Bab 35

Romance Completed 51617

Bab 35

Cahaya mentari pagi mulai memancarkan cahaya di segenap ruang bumi yang masih sudi menerima kehadirannya.Pagi yang diiringi dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut pipi Damia yang sedang asyik menghirup udara yang menyegarkan dibalkoni kondo.

Tanpa disedari,Adam dari tadi memerhatikan dirinya.Sambil tangannya dinaikkan ke atas,nafas ditarik,ditahan seketika dan dilepaskan perlahan.Diulangi beberapa kali sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Matanya bersatu dengan mata Adam Harris.Kelu tanpa sebarang kata-kata.Langkah terkunci rapat.Terasa malu diperlakukan demikian.Bila masa pulak mamat ni keluar dari bilik.Kutuk Damia di dalam hatinya.

"Buat apa tu?"Tanya Adam bersahaja.Matanya masih meneroka tubuh isterinya.

"Tengah siram pokok."Balas Damia lalu segera bergerak ke dapur.Sarapan pagi telah tersedia di atas meja.Hujung bibir Adam Harris naik keatas.Dia mengekori Damia dari belakang.

Sambil menjamu sarapan,Damia mencuri pandang suaminya.Hatinya masih berbelah bagi.Jika tidak disuarakan hatinya semakin berat menahan rasa.Jika diluahkan takut mengundang amarah Adam.

Adam hanya memerhatikan isterinya dari ekor mata.Entah apalah yang menganggu fikiran Mia pagi-pagi ini.Seingatnya malam tadi,dia masih tidak melakukan apa-apa.Adam cuba berlagak biasa,tidak mahu Damia berasa janggal.Suapan demi suapan disuakan ke mulutnya.Setelah selesai,air kopi dihirup perlahan.Sedap.

"Kenapa Mia.Dari tadi abang tengok Mia tak senang duduk."Tanya Adam memulakan perbualan.Damia menarik nafas dalam-dalam.Nekad.

"Maaf Mia hanya ingin berikan cadangan."

"Cadangan apa itu."Adam semakin berminat ingin tahu.Jarang Damia mengutarakan pendapat.

"Begini abang..."Sekali lagi nafasnya ditarik sedalamnya.Hatinya mula berdebar.Adam memandang tepat ke anak matanya.Pandangan yang bisa menikam.Mematikan setiap kata-kata yang tersusun rapi di benak fikirannya sebelum ini hilang semuanya.

"Jika abang izinkan,Mia sudi menjaga mama."Sebaris kata-kata memerlukan masa yang lama untuk dia lontarkan kata-kata itu keluar dari peti suaranya.Keadaan menjadi sepi kembali.Damia yang dari tadi menundukkan pandangan matanya semakin diasak rasa bersalah.Kecut perutnya.Jika diam begini,tahulah dia yang keadaan tidak menyebelahi dirinya saat ini.

"Tidak!"Pendek jawapan Adam.Damia cuba menahan diri.Namun suara hatinya tidak membenarkan dirinya bertindak demikian.

"Kenapa abang tidak mahu Mia jaga.Mia tidak minta apa pun,Mia ikhlas untuk menjaga mama."Kali ini mata mereka bersatu lagi.Cuma mata Adam ada terbit api.Ya!api kemarahan sedang marak memenuhi seluruh anak matanya.

"Kenapa kau tak nak dengar cakap ni!.Kau nak sangat jaga mama sebab kau nak merasa duduk di rumah yang lagi besar kan."Terlontar kata-kata yang cukup menusuk hati kecil Damia.Tergamam Damia seketika.Tergamak Adam menyatakan demikian.

"Terima kasih kerana sedarkan Mia siapa diri Mia sebenarnya."Balas Damia dan terus berlalu pergi.Hatinya teramat sakit saat ini.Kedengaran suara Adam memanggilnya.Biarlah!Sebaik sahaja melangkah ke pintu biliknya sebelum ini.Belum pun sempat dia menutup kembali pintu itu,Adam menghalang dengan tangan kasarnya.Damia berusaha untuk menutupnya.Namun tenaganya tidak mampu melawan tenaga Adam Harris.Tubuhnya tertolak hingga kepalanya terhantuk ke bucu katil.Dahinya terasa sakit.Pandangan Damia mulai berpinar-pinar.Panggilan yang garang dari tadi mulai bertukar nada.Tangan kanannya memegang dahi.Panas dan basah.Pandangan menjadi kelam.Mia......suara Adam semakin tidak kedengaran.

******

Adam melihat sekujur tubuh isterinya yang sedang berbaring lemah diatas katil.Dahinya berbalut.Luka akibat ditolak sebentar tadi.Tidak terlintas langsung difikirannya untuk mengasari isterinya.Hatinya tidak ingin bertindak demikian.

Dia menjadi tidak keruan dengan hajat Damia.Bukan dia tidak mahu Damia menjaga mama.Sudah pasti dialah insan pertama yang inginkan perkara itu menjadi kenyataan.Namun dia harus memikirkan keselamatan Damia.Jika Yanti pun tidak tahan dikecam Linda,bagaimana pula jika Damia juga diperlakukan demikian.Sungguh Adam tidak sanggup melihat perkara itu terjadi.Hatinya menjadi takut.Maafkan abang Mia.

Menjelang jam sepuluh pagi,Damia mulai membuka matanya.Dahinya terasa masih sakit.Dia cuba mengingati apa yang terjadi.Pandangan matanya bertaut lagi.Rupanya Adam masih setia duduk disisinya.Menatap wajahnya.Pandangan wajah Adam amat meruntum hatinya.Ada sisa tangisan berbekas dipipi Adam.Hati Damia menjadi sayu.Salahkan kata-kataku?.

"Mia,maafkan kata-kata abang dan tindakan abang tadi.Bukan itu maksud abang sebenarnya."Jelas Adam sambil tangannya memaut tangan isterinya.Dikucup berkali-kali.Damia hanya diam tanpa sebarang kata-kata.Matanya hanya memandang segala kelakuan Adam.

"Abang,Mia tidak tahu besar atau kecil rumah mama abang kerana Mia tidak pernah mengenali mereka.Niat Mia cuma satu,ikhlas untuk menjaga mentua Mia dalam masa yang sama,Mia hanya ada mama abang sebagai penganti ibu Mia.Salahkan jika Mia ingin meminjam sedikit kasih sayang dari mama abang?.Jika abang tidak izinkan.Mia tidak akan pinta apa-apa lagi."Kata Damia perlahan.Airmatanya mulai bertakung dikolam matanya.Adam tidak mampu untuk membalas kata-kata isterinya.Laju airmatanya mengalir.

Maafkan abang Damia,abang berdosa terhadapmu.Tubuh isterinya dirangkul.Dipeluk erat.

******

Setelah siap mengemaskan barangnya,zip beg ditarik.Dia memandang sekeliling kamar itu.Pastinya dia bakal rindukan kamar ini.Dia berdiri memandang wajahnya di cermin.Dahi masih bertampal namun sakitnya sudah berkurangan.Pintu bilik dibuka.Adam berdiri memandang sayu isterinya.Hatinya terasa berat.Namun dia tiada pilihan lagi.Terpaksa akur.Senyuman terukir diwajah Damia.

"Abang jangan risau.Niat Mia hendak mama abang sihat kembali.Mia akan jaga sebaik mungkin."Damia cuba menyakinkan suaminya.Dia nekad peluang yang bakal diperoleh tidak akan disia-siakan.Jujurnya dia merindui ibu.Inilah peluang untuk dia menumpang kasih seorang ibu dari ibu mentuanya.Tidak mengapa jika Adam mahu merahsiakan statusnya.Dia tidak kisah.

Adam Harris melangkah dekati isterinya.Tubuh itu dipeluk erat.Terasa bersalah melakukan kekasaran pada gadis sebaik Siti Damia.Jika diberi pilihan,dia tidak sanggup membiarkan Damia pergi.Namun dia tidak sanggup melukakan lagi hati Damia.Sungguh hatinya berat untuk berjauhan dengan isterinya.Aku sudah dilambung ombak cintakah?.

"Jom kita pergi."Kata Damia menyedarkan lamunan Adam.Adam melepaskan tubuh isteri.Beg Damia diangkatnya.Langkah mereka diatur bersama.Meninggalkan kondo menuju ke villa Dato Ridhwan.

Sepanjang perjalanan Damia hanya berdiam diri.Debaran di hati semakin dirasakan.Bertambah kuat degupan jantungnya setiap kali Adam menyentuh jari jemarinya.Sesekali tangan Adam mengenggam erat jari jemarinya.Damia membiarkan sahaja.Dia juga terasa sebak.Entah apa yang bakal terjadi nanti.Dia tidak pasti.Namun dia akan tetap hadapi.Nekad.

Kereta Adam Harris memasukki perkarangan villa Dato Ridhwan.Setelah enjin dimatikan.Adam memandang sayu wajah Damia,hanya matanya yang mampu menyatakan kegusaran hatinya.Kali ini jari jemari Damia seolah berkata-kata.Erat menggenggam jari suaminya.Mereka berdua melepaskan segala keluhan,bersama keluar dari perut kereta.Damia memandang sekeliling taman hijau yang menghiasi kawasan kediaman mentuanya.Rumput hijau yang segar.Seperti memanggilnya untuk beramah mesra.Senyuman diukirkan.Adam mengambil beg pakaian Damia di tempat duduk belakang dan berjalan memasuki ke dalam rumah.Damia mengekorinya.Salam diberikan.

"Masuklah Adam."Pelawa Mak Wan.Matanya menangkap tubuh gadis dibelakang Adam.

"Jemput masuk nak."

"Terima kasih makcik."Balas Damia.Tangannya bersalaman dengan Mak Wan.Mereka menuju ke ruang tamu.Disitu Dato Ridhwan dan Datin Suri telah sedia menanti.Adam meletakkan beg pakaian Damia disisi sofa tunggal.Damia berjalan bersama Mak Wan berhenti di belakang Adam.

Dato Ridhwan dan Datin Suri memandang Damia,senyuman terukir diwajah Datin.Mak Wan berlalu pergi meninggalkan mereka.Dato Ridhwan mempersilakan Damia duduk.Sebelum duduk,Damia menghulurkan tangan bersalaman dengan Datin Suri.Tangan Datin dikucup.Dato Ridhwan dan Adam Harris hanya memerhatikan.Adam berasa sebak.

"Siapa nama kamu?"Tanya Datin Suri.

"Nama saya Siti Damia.Datin boleh panggil saya Mia sahaja."Damia membalas,senyuman diukir manis.

Datin!...pandai Mia berlakon.Sepatutnya bukan 'Datin' tetapi 'mama' sayang.Maafkan abang atas semua ini.Hati Adam semakin diasak rasa bersalah pada Damia.Kedengaran suara Baba Bakar yang sering menasihatkan dirinya.Adilkah semua ini untuk Damia?.

"Adam!"Terkejut Adam disergah papa.

"Kamu ni dah kenapa.Dari tadi papa panggil kau tak menyahut.Jom makan."Adam melihat dihadapannya kosong.Mana Damia?.Matanya melilau mencari Damia.

"Tu hah.Tengah menolak wheel chair mama."Balas papa seperti memahami apa yang dicari oleh anaknya.Adam tersengih cuba menyembunyikan resah dihati.Matanya menangkap kemesraan yang telah terbina diantara Damia dan mama.Sedikit kelegaan dihatinya.Adam Harris bangkit menyusuri papa dari belakang.

Damia membantu Mak Wan menghidangkan makanan.Kelihatan dia tidak kekok dengan kerja dapur.Datin Suri memerhatikan dengan hati yang senang.Moga kali ini pembantu ini berkekalanlah.Tengah hari itu mereka berempat menjamu selera bersama.Mentua,anak dan menantu buat pertama kali makan bersama.Tetapi kedua mentua itu tidak tahu status sebenar Damia.Setelah selesai makan,seperti biasa Damia membantu mengemaskan sisa makanan.Adam membawa mama ke ruang tamu.Papa mengekori mereka.

Tanpa disedari Adam,Linda membuka pintu dan masuk kedalam.Datin Suri agak terkejut dengan kehadiran linda tetap menyambut baik bakal menantunya.Adam menjadi serba salah.Janganlah Damia keluar saat ini.Hatinya berbisik.Pandangan matanya tertumpu di arah dapur.Linda melabuhkan punggungnya disebelah tunangnya.

"Linda dari mana tadi."

"Dari rumah auntie.Mama kirim salam."

"Linda sudah makan?.Kami baru sahaja selesai tadi."

"Sudah uncle,Linda singgah sekejap.Mama suruh bagi design kad ni dekat auntie untuk dipilih."Kata Linda sambil tangannya mengeluarkan beberapa keping contoh kad kahwin.Adam disebelahnya tidak sedikit pun memberikan tumpuan.Wajahnya menjadi pucat melihat susuk tubuh isterinya yang sedang membawa dulang.

"Oh Linda,ini auntie kenalkan.Damia ."Datin Suri memperkenalkan pembantu baru kepada bakal menantu.Wajah Linda berubah.Adam perasan akan perubahan wajah Linda.Damia memandang sambil menghadiahkan senyuman buat wanita bergaya moden disebelah suaminya.

Setelah meletakkan dulang minuman diatas meja,Damia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Linda.Adam kaget.Linda bangkit dan menyambut tangan Damia.Pandangan mata Linda seperti ingin menerkam Damia.Namun Damia menyambut pandangan itu dengan senyuman manis.Hati Linda terbakar,genggaman tangan Linda semakin meyakitkan Damia.Adam melihat wajah isterinya mulai berkerut.

"Linda,duduk dulu." Kata Adam membuatkan Linda melepaskan genggamannya.Adam menarik nafas lega.Damia menahan rasa sakit ditangannya.

"Mia,kenalkan ini tunang Tuan Adam."Datin Suri akhirnya bersuara.Adam hilang kata-kata.Pandangan Damia dan Adam bersatu.Tunang!sejak bila mereka bertunang.Adakah aku menjadi penghalang?.Damia semakin diasak rasa bersalah.Cuba mencari penjelasan dari Adam.Jika mereka telah bertunang,kenapa abang sanggup menikahinya.Damia tidak sanggup lagi.Dia bingkas bangun meninggalkan yang lain menuju ke dapur.Dia menahan air mata dari tumpah membasahi pipinya.

"Mak Wan,boleh saya tau dimana bilik saya."

"Oh,maafkan Mak Wan Mia.Lupa pulak Mak Wan nak tunjukkan.Marilah ikut Mak Wan naik atas."Damia mengekori Mak Wan menaiki anak tangga tanpa melihat apa yang sedang berlaku diruang tamu.Hatinya semakin sakit setiap kali mendengar ketawa Linda.

Adam hanya memerhatikan Damia menaiki anak tangga.Banyak perkara yang dia perlu jelaskan.Sungguh dia tidak sangka Linda akan munculkan diri seawal ini.Abang akan jelaskan semuanya pada Mia.Detik hati Adam Harris.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience