Puteri pov
"Kyran..kenapa awak ajak saya jalan-jalan makan angin kat sini ni? Nak kata rindu..pagi tadi kita kan dah jumpa. Takkan rindu lagi. " Kata aku dengan nada meleret sambil menoleh ke arah Kyran.
Sekarang ni kami berdua berjalan beriringan di suatu taman.
Kyran memegang tangan aku dengan lembut. Aku tersenyum. Masing-masing berbalas senyum. Langkah kaki kami juga seiring dan serentak.
Kyran memperbetulkan topi di kepalanya. Nak pergi mana pun takut diketahui oleh orang lain. Bila orang nampak wajah Kyran kadang-kadang sampai macam nampak duit kertas yang banyak berterbangan. Tu tak kira lagi dengan fans gila Kyran.
"Of course la saya rindu. Puteri, saya tak boleh berganjak jauh dari awak walau sesaat. Nanti rindu. " Kata Kyran.
Aku tertawa kecil.
"Okeylah Kyran yang handsome..hehe.." Kata aku tersenyum sambil melirik ke arahnya.
"Okay, sit here. Kat sini..tak ada orang sangat. Macam sunyi dan sepi. Tapi suasana kat sini tenang dan damai. Akhirnya saya dapat berduaan dengan my pretty princess kat sini. " Kata Kyran sambil mencuit dagu aku manja.
Gelak kecil dari aku kedengaran.
Akhirnya kami berdua duduk di atas rumput yang menghijau di sini. Kelihatan bunga lalang ada banyak di sini.
Bunga kecil yang berwarna-warni turut ada di sini. Cantik. Tempat yang aku duduk dengan Kyran pula tanahnya sedikit tinggi dari yang lain. Kat sini pula hanya lapang saja.
Aku hanya membiarkan rambut aku sedikit berterbangan. Aku memejam kelopak mataku perlahan.
Kyran yang melihat hanya tersenyum.
"Cantikkan kat sini Puteri?"
"Cantik. Macam tempat yang kita pergi tu yang ada dalam hutan tapi kali ni tak ada tasik." Kata aku membuka perlahan kelopak mata memandangnya.
Tanpa aku sedar, Kyran memetik sekuntum bunga merah dan terus menyelitkan bunga kecil itu ke anak rambut aku di tepi. Rambut aku pula ditoncang satu.
Aku terpaku sekejap. Bila masa dia petik bunga?
Kyran tersenyum memandang aku. Aku turut melirik senyuman lembut.
"You looks pretty, my princess."
Aku mencantumkan kening.
"Kenapa? Selama ni saya tak nampak cantik ke? "
Kyran tertawa kecil.
"No, but kali ni..awak nampak sedikit berbeza. Nampak lagi manis. " Puji Kyran ikhlas.
Aku tersenyum malu. Aduhh..dia ni tak boleh ke kalau sehari tak buat aku malu?
Selepas itu, Kyran meletakkan kepalanya ke atas ribaku. Topi yang berada di atas kepala dia letak ke tepi. Sekarang aku sedang duduk bersimpuh.
Aku hanya tersenyum lembut dan mengusap perlahan rambut coklat Kyran.
Kyran pula memejamkan matanya apabila merasakan sentuhan lembut dari aku.
"Kyran, awak tidur ke tu? Hehe.." Aku tersenyum kecil apabila pandang wajahnya yang sudah tertutup kelopak mata.
"Hmm? Tak..saya cuma rasa seronok sangat berada kat atas riba awak ni Puteri. " Kata Kyran mencelikkan mata sedikit pandang aku.
Aku tersenyum kecil sambil mencuit hidungnya manja.
"Sweetheart, boleh nyanyikan satu lagu untuk saya? Mesti lagi seronok nanti kalau saya baring atas riba awak sambil dengar awak nyanyi." Pinta Kyran.
"Ala please..nyanyikanlah untuk bakal suami awak yang tercinta ni. Saya dah lama tak dengar awak nyanyi tau? " Kata Kyran.
Selepas lama aku berjeda aku mengangguk perlahan menturuti permintaannya.
Melihat Kyran tersenyum senang aku turut tersenyum.
"Okey saya nyanyi sikit eh? " Kata aku tersenyum.
Kyran hanya mengangguk kecil di atas riba aku.
"Hmmm..Mmmm..Ohh..ohh..love is very beautiful..like a fish dancing in a river..when love becomes a flower.. I can't breath..with all this..Alone with you..feel like being in the air..Here..While I was with you..I feel my heart beating fast..as usual..I have someone who loves me..hmmm..hmmm..hmm.. " Aku mengakhiri nyanyian aku dengan bersenadung kecil.
Kyran pula aku lihat sudah terlelap matanya sambil tersenyum seorang diri. Nampak begitu feeling gitew.
Aku menggeleng kecil.
Mata mengitari sekeliling. Ahh..tempat ni sungguh tenang dan cantik.
Tiba-tiba aku lihat seekor rama-rama yang sedang terbang di hadapan aku. Terus spontan terbit senyuman di bibir aku.
Rama-rama! Aku suka rama-rama.
Tiba-tiba rama-rama itu mahu terbang ke sini. Aku mengangkat tangan aku. Seperti berharap supaya dia mendarat ke tangan kecilku.
Aku mahu pegang dia. Ohh tolonglah..sayap rama-rama tu sangat cantik. Dengan warna biru laut bercampur pink colour. Ahh rama-rama tu memang nampak memikat dan terpesona bagi aku.
"Ala.. " Spontan aku mendengus kecil. Rama-rama baru nak mendarat ke tangan aku. Tiba-tiba telefon aku berdering. And last-last rama-rama tu dah pergi. Huhu apalah nasib..
Nak atau tak nak aku angkat juga panggilan di telefon. Manalah tahu ada hal penting.
Kyran yang mendengar telefon aku berdering terus mencelikkan matanya. Dia terpandang nama di telefon aku. Terus riak wajahnya sedikit berubah.
Aku pula selamba hanya tekan butang call hijau dan telefon aku bawa ke telinga.
"Hello..."
"Hello.. " Kedengaran suara musky lelaki dari corong telinga.
Aku tersenyum.
Kyran pov
Entah kenapalah orang tu asyik telefon Puteri hah? Eyyy kacau daun betullah! Orang nak berduaan dengan Puteri pun tak boleh. Dari semalam aku tengok lelaki tu telefon Puteri. Haih, tak ada keja ke apa?
Yang Puteri pun satu. Kenapa selalu angkat telefon dari dia?
Aku bangun dari baring di atas ribanya. Mata mengerling sekilas ke arah Puteri. Muka beriak tidak puas hati. Tangan berpeluk tubuh. Mulut mencebik ke tepi.
Kelihatan Puteri ketika bercakap banyak mengangguk dan tersenyum. Hmmph!
"Hmm, ya. Hehe..okey bye²." Kata Puteri mengakhiri perbualannya di telefon.
Selepas aku lihat dia menyeluk telefon ke dalam beg sandang aku terus bersuara.
"Haih, kenapa dia selalu telefon awak? Tsk. Kacau betullah. " Aku mencantumkan kening.
"Hmm? Dia? Siapa? Audrey? " Tanya Puteri. Sedikit beriak keliru di situ.
"Hmm..dialah. Siapa lagi? " Aku berdesir mulut.
Puteri berjeda seketika. Tak lama kemudian tawanya tercetus juga. Aku mencantumkan kening.
Heyy, tak lawak lah.
"Haha apalah awak ni. Jeles lah tu. Awak..Audrey ni kawan saya jelah. " Kata Puteri sambil tayang sengih. Gelaknya masih tersisa.
Aku mencebik mulut lagi.
"Hmm, sejak bilalah dia jadi kawan awak ye? Hmm, nampaknya Audrey adalah orang tu. " Kata aku mengecilkan mata pandang ke hadapan. Ada nada sedikit cemburu di situ.
"Errr..sejak dia melawat saya kat hospital? Ehehe..hmm maksud awak? Orang tu? " Puteri mencantumkan keningnya.
"Aha,absolutely correction. Haa, dialah orang tu. Orang saingan saya. Macam apa yang Camelia cakap. Sweetheart, saya nak awak berjauhan dengan dia lepas ni. Saya tak nak nanti dia berjaya rampas awak dari saya. Orang seperti dia bukannya boleh percaya sangat. Kita pun baru kenal dengan dia. " Kata aku.
Audrey. Yeah, orang tu. Dialah yang selamatkan aku dulu. Aku masih ingat lagi. Puteri memang selalu cerita dekat aku pasal dia. Walaupun aku tak pernah jumpa dia..cukup hanya sampaikan terima kasih aku pada Puteri untuknya kerana pernah selamatkan aku. Walaupun begitu, tak semestinya dia seratus peratus orang baik! Puteri pun baru kenal dengannya.
Puteri mengangkat keningnya.
"Kyran, awak kalau cemburu cute juga eh? Hehe.." Puteri tertawa kecil.
"Of course saya cemburu. Sweetheart, awak kena hati-hati. Awak pun baru kenal dengan dia. Dia lelaki. Tak mungkin dia tak berharap sesuatu dari awak. " Kata aku.
"Uuuu.. Terharu saya bila awak risaukan saya. Kyran, awak jangan cemburulah. Okey, macam ni. Saya takkan rapat sangat dengan dia. Saya akan berhati-hati okey? Don't worry..be happy my sweetie. " Puteri sudah tayang kenyihan comel darinya.
Aku mengetap mulut. Haih, ni yang nak cair ni. Mendengar panggilan manja darinya.
Aku tersenyum dan mengangguk kecil.
"Okey, my princess.. "
********
Karen pov
Hujan kini sudah berhenti dari turun . Langit di awan yang mendung tadi kini bertukar cerah. Kedengaran selang-seli bunyi kicauan burung di sini.
"Awak..awak..tengok tu. Wahh pelangi lah! Ahh.. Bestnya.."
Aku turut mendongak ke atas sikit. Memang ada pelangi pun. Bibir melarik senyuman manis.
"Cantik.."
Farah menoleh ke tepi. Dia memandang aku tanpa berkelip. Aku yang tersedar akan hal tersebut terus melirik ke arahnya. Tapi, Farah cepat-cepat berkalih mata ke arah lain.
Aku tertawa kecil.
"Kenapa awak tengok saya?"
"Errr...taklah. Saya tengok burung tu ha. Saya tengok sayap burung tu cantik pula.Okeylah awak jom pergi. Lagipun, hujan dah berhenti." Kata Farah mengangkat tangan seperti menunjuk sesuatu. Dia tersengih kekok. Anak rambut Farah selitkan ke belakang telinga.
Aku hanya menahan senyum.
'Girl..you're not good at lying.'
Share this novel