Bab 3

Romance Completed 51617

Bab 3

Lewat petang ,Adam selesai urusan di tapak projek resort.Perbincangan bersama Encik Bakri berakhir dengan baik,projek resort telah bermula dan dijangka selesai dan mula beroperasi dalam tempoh setahun setengah lagi.Moga semuanya dapat terlaksana seperti yang dirancang.Adam memandu pulang ke rumah baba Bakar.Hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas solat isyak,dipandu jaguar hitamnya melewati persisiran pantai.Senja yang mendamaikan,suasana kampung yang tenang.Adam tiba hampir jam 7.10 malam.Baba Bakar telah bersiap sedia untuk ke surau.Adam segera membersihkan diri dan pergi ke surau bersama ayah angkatnya.Selesai bersolat,mereka pulang ke rumah.Mak Ani telah menyiapkan makanan,mereka menjamu bersama.Sebelum Adam pulang,sempat juga mak Ani mengirim beberapa buah tangan untuk datin Suri.Adam bersalaman dengan baba Bakar.

“Terima kasih baba dan mak,sudi melayan kerenah Adam ni,”kata Adam sewaktu hendak memasuki kereta.

“Mak suka layan kerenah Adam.Lepas ni jangan serik datang sini tau.Manalah tau lepas ni datang berteman pulak.”Sempat Mak Ani mengusik Adam.Adam senyum tersipu malu.Baba Bakar tersenyum seolah mengiakan kata-kata isterinya.Adam memandu kerete menuju ke surau,baba Bakar mengekori dengan menaiki motor.Selesai bersolat,Adam bersalaman dengan jemaah.

“Saya pulang dulu baba.Insyaallah segala nasihat baba akan Adam ikut.Doakn Adam yeh.”Kata Adam sebelum memohon diri pulang.

“Insyaallah Adam.kamu akan temui apa yang kamu inginkan.Jangan lupa sentiasa dekatkan diri dengan Allah swt.”Nasihat baba Bakar.Adam mengangguk kepala.Mereka bersalaman dan Adam berlalu pergi.

******

Perlahan lahan Damia membuka kelopak matanya,dia cuba mengingati apa yang berlaku kepada dirinya.Dia memandang sekelilingnya,suasana di dalam bilik itu terlalu asing buatnya.Tangan Damia terasa perit,mereka telah mengikatnya.Damia tidak pasti apa yang telah berlaku kepadanya,dia pasrah.Saat ini dia nekad untuk melepaskan diri dari menjadi mangsa Kamal dan Taha.Damia cuba membuka ikatan tangannya.Setelah dicuba beberapa kali,akhirnya ikatan berjaya dilepaskan.Matanya memandang ke arah pintu bilik.Bimbang Kamal muncul.Damia melangkah ke arah pintu perlahan-lahan,dia cuba mendengar sebarang suara diluar.Manalah tahu jika Kamal masih berada di dalam rumah itu,pasti sukar untuknya melepaskan diri.Setelah yakin tiada sesiapa,Damia membuka pintu.Dia berjalan laju menuju ke pintu utama.Dibukanya pintu utama dan segera meloloskan diri.Dia perlu pantas sebelum Kamal dan Taha menyedari kehilangannya.Damia terus berlari dalam kegelapan malam.Dia tidak pasti berada dimana.Kelam malam menyukarkan pandangannya.Sesekali dia tersadung,terjatuh namun segera dia bangun dan berlari semula.Rasa sakit di kaki tidak dihiraukan,yang penting dia perlu segera menuju ke jalan utama.

******

“Ingat Taha,kali ini aku nak plan kita menjadi.Malam ini Mia pasti akan menjadi milik aku,”Kamal bersuara.Hatinya girang kerana misinya hampir berjaya.

“Ok bos,takde hal.Aku dah bagitau Pak Abu dan orang masjid tadi.Baik bos balik cepat.Siap sedialah,kawin free malam ni,”kata Taha sambil ketawa.Teringat riak muka Pak Abu saat dia memberitahu Kamal dan Damia berduaan di rumah kosong hujung kampung.Kamal nekad berbuat begini.Pasti kali ini ayahnya terpaksa bersetuju nanti.Hajat untuk memiliki Damia akan tercapai.

“Oklah Taha,aku balik dulu,kesian cinta hati aku,mesti dah lapar,”Kata Kamal sambil bangun meninggalkan Taha.Dipandunya kereta menuju ke rumah kosong.Pasti Damia dah sedar.detik hatinya.Tiba di rumah,Kamal mematikan enjin kereta,dia keluar mengambil makanan dan masuk kedalam rumah.Kamal menuju ke bilik dimana Damia berada,dibukanya pintu bilik.Alangkah terkejutnya Kamal melihat bilik itu kosong,tali yang mengikat Damia tadi terlerai di lantai.

“Aarghh..macam mana boleh terlepas ni,”bentak Kamal.Dia melepaskan satu tumbukkan ke dinding.Segera dia keluar menghidupkan enjin keretanya.Pasti Damia tidak jauh dari sini.detik hatinya.Kamal perlu cepat bertindak sebelum kedatangan bapanya bersama orang masjid.

******

Bunyi telefon menganggu pemanduan Adam Harris.Memandu di kawasan kampung ditambah dengan suasana sunyi malam hari ,membuatkannya lebih berhati-hati.Dia cuba mencapai telefon di tempat duduk sebelahnya ditoleh kepalanya seketika.Dengan tiba-tiba melintas kelibat manusia di depannya,mujur Adam sempat menekan pedal brek.Bunyi hentakan membuatkan Adam cemas.

“Ya Allah ,aku langgar apa ni,”katanya sendirian.Segera dibuka tali pinggang,Adam keluar dari keretanya.Terkejut melihat sekujur tubuh gadis terbaring di depan keretenya.Adam menepuk dahinya,matanya memandang sekeliling.Binggung dari mana gadis ini datang.Dia cuba memanggil gadis itu.Namun tiada respon.Adam tiada pilihan.Dia terpaksa lakukan sesuatu.Adam cuba menyelak helaian rambut yang menutupi wajah gadis ini.

“Ya Allah,”terkejut Adam hingga terduduk takkala melihat wajah gadis itu.Mirip wajah di dalam mimpinya.Adakah ini gadis yang sering mengganggu tidur malamnya selama ini?.Kini dia tidak pasti apakah yang bakal merubah hidupnya kelak.Tanpa berlengah,Adam mengangkat gadis dan membawa ke kereta.Di buka pintu belakang,perlahan-lahan Adam membaringkan gadis itu.Dengan kesuraman cahaya lampu,Adam Harris mengamati wajah gadis dihadapannya.Dia sendiri tidak tahu bagaimana gadis ini muncul.Adam mengemaskan kain yang dipakai gadis itu yang terselak sedikit.

“Woi!kau buat apa ni?”tegur satu suara dibelakangnya sambil menepuk bahu Adam.Adam terkejut dan menoleh.Dilihatnya ada beberapa orang lelaki berkopiah mengelilinginya.Adam terkedu.Bagaimana aku bisa berdepan dengan semua ini?.Apa yang bakal berlaku membuatkan Adam Harris rasa seperti sesak nafas.

“Imam,ada perempuan dalam kereta ni,”seorang pemuda bersuara.Dari riak wajahnya seperti terkejut.Adam Harris cuba untuk bersuara namun belum sempat buka mulut,dia telah terima hadiah istimewa dari pemuda tadi.

“Ooo,kau nak buat maksiat kat kampung ini yeh.”ujar pemuda tadi dengan pantas menghadiahkan satu tumbukan mengenai pipi Adam Harris.

“Bukan,bukan.Saya bukan buat maksiat.Saya terlanggar gadis ini.Dia pengsan,itu sahaja.”Adam cuba menjelaskan keadaan sebenar sementara tangan kanannya membelai pipi yang ditumbuk tadi.Masih terasa bahang panasnya,jika diikutkan hati lelakinya sudah lunyai pemuda kampung itu makan penumbuk dari tangan pejal miliknya.Adam hanya memandang tepat kearah pemuda itu.Begitu juga reaksi pemuda itu,kelihatan seakan tidak berpuas hati dengan jawapannya dan mara untuk menumbuknya lagi.Mujur seorang lelaki yang berkopiah serta berserban yang dikira perwatakannya seperti imam sempat menahan.

“Sudah-sudah tu Taha.”Kata Imam Hj Ammar.Taha geram kerana apa yang dirancang tidak menjadi.Melihat Damia terbaring di dalam kereta membuatkan dia binggung.Bagaimana Damia boleh terlepas ni.Dalam masa yang sama,pandangannya mencari-cari kelibat Kamal.Habislah punah rancangan mereka buat kesekian kalinya.Pak Abu tersenyum bangga melihat semua ini.

“Imam,kita kene bawa mereka ke surau sekarang.Pemuda ni dan Damia kene bernikah malam ni jugak.Mungkin itu alasan pemuda ni.Damia ni pulak.Bila tengok kita datang,dia takut sampai pengsan.Ah..alasan korang dah basi.Demi nama baik anak gadis kampung ni,lebih baik kita nikahkan sahaja mereka,”Kata Pak Abu dengan nada yang agak keras.Sempat dia menjeling ke arah Taha.Digunakan peluang ini dengan baik.Jika Damia tidak bernikah malam ini,pasti anaknya Kamal akan merancang lagi apa-apa rancangan untuk mendapatkan Damia.Adam Harris terpinga-pinga.Nikah?.

“Yusuf,panggilkan Pak Samad,”arah imam Hj Ammar.Adam cuba menerangkan kejadian sebenar,namun dia diarah mengekori jemaah ke masjid.Adam terpaksa akur,Dia memandu kereta ditemani seorang lelaki disisinya.Sementara gadis yang dilanggarnya masih terbaring tidak sedarkan diri di bahagian belakang tempat duduk.Adam sendiri tidak pasti bagaimana semua ini berlaku.Segala alasan yang diberikan ditolak mentah-mentah oleh pakcik yang beria-ria mahu mereka bernikah.Siapakah sebenarnya gadis ini dan apa kaitannya dengan lelaki tua yang mahu mereka bernikah.

Suasana bingit membuatkan Damia membuka kelopak matanya.Kepalanya berdenyut menahan sakit.Seingatnya sewaktu melarikan diri dari Kamal,dia dilanggar kereta.Tetapi kenapa dia berada di sini.Apa yang terjadi?.Damia memandang ke sekelilingnya.Kelihatan Mak Nani disisi sedang mengelap airmata yang mengalir,tunduk menahan rasa.Damia semakin binggung,pelbagai persoalan mula menerjah ke benak pemikirannya.Perlahan-lahan Damia cuba bangun dari pembaringan.

“Hah!dah bangun pun kau .Imam! kita dah boleh mulakan.Nikahkan sahaja mereka ni cepat.”Lantang pak Abu bersuara.Berkerut dahi Damia mendengar apa yang dikatakan Pak Abu.Nikah!apa yang terjadi ni?nikah dengan siapa?Kamal?Tidak sama sekali.Matanya mencari kelibat Kamal di dalam surau,tidak ketemu.Hanya Taha yang kelihatan itu pun dia hanya memencilkan diri dan menundukan pandangan.

“Mak Nani,kenapa ni?Apa salah Mia?”Tanya Damia minta kepastian.Dia benar-benar buntu atas apa yang berlaku.Kenapa perlu dia bernikah.Dan yang pasti dengan siapa?.Matanya mulai berkaca,namun cuba ditahan dari mengalir.Kali ini dia tidak akan membiarkan Kamal dan Taha memperlakukannya seperti sebelumnya.

“Ooo..kau tanya apa salah kau.Kau sedap-sedap buat maksiat dengan pemuda ni apa!”sergah Pak Abu menunjukkan seorang pemuda asing yang duduk di hadapan imam.

“Tidak!Mia difitnah,Mia tak kenal siapa dia ni.Pak Samad tolonglah Mia.Jangan biar mereka buat Mia macam ni.”rayu Damia dengan suara yang nyaring.Tumpah sudah airmata seperti lajunya air sungai mengalir.Mak Nani memeluk Mia,cuba memujuknya.Jika ini takdir Siti Damia,dia redha pernikahan Damia dengan pemuda asing itu.Moga selepas ini,akan ada sinar kebahagian buat Damia.Harapannya semoga Kamal berhenti menganggu anak angkatnya.Diamati susuk tubuh pemuda yang bakal menjadi suami Damia sebentar lagi.Jauh dari dalam hatinya,Mak Nani yakin pemuda ini mampu menjadi suami yang terbaik buat Damia.Tangannya mengusap-usap kepala Damia yang dilindungi tudung selendang.Suasana yang tadinya bingit bertukar menjadi sepi.Hanya kedengaran esakan tangisan Damia.Malam itu,tanpa kerelaan Damia,dia terpaksa bernikah dengan lelaki yang tidak dikenalinya.Dia hanya mengetahui nama suaminya sebagai Adam Harris.Itu pun dia terdengar sewaktu pemuda itu melafazkan akad sebentar tadi.

“Mak,Mia difitnah,Mia tak pernah buat begitu,”katanya dalam hati.Airmata masih bersisa.Damia malu kerana maruahnya sewenangnya dipermainkan oleh pak Abu.Tergamak dia melakukan begini pada Damia.Tiada siapa yang percaya segala kata-katanya.Damia menceritakan apa yang Kamal dan Taha lakukan padanya namun semuanya ditepis oleh pak Abu.Kelibat Taha jua tidak kelihatan.

******

Berita yang baru disampaikan Taha membuatkan Kamal terkedu.Apa yang dirancang musnah sekelip mata.Siti Damia kini telah menjadi milik orang lain.Geram hatinya,dilepaskan tumbukkan di atas meja.Disepak kerusi yang ada dihadapannya.Hatinya dirasakan panas dek rasa marah.Taha hanya memerhatikan sahaja.Dibiarkan sahabatnya melepaskan rasa amarahnya.Tindakan Pak Abu memaksa Damia bernikah dengan pemuda itu telah menutup segala peluang Kamal.

******

Ya Allah ,beratnya dugaan ini,keluh Damia sendirian.Setelah selesai akad nikah,Damia pulang ke rumah ditemani Pak Samad dan Mak Nani.Adam Harris hanya berdiam diri di sepanjang perjalanan.Sesekali dia cuba menjawab mesra pertanyaan mertuanya.Masih banyak persoalan yang berlegar di fikirannya.Sesekali dia melihat dari cermin depan gadis yang baru bergelar isterinya.Dari amatannya,gadis ini jua tidak bersetuju dengan pernikahan ini.Bermakna pasti ada rahsia disebalik kejadian ini.Akal Adam Harris mulai menafsirkan persoalan yang membelenggu benaknya.Kereta dipandu menuju ke rumah mertuanya.Dia perlu balik malam ini juga.Macam mana dengan Damia ini? detik hatinya.Matanya memandang wajah sugul Siti Damia yang masih dipeluk ibu mertua.

Mak Nani memeluk erat Damia.Sesekali Pak Samad menoleh ke belakang.Bimbang dia melihat keadaan Damia yang lemah dek kerana banyak menangis.
“Adam,Damia ini kamu hendak bawa balik atau kamu masih perlukan masa?”pertanyaan Pak Samad membuatkan Adam Harris terkedu.

“Insyallah,Jika pakcik izinkan,saya bawa ikut saya.Saya perlu balik ke Kuala Lumpur malam ini.”Balas Adam namun didalam hati dia memarahi dirinya sendiri.Bagaimana aku hendak hidup dengan gadis ini.Sedangkan cintaku hanya termetri untuk Ayu Safira.Terdengar keluhan .

“Pakcik tiada hak untuk Damia lagi.Dia kini tanggungjawab kamu.Pakcik akur dengan keputusan Adam.”Perlahan Pak Samad bersuara.Terasa sebak didadanya.Terdengar suara esakan dua wanita di bahagian belakang.

Setibanya di rumah,Mak Nani membantu Damia keluar dari perut kereta milik Adam Harris.Lemah longlai langkah Damia ,hari ini pelbagai kejadian berlaku dalam lipatan hidupnya.Jika di siang hari dia masih bergelar dara sunti kini takkala malam menjelma,dia telah menjadi milik lelaki yang terlalu asing buatnya.Dan kini dia terpaksa mengekori lelaki itu.Seolah aturan hidupnya sedang pantas ditaip hingga dia sendiri tidak bisa memikirkan apa yang ingin dia kecapi dalam meniti alam remaja.

Mak Nani membiarkan Damia mengelamun di birai katil.Dia pantas mengambil beg pakaian dan memenuhkan dengan pakaian dan keperluan harian Damia.Mutiara-mutiara jernih menitis tidak dihiraukan,resah dan perit di dada ditelan sendirian.

“Sampai hati Mak Nani halau Mia begini.”Sayu nada Damia melihat Mak Nani mengemaskan beg pakaiannya.Terhenti tangan Mak Nani,ditoleh ke arah Damia.Tiada kata-kata mampu diucapkan.Akhirnya mereka berpelukan meluahkan rasa dalam sendu tangisan yang dalam.

“Adam,pakcik minta maaf atas apa yang berlaku.Anggaplah ini jodoh kalian.Pinta pakcik sudilah pimpin Damia sebaiknya.Bersabarlah dengan kerenahnya.Isteri adalah acuan suami,baik akhlak isteri adalah kerana didikan suaminya.”Pak Samad sempat menasihatkan Adam sementara menanti Damia berkemas.Adam mengiyakan sahaja kata-kata Pak Samad.Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku,segalanya terasa pantas berlalu.Hanya sekali lafaz,dia dan Damia telah bergelar suami isteri.Maafkan Adam,mama dan papa,bisik hati kecilnya.Dia tidak dapat hubungi orang tuanya kerana mereka berada di Jakarta atas urusan perniagaan.Adam hanya sempat hubungi baba Bakar.Mengimbas kembali apa yang telah terjadi,baba Bakar telah cuba berbincang dengan berhemah namun lelaki tua yang dikenalinya sebagai Pak Abu tetap berkeras agar Damia segera bernikah dengannya.Berkerut dahi Adam Harris mencari jawapan diatas persoalannya.

“Apakah kaitan Pak Abu dengan Damia? Atau semua ini hanya rancangan mereka berdua untuk memerangkap aku?”.Detik hatinya sendirian tanpa menghiraukan Pak Samad disebelahnya.Angin malam yang dingin tidak terasa sejuknya sedangkan didalam hati telah membara api dendam.

******

Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur,fikiran Adam Harris melayang entah kemana.Dia masih teringat kejadian yang merubah statusnya.Ditoleh Damia disebelahnya.Bagaimana jika Damia jua mangsa sepertinya.Hati Adam Harris bersuara kecil sepertinya membela gadis disebelah.Wajah yang sering menganggu lenanya kini terjawab sudah maksud mimpinya.Lena tidur isterinya,pasti dek kerana penat.Selepas keluar dari rumah ,dia membawa Damia ke klinik.Mujur tiada kecederaan.Damia tidak banyak berbicara,mungkin masih kekok.Adam jua begitu.Seketika kemudian Adam menoleh telah lena Damia.Adam meneruskan pemanduan namun ligat otaknya cuba menghuraikan persoalan yang membelenggu akalnya.Apabila melepasi tol Sungai Besi,Adam membuat panggilan telefon.

“Hello,Meor,kamu di mana?”Adam menghubungi pengawal peribadi.Adam meminta Meor dan Lan mengemaskan bilik tetamu.Setelah menerangkan apa yang telah berlaku,Adam mematikan telefonnya dan meneruskan pemanduannya.Jam telah menunjukkan jam satu empat puluh pagi.

Keretanya memasuki perkarangan kondominium K.Residence ,Jalan Ampang.Setelah dimatikan enjin kereta,Adam Harris merenung isterinya disebelah yang masih lena.Bagaimana hendak kejut Damia ini,bisik hatinya.
Adam mencapai surat khabar di tempat duduk belakang,digulungnya akbar itu dan gunakannya untuk mengejutkan Damia.

“Bangun!dah sampai ni.”Dengan nada suara yang agak tegas.Melihatkan Damia mulai membuka mata,Adam terus keluar dari perut kereta.Damia membuka matanya,kepalanya terasa berat.Dipicit-picit dahinya dan membetulkan tudungnya,membuka pintu dan keluar.Adam sudah menanti di sisi bonet kereta dengan wajah yang kelat tiada senyuman.Damia mengambil begnya tanpa melihat Adam.

“Garangnya dia ni,woi! aku pun tak hingin nak berkahwin dengan kau jika tidak dipaksa.”Hatinya mulai berbisik.Adam berjalan menuju ke lif.Damia mengekorinya.Setibanya di rumahnya,Adam menekan loceng,pintu dibuka.

“Bos,dah sampai”Lan membuka pintu grill.
“Iyer Lan.Emm malam ni korang boleh balik.”Arah Adam.Damia agak terkejut melihat dua lelaki bertubuh sasa di dalam rumah itu.Panggilan bos itu membuatkan dia tertanya.Siapakah lelaki yang menjadi suaminya sebenarnya?.Kedua lelaki itu akur,mereka memandang Damia,tunduk hormat dan berlalu pergi.Adam menutup pintu.Damia memerhatikan sekeliling rumah mewah milik suaminya.Seingatnya semasa di dalam lif,Adam menekan angkat lima belas,bermakna dia tinggal di aras tinggi.Pasti cantik permandangan diluar terutamanya di malam hari.Dia meneliti hiasan dalaman rumah yang tersusun rapi.Rona warna yang tampak elegan,kombinasi warna coklat gelap,gold dan krim mewarnai ruang.Hiasan rumah tidak menggambarkan seperti rumah bujang,persis rumah pasangan berkahwin.Dalam diam,Damia memuji Adam Harris yang pandai memilih dan menyusun atur perkakas rumah.Tapi apa kerja suamiku ni.bisik hatinya.

“Dah tu.Jom aku tunjukkan bilik.”Kata Adam bersahaja.Damia terkedu seketika,namun didalam hati sempat jua dia menjawab.Adam menunjukkkan bilik tetamu.Setelah itu,Adam menghilang ke biliknya.Badannya terasa penat.Macam-macam telah dilaluinya sepanjang hari ini.Besok dia perlu hadiri perjumpaan dengan Dato Rahim mewakili papa.

******

Pak Samad memerhatikan isterinya.Sejak Damia pergi Mak Nani kelihatan masih bersedih.Dia tahu isterinya sedih dengan apa yang terjadi kepada Damia,dia juga sedih.Namun dia yakin itulah yang terbaik buat Damia.Adam Harris pasti akan membahagiakan Damia.

“Sudahlah Nani,tidurlah.Dah lewat malam ini.”Pujuk Pak Samad.

“Abang tidurlah dulu.”Lemah suara Mak Nani membalas,ada sendu dalam lafaznya.Masih tergiang-giang kata-kata Damia di kamarnya sewaktu dia membantu mengemaskan pakaian Damia.

“Maafkan Mak Nani sayang.”Luah Mak Nani perlahan.

******

“Abang,Ani tengok Damia tu baik orangnya,”kata makcik Ana kepada suaminya.

“Betul tu,kesian diorang jadi mangsa keadaan.Tapi abang yakin semuanya yang berlaku adalah dengan izin Allah swt.Pasti ada hikmah disebalik semua ini.”Jelas baba Bakar.Dia tersenyum apabila mengenangkan apa yang berlaku di surau.Terjawab sudah mimpi Adam.Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila Adam sempat berbisik memberitahu gadis itulah yang selalu dimimpikan.Hebat perancangan Allah,siapalah kita untuk menolak takdir ilahi.

******

Selesai solat subuh,Damia merebahkan dirinya yang masih bertelekung di sejadah.Benak fikiran masih berlegar pelbagai persoalan.Akalnya cuba menafikan apa yang terjadi,segalanya dirasakan seperti mimpi.Namun hakikatnya dia tidak mampu menolak takdir yang tertulis buatnya walau dia sendiri tidak dapat menerima ikatan ini.Remuk hatinya mengenangkan tiada siapa yang sudi membela nasibnya disaat diri difitnah.Perkahwinan ini bukanlah suatu yang diimpikan,resah hatinya bila membayangkan layanan Adam kepadanya kelak jika begitu cara Adam berkata kepadanya semalam.

“Bagaimanalah aku hendak hadapi semua ni? Tempat ini sangat asing buat aku”ujarnya sendirian.Tanpa disedari jatuh satu persatu mutiara jernih dari kolam matanya.Matanya dipejam rapat,dirasakan kepalanya semakin berdenyut.Sejak dari malam tadi,Damia tidak dapat melelapkan mata.Tangan kanan memicit kepalanya.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Damia dari lena.Bingkas dia bangkit menuju ke pintu,sempat juga Damia membetulkan telekung.Rasa kekok untuk membiarkan mahkotanya ditatap lelaki lain,dalam masa yang sama Damia masih belum menerima hubungan baru ini.Pintu dibuka,Adam menanti di muka pintu dengan wajah persis singa lapar.Damia menundukkan pandangannya,terasa kecut perut melihat wajah bengis itu.

“Aku nak bercakap dengan kau!”Kasar Adam bersuara dan berlalu ke ruang tamu.Damia akur mengekorinya dengan dengupan hati yang pantas.Adam duduk di sofa mengadap ke arahnya.Pandangan matanya tepat meneroka susuk tubuh Damia tanpa bersuara.Sejak semalam pelbagai persoalan menerjah ke benaknya.Perasaan marah meluap-luap kerana dirasakan Damia merancang semua ini.Kelakuan Adam membuatkan Damia tidak selesa,dia berdiri sambil jemari kakinya menguis-nguis karpet lembut.

“Kenapa kau pilih aku jadi suami kau?”Kata Adam memulakan bicara.Damia terkejut dengan kata-kata Adam hingga lidahnya kelu untuk bersuara.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap!”Bentak Adam membuatkan Damia bertambah kecut perut.Jika disaat ini dia mempunyai kuasa ajaib,pastinya akan diputar semula masa agar tidak dilanggar oleh manusia ego dihadapannya.

“Maaf tuan,saya tiada jawapan untuk soalan tuan.”Jawab Damia perlahan.Sempat juga Damia mencuri pandang wajah bengis lelaki yang baru sehari bergelar suaminya.Dirasakan mata Adam Harris seakan api yang meletus dari gunung berapi.

“Tiada jawapan atau kau takut aku tahu niat sebenar kau?”Kata Adam dengan nada yang agak tinggi.Kata-kata itu membuatkan Damia tersentak.Kali ini Damia pula memandang tepat ke arah suaminya.Dirasanya maruahnya kembali dipijat.Hatinya terasa pedih,cukuplah selama ini dia diam saat Kamal menganggu hidupnya.Dan kini lelaki ini pula.

“Apa maksud tuan ini?”Tanya Damia pinta kepastian.Adam tersenyum seolah mengejeknya.

“Bukan kau dan plan dengan pak Abu nak perangkap aku?”Adam mula meluahkan persoalan yang berlegar di fikiran.Kata-kata Adam Harris membuatkan Damia terkedu.Dia hanya mengeleng kepala sebagai jawapan kepada soalan Adam.Reaksi Damia membuatkan Adam Harris semakin panas hati.

“Apa sebenarnya hubungan kau dengan orang tua tu.Kau mengandungkan anak dia dan jadikan aku sebagai pak sanggup kan?”Terasa puas dapat meluahkan rasa hatinya.Sejak semalam itulah persoalan yang berlegar dan menganggunya .Namun belum sempat dia menarik nafas lega,tamparan sulung Damia singgah dipipinya.Terasa panas bahangnya,kulit pipinya dirasakan kebas.Ditenungnya tepat mata Damia yang mulai terbit percikkan api kemarahan .

“Cukup tuan hina saya!saya masih ada maruah.”Kata Damia sebelum berlalu pergi meninggalkan Adam yang terpinga-pinga sambil mengusap pipi.

Damia menghempaskan daun pintu sekuat hatinya.Perasaannya kini bercampur aduk.Marah dengan tuduhan tidak berasas suami.Kecewa kerana dia tidak mampu membuktikan dirinya tidak bersalah pada malam itu.Jika tidak,dia tidak perlu berhadapan dengan penghinaan ini.Damia tidak mampu menahan rasa hatinya.Laju airmatanya menyusuri lekuk tulang pipi dan menitis satu persatu ke telekung.Beginikah harus aku lalui sepanjang usia perkahwinan ini?detik hatinya yang pilu.

******



Selesai mesyuarat bersama Dato Rahim,Adam Harris kembali ke bilik pejabat.Sempat dia memberitahu Suzie minta agar tidak diganggu.

Adam merenung ke luar jendela kaca kamar pejabatnya,mentari setia mencurahkan sinaran ke bumi tanpa jemu.Dari tingkat sepuluh,Adam memerhatikan manusia berpusu-pusu mengejar syurga dunia.Begitulah lumrah kehidupan di kota,segalanya berkejaran demi sesuap nasi.Dalam masa yang sama,tangannya mengusap lembut pipinya.Dirasakan masih bersisa pedihnya tamparan wanita,penangan gadis kampunglah katakan.

“Ayu tidak pernah buat macam ini saat aku mengujinya dulu.”luahnya perlahan.Mengimbas kenangan indah bersama Ayu Safira.

“Tapi memang patut pun aku kene.”Sambung Adam disusuli dengan keluhan kecil.Menyedari keterlanjuran berkata demikian kepada Damia,perasan bersalah menerjah ke sanubarinya.Lamunannya terhenti kerana bunyi deringan telefon segera dijawab.Selesai berbual seketika,Adam keluar dari kamar pejabat.

“Suzie,saya makan tengahari dengan Daniel.Jika ada hal penting baru telefon saya, ok.”Kata Adam Harris sebelum meninggalkan pejabat.

Hampir dua minggu dua sahabat ini tidak ketemu.Sepanjang perjalanan menuju ke kafe kegemaran mereka di jalan Ampang,Adam mengimbau kenangan bersama Danial.Mereka akrab sejak dari sekolah menengah lagi. Pelbagai ragam perangai mereka yang mencuit hati dan menguji kesabaran.Ketawa kecil Adam mengingati kenakalan mereka.

Kereta dipandu menyusuri jalan Ampang,kebiasaan waktu begini keadaan lalu lintas mulai sesak.Adam memperlahankan pemanduannya.Jangkaannya pasti Danial telah tiba dahulu,di capai telefon dan hubungi Danial.Tiada jawapan.Adam meneruskan perjalanan sambil bermonolog sendirian.

Bunyi deringan telefon membuatkan Adam tersenyum.Pasti Danial yang hubunginya kembali.Dia menjawab tanpa melihat skrin telefon.Riak wajah Adam Harris berubah,rupanya Suzie yang menghubungi kerana ada masalah di tapak projek di Penang.

“Tempah penerbangan saya hari ini.Suruh Lan telefon saya segera.”Arah Adam Harris sebelum mematikan perbualan.Kereta dipandu menghala kembali ke Sindora Corporation,sempat Adam hubungi Danial.Mujur Danial jawab panggilannya.Setelah menceritakan apa yang berlaku.Adam meneruskan pemanduan.Seketika kemudian,pengawal peribadinya,Lan pula hubungi.

Setibanya Adam di perkarangan pejabat,dilihat Lan dan Meor sudah menantinya di pintu utama .Adam menghampiri mereka.

“Lan,hantar kunci ini ke rumah saya.Tolong belikan barang keperluan untuk Damia.”Arah Adam kepada Lan sambil menyerahkan kunci kereta jaguar.Walau dia belum menerima hubungan baru ini,namun tanggungjawab sebagai suami menyediakan keperluan asas isteri akan digalas jua.Selebihnya biarlah masa yang tentukan,detik hati kecik Adam Harris.Lan menyambut kunci yang diberikan majikannya dan berlalu pergi.Dari ruang lobi,kelihatan Suzie berjalan pantas menghampiri Adam dengan membawa beberapa dokumen yang dipinta majikannya.

“Encik Adam,ini dokumen mengenai projek,saya sudah hubungi Encik Abbas dan beritahu akan kedatangan Encik Adam.Dia akan menjemput Encik Adam di Lapangan Terbang Bayan Lepas nanti.”Jelas Suzie.Adam menyambut dokumen dan berlalu tanpa berkata apa-apa kepada Suzie.Hati Adam tidak keruan selagi tidak melihat sendiri apa yang berlaku di tapak projek.Adakah akan melibatkan kecederaan atau sebaliknya?Pelbagai persoalan bermain di benaknya.

******

Bunyi loceng mengejutkan Damia yang terlena di sofa.Terkebil-kebil dia mengingat sesuatu.

“Tak kan terlupa bawa kunci pulak?”gomel hatinya.Damia bangkit dan berjalan menuju ke pintu.Sebelum membuka pintu,sempat Damia membetulkan tudungnya yang menutupi rambut ikal melepasi bahu.Pintu dibuka,berdiri tegak lelaki tegap yang baru dikenali semalam.

“Maaf cik puan,Tuan Adam minta saya bawakan barang-barang ini kepada cik puan.”Kata Lan menghulurkan plastic berisi barang kepada Damia dan Damia menyambut tanpa berbicara apa-apa.

“Ini kunci kereta Tuan Adam.Hari ini tuan tidak pulang kerana ada urusan di Penang.”Terang Lan tanpa dipinta.

“Terima kasih .”Balas Damia sebelum menutup pintu kembali.Hatinya terasa lega kerana Adam tidak pulang.Mengenang kembali apa yang berlaku awal pagi tadi,rasanya tidak sanggup melihat wajah Adam Harris.Hatinya masih bersisa marah dan kecewa dengan penghinaan dari suami yang baru sehari dinikahi.

Damia mengemaskan barangan di dapur,setelah itu dia melabuhkan punggung di sofa empuk berwarna coklat cair berjalur hitam halus.

“Nampaknya malam ini aku tinggal seorang dalam rumah ini.”Gomel Damia sendirian.Matanya menerjah ke segenap ruang rumah,terasa asing kerana baru sehari dia mendiami kondo milik Adam Harris.

Malam itu,setelah solat maghrib,Damia membaca surah Yassin seperti kebiasaanya.Sebak didada disaat membaca ayat-ayat suci kalam Ilahi.Membayangkan wajah tua bonda tercinta menyebabkan gugurnya mutiara suci dari matanya yang tidak bernoda.

Setelah solat isyak,Damia merebahkan diri di tikar sejadah,kepalanya terasa berat sekali,dipejamkan matanya dan terus terlelap.

Hari ini telah genap dua hari Adam Harris tidak pulang ke rumah..Damia berdiri di balconi kondo merenung keluar.Menikmati ciptaan Allah swt,angin senja sepoi-sepoi bahasa menyentuh tubuhnya.Dia merenung memikirkan nasib diri,di saat ini dia merasa sangat terseksa jiwanya kerana berada di tempat asing sendirian.Jika di kampung waktu begini,dia bergurau senda dengan Mak Nani di pangkin.Perasaan rindu mulai mencengkam jiwanya.Walaupun baru tiga hari dia berada di Kuala Lumpur sudah terasa bosan.Hendak menghubungi Mak Nani,tidak kelihatan telefon seperti di rumah Mak Nani.Agaknya orang bandar tidak menggunakan telefon telekom barangkali.Monolog Damia sambil melihat kesibukan warga kota pulang petang.

Kepalanya kembali pening,badannya masih lemah.Sejak Adam menghilangkan diri tanpa berita.Damia mengalami demam panas,mungkin disebabkan tekanan yang dia hadapi kebelakangan ini.Perlahan-lahan Damia melangkah masuk dan merebahkan dirinya di sofa sambil tangannya memicit-micit kepala.

“Mak,Mia demam ni.”Katanya perlahan tanpa disedari airmata mulai membasahi pipinya.Jika di kampung,Damia kerap menziarahi pusara orang tuanya.Namun kini jarak memisahkan mereka.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience