Bab 19

Romance Completed 51617

Bab 19

Cuaca pagi yang indah di hari Sabtu memberikan aura positif buat diri Adam Harris.Sambil menanti Damia bersiap,dia menghirup udara segar dari balkoni kediamannya.Mama dan papa telah berangkat ke London semalam.Peluang ini dia gunakan untuk membawa Damia keluar seketika dari suasana bingit kota metropolitan.

"Abang,Mia sudah siap."Mendengar suara si isteri,Adam segera berpaling.Hatinya berdegup kencang,dia terpegun melihat Siti Damia.Getaran yang dirasai cuba dilindungi,malu jika Damia dapat membaca hatinya saat ini.Diamati Damia sedalamnya hingga si isteri terasa janggal.Selendang biru lembut menutupi rambutnya,berbaju kurung Pahang berwarna dusty pink menyerlahkan keayuan asli Siti Damia.

Engkau tiba bagaikan pelangi,
Tak bercahaya namun kau berseri,
Tapi cukup menghiburkan hati ini....

Adam!!!kau dah kenapa?Semakin hari makin parah sakit angau kau ni.Seperti ada kedengaransuatu suara berbisik ditelinga Adam Harris.Segera Adam kembali ke alam nyata.

"Ok.Jom kita gerak sekarang."Kata Adam menyembunyikan rasa hatinya.Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kenderaan.Perjalanan mereka mengambil masa hampir empat jam kerana berlaku kemalangan jalan raya selepas exit Nilai.

Kehadiran mereka di sambut dengan wajah kegembiraan kedua orang tua angkat Adam.Mak Ani memeluk erat Damia.Ada kerinduan dalam pelukan itu.Baba Bakar juga seperti isterinya.Menghilangkan perasaan rindu kepada Adam Harris.

"Adam,bawalah Mia ke bilik.Kamu berehat dulu."Mak Ani bersuara.Kesian dia melihat wajah kepenatan Damia.Adam akur dan mengajak isterinya ke kamar yang sering dia diami jika bertandang ke situ.Damia semakin berdebar.Adakah dia perlu lakukan semuanya seperti di rumah Mak Nani.Adam mendengar keluhan kecil isterinya.Dia sudah dapat jangkaan apa yang difikirkan oleh isterinya.Memang inilah sebab dia bawa Damia ke sini.Jika di rumah sendiri,pastinya kamar mereka terpisah kerana dirinya juga.

"Mia,baring dulu.Abang hendak mandi dulu.Kata Adam sabaik sahaja meletakkan beg pakaian mereka disudut tepi bilik.Adam mencapai tuala dan keluar semula.Damia menarik nafas lega.Baik aku tidur dulu sebelum Abang Adam habis mandi.

Sementara itu,Adam dikamar mandi ketawa kecil membayangkan riak wajah isterinya.Tunggu Mia,kejap lagi abang akan buat hidup Mia seperti roller coaster.Setelah dia segarkan tubuh badan,Adam melangkah perlahan-lahan ke kamar kelamin meraka.Kelibat baba dan mak tidak kelihatan.Mungkin mereka berada di kebun belakang rumah mengait buah rambutan.Rezeki Adam dan Damia.Pintu kamar dibuka perlahan,bimbang menganggu lena Damia.

Matanya tertumpu ke arah batang tubuh Damia yang membelakanginya.Lenakah tidurmu Mia?.Sebentar lagi pasti kau akan mimpikan aku.Adam perlahan-lahan naik ke atas katil.Sebaik sahaja dia menegangkan badan untuk merehatkan urat-urat badan,Damia disisi mula bergerak sedikit.Tanpa sempat Adam bertindak,Damia menoleh dan tangan kanan kiri Damia memeluk dadanya yang bidang.Adam tergamam seketika.Siapa pula yang naik roller coaster ini?.Adam monolog lagi.Dia pasrah dengan ketidak sengajaan isterinya.Matanya mulai layu,rasa penat memandu menguasai dirinya.Dia terbuai dengan gelodak seribu satu keinginan yang tidak kesampaian.Membiarkan kepala Damia ditangan kanannya.Sungguh dia terlalu rindukan keadaan ini.Rindukan diperlakukan sebegini.Adang sayangkan Mia.Lenanya bermimpikan yang indah.

Damia membuka matanya perlahan-lahan,terasa pinggangnya seperti ada sesuatu.Alamak!apa yang aku dan lakukan.Damia menahan nafasnya.Bimbang hembusan nafasnya menganggu lena Adam.Tangan kanan Adam melingkari pinggangnya sementara itu dia sendiri lena berbantalkan lengan kiri suaminya.Terlalu dekat muka mereka.Macam mana aku nak buat ni?.

Adam merasai pergerakan tubuh Damia,namun dia masih belum mahu melepaskan tangan kanan yang masih memeluk erat pinggang isterinya.Dia membuka mata menatap wajah Damia.Berubah warna kulit si isteri saat mata mereka bertentang.Adam menghadiahkan senyuman buat Damia.

"Abang,tolonglah lepaskan Mia.Mia nak bangun."Ada getaran dalam nada suara Damia.Sungguh dia berasa seram sejuk berada di dalam dakapan suami.Perasaan yang belum pernah dirasai sebelum ini.Dalam takut ada terpalit keinginan.Dalam malu ada rasa mahu.Apakah makna perasaan ini?.

"Jika abang tidak mahu lepaskan macam mana?."Adam menduga Damia.Kerutan dahi Damia menyerlahkan separuh rasa dari segala rasa yang dia sedang alami.

"Janganlah begini abang.Tolonglah."Damia mula merayu.Kali ini dia mengaku kalah dengan serangan Adam.Dia terjerat dalam pelukan suami.Adam tersenyum bangga dengan kemenangan yang diperoleh.Seronok naik roller coaster wahai isteriku.Kenyitan mata Adam sekali lagi menjerat Damia.Pelukan mulai direnggangkan,tanpa menunggu lama.Pantas Damia bangkit berdiri disisi katil.Selendang disarungkan,tuala dicapai dan terus keluar dari kubu Adam.bahaya duduk lama-lama dalam tu.

******

Tengahari itu mereka menjamu selera bersama.Damia kelihatan begitu ceria bercerita dan bersembang bersama Mak Ani.Adam hanya memerhatikan bagaimana begitu mudah isterinya mencuri hati orang-orang yang penting dalam hidupnya.Mampukah Damia mencuri hati papa dan mama?.Persoalan yang masih tiada jawapan.

"Tengok apa tu,Adam?'.Tegur Baba Bakar membuatkan Adam tersentak.Lamunannya terhenti.Tersengih dia melihat ayah angkatnya.Kantoilah pulak!.

"Eh,tak ada apalah baba."Adam cuba selindung,malulah jika baba dapat meneka dengantepat apa yang dirasakan saat ini.Baba Bakar tersenyum sambil menggeleng kepala.Walaupun dia telah berusia,namun untuk meneka gelora dihati muda anak angkatnya bukanlah sesuatu yang sukar.Mudah untuk dia membaca riak hati Adam Harris.

"Bagaimana dengan papa dan mama Adam.Mereka sihat?".

"Alhamdulillah,mereka sihat sahaja,sekarang ini mereka berada di London."Balas Adam bersahaja.Sebolehnya dia tidak mahu memikirkan tentang mama dan papa.Hatinya terasa begitu sakit.Baba Bakar merenung wajah Adam.Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.Gerak hati tua Baba Bakar.Mereka berbual tentang perkembangan aktiviti masing-masing hingga tiba waktu solat.Seperti kebiasaan Baba Bakar akan ke surau.Kali ini,Adam harris menemani ayah angkatnya.Damia dan Mak Ani solat di rumah sahaja.

Masa berlalu begitu pantas tanpa menyedari senja mula menampakkan mula menampakkan dirinya.Damia yang masih leka mengutip buah rambutan tidak perasan Adam dibelakangnya.Mulutnya sedang menikmati kesedapan buah rambutan gading.Warna kuning keemasan,isinya putih dan rasanya yang manis melekakannya.

Tanpa disedarinya,kakinya terpijak dahan hingga menyebabkan dia gagal mengimbangkan badannya.Mujur Adam Harris sempat memeluk pinggangnya sekali lagi.Damia tergamam.Adam sempat mengenyitkan matanya.Naik roller coaster lagi sayangku Damia.Bisik hati nakal Adam.Merah padam wajah isterinya menahan malu.

"Sudah-sudahlah tu Adam.Kesian Mia tu."Ajuk Mak Ani.Terhibur melihat adegan manja anak menantu.Baba Bakar hanya mampu tersenyum melihatkan mereka.

"Sudahlah tu,dah nak maghrib ni."Katanya.Mereka nerempat berjalan beriiringan menuju ke rumah.Damia mengutuk dirinya sendiri.Kenapalah aku boleh leka sangat.Seronok pulak abang Adam kenakan aku.Tunggu ye Mr Adam Harris,ini Hang Jebat sudah datang.Dia cuba merangka agenda lain sebagai membalas serangan Adam.

******

Selesai solat isyak,Damia membantu Mak Ani di dapur menyiapakan makanan malam mereka sekeluarga.Menu wajib setiap kali Adam bertandang,asam pedas ikan kembung,sayur ulam raja,timun dan ikan talapia goreng siap terhidang di atas meja.Mereka berdua menanti kepulangan suami masing-masing dari suaru.

"Assalamualaikum,"terdengar suara Baba Bakar memberi salam sebaik sahaja memasukki rumah.Mak Ani segera menjawab salam suaminya,senyuman diukir buat tatapan si suami.Damia hanya memerhati,kagum dengan pasangan ini sama seperti Pak Samad dan Mak Nani.Bezanya keluarga angkatnya tiada zuriat manakala keluarga angkat mentuanya ini pernah ada zuriat sendiri.Terasa rindu dengan kedua ibu anyah angkatnya.Hajat hati ingin jua pergi menziarahi mereka namun tidak kesampaian kerana keduanya telah pergi mengikuti rombongan ke Kelantan.Shopping sakanlah Mak Nani.

Mereka berempat duduk menjamu selera bersama sambil berbual mesra.Damia memilih duduk disebelah Mak Ani dan berdepan dengan Adam Harris.Sesekali matanya mencuri pandang suaminya.Merancang sesuatu untuk membalas serangan.

Tiba-tiba Adam tersedak,hampir tersembur makanan di dalam mulutnya.Dada terasa perit dek tersedak asam pedas.Matanya berpinar.Mujur makanan sempat ditelan.Sempat matanya menangkap susuk tubuh dihadapanya.Kau memang cari nahas Damia!siap kau!.Melihat senyuman nakal Damia membuatkan hati lelakinya bergelora.Masakan tidak,sedang rancak dia berbual dengan Baba Bakar dan Mak Ani,terasa ada sesuatu sedang menjalar dari kaki hingga ke pangkal pehanya.Sempat matanya mencuri pandang kaki Damia yang sedang asyik memainkan peranan mengoda jiwanya.

"Nah.minum dulu abang,gelojoh sangat makan tu."Damia sempat berseloroh.Menyembunyikan perbuatannya.Hah! rasakan penangan Hang Jebat wahai Mr suami.Ini baru sikit.Lepas ini bakal meyusul beberapa serangan lagi.Mak Ani dan Baba Bakar terhibur dengan kata-kata Damia.Mereka yakin pasangan baru ini pasti sedang melalui frasa bahagia dalam perkahwinan.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience