Bab 43

Romance Completed 51617

Bab 43

Damia yang sedang leka membasuh pinggan mangkuk terkejut disapa oleh Adam yang menyelinap ke dapur.

"Kenapa ni.Nak sup ayam lagi ke?"Perli Damia.Adam tersengih malu.

"Janganlah perli abang macam tu."

"Habis tu nak apa?.Bahayalah sekarang ni."Damia menjadi serba salah.Mujur Mak Wan telah ke biliknya.

"Abang nak asam pedas tu.Ada lagi tak?"Pinta Adam.Damia menahan rasa gelihati.Tu lah,tadi berlagak sangat.Sekarang merayu-rayu pulak.

"Ada atas meja tu."Kata Damia sambil menunjukkan baki lauk di atas meja di dapur.Tanpa mempedulikan Damia,Adam terus mencapai pinggan dan mengisi sedikit nasi putih dan terus mengadap asam pedas pari.Dari tadi dia menahan rasa.Ego meninggi akhirnya kecundang dek penangan air tangan Damia. Selesai Damia membasuh pinggan dia berpaling dan terlihat Adam umpama ikan paus yang terdampar disisir pantai.Baki lauk telah licin dikerjakannya.Adam yang kekenyangan bersandar di kerusi.Damia mengeleng kepala melihat apa yang dihadapannya.

"Abang,bangkitlah.Sudah zuhur ni."

"Sedap sangatlah asam pedas ni."

"Oklah,nanti Mia masakkan lagi untuk abang ye,sekarang tolonglah naik dulu,solat."

"Oklah.Jom kita solat sama-sama."

"Emmm,tak boleh.Abang solat sorang ye."

"Emmm,iyer lah tu."Kata Adam dengan gaya merajuk melangkah malas keluar dari dapur.Damia hanya senyum melihat mr suami yang semakin hari semakin manja.Berbeza sewaktu awal perkenalan mereka.Adakah ini tanda-tanda cinta semakin bersemi.Aduh Damia.Sedarlah diri di mana tempat kau.Bisik hatinya.

******

Setelah selesai solat zuhur,Adam membelek telefon.Segala mesej bergambar yang di hantar oleh Meor disimpan rapi.Bakal digunakan kelak.Mesra Linda bersama kekasih gelapnya.Jika mama melihat foto ini,pasti mama sendiri yang akan batalkan semuanya.

Danny!.Teringat akan sahabat sejatinya.Sudah lama dia tidak ketemu dengan Danial.kali terakhir bertemu dengan Danny,dia diberitahu yang Danny akan ke London atas urusan kerja selama seminggu.Nombor didail.

Setelah berbual seketika,Adam mengemaskan diri di hadapan cermin,dia perlu ke pejabat semula.Adam keluar dari kamarnya,dia berhenti seketika di hadapan pintu bilik Damia.Ah! tak sempat.Adm Harris terus berlalu pergi.Sebaik sahaja menaiki kereta,dia menelefon Damia.Mujur panggilannya berjawab.

"Kenapa abang call ni?"

"Eh,telefon isteri sendiri pun tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh,boleh sangat."Balas Damia.

" Mia,Abang tak balik malam ni ye.Malam ni abang tidur dekat kondo.Nanti malam Mia tak boleh tidur,call abang tau.Nanti abang boleh tolong tidurkan."Mendengar kata-kata Adam membuatkan Damia ingin menghambur tawanya.Dia cuba menahan rasa itu.Siapa yang curi-curi masuk bilik ni jika bukan En Suami.Pastu cakap kita pulak yang tak boleh tidur.

"Isk!..mengadalah abang ni.Jangan macam -macam ye."Terdengar Adam ketawa.

"Abang pun malam nanti jangan mengigaukan Mia tau.Manalah tau lau tiba-tiba mengigau sampai ke sini."

"Mia......"Adam menahan rasa.Main kasar anak jati Melaka ni.Nantilah bila tiba masanya,taulah abang nak ajar macam mana.Panggilan ditamatkan setelah Adam memberi salam.Damia tersenyum bahagia.Inikah yang dikatakan CINTA!.Terasa amat manis sekali walau sedang menghirup air yang pahit.Benarlah kata pepatah 'mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang'.Mia,benarkah ini orangnya yang sepatutnya kau berikan rasa itu.Damia semakin diasak pelbagai rasa.Naluri dan keinginan kadang-kadang seiring.Adakalanya tidak sehaluan.Dia mengeluh diakhirnya.Membiarkan rasa itu tanpa menafsirkan maksud tersurat dan tersirat rasa hati saat ini.Biarlah rahsia bak kata Mak Iti.Damia merebahkan diri diatas katil empuk,merehatkan diri seketika.

******

"Wah!makin berseri bakal pengantin kita ni "Usik Danial sebaik sahaja bertemu dengan Adam Harris.Muka yang ceria tadi bertukar menjadi kelat.Adam mencebik sahabatnya.Ada yang kene penumbuk kejap lagi ni.Detik hatinya.

"Bila last kau makan penumbuk aku"Danial ketawa terbahak-bahak membuatkan Adam semakin geram.

"Rilekslah bro.Aku usha sikit,kau dah sentap"

"Ini bukan usha,kau memang meminta"

"Ah!!! tak perlu cakap banyak.Jom kita buktikan siapa yang pancit"Cabar Danial.Adam tersengih melihat semangat juang Danial.Kau silap pencaturan,Danny.Aku Adam Harris.Juara berturut-turut dari zaman sekolah hingga sekarang.Dari raket badminton cap ayam hingga yang berjemana semuanya telah aku genggam.Adam dan Danial beradu tenaga petang itu di gelanggang badminton.

Setelah berlawan dua set permainan,Danial akhirnya mengaku kalah.Bukan mudah untuk mengalahkan Adam Harris.Sambil menghilangkan lelah di kerusi rehat,mereka berbual.

"Mama kau macam mana?"

"Alhamdulillah,Dah boleh berjalan."Jawab Adam termegah-megah.

"Nampaknya lepas ni,plan mama still berjalan ke"Berkerut dahi Adam.

"Plan apa pulak ni."

"Plan nak kawinkan kau dengan Linda"

"Ah...tak mungkin terjadi."

"Kenapa kau cakap begini.Apa yang telah berlaku?"

"Tak ada apa.Saja aku cakap macam tu.Manalah tau betul-betul tak jadi"Balas Adam bersahaja.Dia menggangkat beg dan terus berlalu meninggalkan Danial yang masih terpinga-pinga.

"Wei,kau nak bertapa dekat kerusi tu sampai kurun ke berapa?"Jerit Adam membuatkan Danial mengetap bibir menahan marah.Dia menyusuli Adam.

******

"Mak Wan tengah buat apa tu?."Tanya Damia sebaik sahaja masuk ke dapur.

"Adam nak datang dengan Danial.Tu yang Mak Wan buatkan air untuk dia orang."

"Oooo,Tak pe lah,Biar Mia buatkan.Kesian Mak Wan mesti dah penat."Balas Damia terus mencapai teko.Mak Wan mengalah dan membiarkan Damia membancuh kopi untuk dua sahabat yang bakal tiba sebentar sahaja lagi.

Setelah siap,Damia menyusun di dalam dulang.Dari arah ruang tamu,kedengaran suara Adam.Damia memandang Mak wan.

"Mia bawakan air lah,Mak Wan masuk bilik dulu ye.Mengantuk sangat ni."Ujar Mak Wan seolah memberi dia peluang melepaskan rindu kepada si suami.Jika tengahari tadi dia seperti jual mahal dengan Adam,kini dia akui terasa rindu pula.

Damia mengangkat dulang dan mengatur langkah ke ruang tamu.Datin dan dato leka berbual denganAdam dan seorang lelaki.Damia tidak mempedulikan lelaki yang duduk bersebelahan Adam.Dia hanya mencuri pandang Adam Harris untuk merawat rindu yang mulai terbit didalam hati.

Air kopi yang telah dituang ke dalam cawan,diserahkan kepada setiap yang ada di ruang tamu.Pandangan mereka bertemu,disaat Damia menghulurkan secawan kopi kepada Adam.Sempat Adam bermain mata dengan Damia.Sebagai membalas,Damia mengigit bibir bawahnya menahan marah.Adam Harris semakin tidak keruan melihat isterinya buat begitu.Tanpa mereka sedari,ada mata yang sedang memandang dengan pandangan yang bermakna.Damia berlalu pergi.Pandangan itu terus mengekori langkah Damia.

"Danny,jangan sampai tertanggal kepala kamu tu."Usik Dato Ridhwan membuatkan Danial tersipu kambing.Adam terpinga-pinga melihat Danny.

"Maaf uncle,cantik sangat nurse auntie.Kenapa tak bagitahu Danny awal-awal.Boleh Danny datang setiap hari."

"Isk kamu ni,dari dulu sampai sekarang ,pantang melihat dahi licin."

"Ala auntie,kenalkan siapakah gerangan gadis itu.Danny sudah gila bayang ni".Kata-kata Danial membuatkan dato dan datin ketawa.Hanya Adam yang diam membisu menahan marah.Jika kemarin dia cemburukan papa,kini sahabat sendiri yang mengaku sukakan isterinya.Macam mana ni?.Adam semakin rasa sesak dadanya.Air kopi yang dihirupnya hambar.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience