Bab 66: Help!!

Romance Series 10664

Sambungan Farah pov

Aku cuba menarik nafas dalam dan menghembusnya kasar.

Mata memandang ke hadapan dingin tanpa menoleh ke arah mereka berdua.

"Lepas.." kata aku perlahan pada mereka.

"Tak mau." Hampir serentak mereka berdua jawab.

Aku mengeluh perlahan.

"Farah, saya rasa awak patut memilih antara kami berdua." kata Mark yang malah menyokong percakapan Karen tadi.

Aku terkedu. Mata memerhati mereka silih berganti dengan renungan tidak percaya.

"Hahh?? Apa kena dengan awak berdua malam ni? Haih, jangan main-main boleh tak?" kata aku dengan nada sedikit marah. Haa ni nak hangin ni.

"Farah, kami dua tak main-main. Awak kena pilih antara kami berdua. Farah..saya ada banyak yang mahu bicara dengan awak ni. Kita kan dah lama tak jumpa."

"Dan saya pula disuruh datang ke sini oleh aunty saya. Katanya, dia ada perkara penting yang mahu bicara dengan awak." kata Karen pula tidak mahu mengalah.

'Haih, tak kiralah tipu ke tak tipu ke yang penting..Farah tak perlu bersama dengan lelaki itu. Haih, banyak lagi masa dan bila-bila saja boleh berbual dengan Farah. Waktu ni juga nak berbual dengan Farah ye?' Desisnya dalam hati. Ada terselit rasa cemburu di situ.

Aku pula yang seakan buntu sekarang. Pilihan apa yang aku harus pilih? Jap², sebelum tu..ni bukan pilihan jodoh mahu bersama sehidup semati atau pilihan kekasih kan?! Ahak! Apalah yang aku merepek ni. Tak mungkin ni pilihan jodoh. Kata mereka, ini adalah pilihan yang mana aku mahu berdamping dengan siapa malam ini. Ohoh!

"Ermmm.." Karen dengan Mark menanti aku dengan begitu sabar. Masing-masing berdebar-debar mahu tahu pilihan aku di antara mereka berdua.

"Karen. Saya pilih awak." kata aku yang berjaya mengejutkan mereka berdua. Hehe..

Karen tersenyum kecil. Dia berasa senang kerana akhirnya dia yang dipilih.

Manakala Mark terdiam. Mungkin, tidak sangka itu pilihan aku.

"Eh Mark, kenapa muram je? Heyy, guys. Ini bukan pilihan jodoh ke apa ke okey? Aku pilih Karen sebab aunty kawan aku panggil aku. Dan itulah alasan dia datang sini. Mark, kita boleh berbual bila-bila masa. Okey?" kata aku tersenyum.

"Okey dear." kata Mark sambil melirik aku lama.

Aku tertawa kecil.

"Mengada je kau ni!" kata aku masih dengan tawa yang tersisa. Manakala Karen pula, sudah bertukar riak wajahnya apabila terdengar Mark memanggil aku dengan panggilan tu.

'Awak kata dia adalah kawan awak. Tapi, kenapa saya rasa dia bukan anggap awak sekadar kawan? Malah pandangan tu..pandangan tu seperti ditunjukkan yang dia sayang awak lebih dari kawan, Farah.' Desis Karen dalam hati dengan perasaan sedikit kecewa di situ.

Matanya merenung lama ke arah Mark. Pandangan yang tidak selesa dia pamerkan pada Mark.

"Okeylah korang. You guys can let my hand down right now." kata aku tersenyum. Mata bersilih ganti melihat mereka berdua.

Maka, mereka berdua perlahan-lahan meletak tanganku ke bawah semula. Tangan mereka tidak menyentuh tangan aku lagi.

"Good!" kata aku tersenyum comel.

Selepas itu, tanpa berkata apa Karen terus menarik aku pergi. Membuat kakiku terpaksa mengikutnya.

Manakala Mark, matanya tidak langsung berkelip memandang tubuh belakangku dengan Karen. Tangan Karen yang memegang statik tangan aku dipandangnya lama.

Sebelum tu sempat aku melambai ke arah Mark.

"Bye, jumpa lagi Mark." kata aku tersenyum ceria.

"Jumpa lagi, Farah." Mark turut membalas lambaian aku. Bibirnya menguntum senyuman lembut. Selepas itu, terus kakinya dibawa pergi ke arah lain.

Selepas benar-benar rasa agak jauh dari orang lain. Karen melepaskan tangan aku perlahan.

Dia berjalan sedikit jauh dari aku di tepi pantai ini. Tangannya berpeluk tubuh manakala kepalanya ditundukkan ke bawah.

Erk! Kut nak bawa aku pergi kat aunty ke?

Aku berjalan mendekatinya dan berjalan beriringan dengannya.

"Karen? Where's aunty?" Tanya aku sambil mengangkat kening.

Karen mengangkat kepalanya. Dia melirik ke dalam anak mataku. Lama.

"Awak...cintakan dia?" Perlahan saja Karen menanya aku.

Aku pula beriak pelik. Tiba-tiba tanya soalan yang pelik dah kenapa?

"Errr..awak. Apa awak merepek ni? Ermm..aunty mana? Bukan aunty nak jumpa saya ke?" giliran aku pula menanya pada dia semula.

"That's not true. Saya hanya tipu saja tadi. Aunty..bukannya mahu jumpa dengan awak pun sebenarnya." kata Karen selamba sambil kini memandang ke hadapan.

Aku pula sudah terkejut beruk kat sini. Selamba badaknya dia tipu aku tadi. Woah..apa alasan dia tipu aku ni??

"Karen, kenapa awak tipu saya?" kata aku. Datar. Mata merenung tajam ke arahnya sambil berpeluk tubuh.

"Saja. Just..nothing. Mahu kacau awak dengan dia. Why? Upset?" Tanya Karen acuh tak acuh.

"Of course! Heyy, awak kata saja je? Awak..awak.." kata aku menuding jari ke arahnya.

"Saya apa?" Karen mengangkat keningnya.

Aku mengetap bibir bawahku.

"Awak dah kenapa hahh??" Tanya aku akhirnya terkeluar juga suara. Gaya mahu marah pun ada.

Karen mencarik senyum di hujung bibirnya.

"Betul..awak nak tahu kenapa?" kata Karen menghentikan langkahnya dari berjalan. Dia mendekati setapak demi setapak ke arah aku. Aku terundur sedikit ke belakang.

"Sebab.."

"saya..."

"cemburu.." kata Karen satu per satu.

Aku berhenti mendadak dari terundur ke belakang. Tergamam. Begitu juga Karen mematikan langkahnya. Kami bertentang mata lama. Aku mengangkat kening.

"Sekarang..puas hati awak? Saya dah beri alasannya yang sebenar. Jadi..pandai-pandailah awak mahu fikir." kata Karen kini berjalan semula ke hadapan meninggalkan aku di belakang. Sebelum tu, sempat dia mengerling sekilas ke arah aku.

Manakala aku pula sudah terkebil-kebil memandang tubuh belakangnya.

Aku menggeleng kecil.

"Aku..tak mimpi kan? Dia..cemburu? O-Orang kata kalau cemburu ni tandanya dia sayang. Erk! Tak mungkin." gumam aku perlahan.

Mata memerhati tubuh belakangnya. Lama.

"Karen, wait.." aku berlari-lari anak cuba menyaingi langkahnya.

"Karen, apa maksud awak?" Soal aku apabila sudah dapat berjalan beriringan dengannya.

Karen menjongket bahu ke atas.

Aku mengeluh perlahan. Mata mengerling sekilas padanya. Aiyork! Mungkin dia hanya main-main saja tu. Okey fikir macam tu sajalah.

Akhirnya aku buat keputusan untuk berdiam diri.

Tiba-tiba aku mencarik senyum apabila memandang ke hadapan. Dan aku yakin, Karen turut nampak apa yang aku lihat.

"Karen, sweetkan mereka berdua?" kata aku sambil mata tak berkelip memandang Kyran dan Puteri. Terdengar suara ketawa bahagia dari mereka berdua.

Bibirku asyik tersengih.

Karen hanya mengangguk.

"Sweet..." kata Karen sepatah.

Krikk.. Krikk..

Lama kami diam, sebelum aku
tiba-tiba bersuara.

"Awak..lepas ni. Awak tak perlu dah mahu jadi bodyguard yang tak berbayar untuk saya. Saya dah tak perlukan pelindung dari orang lain. Lepas ni..saya akan jaga diri baik-baik. Tanpa awak. Dan tanpa orang lain di sisi. Jadi, tak perlulah mahu susahkan diri awak lagi." kata aku tersenyum nipis.

Karen terhenti langkahnya. Begitu juga aku. Kami berhadapan secara setentang.

"Betul ni?"

Aku mengangguk kecil.

"Betullah."

"Hmm okay. Tapi..takkan tak ada balasan langsung kat saya?" kata Karen sudah tersenyum miring.

"Balasan? Ohoh, hari tu awak kata mahu lindungi saya as a friend la dan tak perlukan balasan. Haa, ni apa pula?"

"Itu hari tu..sekarang, sekaranglah. Saya dah tukar fikiran. Disebabkan saya pun tercedera juga semata-mata mahu lindungi awak saya mahu balasan. Dan awak..kena tunaikan satu permintaan saya ni walau apapun terjadi. Boleh?" Soal Karen sambil merenung aku tepat.

"Err..boleh. Tapi, satu permintaan je eh?"

Karen tertawa kecil.

"Hehe of course. But, sebelum tu promise dulu." kata Karen mengangkat jari kelingkingnya ke atas tanda menyuruh aku janji.

Aku tersenyum kecil.

"Promise." kata aku yang terus bertaut jari kelingkingku dengannya.

Terbit senyuman di hujung bibir Karen.

Aku mencantumkan kening.

"Now, what your request Karen Anderson Khan?"

"Ermm..buat masa ni saya tak tau lagi apa yang saya mahu minta dari awak. Nanti..bila suatu hari nanti. Saya akan utarakan permintaan tu pada awak ye bila saya dah fikir? Dan waktu tu awak dah tak boleh tolak permintaan saya, Farah Mikayla." kata Karen tersenyum sumbing.

"Errr..okey." Karen hanya tersenyum apabila aku hanya akur saja.

Agak-agaknya apa yang dia mahu minta ye? Eyyy, jangan fikir yang bukan-bukanlah Farah. Tak mungkin dia nak minta benda yang pelik-pelik.

Haih, kalau dia mintak benda yang pelik-pelik macam mana??

************
Puteri pov

"Puteri, Kyran. Jom kita balik. Dah cukup puas dah kan berada kat sini?" ujar aunty.

"Betul cakap aunty Puteri tu nak. Jomlah balik. Daddy dengan mommy pun dah letih ni nak rehat tidur kat rumah." ujar Datin Arina pula.

"Okey mommy, aunty. Mommy dengan daddy baliklah dulu. Kyran akan balik nanti bila dah hantar Puteri dengan aunty ni balik." kata Kyran tersenyum kecil memandang aku dengan aunty.

"Baiklah kalau macam tu. Mommy dengan daddy balik dulu lah ye?" Datin Arina dengan Dato' Johansson mula mengundurkan diri mahu pergi.

"Okey bye² mommy..daddy!" Sempat Kyran melambai ke arah Datin dengan Dato'.

Aku tersenyum.

"Okeylah jom. Sebelum tu mana Karen dengan Farah??" Soal aku seperti tercari-cari batang hidung dua makhluk tuhan itu.

"Sini!" Kedengaran suara yang kukenal menerjah ke telinga. Aku memandang ke empunya suara itu. Begitu juga aunty dan Kyran.

Farah yang berjalan sedikit ke hadapan manakala Karen di belakang melambai ke arah kami. Dia tersenyum ceria.

"Haa korang dua pergi mana hahh?" Soal aku.

Farah sudah tersengih kambing.

"Hehe tak pergi manalah. Saja jalan-jalan tadi." kata Farah sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Aku menggeleng kecil melirik mereka berdua.

"Okeylah, jom kita balik!" kata Farah bersemangat.

Aku mengangguk kecil.

"Okey, jom.."

Akhirnya kami semua decided untuk pergi ke kereta dan balik menuju ke rumah masing-masing. Sebelum tu sempat kutoleh lihat beberapa orang sibuk mengemas apa yang patut di sini. Mungkin..itu adalah orang-orang suruhan Datin Arina.

Camelia pula mungkin sudah lama balik bersama Datin Arina.

Bila kami sudah tiba ke kereta adik aku bersuara.

"Eh, macam ni lah Kyran. Aku rasa kakak dengan aunty patut balik dengan aku la. Sebab aku rasa, aku nak tidur malam ni kat rumah mereka terus. Jadi, biarlah aku hantar mereka dengan kereta aku." kata Karen selamba.

"Ermm..okey. Aku tak ada masalah kalau kau nak hantar mereka." kata Kyran.

"Ermmm, Kyran kalau macam tu.." kata-kata Farah terhenti sejenak.

"Ya??" Adik aku dan juga Kyran masing-masing serentak menyahut kata-kata Farah.

Erk! Aku tergamam. Tak lama kemudian, aku tersenyum.

Manakala Kyran dengan adik aku pula turut tergamam dan tersentak. Masing-masing berpandangan.

Farah dan aku sudah tertawa kecil memandang riak wajah mereka. Aunty hanya tersenyum.

"Hehe apalah saya bukan panggil awaklah Karen. Saya panggil Kyran Andrew Johansson ni. Hhehehe, mesti korang keliru panggilan nama macam sama kan?" kata Farah masih dengan sisa tawanya.

Yeah, Karen dengan Kyran apabila orang panggil je memang sebutan macam sama. Jadi, memang patut kalau salah seorang dari mereka akan keliru. Hanya ejaan nama saja yang berbeza. Hehehe bila dengar mereka berdua sama-sama sahut rasa kelakar la pula.

Karen pula sudah tidak senang duduk. Malu apabila bukan namanya disebut. Dia cuba acah-acah memandang ke atas.

Haih, lawaklah pula adik aku yang sorang ni bila malu.

"Haa Farah. Kenapa kau panggil aku??" Soal Kyran pula.

"Ni haa, aku datang sini dengan teksi. Kereta aku dia tak boleh gerak. Kena tukar tayar lain. Hehe kau boleh hantarkan aku Kyran?" Ujar Farah tersengih seperti kerang busuk.

"Ermm boleh je. Naiklah."

"Aww, thanks my good friend." Farah tayang muka comel. Aku hanya tertawa kecil.

"Hmm yelah tu. Good friend." kata Kyran. Saja mahu mengusik la tu.

"Hehehe.." Farah hanya tersengih kecil.

"Bye².." Aku melambai Farah dan juga Kyran.

Farah dan Kyran yang baru mahu masuk dalam kereta tersenyum kecil. Mereka membalas lambaian aku.

"Bye² Puteriku yang comel.."

"Bye my love.."

Aku hanya tersenyum manis. Sebaik masuk ke dalam kereta Karen di sebelah pemandu manakala aunty duduk di belakang pemandu aku memandang sayu kereta Kyran yang terlebih dahulu pergi.

Aku memegang dadaku. Keningku tercantum. Kenapa aku tiba-tiba rasa lain? Entahlah, rasa tak sedap hati sangat. Rasa..macam sedih selepas kereta Kyran hilang dari pandangan aku. Padahal, esok pun boleh berjumpa.

Hmm..Tuhan. Aku tak suka rasa ni. Rasa ini memang benar-benar buat aku rasa tak selesa.

Karen yang sedang memandu mengerling sekilas ke arah aku.

"Kak..kak okey?"

"Hahh? Ohh, ermm..okay." kata aku cuba tersenyum.

Karen pula seperti berkerut dahinya. Seolah tak percaya.

'Hmm, takpelah. Baik aku tak payah tanya lagi. Mungkin..kakak aku ada masalah kut. Haih, tapi kak aku ada masalah apa? Dia tak nak cerita ke kat aku?' Desisnya dalam hati.

"Kak tipu. Kak ada masalah kan? Ceritalah kat adik." Soal Karen lagi.

Aku mengerling sekilas ke belakang. Kelihatan aunty sedang terlelap di kerusi belakang.

"Bukan masalah adik. Entahlah, hati kak ni..rasa tak sedap lah. Rasa macam akan ada benda yang buruk terjadi. Itulah yang kak rasa susah hati ni." kata aku akhirnya terluah juga perasaanku kala ini.

"Rasa tak sedap hati? Ermm..mungkin perasaan kak je kot."

"Hmmm...harap macam tulah dik." kata aku perlahan. Aku toleh kepala ke tingkap di tepiku. Cuba menepis perasaan tidak enak dalam hati.

Karen pula beriak seperti kurang selesa selepas aku berkata begitu. Dia meletak lengannya ke tingkap yang sudah terbuka. Jari telunjuk diletak ke bawah bibir. Bibir bawah diketap perlahan.

Author pov

"Kyran, aku tengok kau dengan Puteri kan..haih sweet sangat. Haih nasib kaki ni tak kena potong." kata Farah berseloroh. Dia tersenyum kecil.

Kyran mengerling sekilas ke arah Farah dan mencarik senyum.

"Of course, kami adalah pasangan yang romantic and special tau? Jodoh kami berdua kuat. Haa gitu." kata Kyran ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.

"Tulaah tak sabar aku nak tengok korang dua kahwin, Kyran. Haih cepat-cepatlah tarikh perkahwinan ni. Tak sabar nak simpan foto korang dua waktu pernikahan." kata Farah yang terlebih syok pula. Macamlah dia akan kahwin nanti.

"Hmm tulah. Takpe, just beberapa minggu lagi. Kau sabar eh? Eih, tapi kenapa kau tiber-tiber terlebih teruja ni??" kata Kyran tersenyum. Sengaja dia bertanya begitu.

"Of course aku teruja! Dua² kawan tersayang aku nak kahwin sesama sendiri kot!" kata Farah tersenyum.

"Hehe, kau tu pula? Macam mana? Masih mahu jadi single lagi ke?"

Belum sempat Farah mahu berkata apa tiba-tiba Kyran bersuara cemas.

"Eihh² kenapa ni??" Kyran sudah menginjak brek kereta tapi tak boleh. Kereta ni tak mahu berhenti.

"Apa²? Kenapa?! Anything's wrong?" Farah pula turut jadi cemas apabila melihat Kyran asyik menekan brek tanpa henti.

"Tak tau lah. Tiba-tiba tak boleh brek." kata Kyran bertambah cemas dia dibuatnya apabila keretanya seakan tidak terkawal membuat keretanya asyik ke kiri dan ke kanan.

"What?! Ohhh tak..tak..Kyran!! Watch out!!" Farah sudah menjerit ketakutan apabila kereta Kyran dengan sebuah lori yang kebetulan juga mahu ke kiri tanpa menoleh terlebih dahulu mahu hampir terlanggar.

Kyran mahu memusing cepat stereng kereta ke arah lain supaya tak terlanggar namun malangnya apakan daya itu sudah terlambat. Kereta mereka dengan sebuah lori sudah betul-betul tepat mahu terlanggar.

Pin..pin..!!

"Arghh!! Tolong!!!"

Bump!!!

Hmm..agak-agaknya mcm mna kereta Kyran tak boleh tekan brek eh? Huhu..jawapannya akn terjwb di next chapter nnti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience