Bab 48: I will forget my revenge

Romance Series 10664

"Puteri.." panggil Kyran dengan nada lirih dan sayu.

"Kyran? Kenapa nih?" Kata aku yang memerhati dirinya dengan lama. Aku lihat tubuhnya yang basah kuyup. Mesti dia kesejukan. Mukanya merah seperti menahan sesuatu dan kelihatan pucat. Matanya juga seakan sembab dan merah. Baru lepas nangis ke?

Dengan langkah longlai, kyran berjalan perlahan-lahan mendekati ke arah kami.

"Saya..dah tahu siapa pembunuh ibu dan ayah awak Puteri..Karen. I already know about it. And that fact was unexpected and out of the my mind. The killer...is my own brother." Kata Kyran yang menatap wajah aku dengan sayu.

Jadi..inilah sebabnya Kyran begitu kusut dan sedih. Disebabkan kenyataan yang menyakitkan ini. Kyran..tidak sepatutnya bagitau hal tu..pada adik aku. Dan dia juga..tidak sepatutnya tahu hal itu. Keadaan pasti menjadi lebih rumit nanti. Mata aku berkalih memandang ke arah adik aku.

Begitu aku memandang ke arahnya adik aku terus memandang ke arah aku.

"What are you talking about? It is..true?" Kata adik aku pada Kyran. Tapi matanya tetap melekat ke wajah aku. Aku memandang ke bawah. Tidak mahu bertentang mata dengan adik aku. Manakala jantung sudah berdebar sakan. Terasa tak selesa dan tak senang duduk. Begitu juga hati aku yang seolah-olah merasakan pasti akan ada perbalahan yang berlaku nanti antara mereka berdua.

"Yeah." Jawab Kyran ringkas. Dia hanya tunduk ke bawah sambil mata merenung lantai hospital dengan reaksi dan pandangan yang kosong. Seolah-olah seperti..sudah tidak kisah apa yang akan berlaku. Sungguh, hatinya begitu retak dan pecah hari ini.

"Jadi..dia adik pembunuh tu kak. Woah tak sangka. Ini pasti lebih buat kak jadi sakit kan? Rasa tak percaya dan teramat terkejut." Kata Karen memandang ke arah aku. Mata aku mula berair. Karen mahu buat apa pula kali ini? Dia tidak tau yang aku.. sebenarnya dah lama tahu perkara nih. Kalau dia tahu yang aku sengaja berahsia dengannya selama nih..pasti dia akan kecewa dan marah dengan aku.

Aku lihat Karen mula berdiri daripada tempat duduknya. Dan hal itu membuat jantung aku semakin berdebar.

"Karen.." panggil aku perlahan. Aku mendongak memandang ke tubuh belakangnya yang berhadapan dengan Kyran.

"Huh! Kau adik pembunuh ibu dan ayah kami...kau berani bercinta dengan anak dia pula? Dasar keluarga pembunuh." Kata Karen tersenyum sinis memandang ke arah Kyran.

Kyran hanya memandang wajah adik aku dengan tepat. Aku lihat tangan di sisinya digenggam dengan erat membentuk buku lima.
Now..what should I do?! Huhu..

Tiba-tiba tanpa aku duga Karen mengambil pisau yang digunakan untuk memotong buah epal di dalam mangkuk dan kini pisau tersebut terhala ke arah Kyran membuat jantung aku semakin tersentap. Hal itu membuat aku betul-betul terkejut. Aku lihat ke wajah Kyran..hanya kosong. Seperti tidak kisah atau takut sekiranya Karen membuat apa-apa padanya.

"Adik buat apa nih?! Letak pisau tu sekarang." Kata aku yang mahu bangkit dari duduk di atas katil.

Namun Karen tidak menghiraukan kakaknya dia hanya berjalan ke hadapan mendekati Kyran. Manakala Kyran hanya berdiri diam terpaku ke hadapan memandang Karen.

"Kau boleh bunuh aku Karen. Kalau tu dapat puaskan hati kau. Abang aku yang puncanya. Jadi..aku sebagai adiknya akan tanggung kesalahannya. Jadi jangan teragak-agak untuk bunuh aku. Karen Anderson Khan." Kata Kyran dengan berani. Dia seakan sudah tidak kisah dengan nyawanya sendiri. Jikalau nyawa abangnya diambil dia pasti tidak akan sanggup kehilangan abangnya sendiri. Jadi..dia buat keputusan untuk tanggung kesalahan abangnya dan nyawa abangnya pasti tidak akan terancam lagi. Fikirnya begitu.

Aku tersentap. Jadi..ini memang permintaannya untuk dibunuh? Are...are he crazy?!

Karen tersenyum sinis.

"Baguslah kalau kau cakap macam tu. Aku pernah bersumpah pada diri aku..kalau aku tak dapat bunuh pembunuh ibu dan ayah aku sendiri..tapi akan aku pastikan yang..salah satu keluarganya akan terkorban! Supaya dia tahu rasa sakitnya apabila kehilangan orang yang dia sayang." Kata Karen dengan keras. Dia tersenyum sinis.

Dadanya sebak memikirkan punca kematian ibu dan ayahnya sendiri. Walaupun dia tidak berada ketika kejadian itu..tapi dia dapat bayangkan.. bagaimana rasa sakitnya ibu bapa dia alami setelah kemalangan tu.

Aku meramas baju di sisi aku dengan kasar. Manakala mata dipejam erat. Air mata secara spontan jatuh. Takkan ku biarkan adik aku membunuh salah seorang dari keluarga Johansson.

Kini, aku membuka mata aku perlahan. Kelihatan adik aku memandang tajam ke arah Kyran. Dia sudah mengangkat pisaunya ke arah dada Kyran. Aku menggeleng kepala beberapa kali. Takkan ku biarkan itu terjadi.

Sebelum adik aku berbuat apa aku terus menghampiri mereka. Aku berhadapan dengan adik aku sekarang nih sambil kedua-dua tangan didepakan di hadapannya. Badan aku membelakangi Kyran.

"Jangan..kakak mohon..jangan dik.." rintih aku perlahan. Air mata sudah mengalir ke pipi gebu aku. Aku memandang ke arah adik aku dengan wajah kasihan.

Karen terpaku seketika memandang ke arah kakaknya. Keningnya berkerut.

"Kenapa tiba-tiba kak jadi macam nih pulak nih? Kak tak rasa geram ke? Kakak. Dengar sini baik-baik. Dia. Dialah adik pembunuh ibu dan ayah kita. Kenapa kak masih tak faham lagi dan masih menyebelahinya?! Adik..adik tak sangka. Kak lebih pentingkan dia. Kak langsung takde perasaan bersalah ke dekat ibu dan ayah kita?! How could you..kakak..how could you!" kata Karen menggeleng kepala perlahan. Dia memandang ke arah aku dengan reaksi tidak percaya.

Buat kesekian kalinya air mata aku jatuh lagi. Akhirnya aku jatuh terduduk di hadapannya.

"Kak mohon..kak mohon..hiss his..jangan bunuh dia..a-a..dik boleh cakap apapun pada kakak tapi..j..jangan bunuh dia. Tolong.. kakak mohon sangat-sangat. Jangan bunuh Kyran?" Kata aku yang memegang kedua-dua lengannya dalam posisi terduduk.

Kyran begitu terkejut dengan tindakan aku. Dia tidak sangka yang aku akan berbuat begitu deminya.

Manakala Karen turut terkejut dengan tindakan kakaknya yang sampai melutut di hadapannya. Dia bukanlah orang yang kejam sampai tiba-tiba kakaknya melutut di hadapannya.

Karen mengocak rambutnya. Dia membelakangi aku.

"Arghh!" Jerit Karen kesal. Dia mencengkam cadar katil dengan erat. Sambil kepalanya ditundukkan.

"Bangkitlah kak..adik bukan sekejam tu untuk biar kak melutut di hadapan adik." Kata Karen dengan suara bergetar. Nada suaranya jelas kelihatan sedih.

Aku bangkit daripada duduk perlahan dibantu oleh Kyran. Dia memegang lengan aku lembut.

"Kenapa awak buat macam tu?" Kata Kyran. Dia masih terkejut dengan tindakan aku tadi.

Aku memegang tangannya. Tidak menjawab soalannya.

"Kyran saya rasa.. lebih baik awak balik dulu. Tak payah datang sini lagi. Sampai masa bila saya dah boleh keluar dari wad hospital ni..kita akan berjumpa. But not until I get out of this hospital. Okay Kyran? Boleh kan?" Kata aku dengan lembut. Kyran tidak berkata apa sebaliknya pipi aku yang basah dia usap perlahan dengan jari runcingnya.

Mata aku hanya terkebil-kebil memandang ke arahnya.

"Maafkan saya.." kata Kyran perlahan. Dia menitiskan air matanya di hadapan aku membuat aku sedikit tersentak. Hati rasa pedih lihat dia menangis macam nih. Suaranya serak basah dan bergetar. Aku lihat dia dengan pandangan sayu.

"Ini bukan salah awak..dah awak pergi. Balik rumah dan tenangkan diri awak. Okay?" Kata aku cuba untuk memujuknya balik. Keadaan Kyran memang menunjukkan yang dia betul-betul sangat sedih. Dengan rambut basah yang kusut, baju seluar yang basah dengan hujan, mata yang merah kerana menangis. Aku sentuh kulit dia pun sejuk.

Nak tak nak Kyran angguk juga perlahan. Dia menoleh badan ke belakang untuk membuka pintu keluar dari bilik wad ini.

Tangan kami berdua yang bersatu.. akhirnya terlerai. Kyran sudah menutup pintu selepas keluar.

Aku menoleh ke belakang memandang adik aku yang membelakangi aku sekarang ini.

"Adik.." panggil aku lembut dan perlahan.

Kebetulan Farah yang mahu berjalan untuk ke bilik wad Puteri terserempak dengan Kyran yang nampak cukup serabai sekarang ini.

"Aik, Kyran? Kau buat apa kat sini? Uish baju kau basah teruk nih. Kau main hujan ehh?" Kata Farah yang mengangkat keningnya memandang ke arah Kyran. Namun, tiada respon atau reaksi dari Kyran. Hanya senyap membisu. Lagilah membuat Farah musykil.

Kyran memandang sekilas ke arah Farah sebelum melangkah longlai melepasi Farah.

"Haih budak nih. Moody semacam je. Datang bulan ke?" Kata Farah seorang diri. Dia hanya menjongket bahunya sebelum terus menapak pergi ke bilik wad kawan baiknya. Apabila sudah nampak pintu bilik wad yang dicari tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam.

Aku yang hanya memandang belakang Karen kini berkalih memandang ke arah pintu apabila terasa ada orang yang membuka pintu.

"Farah! Kau datang.." kata aku menghadiahkan senyuman lembut padanya. Kelihatan Farah sedang menjinjit plastik. Dan sudah pasti tu makanan untuk aku. Sebab kan Karen dah gitau yang Farah datang sini sebab nak hantar makanan.

Farah membalas senyuman dari aku. Sempat dia memeluk aku dulu sebelum memulakan perbualan.

"Weh beb, apasal dengan Kyran? Dia ada lawat kau kat sini kan? Sebab aku nampak dia waktu nak datang sini tadi. Nampak macam murung semacam je Kyran. Kesian aku tengok dia. Dah macam orang tak cukup zat besi dah aku tengok." Kata Farah.

"Zat besi? Hehe ada-ada je kau nih. Err.. sebenarnya memang ada sesuatu pun tadi." Kata aku. Tiba-tiba Karen berjalan ke arah sini. Aku fikir dia mahu tegur aku dan juga Farah rupa-rupanya dia mahu buka pintu dan keluar.

Farah mengerling sekilas ke arah pintu.

"Sebenarnya apa yang terjadi beb?" Kata Farah.

Aku mengeluh lemah perlahan. Kami berdua duduk di atas katil sambil berhadapan antara satu sama lain. Dekat sini juga aku ceritakan padanya apa yang berlaku tadi.

Semasa aku cerita Farah banyak angguk-angguk dan geleng-geleng. Ada sampai menutup mulut kerana terkejut. Dan ada membuat reaksi sedih dan macam-macam.

"Weh beb, tak sangka Kyran tau pasal nih. Dan paling tak sangka adik kau berani cuba untuk bunuh Kyran. Walau hakikatnya Kyran langsung tak bersalah dalam hal ini. Haih.." kata Farah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku hanya termangu saja. Tidak berkata apa.

"Cerita korang tiga nih..rumit betullah. Hmm, jadi..kau dah maafkan Zain ke?" Kata Farah ingin tahu.

"Tak juga. Tapi..ada satu perkara yang membuat aku mahu untuk lupakan kenyataan tu dan tetap mahu terus bersama Kyran. Dan..aku rasa lebih baik untuk aku lepaskan rasa dendam ini dalam hati." Kata aku.

"Haa apedia? Cakaplah!" Kata Farah yang sudah tidak sabar. Dia menggoyang lengan aku berkali-kali.

"Ye² sabar². Sebenarnya..aku ada mimpi ibu dan ayah aku.. Farah. Tapi bukan pasal kejadian tu..tapi kali nih lain. Dalam mimpi tu..sangat indah aku rasakan Farah. Aku rasakan detik-detik seolah-olah aku bersama dengan ibu dan ayah aku. Walaupun..ianya hanyalah sekadar mimpi. Tapi..itu sudah cukup bagi aku Farah.." kata aku tersenyum sendiri.

Imbas kembali mimpi~

"Puteri..anak ibu dan ayah dah bangun? Hehe bangunlah nak...ni ibu dan ayah sudah datang mahu jenguk kamu. Kamu kan teringin sangat mahu jumpa dengan kami." Kata ibu dengan lembut sambil tersenyum manis. Begitu juga dengan ayah.

Aku membuka mata aku perlahan selepas mendengar suara lembut dari ibu aku.

"I..Ibu?" Kata aku dengan nada bergetar apabila terpandang figura orang yang aku sayang dan paling rindukan berada di ruang mata. Aku masih dalam posisi baring.

Kelihatan ibu dan ayah aku berpandangan dan tersenyum memandang aku.

Aku cuba untuk bangkit dan duduk.

Mata aku berkelip lemah memandang mereka.

"A-ayah??" Kata aku dengan nada seakan tidak percaya apabila jasad ibu dan ayah duduk di hadapan aku kala ini.

"Ibu! Ayah! Puteri rindu ibu dan ayah!! Huhu.." kata aku yang terus memeluk leher kedua-dua ibu bapa aku. Mereka yang mendengar aku merengek seperti budak kecil dalam pelukan hanya tersenyum.

Dapat aku rasakan sentuhan hangat apabila memeluk mereka. Ini.. hanyalah sekadar mimpi. Aku tahu itu. Dan mimpi ini jarang datang dalam tidur aku. Aku menitiskan air mata perlahan. Perasaan rindu terhadap ibu dan ayah aku sangat mencengkam. Dan sampai sekarang sangat menusuk ke lubuk hati. Akhirnya aku dapat lepaskan rindu pada mereka walaupun hanya sekadar mimpi.

Pelukan kami bertiga terlerai. Ibu aku memegang pipi aku dengan lembut.

"Puteri, anak mommy. Dah besar pun kamu. Dah jadi cantik. Cantik dari ibu pulak tu hehe. Maafkan ibu dan ayah..kerana tak dapat lihat Puteri membesar dengan baik. Kami berdua terlalu cepat pergi dari hidup kamu. Ibu bangga dengan kamu nak. Walaupun kamu banyak sedih dan down disebabkan kehilangan kami berdua tapi kamu tetap dapat teruskan hidup. Ibu nak Puteri jangan sedih-sedih lagi ya? Jangan lagi fikir pasal punca kematian kami. Ianya bukan salah orang tu. Dah memang sudah sampai masa untuk ibu dan ayah pergi. Jadi, kamu janganlah rasa bersalah dengan ibu dan ayah ya?" Kata ibu aku dengan lembut.

Wajahnya seakan bersinar di hadapan aku. Dengan menghiasi senyuman di bibirnya menambahkan lagi kejelitaan di wajah ibu aku. Sungguh wajah ibu aku kelihatan lembut dan manis. Terasa tenang sahaja apabila dipandang. Begitu juga dengan ayah aku. Aku mengusap tangan ibu aku yang berada di pipi aku dengan lembut.

"Betul cakap ibu tu nak. Ayah nak kamu hidup tanpa dendam lagi. Jangan balas dendam atas kematian kami berdua. Orang tu dah cukup menderita kerana sudah teringat akan kesalahannya sendiri. Jadi, jangan lagi Puteri ada niat nak balas dendam dengan dia mahupun dengan keluarga dia. Okay sayang? Anak ayah bukanlah seorang yang jenis dendam bukan? Anak ayah orang yang baik." Kata ayah aku yang tersenyum lembut pada aku. Dia mengusap lembut rambut panjang aku.

"Kalau macam tu.. Puteri takkan berdendam lagi ibu..ayah. Puteri akan ikut cakap ibu dan ayah. Maafkan Puteri kerana membuat ibu dan ayah kecewa selama nih sebab..Puteri pernah ada niat buruk pada orang tu." Kata aku yang sudah berair mata.

Mereka berdua berpandangan dan tersenyum pada aku. Dan aku sangat rindukan senyuman tu.

"Puteri, kami berdua pergi dulu ye? Jangan risau kami akan sentiasa perhatikan kamu nak. Memang kami dah mati tapi sebenarnya kami masih hidup di sini." Kata ibu aku yang melekap pada dada kiri aku. Ianya menunjukkan hati.

Aku tersenyum sambil mengalirkan air mata. Mengangguk perlahan.

"Lepas saja kamu bangun nak..ayah nak kamu mulalah cari kebahagiaan kamu sendiri. Dan walau apapun yang terjadi tetaplah berusaha untuk mencari kebahagiaan kamu. Ini kerana semua orang..layak untuk mendapat kebahagiaannya masing-masing. Termasuk kamu nak. Ayah tak nak anak ayah asyik sedih saja macam nih." Kata ayah aku tersenyum.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum lagi. Dalam masa yang sama terasa air mata berlinangan.

Imbas kembali tamat~

Aku menitiskan air mata perlahan. Hanya bercerita pada mimpi tu saja sungguh membuat hati aku terasa tercengkam. Mimpi tu pulak terasa sangat sekejap. Dalam masa yang sama rasa gembira sebab itu adalah mimpi yang paling bermakna untuk aku. Ibu dan ayah aku menyuruh aku supaya tidak berdendam lagi... maka aku takkan berdendam lagi. Aku akan cari kebahagiaan aku. Selepas lama aku menderita kali ini.. biarlah aku bahagia pula kan?

Aku lihat Farah sudah menangis teresak-esak. Entah tisu celah mana dia ambil dan terus lap hingus di hidung. Habis tisu disumbatnya ke dalam hidung. (Hehe author tak tau pulak nak buat bunyi orang lap hingus tu..adoii don't blame author ya? Hehe)

"Hu..Hu..mimpi tu begitu indah. Hu..dan..sangat terharu...dan hu..hu..menyayat hati. Hu..hu.." kata Farah dalam tangisan. Aku tersenyum dibuatnya. Haih Farah..Farah.

Aku mengusap lembut bahunya. Farah nih.. nangis-nangis pun comel tau.

"Aloooo si budak kecil nih. Nangis pulak dia. Dah² jangan nangis. Dah tak cantik muka tu nanti. Farah..aku nak mintak tolong boleh?" Kata aku.

"Eh cakap je beb nak tolong apa?" Kata Farah yang masih mengumbat tisu ke dalam hidung.

Aku menoleh kepala ke tepi sekilas ke luar melalui celahan tingkap dan berkalih memandang ke arah Farah. Eh jap-jap aku rasa macam..pernah kenal figura tu. Tu bukankah...adik aku? Terus secara statik aku menoleh ke arah tingkap semula kali ini aku lebih rapatkan tubuh aku ke tingkap.

Farah yang melihat aku berkelakuan pelik menegur.

"Dah kenapa asyik tertengok-tengok kat luar tu? Uwuu ada ternampak badut eh kat situ? Mana² nak tengok juga." Kata Farah memanjangkan lehernya memandang celahan tingkap.

Aku mengerling sekilas ke arah Farah dan menepuk dahi perlahan. Adoii Farah nih..badut dia cakap?

"Badut? Eeih mintak simpang kalau aku terjumpa badut. Tu haa adik aku tu. Dia masih ada kat luar sambil bersandar kat kereta." Kata aku yang mata masih terlekap ke arah tubuh adik aku yang sedang memejam mata menyandar pintu kereta.

Farah hanya mengerling sekilas ke arah Karen arah yang ditunjukkan oleh aku. Ingat dia tak tahu yang aku.. sebenarnya..takut pada badut. Ehehehe..

"Iyalah adik kau ada kat situ. Nampaknya dia sedang berada dalam dunia sendiri." Kata Farah membuat tafsiran. Dia memanjangkan lehernya lagi memandang ke arah luar melalui tingkap. Sudah ternampak kelibat Karen dari sini.

Aku hanya mengangguk perlahan dengan kata-kata Farah dan termenung seketika.

"Ermm Farah...aku nak mintak tolong kau boleh tak?" Kata aku yang kini berpusing ke arah Farah selepas lama mendiam.

"Hehe mintak tolong apapun takpelah. Ada apa kau nak mintak tolong aku?" Kata Farah mengangkat keningnya sebelah.

"Aku nak kau tolong tengokkan Karen tu. Kalau boleh..buat sementara waktu.. tolonglah berada di samping dia. Tolong pujuk dia demi aku beb. Aku takut dia.." kata aku belum sempat menghabiskan ayat Farah sudah mengampuk.

"Takut nanti kalau adik kau akan berbuat sesuatu lepas dia dah tahu hal sebenar? Jangan risau aku akan aku akan pujuk dia beb tapi kau macam mana? Duduk sorang² takpe kan kat sini?" Kata Farah.

"Hehe aku tak kisahlah duduk sorang². Lagipun kau tahu kan yang aku memang terbiasa dah pun." Kata aku tersengih seperti kerang busuk.

"Hmm okeylah kalau macam tu beb. Aku pergi dulu kat dia. Tahulah aku macam mana nak pujuk dia nanti. Just wait and see ya?" Kata Farah mengengit mata nakal. Aku hanya ketawa kecil saja. Apalah kawan aku nanti mahu buat untuk pujuk adik aku nanti. Perangai adik aku mana boleh dijangka sangat.

"Okey Farah bye² paper roger tau?" Kata aku saja melambai ke arahnya dan tersenyum lembut.

"Okey beb bye²." Kata Farah yang sudah membuka pintu untuk keluar. Sempat dia membalas senyuman dari aku.

Akhirnya pintu sudah ditutup. Bayangan Farah sudah tiada di sini. Aku mengeluh perlahan sambil mata asyik melirik ke arah adik aku.

Farah pov

Aku berjalan dari hospital dengan lagaknya. Angin yang meniup ke arah rambut panjang aku hanya aku biarkan.

Akhirnya jarak aku dan Karen hanya beberapa meter. Aku mengerling sekilas ke arah tingkat dua di tingkap di mana Puteri pastinya akan melihat aku dan juga Karen. Yeah sudah ternampak wajah comel dia tu melalui tingkap. Aku hanya tersenyum dan kini memandang ke arah tubuh Karen.

Tiba-tiba terbit idea nakal dari benak fikiran aku. Aku tersenyum miring seorang diri. I know what I will do after this..muahehe.

Aku berjalan terjengket-jengket menghampiri Karen tanpa membuat dia merasakan kehadiran aku.

Aku tersenyum sinis.

Aku melambai-lambai di mukanya dan mahu menepuk bahunya secara mengejut. Muahehe memberi kejutan atau membuat orang terkejut adalah my habit. Aku tersenyum jahat.

Namun belum sempat tangan aku yang lagi satu memberi kejutan padanya... dia sudah menyambar tangan aku yang berada dekat dengan mukanya. Membuat aku serta-merta terkejut dan membulatkan mata. Aku lihat dia masih memegang tangan aku sambil belum membuka mata.

Angin yang meniup lembut ke arah wajahnya membuat mata aku terkebil-kebil seketika. Ohh no..! Kenapa bila aku pandang dia..waktu dia pejam mata terasa tenang hati ini. Ceyy gitewww! Aduhh..duh..aku tak nak terjatuh cinta dengan dia!

Aku cuba untuk lepaskan tangannya yang mengenggam erat tangan aku. Perlahan-lahan dia membuka mata dan memandang ke arah aku. Mata kami berdua bertembung. Lama kami berpandangan sebelum aku memandang ke arah lain. Tak naklah aku asyik pandang mata dia tu. Boleh luluh hati nih kalau terkena panahan dari mata dia. Ahak!

Karen pulak bagaikan tersedar dari mimpi terus melepaskan tangan aku. Terasa kalut nampaknya dia. Mungkin malu sebab terpegang tangan aku. Eihh jap² aku buta lagi kan? Dia..dia blushing? Ahaha cute pula Karen nih bila blushing.

"Ahem² apa awak buat kat sini?" Kata Karen dengan nada dingin.

"Ermm nak lamar awak." Kata aku dengan selamba. Reaksi aku hanya beriak tenang memandang ke arahnya. Saja mahu menduga.

Karen yang memandang ke bawah terus pandang tepat ke arah aku.

"What?!" Karen terkejut dengan permintaan aku. Manakala aku pula yang memandang wajah terkejutnya itu terasa mahu gelak guling-guling saja kat sini.

Hahahaha! Bestlah usik dia macam nih hari². Tengoklah muka tu bukan main terkejut lagi. Namun aku sudah tidak kuat untuk tahan dari ketawa dan terus tercetus ketawa dari aku. Membuat dia tercantum kening memandang ke arah aku. Aku ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut.

"Hahahahahahaha!"

Karen berdecit.

'Tsk! Aku dimain-main rupanya. Takpe, siap kau!' batin Karen.

Sorry kalau chapter nih membosankan ^°^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience