Bab 49

Romance Completed 51617

Bab 49

Hari penentuan...

Linda mengadap cermin merenung sedalamnya.Perlukah aku ikut rancangan Adam?.Tiga hari yag lalu penat otaknya memikirkan cara untuk meneruskan pernikahannya dengan Adam Harris.Namun dia tidak ketemu jalan.Akhirnya dia kembali ke Kuala Lumpur dengan pasrah.Tapi pagi ini,dia masih buntu untuk memulakan segalanya.Bagaimana dia ingin katakan depan Datin Suri?Dengan mummy dan daddy?.Argghhh...Adam!.

Jam menunjukkan pukul dua belas tengahari,telefonnya dari dari berbunyi tanda mesej diterima.Dia pantas mengambil dan melihat mesej.Linda tersenyum kelat.Aku tahulah nak buat kerja .Kau tak perlu nak ugut aku,Adam!.Dia bingkas bangun bersiap.Kejap lagi aku sampai Adam!.Tunggulah.Detik hatinya.

******

Adam kelihatan seperti ibu kucing kehilangan anak.Dari tadi kehulu ke hilir.Entah apa yang dicarinya.Datin Suri yang sedang membantu Damia mengubah hantaran semakin rimas melihat anaknya.

"Kenapa ni Adam?.Dari tadi mama tengok tak duduk diam."Tanya Datin Suri.Damia disisinya seperti berada di dunia yang lain.Tenggelam dalam dunianya.Pergolakan dalaman yang menghanyutkan dia jauh dari keadaan di depannya.

"Errr,tak ada apa mama.Adam ok."Balas Adam,matanya sempat mencuri pandang isterinya.Seperti biasa,Damia seperti melancarkan perang dingin kepadanya.Sudah beberapa hari dia bersikap begitu.Sabar sayang,kejap lagi semuanya akan terjawab.Abang nak Mia tahu yang abang betul-betul sayangkan Mia.

"Assalamualaikum."Kedengaran suara yang ditunggu memberi salam.Adam cuba berlagak biasa,walau dihati melonjak bahagia.Datin Suri menjawab salam Linda,dan mempelawanya masuk.Senyuman bahagia diukir di bibirnya.Damia terkejut melihat Linda.Hatinya berasa tidak tenteram.Melihat pandangan Linda padanya,hatinya menjadi takut.

"Marilah Linda,tengok ni Mia tengah siapkan gubahan."

"Wah,cantiknya auntie."Kata Linda sambil menjeling kepada Damia.Antara mereka ada sesuatu yang masih belum selesai.

"Bila Linda balik?"

"Semalam,Linda bercuti dengan kawan-kawan.Sebelum majlis."Kata Linda cuba berlakun.Adam yang mencuri dengar perbualan mereka mencebik.Kawan-kawanlah sangat.Perempuan tak tahu malu!.

Damia bangun menuju ke dapur untuk menyediakan minuman buat tetamu merangkap bakal madu.Sabar wahai hati.Allah ada.Pujuk Damia sendirian.Langkahnya terhenti bila terserempak dengan Adam.Namun dia tidak mahu bertentang mata dengan Adam saat ini.Pasti Linda sedang memerhatikannya.

"Mia,tunggu abang."Kata Adam perlahan.Tidak mahu sesiapa mendengar.Malangnya Damia terus berlalu ke dapur.Adam Harris semakin hilang sabar.

Tangan Damia direntap hingga membuatkan Damia hampir menjerit kesakitan.Damia segera berpaling,wajahnya berubah menjadi merah.Menahan marah.Adam jua begitu.Sama-sama menahan marah.

"Kenapa buat begini."Tanya Damia dengan nada marah,namun suaranya perlahan.

"Kenapa?.Sakit tangan tu."Balas Adam sambil mencebiknya.Damia mengetap bibir menahan marah.Dia menarik nafas panjang.Cuba menenangkan diri.Ada kerja yang dia perlu lakukan saat ni.Lagipun keadaan tidak mengizinkan dia bercakap lebih lama dengan Adam.Bimbang jika Linda muncul tiba-tiba.

"Abang,tolonglah pergi dari sini.Biar Mia buat kerja Mia.Abang pergilah layan bakal isteri abang tu.Mesti abang rindukan dia kan."Kata Damia perlahan,ada sendu dalam pertuturannya.Dia cuba menahan airmata dari jatuh.Dia tidak mahu Adam melihat dia begitu lemah walaupun hakikatnya dia sudah hampir tewas.

"Kenapa abang mesti layan dia,sedangkan sepatutnya abang layan Mia.Dia hanya tunang.Tapi Mia tu isteri abang."Balas Adam.Dia jua tidak mahu kalah.Seperti biasa ego lelakinya masih tinggi melangit.Damia mengeluh panjang.Semakin dia melayan ,pasti dia juga yang sakit hati.

Isteri!!!!!.Linda terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Adam.Tak disangka rupanya Adam merahsiakan sesuatu yang amat besar.Tak sia-sia dia mengekori Damia.Hajat hati dia ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada Damia.Namun kini,bukan sahaja tidak puashati malah dendam yang dalam telah terbina khas buat Damia.Tunggu Damia.Aku akan pastikan kau menyesal.Adam!jangan ingat aku akan ikut segala telunjuk kau.Sekarang kau tunggu permainan aku.Linda segera melangkah ke ruang tamu.Dia cuba berbuat seperti biasa.

******

"Linda jemputlah minum dulu.Mia temankan Linda sekejap.Saya nak ke atas sekejap."Ujar Datin Suri.Damia mula kecut perut.Linda tersenyum bermakna.

"Adam,tolong mama sekejap."Datin Suri memanggil Adam.Dari arah dapur,Adam muncul.Pandangannya tertumpu kepada Linda.Sempat dia memberi isyarat kepada Linda dan dibalas dengan anggukan.Adam menemani Datin Suri ke tingkat atas.Meninggalkan Damia bersama Linda ibarat meletakkan kambing di dalam kandang harimau yang sedang kelaparan.Adam memerhatikan dari atas.

"Adam,tolonglah mama ni."Pinta Datin Suri membuatkan Adam terpaksa akur.Linda hanya memerhatikan dari bawah,setelah kelibat Adam menghilang.Dia pantas bangkit dan duduk bersebelahan dengan Damia.Sangat rapat.Hingga kaki kanan Damia terasa sakit dihimpit oleh Linda.

"Sakit ke?"Tanya Linda selamba.

"Err,Linda apa khabar?"Tanya Damia.Cuba menahan rasa.Rasa sakit di kaki ditahan.Tangannya masih sibuk mengubah bunga untuk dihias di dalam dulang.Linda merasa sakit hati.Terus merampas bunga di tangan Damia.Tangan yang tadinya memegang bunga digenggam sekuat hatinya.Berubah muka Damia menahan sakit.Dia cuba menarik tangannya,namun semakin kuat Linda mengengam.Damia melihat wajah Linda yang telah terbit api kemarahan.

"Linda,tolonglah lepaskan,sakit tangan Mia ni,"Rayu Damia.

"Hati aku lagi sakit!lama aku tunggu saat ini.Siapa kau untuk hancurkan impian aku!."Bisik Linda perlahan.Damia semakin takut.Adakah Linda sudah tahu tentang statusnya.

"Sejak bila kau dan Adam bernikah?.Kau perangkap dia kan."Tuduh Linda lagi.Damia tidak mampu menahan airmatanya dari gugur.

"Tolonglah Linda,saya merayu.Lepaskan tangan saya."

"Aku akan buat hidup kau lebih sakit dari ni!"

"Janganlah begini Linda,tiada apa yang perlu Linda takutkan.Majlis bakal berlangsung seminggu lagi.Saya tiada kene mengena."Kata Damia.Airmata yang mengalir,sedikit pun tidak mampu melembutkan hati kering Linda.Dia sempat mencebik Damia.

"Aku nak kau pergi dari sini sebelum aku berkahwin.Aku nak Adam menjadi milik aku seorang.Aku tahu siapa kau untuk dia.Jika kau nak Adam selamat.Lebih baik kau pergi jauh dari hidup dia."Linda mula mengugut Damia.

"Baiklah,saya akan cuba.Berikan saya sedikit masa."Balas Damia.Dia tidak sanggup melihat sesuatu terjadi kepada suaminya.Demi keselamatan Adam,dia sanggup mengalah.Biarlah dia pergi.Linda tersenyum puas.Dia melepaskan tangan Damia.Segera Damia bangun meninggalkan Linda.Tangannya merah diurut lembut.Damia melangkah laju ke kamarnya.Pada masa yang sama,Adam dan Datin Suri turun melalui lif.

"Oh,auntie,Linda balik dulu ye,dah terlewat ni."Kata Linda sebaik sahaja Datin Suri tiba.Adam tergamam melihat Linda yang berlalu pergi setelah bersalamam dengan Datin Suri.Damia mana?

Linda berpuas hati dengan apa yang telah terjadi.Walaupun dia masih terkejut,namun dia tetap gembira dengan janji Damia.Adam!Aku akan pastikan kau menjadi milikku.Aku akan pastikan!.Bunyi deringan telefon tidak dihiraukan.Dia tahu siapa yang menghubunginya saat ni.Biarkan...Linda ketawa sekuat hatinya di dalam kereta.Aku ada plan yang terbaik.Kali ini kau tidak akan ada pilihan lain selain dari berkahwin dengan aku.Ini janji aku!Katanya dalam hati.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience