Aku memandang ke arah doktor dengan lama begitu juga Farah. Tangan aku sedikit bergetar. Aku ramas di baju aku beberapa kali.
"Nah, inilah hasil keputusan DNA yang kamu mintak tu." kata seorang doktor yang menghulurkan sehelai dua kertas kepada Farah. Farah dengan jantung yang berdebar sakan ambil juga huluran kertas di tangan doktor tadi.
"Okey, kalau macam tu saya pergi dulu ye?" kata doktor tadi. Kami berdua mengangguk perlahan dan membiarkan doktor tadi pergi.
Jantung aku semakin lama semakin berdegup laju. Haha macam baru berjalan dari sini hingga ke Paris pulak. Ceyy mengarut jer aku nih.
Farah membuka balutan plastik di atas kertas perlahan. Mulutnya terkumat-kamit membaca tulisan yang tertera. Tidak lama kemudian, matanya menjadi besar. Dia mengukirkan senyuman ceria di bibirnya. Farah memandang aku dengan reaksi yang sukar untuk aku tafsirkan. Tapi kelihatan dia sangat gembira. Apa mungkin... keputusannya sama dan juga tepat? Ya tuhan...
"Farah kenapa? Apa mungkin keputusannya tepat? Dia...DNA dia sama dengan aku?" kata aku yang memandang Farah tanpa berkelip.
"Puteri samalah! DNA kau sama dengan dia! Tengok nih!" kata Farah teruja dan terus menghulurkan kertas tadi pada aku.
Jantung aku seakan-akan terhenti apabila Farah berkata begitu. Tanpa membuang masa aku terus membaca tulisan yang tertera di atas kertas.
Automatik kepala aku pusing ke arah Farah. Mata aku mula berkaca-kaca. Aku dan Farah memeluk antara satu sama lain. Farah mengusap lembut belakang aku. Air mata mula menitis perlahan ke pipi gebu aku. Air mata bahagia. Aku memejam mata dengan rapat di dalam pelukan Farah. Otak aku mula menjelajah semula kenangan aku dengan adik aku ketika kami masih kecil lagi. Aku hanya dapat bersama dengan dia sekejap jer. Tak lama. Tengok-tengok dia sudah hilang tanpa jejak. Aku masih ingat wajahnya ketika kecil. Pipinya tembam, matanya bulat memang sangat comel! Waktu aku kecil aku selalu picit pipi dia sebab comel sangat.
"Adik, hihi cak! Cak!" kata Puteri yang waktu tu masih kanak-kanak. Dia mengusik adiknya yang masih kecil.
"Ehehehe." adiknya ketawa comel dengan telatah kakaknya. Senyumannya lebar memandang ke arah kakaknya.
"Alolo siap ketawa lagi tu! Kakak cubit pipi baru tahu!" kata Puteri yang mencubit kuat pipi tembam adiknya.
Adiknya menangis dengan kuat dek angkara kakaknya yang nakal itu.
"Aikk Puteri.. Puteri buat kat adik nih? Kesian kat adik tau?" kata ibu Puteri dengan suara yang lembut. Dia mendodoi perlahan anak kecilnya itu.
"Ala ibu! Adik comel sangat! Sebab tu kakak cubit tu." kata Puteri tersengih-sengih.
"Hehe habis tu ibu pulak? Tak comel ke?" kata ibu Puteri sengaja mahu mengusik.
Puteri spontan memeluk leher ibunya.
"Ibu cantiklah. Ibulah orang yang paling cantik kat atas muka bumi nih." kata Puteri dengan spontan.
"Hehe anak ibu pun cantik dan comel. Nanti waktu besar mesti Puteri lagi cantik daripada ibu." kata ibu Puteri tersenyum lembut. Dia membelai lembut rambut panjang anaknya itu.
************
"Puteri...kita tunggu dia. Nanti dia sampailah tu. Okey?" kata Farah tersenyum.
Sekarang nih kami berdua duduk di atas bangku yang hadapannya ada tasik yang terbentang. Muka aku terasa sedikit ditampar angin yang sejuk. Rambut aku sedikit berterbangan dek angin yang meniup.
"Aku sudah lama menunggu dia Farah. Sangat lama. Bahkan aku dah fikir dia sudah mati dan takkan kembali lagi. Jadi tak mungkin kalau hari nih saja aku tak dapat tunggu dia, kan?" kata aku tersenyum lembut.
"Betul. Puteri...kau dah lama menderita. Kau banyak mempunyai pengalaman yang pahit. Aku rasa... entahlah sebagai bff kau aku sangat sedih. Aku rasa sangat down bila kau jadi sedih. Puteri aku gembira kau happy macam nih. Hari nih selepas sekian lama kau akan dapat jumpa adik kau! Tahniah beb! Aku bila lihat gambar tu kan aku dah memang syak dia adik kandung kau beb." kata-kata Farah membuat aku sedikit demi sedikit terharu. Perlahan-lahan aku memegang tangannya dengan lembut.
"Farah, selagi aku boleh kuat aku akan kuat. Lagipun aku kuat nih bukan sebab diri aku sendiri tapi sebab semua orang. Sebab aunty aku, sebab arwah ibu dan ayah aku, sebab adik aku dan juga termasuk kau Farah. Dan yang pasal gambar tu kan... sepatutnya kita tak payah buat DNA pun takpe. Gambar tu pun dah sebagai bukti yang kukuh yang dia adalah adik aku." kata aku.
"Hehe takpelah Puteri. Lagipun kita kenalah buat ujian DNA. Zaman sekarang nih bahaya tau. Macam-macam boleh berlaku. Contoh kalau orang tu mengaku diri dia sebagai adik kau dengan menunjukkan gambar tu sebagai bukti padahal dia bukan adik kau pun. Dan dia ada niat jahat pada kau. Haa tak ke bahaya tu?" kata Farah yang mula dengan imaginasi dia.
"Eihh kau nih. Suka sungguh fikir bukan-bukan yer? Hehe okeylah kalau kau cakap macam tu." kata aku.
"Hehehe.." Farah hanya tersengih saja.
Tiba-tiba Farah terasa ada seseorang yang tengah memerhati. Dia mengalihkan kepalanya ke tepi dan yepp tak sangka! Orang tu dah sampai. Secara spontan dia berdiri tegak memandang ke arah lelaki itu. Farah perlahan-lahan mengukir senyuman lembut di bibirnya.
Karen hanya tersenyum segaris saja memandang Farah. Hatinya agak berdebar. Dia cuba mencari wajah kakaknya.
"Farah kenapa nih? Kenapa berdiri? Ohh ada tahi bintang jatuh eh? Eh tak mungkinlah hari nih kan siang." kata aku yang mendongak. Haihh kenapa dia berdiri? Siapa yang dia pandang? Spontan aku menutup mulut aku. Jangan-jangan...adik aku? Jantung aku mula berdetak laju. Hati aku membuak-buak untuk melihat wajahnya. Wajah yang aku rindui selama nih.
Aku menoleh memandang ke arahnya. Badan sudah berdiri tegak seperti berdiri di perhimpunan sekolah. Aku lihat seorang lelaki yang memakai hoodie tanpa menutupi wajah dan kepalanya. Sebaliknya mukanya sangat jelas terpapar. Tapi...tak sangka. Dia adalah adik aku. Patutlah bila dia peluk aku hari tu hati aku rasa... seakan-akan sangat rapat dengan dia. Seakan-akan dia adalah adik aku. Yeah dia adalah orang yang sama. Orang yang tolong aku daripada perangkap Jack malam tu. Kalau bukan disebabkan dia juga pasti aku dah mati dan tak berada di sini sekarang nih.
Mata aku mula berkaca. Dengan suara yang lirih aku memanggil namanya.
"Karen? Adik kakak.." kata aku yang sudah mahu menangis. Aku mendepakan tangan mengharap dia masuk ke dalam pelukan aku. Aku pernah berharap mahu jumpa dengan dia lagi. Mahu peluk dengan dia sekali lagi. Sekejap pun jadilah. Tapi kali ini bukan sekejap lama mana pun aku boleh peluk dia.
Karen berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Apabila sudah betul-betul berada di hadapan aku dia terus memeluk aku dengan kejap. Aku apa lagi terus membalas pelukannya tidak kalah erat juga. Akhirnya... akhirnya...
"Hiks..Hiks adik...Adik pergi mana selama nih? Kenapa adik pergi menghilang secara tiba-tiba? Ini semua salah kakak dik. Kalau bukan disebabkan kakak yang tak jaga adik dengan baik semua nih takkan terjadi. Kakak lalai. Kakak..." aku sudah tak mampu menyambung kata-kata aku. Aku menangis teresak-esak di dalam pelukan adik aku.
Karen dengan diam turut mengalirkan air mata. Dia menggeleng kepala perlahan.
"Tak kak. Kak tak boleh cakap macam tu lagi. Semua nih dah tertulis." kata Karen.
"Tapi...tapi macam mana adik boleh hilang? Adik kena culik? Tapi dengan siapa? Adik tak kena dera kan? Adik baik-baik saja kan selama nih?" kata aku. Aku menoleh ke kanan sedikit masih dalam keadaan posisi memeluk.
"Adik memang kena culik. Tapi kak jangan risau adik tak apa-apa jer selama nih. Malah, adik happy jer. Kak jangan risau ya? Takpe nanti adik cerita dari awal sampailah habis." kata Karen.
Aku mengetap bibir aku bila mendengar pengakuan dari adik aku yang dia memang diculik. Tapi dalam masa yang sama bersyukur bila dia cakap selama nih dia bahagia.
"Okey adik. Bila-bila masa saja adik boleh cerita." kata aku. Aku memejam mata aku. Aku mahu peluk adik aku lama-lama dulu. Sudah lama hati ini terseksa dengan kehilangannya sejak kecil lagi. Perasaan benci pada diri ini sentiasa ada.
Di dalam pelukan kakaknya Karen memandang ke arah Farah. Farah hanya tersengih saja dan mengenyit mata sebelahnya. Dalam masa yang sama dia mengangkat jari ibunya tanda mengucap tahniah. Akhirnya ikatan perhubungan adik dan kakak sudah sepenuhnya tercantum. Kasih sayang mereka tidak akan terputus walau terpisah jua sekalipun. Malah semakin bertambah apabila sentiasa bersama.
Karen tersenyum manis. Akhirnya dia mempamerkan juga senyuman manisnya pada Farah. Ini kali pertama dia mempamerkan senyuman manis pada perempuan lain. Dalam masa yang sama hatinya sedikit tercuit dengan telatah Farah.
Farah hanya tersengih saja seperti kerang busuk dalam masa yang sama tidak berasa hairan pun. Dah kalau kakak dia bila tersenyum cantik jer mestilah adik dia pun sama betui tak? Farah tak nafikan sekiranya adik Puteri betul-betul handsome terutamanya ketika senyum.
*************
Farah pov
"Kyran, masih ingat rancangan kita tu?" kata Farah yang sedang berjalan sambil memegang telefon.
"Ingat, kita nak tidur kat tepi pantai kan malam nih? Tapi dalam khemah yang berasingan? Ke macam mana?" kata Kyran di talian sana.
"Tak, kita bukan tidur dalam khemah malam nih tapi...kita tidur bawah tikar. Lagipun tepi pantai tu kan atas dia pasir jadi kalau nak tidur mesti lembut punya. Kau tak kisah kan tidur atas tikar?" kata Farah saja menduga.
"Taklah tak kisah pun." kata Kyran.
"Hehe ingatkan kisah tadi. Apa-apapun kau jangan lupa bawak selimut pulak. And lagi satu kau tak payahlah bawak makanan Kyran. Aku tak nak menyusahkan mommy kau. Malam nih kita rasa masakan Puteri. Lagipun aku nak pergi rumah dia nanti. Nak tolong apa yang patut. Lagipun kita kan akan makan berempat nanti." kata Farah tersenyum meleret.
"Haah berempat? Bukan tiga ke?" kata Kyran pelik.
"Ada lah. Mana boleh bagitau. Nanti tak surprise lah namanya." kata Farah tersenyum penuh makna.
"Hek eleh macam tu pun nak berahsia. Okeylah dah kalau kau tak mahu bagitahu." kata Kyran di talian sana.
"Hehe okey. See you tonight." kata Farah. Dia terus menutup panggilannya dan juga Kyran.
Farah tersenyum seorang diri. Dia teringat pasal tadi.
Imbas kembali~~
"Karen, lepas nih...kau jumpalah dengan aunty kau. Nanti mesti aunty pun akan terkejut dan teruja nanti. Hehe tak dapat nak bayangkan nanti muka aunty macam mana bila dia tahu yang kau masih hidup lagi." kata Farah ketawa kecil.
"Ha'aa dik. Tak mahu jumpa dengan aunty? Kalau adik nak tahu aunty lah yang sentiasa ambik berat dan jaga kakak selama nih selepas kematian ibu dan ayah kita." kata Puteri.
Farah hanya mengangguk saja berkali-kali seperti burung belatuk.
Karen terdiam seketika. Dia memandang ke arah kakaknya dan juga Farah berkali-kali.
"Kak, dik rasakan hari nih adik tak mahu munculkan diri dululah depan aunty. Sebab...adik ada rancang mahu jumpa dengan aunty esok nih. Nanti bila dik bagi lampu hijau untuk kak dedahkan diri adik pada aunty nanti barulah adik akan bagitau perkara yang sebenar yang telah berlaku pada 19 tahun yang lalu. Okey?" kata Karen memandang ke arah kakaknya.
Puteri hanya tersenyum lembut. Dia hanya mengangguk perlahan.
"Ikut suka hati adiklah. Asalkan adik bagitau kat aunty juga yang adik adalah adik kandung kakak." kata Puteri tersenyum gembira. Dia mengusap lembut tangan adiknya.
"Alolo sweetnya korang. Kebetulan malam nih saya dan Puteri nak tidur kat tepi pantai malam nih. Tapi, bukan tidur dalam khemah tapi tidur atas tikar sambil tengok bintang. Haa mesti best nanti! Mahu join tak sama kiteorang Karen?" kata Farah.
"Boleh je. Tiada masalah." kata Karen ringkas dan padat.
"Okay good! Malam nih kita pergi berempat!" kata Farah dengan ceria.
"Pergi berempat? Siapa?" kata Karen. Dia menunjukkan riak bingung dan sedikit tidak faham.
"Hehe ada lah. Secret!" kata Farah ketawa kecil.
Imbas kembali tamat~
***********
Puteri pov
"Puteri, aunty! Yohooo Farah datang nih." kata Farah yang terjerit-jerit.
"Ye! Farah Mikayla sudah datang. Haa kebetulan kau datang meh tolong aku kat dapur." kata aku yang terus menarik tangannya masuk ke dapur.
"Okey chef! Hari nih kita mahu masak apa?" kata Farah.
"Okey hari nih kita mahu masak....." kata aku berfikir sejenak. Jap mahu masak apa eh? Tak rancang pulak tadi.
"Haah kita kan nak pergi pantai malam nih. Jadi makanan yang paling sesuai adalah bbq lah!" kata Farah memberi idea.
"Ha'aa betul jugak tu. Takpe kita buat bbq." kata aku tersenyum.
************
"Farah, kau kata ada orang keempat yang akan join kita malam nih? Tapi siapa? Mana orangnya? Tak nampak pun batang hidung." kata aku yang seperti tercari-cari batang hidung seseorang.
"Eih sabar². Kita tunggu je dulu ye? Nanti sampailah tu." kata Farah. Mata Farah seperti tercuri-curi melihat Karen yang membuat tugasnya iaitu membuat api di kayu. Hehe kayu tu sudah kami kutip dari awal lagi. Aik Farah nih. Dah jatuh suka dah ke dengan adik aku? Hmm misteri... misteri...aku turut memandang ke arah Karen. Serta-merta bibir ku mengukir senyuman manis. Haih tak sangka yang aku dah dapat jumpa dengan adik aku. Rasa happy sangat dalam masa yang sama rasa bersyukur.
"Eihh Farah. Kau asyik curi-curi tengok adik aku nih kau suka dia eh? Eh tak sangka semudah nih kau jatuh suka kat dia." kata aku yang saja mengusik.
"Eih² ke situ pulak dia. Okeylah. Dah siap kemas apa yang patut?" kata Farah.
"Hmm dah hampar tikar. Selimut memang sudah sedia ada. Api dah siap dipasang, makanan sudah disediakan. Haah semua dah siap dahlah. Cuma kena tunggu jelah someone special yang kau cakap sangat tu." kata aku tersenyum meleret.
"Hehe.." Farah hanya ketawa kecil saja.
"Maaf, dah lama sampai?" kata satu suara seksi yang menerjah ke gegendang telinga aku.
Kyran? Aku mendongak ke atas melihat gerangan siapa yang menegur. Ada seorang lelaki yang aku sangat kenal memakai baju hoodie dan atas kepalanya memakai topi. Wow! He's look so handsome!
"Kyran? Awak?" kata aku yang tadinya duduk bersimpuh kini berdiri tegak memandangnya. Jari telunjuk aku tunding ke arahnya.
"Hehe dah lama tunggu? Sorry lah lambat ada urusan sikit." kata Kyran tersengih-sengih. Dia memandang ke arah Farah dan juga aku. Matanya kini melotot ke arah Karen. Lama.
"Emmm nih siapa Farah?" kata Kyran meminta jawapan dari Farah.
'Ohh jadi inilah orang keempat tu ye?' batin Kyran.
'Dia? Bukan dia selebriti terkenal tu ke? Hmm inilah orang yang aku lihat macam kakak aku suka dia tu kan. Huh! Not bad.' batin Karen. Dia menyilangkan kedua tangannya ke dada dan hanya memperhatikan gerak-geri Kyran.
"Ouhh...jap ye?" kata Farah. Dia pergi ke arah Karen yang sedikit jauh daripada kami bertiga.
Apabila sudah sampai betul-betul di hadapan Karen Farah memandang ke arah Karen dengan lama. Aku dengan Kyran berpandangan seketika.
Farah mengeluh seketika. Manakala Karen hanya memandang ke arah Farah tanpa berkelip. Keningnya terangkat bertanyakan kenapa.
'Haihh kenapa dengan perempuan nih pulak? Ohh takkan dia nak ajak aku kahwin pulak kan? Haha mengarut jer!' batin Karen.
Farah dengan selamba badak terus memegang lengan baju Karen dan menariknya ke arah kami.
Hehe entah kenapa tiba-tiba aku terbayang Farah seolah-olah seperti menarik janggut kambing. Sedaya-upaya aku tahan gelak supaya tak tersembur.
Karen pulak sedikit tersentak. Tak sangka pulak Farah akan berbuat sedemikian. Karen cuba mengawal rasa di dalam hati.
Apabila Karen sudah berada dekat sikit antara kami Farah mula bersuara.
"Ahem² kenalkan ini Karen adik Puteri dan Kyran kekasih kakak kau eh I mean kawan?" kata Farah. Mata aku hampir terbeliak mendengar perkataan kekasih. Haihh ada-ada jer tersilap cakap Farah nih. Farah menahan ketawa melihat aku yang seperti terkejut mendengar perkataan kekasih
Tetapi tak dapat menandingi riak terkejut Kyran. Yeah dia betul-betul terkejut apabila Farah cakap yang orang yang berada di hadapannya tu adalah adik aku.
Kyran memandang ke arah aku dengan lama meminta penjelasan. Hehe terasa lucu pulak muka dia apabila keliru macam tu.
"Kyran, nanti saya terangkan. Sekarang nih marilah kita makan. Saya ada bawak bbq dan kentang goreng untuk korang. Hehe.." kata aku tersengih-sengih.
"Okeylah jom makan! Lapar dah nih." kata Farah teruja.
"Huwaaa indahnya langit!!" kata Farah tersenyum sendiri. Dia menahan kedua-dua tangan di belakang sambil duduk bersila. Angin yang bertiup ke arah kami sangat mendamaikan.
Aku menjulur kedua kaki ku ke hadapan. Tangan pulak aku letak di belakang. Aku memejam mata perlahan. Angin nih ibarat seperti aku. Sunyi, sepi. Tapi dia dalam masa yang sama dia suka menyenangkan orang lain. Dan bila aku marah ianya diibaratkan seperti puting beliung yang bila-bila masa saja boleh pusingkan segala benda di sekelilingnya. Sebab tu aku jarang marah sebab aku tahu sekali aku marah aku takut semua orang takut dengan aku pulak. Cuma.. setakat marah manja tu apalah sangat. Hehehe..Tapi bila aku jadi sedih... macam-macam boleh berlaku.
Tanpa aku sedari Kyran memandang aku dengan lama. Dia turut memejamkan matanya dan menghirup angin malam yang segar ini.
"Hehe korang. Bosanlah kalau berkumpul macam nih saja tapi tak buat apa. Puteri, kau ada bawak gitar kan? Nyanyikanlah sebuah lagu untuk kiteorang beb. I am sure Karen pun pasti mahu dengar suara merdu kakak dia." kata Farah tersenyum comel.
Aku yang sedang ralit melayan perasaan sendiri membuka mata aku. Kening aku mula bercantum. Sebuah lagu?
"Sebuah lagu apa? Kau nak suruh aku nyanyi lagu apa Farah?" kata aku mengangkat kening sebelah.
Farah berfikir sejenak. Dia mengetuk dagunya berkali-kali.
"Hmm aku tau! Lagu 'Can't help falling in love'? Macam mana? Mesti bersemut nih." kata Farah.
"Maksud kau?" aku memandang ke arahnya. Aip² Farah nih buat muka macam tu pulak. Hmm mesti dia ada maksud tersirat nih. Jeng jeng jeng..apa pulak kali nih?
"Lagu 'Can't Help Falling Love'. Yeah aku rasa lagu nih sangat sesuai untuk pertunjukan korang berdua malam nih. Karen awak reti main gitar?" kata Farah.
"Hmm bolehlah sikit. " kata Karen.
Aku pulak seperti mati akal. Apa yang Farah cuba cakap nih? Pertunjukan? Bila masanya aku kata nak buat pertunjukan?
"Farah... terus-terang please. Jangan buat teka-teki macam nih. Aku kelirulah." kata aku membuat muka.
"Puteri, Kyran korang tahu kan lagu 'Can't help falling love' ?" kata Farah memandang ke arah aku dan Kyran.
"Yes." hampir serentak kami berdua menjawab.
"Good! Puteri kau nyanyi lagu nih please? Tapi bukan nyanyi saja. Kau kena buat gaya mengikut lirik lagu nih pada Kyran. Kyran kau pun mesti memainkan peranan juga. Okey? Deal?" kata Farah.
"So, aku dan Karen lah yang akan jadi tontonan korang." sambung Farah lagi.
"What?! Aduhh Farah. Ala apasal pulak kena buat gaya bagai? Ala seganlah." kata aku yang menunjukkan reaksi tidak puas hati pada Farah.
"Puteri, kenapa kau nak segan pulak? Lagipun kau memang jatuh cinta dengan dia pun bukan? Jadi..aku nak kau luah perasaan melalui lagu nih. Aku tak mahu kau asyik tanggung perasaan kau tu." kata Farah berbisik pada aku.
"Tapi Farah..." kata aku yang mula mahu membangkang.
"Eihh tak ada tapi-tapi. Mahu atau tidak kau kena juga buat. Please beb demi aku. For me." kata Farah mula menayangkan puppy eyesnya pada aku.
"Hmm okeylah. Aku akan buat..demi kau." kata aku.
Farah tersenyum happy bila aku berkata begitu.
"Okey guys! Lagu tu walaupun sebenarnya lagu lama tapi aku suka. Puteri kau masih ingat lagi lirik lagu dia?" kata Farah pada aku.
Aku mengangguk perlahan menandakan ye.
"Okey Kyran, Puteri sudah setuju. Kau pulak macam mana?" kata Farah memandang ke arah Kyran.
Aku memandang ke arahnya dengan lama begitu juga dia yang memandang aku dengan dalam.
"Yeah, aku setuju." kata Kyran. Namun matanya masih setia memandang ke arah aku. Terselit senyuman lembut di bibirnya. Aku turut tersenyum.
"Okey korang berlatih dulu. I give you ten minutes only. Okay?" kata Farah. Kami berdua hanya mengangguk saja.
"Kami berlatih kat sanalah jauh sikit daripada korang nanti tak surpriselah jawabnya untuk pertunjukan nanti kalau berlatih kat sini." kata aku.
"Hmm okeylah beb. Jangan jauh-jauh sangat tau?" kata Farah beringat.
Aku hanya mengenyit mata sebelah pada Farah menandakan ye.
"Kyran, jom." kata aku pergi dulu mendahuluinya. Kyran hanya mengikut aku dari belakang. Tiba-tiba kebetulan ada seorang lelaki muda yang boleh tahan hensem menegur aku.
"Haii cantik.." kata seorang lelaki yang menghai pada aku. Aku hanya tersenyum nipis saja. Tidak berkata apa. Kyran yang melihat mula menunjukkan riak cemburu. Dia hanya memerhatikan lelaki itu dengan tajam sebelum lelaki tu mula menapak pergi daripada sini.
Aku tengok Kyran. Dan terfikir sejenak. Tiba-tiba aku ketawa.
"Hehehe apalah awak nih Kyran. Tengok dia macam nak telan hidup-hidup jer. Hehe patutlah saya tengok kawan tu muka dia macam takut jer dan mahu pergi. Rupa-rupanya..dia takut dengan panahan mata awak rupanyee." kata aku ketawa terbahak-bahak.
Kyran memerhati gerak-geri aku. Tidak lama kemudian dia mendekati aku sedikit.
"Puteri, memang awak selalu jadi perhatian lelaki eh? Dari dulu lagi? Haih mereka pun satu! Langsung tak ada kerja lain ke selain nak mengurat perempuan orang." kata Kyran mula bersikap cemburu.
"Hehe biasalah tu. Saya dah terbiasa dah pun. Memang banyak orang lelaki yang tegur saya tapi saya tak layan sangat pun. Tapi saya terlebih cantik eh? Sampai mereka terus tegur saya lepas nampak saya. Lepas tu banyak mengusik dan ambil kesempatan pun ada." kata aku.
"What?! Ada yang sampai ambik kesempatan ke atas diri awak? Siapa orang tu?! Biar saya ajar dia sikit." kata Kyran yang mula merah padam mukanya.
"Hehe awak nih..takpelah. Lagipun saya dah kung fu mereka semua tu. Haa lepas tu mereka tak berani dah lah nak kacau saya." kata aku ketawa kecil.
"Hehe awak nih. Janganlah marah-marah nanti cepat tua tau? Hehe awak tak jawab soalan saya lagi. Saya nih terlebih cantik kan? Sampai orang banyak mengurat saya." kata aku lagi sambil tersenyum kambing. Hehe perasan jap.
"Hmm takpun. Awak bukannya cantik sangat. Biasa jer saya tengok." kata Kyran saja mahu mengusik.
"Hek eleh biasa saja konon! Okey takpe." kata aku ketawa lagi.
"Kyran, kita berlatih kat sini jelah." sambung aku lagi.
"Okey." Dengan jawapan ringkas Kyran menjawab.
"Okey, mula-mula lirik dia adalah 'wise men say'" kata aku yang membuat nada untuk lirik tersebut.
"Bila lirik mula saya mendekati awak secara perlahan-lahan." kata aku yang mendekatinya. Kyran hanya diam membisu dan hanya pandang aku tanpa reaksi. Haih kekok semacam pulak sekarang nih.
"Only fools rush in.."
"But I can't help falling in love with you.." kata aku yang memegang pipinya dengan lembut. Kyran sedikit tersentak tetapi sedaya-upaya mengawal reaksi.
"Hehe nih bukan saya ambil kesempatan tau? Nanti bila lirik 'I can't help falling love with you saya akan pegang pipi awak sekejap." kata aku menerangkan idea aku.
"Amacam awak boleh?" kata aku yang sudah melepaskan tangan aku dari pipinya. Kyran hanya mengangguk saja tanda setuju dan mengerti.
"Lepas tu bila sampai lirik 'Shall I stay' saya akan kelilingi diri awak. Ia menunjukkan yang perempuan tu sangat tertanya-tanya bolehkah dia berada di samping lelaki tu? Bolehkah dia bersama dengan lelaki tu? Semuanya menunjukkan dia seolah-olah takut untuk bersama dengan lelaki tu. Dan bila lirik lagu 'Would it will be sin?' tu saya akan tunjukkan reaksi dan awak kena pandang saya bila saya keliling awak. Ia menunjukkan bahawa adakah kita akan berdosa kalau kita bersama? Adakah percintaan kita akan dapat bersatu?" kata aku yang memandang Kyran dengan dalam.
Kyran juga memandang aku dengan reaksi tidak mengerti.
"Maksud awak? Kita?" kata Kyran.
"Eihh bukan kita lah Kyran. Awak nih macam tu pun tak boleh faham. Saya...tersalah cakap tadi. Maksud perempuan tu dengan lelaki tulah. Hehehe." kata aku cuba mengawal rasa.
"Okey lepas tu?" kata Kyran.
"Lepas tu...bila sampai lirik 'If I can't help falling in love with you' saya akan pejamkan mata saya dan saya akan letakkan tangan saya di atas dada seolah-olah perasaan takut,sakit, sedih bersatu dalam hati ini." kata aku yang memegang dada aku.
Kyran hanya terdiam dan hanya mengangguk perlahan.
"Lepas tu... bila sampai lirik 'like a river flows surely to the sea' saya akan hadapkan diri saya depan laut nih. Lepas tu lirik yang dua lagi tu saya tak buat gaya pun takpe tapi bila sampai lirik 'take my hand...take my whole life too'..saya akan suakan tangan saya depan awak. Macam nih..." kata aku yang cuba menyanyi lirik tu.
"Take my hand..." aku menyua tangan aku padanya. Dan tanpa ku duga dia memegang tangan aku dengan erat.
"Take my whole life too.." kata aku yang sambung lirik.
"Hmm dah lima minit sudah berlalu tinggal lima minit saja lagi untuk mereka berlatih." kata Farah yang melihat jam tangannya.
Karen hanya diam saja membisu. Matanya hanya melihat ke arah laut yang membiru.
"Hmm awak rasakan mereka berdua serasi kan kalau bersama? Tapi sayangnya saya tak tahu kisah akhir mereka nanti. Sama ada mereka akan bersama dan bahagia di suatu hari kelak nanti atau.... mereka akan berpisah dan menderita. Dan sekali mereka berpisah ibarat laut ini yang terpisah. Sangat sakit apabila berpisah dengan orang yang kita sayang nih. Kesakitan yang sangat mencengkam dan kesunyian yang sangat membungkam." kata Farah mengelamun. Dia memeluk lututnya. Matanya hanya memandang tepat ke arah laut.
Karen memandang ke arah Farah. Tapi mulutnya masih tertutup rapat tidak berbicara walau sepatah perkataan.
'Kata-katanya sungguh dalam. Huh tak sangka orang macam dia boleh memahami semua nih. Mungkin dia juga pernah mengalaminya sendiri.' batin Karen.
"Hmm tak sangka kau boleh faham semua nih. Ingatkan kau tak faham." kata Karen mengeluarkan kata-kata pedasnya.
Berapi telinga Farah mendengarnya.
"Karen Anderson. Saya nak awak hormat saya sebagai orang yang lebih tua dari awak." kata Farah menunjukkan riak tidak puas hati. Hatinya masih panas dengan kata-kata Karen tadi.
'Budak nih... memang patut diajar.' batin Farah.
"Hmm okeylah kak Farah." kata Karen. Terdapat senyuman kecil di hujung bibirnya.
"Eihhh kak Farah? Ee tak naklah!Tak mau dengan gelaran kak. Macamlah saya tua sangat. Hmm just call me Cik Farah okay?" kata Farah menunding jari pada dirinya sendiri.
"Hmmm tengoklah dulu macam mana nanti." kata Karen. Hampir tersembur gelaknya apabila melihat reaksi Farah sebentar tadi.
"Ala janganlah cakap macam tu! Panggillah cik Farah please..." kata Farah yang menyentuh lengan Karen dengan lembut dengan menggunakan jari runcingnya.
'Haha kenapalah kau cute sangat eh Farah?' batin Karen. Dia hanya memandang Farah yang menyentuh lengannya dengan jari runcing sambil tersenyum.
"Kyran...lagu nih kalau nak diikutkan ia mengisahkan tentang seorang perempuan menaruh kasih terhadap seorang lelaki itu. Tetapi... malangnya lelaki tu malah mengkhianatinya dan bersikap curang padanya. Perempuan tu seakan-akan dahagakan kasih sayang darinya tetapi lelaki tu..." kata aku saja mahu menggantungkan ayat sebab Kyran mesti faham jawapannya.
Kyran hanya menatap wajah aku dengan lama. Dia mendekati aku dengan lebih rapat. Kyran memegang kedua-dua tangan membuat aku sedikit tersentak. Tidak menyangka dia akan berbuat sedemikian.
"Puteri...saya takkan jadi macam lelaki tu. Malah saya lah orang yang selalu dahagakan kasih sayang dari awak. Awak langsung tak mahu berikan sedikit ruang dalam hati awak terhadap saya walaupun sedikit? Hati awak langsung tak terbuka untuk saya? Supaya saya dapat menyelami perasaan awak... supaya saya dapat lebih memahami diri awak." kata Kyran. Hati aku betul-betul terjentik mendengar kata-katanya. Kening aku bercantum melihatnya.
"Untuk persoalan tu... saya tak boleh jawab. Maaf Kyran." kata aku ringkas tapi padat. Kepala aku menunduk memandang pasir. Tidak mahu memandangnya dengan lama.
"Puteri." kata Kyran. Dia mengangkat dagu aku supaya memandangnya.
"Cinta itu indah. Sangat indah. Walaupun ada pahitnya tetapi di sebalik pahit itu ada manisnya. Dan awak... langsung tak beri peluang pada diri awak untuk merasai cinta ini. Awak bahkan takut untuk merasai cinta ini. Bahkan awak sedaya-upaya untuk menjauhinya.. sedaya-upaya untuk mengelaknya." kata Kyran.
Memang pun Kyran. Memang betul cakap awak. Cinta itu sangat indah dan ada manisnya. Dan saya sudah rasakannya. Yang namanya cinta.. Dan disebabkan saya sudah rasa cinta ini saya jadi sangat takut bahkan sekali rasa pasti sangat susah untuk hilangkannya. Tapi saya nak awak tahu juga Kyran yang cinta ini...walaupun ia sangat cantik dan indah tapi...dalam masa yang sama ia sangat menyakitkan. Lebih baik kalau kita tidak merasai cinta ini.
Namun kata-kata itu hanya tersimpan di dalam hati. Kata-kata Kyran hanya aku balas dengan senyuman nipis.
"Okeylah Kyran... jomlah kita pergi sana. Jumpa Farah dengan Karen lagipun masa sudah tamat. Kita duduk sini pun dah lebih daripada 10 minit. Nanti mereka cakap apa pulak berlatih dari cukup masa." kata aku.
"Okey fine. Lepas nih saya panggil awak cik Farah." kata Karen mengalah.
"Okey!" kata Farah membuat bulatan jari antara ibu jari dan jari telunjuk. Dia ketawa terkekeh-kekeh membuat Karen sekali lagi tersenyum.
'Arghh! Kenapalah setiap kali aku bersama dia mesti saja aku akan tersenyum.' batin Karen.
"Okeylah jom." kata Kyran.
"Takpe awak pergi dulu nanti saya ikut dari belakang." kata aku mempersilakan dia untuk pergi dulu.
"Okey, kalau awak cakap macam tu.." kata Kyran. Selepas itu dia pergi mendahului aku. Aku hanya memandang ke arah belakangnya.
"Cinta ini seperti api Kyran..Dan kita bagaikan diterangi dengan cahaya api ini. Dan bila ia terpadam...kita seakan-akan berada dalam kegelapan yang langsung tak ada selubang cahaya sedikit pun. Dan bila ia terlalu besar dan marak...takut kita pulak yang akan termakan dengan cahaya api ini. Dan ia...boleh memusnahkan dan memudaratkan segalanya." kata aku dengan cukup perlahan. Aku memejam mata aku dengan rapat cuba mengawal rasa sakit di dalam hati. Tidak lama kemudian, aku kembali berjalan ke arah tempat mereka yang sedang berkumpul.
"Karen, are you ready?" kata Farah memandang ke arah Karen yang memegang gitar aku.
"Yeah I'm ready." kata Karen.
"Okey good! Puteri.. kat sini tak ada mic kau nyanyi macam biasa pun takpe itu pun dah cukup. Okey korang good luck. Aku kira sampai satu, dua tiga." kata Farah.
Aku dan Kyran yang berdiri sama setentang menghadap ke arah Farah dan juga Karen. Kami berdua tengah berkaki ayam sekarang. Rasa lembut jer bila pijak pasir. Aku dan Kyran mengangguk bila Farah mahu mengira. Sebelum tu aku sempat membuat isyarat pada Kyran supaya mengingati balik latihan kita tadi. Dan Kyran hanya mengangguk saja.
"Satu .."
"Dua.."
"Tiga..." sebaik Farah berkata tiga terus gitar dimainkan dengan baik. Wow siapa cakap Karen boleh sedikit tengoklah macam terer jer dia main gitar. Hehe macam kakak dia.
Apabila sudah sampai masanya aku menyanyi. Badan aku toleh ke arah Kyran. Pertunjukan mula bermula...
"Wise men say.. (aku mula mendekatinya secara
perlahan-lahan.)
Only fools rush in...
But I can't help falling in love with you..(aku memegang pipinya dengan mata yang penuh kesedihan)
Shall I stay..(aku mengelilingi dirinya.)
Would it be a sin..
If I can't help falling in love with you..(aku memejam mata aku dan memegang dada aku.)
Like a river flows surely to the sea..(aku menghadap ke arah laut membiru.)
Darling, so it goes..
Something are meant to be..
Take my hand...(aku menyua tangan aku di hadapannya.)
Take my whole life too..(perlahan-lahan air mata mula turun ke pipi..haihh waktu macam nih tiba-tiba rasa sangat sensitif.)
For I can't help falling in love with you...
Kyran tersentak melihat air mata aku mengalir perlahan di pipi.
Aku mengulang kembali lirik like a river flows. Aku menyanyi dengan penuh makna. Kenyataannya aku memang betul-betul cintakan dia. Dan aku menyudahi lirik ini dengan merapati wajah aku dengannya.
"For I can't help falling love with you..." lirik lagu yang terakhir sudah aku katakan~ kini... pertunjukan kami sudah tamat.
Aku baru tersedar yang kami berdua masih sangat rapat sekarang. Muka aku mula sedikit merah. Akulah yang pandai-pandai mendekatinya terlebih dahulu. Dapat aku rasakan hembusan nafas darinya ke muka aku.
Aku dengan tanpa bersuara terus menjauhi sedikit darinya. Aku pulak seakan-akan seperti kelam-kabut dan terus cepat menyapu air mata yang tersisa di pipi. Masing-masing melihat ke arah aku tanpa berkelip.
Tidak lama kemudian terdengar dari tepukan Farah dan juga Karen. Masing-masing menunjukkan reaksi kagum dengan pertunjukan sebentar tadi.
Farah siap lagi bersiul. Haihh buat aku makin malu pulak.
"Tahniah beb! Pertunjukan kau aku bagi full star! Dengan reaksi muka kau memang betul-betul menunjukkan emosi. Tengoklah kau sampai nangis kut bila nyanyi tadi." kata Farah tersenyum. Walau hakikatnya dia sudah tahu yang ini adalah air mata yang sebenar. Dia mendekati ke arah aku dan mengusap lembut pipi aku. Aku hanya tersenyum lembut saja. Senyum dalam kesedihan.
"Tahniah kak! Adik sangat kagum. Nanti bolehlah kak jadi penyanyi terkenal betui tak?" kata Karen tersenyum manis.
"Hmm tak mahulah dik. Kakak kalau boleh tak mahu popular bagai nih. Hehehe." kata aku sambil ketawa kecil.
Kyran pulak hanya diam membisu. Dia hanya melihat ke arah aku dengan lama. Membuat aku sedikit kurang selesa dengan pandangan tu.
"Kyrannn! Awakk..awak...marilah sini~" kata Puteri yang tersenyum manis pada Kyran. Kyran cuba mengejarnya tapi Puteri lagi laju darinya.
"Puteri? Puteri tunggulah! Awak laju sangat. Saya tak dapat kejar." kata Kyran tercungap-cungap mengambil nafas.
Dia cuba sedaya-upaya untuk mengejar Puteri yang memandang ke arahnya dengan senyuman yang tidak lekang. Dia merasakan Puteri mahu pergi dari hidupnya. Perlahan-lahan kelibat Puteri hilang dari kornea matanya. Kyran terduduk seketika.
"Tak! Tolong jangan! Puteri!! Jangan tinggalkan saya.." kata Kyran merintih.
"Puteri... Puteri..." Kyran mengingau dari tidurnya. Dia menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali sedangkan waktu tu semua orang sudah tidur dilamun mimpi.
"Puteri..." Kyran secara spontan terus terduduk tegak dibuatnya. Matanya terbuka luas. Dia meraba-raba pipinya seketika. Terdapat setitis air mata di tangannya.
Lama dia pandang ke arah tangannya yang sedikit dibasahi oleh air mata selepas dia memegang pipinya tadi. Tidak lama kemudian Kyran mengenggam tangannya dengan erat.
Dia melihat ke tepi ada Karen yang tidur di tepinya berlapiskan tikar. Matanya pula kini beralih ke arah Puteri dan juga Farah yang tertidur pulas. Matanya lama tertancap ke arah Puteri sebelum dia bangkit dari duduknya. Dia kini berjalan seorang diri di tepi pantai di waktu malam yang sunyi itu. Angin yang meniup sejuk ke arahnya dia abaikan. Dia duduk seketika di tepi pantai sambil memandang langit malam yang dihiasi dengan cahaya bintang dan juga bulan. Malam ini bulan terlihat mengambang. Matanya hanya tertancap pada bulan tersebut. Tetapi mindanya berlari ke arah lain. Fikirannya jauh menerawang pada mimpi tadi.
Aku terbangun seketika. Entahlah tiba-tiba saja terbangun. Mungkin sebab terlalu sejuk. Tapi ada jer selimut yang menutupi badan aku. Tiba-tiba mata aku menjadi terbeliak. Aku baru terperasan yang Kyran tiada di tepi adik aku. Adik aku pula masih tertidur pulas. Begitu juga Farah di tepi aku.
Ohh no!! Jangan cakap dia diculik oleh perempuan!! Eh tak mungkinlah... takkanlah kan³? Haihh mengarut jer aku nih. Mungkin Kyran tak boleh tidur dan akhirnya dia pergi berjalan-jalan sekejap. Hmm mungkin. Takpe baik aku cari dia sekarang. Dahlah sejuk nih..nanti kalau dia mati kesejukan tak ke naya? Haa lebih baik aku pergi cari dia cepat sambil bawak selimut. Haa good idea! Farah takpelah dia dah ada selimut dia sendiri.
Selepas itu aku terus bangkit daripada duduk dan mula dengan misi pencarian. Iaitu mencari Kyran. Aku pergi ke arah kanan dulu kut ² lah dia pergi ke arah kanan untuk bersiar-siar.
Aku pergi mencarinya. Dada aku berombak-ombak dibuatnya. Rambut aku yang berterbangan aku biarkan saja. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang duduk memeluk lutut sambil termenung memandang ke arah bulan. Aku turut memandang bulan. Cantik. Malam nih bulan mengambang. Mata aku kini beralih pada Kyran. Dia langsung tidak sedar kehadiran aku di sini. Sibuk melihat bulan dan juga bintang. Hmm entah apa yang difikirkannya pun aku tak tahu.
Aku berjalan terjingkit-jingkit di belakangnya. Selimut aku lilit dari belakangnya hingga ke depan. Kyran yang sibuk termenung ternaik sikit bahunya dek terkejut dengan gerakan seseorang di belakangnya. Aku pulak cuba menahan dari ketawa. Sangat lucu bila buat dia terkejut.
"Puteri awak? Aikk bukan awak tidur tadi ke? Kenapa datang sini? Takkanlah awak datang sini semata-mata nak kejutkan saya." kata Kyran.
"Hehehe, entahlah tiba-tiba saja tadi terjaga. Awak pulak kenapa duduk sini? Punyalah saya terkejut tadi lihat awak tiba-tiba tak ada kat tepi Karen. Awak tak boleh tidur eh? Ke ada yang menganggu fikiran awak? Ala Kyran awak nih tak payah fikir sangatlah." kata aku panjang lebar.
"Tak, tadi...saya mimpi buruk. Sampailah saya rasa dah tak boleh tidur semula. Jadi, saya saja berjalan-jalan tengok bulan tengok bintang." kata Kyran.
Kening aku bercantum seketika. Mimpi buruk? Hmm macam aku selalu mimpi buruk. Tapi... sekarang mimpi tu dah tak menghantui aku lagi. Cuma...parut dan kenangan hitam tu masih ada lagi.
"Awak mimpi apa Kyran?" kata aku dengan nada lembut.
"Awak. Saya mimpi pasal awak. Saya mimpi...awak mahu tinggalkan saya. Saya kejar awak tapi awak sangat laju pergi tinggalkan saya. Awak palingkan wajah awak pada saya. Awak tersenyum pada saya. Tapi...awak tetap tinggalkan saya. Awak suruh saya kejar awak tapi saya tak dapat kejar. Saya terlalu penat. Dan akhirnya awak sudah jauh dari pandangan saya. Saya terduduk. Saya menangis. Dan saya merintih tapi awak tetap sudah tinggalkan saya." kata Kyran melihat ke arah aku. Dalam.
Aku tak berkata apa. Tidak tahu mahu berkata apa. Aku tersentap. Dada aku terasa sempit mendengar kata-kata Kyran tadi. Tapi sedaya-upaya upaya kawal perasaan ini. Perasaan sakit dan pedih. Tanpa cuba mengalirkan air mata.
"Kyran...tu kan hanya mimpi. Mimpi hanyalah mainan tidur. Hmm awak jangan fikir sangatlah. Meh awak sandar kat bahu saya mungkin awak letih sangat nih sebab tu awak mimpi macam-macam tu." kata aku hanya memberi alasan. Aku meletakkan kepala Kyran di bahu aku. Kyran hanya diam saja. Suasana sunyi mula menyelubungi kiteorang. Aku cuba mencari wajahnya dan yepp dia masih belum melelapkan mata.
"Puteri, awak takkan tinggalkan saya kan? Awak dah janji takkan tinggalkan saya kan?" kata Kyran mengeluarkan suara.
Aku hanya diam. Langsung tak punya niat untuk jawab pertanyaan itu.
"Puteri.. kenapa awak diam?" kata Kyran yang terus mengangkat kepalanya untuk melihat aku. Kami bertentang mata seketika. Lama. Sebelum dia terus menarik aku ke dalam pelukannya. Aku sedikit tersentak dengan tindakan selamba dia.
Kyran memeluk aku dengan erat. Dia merintih di dalam pelukan aku.
"Puteri awak tak tinggalkan saya kan? Puteri, tolonglah bagitau saya yang awak tidak akan tinggalkan saya betul kan? Kenapa awak diam? Tolonglah jawab soalan saya!" kata Kyran mula menangis.
Apa yang aku harus jawab? Aku tak boleh menipunya lagi. Sekarang Kyran menangis apa yang aku harus lakukan?
Aku masih mendiamkan diri. Fikiran ku sangat kosong kala ini. Hati aku sakit mendengar rintihan darinya.
Aku hanya membalas pelukan Kyran. Masih tidak mengeluarkan suara walaupun sepatah.
Kyran berhenti menangis. Dia melepaskan pelukannya dari aku.
"Awak diam nih mesti awak memang nak tinggalkan saya kan?" kata Kyran dengan lemah. Dia memandang ke arah aku dengan matanya yang berair.
Aku masih tak berkata apa. Hanya membelai lembut pipinya yang basah dengan air mata.
"Kyran, awak...muka awak..." kata aku yang mula mengeluarkan suara. Cuba mengubah topik. Aku mendekat ke arahnya. Bukan cuba untuk mengambil kesempatan tapi...cuba mengalih topik bicara.
"Kenapa dengan muka saya?" kata Kyran.
"Muka awak ada kacukan eh? Saya dah lama perasan. Awak kacukan apa? Mommy dan daddy awak kacukan apa sebenarnya? Teringin pulak saya nak tahu." kata aku.
"Puteri...jangan cuba-cuba tukar topik boleh?" kata Kyran.
"Ala awak nih. Bagitahulah...saya betul-betul nak tahu. Awak nih kacukan ape sebenarnya? Thailand ke Cina ke Jepun ke? Bagitaulah.." kata aku merengek.
"Mommy saya orang Scotland. Ayah saya pula orang sini." kata Kyran ringkas tapi padat.
"Ooooooo.." kata aku yang beroo panjang.
"Awak mesti ada darah campuran juga kan? Bukan hanya dari Filipina. Tengoklah mata awak tu. Biru macam laut. Sangat cantik dan sangat memukau." kata Kyran.
"Hehe sebenarnya saya nih unik sikit tau? Saya ada campuran yang agak unik sikit. Ibu saya sebenarnya orang Ireland manakala ayah saya orang Filipina. Jadi sebab tulah saya dikatakan cantik. Kalau tidak orang Filipina taklah punya mata yang berwarna-warni. Hanya hitam dan putih saja." kata aku. Kyran hanya mengangguk saja.
"Patutlah..." bermonolog Kyran sendiri.
"Dah² jangan fikir apa-apa lagi. Jangan lagi fikir yang saya mahu tinggalkan awak ye? Saya tak suka." kata aku. Aku dengan selamba badak terus meletak kepala Kyran di atas bahu aku sekali lagi. Mencuba sedaya-upaya untuk buat dia tertidur. Bukan apa, tapi aku tak mahu dia terus-terusan fikir pasal tu lagi.
"Takpe, awak tidur saja di bahu saya." kata aku dengan nada lembut.
Kyran tidak berkata apa. Tidak lama kemudian, dia mula memejamkan matanya.
Aku mencari wajahnya dan tersenyum kecil melihat dirinya yang tertidur. Indah saja ciptaan tuhan ini.
"Kyran... kalau awak nak tahu...saya begitu cintakan awak. Awak seakan-akan sinar untuk saya hidup. Tanpa awak...saya tak tahu saya mampu atau tidak untuk hidup. Dengan menahan rindu, menahan sakit dan pedih yang teramat. Saya dah banyak lalui segala-galanya, Kyran. Saya dah banyak punya pengalaman yang pahit dan sedih. Tapi kali nih...kali nih menyakitkan Kyran...sangat menyakitkan. Saya takut..saya takkan mampu untuk hadap nanti sekiranya saya dah tinggalkan awak bila tiba saatnya nanti." kata aku sendirian menangis tanpa suara. Sudah banyak kali aku sapu air mata tapi tetap degil mahu keluar. Hanya tuhan saja yang tahu betapa tersiksanya hati ini.
Hehe haii guyss kalau nak lebih rasakan feel sedih tu bolehlah dengar lagu sedih sambil baca novel miya~~ Hehehe ^^
Share this novel