Bab 41

Romance Completed 51617

Bab 41

"Ahhhh!!!.Aku panggil.Kau buat tak tahu Adam!.sakit hati aku ni!!!!!"Linda melepaskan amarahnya pada stereng kereta.Mengingati apa yang berlaku di villa Dato Ridhwan benar-benar menganggu emosinya.Matanya sakit melihat Adam menarik tangan perempuan itu keluar dari rumah.Siapa Damia ini sebenarnya?.Aku kena siasat segera.Tapi bagaimana jika Damia bagitahu Adam apa yang aku lakukan?.Mesti Adam akan lakukan sesuatu padanya.Ah....!masakan perempuan itu berani buka mulut.Kali ini Linda begitu yakin.Dia meneruskan perjalanan menuju ke rumahnya.

"Linda,macam mana dengan Datin Suri?"Tanya Datin Qaira.

"Dia ok je."Jawab Linda acu tak acu.Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa.Hati masih panas.

"Kenapa anak mummy ni?"Datin Qaira cuba memujuk anak manjanya.Bukan perkara baru baginya jika Linda pulang dengan wajah begini.Pasti berkenaan Adam Harris.Bakal menantunya.

"Tak ada apalah.Linda penat.Linda bosan."Jawabnya sebelum bangkit meninggalkan mummy di ruang tamu.Dia melangkah menuju ke kamarnya.Terasa ingin pergi jauh seketika dari sini.Malas nak mengadap muka mereka yang hipokrit.Semuanya hanya menyakitkan hatinya.

******

"Mak Wan,Adam nak tanya sikit?"Tanya Adam sebaik sahaja masuk ke dapur selepas makan malam.Damia awal lagi telah dibenarkan berehat di bilik.

"Pasal Mia kan."Duga Mak Wan.Adam tersenyum mengangguk kepala.

"Sebenarnya Mak Wan nampak apa yang berlaku.Seperti yang Mak Wan pernah katakan dulu.Linda ni sesuatu sangat."

"Maksud Mak Wan?"Adam Harris kurang faham maksud yang cuba disampaikan oleh Mak Wan.

"Begini Adam.Tadi memang kerja Linda mencurahkan air kopi panas kat tangan Mia,Mak Wan tak sempat buat apa-apa sebab Mak Wan berada di belakang,tapi Mak Wan nampak semuanya.Kesian Mia.Apalah salah dia.Yanti dulu pun begitu juga.Mak Wan rasa dia cemburukan kamu barangkali.Emmm...entahlah."Jelas Mak Wan.Adam yang mendengar merasa panas telinga.Kau memang cari nahas Linda!.Berani kau sakiti bidadari aku.Kau akan kenal siapa Adam Harris selepas ini.Kau akan menyesal!.Adam segera pergi.Ada kerja penting yang perlu dia lunaskan.

******

Mentari pagi telah lama menegak.Seperti biasa,Linda masih lena diulit mimpi indah.Cahaya matahari yang mencuri masuk ke kamarnya sedikit menganggu lenanya.Dia membuka matanya kecil melihat cahaya yang menganggu lenanya.Dia mendengus marah.

Dengan malas,dia bangun dari pembaringan melangkah ke kamar mandi.Setelah membersihkan diri dan berpakaian ringkas.Linda keluar untuk mengisi perutnya yang kelaparan.

"Baru bangun Linda."Tegur Datin Qaira.

"Ala mummy ni,macam tak biasa"

"Awak tu dah nak kahwn,kenelah berubah.Bangun awal sikit."Bebel Datin Qaira.Linda hanya mencebik.Malas dia nak mendengar.Tumpuannya hanya pada makanan yang sedang disuapkan ke dalam mulut.

"Mummy,kejap lagi Linda nak pergi holiday.Maybe dalam dua minggu."

"What!.Kenapa nak bercuti waktu begini.Tolonglah Linda.Mummy ada banyak benda nak uruskan ni."

"Please mummy,Linda stress sangat sekarang ni.I need space.Sebelum Linda kahwin."Pujuk Linda membuatkan Datin Qaira tidak mampu berkata apa.Dia terpaksa akur untuk memberi ruang buat Linda.

Setelah bersiap,Linda keluar dari rumahnya menuju ke destinasi yang menenangkan jiwanya.Pastinya percutian ini dia tidak keseorangan.Ada yang sudi menemani merawat hatinya.

Dua minggu aku pergi bukan bermakna aku tewas Damia.Aku akan kembali membuatkan hidup kau seperti neraka!.Dia berhenti seketika di hentian rehat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Fendi.Setelah itu Fendi mengambil alih membawa keretanya ke negeri pantai timur.Senyuman terukir bahagia.Persis pasangan baru berkahwin lagak mereka.

******

Panggilan daripada orang harapan membuatkan Adam Harris menghentikan kerjanya.Segera panggilan itu dijawab.

"Bagus,ikut mereka.Jangan sampai mereka tahu.Faham!"Katanya sebelum menamatkan panggilan.Hujung bibirnya naik keatas.Rancangannya berjalan seperti yang diatur.Ikan telah menghampiri tali pancing.Tunggu masa untuk direntap.Dia akan pastikan rentapan kali ini akan terus membunuh ikan itu.Biar dia rasakan betapa sakitnya hati bila menyaksikan orang yang dia sayang disakiti tanpa sebab.Dendam mulai menular dalam dirinya.

Adam Harris kembali memberikan tumpuan kepada kerjanya.Lega hati dalam masa terdekat ini,Linda tidak akan muncul di depan matanya.Dapatlah dia memberi tumpuan kepada mama dan Mia.Rindulah pulak.Apalah yang Mia tengah buat sekarang.Sudah makan ubat ke belum?.Tangannya pantas mencapai telefon.Menanti panggilannya berjawab.Terdengar suara kecil Damia memberi salam.

"Mia tengah buat apa tu?"Tanya Adam sebaik sahaja menjawab salam dari isteri.

"Baru lepas makan ubat dan sekarang nak sapu krim dekat tangan ni"

"Boleh tolong abang tak?"

"Tolong apa tu,abang"

"Tolong ubatkan rindu abang".Jawab Adam Harris.Kau dah gila!Adam.

"Isk!,apalah abang ni.Sekarang masa kerja tau,jangan curi-curi tulang."Balas Damia.Walaupun di mulut seperti tidak meyukai kata-kata Adam.Namun di dalam hati melonjak kegembiraan.Aku dilambung cinta denganmu....suamiku.Panggilan terhenti saat Mak Wan datang ke kamarnya.Sempat dia mendengar rungutan dari Adam Harris.Dia tersenyum bahagia.

"Amboi,senyum panjang Mia,siapa yang telefon tu?."Tanya Mak Wan.

"Tiada siapalah Mak Wan.Itu mak angkat Mia."Jawab Damia.Maaf Mak Wan,Mia terpaksa bohong sunat.Detik hatinya.Rasa bersalah pula.

"Oh,Mak angkat."

"Iya,sejak kedua ibu ayah Mia tiada,jiran Mialah jadi tempat Mia bermanja."Mendengar cerita ringkas Damia membuatkan hati tua Mak Wan tersentuh.Dia mengusap rambut Damia.

"Mak Wan pun mak Mia juga tau.Ingat tu"Kata Mak Wan membuatkan Damia terharu.Pantas dia memeluk tubuh tua dihadapannya.Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana saat ibu kandungnya diambil,Allah hadirkan beberapa ibu untuknya menumpang kasih sayang,tempat bermanja.Airmata mengalir membasahi pipinya.

******

Mereka akhirya tiba ke destinasi yang bakal dinikmati.Keindahan malam hari di Tanjong Jara Resort mengamit kehadiran mereka.Percutian yang membahagiakan.Setelah mendaftar masuk,Linda dan pasangannya merehatkan diri di kamar.Menghilangkan lelah setelah melalui perjalanan yang panjang.Mentari telah pun melabuhkan tirainya.

Tanpa mereka sedari,ada yang mengekori dari tadi.Setelah memastikan di mana kamar Linda.Meor dan Lan kembali ke kamar mereka.Berehat sebentar.Sebelum melaporkan apa yang berlaku kepada Tuan Adam Harris.

"Kau rasa apa yang tuan nak kita lakukan Meor,"Lan memulakan bicara setelah masing-masing merehatkan diri di atas katil empuk.

"Entahlah Lan.Kerja kita ini bukannya macam orang lain.Rancangan sentiasa berubah.Yang penting kita kene sentiasa berhati-hati.Bahaya sentiasa bersahabat dengan kita tanpa kita sedari."Kata Meor mengingatkan rakan sekerjanya.

"Betul lah tu."Lan mengeluh.Bukan tiada pilihan tetapi dia memang sukakan cabaran kerana itu dia memilih kerja begini.Sentiasa mencabar dirinya.

"Sudahlah tu.Kita tidur dulu.Esok tunggu apa kata Tuan Adam."Balas Meor sebelum melelapkan mata yang semakin berat.

Berlalulah malam yang indah bermandikan cahaya bintang-bintang dilantai langit yang luas.Kerdipan bintang berkelip-kelip mengamit keindahan Ciptaan ILAHI yang sempurna.Angin malam bertiup lembut,bunyi deruan ombak menghempas pantai sesekali kedengaran semakin mendamaikan hati yang dibuai mimpi indah.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience