Bab 5

Romance Completed 51617

Bab 5

Pagi itu Adam keluar awal tanpa sempat bersarapan di rumah.Katanya hendak bersarapan di rumah mama.Damia mengemaskan rumah seperti rutin hariannya.Dalam masa yang sama hatinya tidak keruan dari malam tadi.Berkali-kali dia mendail nombor Mak Nani namun tetap tiada jawapan.

“Apalah yang terjadi ini?.”Bisik hatinya sendirian.Damia merebahkan diri di atas sofa empuk menghilangkan lelah.Tangan kanan di letakkan di atas dahi,matanya memandang kipas di silling yang ligat berputar.Dari dalam bilik,kedengaran telefonnya menjerit pinta dijawab.Pantas Damia bangkit berlari mendapatkannya.

“Pasti Mak Nani ni.”Katanya tanpa melihat nama di skrin.

“Assalamualaikum Mak Nani.”Kata Damia memulakan perbualan.

“Waalaikumussalam.Ni aku lah.”Jawab si pemanggil dengan nada agak tegas.Suara yang saban hari didengari sejak dia mendiami kondo ini.Berubah wajah ceria Damia setelah mendengar suara itu.Namun dia cuba menahan rasa lagi.

“Maaf encik,saya ingatkan Mak Nani yang telefon tadi.”Balasnya dengan nada sedikit kecewa.

“Mata itu dah buta ke?Tak nampak nama aku terpampang dekat skrin telefon kau tu.Atau kau dah tukar nama aku jadi nama Mak Nani jugak.”Balas Adam Harris yang sengaja mencucuk api di hatinya.Terasa panas hati Damia mendengar kata-kata suaminya.Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia mematikan panggilan itu,tetapi mengenangkan natijah perbuatannya,dia terpaksa bersabar melayan kerenah Adam.

“Maaflah encik,kan dah bagitau tadi,saya ingatkan Mak Nani.Maknanya saya tak perasan nama encik di skrin ni.”Jawabnya selamba.Kadang-kadang terpaksa menjawab jua.Hah…ni darah Hang Jebat pulak yang mengalir dalam badanku.Selalu darah Hang Tuah,ikut perintah je.Hati kecil Damia pulak bersuara.

“Sudah jangan nak merapu.Aku telefon ni sebab nak kau siapkan baju aku.Kejap lagi aku datang.Aku kene ke Johor hari ini.Emm,kau pun ikut sekali.”Terang Adam tanpa sempat Damia mencelah.Terkejut pun ada.Tidak pernah sekali pun Adam ni bawa aku pergi mana-mana.Alih- alih hari ini nak bawa ke Johor.Dari pergi Johor lebih baik aku ke Melaka.Spontan Damia menjawab di dalam hatinya.

“Tapi encik,”

“Ah,Tak ada tapi-tapi.Aku bagi masa satu jam untuk kau bersiap.Faham!”Balas Adam Harris dan terus mematikan talian.Damia tidak sempat untuk bersuara.Dia mengetap bibir menahan marah.Adakah perang bakal meletus satu jam dari sekarang?.Damia menghempaskan telefon di atas katil.

“Aku nak balik kampung,kau tak bagi.Alih-alih kau nak angkut aku pergi Johor.Aku taknak!nak balik kampung jugak!”Protes Damia.Airmatanya mulai berlinangan dalam kolam matanya.

******

Adam tersenyum nakal,pasti saat ni Damia sedang membebel seorang diri melepaskan marah.Memang sengaja dia ingin begitu,rancangan yang diatur untuk memberi kejutan kepada Damia haruslah menjadi.Dalam masa yang sama,Adam tidak mahu Damia ambil kesempatan kepadanya kelak.Manalah tahu Damia pun ada agenda lain,beria benar hendak balik ke kampung.

Peristiwa tiga bulan lalu kembali menghantui mindanya,wajah-wajah asing yang memaksanya bernikah menerjah satu persatu.Wajah bengis Pak Abu,wajah sayu Pak Samad.Adakah ada dendam di antara mereka hingga aku dan Damia terheret sama tanpa sengaja?.Persoalan baru yang terbit dalam kotak akalnya.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Adam Harris.Suzie melangkah masuk dengan membawa beberapa fail yang diperlukan majikannya.

“Encik Adam,ini dokumen projek resort di Melaka.”Katanya sambil meletakkan fail di atas meja bertentangan dengan Adam.

“Ok.Terima kasih Suzie.”Balas Adam Harris tanpa melihat setiausahanya.Mata Adam meneliti dokumen projek.

“Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu,Encik Adam?”Tanya Suzie.

“Emmm,tak apa.Awak boleh sambung kerja.Jika ada nanti,saya panggil.”Bicara Adam lembut memandang Suzie.Terukir senyuman Suzie melihat keramahan majikannya dan meninggalkan Adam sendirian di dalam bilik pejabat.

Adam meneruskan kerjanya tanpa menyedari masa pantas berlalu.Ditoleh jam tangan yang telah menunjukkan hampir dua jam berlalu.

“Alamak!.Pasti Damia panas hati tunggu aku.”Kata Adam sendirian.Tangannya pantas mengemaskan meja.Setelah itu dia bergegas keluar,sempat jua dia berpesan dengan setiausahanya.

******

“Dah dua jam aku tunggu.Batang hidung pun tak nampak.”Rungut Damia seorang diri,dia bingkas bangun dari sofa dan melangkah ke kamarnya.Damia merebahkan diri di atas katil empuk melepaskan lelah.

Dari dalam kamar,kedengaran pintu utama dibuka,Damia bingkas bangun membetulkan tudungnya.Pasti Adam suami hati batuku sudah pulang.Detik hati kecilnya.Dia menilik dirinya di hadapan cermin,baju kurung cotton menjadi pilihannya.

“Anak siapalah yang cantik ini?”.Katanya perlahan,terpalit senyuman di bibir mungil Damia.
“Kau tak siap-siap lagi ?”tanya Adam bersahaja.Dia berdiri di luar kamar Damia.

“Sudah,”Balas Damia pendek.Dia ni tak tahu betapa lamanya aku tunggu,rungut Damia di dalam hatinya.Adam sempat mencuri pandang isterinya,cantik dan terserlah keayuannya walaupun hanya berbaju kurung dan sedikit sapuan bedak di wajah.Damia mengenakan baju kurung cotton berwarna kuning cair berbunga kecil,dipadankan shawl krim sudah cukup menyerlah kecantikan asli gadis desa.

“Kenapa encik pandang saya macam tu?.”Soal Damia spontan,dari tadi dia perasan Adam memerhatikan dirinya.

“Mana ada,jangan nak perasanlah.” Balas Adam bersahaja cuba menyembunyikan perasan malu ditegur isteri sendiri.Ego lelakinya setinggi gunung Everest tidak mungkin mudah dilebur dek teguran Damia.

“Dah jom.Nanti lambat pulak sampai”Kata Adam Harris berlalu meninggalkan Damia.Dicapai begnya di ruang tamu dan dibawa keluar.Damia terkedek-kedek mengejar langkah Adam.Setelah pintu dikunci,mereka memasukki lif berhampiran.Masing-masing membisu tanpa namun di dalam hati rancak berbicara.Damia sudah mula menampakkan bibit- bibit peperangan.Dari tadi Adam Harris mencuri pandangnya,melihatkan riak wajah isterinya.Adam tahu Damia marah kerana tidak mengizinkan dia pulang ke kampung.Sebaik sahaja keluar dari lif,Adam melangkah pantas menuju ke keretanya.Langkah Damia longlai,dalam hati masih mengharap belas ihsan suaminya.
“Eh!cepatlah sikit.Johor tu bukannya sebelah bangunan ni.”Perli Adam Harris.Damia memandangnya dengan pandangan yang amat tajam.Perang secara senyap telah bermula.Darah Hang Jebat pantas menyelinap di segenap saluran darahnya.Jika saat ini keris taming sari ada di tangan aku,sudah pasti akan dihunus ke perut Adam Harris biar terburai isi perutnya.Baru dia tahu betapa sakitnya hati aku.Bisik hati Damia,pantas memasuki ke perut kereta tanpa sebarang bicara.Pandangan matanya di lemparkan ke luar.

Adam menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal minyak.Dia memandang keluar,menahan gelak melihat reaksi Damia.Mereka cuba menyembunyikan perasaan masing-masing.sepanjang perjalanan,Damia lebih banyak mendiamkan diri.Sebaik sahaja melepasi tol Sungai Besi,Damia telah lena di buai mimpi.Sesekali Adam menoleh melihatnya.Cuaca mulai mendung,mungkin hujan akan turun sebentar lagi.Untuk menghilangkan kebosanannya,Adam mendengar radio.

******

“Maaf Linda,mama terlupa nak bagitau,Adam tak jadi datang.dia singgah pagi tadi dan bagitahu hendak ke Melaka.”kata Datin Suri sebaik sahaja melihat Linda.Datin merancang pertemuan antara Linda dan Adam,hasratnya hendak meminta kata dua dari Adam.Namun apakan daya,kedatangan Adam pagi tadi menyebabkan apa yang dirancang tergendala.Silap dia juga kerana tidak sempat hubungi Linda.Rasa simpati menerpa dihatinya,melihat riak kecewa di wajah Linda.

“Tak apalah mama,nak buat macam mana,Adam tu kan kuat bekerja,”kata Linda dengan nada sedih.Dia hampa dengan sikap Adam Harris.Dirasai kebelakangan ini Adam semakin dingin dengannya.

“Janganlah merajuk Linda,silap mama terlupa telefon Linda.”Pujuk Datin Suri.Diusap manja bahu Linda.Datin Suri tahu apa yang sedang bergolak di dalam hati Linda.Bertahun menanti untuk meraih cinta Adam.

“Marilah temankan mama minum,”pelawa Datin Suri.Linda melemparkan senyuman dan cuba sembunyikan rasa sedihnya.Kali ini dia akan cuba mencari sebab Adam bersikap dingin dengannya.Selesai minum bersama,Linda meminta izin untuk pulang ke rumahnya.Sebaik sahaja keretanya melepasi pinta pagar Datin Suri,Linda menbcapai telefon dan menghubungi seseorang.Hanya dengan cara ini sahaja dia bisa temui jawapan.Kali ini akan ku pastikan Adam menerima aku sebagai isterinya yang sah.Nekadnya di dalam hati.

******

“Damia,bangun.Sudah hampir sampai,”Adam mengejutkan Damia dari lena.Damia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Dia menoleh ke luar jendela kereta,pantas kelopak matanya membesar.Senyuman terbentuk di bibirnya.Matanya meneroka segenap ruang di sisinya.Pandangan yang dirindui lebih dari tiga bulan lamanya hingga hampir lupa Adam Harris disisi kanan jua memerhatikannya sejak dari tadi.

“Terima kasih encik.saya ingat Encik Adam tak sudi hendak bawa saya ke sini lagi.”Lembut nada Damia bertutur.Terasa malu pun ada,jika awal-awal dia tahu.Pasti dia tidak istihar perang.Mujur taming sari masih dalam sarungnya.Damia ketawa kecil.Kelakar pun ada dengan sikapnya.

“Tak payah nak seronok sangat.”Tegur Adam Harris selamba tanpa menoleh kearahnya.Pantas Damia merenung dengan dahi berkerut seribu,kebinggungan dengan sikap Adam.Apa lagi dia nak buat ni.Gomel hatinya yang terselit kebimbangan.

“Aku nak kita berlakun seperti suami isteri,kau jangan nak berencik-encik dengan aku.faham!”

“Faham encik.Tapi saya nak panggil apa?”jujur kata-kata Damia membuatkan Adam sedikit terdiam.Otaknya ligat mencari panggilan yang sesuai Damia memanggilnya.Sebolehnya dia tidak mahu keluarga mentuanya menghidu kejanggalan hubungan mereka.Biarlah mereka lihat kebahagiannya bersama Damia walaupun terpaksa berpura-pura.

“Tak kisah,itu suka hati kau.Asalkan mereka tidak tahu perkara sebenar antara kita.Kau pulak jangan nak mengada-gada bagitahu.Faham!” Gaya Adam seolah mengertak Damia.Pantas sahaja Damia mengangguk kepala.Apa pun syarat Adam,dia sanggup ikut asalkan dia dapat bertemu insan-insan tersayang.Tapi apa yang aku nak panggil ni?.Detik hatinya.

“Dah,jangan nampak muka serabut tu.kita dah sampai ni.”Tegur Adam.Keretanya memasukki halaman rumah Pak Samad.Dari dalam kereta,Damia melihat Mak Nani dan Pak Samad tersenyum gembira menanti di hadapan pintu rumah.Macam ada sesuatu yang tak kena je?Damia menoleh ke arah Adam.Suaminya pula mengukir senyuman manis.

“Jangan terkejut sayang,abang suka buat kejutan untuk sayang.”Kata Adam Harris seolah menjawab soalannya.Melopong mulut Damia mendengar panggilan “Sayang” dan “Abang”.Adam keluar dari perut kereta membiarkan Damia yang masih terkejut beruk itu.Adam Harris bersalaman dengan mentua angkatnya.

“Mia tu kenapa Adam?”,tanya Pak Samad kehairanan.

“Dia tak tahu lagi rancangan kita,itu yang terkejut beruk dalam kereta.”Balas Adam sambil ketawa kecil.

Mak Nani sambil tersengih berjalan ke arah Damia.Damia membuka pintu kereta dan keluar lantas memeluk Mak Nani,pelukan yang sangat erat.Rindunya pada insan ini tidak dapat diungkap dengan kata -kata.Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan gerak geri mereka.

“Sudahlah tu,sambung dekat dalam nanti.”Tegur Pak Samad.Mereka masuk bersama ke dalam rumah.

“Adam,marilah jemput minum,Mak Nani dah masak bubur cacar ni.”Pelawa Mak Nani sambil mencuri pandang Damia yang dari tadi mengetap bibir seperti tidak puas hati.
“Amboi mak Nani,ajak abang Adam jer.Mia tak ajak pun.”kata Damia.Adam Harris terkejut mendengar Damia memanggilnya’abang’.Dia memandang isterinya,renungan matanya menyebabkan Damia menundukkan kepalanya.Adam tersenyum,diakui sudah lama dia tidak dipanggil dengan panggilan itu.

Damia berasa puas hati dapat mengenakan Adam.Hah!terkejut beruk juga suami hati batuku tapi renungan mata dia yang aku tak mampu hadap.Arrghhh,macam mana nak teruskan drama ni.Rungut Damia di dalam hatinya.

“Ala Mia jangan merajuk,meh makan sekali.Pak Samad ajak ni.”Gurau Pak Samad.Mereka ketawa bersama.Adam Harris dan Damia melakon watak mereka dengan jayanya walau dihati masing-masing terbuku seribu rasa .

Sambil berbual mereka menikmati hidangan minum petang bersama.Sesudah itu,Adam merehatkan diri di dalam bilik.Damia duduk bersembang dengan Mak Nani dan Pak Samad.Apabila hampir senja,Adam dan Pak Samad bersiap untuk ke surau.Damia masih di dapur,membantu Mak Nani.Adam sedang bersiap di bilik.

“Mia,pergilah tengok Adam,manalah tahu kalau dia nak apa-apa.”Kata Mak Nani.Damia tersengih.Nak tolong ape,biarlah dia siap sendiri.Ish…tak kan nak masuk bilik.Dibuatnya dia tengah pakai baju ker,tak berbaju ker.Eeiii..malulah aku.Detik hati Damia.

“Aik!yang awak duk tersengih ni kenapa?malu ke.”Mak Nani serkap jarang membuatkan Damia tidak mampu menipu dirinya,tanpa sedar Damia mengangguk kepala.Tindakan Damia membuatkan Mak Nani ketawa besar.Lucu melihat wajah Damia.

“Ish Mak Nani ni,janganlah ketawa kuat sangat.Malulah Mia.”Ujar Damia seraya tangannya cuba menutup mulut Mak Nani.Adam memerhatikan gelagat mereka dari tadi,dia faham apa yang sedang bergolak didalam hati Damia saat ini.

“Mia ni kan Mak Nani,walau sudah tiga bulan pun masih malu-malu lagi,”Sergah Adam Harris dari arah belakang Damia.Mendengar kata-kata suaminya, Damia tersentak,bila masa pulak Adam muncul ni.Damia merasakan mukanya panas,merah menahan marah,malu,geram.Mak Nani semakin galak mentertawakannya.Damia segera meninggalkan mereka namun sempat dia mencubit lengan Adam sebelum ke biliknya.Adam menepuk dahi.

“Allah!batal wudhu.”Kata Adam sambil menepuk dahinya.

“Dah,cepat pergi berwudhu balik,Pak Samad tunggu kat luar yeh.”Sergah Pak Samad.Dia berasa seronok melihat kemesraan anak menantu angkatnya.Setelah itu mereka pergi ke surau bersama,selesai solat berjemaah,mereka pulang ke rumah.di rumah,Damia dan Mak Nani sedang menghidangkan makanan.

“Mia,Adam.Hari ini Pak Samad balik awal tau,kalau tidak lepas isyak kang baru nampak batang hidung,”.Sempat Mak Nani menyakat suaminya.

“Isk awak ni,cemburu ker?Saya balik sebab nak makan dengan anak menantu”.Balas Pak Samad.

“Preettt.sudah-sudah,masa dah tamat.”Kata Damia mengayakan aksi orang meniup wisel.Tindakannya membuatkan Pak Samad dan Mak Nani ketawa.Adam pula terpinga-pinga tidak tahu kenapa Damia berbuat demikian.

“Jom kita makan.Adam jangan risau,macam nilah Mia.Bila Pak Samad dan Mak Nani nak mula gaduh manja,cepat-cepat dia tiup wisel.”Jelas Mak Nani sambil ketawa.

“Oh,patutlah.Adam ingatkan Mia ni pengadil bola sepak.”Balas Adam membuatkan kedua mentuanya ketawa.Damia mengetap bibir menahan marah.Dia terus menghidangkan nasi untuk semua tanpa membalas kata-kata Adam.Semasa makan sekali sekala Adam mencuri pandang Damia,saat mata mereka bertembung sempat Adam mengenyitkan matanya.Tindakan Adam Harris membuatkan Damia hampir tersedak.Cepat-cepat dicapai air dan diteguknya.

“Sabar makan tu Mia,jangan gelojoh sangat,”tegur Mak Nani.Damia tersenyum memandang kedua ibu bapa angkatnya.Sempat dijeling Adam di depannya.Nantilah cik suami,tidur luarlah kejap lagi yeh.Bisik hatinya.Selesai makan malam,Damia menbantu Mak Nani mengemas.

Adam dan Pak Samad keluar menghirup angin malam di pangkin.Sementara menanti Mak Nani bawakan kopi,mereka berbual-bual.

“Adam,maaf jika Pak Samad bertanya,”kata Pak Samad memulakan bicara.

“Tanyalah,Pak Samad.”Jawab Adam Harris tenang.

“Macam mana Mia,boleh ke dia sesuaikan diri duduk di bandar?,”.

“Alhamdulillah,syukur.Mia cepat belajar.Dia tak banyak kerenah.Saya bersyukur beristerikan Siti Damia.”Balas Adam tenang.Jujurkah jawapan aku ini,detik hatinya mencari kepastian.

“Alhamdulillah,lega hati Pak Samad mendengarnya.”

“Pak Samad,boleh Adam tanya sesuatu?.”Kali ini Adam inginkan kepastian dari Pak Samad tentang Damia.

“Hah…mana best berborak tanpa minum kopi kaw ni,”sergah Mak Nani sambil membawa sedulang minuman kopi.Dihidangkan kopi untuk suami dan menantunya.Adam menghirup air kopi.Bau aroma kopi menusuk-nusuk lubang hidungnya.Harum.

“Emmm,sedap kopi ni.Memang kaw.kopi apa ni Mak Nani?.”Tanya Adam.

“Kopi orang kampung lah.Pak Samad tanam pokoknya,rezeki kamu.Sempat Mak Nani proses.”

“wah…bertuah saya.Dapat rasa kopi air tangan Mak Nani. ”Manis Adam berbicara.Tersipu mak Nani dibuatnya.

“Adam…apa yang kamu hendak tanya tadi?”Soal Pak Samad kembali.Adam memandang mentua angkatnya,dilemparkan senyuman.Telah lama dia ingin tahu dan dia yakin mereka pasti akan memberitahunya perkara sebenarnya.Adam memulakan bicara kembali.
“Begini Pak Samad,boleh saya tahu kenapa Mia takutkan hujan lebat,kilat dan petir?Apa kaitan semua itu dengan diri Mia?Kenapa Mia sering memanggil ayahnya bila dia ketakutan?”Tanya Adam bertalu-talu.Pak Samad dan Mak Nani saling berpandangan.Mak Nani mengangguk kepala seolah memberi isyarat.Sudah tiba masanya untuk Adam tahu semuanya ini.Dia berhak keatas Damia.Ikatan mereka yang menyebabkan Adam perlu tahu kisah silam Damia.Pak Samad memulakan bicara.

“Sebenarnya Adam,semua itu memang saling berkait.Damia masih trauma.Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu.”

Adam memandang tepat Pak Samad.Berkerut dahinya,pelbagai persoalan menghantuinya saat ini.Pak Samad menyambung kata-katanya.

“Ayah Mia ditimpa musibah hingga menyebabkan dia meninggal dunia.Masa kejadian itu,Mia ada bersama arwah.Saat itu hujan lebat,mereka menaiki motor pulang ke rumah.Pak Hashim,ayah kandung Damia di timpa pokok tumbang,dia sempat menolak Damia.Sejak kejadian itu,setiap kali hujan lebat,kilat dan petir.Damia akan ketakutan,arwah ayahnya meninggal di depan matanya,masa Pak Samad sampai ke tempat kejadian,Damia menangis ketakutan disisi ayahnya yang telah kaku.Masa itu umurnya baru lima tahun.Semenjak itu,Pak Samad nilah ayahnya.”Panjang Pak Samad bercerita.Adam terpaku.Airmatanya bergenang,beratnya dugaan mu.Aku tahu bagaimana rasa kehilangan insan tersayang.Namun derita kau lebih lagi.Insyaallah aku akan rawat segala dukamu,Damia.Azam Adam Harris dalam hatinya.

“Adam,Mak Nani tahu kadang-kadang sukar nak tahu isi hati Mia.Dia jarang tunjukkan apa yang dia rasa.Tapi Mak Nani tahu,dia dah mula sayangkan kamu.Adam banyakkan bersabar dan bimbinglah dia,”nasihat Mak Nani.Adam mengangguk kepalanya.Seketika kemudian Adam meminta izin masuk ke dalam rumah.

Sementara itu di dalam bilik,Damia mundar- mandir tanpa berhenti.Kamar yang hanya dihiasi katil kelamin bercadar unggu cair,disisi katil terdapat meja solek.Kamar yang sederhana saiznya jua dilengkapi almari berwarna coklat gelap.Selami ini kamar itu menjadi tempat Damia beradu dengan tenang,tetapi kali ini ibarat berada di dalam cairan larva gunung berapi.Panas!

“Macam mana nak tidur ni?tak kan nak suruh Adam tidur dekat luar.Malulah kalau Mak Nani dan Pak Samad tahu.Lagipun Encik Adam dah bagi amaran dengan aku tadi.”katanya sendirian teringatkan amaran Adam Harris di dalam kereta petang tadi.Dia duduk di hujung katil,digaru kepalanya yang tidak gatal.Dari luar kedengaran derapan tapak kaki menuju ke bilik.Damia semakin cemas,pantas dicapai selendang untuk menutupi rambutnya.Pintu bilik dikuak,Adam melangkah masuk.Dia tersenyum melihat Damia.Ini mesti takutkan aku.Detik hatinya,dia cuba berlagak tenang.Adam melabuhkan punggung disebelah Damia.Tanpa sebarang kata-kata,Adam cuba memegang jari jemari isterinya.Namun belum sempat dia berbuat demikian,Damia pantas bangkit dan berdiri menghadap ke dinding.Matanya dipejamkan,terasa badannya dingin.Adam tersenyum memerhatikan Damia.Penakut betul isteriku ini,detik hatinya.Adam bangkit menghampiri isterinya.

“Kau jangan risau,aku tak akan buat apa-apa.”bisik Adam ke telinga isteri.Damia membuka matanya perlahan.Dilihat Adam terus sahaja membaringkan tubuhnya diatas katil.Damia menarik nafas lega.

“Aku harap kau faham dengan jelas apa yang pernah aku katakan dulu.”Adam Harris kembali menjadi dirinya semula.Matanya tepat memandang Damia.Kali ini wajahnya tidaklah sebengis dulu.

“Maafkan saya Encik Adam,”pohon Damia.Adam mengangguk kepala.

“Sudahlah tu,mari baring kat sini,”.Kata Adam sambil tangannya menepuk tilam.Damia agak gerun untuk tidur disebelah Adam,namun dia terpaksa akur.Dia menghampiri katil dan melabuhkan tubuhnya perlahan-lahan.Adam hanya memerhatikan dengan ekor matanya.Dari pengamatannya,Damia memang tidak selesa,malu pun ada barangkali.Merah wajah isterinya.Adam tersenyum nakal.

“Jom kita tidur.Jangan risau,abang tak ngap Mia tau,”.Sempat Adam menyakatnya.Damia mengetap bibir lalu lampu bilik dimatikan.

******

“Ingat.Pertemuan kita ini rahsia!.Tiada siapa yang tahu.Sebaik sahaja kau dapat apa-apa maklumat yang aku nak.Segera maklumkan pada aku.”Keras nada suara Linda.Pertemuan dengan penyiasat persendirian di cafe adalah bertujuan untuk menyiasat Adam Harris telah diaturnya sebaik sahaja meninggalkan kediaman Puan Suri kemarin.Kali ini dia nekad,perkahwinan Linda dan Adam Harris pasti akan berlaku walau apa pun jua yang terjadi.Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan Adam menjadi miliknya.Kaca mata hitam yang menutupi matanya dibetulkan,bimbang jika ada sesiapa yang mengenalinya.

“Baik Cik Linda,saya faham.Lagipun saya telah lama buat kerja begini,Sebaik sahaja saya dapat maklumat,saya akan maklumkan segera kepada Cik Linda.”Jelas Tony.Seorang penyiasat persendirian yang telah hampir lima tahun menceburi bidang ini.Pelbagai kes yang telah berjaya diselesaikan,termaksuk kes yang berkaitan dengan pihak berkuasa.
Linda mengangguk kepalanya tanda berpuas hati dengan jaminan yang diberikan oleh Tony.Linda mengeluarkan sampul dari dalam tas tangan jenama prada miliknya,sampul yang berisi wang berjumlah lima ratus diberikan sebagai pendahuluan kepada Tony.

“Nah,ni sebagai pendahuluan.Bila kerja kau siap,aku akan berikan bayaran penuh.”Terang Linda sebelum meninggalkan Tony.Sampul coklat telah bertukar tangan.Tony tersenyum puas hati dengan pelanggannya kali ini.

Di saat orang lain mulai dibuai mimpi-mimpi indah,Linda meluncur laju menyusuri jalanraya mencari kebahagiaan sendiri,baginya malam masih lagi muda, terlalu awal untuknya kembali bermanja di kamar.Seperti kebiasaannya dia mencari hiburan syurga dunia.

******

Subuh itu Pak Samad ke surau bersama Adam Harris.Selesai bersolat jemaah,mereka bersalaman dengan sesame ahli jemaah.Adam menghulurkan tangan kepada Imam Haji Ammar,pak Imam menyambut salamnya sambil merenung wajah anak muda dihadapannya.

“Siapa nama anak ini?”Tanya imam Hj Ammar memulakan bicara.

“Eh,pak Imam ni.Inikan suami Damia.Bukan ke pak imam yang nikahkan mereka dulu,”jelas Pak Samad.Adam Harris tersenyum kelat memandang Pak Imam,mengimbas peristiwa bersejarah yang merubah seluruh kehidupannya.Imam Haji Ammar mengamati wajah Adam sedalam-dalamnya dan kemudian dia tersenyum sambil menupuk manja bahu Adam Harris.

“Maaf yeh nak,pakcik ni dah tua.Cepat terlupa.”Kata Imam Haji Ammar dengan rasa rendah diri.

“Eh,tak mengapa pak imam,saya tak terasa pun.Malah saya berterima kasih pada imam kerana nikahkan kami dulu.”Balas Adam dengan senyuman bermakna.Pak Samad tersenyum mendengar kata-kata menantunya,pasti mereka kini di ambang kebahagiaan detik hati tuanya.Namun bagi Adam kata-katanya seperti memerli Pak Imam.Ya,kerana pak imamlah dia kini terpaksa berlakun bahagia bersama wanita yang tidak dicintainya.Terasa penat berlakun begini,sampai bila dia mampu bertahan.Adam pasrah.

“Bila sampai?”Tanya Imam Haji Ammar.

“Semalam petang.Mia rindukan kampung,tu yang bawa dia balik.”Jelas Adam Harris yang cuba berlakun mesra.

“Alhamdulillah bagus itu.Mengembirakan hati isteri mudah rezeki hendak masuk.”Balas pak Imam Haji Ammar seolah menasihati Adam Harris.Dalam pada itu,ada insan yang mendengar perbualan mereka.Pak Abu mencuri dengar perbualan meraka.Seketika kemudian dia berlalu pergi.

“Harap-harap Kamal tak tahu kepulangan mereka.”Detik hati Pak Abu.Pak Samad dan Adam berbual seketika dengan imam.Setelah itu mereka memohon diri untuk pulang.Adam memandu jaguar pulang.

“Mesti mak Nani dah siapkan sarapan.”Kata Pak Samad sebelum keluar dari kereta.Adam tergelak mengiyakan kata-kata bapa mentuanya.

Di dapur Mak Nani dan Damia sedang sibuk menyiapkan juadah sambil berborak hingga mereka tidak sedar Pak Samad dan Adam telah masuk ke dapur.

“Assalamualaikum….patutlah tak dengar saya bagi salam,duk bersembang anak beranak ni.”Tegur Pak Samad.Mak Nani tersengih memandang suaminya.

“Marilah kita sarapan bersama,”ajak Mak Nani.Adam melihat di atas meja terhidang mee goreng basah,pulut kuning bersama rendang ayam kampung.

“Amboi! menu istimewa hari ni.Terima kasih Mak Nani,sudi masakkan untuk jamu kami.”Puji Adam.

“Kalau Adam nak,setiap hari Mia boleh masakkan.Cuma lepas tu Adam kene pergi bersenamlah.”Sempat Mak Nani menyakat hingga Adamhanya mampu tersengih sambil matanya mencuri pandang Damia.Mereka duduk bersarapan sama,Damia sesekali mencuri pandang ke arah Adam.Takkala pandangan mereka bertembung,Damia segera menundukkan pandangannya.Adam tersenyum nakal,gelagat mereka disedari Mak Nani.

“Mia,curi pandang apa tu?”sergah Mak Nani.Damia terkejut.

“errr,mana ada Mia curi pandang.”Terasa mukanya panas,mesti dah merah muka aku ni menahan malu,detik hati Damia.

“Pandang suami tu kan pahala,tak salah pun.Tenung lama pun kami tak kisah,”usik Mak Nani.Adam tersenyum melihat Damia diusik,makin tunduk menahan malu.Damia segera menghabiskan makanannya.Pak Samad yang dari tadi diam turut mengusiknya.

“Betul tu Mia,nak tambah pahala lagi,hah!suapkan macam ni,”Pak Samad turut mengusik Damia sambil menyuapkan isterinya.Adam seronok melihat pasangan ini,di usia emas ini,kasih sayang mereka makin bertambah.dia sempat memandang isterinya,pandangan mereka bersatu.Adam Harris mengenyit mata kepada isterinya.tindakan Adam membuatkan Damia terkejut hingga dia tersedak.

“Adam,panahan mata kamu tu tajam sangat sampai tersedak Mia ni.”Gurau Mak Nani.Adam segera menghulurkan air kepada Damia.Pak Samad tersenyum melihat mereka.Damia terpaksa menahan rasa diusik ibu angkatnya.Semuanya berpunca daripada Adam Harris hingga dirinya menjadi bahan usikan.Dihadiahkan jelingan maut buat Adam sebelum bangkit meninggalkan meja makan menuju ke sinki.

******

Selepas bersarapan,Damia bersiap untuk ke pusara ibu bapa.Dia mengenakan jubah hitam bersulam corak bunga dan bertudung hitam.

“Mak,ayah.Seandainya kalian tahu betapa sulit mimpi ini untuk ku raih,betapa berat semua ini untuk kulalui,betapa saratnya kerinduan yang terbuku dihatiku.Andai bisa ku undur waktu,pastinya kini aku bisa mengucup tangan dan menatap wajah mak dan ayah.”Bicara Damia perlahan tanpa menyedari airmatanya menitis.

Dari pintu bilik Adam Harris berdiri memerhatikan sahaja isterinya,dia faham bagaimana rasanya kehilangan insan tersayang.Sama sepertinya yang kehilangan Ayu Safira,memang sangat memeritkan.Namun hati lelakinya turut hiba mengenangkan apa yang menimpa Damia.Usia yang masih muda telah kehilangan orang tua,menumpang kasih dengan jiran.Semakin dirasakan Damia luar biasa.Bukan calang-calang wanita,dalam tangis ada terpalit kekuatan dalam meneruskan cabaran di dunia ini.

“Kau dah siap?, ”tegur Adam Harris.Dia tidak mahu Damia menitiskan airmata mengenangkan mereka masih berada di dalam rumah Pak Samad.Damia yang agak terkejut dengan sapaan Adam Harris segera menyapu sisa airmatanya.Dia mencapai beg galas dan meluru keluar bilik.Namun langkahnya dihalang Adam,tanpa diduga Adam mencapai tangan kanannya dan mengenggam erat.Damia tergamam dan merenung wajah suaminya seolah mencari jawapan akan tindakan Adam Harris.Namun mulutnya terkunci rapat,genggaman kemas Adam seolah-olah ada kuasa.Aliran kuasa itu dirasakan menjalar melalui urat-urat sarafnya menuju ke hati.Apakah kuasa ini?sangat-sangat mendebarkan.Dalam debaran yang mendesak ada terpalit rasa tenang,Damia keliru dengan apa yang dirasakan saat ini,dia pasrah akur diperlakukan sedemikian oleh Adam Harris.
Adam Harris memimpin isterinya menuju ke kereta.Dari suatu sudut,Pak Samad dan Mak Nani sedang perhatian gelagat dua sejoli.Sebaik sahaja memasukki kereta,Adam menghidupkan enjin kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah mentuanya.
Sepanjang perjalanan mereka membisu seribu bahasa hingga tiba dipersimpangan,Damia bersuara menunjuk arah jalan ke perkuburan islam.Adam Harris akur dan melalui jalan yang ditunjuk oleh isterinya.

“Damia,aku nak tanya ni?”Adam memulakan bicara.

“Tanya apa ,encik.?”Balas Damia perlahan.Terasa kekok bila Adam Harris memanggilnya “Damia”.Selama ini hanya bahasakan “aku dan kau “sahaja.

“Apa yang sebenarnya terjadi pada ibu kau?”Tanya Adam lagi.Pertanyaan Adam membuatkan Damia tersentak.Susunan kata-kata yang dikarang diminda hilang begitu sahaja.Matanya terasa penuh dilinangi airmata.Puas ditahan dari airmata itu mengalir,namun akhirnya tumpah jua menyusuri pipinya.Adam menjadi panik,terasa bersalah dengan kata-katanya.

“Aku minta maaf,bukan niat nak buat kau bersedih.Aku Cuma ingin tahu sahaja.Tapi jika kau tidak bersedia untuk bercerita,tak mengapa.Aku faham.”Kata Adam Harris kepada Damia yang masih diam tidak bersuara.

Kereta yang mereka naiki tiba diperkarangan tanah perkuburan islam.Damia mengesat airmatanya.Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan,Damia segera melangkah keluar dari perut kereta.Langkahnya pantas meninggalkan Adam Harris dibelakang.Langkahnya terhenti di pusara yang dirindui selama hampir empat bulan lamanya tidak dikunjungi.Adam melihat kelakuan isterinya.Hajat hatinya ingin menanti di kereta sahaja,namun entah mengapa dia merasakan perlunya dia berada disisi Damia saat ini.Langkahnya diatur menuju ke arah Damia.Isterinya sedang mengusap dua pusara bersebelahan dengan kedua belah tangannya.

“Mak,ayah.Mia datang , Maafkan Mia kerana lama tak jenguk mak dan ayah.Mia rindukan mak dan ayah.Mak dan ayah jangan risaukan Mia tau,Mia sudah berkahwin,Mia datang dengan suami Mia,namanya abang Adam.Mak,maafkan Mia.”Luah Damia tanpa menyedari kehadiran Adam dibelakangnya,airmatanya berguguran. Adam terbatuk tanpa sempat ditahan.Menyedari kehadiran Adam disisinya,Damia mempelawa Adam duduk disebelahnya.Mereka bersama membaca surah yasin dan berdoa di pusara orang tua Damia.Sesekali Damia mengusap-usap batu nisan orang tuanya.

“Mia akan sentiasa doakan mak dan ayah,”janji Damia didalam hati.Matahari semakin menunjukkan dirinya,Adam dan Damia melangkah pulang meninggalkan kawasan perkuburan islam itu.

“Terima kasih Encik,sudi bawa saya ziarah pusara mak dan ayah.”

Adam Harris hanya membisu dan menumpukan pemanduannya.Setibanya diperkarangan rumah Pak Samad,barulah Adam bersuara.

“Aku nak ke tapak projek.Kau turun dulu,tengahari nanti aku balik?”tanya Adam tanpa melihat wajah Damia.

“Encik Adam,boleh saya nak ke rumah Mak.?”Damia bersuara dengan nada yang lembut meminta izin dari suaminya.

“Boleh,pergilah,”balas Adam.Setelah Damia turut dan Adam berlalu pergi.Dia perlu berjumpa dengan pihak pemaju.Damia pula berjalan memasuki rumah Mak Nani.

“Assalamualaikum,”Damia memberi salam.

“Waalaikumsalam,masuklah Mia.Mak Nani kat dapur ni.”Jawap Mak Nani dari arah dapur.Damia menuju ke dapur.Apa lagilah yang dibuat mak aku sorang ni,bisik hatinya.

“Buat apa tu mak Nani?”sergah Damia.

“Tak ada apa,tengah masaklah sayang,tak kan main kejar-kejar pulak”.Balas Mak Nani.

“Lauk apa hari ini,maaf Mak Nani Mia tak sempat nak tolong.”Kata Damia perlahan,timbul rasa bersalah dalam dirinya kerana tidak membantu mak angkatnya.

“Hari ini lauk kegemaran kamu.Lemak nangka dan cincalok satu bekas.cukup tak?.Eh,Mia!Adam makan tak cincalok.? ”Tanya Mak Nani.Bimbang pulak menantunya tidak makan.Damia tersenyum memandang Mak Nani.

“Dia lagi hantu dari Mia tau.”Jawap Damia selamba sambil mencuit cincalok.emmm.Sedapnya katanya di dalam hati.

“Adam mana,sunyi jer dari tadi?.”

“Dia ke tapak projek,tengahari nanti balik lah tu.Pak Samad mana pulak?”

“Ada kat luar tu,tengah asah parang,katanya nak ke kebun petang nanti.”

“Emm,kita pergi kebun sama-sama,lama Mia tak ke kebun.”ajak Damia.

“Bagus juga tu,memang Pak Samad nak ajak Adam ke kebun,biar merasa hidup orang kampung.”Balas Mak Nani.Damia senyum mengiyakan kata-kata Mak Nani.

“Mak Nani,kat mana kunci rumah mak.Mia nak balik rumah kejap,?”tanya Damia.Mak Nani telah menduga pasti Damia akan mencari kunci rumahnya,ditunjukkan kunci di atas peti sejuk.

“Ada kat atas para tu.tempat biasa.”

“Terima kasih Mak Nani sayang,”Damia memeluk ibu angkatnya dari belakang.Dia mengambil kunci dan keluar ikut pintu dapur menuju ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah Mak Nani.Damia membuka kunci mangga,perlahan-lahan dikuak pintu dapur rumahnya,dia memberi salam.Memasukki ruang dapur dia tersenyum.

“Mesti Mak Nani dan Pak Samad sentiasa kemaskan rumah ni,bersih jer.”Katanya sendirian.Damia melangkah ke bilik ibunya.Dia merebahkan diri di atas katil ibu,bantal yang sering digunakan arwah ibunya dipeluk erat.Sekilas memori indah disaat tidurnya lena dalam dakapan kasih sayang ibu menerjah ke kotak ingatan Damia.

“Tidurlah sayang,aduhai intan, buah hati ibu.Janganlah gusar,janganlah sedih ibu disisimu.Lepaskanlah duka biar ianya pergi tak kembali lagi.Lemparkanlah senyuman buat penawar luka dihatimu.Kelak bahagia pasti menjadi milikmu, aduhai sayang ibu.”Damia menyanyikan lagu yang sering ibunya lagukan sewaktu dodoikannya dalam dakapan hangat ibu.Ditahan airmatanya dari menyusuri pipinya yang mulus.

“Ya Allah,rindunya pada mak.”Damia bingkas bangkit menuju ke almari.Dibuka pintu almari milik arwah ibunya.Satu persatu baju arwah ibu dibelek,hajatnya ingin mengambil beberapa helai baju ibunya dan album.Bolehlah dia melepaskan rindu takkala berada di Kuala Lumpur nanti.

Matanya tertumpu pada sehelai baju kurung biru berbunga putih yang pernah dipakai oleh arwah Mak Ani dipagi hari raya yang lalu.Betapa indahnya pagi hari raya bersama ibu,saat manis dapat mengucup tangan suci seorang ibu yang banyak berkorban untuknya.Pastinya hari raya akan datang tiada lagi tangan ibu kandung untuk dikucup.Damia merasa sebak,baju kurung dalam dakapannya.Dia merebahkan diri diatas katil,matanya dilelapkan membayangkan saat -saat manis yang lalu.

******

Menghampiri jam enam,Adam Harris tiba diperkarangan rumah Pak Samad.Terasa lenguh kakinya berjalan di tapak projek resort tadi.Namun dia berpuas hati dengan hasil kerja kontrator yang dipilihnya.Harapannya projek ini dapat disiapkan seperti yang telah dirancang.Langkah diatur perlahan menaiki anak tangga di anjung rumah.Adam melabuhkan punggung di kerusi rotan,matanya dilemparkan melihat keindahan halaman rumah.

“Baru sampai.”Tegur Mak Nani dari dalam rumah.Bunyi derapam langkah Mak Nani terasa semakin menghampiri Adam.Dia menoleh sempat dilemparkan senyuman buat mentuanya.

“Ya Mak Nani.Adam baru sampai.”Sopan Adam mengatur kata-kata.Matanya melilau mencari sesuatu.Mak Nani seolah faham melihat kelakuan menantu seorang ini.

“Damia tak ada.Dia masih dirumahnya.Adam pergilah panggilkan dia.”

“Tak mengapalah Mak Nani,biarlah dia lepaskan rindu.”Balas Adam Harris.Memang dia malas hendak ke rumah sebelah.

“Pergilah Adam,lama sangat dia ke sana.Bimbang pulak Mak Nani.”Pujuk Mak Nani.Adam memandang sayu wajah tua Mak Nani.Adam mengeluh kecik.Perlahan-lahan dia bangun menuruni anak tangga.Hatinya terasa bahang.

“Macam tak reti jalan balik pulak dia ni.”Rungut Adam didalam hatinya sambil mengatur langkah menuju ke rumah Damia.

Setibanya,Adam menolak daun pintu dapur perlahan-lahan.Anak matanya mencuri pandang di dalam ruang dapur,tiada kelibat Damia.Adam Harris memberi salam namun tiada yang menyahut salamnya.

“Eh,pengsan ke Damia ni.”Bisiknya perlahan.Hatinya mula rasa tidak keruan.Dia melangkah masuk,langkahnya diatur menaiki anak tangga.

Langkah Adam terhenti dihadapan bilik di ruang tengah rumah yang terbuka sedikit pintunya.Perlahan-lahan pintu bilik dikuak,mata Adam Harris mengamati apa yang dihadapannya.Kedengaran keluhan kecil.Dia lega walau ada sedikit rasa marah apabila melihat Damia yang sedang lena di atas katil.Anak matanya mula meneroka setiap ruang di dalam kamar bilik itu.Kemas dan bersih.Adam melabuhkan punggung disisi katil,memandang wajah isterinya.Terasa satu getaran mulai menjalar ke segenap ruang hatinya.Rasa yang telah lama terkubur sejak Ayu Safirah meninggalkannya.Tanpa sedar tangan Adam Harris menyentuh pipi mulus Damia.

Damia terasa seperti pipinya disentuh oleh sesuatu,kelopak matanya dibuka perlahan-lahan.Damia terkejut melihat sang suami sedang memandang tepat ke arahnya.Pandangan mata itu sangat dalam hingga bisa menusuk hatinya.Dia ibarat pesalah sedang menanti hakim menjatuhkan hukuman berat.Hati Damia berdebar kencang,mulutnya ingin bersuara namun terasa seperti dikunci dek panahan mata Adam Harris.

“Encik,”Perlahan Damia bersuara.Terasa suaranya tersekat-sekat.Dia kene buat sesuatu,jika tidak pasti Adam akan lakukan sesuatu.Adam Harris sedikit terkejut,namun dia mampu mengawal perasan malunya.

“Kau dah kenapa?”.Adam bersuara seperti kebiasaannya.Tubuhnya dialih kesisi mengadap meja solek.Kesempatan ini di gunakan Damia untuk bangkit dari katil.Segera dia berdiri ditepi pintu,matanya tunduk memandang ke lantai papan.

“Janganlah kau takut.Aku masih berpegang pada janji.Aku datang ini pun sebab Mak Nani dah lama tunggu kau.”Kata Adam tanpa melihat Damia.Matanya tertumpu pada sekeping potret keluarga diatas meja solek.

“Ini mesti gambar kau masa kecik kan.”Teka Adam Harris sambil tangannya memegang potret itu.Kanak-kanak kecik lingkungan usia sekitar tiga tahun di dukung seorang lelaki dan disebelah lelaki itu seorang wanita bertudung.

“Encik,pulangkan balik gambar tu,”Pinta Damia dengan nada agak keras.Tangannya cuba mencapai bingkai potret kenangan ibu bapanya.

Adam Harris cuba mengelak dari gambar itu bertukar tangan.Mereka hampir bergelut untuk mendapatkan gambar itu.Damia sebenarnya berasa malu kerana sang suami yang berhati batu itu melihat gambarnya.Namun bagi Adam Harris pula,inilah peluang untuk dia mengenali siapa sebenarnya isteri yang dia terpaksa nikahi dulu.Satu persatu rahsia Damia dia kena bongkarkan agar terjawap segala persoalan yang menghantui dirinya.

Pergelutan terhenti dek kerana bunyi deringan telefon bimbit Adam Harris.Kesempatan itu digunakan Damia untuk merampas gambar keluarganya dan segera berlalu keluar dari kamar bilik.Adam tersenyum melihat kelakuan Isterinya.Diamati skrin telefonnya,nama yang paling dia tidak gemari.Segera dia mematikan telefonnya.Adam Harris mengeluh.

******

Datin Suri hanya memerhatikan sahaja reaksi Linda.Muka yang masam mencuka macam ini pastinya kerana Adam Harris.

“Linda,jemput minum air ini,biar sejuk hati tu.”Pelawa Datin Suri dengan wajah mengukir senyuman manis.Linda memandang bakal ibu mentuanya dengan hati yang masih bersisa nanah.Hatinya sakit diperlakukan begitu oleh Adam Harris.

“Kenapa Adam buat Linda macam ni ,mama?”Tanya Linda dengan nada manja.Panggilan “mama”kerap kali didengari oleh Datin Suri saat Linda berbicara dengannya.Walaupun masih belum terikat apa-apa hubungan,namun Datin Suri tidak kisah.Kerana matlamat utamanya agar anaknya segera mengakhiri zaman solo.

“Dia tengah sibuk barangkali.Biarkan Adam selesaikan kerja di sana.Nanti bila dia ada masa,mama yakin dia kan hubungi Linda semula.”Pujuk Datin Suri.Linda tersenyum manja,bola matanya bersinar mendengar kata-kata Datin Suri.

“Mama,kita pergi spa.Linda belanja.”Beria-ia Linda mengambil hati Datin Suri.Selagi Adam belum berkahwin dengan sesiapa bererti masih terbuka peluang untuknya.Datin Suri hanya membalas dengan anggukkan kepala sahaja.Bukan selalu dapat peluang manjakan badan,ibarat mengantuk disorongkan bantal.

“Linda tunggu sekejap,mama bersiap dulu.”Pinta Datin Suri sebelum menghilangkan diri ke dalam rumah.Linda mula mengatur strategik,rancangannya mesti berjalan lancar.Jika tidak meloponglah lagi melihat Adam dalam dakapan orang lain.

******

Hari ini sudah tiga hari Damia dan Adam Harris berada di kampung,jika diikutkan desakan hati Damia.Sudah pasti dia tidak mahu mengikut suaminya pulang ke bandar.Damia masih duduk bersimpuh di atas tikar sejadah,pandangan matanya menembusi sejadah milik arwah ibunya.Adakah Adam Harris akan memberi keizinan jika dia menyuarakan keinginannya?.Atau Adam akan bertukar menjadi singa yang kelaparan.Mengenangkan bahana yang bakal dilaluinya,hati Damia menjadi gerun.

“Ni dah kenapa duduk lagi.?Cepatlah berkemas.”Tegur Adam Harris sebaik sahaja melangkah masuk ke kamar mereka.Damia yang masih terkejut,bingkas bangkit tanpa melihat wajah suaminya.Rancangannya terpaksa dipendam,mungkin masih belum tiba masanya.Adam mencapai beberapa helaian pakaiannya dan dikumpulkan diatas katil.

“Encik,biarlah saya kemaskan baju-baju ini.Encik keluarlah dulu.”Bicara Damia perlahan.

Dia kekok jika berduaan di dalam kamar itu.Apatah lagi malam tadi tanpa sedar dia lena berbantalkan lengan suaminya hingga kedengaran azan subuh berkumandang.Bertambah malu apabila Adam Harris yang mengejutkan dia.Aduh! tidak sanggup diimbas rupa wajahnya saat itu.Yang pasti Adam mengukir senyuman.Dan kini senyuman yang sama terukir di wajah suaminya membuatkan Damia semakin diasak rasa malu.Dia kaku berdiri disisi katil menanti Adam Harris meninggalkan kamar itu.

“Baiklah.Kau pastikan semua pakaian aku dimasukkan dalam beg.Faham!”Sengaja Adam Harris menekan nada suaranya.

Dia meninggalkan Damia sendirian di dalam bilik.Sebaik sahaja Adam melangkah keluar,Damia pantas mengunci kamar itu.Dalam hati mengutuk dirinya sendiri atas apa yang terjadi malam tadi.

“Lebih baik aku berkemas segera.Nanti ada yang jadi singa pulak.”Kata Damia sambal tangannya pantas mencapai kemeja Adam,setelah selesai mengemas pakaian Adam.Damia mengemaskan pakaiannya pula.Setelah itu,barulah dia membuka pintu untuk ke dapur.Pandangannya tertumpu kepada sesusuk tubuh yang sedang lena di atas sofa di ruang tamu.

“Ala,kesian pulak Encik suami ni.Tapi kalau aku kejutkan nanti dia marah pulak.”Bisik hatinya.Damia membiarkan Adam terus lena disitu.Dia ke dapur untuk membantu Mak Nani menyediakan sarapan pagi.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience