Farah pov
Baru aku mahu masuk kereta dan start ejen tiba-tiba ternampak tayar kereta yang pancit di sebelah kiri. What the fish!
"Arhhh kereta! Time-time macam ni juga ko nak buat perangai ye? " Aku menghela nafas kasar. Mulut mencebik ke tepi.
Tangan aku berpeluk tubuh. Kaki menendang tayar kereta tersebut. Tak puas hati pun ada.
Wajah aku kembali muram.
"Huhuhu..apalah nasib aku hari ni. Tayar, kau tak kesian kat aku ke? Huhu huwaa..macam mana aku nak balik ni? Kat sini dahlah jarang ada teksi. " Aku menggerutu kesal seorang diri. Macamlah tayar ni boleh bercakap dengan aku.
Seorang lelaki dari dalam kereta yang terpandang gadis yang berceloteh seorang diri sambil menendang tayar kereta tertawa kecil.
"Tayar pancit ke tu? Hehe.. "
Terus aku menoleh tubuh ke belakang apabila terdengar suara yang aku kenal. Aku mengeluh kecil.
"Yeah.." Kata aku ringkas dan perlahan. Kening tercantum apabila mendengar dia tertawa kecil. Haih, bukannya nak tolong orang pun..gelak adalah. Eyyy dia saja nak bagi aku marah ke apa?
"Aduhh Farah. Tayar kereta awak tak bersalah pun sampai awak nak tendang bagai. Dah-dah marilah naik kereta saya. " Kata Karen yang sudah mencarik senyuman.
Terus wajah aku menjadi ceria dan bersemangat apabila Karen sudi mahu tolong aku.
"Betul ke ni awak? Ohh yess! Thank you awak.." Kata aku ceria. Aku terus naik keretanya di bahagian sebelah pemandu.
Manakala Karen hanya tersenyum dan menggeleng kecil.
"Awak...err..ni bukan jalan nak ke rumah saya. " Kata aku menoleh ke tepi memandangnya.
Karen hanya mengulum senyum tidak berkata apa.
Aku pula sudah beriak pelik.
Hmm..jangan kau bawa aku ke rumah hantu sudah.
Aku hanya statik memandang ke hadapan di tempat dudukku sambil berpeluk tubuh. Tanpa aku sedar, Karen mengerling ke arah aku sekilas.
Few minutes later...
Akhirnya kereta empat pacuan roda Sedan BMW berhenti di sebuah pekarangan rumah agam mewah yang aku pasti memang rumah yang asing bagi aku.
Baru aku mahu berkata-kata Karen sudah bersuara terlebih dahulu.
"Welcome to my house, Farah Mikayla. " Kata Karen sambil memandang aku dengan tepat. Badannya ditoleh sedikit ke arah aku.
Aku sedikit tercengang. Mata aku terkebil-kebil memandangnya. R-Rumah Karen? What?! Apa penyebabnya tiba-tiba bawa aku ke rumah dia? Hmm..
"M-Maksud awak? Kenapa awak ajak saya ke rumah awak ni? Hehe..awak jangan buat bukan-bukan. Saya tinju muka awak kat sini juga nanti. " Kata aku sambil membuat gaya mahu meninju.
Karen hanya tertawa kecil.
"Farah..relax. Saya bawa awak ke rumah sebab nak tunaikan janji awak pada saya hari tu. Haa..dah lupa ke? "
Mendengar kata-katanya wajahku kembali beriak biasa. Tangan aku turunkan.
"Err..janji? Boleh saya tahu janji apa?" Kata aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Hmm..dah agak dah. You've forgotten that. Kan awak cakap awak mahu ajar saya menari sebagai denda awak pekenakan saya hari tu. Dan..saya nak awak kotakan janji tu sekarang. " Kata Karen kini berwajah serius menatap aku dalam.
"Ohhhh yang tu! Kenapa tak cakap awal-awal tadi? Hmm..tapi..tapi saya tak tukar baju saya lagi. Tengoklah keadaan saya ni. Basah. Kalau ye pun, bagilah saya balik mandi dulu dan tukar baju. " Kata aku yang sudah memuncungkan mulut.
Haih, Karen ni memang tak menyempat betul.
Karen hanya beriak selamba.
"Awak boleh mandi dan tukar baju kat rumah saya. "
Terus mataku membulat memandangnya apabila dia berkata begitu. Aku menggeleng perlahan.
"Karen, errr..saya tak salah dengar kan? Awak nak..saya. mandi. dan. tukar. baju. kat. rumah. awak? " Kata aku menyebut satu per satu dengan nada tidak percaya.
Karen hanya mengangguk selamba.
"Farah, awak ikut saja ye? Saya tak nak dengar lagi awak cakap apa. No excuses. " Kata Karen tegas. Dia sudah menapak keluar dari keretanya dan mahu membukakan pintu untuk aku.
Aku tercengang. Heyy, suka-suki dia saja arah orang.
Karen membuka pintu kereta tepi aku.
"Keluar." Kata Karen ringkas. Aku berpeluk tubuh.
"Tak. Nak. " Kata aku. Aku berpeluk tubuh. Degil.
Karen mengeluh perlahan.
Bulat mata aku apabila Karen membuka tali pinggang kereta di tempat duduk aku dan terus mendukung aku ala bridal style keluar dari kereta.
Aku terjerit kecil. Tangan terpeluk lehernya.
"Karen, apa yang awak buat ni?! " Kata aku terkejut dengan tindakan spontannya.
Karen mengangkat sebelah keningnya.
"Keluar awak dari kereta. " Kata Karen selamba. Hujung bibirnya melarik senyuman.
Aku terkelu lidah mahu berkata. Lama kami bertentang mata sebelum dia mendirikan aku semula.
"Farah, hanya waktu ni saja masa yang ada untuk awak sempat ajar saya menari. So please..tolong berikan kerjasama, Farah. Pasal baju tu awak boleh pakai baju saya. " Ujar Karen dengan lembut dan perlahan.
Aku mengeluh kecil.
"Hmm yelah-yelah." Kata aku akur juga dengan permintaannya itu. Lagipun, aku dah janji. Jadi, janji tak boleh dimungkiri.
Karen tersenyum. Dia membukakan pintu rumah utama.
"Awak, jemputlah masuk. "
Aku mengangguk kecil.
Sebaik saja aku masuk ke rumahnya mata pasti akan jadi rambang memerhati sekeliling.
"Rumah Karen sebesar macam rumah Kyran. Cantik.." Gumam aku perlahan.
"Mommy...daddy..!! " Laung Karen di situ juga. Matanya seperti mencari-cari sesuatu.
"Farah, saya rasa mommy dengan daddy saya tiada. Sebab kereta mereka kat garaj pun tiada. Kosong. Err.. Takpe. Awak boleh masuk dalam bilik air dekat ruang tamu bawah ni. Bersihkan diri awak tu dulu. Nanti kalau dibiar lama demam pula awak nanti. " Kata Karen dengan jelas beserta terselit nada risau di situ.
"Hmm..Okey. Hehe tak sangka kat ruang tamu awak ni ada bilik air juga ye? " Kata aku tersengih.
Karen hanya mengangguk.
"Ini bilik airnya. Sekejap, sebelum tu biar saya ambilkan pakaian untuk awak. Sekejap ye?" kata Karen sambil memanjat tangga ke atas.
Aku hanya terkebil-kebil mengekori kelibatnya dengan ekor mata naik ke atas.
Manakala jantung aku pula mulalah asik berdebar-debar. Yelah, sekarang kami dua saja berada dalam rumah agam besar ni. Haih, tapi aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Aku percayakan Karen.
Karen pov
Aku menunggu dan menantinya penuh sabar di ruang tamu. Mahu menunggu dia keluar dari bilik air tersebut.
Klakk..
Kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam. Farah dengan bibir tersenyum keluar dari bilik air.
Aku bangun dari duduk. Mata tidak berkalih dari memandangnya dari atas sehingga bawah. Terpaku sekejap. Farah kalau pakai baju aku comellah.
Dengan baju T-shirt kelabu yang labuh ke lengan begitu juga dengan seluar track lembut.
Aku tersenyum.
"Err..saya nampak pelik ke pakai baju ni sampai awak asik pandang saya? " Kata Farah tersenyum kekok. Tak mahulah dia kalau orang asik pandang dia lama-lama.
Aku tertawa kecil.
"Tak, but..you looks so cute Farah bila pakai baju saya. Geram saja saya tengok awak ni. " Kata aku menghampirinya selangkah.
Farah pula sudah tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu.
Lucu pula Farah ni bila makin malu. Aku hanya tersengih.
"Okey, sekarang ni. Awak nak saya ajar awak menari kat mana? " Kata Farah.
"Ermm..kat sini? Boleh? " Kata aku.
"Kat sini? Ermm..okey. Jap, tapi sebelum tu awak letak mana tah telefon saya?"
"Ohh, kat sini. Jap." Aku mengambil telefon di atas meja kecil di tengah ruang tamu ini.
Selepas itu, aku sua telefon itu ke arah Farah. Farah hanya menyambut huluran dari aku.
"Thanks." Aku hanya mengangguk.
Farah mula menekan sesuatu di telefonnya. Sambil itu, sempat dia bersuara.
"Kita kan..kalau mahu menari kenalah ada lagu. Barulah boleh ada feeling ketika menari giteww. " Kata Farah tersenyum. Matanya masih statik pandang ke skrin telefon.
"Oooooo.. " Aku hanya beroo saja.
Farah memilih lagu rentak yang sesuai. Kedengaran bunyi lagu bergema di ruang tamu ini.
"Amacam? Okey tak lagu ni?" Soal Farah.
Aku hanya mengangguk menggiyakan.
Farah mula mendekati aku.
"Okey, sekarang awak pegang pinggang saya macam ni.. " Kata Farah yang mengambil tangan aku dan letak ke pinggang rampingnya. Aku sedikit tersentak dan canggung.
Pernahlah tengok orang menari macam ni. Fuhh! Heran juga. Mereka tak ada rasa canggung ke menari macam ni?
Farah mencantumkan jari jemari aku dengan lembut.
"Okey, lepas tu. Tangan awak lagi satu pegang tangan saya macam ni. Pegang erat-erat tau? " Kata Farah. Aku hanya mengangguk sambil mata asik terpandang tangan aku yang tercantum dengan tangannya.
Gulp! Aku menelan air liur kasar apabila tangan Farah yang lagi satu menyentuh bahu kiriku dengan lembut.
"Okey, sekarang awak gerakkan kaki awak. Hehe awak jangan terlalu keraskan badan. Just dance what you want. Close your eyes. And dance like this world you own. Okey? " Kata Farah menatap ke dalam anak mataku dengan dalam.
Dia mencarik senyuman. Membuat aku serta-merta tersenyum.
"Okey, teacher. " Kata aku yang berjaya membuatnya tertawa kecil.
"Okey ikut kiraan saya. Selangkah demi selangkah." Kata Farah.
Aku mengenggam tangan Farah yang tercantum dengan aku erat.
"Step one..two..three..one..two..three.. " Kaki aku bergerak-gerak menari dengannya sambil Farah mengira.
Farah tersenyum. Dia mendongak memandang aku.
"Haa, awak pandailah. Tak sangka. Baru belajar dah pandai." Kata Farah dengan riak kagum.
"Saya memang orang jenis cepat belajar pun. " Kata aku. Sementara kaki kami masih bergerak-gerak menari di atas lantai.
"Oh ya? Kalau macam tu. Cuba pusingkan tubuh saya. And then, awak cuba sambut saya. Agree? " Kata Farah sengaja mencabar aku.
"Err..tapi.. Saya takut awak jatuh pula kalau saya tak sempat sambut. Saya kan masih belajar. "
"Masih belajar nilah yang awak kena cuba. Manalah tahu, boleh. Takpe, kalau saya jatuh. Awak akan saya denda. Boleh?" Kata Farah tersenyum.
"Boleh.." Kata aku perlahan.
"Hmm..sekarang cuba. Saya akan tutup mata waktu awak pusingkan saya. Sebab..hehe saya takut jatuh. " Kata Farah tersengih.
Aku mengangguk. Tangan tidak lagi memegang pinggangnya. Farah juga melepaskan tangannya dari bahu aku. Hanya sebelah tangannya tercantum ke tangan aku. Dalam posisi berdiri dan mendepakan kedua tangannya. Jarak kami berdua sedikit jauh.
"Okey now. "
Mendengar dia bersuara, aku terus menarik tangannya, memusingkan tubuhnya. Manakala Farah, matanya terpejam rapat.
Terpaku sekejap aku bila memandangnya berpusing tubuh sambil mendepakan tangan. Rambut panjangnya turut bergerak bersama tubuhnya. Manakala jantung aku sudah mula berdebar laju. Bagaikan mahu terlompat keluar. Farah..cantik..bila buat macam tu.
Okey, ini saatnya.
Aku menarik tangan kecilnya dan terus membuat tubuh kecil itu ke depan dan menyambutnya dengan tangan kekar aku.
Tersenyum Farah apabila tubuhnya terasa disambut oleh seseorang dengan baik. Farah membuka kelopak matanya secara perlahan-lahan. Tersergam wajah aku memenuhi kornea matanya.
Kami dua bertentang mata. Dalam masa yang sama, posisi aku masih dalam keadaan merangkul pinggangnya lembut.
Aku mengerdip perlahan mataku.
"Farah, do you want to know who always makes my heart pound?"
Farah hanya terdiam. Manakala matanya hanya terpaku ke dalam anak mataku.
"You. Because of you, Farah Mikayla. "
***********
Puteri pov
Mataku sengaja mengitari sekeliling. Kulihat macam-macam ragam manusia di restoran ini.
Yeah, sekarang aku berada di restoran. Cuma sekarang aku duduk di meja berjauhan sikit dengan orang lain.
Aku lihat pula orang di hadapanku kala ini. Haih, asyik tersengih-sengih saja Farah ni. Dah macam orang angau pun ada.
"Farah.. Hello.. Farah.. " Aku melambai ke mukanya. Mulut mengeluh kecil. Haih, jauhnya termenung. Dah sampai ke angkasa lepas ke tu? Pfft!
Papp!
Terkejut Farah dek tamparan kuat dari aku di atas meja. Sampai ternaik sedikit bahu Farah. Awww...sakit juga ye bila tampar meja dengan tangan sendiri. Kuat pula tu.
Aku melibas perlahan tanganku. Haha dah merah tapak tangan. Gara-gara nak bagi Farah kembali ke realiti tak semena-mena tangan aku pula sakit. Ala, baru nak berlagak orang samseng yang tepuk meja dengan kuat tu. Pfft!
"Beb, apa ni? Terkejutlah orang. Kalau nak tampar pergilah masuk pertandingan bola tampar. Ni tak, meja ni juga kau nak tampar ye?" Rungut Farah sambil mengusap perlahan dadanya.
Aku mengecilkan mata ku pandang Farah. Eyyy, kecil besar kecil besar saja aku pandang Farah ni. Siapa suruh orang panggil tak dengar?
"Farah! Kau berangan apa eh? Dah sampai ke planet Pluto? Fuhh! Lepas tu..ada jumpa alien tak? Makhluk angkasa..jenis mana kau jumpa?" kata aku.
Farah mencantumkan keningnya. Tak lama kemudian dia tawanya terlepas juga.
"Hahaha, beb..apa kau merepek ni? Ke situ pula dia. Kah..kah..kah.." kata Farah masih dengan sisa gelaknya. Dia menepuk meja perlahan berkali-kali.
Haih, apa nak jadilah dengan kawan aku yang sorang ni.
"Uuuu..aku tau sebab apa. Kau ada terjatuh hati dengan someone tak? Uwuu..ada hati kat orang tapi tak mau gitau kat kite. Sampai hati.. " kata aku tersenyum mengusik.
Terus ketawa Farah terhenti serta-merta. Dia menampar lengan aku.
Papp!
"Adoii, sakitlah! " Desir aku sambil mengusap perlahan lengan aku dek ditampar oleh Farah.
"Beb, janganlah cakap macam tu.." Kata Farah tersenyum malu. Dia menekup wajahnya dengan tangan.
Terkebil-kebil aku memandang gelagatnya di hadapan. Dah pehal dengan budak ni? Fuhh! Sah-sah dia dah angau betul ni.
Papp!
Giliran aku pula menepuk lengannya.
"Awww! Beb...apa ni? " Farah mengusap lembut lengan bajunya. Wajah beriak tidak puas hati. Mulut tak usah dikata sudah muncung macam mulut itik. Tangan tidak lagi menekup wajah.
Sekarang giliran aku pula yang ketawa terbahak-bahak sambil menepuk meja perlahan banyak kali.
"Haha Farah..serius ah! Kau.. " Aku sengaja menggantungkan ayat.
Kedua pipi Farah aku sentuh. Mukanya aku dekatkan.
"Kau apa? "
"Kau memang dah angau kan?! " Terkejut beruk aku di situ juga. Tadi dia tersipu-sipu malu bila aku tanya soalan tu. Sah! Dia memang dah angau!
Farah bukannya orang yang jenis malu-malu kucing ni. Bukan setakat jenis dia memang tak sesuai malu-malu kucing. Kalau dia malu-malu kucing sebab lain hari ni juga aku nak bawa dia pergi hospital. Pfft!
Farah membulatkan matanya. Terus tangannya menekup mulut aku supaya diam.
"Hmmhh..hmmh.. " Tak terkeluar suara aku dek ditekup mulut olehnya.
Aku menampar-nampar tangannya yang menekup mulut aku.
"Puteri, diamlah. Janganlah cakap kuat-kuat. Kau ni pun.." Kata Farah dengan nada perlahan.
Akhirnya, dia menurun tangannya dari menekup mulut aku.
Selepas itu, terus aku menyoalnya dengan soalan bertubi-tubi.
"Beb! Betul ke kau memang dah jatuh hati dengan seseorang? Siapa tu beb? Huhu sanggup kau rahsiakan pada sahabat sejati kau ni ye? Siapa orang bertuah tu beb? Aku kenal tak dia? Dia handsome tak?" Bla..bla..bla.. Macam-macam lagilah aku lontar soalan padanya. Sampai pening terus dia aku dibuatnya.
"Oit! Kau lontar soalan macam lontar bola besbol kat aku eh? Cer satu² tanya. Lagipun, aku tak cakap pun..yang aku ada suka atau crush dengan seseorang. " Kata Farah berpeluk tubuh. Dia sudah tayang sengih macam kambing.
Aku mencebik mulut ke tepi.
"Tsk! Hek eleh..dialah tu. Habis tu, kenapa kau macam malu-malu kucing bila aku tanya kau ada jatuh hati dengan seseorang? Haa² silakan jawab.."
Baru Farah mahu bersuara seseorang sudah menyampuk perbualan kami.
"Hye... " Aku dan Farah memandang gerangan siapa yang bersuara di tepi meja kami.
Terkejut aku apabila melihat gerangan orang di tepi meja kami. Manakala Farah pula sudah ternganga mulutnya bagai mahu mempersilakan segala serangga masuk ke mulutnya.
Aku dengan Farah masing-masing berpandangan.
A-Apa yang dia buat di sini??
Share this novel