Bab 21

Romance Completed 51617

Bab 21

Seminggu berlalu...

Kepulangan datin Suri dan Dato Ridhwan amat dinantikan oleh Adam Harris.Kali ini dia nekad ingin memutuskan tali pertunangan dengan Linda.Dia akan berterus-terang tentang dia dan Damia.Damia isterinya yang sah.Walaupun dia mampu meneruskan pernikahan dengan Linda tetapi dia tidak mampu menyakiti hati perempuan yang telah mula mencuri hatinya.

Hari Sabtu pagi,selepas bersarapan Adam b ersiap-siap untuk ke rumah orang tuanya.Semalam dia hanya sempat berbual seketika dengan papa.Bila ditanyakan hal ehwal mama,papa hanya memberitahu mama telah berehat kerana kepenatan.

"Mia,abang keluar sekejap.Tengahari ini abang tidak makan di rumah ok."Jelas Adam.

"Baik abang,hati-hati memandu ye.'Seperti kebiasaan Damia sentiasa menghiburkan hati lelakinya.Damia mengambil tangan kanannya,dikucup seperti selalu.Tidak pernah walau sekalipun dia lupa.Dari hari pertama dia berada di rumah ini.Doakan abang Mia,semoaga segalanya berjalan dengan lancar diantara kita.Adam Harris mengucup dahi isterinya.Damia tergamam.Tidak pernah sebelum ini Adam melakukan seperti ini.Buang tabiat suamiku!.Mulutnya terlopong.

******

Adam berhenti di lampu isyarat sementara menati lampu bertukar warna,persimpangan yang semakin menghampiri rumah orang tuanya.Hatinya semakin berdebar.Semoga semuanya berjalan lancar.Moga mama dan papa memahami kehendaknya sekali ini.Dia melemparkan pandangannya du luar tingkap.Dari jauh kedengaran bunyi siren ambulans,tumpuan Adam beralih melihat kenderan itu meluncur laju dari arah bertentangan dengannya.Sebuah kenderaan yang amat dikenali mengekori rapat ambulanstersebut membuatkan Adam terkejut.Tanpa membuang masa,pedal minyak ditekan,Adam membuat pusingan U-turn dan terus meluncur laju mengekori kenderaan itu.

Siapakah yang berada di dalam ambulans?.Pelbagai persoalan menghantui fikirannya saat ini.Ambulans memasukki perkarangan Sunway Medical Centra.Mujur awal pagi taida kenderaan banyak di ruang parking.Setelah matikan enjin kereta,Adam harris segera melangkah ke ruangan kecemasan.Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

"Kenapa papa.Apa yang sudah terjadi?"Adam mula bersuara sebaik sahaja terlihat papa.Hatinya menjadi tidak keruan.hajat hati ingin berterus terang dengan orang tuanya tetapi melihatkan keadaan sekarang seperti tidak mengizinkan.air muka Dato ridhwan berubah.Terkejut melihat Adam berada disampingnya.Seingatnya dia tidak sempat menghubungi Adam.Dia membawa Adam ke suatu sudut di ruang menunggu.Mereka duduk di kerusi yang tersedia.

"Mama Adam."Jawab Dato Ridhwan pendek.Dia cuba mengumpul segala tenaga untuk menceritakan detik cemas yang berlaku pagi tadi.

"Kenapa dengan mama,papa?"Adam semakin diasak dengan pelbagai persoalan yang menerjah ke akal fikirannya.Dia cuba meneliti seiap kemungkinan yang tertimpa ke atas mama.

"Semalam memang mama nampak letih sejak sampai ke rumah.masa Adam call,mama sudah pun tidur.Cuma..."

"Cuma apa papa?"Adam Harris mendesak.Tidak sabar mendengar penjelasan dari papa.

"Cuma pagi tadi,mama jatuh pengsan disis katil.Wajah mama pucat sangat.Papa takut Adam.Cepat-cepat papa call ambulans."Jelas papa serba ringkas.Sukar dibayangkan perasannya sewaktu melihat datin suri rebah.Ibarat terhenti dengupanjantungnya.Tidak pernah sekalipun isterinya begini.Adam kelu tidak terkata.Perbualan dua beranak itu terhenti apabila melihat seorang doktor menghampiri mereka.

"Doktor,bagaimana keadaan isteri saya?".Soal Dato Ridhwan cemas.Hatinya berdebar-debar menantikan jawapan.Pelbagai kemungkinan bakal terjadi.Wajah tenang Doktor Ranjit diamati sedalamnya.

"Duduk dulu Dato.Syujur Datin Suri seorang yang sangat kuat.Bp dia agak tinggi.210 bacaan yang baru kami abil tadi.Saya nak pastikan,adakah Datin sentiuasa ambil ubat yang dibekalkan atau ada yang tertinggal."

"No doktor,isteri saya makan ubat seperti yang disarankan oleh doktor."

"Baguslah begitu,cuma apa yang saya ingin jeaskan disini,saya harap Dato dan Tuan Adam tabah dalam menghadapinya."Doktor Ranjit menarik nafas panjang.Bukan mudah untuk dia memberitahu keadaan sebenar pesakit kepada ahli keluarga.Namun itu semua sebahagian daripada tuntutan kerjanya.

"Maksud doktor?".Adam semakin hilang sabar.

"Begini Tuan Adam,datin Suri alami strok.Kedua kakinya tidak dapat berfungsi.Sebab itu Datin hilang imbangan badan sewaktu turun dari katil."Bagaikan bunyi halilintar memecahkan langit,Adam dan dato Ridhwan terkedu tidak mampu berkata apa-apa.Ujian apakah yang bakal tertimpa ke atas keluarga ini.Doktor Ranjit berasa simpati melihat mereka.

"Dato,pihak kami akan lakukan yang terbaik bagi menjamin kesihatan datin Suri.Selebuhnya saya mohon Dato dan tuan Adam terus berikan semangat untuk Datin.Kebiasaannya waktu begini,sokongan dari ahli kelurga dapat menaikkan semangat pesakit."Jelas Doktor Ranjit.Sebagai doktor yang telah hampir dua puluh tahun berda disitu,Situasi begini memang kebiasaan yang perlu dihadapi.Cuma ketahanan emosi yang perlu diutamakan,jika dia gagal menyakinkan ahli keluarga pesakit,mana mungkin dia mampu meneryskan rawatan untuk pesakitnya.

"Baiklah doktor,kami akan terus berikan semangat buat mama.Doktor tolong lakukan segala yang terbaik untuk mama saya."Rayu Adam.Sungguh saat ini separuh jiwanya lumpuh.Terasa saluran darahnya semakin menghimpit.Tertimpa ujian demi ujian ke atasnya.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience