Puteri tidur di atas katil dengan pulas. Mata ditutup dengan rapat. Dia sedang tidur mengiring ke kanan.
Tiba-tiba Kyran datang masuk menerjah. Dia tersenyum sendiri melihat Puteri tidur dengan nyenyak. Siap berdengkur kecil lagi.
"Puteri... Puteri...why you're so cute.." kata Kyran perlahan. Dia mula mendekati katil Puteri dan mengusap lembut kepalanya.
"Aunty awak bagi saya masuk bilik jadi jangan salahkan saya kalau saya masuk dalam bilik awak tanpa izin." bisik Kyran perlahan di telinga Puteri. Saja dia buat begitu walau dia tahu Puteri betul-betul tengah tidur dengan nyenyak sekarang nih.
Kyran melihat tangan Puteri yang menjulur ke hadapan dalam keadaan tidur sambil bersilang tangan. Satu tangan berada di bawah kepala manakala satu tangan lagi menjulur ke hadapan menghadap Kyran.
Tiba-tiba terbit senyuman nakal di bibir Kyran apabila ternampak pen marker yang terletak di atas meja di tepi katil Puteri tidak jauh dari situ. Dia membuka penutup pen tersebut. Ohh sebelum terlupa pen marker tu adalah pen dakwat yang susah untuk keluar sekiranya terkena.
Akhirnya Kyran mengukir sesuatu di tangan Puteri menggunakan pen marker tadi. (Haih Kyran.. Kyran.. apalah.)
Your love~
KYRAN
Inilah tulisan yang ditulis oleh Kyran dan terdapat bentuk love yang mengelilingi tulisan tersebut.
Tiba-tiba Puteri sudah bangun. Dia merasakan ada seseorang di tepi dia dan buat sesuatu di atas tangan dia tadi. Macam duk ukir sesuatu pula.
Aku tonyoh mata aku berkali-kali. Masih lagi dalam keadaan yang mamai. Manakala Kyran pula ketawa kecil. Puteri masih tak sedar lagi yang dia berada di sini.
Akhirnya sudah terpapar dengan jelas. Spontan mata aku jadi terbeliak.
"Kyran?! Apa awak buat kat sini?" kata aku sedikit terkejut. Mana taknya dah malam kut. Lepas tu mangkit saja dari tidur dah nampak muka dia kat sini. Kalau rindu pun tak boleh jumpa esok ke?
"Syyy! Jangan bising. Saya saja je nak datang sini lagipun kebetulan aunty awak tak tidur lagi. Dialah yang bagi saya masuk dalam bilik awak. Awak jangan risau saya takkan buat apa-apa pada awak. Okey?" kata Kyran mengenyit mata sebelah pada aku. Dia meletakkan jari telunjuknya ke mulut aku.
Aku terpaku memandang ke arahnya begitu juga dia. Manakala fikiran aku masih menerawang pada kenyataan yang Kyran adalah adik kepada pembunuh ibu bapaku. Jadi muka nilah adik pembunuh ibu dan ayah aku tu. Sayangnya aku sangat cintakan dia tapi sekarang kebencian aku terhadapnya makin ada. Otak aku selalu menerawang kepada kejadian malam kemalangan ibu dan ayah aku tu setiap kali aku tengok wajah dia.
Tiba-tiba terbit senyuman sinis di hujung bibir aku.
"Puteri..awak masih tak sedar lagi ke yang tangan awak jadi mangsa ukiran saya." kata Kyran menahan ketawa. Manakala hatinya berasa tidak enak hati apabila terpandang senyuman sinis dari aku.
Tangan? Spontan aku lihat tangan aku.
Your love Kyran
Hati aku berasa terdetik. Dekat tangan aku ada nama dia? Aku menggenggam perlahan tangan aku membentuk buku lima. Tangan yang diukir oleh Kyran tadi.
"Puteri..awak..awak tak suka eh saya buat macam tu? Saya minta maaf kalau tu buat awak makin marah sebab saya pandai-pandai saja ukir tangan awak guna pen marker nih. Tanpa kebenaran awak pula tu. Saya betul-betul minta maaf." kata Kyran. Hatinya mula gelisah. Manakala fikirannya sudah fikir macam-macam. Puteri dah sangat lain baginya malam nih.
"It's okay..takpe." kata aku dengan dingin. Aku tak nak bagitau Kyran yang abang dialah orangnya yang bunuh ibu dan ayah aku tu. Aku tak nak mereka berdua bergaduh besar disebabkan aku. Tapi aku nak terus bersikap dingin pada Kyran. Bukan bersikap dingin saja tapi aku akan jadi orang lain. Bukan Puteri yang dulu..tapi Puteri yang baru.
"Ermmm ada nombor abang awak tak?" kata aku dingin.
"Ada, kenapa?"
"Nah, bubuh dalam fon saya." kata aku.
"Okey." Kyran hanya turuti saja permintaan aku. Pandangan aku terhadapnya hanya kosong. Manakala hati aku pula sudah lama terluka. Dan luka tu takkan hilang sampai bila-bila.
"Nah..saya dah bubuh dah nombor abang saya dekat telefon awak." kata Kyran yang menyua telefon aku. Aku hanya menyambut saja huluran darinya tanpa berkata apa-apa.
Tiba-tiba Kyran memegang lengan aku dengan kuat. Aku hanya pandang tangannya yang berada di lengan aku.
"Puteri, saya..ada buat salah ke dengan awak? Kalau ye tolong bagitau saya apa salah saya terhadap awak? Saya betul-betul minta maaf. Tapi malam nih saya tengok awak dah macam orang lain. Orang asing bagi saya. Puteri Ilynia bukan macam nih." kata Kyran yang sudah perasan dengan perubahan aku.
Aku tak berkata apa. Manakala hati aku pula menjerit. Aku hanya menundukkan kepala aku tanpa memandang ke wajahnya.
Kyran mengangkat dagu aku supaya memandang ke arahnya. Kami berdua berpandangan. Kyran mencantumkan keningnya. Pandangan Puteri terhadapnya kali ini..sangat lain. Sangat kosong. Seakan-akan Puteri sudah tidak cinta lagi pada dia.
Tiba-tiba Kyran menggeleng kepalanya perlahan.
Melihat aku dengan dia hanya saling memandang aku lepaskan tangannya dari dagu aku.
"Kalau takde apa, dah boleh pergi." kata aku dingin. Manakala tangan aku meramas kasar cadar di atas katil aku.
"Takpe, mungkin awak letih sangat kut. Dan saya pula kacau awak tidur. Takpelah saya pergi dulu. Good night.." kata Kyran perlahan. Aku tidak berkata apa. Tidak berkata good night juga hanya diam sepi saja.
Hati Kyran bertambah terluka dengan perlakuan Puteri yang bersikap dingin dengannya malam nih. Sebelum tu sempat Kyran menatap wajah aku dengan reaksi yang bagi aku sangat sedih..
Kyran menoleh belakangnya dan mahu berjalan ke arah pintu tapi berhenti sekejap.
Kyran berdiri tercegat di situ. Dia memejamkan matanya dengan erat. Air mata mula menitis perlahan ke pipi.
Aku lihat Kyran masih belum pergi. Aku lihat belakang badannya. Aku tahu dia tengah sedih..Tangan aku makin meramas cadar katil.
Tidak lama kemudian Kyran sudah berjalan keluar dari bilik aku. Spontan air mata aku jatuh dengan laju ke pipi.
Aku menangis. Aku memeluk lutut dan menyembam muka aku di situ. Alangkah sakitnya...Hati aku dah dipenuhi dengan luka dan meninggalkan sakit yang teramat pada diri ini. Alangkah bagusnya kalau semua nih hanyalah mimpi buruk semata-mata. Dan apabila aku terjaga semuanya sudah hilang. Tapi malangnya ini bukan mimpi..tapi ini adalah realiti yang sangat... menyakitkan bagi aku.
Aku lihat tangan aku yang tertulis nama Kyran. Aku mahu padam. Aku gosok tangan aku dengan kasar tapi masih tetap tak dapat hilang.
Tolonglah hilang...aku gosok tangan aku lagi tapi tetap tak boleh. Kyran apa yang awak buat nih? Akhirnya aku dah give up. Aku menangis..aku menangis sepuas hati.
***********
Keesokan harinya...
"Hello, nih Zain kan? Abang kepada Kyran Andrew.." kata aku ringkas dan padat. Nada aku bertukar lain. Lain dari yang lain.
"Ye, nih siapa ya? Macam pernah.." belum sempat Zain hendak menghabiskan ayatnya di talian saya aku sudah menyampuk.
"Nih Puteri Ilynia Khan. Nak jumpa dengan Zain Johansson. Boleh kan?" kata aku tersenyum sinis.
"Ohh Puteri..nak jumpa? Boleh² no problem tapi kat mana?" kata hujung di talian sana.
"Kita jumpa di syarikat ayah awak. Di atas bangunan." kata aku.
"Okey, boleh. Saya akan bagi alamat syarikat ayah saya melalui telefon awak. Saya akan tunggu awak kat sini. Di atas atap bangunan." kata Zain.Ye sekarang nih Zain memang sudah berada di tempat syarikat ayahnya dah pun.
"Okey thank you" kata aku ringkas dan terus menutup panggilan antara kami berdua. Aku tersenyum sinis lagi.
Aku lihat cermin meja solek ku dan tersenyum sendiri.
"Puteri.. Puteri..cantik juga kau yer?" kata aku tersenyum seorang diri. Aku membelai wajah aku dengan jari runcing aku. Saja mahu membelek.
"Kalau tambah make up..mesti kau tambah lain kan?" kata aku masih bercakap sendiri. Tiba-tiba aku tergelak sendiri dah macam penyakit mental gamaknya.
Muka aku kembali serius. Badan aku kembali tegak sambil pandang ke arah cermin kaca.
"Mulai hari nih... Puteri Ilynia sudah mati. Dan akan diganti dengan Puteri yang baru. Puteri yang sangat asing bagi semua orang." kata aku tersenyum sinis. Aku memandang tajam ke arah cermin yang memantul diri aku. Dalam mata dapat digambarkan dengan kesakitan dan kesedihan yang teramat dalam diri ini..
Aku duduk di atas kerusi meja solek ku dan memandang semua make up aku. Yeah aku ada make up tapi aku langsung tak guna. Kalau guna pun jarang. Selalunya aunty aku pasti akan suruh aku make up kalau nak pergi majlis mana-mana. Lagipun dulu aku rasa muka aku dah cukup cantik dan elok tanpa make up tapi hari nih...aku nak jadi orang lain. Jadi kenalah make up bukan?
Aku mula dengan memakai bedak di seluruh genap muka aku. Selepas itu, aku mulakan dengan pensel alis untuk di kening aku dengan eye shadow. Eye shadow aku letak warna putih susu sebab ia sesuai dengan kulit aku. Sebenarnya nak letak warna hitam tapi takpelah..
Kemudian aku mula menggunakan pensil eyeliner untuk garisan mata aku. Aku tengok maskara saja tapi tak mahu ambil. Lagipun bulu mata aku dah nampak lentik jadi tak perlulah nak maskara bagai. Next pula, aku guna blush untuk memerahkan pipi aku. Dan akhir sekali.... lipstik.
Lipstik yang berwarna pink lembut aku ambil. Aku guna lipstik di bawah mulut aku saja. Lepas tu aku mula menyembamkan mulut atas dan bawah aku. Bagi meratakan seluruh genap mulut aku dengan lipstick.
Dan sekarang... semuanya sudah siap. Aku lihat wajah aku dengan make up. Aku hanya make up nipis saja. Tapi dah nampak lain dari yang lain. Mungkin sebab aku dah lama tak make up.
Aku hanya duduk dan hanya memerhati segenap wajah aku. Tak sangka takdir boleh membawa aku sampai ke sini.
Aku lihat tangan aku yang masih terukir dengan nama Kyran. Spontan aku mengusap lembut tangan aku yang terukir dengan nama Kyran. Hati aku diulit dengan rasa yang sangat sukar untuk aku gambarkan. Aku masih sayangkan dia dalam masa yang sama aku bencikan dia. Cuma aku rindu kenangan aku ketika bersama dengan dia. Dia lelaki cinta pertama aku. Mana mungkin aku dapat lupakan dia. Orang yang pertama kali membuat aku jatuh. Jatuh dalam perangkap yang namanya cinta. Dan orang yang ajar aku erti cinta..Dan cinta ini jugalah membuat aku lupa segala-galanya. Aku bahkan hampir gila disebabkan cinta ini.
************
Aku dengan berpakaian gaun hitam separas lutut tidak mencolok mata kini sudah betul-betul menghadap ke arah syarikat yang cukup besar dan lebar bagi aku. Jadi inilah syarikat Dato' Johansson yer? Macam biasa syarikat Dato' memang sangat besar. Aku memakai cermin mata hitam dan mendongak ke atas bangunan. Kat situlah aku akan jumpa dia nanti. Serta-merta bibir aku menguntum senyuman sinis.
Aku mula menjejakkan kaki ke arah syarikat tersebut. Aku tengok orang lalu lalang sibuk dengan kerja masing-masing. Akhirnya aku masuk ke dalam lift. Hanya aku seorang kala ini. Aku menekan butang nombor untuk tingkat yang paling atas. Perlahan-lahan lift mula terasa naik ke atas.
Ting! Tak lama kemudian lift sudah berhenti. Dan mula membuka pintunya dengan sendiri. Aku keluar daripada lift tapi nih masih bukan di atas atap. Orang di sekeliling aku tidak perhatikan aku. Masing-masing sibuk dan tu buat aku rasa selesa. Lagipun aku memang tak suka diperhati.
Aku nampak tangga dan aku yakin tangga tu boleh menuju ke atap bangunan nih. Yeah aku rasa dia dah berada di atap bangunan. Senang. Senang juga mahu jumpa dengan dia tanpa terus buat appointment. Lagipun dia dah memang kenal aku sebagai kawan atau lebih dikenali sebagai kekasih kepada Kyran. Hmm tahlah. Tak pasti sama ada dia anggap aku sebagai apa.
Aku buka pintu dan yepp angin mula bertiupan. Sekarang nih aku memang betul-betul berada di atas bangunan. Fiuhh! Akhirnya...Aku melepaskan helaan nafas lega apabila ternampak sosok lelaki yang aku sangat yakin. Tu pasti dia. Dia sekarang sedang melihat pemandangan di bawah. Fiuhh! Dia tak takut ke apa? Kalau aku gayat nak tengok bawah.
Aku tersenyum sinis. Aku membuka cermin mata hitam aku dan mahu panggil dia.
"Zain Johansson.." kata aku mula panggil dia. Aku mahu formal dengan dia dulu lepas tu baru aku akan buat dia sedar. Just wait and see.
Tiba-tiba lelaki itu menoleh ke belakang melihat aku dan yepp memang betul cakap aku. Tu memang Zain. Orang tu.
"Puteri Ilynia! Wow baru lama sedikit tak jumpa tapi awak dah nampak lainlah!" kata Zain. Perlahan-lahan dia mula merapati ke arah aku dengan senyuman yang lebar. Malah aku hanya tersenyum sinis.
"Kenapa awak nak jumpa saya?" kata Zain.
Senyuman sinis di bibir aku sudah hilang. Kini muka aku hanya serius tanpa secalit senyuman. Malah aku pamerkan muka jahat aku padanya.
Zain berasa hairan. Dia tidak tahu kenapa hatinya terasa berdebar-debar sekarang nih. Seolah-olah akan ada benda yang buruk terjadi padanya. Dia lihat tangan aku di sisi. Sedang menggenggam buku lima seolah-olah mahu tumbuknya pula. Zain semakin risau. Dia semakin tidak senang duduk melihat aku sekarang ini. Raut wajah yang tadinya gembira kini 100% berubah reaksi cemas dan sedikit takut. Tapi masih dapat kawal lagi reaksi.
"Ermm Puteri..kenapa nih? Saya ada buat salah ke?" kata Zain yang seperti takut-takut.
"Huh, memang. Memang pun. Kau dah buat salah Zain Johansson! Kau dah buat salah besar! Ingat lagi kejadian di mana kau telah langgar satu kereta pada 19 tahun yang lalu. Ingat lagi tak?!" kata aku menjerit padanya sehingga membuat Zain terkejut sampai ternaik sedikit bahunya. Kemarahan aku sekarang nih dah mencecah dari limit. Bila-bila masa saja aku boleh naik tangan pada lelaki nih! Tak kiralah dia siapa.
Zain berasa terkejut dengan sikap aku. Ianya diluar fikiran. Dia mengerutkan dahinya. 19 tahun yang lalu? Langgar kereta? Spontan mindanya mengimbas semula 19 tahun yang lalu.
Seakan-akan baru sedar dari mimpi dia memandang ke arah aku. Reaksinya sangat takut sekarang nih. Peluh mula merintik di dahi Zain. Aku tersenyum sinis.
"Kenapa? Baru teringat? Sudah sedar?! Sudah sedar diri sendiri pernah bunuh orang?!" kata aku jerit dengan keras.
"Mm..mana add..da..apa yang kau cakap nih? Aku tak buat salah punlah! Akk..ku tak perr..nah langgar orang punlah!" kata Zain tiba-tiba berteriak. Dia sedikit tergagap-gagap mahu bercakap.
Mata aku terbeliak memandang ke arahnya. Aku makin memperketat buku lima aku membuat urat-urat ternampak di tangan aku.
"Kau jangan bohonglah Zain Johansson! Aku paling benci orang yang bohong nih! Dasar lelaki pengecut! Dayus! Kau fikir aku tak ada bukti ke atas kesalahan kau dulu? Kau nak tahu tak..kereta yang kau langgar tu adalah kereta ibu dan ayah aku tau? Dan masa tu aku masih kecil lagilah Zain! Aku masih kecil dan tak tahu apa-apa lagi. Tengok-tengok dalam masa yang singkat saja ibu dan ayah aku kedua-dua sudah meninggal. Disebabkan apa? Disebabkan kaulah Zain!" kata aku yang makin mendekatinya. Mata aku sekarang nih berkaca-kaca. Tunggu masa saja air mata akan jatuh.
"Dan sejak hari tu juga kau dah tinggalkan kesan parut pada badan aku. Bukan tu sahaja...kau dah tinggalkan kesan yang sangat dalam pada diri aku. Dan sejak dari itulah kaulah yang ajar aku erti dendam dan kebencian.Dalam hati aku sejak aku remaja penuh rasa dendam dan benci. Niat aku bila waktu besar nanti mahu jumpa dengan pembunuh tu. Memang setiap waktu hari jadi aku memang hajat itulah yang aku selalu wish." sambung aku lagi.
Bagai terkena petir Zain sangat terkejut. Dia menutup mulutnya dan menggeleng kepalanya berkali-kali. Dia tak menyangka yang itu adalah kereta kepunyaan ibu dan ayah aku. Kakinya makin lama makin ke belakang apabila aku makin menganjak ke depan mendekatinya.
"Tak, tak mungkin." kata Zain. Dia menangis dan memandang ke arah aku dengan wajah kesian.
"Kenapa? Terkejut? Sangat-sangat terkejut? Macam tulah yang aku rasa bila aku dapat tahu yang kau sebenarnya pembunuh tu. Kaulah yang langgar kereta ibu dan ayah aku. Heran. Patutlah bila pertama kali aku jumpa kau di rumah Dato' aku seakan-akan pernah nampak wajah kau dan wajah kau sangat familiar bagi aku. Rupa-rupanya..aku sebenarnya dah pernah nampak wajah kau kat gambar dulu! Tapi aku dah lupa. Huh! Thanks kepada kawan kau jugalah kalau bukan disebabkan dia aku pasti takkan jumpa dengan pembunuh ibu bapa aku sekarang." kata aku ketawa sedih.
Zain melihat ke arah aku yang tengah sangat sedih sekarang nih. Sekarang dia dah sedar..baru dia sedar yang dia sudah hancurkan kebahagiaan seorang perempuan yang tidak berdosa.
"Dan sekarang... tengoklah dengan siapa yang berada di hadapan aku sekarang nih. Dah usahakan syarikat bapak sendiri. Dah berpangkat tinggi. Dah bahagia dengan kehidupan sendiri. Sedangkan orang yang kau langgar tu pula kau langsung tak fikir. Malah hidup kau lebih bahagia eh lepas hancurkan kebahagiaan orang lain? Dahlah kau dah langgar kereta ibu dan ayah aku lepas tu kau langsung tak tolong kami. Kau lepas tangan macam tu jer. Dahlah buat salah. Sampainya hati kau. Kau memang kejam. Lebih kejam dari iblis!" kata aku yang sudah basah pipi dengan air mata. Bahu aku turun naik memandang ke arahnya.
"Puteri... maafkan saya...saya minta maaf sangat-sangat. Disebabkan saya..ibu dan ayah awak dah mati. Waktu tu...saya mabuk. Saya terlalu mabuk dan terlalu mengikutkan perasaan. Malam tu saya sangat sedih. Saya sangat berduka sebab isteri saya gugur. Anak dalam kandungan isteri saya dah tiada. Dan disebabkan terlalu sedih..saya ambil alkohol. Saya mabuk dan saya bodoh. Saya pergi juga pandu kereta dalam keadaan mabuk. Tambah dengan gelapnya malam dan hujan. Dan akhirnya tanpa saya sengaja saya dah terlanggar kereta orang. Waktu tu saya masih dalam keadaan separuh sedar. Selepas saya tahu yang saya telah langgar kereta orang dengan begitu teruk...saya buat keputusan lari dari situ. Disebabkan kereta dah tak boleh jalan saya lari dalam menempuh hujan yang lebat. Saya tahan teksi. Puteri, saya dah berdosa! Sejak dari situ hidup saya tak tenteram! Awak percayalah cakap saya Puteri! Sejak dari itu saya langsung tak bahagia. Dah bertahun-tahun saya perap dalam bilik. Saya tak lalu makan dan juga tak nyenyak tidur. Saya asyik mimpi kejadian tu!" kata Zain mencengkam rambutnya. Dia berasa sangat menyesal dengan tindakannya yang dahulu tu.
Aku tak berkata apa. Hanya berpaling wajah dari pandang ke arahnya.
"Kalau nak ikutkan..." aku makin melangkah mendekatinya. Manakala Zain sudah mula takut dan mengundur ke belakang.
"Nak jer aku bunuh kau!" kata aku yang mengangkat jari telunjuk padanya. Tangan aku bergetar.
"Tapi tak boleh...aku tak sanggup. Aku bukanlah seorang pembunuh macam kau. Aku bukanlah orang macam tu." kata aku perlahan.
Zain tak berkata apa. Hatinya sangat sakit. Dia mengusap raut wajahnya dengan kasar. Dia berasa malu. Malu dengan semua orang termasuk dirinya sendiri. Zain menunduk kepalanya. Dia mengundur sedikit lagi ke belakang membuat dia tak sedar yang dia akan jatuh dari bangunan tidak lama lagi. Hanya setapak ke belakang bila-bila masa saja dia boleh jatuh.
Mata aku kembali memandang ke arah Zain. Lagilah membuat mata aku terbeliak melihat Zain hampir berada terjerumus ke arah maut. Seakan-akan nyawa berada di hujung tanduk. Tak, tak itu tak boleh terjadi. Aku harus tolong dia...dia tak boleh jatuh dari bangunan tinggi nih! Jarak kami berdua hanya beberapa meter saja. Dan aku harus cepat.
"Zain! Watch out!" jerit aku padanya. Aku berjalan laju mendekatinya. Disebabkan tindakan aku yang secara tiba-tiba mendekat ke arahnya Zain berasa terkejut. Dia semakin melangkah ke belakang membuat dia mahu terjatuh dari bangunan. Dan yepp dia tersilap langkah.
"Arghhh!" jerit Zain dengan keras. Tapi sempat aku tarik tangannya daripada terjatuh. Zain yang memejam matanya terasa ditarik kuat oleh seseorang.
"Hati-hati.." kata aku perlahan. Sekarang nih kami berdua jatuh terduduk. Syukur akhirnya dia selamat. Aku sempat selamatkan dia.. secara tidak sengaja aku terpeluk dirinya. Dah disebabkan aku tarik tangan dia dengan kuat tadi. Aku pun betul-betul takut tadi. Aku tak mahu orang mati di hadapan aku. Takkan aku sesekali biarkan itu terjadi. Sejahat-jahat dia pada aku..aku akan tetap tolong dia.
Dapat aku rasakan tubuhnya begitu bergetar. Dadanya berombak kencang. Dia sangat takut sekarang nih. Zain merasakan yang tubuhnya sedang dipeluk oleh seseorang. Dia membuka matanya perlahan dan baru tersedar yang dirinya berada dalam pelukan aku.
Bagai tersedar dari tidur aku cepat-cepat mahu leraikan pelukan kami. Macam mana boleh terpeluk dia nih?! Aduhh..dahlah terpeluk dengan seorang pembunuh. Tak, tak boleh..
Aku dengan cepat mahu meleraikan pelukan tapi malangnya dia malah memperketat pelukannya pada aku.
"Lepaslah! I hate you! Aku tak nak sentuh atau peluk dengan seorang pembunuh! Tambah dia adalah seorang pembunuh kepada ibu dan ayah aku!" kata aku meronta-ronta untuk dilepaskan.
Aku menumbuk-numbuk kuat belakangnya tapi dia tetap tak mahu lepaskan. Apa nih? Kenapa dia tiba-tiba berlakuan sampai macam nih?
"Tak, saya takkan lepaskan awak selagi awak tak akan maafkan saya. Tengoklah tadi awak dah selamatkan saya. Saya rasa bersyukur sangat-sangat. Terima kasih.." kata Zain tersenyum hambar.
Aku tak berkata apa. Sebaliknya terus-terusan menumbuk belakangnya supaya lepaskan aku. Boleh dengar kut bunyi tumbukan aku pada belakangnya tu. Memang betul-betul kuatlah. Tak lama kemudian Zain lepaskan juga pelukan akibat tidak tahan dengan penumbuk aku di belakangnya. Dia mengaduh kesakitan. Huh! Biar padan muka!
"Kalau macam tu...awak boleh pukul saya sekuat mana yang awak mahu. Tumbuklah.. tamparlah..saya sanggup. Asalkan awak maafkan saya Puteri.." kata Zain yang berlinangan air matanya. Dia memohon pada aku untuk memukulnya.
"Baik, kalau kau cakap macam tu. Dengan sudinya aku akan buat." kata aku tersenyum sinis.
Sekarang kami berdua berdiri dan bertentang mata antara satu sama lain. Aku tersenyum sinis. Keganasan bermula dari sekarang...
Pang!! Aku tampar pipi kanannya dengan kuat membuat kepalanya terteleng ke kanan. Habis merah pipinya aku kerjakan. Huh tu belum cukup.
Pangg! Aku tampar pula pipi kirinya dengan kuat.
Pusshh! Aku tumbuk perutnya dengan lutut aku seperti orang gusti. Membuat darah mula keluar dari mulutnya. Aku tersenyum sinis. Seronok lihat musuh sendiri menderita. Macam mana dia buat orang menderita! Macam tulah diri dia kena menderita!
Aku tumbuk pula pipinya dengan kuat sehingga berdarah. Dan akhir sekali aku akhirinya dengan memijak kakinya dengan kuat membuat dia menjerit dengan keras. Huh! Puas hati aku!
Zain sekarang sudah terkulai. Dia sudah tidak berdaya lagi. Dia terduduk seperti melutut. Sudah tidak mampu untuk berdiri.
Aku duduk tinggung sambil pandang ke arahnya. Aku tersenyum sinis.
"Zain Johansson. Kau fikir dengan cara nih aku boleh senangnya maafkan kau ke? Kau silap. Aku takkan maafkan kau Zain Johansson! Buat jangka lama sekalipun!" kata aku yang menuding jari betul-betul di hadapan mukanya. Zain pula hanya memandang aku dengan tercungap-cungap. Mungkin rasa sangat sakit di badan lepas aku pukul dia.
"Sakitkan? Macam tulaah yang aku rasa sekarang nih. Rasa nak bunuh diri pun ada tau?" kata aku dengan lirih. Aku tersenyum sinis dalam kesedihan.
Melihat dia hanya diam aku bangkit dari duduk bertinggung. Aku mahu pergi. Buat apa tunggu lama-lama lagi bukan?
"Tt..tunggu." kedengaran suara Zain menahan kesakitan. Aku berhenti daripada melangkah tanpa memandang ke arahnya. Hanya mahu dengar apa yang dia mahu katakan.
"Sampai bila awak tak nak maafkan saya? Lagipun Kyran adik saya awak cintakan dia kan? Awak mahu sentiasa bersama dengan Kyran bukan? Dan saya nih adalah abang dia." kata Zain. Kata-kata Zain membuat aku tersenyum sinis lagi. Aku faham apa maksud dia.
"Don't worry. Perasaan cinta aku terhadap adik kau dah tiada. Dah hilang dan juga dah lesap. Yang hanya tinggal adalah perasaan dendam, benci, sakit dan kecewa. Disebabkan kau seorang aku pun turut benci pada keluarga kau, keturunan kau mahupun moyang kau sekalipun! Termasuk adik kau sekalipun! Ingat tu Zain Johansson." kata aku membelakanginya. Tidak mahu memandang ke arahnya.
Zain berasa tersentak, tersentap semua ada. Dia menundukkan kepalanya. Dalam hati sudah mula mengutuk dirinya sendiri. Dia berasa sangat menyesal. Zain mengenggam buku limanya. Dia berada geram dengan diri sendiri. Berasa sangat merana disebabkan kesalahan diri sendiri.
"Ohh sebelum tu kau jangan risau. Aku akan panggil pekerja atau mana-mana orang untuk bantu kau kat sini yer? Aku tengok kau dah sangat lemah nih. Darah pun sana-sini. Kesian tengok diri kau." kata aku tersenyum sinis. Aku menoleh sedikit ke tepi. Aku tak toleh kepala aku semua untuk lihat dia. Cukuplah hanya pandang secara sisi-sisi.
Aku pergi meninggalkannya. Manakala hati aku pula hanya tuhan saja yang tahu. Hati ini rasa sangat perit dan sakit juga untuk menerima kenyataan bahawa Kyran adalah abang Zain. Seandainya Kyran memohon pada aku untuk bersama dengannya aku takkan makan dengan pujukan dia lagi. Alangkah bagusnya.. kalau Kyran Andrew bukan adik kepada Zain.
Zain pula hanya memandang ke arah belakang Puteri yang berjalan turun tangga daripada sini. Dia terlihat sangat kasihan. Zain pula menangis tidak henti-henti. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Perasaan bersalah semakin bertambah. Disebabkan dirinya... adiknya tidak dapat bersama dengan orang yang dia sayang. Semuanya gara-gara disebabkan abangnya sendiri...
'Adik... maafkan abang..' teriak Zain di dalam hati.
*************
Aku keluar dari syarikat tu dengan air mata yang tidak henti menurun ke pipi. Aku menahan teksi di situ dan masuk ke dalam teksi. Selepas masuk aku terus memberi alamat pada pemandu teksi tu untuk ke rumah aku. Pak cik teksi hanya mengangguk saja menuruti permintaan aku.
Cuma dapat kulihat yang pak cik tu mengerut dahinya. Mungkin sebab heran aku menangis. Suara aku pun serak baru lepas menangis.
Aku sandar di kerusi. Minda mengimbas segala kenangan aku dengan Kyran.
Dan setiap kali aku teringat pada kenangan kiteorang pasti akan saja ada air mata yang keluar. Hati aku pula berasa sesak. Aku terpaksa tanggung semua nih. Mungkin.. inilah takdir aku dan juga Kyran.
Tadi waktu aku pukul Zain. Tanpa belas kasihan pula tu. Hmm jadi memang betullah. Aku dah jadi orang lain. Disebabkan perasaan benci yang teramat aku dah jadi orang lain. Huh! Kejam kan aku tadi?
************
Kyran pov
"Mommy.." panggil aku pada mommy aku.
"Ya? Kenapa nak?" kata mommy aku yang sekarang tengah nonton tv bersama dengan aku sekarang nih.
"Kyran tak fahamlah dengan perempuan mommy.." kata Kyran yang mengeluh.
"Aik, semacam jer bunyi dia. Kamu bergaduh dengan Puteri eh?" teka mommy.
"Hmm..tapi Kyran tak tahu apa yang kiteorang gaduh sekarang. Semalam Kyran pergi rumah Puteri dia macam dingin dengan Kyran mommy. Lepas tu bila Kyran tanya Kyran ada buat salah ke tak dia tak jawab. Kyran pun heranlah kalau tidak selama ini kiteorang baik² saje mommy takde apa-pun yang Puteri tak puas hati." kata aku yang meluahkan isi hati pada mommy aku.
Datin Arina hanya tersenyum. Dia menepuk bahu aku dengan lembut.
"Nak, kamu betul-betul sayang dekat Puteri kan?" kata mommy aku. Dengan cepat aku mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk.
"Kalau kamu sayang..kamu kenalah sabar dengan dia. Cuba faham dia. Mungkin dia ada masalah lain. Dan saja dia mahu rahsiakan dari kamu. Perhubungan cinta nih kan...selain kena ada sifat percaya antara satu sama lain sifat sabar dan bertolak-ansur pun kena ada dalam hubungan cinta nih. Jangan cepat mengalah pada dia. Jadi inilah masanya untuk Kyran bertabah. Banyak tau rintangan dalam hubungan cinta nih." kata mommy aku yang memberi nasihat yang bermakna pada aku.
"Hmm terima kasih mommy sebab nasihatkan Kyran. Cuma Kyran tak sabar nak kahwin dengan Puteri mommy. Lagipun benda yang baik harus dicepatkan bukan?" kata aku.
"Hamboihh! Anak mommy nih. Gatal nampak?" kata mommy aku yang ketawa kecil. Aku turut ketawa sama.
"Hehe kamulah yang lambat Kyran oihh. Bilanya nak lamar Puteri? Bukan korang berdua dah bersedia dah ke?" kata mommy aku.
"Hmm betui juga tu mommy. Heran. Kenapalah Kyran lambat sangat mahu lamar dia." kata aku yang menggaru kepala yang tidak gatal. Aku hanya tersengih menampakkan gigi aku.
"Haa tahu pun! Sekejap mommy nak ambil sesuatu." kata mommy aku yang naik tangga ke atas pergi ke biliknya. Aku hanya mengangguk saja dan menunggu. Tunggu punya tunggu akhirnya mommy muncul juga.
"Nah ambillah." kata mommy aku yang menyua pada aku sebuah kotak kecil berwarna merah. Macam kotak cincin pun ada.
"Apa nih mommy?" kata aku yang mengambil kotak tersebut. Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham. Cincin ker?
"Bukalah! Kalau tak buka macam mana kamu nak tahu." kata mommy aku. Aku hanya mengangguk saja dan buka kotak di tangan aku nih.
Alangkah terkejutnya aku apabila buka² saja terpampang cincin yang begitu cantik. Tengoklah batu kat cincin nih warna biru cair yang sangat memukau dan seakan bersinar macam batu permata pun ada. Memang sangat-sangat cantiklah.
"Mommy nih cincin untuk Puteri ke? Cantiknya!" kata aku dengan teruja. Mommy aku hanya tersenyum saja.
"Tapi, macam mana kalau tak padan dengan jari Puteri. Kut jari Puteri besar lagi ke kecil lagi ke kita tak tahu saiz dia. Takut tak muat pula." kata aku sedikit risau.
"Hehe takpe, kamu trylah kat tangan dia nanti. Lagipun mommy dah dapat teka jari dia macam mana. Mommy tengok dah jari dia tu.. mommy dah dapat teka saiz dia. Lagipun kebetulan ada lah pekerja yang jual cincin tu jari dia memang sama sangat dengan jari Puteri. Jadi mommy ikut saiz tangan dialah." kata mommy aku yang terus-terang.
"Wahh hebatlah mommy! Hmm harap tekaan mommy betullah. Nanti tak gaduh lah nak tukar bagai dengan cincin lain." kata aku yang membelek-belek cincin nih. Memang sangat cantik dan sesuai kalau disarungkan di tangan Puteri nanti.
Mommy aku hanya mengiyakan saja kata-kata aku dan tersenyum.
***********
Puteri pov
Kringg..kringg
Tiba-tiba telefon aku berdering menandakan panggilan masuk. Aku lihat nama yang tertera adalah Kyran. Aku slide ke kiri tidak mahu angkat panggilan darinya. Sudah banyak kali telefon berdering tanda panggilan dari Kyran. Tapi aku hanya pekakkan telinga saja dan buat tak layan dengan panggilan tu.
Tiba-tiba satu mesej notifikasi masuk menandakan mesej masuk pula. Aku lihat mesej tersebut. Ianya dari Kyran.
Puteri saya pergi ke rumah awak sekarang.
Ada sesuatu yang special nih saya nak bagi
kat awak. Nanti kita jumpa. Tak sabar pula
saya nak beri kejutan pada awak!
Haa itulah mesej yang terpampang di skrin telefon aku. Muka aku tiada reaksi. Hanya kosong. Aku turun ke bawah pergi ke dapur. Teringin nak makan air milo pula. Aunty pula tiada kat sini. Pergi jumpa dengan kawan satu sekolah katanya. Ada jamuan apa tak tau tapi aku tak mahu ikut. Hehe..
Terdengar bunyi ketukan di pintu. Sudah dapat agak siapa yang ketuk. Aku buka pintu dan terpampanglah wajah Kyran yang tersenyum.
Aku pula tiada senyuman. Hanya reaksi kosong saja aku beri padanya.
Kami berdua berpandangan lama.
Kyran Andrew...kenapa nasib kita sampai macam nih?
Share this novel