Hello guys^^ chapter ni miya cuba ubah part dekat Farah pov tu je. Korang boleh skip part lain di bab ni klau korang dh bca. Sbb miya update plk bab ni sbb ade yg tersilap. T-T..apapun enjoy your reading~^
Sambungan Karen pov
"No, luckily saya langsung tak cedera? Why? Cik Farah, are you worried about me??" Tanya aku padanya. Senyuman tidak lekang di bibir aku.
"Errr.." kelihatan gadis itu seperti buntu mahu berkata apa.
Hehe I like her confused like this.
"Of course." Tiba-tiba Farah bersuara. Aku menjongket kening aku sebelah ke atas memandangnya.
"Of course, saya risaukan awak. Saya kan.. yang punca awak kemalangan? Nanti saya kena bertanggungjawab pula. So, of course saya risau." Kata Farah. Mukanya hanya beriak selamba.
Aku tersenyum kecil. Aku melepaskan tangannya. Kini, jarak kami sudah tidak dekat. Aku berhadapan dengannya.
"Don't worry, I'm okay. Lagipun..saya HAMPIR je terlibat dengan accident. Bukannya terus accident." Kata aku yang menekan perkataan 'hampir'.
Farah membulatkan matanya.
"What?! Jadi..awak tipu saya??" Kata Farah sudah bercekak pinggang di hadapan aku. Matanya tajam menikam ke dalam anak mata aku.
"Ermm..lebih kurang lah." Kata aku dengan selamba. Aku hanya menyilangkan tangan ke dada beriak santai saja. Tidak takut sama sekali dengan pandangan tajam darinya.
Farah mengeluh kasar. Dia mencebik mulut.
"Hmmph!" Farah menyilangkan tangan ke dadanya. Riak menunjukkan tanda tidak puas hati.
'Hmm tapi kan Farah. Kira hampir tu nasib baik lah. Mau dia langgar terus tak ke naya? Aku pula yang kena tanggungjawab. Haa betul tu!' batin Farah dalam hati. Dia menyembunyikan senyumannya.
"Tapi, cik Farah. Saya rasa kan..saya dah lepas peluang ikan besar la pula." Kata aku tersenyum penuh makna.
"Maksud awak?" Tanya Farah balik. Memandang aku dengan wajah polosnya itu.
"Maksud saya..saya rasa rugi la pula lepaskan peluang ni. Tadi, awak pun cakap yang saya.." kata aku yang melangkah merapatinya.
"Boleh kiss awak." Kata aku sengaja beriak nakal. Aku terus mendekatkan wajah aku dengannya membuat muka Farah terundur ke belakang dan mahu terjatuh.
Belum sempat aku buat apa dia sudah menarik kolar baju aku dan tak semena-mena membuat tubuh aku terjatuh tertindih di badannya di atas tanah.
Aku sempat menahan kedua tangan aku di sisinya. Kalau tidak...Ish boleh tercium nanti.
Farah dan aku masing-masing beriak terkejut. Terkejut kerana keadaan kami sekarang..aku berada di atasnya dan dia berada di bawah. Kami terpaku seketika. Masing-masing terpaku memandang antara satu sama lain.
'Alamak!! Macam mana boleh terduduk atas dia pulak ni?!' jerit aku dalam hati.
'Aduhai, Farah..Farah..apasal kau dungu sangat ni?! Kalau kau tak tarik kolar baju dia tadi..dia takkan jatuh sekali dengan kau lah! Aduhh..aku duduk atas dia takpalah. Ni dia duduk atas aku pulak. Berat ngok.' jerit Farah di dalam hati.
"Ahem².." aku terus berdehem kecil dan bangun dari tertindih di atasnya. Muka aku sedaya-upaya cuba beriak biasa. Aku terlihat si dia yang masih terpaku terbaring di atas tanah.
Aku menghulurkan tangan padanya.
Farah tersentak. Dia tidak sangka orang yang hadapan mahu menghulurkan tangan untuk membantunya bangun.
'Wahh, kalau macam nilah layanan dia kat aku hari²...boleh cair terus hati aku nanti.' batin Farah tersengih sendirian seperti kerang busuk.
Aku pula yang tertunggu-tunggu seperti tiang besi kat sini. Adehh, tangan aku ni bukannya lidi kayu yang tak reti lenguh atau penat. Pfft!
Farah perlahan-lahan mengangkat tangannya mahu menyambut huluran tangan aku.
Haa, sambut pun.
Aku terus menggenggam jari jemarinya dan membantunya bangun. Farah yang sudah bangkit dari baring atas tanah tersengih-sengih seperti orang gila memandang aku.
Aku berkalih memandang lain. Tanpa aku sedar, bibir aku menguntum senyuman lucu.
Kami terdiam kekok seketika.
"Awak..." Farah memanggil aku dengan suara meleretnya itu.
"Hahh?? Apa?" Tanya aku balik.
Farah menampar perlahan dahinya.
"Bukan awak kata awak mahu bagi saya denda ke? Sebab saya tipu awak tu. So.. what my punishment?" Kata Farah mengangkat keningnya memandang aku.
Aku pula yang seakan baru tersedar. Ha'aa lah! Macam mana la aku boleh lupa ni?
"Teach me to dance." Kata aku spontan sambil menatap tepat ke wajahnya.
"What? Dance? Awak..suruh saya.. ajar awak menari?" Tanya Farah balik dengan riak sedikit terkejut. Dia menuding jari ke arah aku dan juga dirinya.
Sepertinya dia tidak percaya itu dengan bagi dirinya. aku. Why? Apa yang peliknya? Hmm..aku pun tak tau. Dah aku tak tahu nak bagi dia denda apa. Jadi aku suruh dia ajar aku menari lah. Lagipun, aku memang tak pandai menari.
"Why? Is it weird?" Tanya aku beserta kerutan di dahi.
"No, nothing weird. Just, you know..tak sangka pula ini permintaan awak. Hehehe.." kata Farah sambil gelak ketawa kecil.
'Hehe, tak sangka budak kat hadapan aku ni tak tau menari. Hehe entahlah ada sedikit funny di situ.' batin Farah dengan sengihan di bibirnya.
Aku pula tayang wajah dingin padanya.
Aiyoyo, pelik dah perempuan ni. Asyik tersengih-sengih saja. Ni mesti mengumpat pasal aku dalam hati ini. Heh!
"Okay, deal." Kata Farah yang terus menghulurkan tangan pada aku seperti mahu berjabat tangan.
Aku menunjukkan riak tidak faham. Farah tak berkata apa. Dia hanya memberi isyarat mata pada aku supaya aku menyambut huluran darinya. Hmm, mungkin ini adalah sebagai salam perjanjian kami berdua.
Aku dengan senang hati terus menyambut huluran tangan darinya. Spontan, terbit senyuman di bibir kami berdua.
**********
Puteri pov
Hari berganti hari. Siang berganti malam. Pejam celik pejam celik akhirnya tempoh kurung aku dalam wad hospital sudah berakhir. Horrey! Macam nak lompat-lompat je atas katil sekarang ni sebab happy sangat. Ehehehe..
"Beb, semua barang macam mana? Kau..dah periksa dah? Ada barang kau lagi tak? Nanti kang ada barang terlupa nak ambik pula." Tanya Farah pada aku. Sekarang ini aunty dan juga Farah bantu aku kemas apa yang patut. Masing-masing teruja aku boleh discharged dah sekarang. Karen pun ada waktu ni tapi..dia pergi isi borang keluar wad dulu dan mahu bayar untuk aku sepanjang berada di hospital.
"Dah, semua aku dah check. Banyak tu sajalah barang rasanya. Lagipun barang aku kat sini pun tak banyak sangat." Kata aku tersenyum. Aku duduk bersahaja di atas katil. Kaki aku goyang bermain suka-suka. Aku tersenyum ceria. Gembira la sebab akhirnya dapat keluar juga dari wad. Ehehehe..
Hehehe, aku pun..taklah mengemas barang sangat. Banyak duduk atas katil saja pun. Yang lain Farah yang banyak uruskan barang aku. Aunty pun ada tolong-tolong juga kemas barang aku dalam bag. Aku nak tolong tapi..dilarang oleh aunty pula. Katanya tangan aku ni harus tak banyak bergerak. Nanti terbuka jahitan pula. Macam-macam lah mereka berdua bagi alasan pada aku supaya jangan bergerak. Macam aku ni masih budak kecik pula. Tapi, takpalah. Rasa seronok pula dilayan manja macam ni. Hehehe..
"Okey, dah settle semua?" Tanya Karen tiba-tiba di hadapan muka pintu. Dia tersenyum memandang kami semua. Aku turut tersenyum.
"Dah, okay jom balik rumah! Yeayy.." kata aku mula dengan sikap kebudakkan.
Mereka yang lain hanya ketawa kecil dengan gelagat aku. Aku pula hanya tersengih menampakkan lesung pipit comel ku.
Kyran, wait for me. We'll meet. Itu...akan saya pastikan.
************
Balqish pov
Lyrics: Before you go
I fell by the wayside like everyone else
I hate you, I hate you, I hate you but I was just kidding myself
Our every moment, I start to replay
Cause now they're gone, all I hear are the words that I needed to say
-------@@--------
When you hurt under the surface
Like troubled water running cold
Well, time can heal but this won't
-------REFF--------
So, before you go
Was there something I could've said to make your heart beat better?
If only I'd have known you had a storm to weather
So, before you go
Was there something I could've said to make it all stop hurting?
It kills me how your mind can make you feel so worthless
So, before you go
--------------
Was never the right time, whenever you called
Went little by little by little until there was nothing at all
Our every moment, I start replay
But all I can think about is seeing that look on your face
Ulangi @@
Ulangi REFF
Would we be better off by now
If I'd have let my walls come down?
Maybe...I guess we'll never know, you know, you know?
Ulangi REFF
Tanpa aku sedar, setitis air mata jernih jatuh mengalir ke pipi. Aku mengusap perlahan pipi dengan jari runcingku. Mata mengerdip lemah. Aku lihat...jari aku yang sedikit dibasahi dengan air mataku. Aku hanya mampu melihat air mata ini di jari aku. Perasaan aku? Entahlah. Rasa macam...sukar untuk aku tafsirkan. Ianya rasa sakit sehingga kini bertukar pedih dari luka lain bercampur sedih dan plus tambah kecewa. Rasa sangat teruk perasaan ni.. Betul-betul teruk. Sehingga buat aku rasa..macam.. entahlah. Andai saja masa dapat diputarkan semula..andai saja begitu..tapi aku tahu. Itu..sama sekali sangat mustahil.
Aku rasa..seakan hati aku sangat hancur kala ini. Hancur. Sehinggakan sangat susah sekali untuk bercantum kembali hati ini.
Aku terus terduduk di atas lantai di dalam bilik karaoke ni. Di situ juga aku lepaskan tangisan pedih ku.
Manakala Jojo yang melihat bossnya yang cuma menangis selepas menyanyikan lagu 'before you go' di dalam bilik menyanyi membuat hatinya sebak mendengar tangisan mendayu dari bossnya. Hakikatnya, dia sudah tahu yang boss kedua mereka sudah pergi. Jadi, sebab itulah Balqish berasa sedih. Ini kerana, mereka berdua yang paling lama bersama.
Dia mengerdip mata perlahan.
Dapat ku rasakan ada seseorang yang mahu menghampiri ku namun aku tidak mendongak memandang siapa. Hanya menunduk ke bawah beserta air mata yang banyak bercucuran ke pipi. Rambut blonde panjang keperangan aku yang sehingga separas pinggang tidak aku hiraukan.
Dapat aku rasakan tangan seseorang sedang memegang bahuku dengan lembut.
Jojo duduk bercangkung di tepi aku.
"Boss, kalau boss rasa sakit sangat..boss lepaskanlah rasa sakit tu. Jangan pendam-pendam. Boss nangislah puas-puas. Kalau....itu buat boss lega." Kata Jojo perlahan berserta riak wajah risau.
Aku perlahan-lahan mengangkat muka memandangnya. Aku menggeleng kecil.
"Tak, Jojo."
"Ermm?" Soal Jojo lagi seolah tidak mengerti.
Dengan cepat aku mengusap kasar kedua pipi aku yang basah dengan air mata. Aku bangun dan kini duduk di atas sebuah sofa di bilik karaoke ni.
"Jojo, duduk." Kata aku ringkas. Jojo hanya akur saja. Dalam masa yang sama berasa sedikit hairan.
'Aik, boss ni. Cepatnya habis nangis. Ingatkan nak nangis lagi.' batin Jojo di dalam hati.
Bulu mata ku yang basah sedikit mengerdip perlahan memandang tepat ke arah Jojo di hadapan.
"Aku takkan terus begini, Jojo. Aku akan bangun. Balqish bukanlah orang yang lemah. Dia kuat cuma..dia lemah semangat sedikit. Sebab... semangatnya sudah hilang dibawa pergi oleh Jack. Tapi takpe, bila difikirkan balik..aku tak perlukan dia. Aku..akan tetap bertahan. Walau macam mana sekalipun." Kata aku kini memandang tajam ke tempat lain. Tersungging senyuman sinis di bibir aku.
Manakala Jojo yang melihat ke dalam anak mata aku sedikit tersentak. Dalam masa yang sama rasa puas hati dan gembira. Inilah bossnya yang dia kenal. Di dalam mata penuh dendam dan kebencian. Pandangan yang sungguh tajam dan menikam. Hanya sedikit saja kebaikan dalam diri bossnya.
"Bagus tu boss, inilah boss yang saya kagum dan kenal. Sebab tulah saya suka berkhidmat pada boss." Kata Jojo.
Aku hanya memerhatinya sambil tersenyum. Jojo, dan semua orang-orang aku hanya kenal aku sebagai orang yang cukup kejam dan jahat. Mereka pun kejam. Begitulah aku.
Dan disebalik kisah silam aku pula..hanya Jack saja yang tahu. Malah dia lebih kenal dan tahu diri aku yang sebenar. Aku jadi kejam ni.. semuanya disebabkan kau Kyran. Kalau aku berjaya memiliki kau, Kyran Andrew. Aku pasti akan berhenti jadi jahat macam ni.
Tapi takpe, aku Balqish lah. Takkan berputus-asa untuk memiliki kau Kyran. Walau apapun jadi. Itu...janji aku selama ini. Janji yang sudah aku semat dalam hati seketat mungkin sejak dulu lagi.
"Jojo, I have a plan." Kata aku tersenyum sinis.
"Ohh ya? Plan apa tu boss?" Kata Jojo beserta senyuman.
'Baguslah, akhirnya ada kerja juga untuk aku. Bolehlah aku dapat banyak duit nanti. Lepas dapat duit aku nak enjoy puas-puas. Hehehe..' batin Jojo tersenyum-senyum. Di dalam minda sudah merancang banyak perancangan mahu buat apa nanti lepas dapat banyak duit.
"Hmm..aku nak kau perhatikan rumah Kyran. I mean, sebenarnya aku nak kau kacau Datin Arina iaitu mommy Kyran tu. Tapi, pastikan dia dah keluar dari rumah tu seorang diri. Tanpa suaminya dan tanpa anaknya juga. Kau kacau la Datin Arina tu macam mana pun. Ugut bunuh ke apa ke sekali dengan kau bawa dengan kawan-kawan kau. Asalkan dia takut dan anggap kau orang jahat yang mahu buat sesuatu pada dia. Waktu tu, aku akan datang bantu datin tu dan acah-acah ugut korang untuk lapor polis. Haah lepas tu korang semua boleh pergi." Kata aku panjang lebar.
Jojo yang mendengar aku memberi arahan hanya mengangguk saja berkali-kali.
"Baik boss, kerja senang tu. Tak apa, kalau Datin Arina keluar seorang diri bersama drivernya saya akan inform pada boss di telefon. Saya dengan kawan-kawan akan bertindak selepas itu. Boss jangan risau, kami akan pastikan datin takut pada kami." Kata Jojo tersenyum yakin.
"Ohh, saya tau. Boss buat macam tu. Sebab boss nak ambil hati Datin Arina kan? Hehe, dan kalau Datin Arina berkenan dengan boss mesti dia akan jodohkan boss dengan anak dia, Kyran. Kebetulan sekali, datin pun nak sungguh Kyran kahwin cepat-cepat ni." Kata Jojo tersenyum lagi.
'Bijak betul boss aku ni.' batin Jojo dalam hati.
Aku hanya menggiyakan saja. Dan tersenyum nipis.
"Itupun kalau Datin Arina mahu jodohkan Kyran dengan aku, Jojo. Walaupun datin tu minat pada aku sekalipun." Kata aku lagi.
"Hmm, betul juga cakap boss tu. Tak apa boss, serahkan pada kami dulu. Saya tidak akan biar rancangan ni gagal." Kata Jojo.
"Bagus, sekarang kau boleh pergi." Kata aku dengan senyuman puas.
Jojo turut tersenyum miring. Jojo menunduk hormat terlebih dahulu sebelum keluar dalam bilik ini.
Selepas Jojo keluar, senyuman aku makin pudar.
"Jack, aku akan buktikan pada kau. Bahawa aku..boleh hidup tanpa kau." Gumam aku perlahan. Aku mengeluh lemah.
************
Farah pov
"Ohh yea.. akhirnya sampai juga rumah! Ohh rumahku syurgaku, ku rindu sama kamu!! Sofa mari dekat sama ku!" Jerit Puteri ceria yang terus menerjah masuk ke dalam rumah selepas aku membuka mangga kunci dan membuka pintu.
Habis riuh rumah ni dengan suara Puteri dan gelak ketawa darinya. Haihh, takde namanya Puteri la kalau suara tak nyaring dan riuh rendah gamaknya.
Aku hanya menggeleng kecil memandang kawan baik aku. Siap terbaring lagi atas sofa sambil usap sofa dengan tangan. Haih, macamlah dia tinggal rumah ni dah bertahun. Hehehe.
"Puteri sayang, kau ni kalau tak duduk diam memang tak sah ye? Dah lah tengah sakit pun masih lagi tak berubah perangai macam budak-budak tu. Ish³." Kata aku yang sudah serupa bikin mahu membebel. Kalau nak ikutkan hati..nak saja aku membebel berjam-jam kat telinga dia sampai dia naik rimas. Haa baru padan muka dia. Ahahaha..adoii ketawa jahat pula aku ni.
"Of course lah! Dah beberapa hari kut aku duduk kat wad hospital tu. Eei memang bosan betul ye duk kat wad? So, macam ni rupanya pengalaman lepas duduk wad beberapa hari. Ehehehe." Kata Puteri. Tak lupa juga dengan kenyihan darinya.
"Eeii kenyih la macam tu lagi. Aku cubit-cubit pipi tu kang." Kata aku yang sudah mahu menghampiri Puteri. Mahu cubit-cubit pipi gebunya itu.
"Eeih Farah! Jangan! Oh tidak..kempis pipi aku nanti kau kerjakan. Eihh tak nak..tak nak! Menjauhlah kau wahai si raksasa pencubit pipi! Hiyarghh.." kelihatan Puteri sudah membuka silatnya. Ohh raksasa pencubit pipi ye? Ohh takpe..
"Raksasa pencubit pipi sudah dekat..yargh.." kata aku yang berlari anak pada Puteri dan terus menerkamnya.
"Arghh..tidak..!! Jangan!" Puteri mula mainkan peran sebagai mangsa dan aku sebagai raksasa.
"Grrr.." aku mula bergrrr dan mencubit pipi gebunya gera.. Selepas itu, aku terus menggeleteknya membuat kami berdua tercetus ketawa nakal sesama sendiri.
Puteri tidak mengalah. Dia turut menggeletek aku membuat aku ketawa tak henti-henti.
"Hehehe janganlah.. Puteri..!!" Kata aku yang masih dengan sisa ketawa aku. Kami berdua saling berbalas geletek. Di ruang tamu diselangi dengan gelakan ketawa dari kami berdua.
Karen dan juga aunty yang melihat pemandangan mata di hadapan hanya tergeleng kecil dibuatnya.
Tersenyum-senyum mereka dibuatnya apabila melihat telatah aku dan juga Puteri. Aku dan Puteri masih bergelut sesama sendiri di atas karpet ruang tamu. Aku geletek Puteri..dia pun geletek aku. Wahh, boleh sakit perut aku ni asyik duk gelak.
"Eihhh, Puteri! Janganlah! Hehe geli la." Kata aku masih dengan sisa ketawa dari aku.
"Hhehehehe."
Tanpa aku sedar, Karen memerhati aku dengan lama.
"Karen, biasalah mereka tu. Dah besar tapi masih lagi kebudak-budakan. Haih, aunty pun tak tau nak cakap apa, nak." Kata aunty tersenyum. Mata masih memandang ke hadapan melihat aku dan Puteri yang masih bermain.
"Ha'aa aunty, memang macam budak-budak betul." Kata Karen.
"Puteri, Farah. Haa jangan main-main. Puteri, kamu dahlah baru keluar dari wad. Haa tengok, Ish ini anak degil. Kan aunty suruh kamu jangan bergerak tangan tu? Main-main pula ye?" Kata aunty yang mula berceloteh pada Puteri. Automatik aku dan juga Puteri terus diam. Aku menahan senyum memandang sahabat baik ku.
Aku membuat reaksi seperti 'haa² dengar cakap aunty tu. Hamboihh! Nakal betul budak ni.'
Puteri pula membalas balik dengan reaksi seperti 'Eihh kau dulu yang cari pasal! Kata kat orang pulak!'
Aku hanya ketawa kecil saja. Rasa nak gelak sampai bergegar rumah saja sekarang ni bila terpandang muka masam mencuka dari Puteri selepas ditegur oleh aunty.
Tiba-tiba...
Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
Lagu 'Fix you' kedengaran di gegendang telinga menandakan panggilan masuk di telefon aku. Aku terus menjawab panggilan bernombor tersebut. Mungkin, panggilan dari client aku.
"Hello..?"
"Ohh ya? Okey²." Aku terus bangun dan mahu bicara ke telefon di tempat jauh sikit. Telinga mendengar dengan teliti apabila si pemanggil bicara di telefon.
Karen yang perasan hal itu hanya mengekor kelibat aku dengan ekoran mata saja.
'Seriusnya muka tu..' getus Karen di dalam hati.
Puteri pov
Aku lihat Farah sedang bercakap telefon di hujung sudut. Mata aku kini berkalih memandang Karen yang sedang berada di dapur mengambil minuman di hujung satu sudut lagi.
Aku menoleh kepala ke kanan dan ke kiri memandang Karen dan juga Farah. Aku membentuk tangan aku seperti membentuk jari telunjuk kanan bersentuhan dengan jari telunjuk kiri. Dan begitu juga ibu jari kanan ku yang bersentuh dengan ibu jari kiri ku dan mata mula menganalisis mereka berdua dengan tangan aku ini. Woah.. mereka berdua ni secocok lah kalau bersama!
"Aunty...aunty..tengok mereka dua tu, Puteri ship betullah dengan mereka berdua. Memang nampak macam pasangan merpati yang sejoli gitewwww, hehehe." Kata aku pada aunty aku sambil ketawa kecil.
Aunty turut terteleng tengok Farah dan juga Karen. Spontan terbit senyuman di bibir aunty ku.
"Memang lah sepadan. Tapi..sama ada mereka akan bersama tu..kita tak tahu. Untuk masa depan nanti. Tengok-tengok jodoh mereka berdua lain." Kata aunty aku.
"Hmm, betul tu aunty. Cuma macam dalam drama pula. Puteri betul-betul ship mereka berdua. Karen Farah woah.. memang pasangan yang perfect gitewwww. Lagipun, Puteri dah angan-angan nak jodohkan mereka berdua. Amacam aunty setuju tak?" Kata aku tersengih.
"Aunty okey je. Aunty pun rasa macam tu juga. Farah tu kita dah kenal luar dan dalam. Dia sesuai sangat kalau jadi adik ipar kamu, Puteri." Kata aunty tersenyum.
"Betul aunty." Kata aku ketawa kecil.
Aunty hanya tersenyum.
Tiba-tiba Karen dan juga Farah datang ke sini. Masing-masing sudah selesai dengan kegiatan yang dilakukan tadi.
"Puteri, aku kena pergi dulu. Boss aku panggil aku la. Ada kerja penting yang kena buat katanya." Kata Farah.
"Okeylah babe. Kau kan kerja penyiasat mestilah sibuk. Bye², nanti kita jumpa lagi tau?" Kata aku yang babai padanya.
Kami saling berpelukan.
"Okay babe, bye². " Pelukan kami terlerai. Farah kini memeluk aunty pula.
"Farah pergi dulu ye aunty?" Kata Farah dalam pelukan.
"Yelah, jaga baik-baik ye nak?" Kata Aunty sempat memberi nasihat pada bff aku.
"Hehe okey aunty." Kata Farah ketawa kecil. Pelukan Farah dan juga aunty sudah terlerai. Farah hanya mengerling sekilas pada Karen. Sebelum keluar dari rumah ini.
Aku hanya tersenyum kecil. Akhirnya kelibat Farah sudah hilang di ruang mata.
"Adik, adik tak nak tidur kat sini ke? Ini pun rumah adik juga." Kata aku.
Karen tersenyum.
"Okey, adik pun fikir nak stay dulu kat sini. Nak spend time dengan kakak dan juga aunty." Kata Karen.
Aku turut tersenyum senang.
"Adik jangan risau, kat rumah ni ada lagi bilik kosong." Kata aku.
Karen mengangguk dan tersenyum.
"Okay kak." Kata Karen. Aku hanya tersenyum. Tak sabar rasanya nak tinggal dengan adik aku dalam satu rumah ni. Hehehe.
***********
Farah pov
Aku parking kereta aku berhampiran di sebuah restoran makan. Ada client aku yang mahu berjumpa dengan aku di sini.
Katanya ini adalah kes anak dia sendiri. Dia akan memberi tahu dengan lanjut kes apa yang aku harus siasat.
"Hmm dia kata kat restoran ni dia berada kat meja bernombor 6. Nombor 6 di manakah kamu?" Gumam aku sendiri.
Adoii, banyak sangat meja ni. Takkanlah aku nak check satu-satu cari nombor 6 dekat setiap meja waktu orang tengah makan pula? Adoii..nanti dicop sebagai 'pengacau yang tidak berbayar' haa nayo².
Ting!
Kedengaran bunyi mesej masuk. Aku menekan notifikasi mesej tersebut di skrin telefon aku. Dan terpampang..
'Saya berada di sini. Di belakang awak dan berada di meja hujung sekali. Saya pakai baju T-shirt putih dan sedang melambai belakang awak sekarang.'
Selepas terkumat-kamit membaca mesej tersebut, terus aku menoleh badan ke belakang.
Haa tudia! Orang yang pakai baju putih sambil lambai aku. Siapa lagi kalau bukan dia kan? Dia seorang yang lambai ke arah sini.
Aku terus menghampiri meja makannya. Kelihatan dia seperti seorang lelaki yang berumur puluhan pertengahan. Aku lihat atas meja dia hanya order minuman.
"Err..Encik ni ke yang call saya suruh siasat satu kes tentang anak encik?" Kata aku berformal.
"Ye saya." Terus muka aku bertukar lega. Akhirnya jumpa juga orang yang telefon aku tu.
"Ye Encik? Encik nak saya siasat apa? Ohh sebelum tu..boleh saya tahu nama encik apa?" Tanya aku terus straight to the point sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengannya. Hanya meja yang menghalang antara aku dan juga dia.
"Nama saya Andy. Kes yang saya suruh awak siasat ialah ia melibatkan kes bunuh diri. Ianya..tentang arwah anak saya yang berumur 11 tahun. Anak saya pula namanya Alby. Alby, anak saya telah membunuh diri di rumah saya sewaktu ketiadaan saya dan juga isteri saya beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya, polis telah siasat kes ini. Dan mereka mendapati..anak saya membunuh diri dengan mengambil dadah secara berlebihan di ruang tamu rumah saya. Kata polis, mungkin... kerana anak saya terlalu stress.Jadi, polis membuat kesimpulan yang anak saya bunuh diri hanya kerana terlalu stress. Saya rasa.. tidak percaya. Sebab, anak saya bukanlah orang yang macam tu. Kalau dia terlalu stress pun dia pasti tak akan melukakan diri sendiri apatah lagi mahu membunuh diri. Saya.. dengan isteri saya..kenal anak kami lebih dari orang lain. Cik, saya nak.."
"Ohh tak perlu panggil saya cik. Panggil Farah saja." Kata aku yang sudah memotong percakapannya.
Tangan aku laju menulis sesuatu di buku nota.
"Farah, saya nak awak siasat apa yang berlaku? Saya..tak rasa anak saya mati kerana bunuh diri. Tapi, Alby..hanya satu-satunya anak yang saya ada. Saya..tak dapat terima hakikat bahawa Alby bunuh diri tanpa sebab." Kata Encik Andy perlahan. Gayanya dia seperti bersedih dan berdukacita dengan kehilangan anaknya.
Aku tersenyum nipis.
"Encik..jangan risau. Saya..akan setuju untuk ambil kes ini. Tapi, boleh saya tahu macam mana polis boleh membuat kenyataan yang anak encik dianggap sebagai bunuh diri?" Kata aku memandang tepat ke arahnya. Tangan aku terhenti sekejap daripada menulis.
"Polis mengesyak hal itu kerana... perasan ada sejenis dadah yang penuh dalam genggaman tangan anak saya. Jadi, polis membuat andaian berkemungkinan anak saya mati kerana dadah tersebut." Kata Encik Andy menundukkan kepalanya.
Aku mengangguk faham tanda mengerti. Dalam masa yang sama..rasa simpati dengan dia dan juga sekeluarganya. Mesti dia dan juga isterinya sudah menanggung derita kerana telah kehilangan anak tercinta mereka.
Dan paling memeritkan apabila mendapat tahu yang tubuh jasad anak mereka sudah tidak bernyawa apabila sesampainya di rumah.
"Kalau begitu..esok pagi saya akan datang ke rumah Encik Andy. Encik Andy ada nombor saya kan? Nanti, awak hantar location rumah dekat nombor whatsapp saya ya? Kes ini saya tak pasti bila ia akan berakhir tapi...saya harap Encik Andy bersabar dan beri saya waktu." Kata aku tersenyum.
"Alright, thanks so much Farah. Kerana sudi mengambil kes ini. It's okay. Awak boleh ambil masa banyak mana yang awak mahu. Saya...and my wife..akan sabar bila kes ini akan selesai." Kata Encik Andy.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Terima kasih.."
***********
Puteri pov
Aku sekarang ini berada dalam bilikku. Aku lihat skrin telefon aku.
Sudah berhari-hari aku dan juga Kyran tidak berhubung. Langsung tidak bermesej ataupun call. Apatah lagi mahu berjumpa. Lagipun, aku yang cakap padanya kalau kami boleh berjumpa selepas aku keluar dari wad hospital. Aku buat begitu pun..sebab..aku tak nak Kyran dan juga adik aku terserempak.
Aku tidak menunggu lama. Terus tekan butang call di nombor Kyran.
Tupp..tupp..
Kyran yang sedang berada dalam syuting tidak mendengar telefonnya berbunyi. Akhirnya..
Cut!
"Wahh Kyran, semua lakonan kau tak ada pun yang tak jadi. Semuanya jadi. Sedih, marah, kecewa betul-betul masuk dengan kau ye hari ni." Kata Zoey sebagai direktor Kyran.
Kyran hanya tersenyum hambar apabila dipuji sebegitu.
"Kyran, telefon ada berbunyi tadi. Rasanya ada panggilan." Kata manager Kyran. Darwish.
Kyran memandang managernya. Dia ambil telefon yang dihulurkan oleh managernya itu.
"Thanks, Darwish." Kata Kyran tersenyum nipis. Dia memandang nama missed call yang terpapar di skrin.
"Puteri?" Spontan keluar nama itu dari bibirnya.
Kyran mengerdip mata perlahan. Tiba-tiba mengalir satu rasa di hatinya. Perasaan itu kembali merayap di hati.
Haih, dia tak jawab ke? Ermm takpe call lagi sekali kalau dia tak jawab juga..mungkin dia busy buat syuting. Yelah, nama pun selebriti. Mesti sibuk kan? Takpe, kalau dia tak jawab aku akan mesej dia. Hehehe, nanti mesti dia tengok.
Kyran yang termenung sejenak terkejut apabila terasa telefonnya bergegar.
Tersentak Kyran apabila terpandang nama Puteri yang menelefonnya lagi. Tetapi, dia hanya biarkan saja. Hanya mata terpaku ke skrin telefon. Tidak ada langsung tanda-tanda mahu menjawab panggilan itu.
'Maafkan saya, Puteri. Saya perlu jauhkan diri dari awak. Walau..ia begitu menyakitkan.' batin Kyran dengan hati yang sedih.
Tanpa dia sedar, setitis air mata jatuh hingga mendarat ke skrin telefon.
Zoey yang perasan Kyran menangis tersentak dan menegurnya.
"Kyran? Haih, kenapa nangis ni? Aku ingat kau lelaki sejati. Hei, lelaki sejati tak menangis macam ni tau?" Kata Zoey menepuk bahu Kyran perlahan.
"Zoey, salah ke kalau orang lelaki menangis?" Kata Kyran. Zoey tergamam. Dia tersentap pun ada dengan kata-kata Kyran.
"Tak, bukan itu maksud aku. Sorry Kyran, aku sengaja kata macam ni supaya kau tak nangis. Sorry sangat-sangat. Lelaki boleh saja menangis. Kerana dengan menangis boleh buat hati kita jadi lebih baik dan lega sedikit. Cuma...aku rasa sedih la kalau kau menangis macam ni." Kata Zoey. Dia sebagai direktor Kyran dia juga lah merangkap sebagai sahabat Kyran.
"It's okay, Zoey. Maaf. Tapi, aku rasa macam down saja kebelakangan ni. Hati aku sakit." Kata Kyran menunduk kepalanya ke bawah. Wajahnya hanya muram saja.
"It's okay, Kyran. Memandangkan syuting dah habis. Aku rasa baik kau balik tenangkan diri kau ye?" Kata Zoey dengan reaksi turut sedih melihat kawannya sebegini.
"Okey Zoey. Jumpa kau nanti." Kata Kyran tersenyum hambar.
Zoey hanya mengangguk saja. Keningnya tercantum.
"Haih Kyran..Kyran..aku harap. Walau apapun masalah yang kau hadapi...kau akan dapat melaluinya juga nanti. Walau ia..sukar sekalipun. Sungguh, semua orang ada dukanya yang tersendiri." Gumam Zoey perlahan seorang diri. Matanya hanya berkelip memandang belakang Kyran yang sudah pergi.
Aku mula menaip sesuatu di skrin telefon aku.
'Kyran, awak tengah busy ke? Sorry, kalau saya kacau awak. Malam ni awak free tak? Saya dah discharged dari wad dan bersedia mahu jumpa awak. Kalau malam ni awak free, kita jumpa kat pantai macam biasa ye? I miss you, Kyran.'
Selepas menaip sesuatu di keyboard aku terus tekan send untuk dihantar mesej tersebut ke telefon Kyran.
Ting!
Kyran yang sudah berada di dalam keretanya terdengar bunyi notifikasi mesej masuk di telefon bimbitnya.
Kyran tekan mesej itu dan membacanya. Kelihatan Puteri yang menghantar mesej itu.
Akhirnya, Kyran menekan sesuatu di skrin telefon.
'Mungkin, ini pertemuan terakhir aku dengan dia.' getus Kyran di dalam hati. Tangannya sudah menekan butang send membalas balik mesej dari Puteri.
Senyuman terus meniti ke bibir aku. Wahh, dia balaslah! Aku lihat mesej yang dia balas.
'Okey, kita jumpa malam ni.'
"Ohh yeayy, dia free malam ni lah!" Terus aku menjerit riang di dalam bilik.
"Amboih anak dara menjerit waktu senja pula. Kawal lah sikit suara kamu tu Puteri oihh." Tegur aunty dari luar bilik.
Spontan aku terus menutup mulut.
"Opss, terlebih happy lah pula. Hehehe." Gumam aku sendiri. Bibir asyik tersengih-sengih seperti orang angau. Memang dah angau dah pun.
Tukk..tuk..
"Masuk je aunty!" Kata aku tersenyum. Namun yang buat aku terperanjatnya ialah figura di hadapan adalah Karen dan bukannya aunty.
"Aik kenapa adik..hah!! Adik betul-betul jadi nak tidur sini ke?!" Kata aku yang baru sedar. Kalau tidak, takkanlah adik aku datang sini semula kan?
Karen menyandarkan tubuhnya ke dinding pintu. Dia menyilangkan tangan ke dada dan tersenyum memandang aku.
"Jeng ³, kak ni..adik kan dah bagitau yang adik nak tidur sini. Ni mesti kak tak percaya kan?" Kata Karen menggoyang jari telunjuk ke hadapan. Bibirnya tersenyum. Karen perlahan menghampiri aku dan duduk di atas katil tepi aku.
"Hehehe, kut² lah keluarga angkat adik tak bagi ke? Kak tak naklah yakin sangat. Nanti kecewa pula kalau adik tak jadi tidur sini." Kata aku mencuit pucuk hidungnya manja. Aku menguntum senyuman.
"Alah, kak jangan risau lah. Keluarga angkat adik tu sporting tau? Nanti adik bolehlah perkenalkan kakak dengan aunty depan mereka." Kata Karen tersenyum kecil apabila dicuit hidung manja.
"Hmm okeylah adik kakak yang handsome. Nanti adik bawa kak pergi jumpa mereka. Kakak pun nak juga jumpa orang yang telah membesarkan adik kakak dengan baik selama ini." Kata aku tersenyum lagi.
"Okey kak." Kata Karen sambil mengengit mata mesra.
Aku mencubit pipi gebunya.
"Adik ni handsome betullah. Sampai kakak pun dah cair tau? Ahak." Kata aku ketawa kecil.
"Of course lah cair. Adik kan adik kakak kepada Puteri Ilynia. Perempuan secantik bidadari di kayangan." Kata Karen.
"Ish adik ni..ke situ pula. Kembang lah hidung kakak nanti dipuji macam tu." Kata aku menampar lembut bahunya.
"Eih² tuu dah kembang tu." Kata Karen mengusik lagi.
"Aduhh dik! Tak apa ye. Kite usik adik dengan Farah pula. Bagi kakak kan...adik dengan Farah secocok sangat. Haa! Aunty pun cakap macam tu tau? Haa adik. Bagitaulah kat kakak apa pendapat adik tentang dia?" Kata aku sudah membuka jalan.
"Eihh kakak ni! Ke situ pula dia. Nak padankan adik dengan Farah ler tu. Hmm..apa pendapat adik tentang dia ye? Jap, adik nak fikir balik." Kata Karen.
"Hmm dia..dia baik, cantik..ohh tak lupa juga. She's so funny. Bila Karen sentiasa bersama dengan dia..tak pernah tak tersenyum. Asyik senyum saja bila dengan dia. Cuma satu perangai pada diri dia yang adik tak boleh lupa. Lurus bendul. Hehehe.." kata Karen ketawa kecil. Teringat pula dia bila bersama dengan Farah. Sungguh, gadis itu memang ada saja buat hatinya lucu bila bersama.
"Hamboihh! Tersengih-sengih nampak. Wahh.. kakak yang dengar pun rasa tersenyum hingga ke telinga bila adik puji dia. Haa lepas adik cakap macam tu..kakak dah tak sabar ni nak tunggu." Kata aku tersenyum.
"Tunggu? Kak tunggu apa?" Kata Karen bingung. Dia mengangkat sebelah keningnya itu.
"Tunggu adik jatuh hati dengan dia. Hahahahaha." Kata aku yang sudah tercetus gelak ketawa aku.
Karen menepuk dahinya perlahan.
"Aduhh kak.. mustahillah Karen nak jatuh hati dengan dia tu. Lagipun, Karen mana suka sangat dengan perempuan ni." Kata Karen menyilangkan tangan ke dada. Riak wajah terpapar tidak puas hati apabila aku ketawa mengusik padanya.
Terhenti gelak ketawa aku.
"Karen, jangan cakap macam tu. Ianya tak mustahil tau kalau adik terjatuh hati dengan dia. Lagipun, semua manusia pasti ada juga menyimpan perasaan cinta. Kalau tak percaya takpe..tapi jangan sampai adik memang dah terjatuh hati dengan dia ye? Hehehe." Kata aku beserta dengan amaran.
"Okey takpe.." kata Karen.
"Hek eleh adik ni. Adik tak suka perempuan ni sebab adik gay ke?" Kata aku.
"No!! Mana ada! Karen tak macam tulah!" Nafi Karen dengan bersungguh-sungguh.
"Haa tau takpe." Kata aku ketawa kecil.
Karen hanya mencebik mulut ke tepi. Tidak lama kemudian, dia senyum.
'Indahnya perasaan apabila bermesra dengan keluarga sendiri.' getus Karen di dalam hati.
Manakala hati aku mula berkata-kata sambil memandang raut wajah adik aku di hadapan.
Karen, dulu kakak pun fikir begitu. Yang kakak mustahil untuk jatuh cinta dengan Kyran. Tapi, kakak salah. Last² kakak pula yang berubah hati dan akhirnya jatuh cinta dengan Kyran. Hehe kelakar kan?
Dulu, kakak annoying gila dengan Kyran. Tapi sekarang? Kakak jadi sayang dia pula. Betullah cakap orang. Manusia tidak boleh terlalu benci. Takut... perasaan benci tu terus bertukar sayang pula.
Share this novel