Epilog
Sudah beberapa minggu Balqish berada di hospital sakit jiwa.
"B-Balqish...erghh.. w-walau a-a..p-papun..ergg..terj.. jadi..aa..aku a-akan tt..tetap m-maafkan k-k..au.." tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Puteri membuat hati Balqish terasa sayu. Hatinya mengalir satu rasa aneh.
Setitis air mata jernih mengalir ke pipinya. Dia memandang ke arah katil demi katil di tepinya, di hadapannya.
Balqish mengerut keningnya. Mata dipejam perlahan. Dia memegang dadanya dan mengenggamnya dengan erat.
Setitis demi setitis air mata jatuh ke pipinya.
Dia tidak tahu apa yang dia rasakannya saat ini. Kata-kata Puteri asyik terngiang-ngiang di fikirannya. Apa mungkin dia menyesal dengan perbuatannya?
Balqish membuka kelopak matanya secara perlahan-perlahan.
Tangannya diangkat ke paras dada. Telapak tangan itu ditiliknya lama.
"J-Jadi..aku dah jadi seorang pembunuh. Malah, seseorang yang aku bunuh itu ialah orang sendiri yang layak untuk bahagia. Hati kecil baiknya itu sudah aku robek-robek. Tubuh itu sudah aku tikam berkali-kali. Alangkah kejam dan hinanya diri ini." Gumam Balqish perlahan. Bahu Balqish sudah terhinjut-hinjut kerana menangis. Telapak tangan itu digenggamnya dengan erat.
"Puteri Ilynia Khan, aku rasa..aku tak patut bunuh kau. Aku dah ambil segalanya-galanya dari kau. Mencabik dan memusnahkan hati kau, merampas kebahagiaan kau termasuk nyawa kau sendiri. Tapi..ada satu yang aku tak dapat rampas dari kau. Cinta. Sampai sekarang..aku tak dapat memilikinya. Kau sudah menang Puteri. Manakala aku...sudah kalah dengan namanya cinta. Cinta kau dengan Kyran ialah luar biasa. Aku sendiri..tak boleh hancurkannya.."
"Sekarang aku sedar..dan sudah tiba masanya untuk aku dihukum. Aku rasa..sudah cukup berada di sini. Semuanya sudah terlambat. Kini, watak Balqish Kenisha sudah tidak akan muncul lagi dalam cerita ini. Kata-kata Puteri sudah cukup mengedarkan aku. Malangnya, aku sendiri yang lambat sedar."
"Akhirnya..suara itu sudah tiada menghantui aku..Aku rasa penyakit aku semakin pulih.." Gadis itu melepaskan keluhan kecil perlahan.
Share this novel