"Alhamdullilah,mama ok.Baru lepas kene urut dengan Yanti."Jelas Datin Suri.Setiap pagi dan petang,Yanti akan mengurut kakinya untuk melancarkan saraf-sarafnya.Adam mendengar coloteh mama.

"Amboi dua beranak ni berbual,sampai lupa papa kan."Tegur Dato Ridhwan membuatkan Datin Suri dan Adam Harris ketawa serentak.Yanti membawa makanan yang dibeli oleh Adam untuk mereka jamu petang itu.

"Suri yang pesan kuih ini ye."

"Abang jangan marah tau.Suri teringin sangat nak makan.Suri janji tak makan banyak."

"Ala papa,bagilah mama rasa sikit,lebih tu kita berdua yang makan."

"Ooo,papa dan anak buli mama ye,takpe mama tak nak makanlah."

"Janganlah merajuk mama,saja mengusik manja."Pujuk Adam.Petang yang redup itu dinikmati mereka sebaiknya.Jarang dapat peluang begini.Dato dan Adam sempat lagi bercerita tentang hal kerja,sesekali Datin Suri mencelah.Menjelang maghrib,Adam berangkat pulang ke kondonya.

******

"Kau nekad Kamal!.Bukan ayah kau sudah bagi amaran ke?"Tanya Taha.Risau dengan rancangan gila Kamal kali ini.Tak sanggup lagi membayangkan kehidupan di dalam penjara jika kali ini rancangan mereka gagal.

"Aku masih fikirkan.Cuma sekarang ini aku nak tahu dimana Mia.Selebihnya selepas itu."Hatinya masih belum puas.Selagi dia tidak tahu kemana Mia.Biarpun telah berlalu masa tidak mungkin dia dapat putarkan kembali.keinginan nan satu itu tetap jua dia ingin kecapi.

Jika hendak bertanya sendiri kepada Pak Samad atau Mak Nani,pastinya tiada jawapan yang dia bakal perolehi.Berbulan dia cuba mencari jawapan namun hampa.Jika tiada pilihan dia terpaksa bertindak sekali lagi.Asalkan dia tahu dimana Damia berada.Tak kisahlah sudah bersuami atau tidak.Kali ini jika bertemu,dia pasti tidak akan lepaskan.Rindu telah lama bertukar menjadi dendam!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience