Bab 55: Be my bodyguard

Romance Series 10664

Pagi itu terasa sangat sunyi dan sepi sekali. Cangkerik pun tidak sudi untuk berbunyi. Hanya kedengaran nafasnya yang mendesah dengan kuat. Manakala tangannya tidak henti-henti menumbuk punch bag berkali-kali.

Lelaki itu bertelanjang dada. Peluh yang merincik ke badan dan muka tidak dia hiraukan. Penat, lelah. Yeah, dia sudah penat. Tapi, apakan daya kenangan itu selalu berada di mindanya. Lagi banyak minda teringat pada seseorang itu lagi banyak dia akan bebankan dirinya sendiri.

Sakit. Sakit sangat. Dia sangat rindukan seseorang. Rindukan senyumannya. Kalau tidak, diwaktu pagi ini selalunya dia pasti berbual dengan dirinya. Makan sarapan bersamanya.

Kini, tidak lagi. Kerna dia sendiri..sudah tinggalkan seseorang yang sangat berharga baginya. Bodoh kan? Terdengar seperti dungu kan? Lepas tinggalkan si dia diri sendiri pula yang menderita. Tetapi, dia tiada pilihan. Apakan daya, takdir yang memperlakukannya begini. Dia.. terpaksa tinggalkan orang tu.

Yang lebih memeritkannya, ialah dia langsung tak dapat lupakan raut wajah itu. Selalu saja minda ini teringat padanya.

"Ergh!" Jack menyandarkan mukanya di punch bag. Dia sudah berhenti dari menumbuk. Setitis air matanya mengalir dan jatuh ke bumi.

Dia memejamkan matanya. Dia masih teringat lagi pertemuan pertamanya bersama Balqish.

Imbas kembali~

Jack berjalan terhuyung-hayang. Dia terlalu berasa sedih sehinggakan tergelak sendiri seperti kurang waras gamaknya. Dengan nasib yang menimpanya selama ini.

"Hahaha..hisss..hisss." begitulah kehidupannya. Hidupnya bagaikan serabut dan bagaikan sudah tiada ertinya. Kadang-kadang dia asyik menangis sepi. Dan kadang-kadang juga ketawa dengan sendiri.

Pakaian lusuhnya yang basah dengan air hujan yang menimpa deras ke bumi. Rambutnya yang memang sedia kusut telah basah dengan air hujan.

Dia hanya berjalan tanpa tujuan. Bahunya asyik terhinjut-hinjut menahan tangisan.

Tiba-tiba dia tersandung dengan batu besar di situ membuat dia terjatuh terjelepok di atas jalan tar.

"Arhhh.." Jack berdesir mulutnya. Sakit kakinya kala ini.

Dengan susah payah, Jack cuba untuk bangun. Dia berjaya bangun tapi terasa kakinya pula yang terseliuh.

Jack mendongak memandang langit. Air hujan yang mengena ke muka tidak dia hiraukan. Air matanya yang mengalir bercampur dengan air hujan.

"Tuhan..aku rasa sudah tidak terdaya. Rasa sangat teringin mahu menamatkan hidup sendiri. Hiss..hiss..aku tidak punya siapa² lagi. Hidup aku sudah tidak bermakna. Adik aku sudah pergi meninggalkan ku. Sedangkan dia.. satu-satunya keluarga yang aku ada. Engkau sudah mengambil dirinya dari aku. Mana mungkin, aku boleh hidup lagi seperti ini." Gumam Jack sendirian. Matanya sudah merah. Hatinya begitu sakit. Tidak ada siapapun yang faham dirinya saat ini.

Dia sudah sendirian. Tidak tahu mahu membawa diri ke mana. Adakah memang patut..dia bunuh diri sekarang? Sungguh, dia begitu rasa berat sekali mahu hidup. Jiwanya seakan kosong dibawa pergi oleh adiknya. Dia sudah tidak ada semangat untuk hidup lagi. Dia sudah.. surrender dengan hidupnya sendiri.

Akhirnya, Jack membuat keputusan mahu tamatkan riwayatnya. Dia mengambil batu besar yang dia tersandung kaki tadi.

Akhirnya, batu besar itu berada dalam genggaman.

Jack tersenyum pahit.

"Tunggu abang kat sana ye dik? Di kehidupan seterusnya..abang akan cari adik..dan kita berdua akan sentiasa bersama dan tak akan berpisah lagi.." Gumam Jack perlahan. Dia menguntum senyuman pahit.

Dia sudah mula menghayunkan batu besar itu ke mukanya. Batu besar itu pula tepinya seakan-akan sedikit tajam. Dia mahu menghentak batu besar itu ke mukanya berkali-kali sehingga hancur dan mati tapi belum sempat dia mahu hayunkan ke muka tiba-tiba lengannya terasa disentuh oleh seseorang. Membuat dia tidak jadi mahu hayunkan batu tersebut ke mukanya.

"Heyy, apa yang awak buat ni?! Dah gila ke mahu bunuh diri?! Kalau hidup menderita sekalipun, janganlah sampai mengambil nyawa diri sendiri." Jerit seorang perempuan di hadapan.

Jack membuka sedikit matanya. Kelihatan wajah perempuan itu sedikit samar-samar kerana hujan yang lebat.

Batu besar yang berada dalam genggamannya tadi diambil oleh seseorang dan dilempar jauh. Kini, lengannya ditarik ke suatu tempat yang berteduh di bawah bumbung.

Gadis itu menjeling sekilas ke arah Jack.

Akhirnya Jack dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas.

"Dunia ini memang kejam. Tapi, walaupun begitu..kau sanggup bunuh diri kau? Kau percayakan kehidupan lain eh? Kalau kita akan hidup semula pun..belum tentu kau akan jumpa dengan adik kau! Saya tak fahamlah. Orang masih percayakan lagi ke kehidupan yang lain selepas mati? Heh! Mengarut saja tu." Kata gadis itu tersenyum sinis. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Posisinya sekarang ini sedang berhadap ke hadapan memandang air hujan yang turun dengan lebat ke bumi. Dia bersebelahan dengan Jack sekarang ini.

Jack menoleh memandang gadis itu. Riak wajah terpamer tanda tidak puas hati.

"Who are you? Kenapa kau halang aku tadi?! Kau..tak ada hak pun nak halang aku. Apa gunanya kalau aku hidup?! Kalau jiwa dan raga aku sudah mati! Kau siapa?! Tiada siapa yang boleh faham aku! Nobody else!" Jerit Jack tiba-tiba.

Dia mencengkam rambutnya dengan kuat yang sudah basah dengan air hujan. Air matanya menitis ke pipi beberapa kali.

Gadis itu menoleh memandang Jack.

"Kau fikir..kau seorang saja yang mengalami duka dan lara di muka bumi ini? Kau fikir..kau seorang saja ke yang hadapi segala perit dan rintangan dalam hidup? Aku pun derita jugalah! Aku pun kehilangan orang yang aku sayang! Bahkan, aku diabaikan macam seekor anjing jalanan. Kau mesti tahu kan perasaan tu? Perasaan sakit itu perlahan-lahan..mematikan hati ini. Heyy, jangan pernah give up. Aku pun sedang berusaha untuk lawan perasaan ini. Kalau kau give up..itu bermakna kau lemah. Kau.. pengecut untuk tahan semua ini." Kata gadis itu menepuk bahu Jack. Dia tersenyum sinis.

Gadis itu juga hampir mengeluarkan air mata di pelupuk matanya. Bila difikirkan balik..sungguh ia menusuk ke hati.

Jack tidak berkata apa. Hanya terkelu lidah.

'Jadi, dia senasib dengan aku. Aku.. bukanlah keseorangan. Yeah, macam dia cakap. Aku tak boleh lemah, aku tak nak jadi pengecut.' batin Jack di dalam hati.

"Kau sepatutnya malu dengan adik kau. Aku tak tahu kisah silam kau. Tapi, aku yakin..adik kau pasti akan rasa lebih sedih dan tak tenang di sana nanti bila lihat kau macam ni." Kata gadis itu yang lebih menambahkan sedikit sebanyak kekuatan dan semangat pada Jack.

"Thank you..anyway what's your name?"

"Balqish..Kenisha."

Imbas kembali tamat~

***********

"Macam mana ni daddy? Arvin takutlah..uncle Andy pula yang upah penyiasat. Macam mana kalau dia tahu hal yang sebenar nanti? Aduhh..Arvin takut.. tembelang nanti pecah." Kata Arvin mula beriak cemas.

Encik Akhtar turut cemas memikirkannya. Polis pun ada juga soal siasat anaknya dan perkara tupun sudah lepas. Punyalah anaknya sedaya-upaya beriak tenang apabila disoal siasat oleh polis sendiri tentang Alby selepas soal siasat ibu bapa Alby.

Encik Akhtar menggigit kuku di jarinya.

"Ini semua salah kau lah Arvin! Kalau kau tak bunuh Alby semua ni takkan terjadi tau? Eeii menyusahkan aku saja budak ni." Encik Akhtar tiba-tiba melenting pada anaknya.

"Daddy, Arvin..tak sengajalah. Waktu tu..Arvin terlalu mengikut perasaan.." kata Arvin sambil menundukkan kepalanya. Sejak itu, hidupnya menjadi serabut. Sehingga menjejaskan pelajarannya. Tetapi, ayahnya sedaya-upaya menyuruhnya fokus pada pelajaran dan menganggap semua itu seolah tidak berlaku. Apa punya ayah.

"Dah, masa dah berlalu dah pun. Tak guna menyesal. Tak apa. Kau buat saja biasa-biasa. Jangan pula kau beriak cemas. Nanti penyiasat tu boleh cam sesuatu melalui reaksi kau. Ingat, jangan sampai rahsia bocor. Kalau kau bocorkan..bukan kau yang akan masuk penjara. Aku yang akan masuk penjara nanti gara-gara bersubahat dengan kau. Kau tak apalah. Kau..masih bawah umur. Dan akan dibawa ke sekolah pemulihan bagi pesalah kanak-kanak. Kau..nak ke ayah kau sendiri masuk penjara?" Kata Encik Akhtar sambil memegang kedua-dua bahu anaknya.

Dia memandang tepat ke dalam anak mata anaknya.

Perlahan-lahan Arvin menganggukkan kepalanya.

"Good boy." Kata Encik Akhtar tersenyum sambil menepuk perlahan kepala anaknya. Dia yang duduk melutut di hadapan anaknya kini berdiri tegak.

"Penyiasat tu..harus dibunuh. Takut..bila dibiarkan lama nanti makin melarat dan berulat pula. Aku tahu penyiasat..pasti tidak akan mudahnya berputus-asa dan pasti akan menyiasat ke lubang cacing sekalipun. Jadi, aku tak ada pilihan. Terpaksa ambil jalan ini." Kata Encik Akhtar mengetap gigi. Dia menggepalkan kedua tangan membentuk buku lima. Boleh nampak urat-urat di tangannya muncul sedikit.

***********
Puteri pov

Aku masuk dalam bilik ku. Teringin pula mahu main gitar aku. Lama pula aku tak main.

Tapi, tiba-tiba telefon aku mengeluarkan bunyi tanda seseorang menelefon.

Aku mengambil telefon aku yang terletak di atas meja kecil tepi katil.

Terpapar nama 'Kyran (my love)' di telefon. Terus terbit senyuman manis di bibir aku.

"Hello.." kata aku mula bersuara.

"Hello sweetheart, saya dalam perjalanan nak ke rumah awak ni. Dalam 10 minit saya sampai. Get ready ya? Saya nak berjumpa dengan keluarga awak sekarang." Kata Kyran yang berjaya membuat aku terkejut.

"What?! Kyran..wait.." belum sempat aku berkata apa dia sudah menamatkan panggilan kami.

"Hello? Kyran?" Haih cepatnya dia letak.

Aku mula menunjukkan wajah cemas dan takut. Aku mundar-mandir di tepi katil.

"Entah-entah..dia nak cakap pasal tu dekat aunty aku apa? Ohh no..! Aarhhh takutnya. Kyran.. apalah yang sedang awak fikirkan sekarang ini?" Kata aku bercakap seorang diri. Mood mahu main gitar sudah hilang dibawa angin.

Haih! Takpe..kita tengok dulu. Tuhan..moga-moga semuanya akan baik-baik saja.

Kyran pov

Kereta aku sudah terparkir di hadapan pagar rumah Puteri. Aku keluar dari kereta Mercedes-Benz aku dan menyandarkan tubuh ke pintu.

Cermin mata hitam sudah terletak elok di telinga. Hati tiba-tiba berasa berdebar-debar. Haih! Ini ke perasaan apabila mahu bertemu dengan keluarga bakal mentua aku. Ceyywaahh gitewwww.

Adoii, relax Kyran..relax..you can do this!

Tiba-tiba terlihat pintu utama dibuka oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Puteri yang sudah tahu aku mahu datang sini. Aku melambaikan tangan ke arahnya. Dan tersenyum menggoda.

Puteri berlari anak ke pagar. Dia membuka kunci dari dalam dan akhirnya pagar rumah sudah terbuka.

"Haii, my princess." Ucap aku sambil tersenyum manis padanya. Cermin mata hitam aku tanggalkan.

"Err .. are you sure you want to meet my aunt, Kyran?" Tanya Puteri sambil menyilangkan tangan ke dada. Matanya merenung tepat ke arah aku.

"Yes, why not? Puteri, awak tak persilakan saya masuk pun lagi." Kata aku mengangkat kening sebelah ke atas.

Puteri menghela nafas kasar.

"Okey, let's go in. Good luck to you." Kata Puteri tersenyum manis.

Aku hanya mengangguk dan cuba berwajah serius gitewww.

Ini.. seperti mengalahkan larian merentas desa peringkat antarabangsa lah pula. Dada aku asyik berdebar semacam je.

Puteri sedang menunggu aku masuk dahulu. Okey Kyran, here you are.

Aku sudah mendahului pintu pagar dan Puteri mulai menguncinya. Aku sudah beriak gementar barangkali. Gulp! Aku menelan air liur kasar.

Akhirnya sampai juga aku di hadapan pintu. Puteri membukakan pintu untuk aku masuk.

"Aunty! Adik! Berkumpul di ruang tamu sekejap!" Jerit Puteri di ruang tamu.

"Ye, kak? Kenapa jerit ni? Woahh..suara kakak ni melebihi kuat dari mikrofon pula." Tanya Karen sempat lagi mengusik. Namun, langkah Karen terus terhenti apabila melihat aku di sini. Mulutnya tergamam.

Aunty yang baru keluar dari dapur dan datang ke ruang tamu turut terhenti langkahnya apabila memandang aku.

Aku pula seperti kaku tidak bergerak. Alahaii..

Aunty mencarik senyuman apabila pandangannya menyapa kelibat aku.

"Kyran, duduklah sini. Biar aunty buatkan air." Kata Aunty yang mahu pergi buatkan air.

"Eh tak apalah aunty. Lagipun, Kyran dah minum tadi." Kata aku tersenyum kekok.

"Karen, aunty. Duduklah sini. Ada yang Kyran mahu bincangkan ni." Kata aku. Manakala Karen yang menatap aku dalam cuba untuk aku hiraukan dari pandangannya itu. Haih, aku tau..dan aku faham itu. Lagipun, hubungan kami berdua tak la rapat. Tambah apabila ada konflik yang terjadi pada aku dan juga dia.

Karen, Puteri dan juga aunty duduk di atas sofa. Aku dengan Karen duduk di atas single sofa. Tempat duduk aku dengan tempatnya masing-masing duduk setentang tapi berjauhan. Manakala, aunty dengan Puteri pula masing-masing duduk di kerusi sofa menyebelahi aku.

"Apa yang kamu nak bincangkan Kyran? Macam serius saja." Kata Aunty.

Aku membengkok sedikit badan dan tangan aku dalam posisi seperti menjulur ke hadapan dan tercantum jari tangan ku. Mata memerhati wajah ketiga-tiga di sini.

"Aunty, biar Kyran terus-terang saja ya? Sebenarnya, punca kecelakaan ibu dan ayah Puteri ialah kerana abang Kyran, aunty. Aunty, Kyran tahu ini pasti akan buat aunty rasa terkejut dan susah untuk percaya kan? Tapi, inilah hakikatnya..aunty. Keluarga Kyran..berhutang nyawa dengan keluarga aunty. Maafkan Kyran.." kata aku yang sudah menunduk kepala.

Aunty memandang Puteri.

"Betul ke ni Puteri?" Tanya Aunty lagi mahu dapatkan kepastian. Riak aunty pula seakan terkejut tetapi sedaya-upaya tenangkan diri kerana takut akan menjejaskan kesihatannya pula nanti.

"Betul aunty." Kata Puteri menunduk perlahan.

"Karen, kamu dah tahu hal ini?" Tanya Aunty pula pada Karen.

Karen tidak berkata apa. Dia hanya mengangguk perlahan. Perasaan seakan kosong sekarang ini. Dia hanya memandang atas lantai dengan pandangan kosong.

"Sebenarnya, Puteri dengan Karen dah tahu tentang perkara tu aunty. Maafkan kami..kerana tidak beritahu awal-awal. Aunty kan ada darah tinggi. Puteri tak naklah bagitau perkara yang mengejutkan pada aunty." Kata Puteri perlahan.

Aunty kini berkalih mata memandang aku. Aunty tersenyum simpul ke arah aku membuat aku sedikit tersentak. Aunty..tak marah aku ke?

"Aunty pun tak tahu..mahu rasa apa sekarang ini. Dulu, aunty begitu sedih kehilangan Merry dan juga Khan. Malah, aunty sampai tidak dapat maafkan orang tu. Tak sangka, orang tu adalah abang kamu sendiri. Hmmh..tapi takpe nak. Aunty dah tua. Mereka tinggalkan aunty dan juga anak mereka pun sudah bertahun lamanya. Buat apa lagi kan aunty mahu berdendam bagai? Lagipun, aunty dah tua nak. Tak naklah berdendam bagai dengan orang ni. Lagipun, abang kamu pasti sudah menyesal dengan perbuatannya. Jadi, kamu janganlah menghukum dia pula ya? Mungkin sejak itu, hidup dia langsung tak tenang dan tak tenteram. Bahkan, dia selalu menyesali perbuatannya itu. Jadi, janganlah Kyran menghukum dia lagi ye?" Kata aunty sambil menarik nafas dan menghembusnya kasar.

Dia tersenyum memandang aku.

Manakala Puteri pula teringat dia pada kata-kata Zain selepas mendengar aunty berkata-kata.

Di ingatan Puteri: Imbas kembali~

Zain melihat ke arah aku yang tengah sangat sedih sekarang nih. Sekarang dia dah sedar..baru dia sedar yang dia sudah hancurkan kebahagiaan seorang perempuan yang tidak berdosa.

"Dan sekarang... tengoklah dengan siapa yang berada di hadapan aku sekarang nih. Dah usahakan syarikat bapak sendiri. Dah berpangkat tinggi. Dah bahagia dengan kehidupan sendiri. Sedangkan orang yang kau langgar tu pula kau langsung tak fikir. Malah hidup kau lebih bahagia eh lepas hancurkan kebahagiaan orang lain? Dahlah kau dah langgar kereta ibu dan ayah aku lepas tu kau langsung tak tolong kami. Kau lepas tangan macam tu jer. Dahlah buat salah. Sampainya hati kau. Kau memang kejam. Lebih kejam dari iblis!" kata aku yang sudah basah pipi dengan air mata. Bahu aku turun naik memandang ke arahnya.

"Puteri... maafkan saya...saya minta maaf sangat-sangat. Disebabkan saya..ibu dan ayah awak dah mati. Waktu tu...saya mabuk. Saya terlalu mabuk dan terlalu mengikutkan perasaan.Malam tu saya sangat sedih. Saya sangat berduka sebab isteri saya gugur. Anak dalam kandungan isteri saya dah tiada. Dan disebabkan terlalu sedih..saya ambil alkohol. Saya mabuk dan saya bodoh. Saya pergi juga pandu kereta dalam keadaan mabuk. Tambah dengan gelapnya malam dan hujan. Dan akhirnya tanpa saya sengaja saya dah terlanggar kereta orang. Waktu tu saya masih dalam keadaan separuh sedar. Selepas saya tahu yang saya telah langgar kereta orang dengan begitu teruk...saya buat keputusan lari dari situ. Disebabkan kereta dah tak boleh jalan saya lari dalam menempuh hujan yang lebat. Saya tahan teksi. Puteri, saya dah berdosa! Sejak dari situ hidup saya tak tenteram! Awak percayalah cakap saya Puteri! Sejak dari itu saya langsung tak bahagia. Dah bertahun-tahun saya perap dalam bilik. Saya tak lalu makan dan juga tak nyenyak tidur. Saya asyik mimpi kejadian tu!" kata Zain mencengkam rambutnya. Dia berasa sangat menyesal dengan tindakannya yang dahulu tu.

Aku tak berkata apa. Hanya berpaling wajah dari pandang ke arahnya.

"Kalau nak ikutkan..." aku makin melangkah mendekatinya. Manakala Zain sudah mula takut dan mengundur ke belakang.

"Nak jer aku bunuh kau!" kata aku yang mengangkat jari telunjuk padanya. Tangan aku bergetar.

"Tapi tak boleh...aku tak sanggup. Aku bukanlah seorang pembunuh macam kau. Aku bukanlah orang macam tu." kata aku perlahan.

Zain tak berkata apa. Hatinya sangat sakit. Dia mengusap raut wajahnya dengan kasar. Dia berasa malu. Malu dengan semua orang termasuk dirinya sendiri. Zain menunduk kepalanya. Dia mengundur sedikit lagi ke belakang membuat dia tak sedar yang dia akan jatuh dari bangunan tidak lama lagi. Hanya setapak ke belakang bila-bila masa saja dia boleh jatuh.

"Zain! Watch out!" jerit aku padanya. Aku berjalan laju mendekatinya. Disebabkan tindakan aku yang secara tiba-tiba mendekat ke arahnya Zain berasa terkejut. Dia semakin melangkah ke belakang membuat dia mahu terjatuh dari bangunan. Dan yepp dia tersilap langkah.

"Arghhh!" jerit Zain dengan keras. Tapi sempat aku tarik tangannya daripada terjatuh. Zain yang memejam matanya terasa ditarik kuat oleh seseorang.

Imbas kembali tamat~

"Yeah, memang betul cakap aunty tu. Saya pernah berjumpa dengan abang awak, Kyran. Dia..dia cuma mabuk malam tu. Akibat terlalu sedih kerana isterinya telah gugur anaknya. Lagipun, dia sudah bagitau saya yang dia sangat menyesal dengan perbuatannya itu. Jadi, tak salah kalau kita bagi dia peluang." Kata Puteri yang bagaikan tersedar sesuatu.

Aku sedikit tersentak. Oh ya. Abang aku pernah bagitau perkara tu pada aku dan juga mommy and daddy. Lagipun, isterinya di Switzerland sekarang. Isteri abang aku orang sana. Dan dia duduk sana pun mungkin dah terbiasa. Tapi, isterinya pernahlah datang melawat ke sini di rumah mommy dan daddy.

Manakala Karen yang mendengar pula tersenyum sinis.

'Senangnya kakak aku dengan aunty mahu bagi peluang pada abang dia. Tak apa. Mereka boleh senangnya maafkan dia. Tapi aku..jangan haraplah sesenang saja nak maafkan abang dia! Huh!' Getus Karen di dalam hati.

Tiba-tiba telefon Karen berdering. Semua orang kini memandang ke arah Karen.

Karen tersengih.

"Sekejap ye?" Karen meminta izin untuk telefon ke tempat jauh sedikit dari kami.

Karen bangun dari duduk. Apabila sudah berjalan ke sudut lebih jauh sedikit dari tempat kami dia melihat si pemanggil yang menelefonnya ialah ayah angkatnya sendiri. Terus Karen menjawab panggilan itu.

"Puteri, boleh saya cakap berduaan dengan aunty awak tak? Ada perkara yang saya mahu bincangkan." Kata aku tersenyum.

Puteri mengangkat keningnya.

"Mahu bincang? Bincang jelah. Tak apa. Saya tak akan menyampuk perbualan awak dengan aunty." Kata Puteri dengan selamba.

"Tak, awak tak boleh tahu. Ini antara urusan saya dan juga aunty awak. Orang lain tak boleh tahu termasuk awak." Kata aku menjongket kening dan tersenyum memandangnya.

"Pulek. Hmm..okeylah. Saya pergi tempat lain." Kata Puteri mengalah. Dia mencebik mulutnya ke tepi membuat aku mahu ketawa kecil.

So cute..

Dengan langkah malas, Puteri bangun juga dari duduk. Sebelum tu, sempat aku menitipkan pesan padanya.

"Ingat, jangan curi-curi dengar." Kata aku ketawa kecil. Puteri hanya menjeling sekilas pada aku.

"Yelah²." Kata Puteri yang mahu berjalan ke dapur. Sepanjang berjalan, sempat telinga aku mendengar mulutnya berceloteh seorang diri.

Aku hanya menggeleng kecil dan tersenyum. Akhirnya kelibat Puteri sudah hilang di kornea mata.

"Haa perkara apa pula yang kamu nak bincangkan ni Kyran?" Tanya Aunty memandang aku dengan penuh soalan.

"Aunty..Kyran sebenarnya bukan yang tu saja mahu bincang dengan aunty ni. Kyran..nak jadikan Puteri sebagai wife Kyran. Aunty...restu hubungan kami berdua?" Tanya aku dengan berhati-hati. Straight to the point. Ehehehe..

Aunty sedikit tersentak. Dia tersenyum manis memandang aku.

"Aunty pun sebenarnya dah tahu dah perkara tu. Puteri yang bagitau dekat aunty dan Karen. Tapi, tak apa. Kyran jangan risau. Aunty dengan Karen restu dengan hubungan kamu. Aunty yakin.. Puteri akan happy kalau bersama dengan kamu. Lagipun, aunty tahu kamu dua saling mencintai. Dan aunty teringin nak tengok anak buah aunty dah berkahwin sebelum aunty pergi. Kyran, jangan lepaskan peluang ini ya? Janji dengan aunty.. yang kamu pasti akan bahagiakan dirinya." Kata aunty beserta nasihat pada aku.

Aku tersenyum. Rasa gembira kerana akhirnya hubungan kami berdua direstui. Ahh selama ini..begitu payah dan banyak rintangan untuk aku dan juga Puteri bersama. Kini, terasa semuanya begitu ringan saja dalam hadapi semua itu apabila hubungan kami berdua sudah sampai ke tahap ini. Benarlah cakap orang.. selepas mengambil banyak kesukaran dalam kehidupan tetapi bila sudah sampai apa yang kita inginkan..semua yang kita hadapi semuanya terasa ringan dan berbaloi.

"Aunty..terima kasih sangat. Kyran, tak tahu mahu berkata apa lagi. Rasa macam happy sebab aunty dah setuju dengan hubungan kami. Aunty jangan risau. Kyran janji akan bahagiakan Puteri dengan segenap hati Kyran. Kyran yakin..mommy dan daddy Kyran juga pasti akan setuju dengan hubungan kami nanti. Sebab.. mereka pun suka dengan Puteri ni. Cuma..Kyran ada buat rancangan ni untuk Puteri. Dan mahu tanya pendapat aunty. Sama ada aunty setuju ataupun tak." Kata aku panjang lebar.

"Syukur. Lega aunty bila kamu cakap macam tu. Ohh? Kamu ada rancangan? Rancangan apa tu? Takpe. Kalau itu yang terbaik aunty setuju saja." Kata aunty tersenyum.

Aku tersenyum senang.

"Rancangan mahu melamar puteri aunty. Kyran tak menyamar Puteri dengan baik sangat. Jadi, Kyran nak lamar dia lagi sekali. Kali ini lebih romantik dan harmonis. Tapi aunty, ini surprise. Just secret kita berdua." Kata aku beserta kenyihan di bibir merah aku.

"Ohh kamu nak lamar dia di tempat mana? Okey takpe. Don't worry. Aunty terer dalam menyimpan rahsia ni."

"Hehe okey aunty. Rancangannya berbunyi begini.."

Puteri pov

"Tsk! Entah apa-apa yang nak dibincangkan. Rahsia katakan. Eeei tak puas hati betul. Hmm.. agaknya rahsia apa eh yang aku tak boleh tau? Kenapa aunty saja yang boleh tau. Ala tk unfair lah kalau macam ni." Kata aku yang masih bermonolog sendirian. Muka menunjukkan riak tidak puas hati

Ku lihat di hujung sudut Karen yang baru lepas habis bercakap telefon. Terus aku menghampirinya.

"Uwuuu siapa tuu yang telefon?" Kata aku sebaik saja mendekatinya.

"Eh kakak. Terkejut adik bila kakak tiber² datang. My dad la kak siapa lagi." Kata Karen tersenyum.

"Ooooooooo.. Hehehe." kata aku yang berooh sambil ketawa kecil.

"Panjangnya bunyi 'ooo' tu kak. Ehehehe. Tapi, kenapa kak duduk sini pula? Bukan dekat ruang tamu ke tadi?" Kata Karen mencantumkan keningnya. Dia tersenyum keliru memandang aku.

"Entahlah adik. Tiber² orang tu mahu kakak pergi. Katanya nak bincang something secret dekat aunty. Tak apalah, adik. Kita tunggu dulu." Kata aku membuat muka redha.

"Hmm..yelah. Patut muka macam buah limau masam. Rupanya sebab tuu." Kata Karen ketawa kecil.

Aku turut ketawa.

"Hehe adik ni. Ada-ada je."

"Eihh awak nak balik dah?" Tanya aku padanya.

"Yepp, tapi.. sebelum tu..boleh saya jumpa berduaan dengan adik awak?" Kata Kyran mengerling sekilas ke arah Karen.

"Ada apa kau nak jumpa dengan aku ni?" Kata Karen ringkas. Dia menyilangkan tangan ke dada. Matanya merenung tepat ke arah Kyran.

Kyran turut menyilangkan tangan ke dada memandangnya.

"Kau...setuju kalau aku jadi abang ipar kau?" Tanya Kyran menjongket keningnya.

"No choice. For the happiness of my sister ... I ... had to agree. Huh."

"Huh, you still blame me?"

"No, but I still blame your brother. This is his fault. I will never forgive him, Kyran. "

"Huh, it's okay. It's up to you, Karen." Kata Kyran terus pergi menjauhinya. Nanti keadaan akan jadi semakin renggang.

Manakala aku hanya melihat mereka berdua yang berbual sesuatu di balkoni rumah.

Angin yang meniup ke arah aku membuat rambut panjang aku sedikit terbang.

Kyran yang sudah mahu menganjak pergi dan menoleh ke belakang terlihat aku. Dia tersenyum. Perlahan-lahan dia menghampiri ku.

"Don't worry. Kami dua tak bergaduh." Bisik Kyran perlahan di telinga aku. Aku hanya tersenyum. Begitu juga Kyran yang membalas senyuman ku. Selepas itu, dia terus melangkah pergi.

Aku pula memandang wajah adik aku di hadapan. Dia hanya tersenyum.

***********
Farah pov

Aku berjalan perlahan-lahan di atas jalan tar yang lenggang. Jari telunjuk diletakkan di atas bibir seperti berfikir sesuatu. Bibir aku kemam.

Ermm..teringat aku waktu soal siasat Arvin pada pagi tadi.

Imbas kembali~

"Saya dengan Alby memang rapat. Tapi, sebelum kematiannya..saya langsung tak tahu apa-apa. Saya rasa dia okey saja. Langsung tak ada apa-apa yang lain pada dirinya. Nak kata saya bergaduh dengan dia..takpun. Tak mungkinlah dia mahu bunuh diri disebabkan saya. Lagipun, hubungan kami dua okey saja. Tak ada apa-apa masalah pun." Kata Arvin panjang lebar.

Aku pula...seakan sudah buntu. Jadi, Alby...sengaja mahu bunuh diri? Tak akanlah dia mahu bunuh diri tanpa sebab. Hmm...susah juga kes ni.

"Arvin, selain Arvin..ada orang lain lagi tak yang rapat dengan Alby? Tak kiralah cikgu ke kawan ke jiran ke.." kata aku.

"Tak ada." Kata Arvin ringkas. Matanya hanya merenung ke bawah. Entah apa yang best sangat kat bawah pun..aku pun tak tahu.

Nampaknya, esok aku kena soal selidik orang lain pula. Aduhh..Alby. Adakah awak memang betul-betul bunuh diri?

Imbas kembali tamat~

Hmmm... CCTV! Haa..kat lorong kecil kan ada CCTV! Lagipun kalau nak pergi rumah Encik Andy ni..kena lalui jalan lorong kecil. Jadi, tak mungkin tak ada CCTV. Dengan CCTV aku akan dapat tahu..di hari kematian Alby.. adakah ada orang asing yang memasuki rumahnya? Jika ada..aku akan cuba cari orang tu dan soal selidiknya. Tapi, kalau orang yang asing tu seperti perompak... yang masuk ke rumah Encik Andy.. berkemungkinan perompak itu yang membunuh Alby.

Yes! Aku harap CCTV kat jalan lorong tu tak akan rosak. Takpe, esok aku akan pergi rumah tu pula.

Aku tersenyum sendiri. Tiba-tiba aku memberhentikan langkah ku. Suasana menjadi sepi.

Tiba-tiba terasa seperti diekori oleh seseorang dari belakang. Aku mencantumkan kening. Berasa tidak sedap hati pun ada. Aku kembali menyambung langkah ku yang terhenti tadi.

Jap, bukan seorang tapi beberapa orang. Aku dengar bunyi tapak kaki pun tahu ianya bukan seorang.

Aduhh, siapa pula yang mahu ikut aku ni? Hmmm..orang tu dah tahu ke yang aku sedang siasat tentang kes Alby? Ke..ada musuh lain disebalik selimut?

Ergh, tak apa. Bertenang Farah. Relax dan cool saja. Kau dah pernah banyak kali diekori ni. Jadi, buat biasa-biasa saja.

Aku hanya menoleh kepala memandang tepi dan tidak terus menoleh ke belakang.

Terbit senyuman sinis di bibir aku.

Aku cuba untuk berjalan biasa. Sekarang ini, macam aku seorang saja malam ni. Aku...dengan mereka semua. Macam seekor arnab yang diekori oleh beberapa ekor ular.

Aduhh, biar betul aku sorang saje? Hmm..habis tu..aku terpaksa berlawan dengan mereka? Macam mana kalau mereka ramai? Boleh ke aku sorang saja yang perempuan ni lawan mereka semua? Hmm, takpun aku terus lari je?

Eihh, tapi macam pengecut pula. Lagipun, kalau memang benar orang tu yang upah beberapa orang untuk bunuh aku..aku kena culik salah seorang dari mereka. Dan ugut dia untuk bagitau siapa boss mereka. Hmm, tapi bukan senang nak buat macam tu. Macam aku ni...jahat la pula nak ugut-mengugut bagai.

Hmm, mungkin ia taklah ramai orang pun. Alaa, lagipun aku tak larat la nak lari. Okey Farah, tarik nafas..hembus...you can do this!

Aku terus menoleh ke belakang. Badan statik memandang ke hadapan. Mereka turut memandang aku dan tersentak melihat aku secara tiba-tiba memandang ke belakang.

What?! Semuanya hampir berbelas! Ohh no..aku tak boleh lawan mereka semua ni. Apa lagi Farah jom pecuuutt!!! Now!!!

Aku terus menoleh badan ke hadapan dan lari sekuat hati mengalahkan atlet.

"Huh.. huhh.." aku paling ke belakang. Mereka semua sedang mengejar aku sekarang ini.

Ayuh Farah lari! Lari sejauh mungkin!! Woahh..tak sangka aku pula yang harus lari dari mereka. Macam aku pula yang buat penjenayah.

Tiba-tiba tengah aku ralit pandang belakang sampai di hadapan aku tak lihat... tengok-tengok kedebupp!! Aku terlanggar orang.

"Arghh.." aku dengan dia berdesir mulut. Kami berdua terlanggar dengan kuat sesama sendiri. Kepala aku pula terhentak di dadanya.Tanpa aku sangka aku berada di atas badan seseorang. Alamakk!! I have no time with all this!

Aku mengangkat kepala perlahan memandangnya begitu juga dia.

What?! Karen?! Dia lagi? Karen yang terpandang wajah aku turut beriak terkejut. Woahh..but wait. Tak lama lagi orang-orang tu akan sampai. Ohh no..!!

Aku tanpa berlengah lagi terus bangun dari atas badannya dan terus menarik tangannya sekuat hati memaksa dia untuk bangun.

"Awak..cepat bangun!" Kata aku yang sudah seperti cacing kepanasan sekarang. Aku dengan Karen perlu bersembunyi cepat!

Karen akhirnya sudah bangun. Dia beriak keliru apabila memandang aku seperti hilang anak.

"Kenapa awak.." belum sempat Karen menghabiskan ayatnya buat kedua kalinya aku menarik tangannya dengan kuat untuk bersembunyi di sebalik dinding di dalam gelap.

Karen pula hampir jatuh ke hadapan apabila tangannya ditarik tanpa dia langsung bersedia lagi.

Selepas berjaya berlindung di sebalik dinding aku terus menolak Karen ke dinding membuat Karen sedikit berdesir.

"Arhh.."

'Perempuan ni..ganas giler. Pfft! Nasib tulang belakang aku tak patah dibuatnya. Haih! Yang dia tiba-tiba berkelakuan begini..dah kenapa?' batin Karen sambil matanya memandang aku.

Aku tidak pedulikan sakitnya kerana tak lama lagi orang tu akan sampai. Aku terus merapatkan tubuh ku dengannya ke dinding. Kedua-dua tangan aku tekap ke mulutnya supaya dia tidak bising. Membuat Karen membulatkan matanya.

"Ermmhh..emmhh.." Karen hanya boleh membuat bunyi apabila mulutnya ditekap.

"Shhh! Jangan bising. Orang jahat tu semakin hampir dengan kita." Kata aku membisik perlahan padanya. Terus Karen tidak membuat bunyi. Dia mengangguk perlahan. Manakala matanya memandang tepat ke arah aku.

Nasib baik kami dua berpakaian gelap dan berada di tempat gelap. Nanti, mesti diaorang takkan jumpa kalau aku terus duduk dekat dengannya seperti ini. Yeah, jarak aku dengan dia begitu dekat. Muka kami berdua begitu hampir. Hanya beberapa inci saja jarak kami berdua.

Aku dengan Karen berpandangan. Tanpa kami sedar, masing-masing jantung sudah berdetak laju. Aku tak tahu..sama ada aku lebih gementar apabila orang-orang tu akan datang atau kerana kedekatan kami berdua.

Karen yang hanya memerhati segenap raut wajah di hadapan yang memenuhi kornea matanya terpaku sekejap.

Dari alis hingga ke bibir dia pandang. Baru dia sedar, wajah di hadapannya begitu indah sekali.

Bibir yang merah merekah membuat Karen tertelan air liur kasar. Tambah dengan jarak mereka sekarang ini. Woah..

Walaupun mereka berada di tempat gelap, dia masih dapat lihat wajah di hadapan. Kerana, bulan malam ini mengambang. Jadi, malam ni tidak terasa gelap pula.

Aku tidak memandang Karen sangat. Tangan aku masih terlekap di mulutnya.Tapi aku asyik tertengok-tengok ke tepi.Di saat mereka lalu orang-orang tu berkemungkinan akan dapat mengecam aku bersembunyi di sini. Walaupun aku membelakangi badan aku sendiri.

Tiba-tiba.. terdengar tapak kaki yang laju mahu ke sini. Semakin lama bunyi tapak kaki mereka semakin dekat. Mereka berlari laju ke sini dan sudah mendahului kami. Tetapi, mereka terhenti langkah dan akhirnya betul-betul berada di belakang aku. Hanya Karen saja yang boleh nampak apa yang terjadi.

"Weh! Lajunya perempuan tu lari! Entah-entah dia dah jauh dari kita apa?" Kata salah seorang dari mereka.

"Tak..tak..mesti dia ada sembunyi kat sini. Tak mungkin, dia lari tanpa henti. Okey korang! Mari berpecah! Pastikan kita dapat cari dia!" Kata salah seorang lagi.

"Baik!" Jawab mereka semua hampir serentak dengan arahan yang diberi.

Oh. My. God. What I must do now!

Perlahan-lahan aku meletakkan tangan aku dari mulut Karen. Tangan aku kini mengurungnya di dinding.

"Karen, mereka masih berada di sini ke?" Kata aku dengan suara yang sangat perlahan.

Tapi, cukup didengari oleh Karen.

"Yeah, ada seorang yang masih di sini. Dan dia.. perasan ada orang di sini. Maksudnya dia dah perasan kita ada kat sini. Cuma, dia hanya nampak muka saya. Dan, tak nampak muka awak lagi." Kata Karen berbisik sehabis perlahan pada aku.

"What?! Habis tu macam mana?" Kata aku berbisik kuat gara-gara terkejut. Pfft! Aku fikir mereka semua dah pergi.

Karen tak berkata apa. Tanpa ribut dan taufan Karen tiba-tiba bertindak di luar jangkauan aku membuat aku tersentak dengan kelakuan spontannya itu.

Karen mengambil kedua tangan aku dan kini dia menyandar tubuh aku ke dinding. Posisi kami yang tadi kini tertukar. Aku pula yang disandar ke dinding.

Selepas itu, Karen membuang jaket yang dipakai dari tubuhnya lalu dia mengangkat jaket tersebut melalui dari belakangnya. Supaya dia dapat melindungi muka aku daripada dikesan.Tubuh belakangnya juga dihadang dengan jaket. Tangannya masih memegang jaket dengan kejap dari arah belakang. Woah...scene ni macam dalam drama Korea la pulak. Haa gitewwww.

Aku pula membuat muka terharu. Ohh thanks so much Karen.

"Buat gaya macam kita sekarang sedang kiss." Bisik Karen perlahan.

What?! Aku terkedu. Apa maksudnya 'buat gaya macam kita kiss'? Karen tidak berkata apa. Dia mengisyaratkan aku untuk lakukannya. Okey takpe, buat gaya kiss saja kan? Bukannya kiss betul-betul kan? Okey fine.

Kedua-dua tangan aku memeluk lehernya. Karen terkejut. Namun, dia cuba beriak biasa. Tadi pun, dia yang suruh kan?

Aku menarik lehernya menunduk sedikit ke arah aku dan lebih rapat dengan aku.

Karen juga memainkan peranan untuk membuat lakonan seperti gaya kiss. Dia menyengetkan kepalanya sedikit ke kiri. Memang gaya betul-betul macam kiteorang sedang kiss!

Lelaki itu yang mahu semakin menghampiri kami tiba-tiba terhenti langkahnya. Wajahnya berona merah apabila menyaksikan pemandangan di hadapan. Terus tubuhnya menoleh ke belakang.

"Aduhh kau ni..orang kiss pun nak tengok ke? Adoii..buat malu saja." Gumam lelaki itu perlahan. Dia mengetuk dahinya dengan jari telunjuk berkali-kali. Selepas itu, dia membuat keputusan untuk pergi ke tempat lain untuk mencari perempuan itu.

"Karen dia dah pergi ke?" Kata aku memejam mata dengan rapat. Tak naklah aku pandang wajahnya depan-depan dalam keadaan dekat macam ni. Hembusan nafas Karen pun mengena ke bibir aku. Woah..

Karen perlahan-lahan menurun sedikit jaketnya untuk melihat sama ada lelaki itu masih ada di sini atau tidak.

"Fuhh! Dia dah takde." Kata Karen yang terus menarik nafas lega. Lega kerana akhirnya dia tidak perlu lagi dekat-dekat dengan perempuan.

Aku membuka sebelah mata sedikit. Yes! Dia dah pergi! Terus aku membuka kedua mataku dengan senyuman lebar yang menghiasi di bibir.

Dalam masa yang sama aku menarik nafas lega juga. Punyalah sesak nafas bila dekat-dekat dengan Karen tadi. Fuhh!

"Siapa mereka tu?" Kata Karen mula mengutarakan soalan.

"Errr..panjang ceritanya. Biasalah diaorang tu. Ada saja nak ekori saya. Saya pun takut tadi. Tapi, awak jangan risau lah. Saya tak pernah aniaya orang atau buat jahat dengan orang ni. Jadi, mustahillah kalau saya ada musuh." Kata aku tersenyum bangga dengan nada sedikit angkuh di situ. Aku tersengih.

"Hmm okey. Lain kali hati-hati." Selepas dia berkata begitu Karen sudah melangkah mahu pergi tapi terhenti langkahnya apabila aku menarik hujung bajunya.

"Karen, be my bodyguard." Kata aku memandang tepat ke arah belakangnya.

Karen tersentak. Dia menoleh kepala perlahan-lahan memandang aku. Keningnya tercantum. Pandangan mata aku pula seolah-olah seperti berharap. Aku tersenyum comel memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience