Zain pov
"Daddy.. mommy..apa yang Zain nak cakap nih pasti akan memeranjatkan mommy dan daddy nanti. Sebelum tu Zain...nak mintak maaf. Zain nak mintak maaf sangat-sangat dekat mommy dan daddy. Zain..Zain rasa sangat teruk. I feel so bad.." kata aku yang menangis teresak-esak sehingga ternaik sedikit bahunya.
Daddy dan mommy aku berasa terkejut. Tidak menyangka yang aku tiba-tiba menangis. Datin Arina yang melihat anak sulungnya menangis terus duduk di tepinya. Dia memeluk aku dan mengelus lembut kepala aku membuat aku terasa semakin bersalah mahu bagitahu perkara yang sebenar. Dato' Johansson turut berubah riak wajahnya. Dia berasa keliru kenapa anaknya tiba-tiba menangis. Apa mungkin dia ada buat salah?
"Shh..dah² jangan nangis. Nanti dah tak handsome anak mommy. Kenapa Zain cakap macam tu? Zain ada buat salah eh?" Tanya mommy dengan lembut.
Mommy dan daddy menanti jawapan dari mulut aku. Masing-masing terdiam dan menunggu untuk aku bercakap.
"Sebenarnya...pada 19 tahun yang lalu, Zain..Zain pernah terbunuh orang. But, I really accidentally. Zain terlanggar kereta sekeluarga nih secara tak sengaja. Waktu tu Zain pandu kereta dalam keadaan mabuk dan keadaan cuaca sangat tak elok. Hujan sangat lebat waktu tu ...jadi kemungkinan besar Zain boleh terlanggar kereta orang dan..tak sangka..." Kata aku suara bergetar menahan tangisan. Ayat aku tidak diteruskan. Air mata kelakian aku jatuh dengan begitu mudah kala ini.
Kelihatan daddy nampak begitu terkejut dan juga mommy yang berada di tepi aku. Mereka berdua seperti terkena kejutan yang besar. Dada aku berombak kencang. Aku tahu daddy akan bila-bila masa saja boleh tercetus kemarahannya.
Kelihatan daddy bangkit dari duduk. Dia seakan-akan sedang menahan perasaan marah. Mukanya yang merah padam membuat aku semakin takut.
"Betul ke apa yang Zain cakapkan nih?" Kata daddy aku yang seakan tidak percaya menahan perasaan. Aku mengangguk kepala aku perlahan-lahan tanpa memandang ke arahnya.
"Kenapa Zain baru bagitau daddy pasal nih? You know what..this is very shocking issue! Why did you just tell the truth about this?! Kenapa tak mesti dari dulu Zain bagitahu kat daddy? Why did you just tell me today?! You make me really disappointed!" Tengkingan daddy membuat kedua bahu aku ternaik sedikit dek gara-gara terkejut dengan serkahan daddy. Suaranya betul-betul mencecah tahap kritikal sekarang.
Reaksi wajah takut aku benar-benar kelihatan. Mommy bangkit daripada duduk mengusap lembut bahu daddy cuba untuk tenangkannya.
"Bang, bawa bertenang bang. Hal boleh dibincangkan." Kata mommy. Dia turut dengan perkara yang disampaikan oleh anaknya tadi. Namun daddy hanya tidak hiraukannya. Dia mencerlung tajam ke arah aku.
Aku bangkit daripada duduk. Cuba untuk memohon maaf padanya.
"Maafkan Zain daddy... maafkan Zain.." itulah kata-kata yang asyik keluar dari bibir aku. Ini semua salah aku! Kalau tak disebabkan aku semua nih takkan terjadi! Daddy takkan semarah sampai macam nih. Aku tak pernah nampak daddy aku begitu marah sebegini. Ini adalah first time daddy marah besar pada aku.
Dato' Johansson cuba untuk menenangkan dirinya. Dia terduduk di atas sofa. Dia menyapu raut wajahnya dengan kasar. Wajahnya tidak memandang ke arah aku lagi. Hanya menunduk ke bawah sambil berkata.
"Siapa keluarga tu?" Kata daddy aku dengan ringkas tapi padat.
Spontan aku tergagap-gagap untuk berkata. Aku begitu takut. Mesti daddy akan lebih tertekan lepas aku cakap nih.
"K..Kel..luarga p-p..puteri..d-daddy..." Kata aku dengan suara tersekat-sekat. Aku memejam mata aku dengan rapat. Air mata mengalir ke pipi. Bersedia untuk dimarahi lagi.
"What?! Keluarga Puteri you say?! Are you seriously?!" Tanya daddy bertubi-tubi. Kelihatan reaksinya seakan tidak percaya dengan kata-kata aku.
"Yes d-daddy.." kata aku yang tidak henti menangis. Aku membuka mata perlahan memandang ke arah daddy.
"What the...fish!! But why Zain? Why?!" Tengking daddy pada aku. Mommy aku lihat dia turut terkejut dan menggelengkan kepalanya perlahan pada aku. Aku pulak tidak henti-henti menangis. Aku tak kisah apa-pun yang terjadi tapi aku nak nangis sepuas hati. Mengenang perbuatan aku sendiri membuat aku jadi benci dengan diri ini! Erghh...but why must Puteri? Kenapa tak orang lain?
Kyran pov
Aku yang sedang memandu kereta seorang diri tersengih-sengih tanpa henti. Mata hanya memandang ke hadapan. Dah macam orang gila dah asyik duk tersengih-sengih seperti nangka busuk. Manakan tidak hari nih..hari yang paling buat aku happy! Puteri terima lamaran aku! Ohh my! I can't believe it!
Ahh tak sabarnya aku nak jadikan Puteri sebagai my wife. Inilah impian yang aku idamkan selama nih. Mahu jadikan Puteri sebagai my wife. Bila dia jadi isteri aku dia akan jadi milik aku sepenuhnya dan orang lain..takkan boleh ambil kesempatan untuk ngorat dia lagi. Pfff!
Akhirnya, aku sudah sampai ke destinasi. My house. Pagar rumah automatik terbuka dengan sendiri. Aku memasuki kereta aku ke pekarangan rumah dan memberhentikan enjin kereta. Di saat aku buka saja pintu kereta kedengaran suara daddy aku dengan lantang dan kuat dari dalam sana. Woahh boleh dengar sampai sini kut.
Alamakk! Daddy marah kat siapa pulak nih? Adoii..takkan bergaduh dengan mommy. Baik aku pergi tengok cepat. Aku terus berlari anak ke pintu rumah utama yang memang sudah terbuka dan membuka kasut di pintu. Kaki mula memasuki dalam rumah sambil mata memerhati daddy yang seakan marah pada abang. Mommy pula merah mukanya seperti menahan perasaan. Macam baru menerima kejutan besar pula.
"Daddy, Mommy I am so sorry! Zain..Zain lebih takut kalau adik tahu yang Zain lah yang melanggar kereta ibu dan ayah Puteri sampai mereka meninggal sejak 19 tahun yang lalu. Kyran dengan Puteri tak boleh berpisah disebabkan Zain mommy..daddy." kata Zain dengan lirih. Bagaikan terkena panahan petir terus membuat hati aku begitu tersentap dengan kata-kata abang aku. Tak mungkin..tak mungkin abang aku yang buat semua tu kan?
"Jadi..abanglah punca kematian ibu dan ayah Puteri?" Kata aku dengan nada bergetar menahan sakit di hati. Mata aku mula berair. Aku menghampiri mereka semua.
Manakala Zain, mommy dan juga daddy kelihatan begitu terkejut dengan kehadiran aku yang secara tiba-tiba ini. Zain yang ternampak aku dan aku sudah tahu semuanya menunduk kepala ke bawah. Tidak berani bertentang mata dengan aku.
Aku tersenyum sinis. Dalam masa yang sama air mata kelakian aku menitis ke pipi dengan perlahan. Untuk separuh hari yang buat aku begitu happy tapi tak sangka..hari ini yang aku sangka begitu happy terus 360° menjadi sedih. Dan..ini di luar jangkaan.
"Kenapa tunduk? Huh tak berani bertentang mata dengan adik? Rasa malu sebab sudah hancurkan kebahagiaan orang lain? Jadi betullah abang adalah pembunuh ibu bapa Puteri? Abang terlibat dengan kecelakaan mereka? Heyy what the pain! I feel stuck with all this!" Kata aku dengan nada lirih.
Zain perlahan-lahan mengangkat kepalanya dan berani bertentang mata dengan aku. Matanya sudah merah kerana menangis.
"Ianya..ianya betul dik. Abang yang punca segala-galanya. Kalau dik nak hukum abang pun..abang tak kisah. Asalkan..dik maafkan abang ya? Sebab abang..abang yang buat hidup orang yang adik sayang hancur dan menderita sampai sekarang." Kata Zain dengan nada sedih.
Aku mengangkat jari telunjuk aku di mukanya.
"Mulai hari nih you're not my brother! You know that?!" Kata aku mencerlung tajam memandang ke arahnya. Tanpa sedar air mata mutiara jatuh lagi ke pipi. Jari telunjuk masih ditujukan tepat ke mukanya. Aku dah tak kisah dia tu abang aku atau tidak. Perbuatan dia betul-betul membuat aku kecewa! Sangat sakit untuk aku menerima hakikat yang dialah pembunuh ibu dan ayah Puteri.
Hati aku betul-betul tersentap. Sangat tersentap dengan apa yang jadi. Tak sangka.. benda ini yang akan terjadi. Sungguh ia buat aku rasa sangat sesak. Sesak dengan kenyataan yang sungguh menyakitkan ini. Seolah sangat sukar untuk aku terima kenyataan yang begitu pahit ini.
Zain berasa terkejut yang teramat apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku. Mulutnya tergamam tidak berkata apa. Mungkin tidak sangka inilah kata-kata yang akhirnya akan keluar dari mulut aku. Daddy dan juga mommy lagi turut terkejut. Mommy yang hanya berdiri tegak terus menghampiri aku. Dia memegang dengan bahu aku dengan lembut dan menghalakan tubuh ku untuk berhadapan dengannya. Tapi mata aku hanya memandang ke bawah. Di dalam mata sudah bertakung dengan air mata. Bila-bila masa saja boleh jatuh ke pipi ini.
"Nak, apa yang kamu cakap nih? Seburuk-buruk dia...dia tetap abang kamu tau? Mommy tak sukalah Kyran cakap macam nih. Mommy jadi tersentap dan sedih tau tak? Lihat kamu berdua begini...tak sangka. Please..mommy mohon tarik balik kata-kata Kyran tu nak. Kamu hanya main-main saja kan?" Kata mommy aku yang seolah masih tidak percaya dengan kata-kata aku. Namun aku tidak menghiraukan kata-katanya.
"Kyran pergi dulu mommy." Kata aku yang meminta izin dan terus menapak keluar dari rumah. Suara sayup Zain memanggil aku tidak aku hiraukan.
"Daddy, ini semua salah Zain. Zain yang keruhkan keadaan jadi biar Zain yang jernihkan semua nih. Biar Zain yang jumpa dengan adik." Kata Zain yang mahu menapak keluar dari rumah tetapi dihalang oleh Dato' Johansson.
"Tunggu, kamu tak rasa yang dia begitu tertekan lepas tahu semua nih? Zain, ianya menyakitkan. Sangat menyakitkan apabila mendapat tahu keluarga yang dia sayang mengkhianati wanita yang dia sayang. Sedangkan dua-duanya adalah orang yang terpenting dalam hidupnya. Jadi Zain..daddy mintak. Biar dia keluar tenangkan dirinya dulu. Biar dia keluarkan rasa sedih tu dalam hati." Kata Dato' Johansson yang berjaya membuat Zain terhenti di muka pintu. Dia tidak jadi melangkah keluar dari rumah.
Zain menoleh memandang ke arah daddynya. Dengan lemah kepalanya dianggukkan perlahan. Zain menunduk ke bawah menaiki tangga untuk ke biliknya membawa seribu perasaan sakit dan pedih yang mencucuk ke dalam hati. Membawa seribu perasaan sedih yang tidak dapat ditepis.
Datin Arina mendapatkan suaminya yang terduduk di atas sofa sambil menundukkan kepalanya. Kelihatan suaminya juga nampak tertekan dengan apa yang terjadi sekarang ini.
"Bang, takkan bang nak biar mereka berdua macam tu je? Abang nak ke lihat keluarga kita berpecah-belah?" Kata Datin Arina yang duduk di tepi suaminya. Dia menggoyang lengan suaminya berkali-kali.
"Saya rasa..kita tak payahlah nak campur hal mereka. Saya yakin masalah nih pasti akan dapat diselesaikan. Hanya ada seorang saja yang boleh menyatukan mereka berdua. Yang boleh menyatukan hubungan abang dan adik yang sudah retak sebentar tadi." Kata Dato' Johansson.
"Siapa?" Kata datin Arina seperti tidak sabar.
"Puteri Ilynia."
***********
Aku memberhentikan kereta aku di tepi jalan. Aku keluar dari kereta dan menghempas pintu kereta dengan kuat.
Jabatan di jalan itu aku pegang seerat-eratnya.
"Arhhhhhhhhh!!!!!" Jerit aku sekuat hati di situ juga. Mata aku yang dipenuhi dengan air mata memandang ke hadapan yang mempunyai gunung-ganang. Air mata menitis ke pipi aku.
"Ini..sangat menyakitkan..." Aku bergumam perlahan. Aku memejam mata dengan rapat. Serta-merta air mata mengalir laju ke pipi lagi. Kepala aku tundukkan. Tiba-tiba air hujan turun ke bumi seolah-olah memahami perasaan aku kala nih. Sedih, marah, kecewa, takut semua ada. Semuanya bercampur baur.
Air hujan semakin lama semakin deras dan lebat menuruni ke bumi tapi aku hanya membiarkan diri aku dibasahi dengan air hujan. Pakaian aku yang basah lencun tidak aku hiraukan.
"I am so sorry Puteri. I am sorry." Kata aku dengan nada mendayu sambil menangis teresak-esak. Air mata sudah bercampur dengan air hujan. Aku mendongak memandang ke langit. Mata aku masih pejam. Membiarkan air hujan membasahi segenap wajahku. Di dalam hati perkataan 'I am sorry' disebut beberapa kali.
**********
Puteri pov
Aku berjalan keseorangan diri di dalam tempat yang gelap. Seakan berada di dalam rumah tetapi begitu gelap. Yang cuma hanya diterangi dengan cahaya rembulan di tingkap. Automatik tubuh aku bergetar. Muka aku menjadi pucat. Aku di mana? Kenapa kat sini terlalu gelap?! No..no anyone help me! I'm scared!
"Erghh.." aku memegang dahi aku dengan kuat. Kenangan hitam tu..datang lagi. Spontan aku terduduk di atas lantai. Ianya buat aku..begitu sesak. Tangan aku yang lagi satu memegang dada kiri aku. Nafas aku mula tidak teratur. Tercungap-cungap.
"Huh..uhuh..hhuh.." aku mula bernafas kuat. Cuba mencari oksigen. Dada aku turun-naik kerana tercungap-cungap. Mata hanya memandang ke hadapan. Sambil diri seakan seperti berada di dunia sendiri.
Di dalam mata aku.. seolah terlihat kejadian di mana kereta ibu dan ayah aku dilanggar dengan teruk. Kejadian yang membuat diri ku begitu terluka. Sampailah kejadian di mana aku menjerit sekuat hati ketika aku masih kecil selepas nampak kereta ibu dan ayah aku meletup. Tanpa aku sedar air mata jatuh ke pipi. Seakan terhanyut dengan dunia sendiri. Di dalam kegelapan..
Tiba-tiba terlihat seakan seseorang yang berjalan ke arah sini. Bunyi derapan kasutnya yang semakin mendekati ke arah sini. Semakin lama semakin dekat. Dan membuat jantung aku semakin berdebar kencang.
Aku sedaya-upaya untuk bangkit daripada duduk dan mencantumkan kening cuba untuk lihat gerangan siapa di hadapan mata.
Tiba-tiba suasana sekeliling diterangi cahaya lampu. Lelaki itu hanya berada di hadapan aku dari jarak beberapa meter saja. Aku terpaku melihat dia yang berada di hadapan aku. Lama kami berdua berpandangan. Tiba-tiba tanpa aku dapat kawal..badan dibengkokkan sedikit dan tangan aku mengambil sebilah pisau yang berada di atas lantai. Yang memang sudah tersedia di situ. Aku memegang tempat pemegang pisau itu dengan erat. Nafas aku tidak teratur. Aku menundukkan kepala aku perlahan.
Manakala fikiran aku asyik menerawang kejadian hitam itu. Seolah-olah ia baru saja berlaku di hadapan mata. Spontan aku mendongak kepala memandang ke hadapan. Seperti kerasukan mata aku memandang tajam ke arahnya. Tiba-tiba aku terus berlari anak menerpa ke arahnya sambil membawa pisau di tangan aku. Apabila sudah terhenti di hadapannya dengan jarak dekat aku terus tusuk dada kiri Kyran sehingga membuat dia terkejut dan terpaku memandang ke arah aku.
Perlahan-lahan tangannya yang sebelah cuba untuk memegang bahu aku.
"K..kenapa?" Kata Kyran perlahan dan lemah sambil menahan sakit di dada.
Bagaikan tersedar dari mimpi aku terpaku memandang ke arah Kyran. Sambil air mata berkali-kali menitis ke pipi. K..Kyran? Tiba-tiba tubuh Kyran jatuh di atas lantai dalam keadaan mengiring. Matanya dipejam rapat.
Aku hanya terpaku memandang ke arahnya yang terbaring sambil mata dipejam rapat. Perlahan-lahan darah mula keluar dari dadanya. Spontan aku lepaskan pisau di tangan aku. Kedengaran bunyi pisau jatuh menghentak ke lantai.
"Kyran!!" Jerit aku yang terus bangkit daripada tidur. Nafas aku tercungap-cungap. Syukur ini hanya sekadar mimpi. Tanpa sedar air mata mengalir ke pipi. Tapi mimpi apa nih? Kenapa aku mimpi aku bunuh Kyran dengan tangan aku sendiri? Ya Tuhan..apa maksud mimpi nih? Mimpi nih.. betul-betul menakutkan.
Karen yang berada di sebelah terus ternaik sedikit kedua bahunya. Dek angkara terkejut dengan jeritan dari kakaknya yang secara tiba-tiba. Manakan tidak, lepas bangkit daripada tidur terus menjerit memanggil nama Kyran.
"Kak..kak..kenapa nih?" Kata Karen dengan cemas. Kelihatan adik aku berada di tepi aku sedang menemani aku di sini. Sebaik bertentang mata aku mencarik senyuman hambar padanya.
"Kak tak apa-apa. Cuma..mimpi buruk tadi." Kata aku yang menghela nafas berat. Aku memandang ke arah tingkap yang dibasahi dengan air hujan. Nampaknya hari nih cuaca hujan lebat kat luar.
Terasa seperti bahu aku dipegang dan diusap dengan lembut.
"Kak masih mimpi kejadian ibu dan ayah meninggal ke? Mimpi tu menghantui kak lagi? Kak jangan risau..adik akan selalu berada di sisi kak lepas nih. Adik tak nak akak diselubungi dengan ketakutan lagi. Ianya membuat adik jadi sedih.." kata Karen perlahan. Aku memandang ke arahnya.
"Macam mana dik tahu pasal nih?"
"Hehe aunty yang bagitau segalanya pasal kak dekat adik." Kata Karen tersengih-sengih.
Aku hanya tersenyum dan mencubit lembut pipinya.
"Kak, nanti cik Farah akan datang sini. Katanya nak bawak makanan kesukaan kak. Sebab dia tahu yang makanan kat hospital mesti tak sedap dan tawar." Kata Karen.
Aku mencantumkan kening.
"Cik Farah? Amboihh! Kalau tidak panggil nama kawan kakak terus takde cik-cik bagai nih. Kenapa tiba-tiba panggil dengan gelaran cik pulak? Ermm jeng³.." kata aku ketawa kecil saja mahu mengusik.
"Eeii kak nih! Dah dia yang suruh panggil dengan gelaran hormat. Katanya Karen nih lagi muda dari dialah apalah. Pfff!" Kata Karen yang membuat muka. Aku menahan dari ketawa.
"Betullah cakap Farah tu dik. Adik kan muda dua tahun dari dia." Kata aku tersenyum.
Tiba-tiba Karen memegang tangan aku dengan lembut dan menatap anak mata aku dengan dalam.
"Kak..jangan sedih-sedih ya? Karen berani jamin.. Karen akan balas dendam dekat orang yang sengaja melanggar kereta ibu dan ayah kita. Karen akan pastikan dia dapat sengsara yang lebih teruk daripada kita. Karen berani jamin kak.." kata Karen yang tangannya lagi satu mengenggam buku lima dengan erat.
Aku sedikit tersentak dengan kata-katanya.
"Adik..orang tu dia tidak sengaja langgar kereta ibu dan ayah kita. Biarlah Tuhan saja yang balas perbuatannya. Okay?" Kata aku dengan nada lembut.
Karen mencantumkan keningnya mendengar kata-kata dari aku.
"Apa maksud kak nih? Kenapa tiba-tiba kak nak menyebelahi pembunuh ibu bapa kita pulak?" Kata Karen yang tidak puas hati.
Belum sempat untuk aku membalas kata-katanya. Kedengaran suara orang yang memanggil sayup nama aku di muka pintu.
"Puteri.." terus kepala aku menoleh statik memandang ke empunya suara yang aku sangat kenali. Kyran? Kenapa dia ada kat sini? Dan..kenapa pakaian dia basah kuyup nih? Dia main hujan ke apa?
Karen turut memandang ke arah pintu. Keningnya ternaik sedikit.
Share this novel