Bab 50: Forced

Romance Series 10664

"Hello..Audrey?" Sahut aku perlahan di corong telefon.

Audrey di talian sana tersenyum sinis.

"Puteri Ilynia. Panjang umur. How are you? Why did you suddenly call me?? Suka sungguh buat orang tertunggu-tunggu dan jadi risau? Sampai hati kan awak tak jawab call saya. Saya tunggu awak hari tu. Hati saya separuh mati tau tak bila asyik telefon awak tapi awak tak jawab. So, this time what is your reason?" Kata Audrey dengan sinisnya. Dia menanti jawapan dari aku.

Hati aku tersentap. Sungguh memang aku yang salah. Kesian kat dia. Mesti dia tunggu lama sangat kan and last² aku tak muncul juga di depannya. Huhu tapi aku tak sengaja!

"Audrey, maafkan saya..awak boleh marah saya semahu mana yang awak mahu. Memang saya patut dipersalahkan. Sepatutnya saya ada waktu meeting kita hari tu. Saya..saya betul-betul minta maaf Audrey. But, we can meet anytime. What ever happen I will try supaya saya dapat jumpa dengan awak. But not now. Sebab..saya ada kat hospital sekarang ni." Kata aku perlahan.

"Hospital? Siapa yang sakit? Awak? Bila? But..why?" Tanya Audrey bertubi-tubi. Nadanya seakan sedikit tersentak.

"Err..yeah saya masuk hospital. Kelmarin dulu lagi. Ermm..saya ada masalah sedikit. Cuz of this..saya tak dapat jumpa dengan awak hari itu. Saya mintak maaf ya? I am so sorry.." kata aku.

"No.. it's okay. But saya tak tahu pun awak sekarang berada kat hospital. Saya salah faham rupanya. I am so sorry Puteri. Saya..saya fikir awak sengaja mahu mengelak dari saya." Kata Audrey di talian sana.

"It's okay. Tak mengapa. Cuma...saya rasa sangat bersalah pada awak sebab buat awak tertunggu-tunggu. I am so sorry okey?" Kata aku dengan lembut.

"So...kita boleh berjumpa lagi? Tak² kali ini biar saya jumpa dengan awak. Biar saya pergi ke hospital sekarang. Nanti awak send location, okay?" Kata Audrey.

"Ermm..okay. But, esok lah senang. Lagipun hari ini dah nak malam." kata aku.

"Okay kalau macam tu..see you tomorrow Puteri." Kata Audrey tersenyum.

"See you." Kata aku perlahan. Dan terus menamatkan panggilan. Aku mengeluh dengan nafas berat. Agak-agaknya Kyran sedang buat apa ya sekarang? Hmm...

**********

Kyran menyelam tubuhnya ke dalam air di tub mandi. Kelihatan luka-luka di badannya yang tidak berbaju membuat air sedikit dicampuri dengan darah. Tetapi dia tidak hiraukan. Balutan yang menutupi luka sudah dibuka. Pedih bila terkena air tu memang pedih. Tapi bagi Kyran kepedihan yang dia rasakan sekarang adalah di dalam hati.

Kyran memejamkan matanya perlahan. Dia menyandarkan kepalanya dengan tub mandi.

Kyran pov

Aku keluar daripada bilik air. Baju bathrobe tersarung elok di tubuh aku. Aku terus menelentang tubuh aku di atas katil yang bersaiz king ini.

Aku memandang ke atas siling rumah ku. Kedua-dua tangan aku letak di bawah kepala. Badan hanya statik terbaring.

Sambil minda masih teringat lagi kejadian sebentar tadi di hospital. Masih segar di benak fikiran ini.

"Jangan..kakak mohon..jangan dik.." rintih Puteri perlahan. Air mata sudah mengalir ke pipi gebunya. Dia memandang sayu wajah adiknya.

Karen terpaku seketika memandang ke arah kakaknya. Keningnya berkerut.

"Kenapa tiba-tiba kak jadi macam ni pulak nih? Kak tak rasa geram ke? Kakak. Dengar sini baik-baik. Dia. Dialah adik pembunuh ibu dan ayah kita. Kenapa kak masih tak faham lagi dan masih menyebelahinya?! Adik..adik tak sangka. Kak lebih pentingkan dia. Kak langsung takde perasaan bersalah ke dekat ibu dan ayah kita?! How could you..kakak..how could you!" kata Karen menggeleng kepala perlahan. Dia memandang ke arah Puteri dengan reaksi tidak percaya.

Buat kesekian kalinya air mata Puteri jatuh lagi. Akhirnya dia jatuh terduduk di hadapan adiknya.

"Kak mohon..kak mohon..hiss his..jangan bunuh dia..a-a..dik boleh cakap apapun pada kakak tapi..j..jangan bunuh dia. Tolong.. kakak mohon sangat-sangat. Jangan bunuh Kyran?" Kata aku yang memegang kedua-dua lengannya dalam posisi terduduk. Mata bergelinangan dengan air mata. Perasaan sakit dan sedih bersatu dalam hati ini.

Kyran begitu terkejut dengan tindakan aku. Dia tidak sangka yang aku akan berbuat begitu deminya.

"Puteri.. kenapa awak mesti berbuat begitu? Sungguh, jikalau cinta ini memang tidak patut ada... kenapa Tuhan hadirkan awak dalam hidup saya? Kenapa harus hadir rasa cinta ini.. jikalau aku dengan dia tidak dapat bersama? Tuhan..jangan seksa aku macam ni.. aku rasakan diri Puteri begitu terseksa disebabkan cinta ini. Sekarang aku rasakan apa yang Puteri rasakan. Jadi.. beginilah perasaannya. Bahkan punca disebabkan akulah dia terjatuh cinta dengan diri ini sedangkan disebabkan cinta ini.. Puteri semakin merana. Arghh...apa yang aku harus lakukan?" Kata aku bergumam sendirian. Aku menyerabut kepala aku dengan kasar.

Puteri, maafkan saya..Kerana hadirkan perasaan cinta ini..dalam hati awak. Awak berhak untuk bahagia.

Tanpa aku sedar setitis air mata jernih menuruni ke pipi.

**********
Farah pov

Aku sedang duduk di atas batu besar sambil menggoyang kaki perlahan. Aku memandang sekeliling di sini. Wajahku hanya tenang dan beriak datar.

Senyuman kecil terbit di bibir aku apabila melihat gelagat budak-budak nakal yang berlari sana-sini. Yeah, di sini suasana agak meriah. Dengan orang ramai yang menjual beli di gerai malam lebih meriuhkan lagi suasana. Memang riuh-rendahlah orang kata.

Karen yang memandang susuk tubuh aku tersenyum nipis. Dia memegang dua aiskrim kon di tangannya. Yang satu berperisa strawberi dan yang lagi satu berperisa coklat. Dia berjalan perlahan menghampiri aku yang seperti termenung dalam dunianya sendiri.

"Dah lama tunggu?" Kata Karen yang berdiri bersebelahan dengan tempat duduk aku.

Aku terhenti dari lamunan. Haa tu mesti Karen. Aku menoleh kepala perlahan memandang figura yang berdiri tegak di tepi aku apabila sudah dapat mengagak siapa.

Ohh..terpaku seketika. Hell.. Kenapa aku selalu terangau ni bila jumpa dengan dia?!

Karen yang melihat aku memandang wajahnya tanpa berkelip perlahan-lahan mencarik senyuman lembut di bibirnya. Senyuman yang menghiasi wajahnya membuat mata aku terkebil-kebil seketika.

Argh! kenapa dia mesti tunjuk senyuman tu?! Aku harap hati aku dah tak cair macam aiskrim.

Dupp..dapp..dupp..dapp.. seperti seakan-akan masa dan dunia berhenti dari bergerak. Seakan-akan hanya dengar bunyi degupan jantung yang berdegup laju. Hanya kerdipan mata yang bergerak lembut memandang ke arah aku. Senyuman di bibir masih lagi terpancar.

"Err..cik Farah ni..kalau handsome sangat pun wajah saya ni.. janganlah sampai ternganga mulut tu haa. Nanti segala binatang serangga masuk dalam mulut cik Farah. Baik cik Farah berjaga-jaga." Kata Karen yang berjaya mematikan angan-angan aku.

Aduhh..baru aku nak angau jumpa dengan bidadara dari langit ke tujuh. Pffft!

Mendengar kata-katanya membuat pipi aku terasa panas. What the chicken! Suka sungguh buat orang blushing! Ergh..

Pandangan Karen yang statik memandang wajah aku membuat aku tidak menjadi tidak senang duduk. Aku menunduk ke bawah. Aduhh.. kenapa dia pandang aku macam tu?! Ala..this is not fair. Huwaa..asyik aku je yang blushing.

Karen tersenyum. Dia menunduk sedikit kepalanya memandang wajah aku yang merah. Karen ketawa kecil.

"Hehehe pandanglah wajah saya ni.. bukankah awak suka tengok saya sangat? Eihh jap²..awak blushing la! Cute.." kata Karen ketawa kecil dan tersenyum.

C-cute? Aku..tak salah dengar kan? Dia puji aku..cute?! Ohh my.. fengsan jap.

Aku menjerit di dalam hati. Tak tau dah nak letak mana muka ni. Macam nak tukar jadi kereta terus boleh tak? Ahak mengarut je aku ni.

Spontan aku mendongak ke hadapan memandang ke arah Karen. Kami berdua sedikit tersentak. Hampir saja muka kami hampir berlanggar. Akibat aku mendongak pandang wajahnya jarak kami menjadi lebih dekat. Membuat jantung aku lagi berdegup kencang bagaikan baru marathon di padang untuk 400 meter.

Karen turut terpaku. Mata cantik di hadapan direnungnya dengan dalam. Tanpa dirinya sedar..hati mula berdebar-debar. Dia tidak pernah dekat dengan perempuan sedekat ini kecuali dengan wanita tersayangnya. Iaitu wanita yang dianggap dan digelar sebagai ibu.

Tiba-tiba aku terpandang kedua aiskrim di tangan Karen. Wahh..aiskrim. Aku mula membuat riak wajah terliur. Lidah aku jilat ke atas bibir. I want that..icecream.

"Err...nak." kata aku yang menghulurkan tangan ke arahnya. Karen keliru. Dia membuat riak seperti tidak faham.

"Err.. what do you mean? Nak?" Kata Karen tanda tidak mengerti.

Aku ketawa kecil. Comel juga kalau dia keliru ni. Hehehe..

"Hehe..saya cakap nak aiskrim tu. Awak nak bagi saya aiskrim tu kan?" Kata aku membuat puppy eyes. Aku harap sangat dia bagi aku satu aiskrim! I really want it.. kelihatan aiskrim sedikit mula mahu meleleh ke tangan Karen.

"Ohh yeah. Saya..terlupa pula. Saya memang nak bagi aiskrim kat awak pun. Hmm..awak nak yang mana satu?" Kata Karen yang kembali menegakkan tubuhnya memandang aku.

"Strawberi!!" Kata aku dengan nada ceria.

"Okey, this your's." Kata Karen. Dia menghulurkan aku aiskrim yang berperisa strawberi. Di atasnya terdapat butiran coklat. Wow sedap nih!! Aku dah lama mengidam aiskrim.. akhirnya dapat makan juga. Ohh yeah!!

"Thank you so much, Karen." Kata aku menyambut huluran darinya sambil membuat muka terharu. Aku memegang kon aiskrim tersebut.

Aiskrim yang sedikit mengalir keluar ke tepi kon segera aku jilat.

"Ermmm...sedapnyee!!" Gumam aku sendirian. Namun Karen masih dapat dengar lagi butiran kata yang keluar dari mulut aku. Karen menahan senyum. Dia menggeleng kecil.

"Eih, Karen. Mehlah duduk kat tepi saya ni..masih ada ruang lagi ni haa." Kata aku yang menepuk perlahan di tepi aku tempat aku duduk sekarang ini. Lagipun..kat sini tak ada kerusi panjang jadi batu besar nilah sasaran untuk dijadikan tempat duduk. Lagipun dua orang memang cukup untuk duduk di atas batu besar ini. Cuma..kena duduk rapat-rapat lah.

"Errr.." Karen masih termangu berdiri di tepi aku. Entah apa yang dia fikirkan. Melihat dia terus begitu aku terus menarik tangannya untuk duduk di tepi aku. Karen akhirnya akur juga. Tapi yang membuatnya tak selesa apabila duduk secara rapat-rapat macam ini. Membuat peha kami bersentuhan antara satu sama lain.

Namun, Karen cuba beriak tenang. Walau hakikatnya dia agak tidak selesa duduk dekat macam ni dengan perempuan.

Aku pulak hanya tertumpu makan aiskrim. Walau aku tahu yang aku pun ... sebenarnya tak selesa juga dekat dengan dia ni.

"Eh Karen. Makan cepatlah aiskrim awak tu. Nanti cairlah." Kata aku menegurnya. Dia nih pun..makan lambat betul! Aku yang perempuan nih pun makan laju tau? Heheheh..Ke..dia saja nak bagi aku tengok-tengok dia makan aiskrim? Pffft!

Karen tak berkata apa. Dia mengerling sekilas tangan aku yang sudah tidak memegang kon aiskrim. Seakan-akan aiskrim sudah hilang dalam radar. Karen beriak sedikit terkejut.

'Cepatnya makan..' batin Karen.

Karen dengan selamba hanya menjilat aiskrim di atas kon. Tidak menghiraukan aku yang membebel seperti mak nenek di sebelah.

Akhirnya Karen sudah menghabiskan aiskrimnya. Dia berkalih memandang aku yang meliar mata sekeliling.

Tiba-tiba Karen ketawa kecil. Membuat aku automatik memandangnya. Mata aku terkebil-kebil. Haih dia ni.. dah buang tabiat ke apa? Tiba-tiba gelak. Apehal?? Ohh jangan cakap..otak dia dah mereng!! Eh tak³..dia gelakkan aku rasanya ni.

Aku memandangnya dengan riak keliru bercampur tidak puas hati.

"Eihh awak nih..dahlah tu gelak. Dah apehal gelakkan orang?" Kata aku menyilangkan tangan ke dada. Riak jelas terpancar tidak puas hati.

"Cik Farah.." panggil Karen dengan suara yang lembut. Aku menelan air liur kasar. Ini..first time Karen panggil aku dengan suara yang lembut. Woahh menggetarkan hati jiwa dan raga ku ini. Terus aku statik memandangnya. Kening aku terangkat menandakan kenapa.

"Tepi bibir awak tu... comot lah. Awak makan macam mana sampai comot macam ni sekali?" Kata Karen ketawa kecil lagi.

"Hah?? Comot? Mana?" Kata aku terus memegang tepi bibir aku. Kelam kabut aku mengusap kasar tepi bibir dengan tangan. Patutlah rasa macam ada sesuatu di tepi bibir aku tadi.

Karen tersenyum kecil memandang aku yang kelam kabut.

Karen hanya memandang aku dengan riak tenang dan tersenyum. Dia mengerdip matanya perlahan.

"Hehe..bukan kat situlah. Sini..biar saya tengok." Kata Karen menahan senyum. Dia mendekatkan mukanya dengan wajah aku. Sambil tangannya mengusap lembut tepi bibir aku yang comot dengan jari runcingnya.

Aku membulatkan mata aku memandangnya. Arghh kritikal!! Degupan jantung semakin meningkat!

Aku hanya statik memandang wajah tampannya yang sangat dekat dengan aku. Riak aku kembali tenang dan mengerdip mata lembut.

Karen ni.. walaupun seorang mafia. Tapi dia ada sisi lembutnya yang tersendiri. Eih jap² tapi betul ke dia mafia? Apa maksud dia kata-kata dia tentang 'mafia baik' eh? Puteri dengan auntie pun setuju saja dia kerja macam tu. Tak², ada sesuatu yang tak kena di sini. Mafia baik? Mana ada mafia yang baik. Nama pun mafia mesti semuanya jahat. Kan³?

Mata Karen terpandang ke dalam anak mata aku. Mata bertentang mata. Lama kami berpandangan.

Karen berkalih pula memandang tangannya yang menyentuh bibir aku lembut. Karen terus meletakkan tangannya kembali ke bawah.

"Sorry.." kata Karen perlahan. Pandangannya kini melari ke arah lain.

"It's okay. Hehe..saya dah dapat agak yang awak sebenarnya ada sisi lembut dan baik yang tersendiri. Walaupun orang tengok awak macam kasar tapi sebenarnya awak boleh bersikap lembut dengan orang lain. Termasuk hati awak itu.." kata aku perlahan sambil mencarik senyuman manis padanya.

"Ermm.. Karen. Can I ask you something?" Kata aku sedikit teragak-agak.

Karen mengangkat sebelah keningnya.

"What is that?" Tanya Karen.

"Apa maksud awak dengan 'mafia baik' eh? I mean..awak dah tahu yang mafia tidak ada yang baik. Yang namanya mafia semuanya jahat dan kejam. Tapi...kenapa awak kata awak adalah mafia baik? Ada...perkara yang saya tak tahu ke? Ala.. ceritalah. Saya betul-betul nak tahu. Perasaan curious saya ni tak dapat saya tepis." Kata aku.

Karen memandang tepat ke wajah aku. Reaksinya sedikit tersentak. Mungkin tidak menyangka yang aku akan menanyakan soalan tersebut.

"Sama ada...awak terpaksa jadi mafia atas disebabkan hal tertentu..atau awak telah dipaksa oleh ibu dan ayah angkat awak untuk jadi mafia? Haa awak ada cakap yang..ayah awak pun adalah mafia juga. Woah..ini merumitkan. Macam tali yang diikat simpul sehingga mati. Walaupun cuba berkali-kali untuk dirungkaikan tapi ia tetap hanya terikat macam tu. But, awak boleh rungkaikannya. Saya dah lama fikir tentang ni. Karen, can you explain to me?" Sambung aku lagi.

"Please..." Aku menayangkan puppy eyes padanya. Harap dia termakan dengan pujuk rayu aku untuk jawab persoalan-persoalan yang bermain di minda aku sekarang ini.

Karen mengeluh perlahan. Kepala yang tunduk ke bawah kini mendongak menatap wajah aku. Kening Karen tercantum.

"Awak...memang betul-betul nak tahu?" Kata Karen. Aku mengangguk kepala berkali-kali seperti burung belatuk.

"Nak!!"

Buat keberapa kalinya Karen mengeluh nafas berat. Dia menatap wajah aku. Dalam hati terbit rasa kagum juga dengan Farah kerana tekaannya ada yang betul.

"Sebenarnya..maksud kata-kata saya di hospital tadi ada kata-kata yang tersirat disebaliknya. Maksud dengan 'mafia baik' tu ialah saya bukannya sepenuhnya mafia. I mean..just lawat tempat markas dan hanya tolong orang buat kerja. But, bukan tolong seksa atau bunuh. Saya..walaupun digelar mafia...tangan ni.. langsung tak pernah bunuh orang." Kata Karen sambil memandang telapak tangannya.

"Lagipun ayah saya..dia dah berhenti jadi mafia. So, saya yang ganti tempat dia. Lagipun, sebenarnya ayah saya dulu jadi mafia pun atas disebabkan terhutang budi dengan kawannya. Nak dijadikan ringkas cerita..kawan dia pernah selamatkan nyawa ayah saya. Kalau bukan disebabkan dia ...tentu ayah saya sekarang sudah tiada." Kata Karen yang hanya memandang ke bawah.

"Maknanya ini gara disebabkan kes hutang budi lah ni? Dan disebabkan ayah awak mahu balas balik budi kawannya.. kawan ayah awak suruh ayah awak join jadi kumpulan mafia. And then, bila ayah awak dah macam tak larat dan makin tua..dia suruh awak pula yang join mafia? Woah... bukankah itu dah melebih Karen?" Kata aku.

Haih geram pula dengan ayah dia. Hutang budi pun sampai sanggup 'jual anak sendiri' ke? I mean Karen dijaga selama ini kerana semata-mata mahu dia ambik alih tugas ayah dia? Wahh..this is too much!

Karen hanya mengangguk.

"Karen, jadi selama ini awak hanya tolong dalam menyediakan senjata, tempat dan lecakkan lokasi? Tapi Karen... walaupun awak tak pernah bunuh orang atau seksa tapi awak nampak semua tu! Awak tetap tolong mereka semua dengan kerja jahat tu. Karen, saya yakin auntie awak dan juga Puteri tak nak pun awak bersengkokol dengan mereka. Malah mereka setuju sebab.....mereka tahu yang mereka tak boleh tetapkan hidup awak. Mereka tak nak awak rasa dikongkong. Itu je. Sedangkan sebenarnya..dalam hati mereka berasa gusar, risau dan gelisah dekat awak, Karen." Kata aku mencantumkan kening. Aku menatap kedua bebola mata hazelnya dengan dalam.

"Bahkan, mereka langsung tak ingin awak kerja kat situ. Karen, itu keluarga kandung awak..awak tak fikirkan Puteri dan aunty awak juga ke?" Kata aku lagi.

"Cik Farah.." panggil Karen lembut. Terbit senyuman sungging di bibirnya.

"Ya.."

"Awak?" Tanya Karen.

"Ya?" tanya aku balik dengan riak keliru. Tidak faham dengan maksudnya.

"Awak...risaukan saya juga ke? Sebab...riak awak jelas terpancar yang awak seakan risau dekat saya. Hmm adakah mungkin kerana awak ialah penyiasat? Ohh saya lupa pula yang awak ialah penyiasat. Penyiasat bukankah rapat dengan polis?" Kata Karen.

Aku terkedu seketika. Mata memandangnya sambil minda mentafsir apa maksud dengan kata-katanya tadi?

"Maksud awak..Karen?" Kata aku.

"Yeah, cik Farah...awak ialah penyiasat. Dan penyiasat mestilah akan bersikap adil untuk menyiasat segala kes jenayah dan dibawa ke polis kan? Sebab tu ke..awak tanya saya? Awak..mahu siasat saya? Awak...mahu buat aduan yang...saya bekerjasama dengan mereka, bersengkokol dengan mereka..macam tu?" Kata Karen tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya ke dada. Mata merenung aku dengan dalam.

Aku tersenyum keliru.

"KKaren..apa yang awak cakap ni? S-saya..saya tak bermaksud pun macam tu." Kata aku.

"Habis tu?"

Aku mengeluh perlahan. Karen sudah salah faham ni. Mata memandang tepat ke arahnya.

"Awak dah salah faham, Karen. Saya tahu..awak baik orangnya. Bagaimana saya tahu? Sebab saya..selesa saja apabila bersama dengan awak. Saya tahu hati awak dengan mereka sangat lain dan jauh bezanya. Awak.. berlainan dari mereka. Awak.. sebenarnya terpaksa untuk buat semua ni kan?" Kata aku sambil tersenyum.

Karen tersentak. Apakah yang dia dengar ini? Farah...selesa bersama dengan aku? Getus Karen di dalam hati.

Mata aku terkebil-kebil memandangnya. Aku lihat Karen memandang aku dengan lama. Dengan reaksi yang sukar untuk aku tafsir. Err..aku..terlalu jujur ke?

Mata kami berdua masih bertentangan. Masing-masing diam dan hanya memandang antara satu sama lain.

Satu minit..

Dua minit...

Karen akhirnya melarikan pandangannya. Dia tidak berkata apa. Sebaliknya terus berdiri tegak daripada duduk. Dia melirik ke arah jam di tangannya dan ke arah aku silih berganti.

"Jomlah balik. Nanti ibu dan ayah awak risau pula kalau anak daranya balik lewat malam." Kata Karen.

Aku mengangguk perlahan.

"Okey." Kata aku yang terus bangkit dari duduk. Orang kat sini masih lagi lalu-lalang.

"Tapi kan.. Kenapa hari ini awak mahu sentiasa berdamping dengan saya eh? Tiba-tiba saja." Kata Karen curiga. Yelah mananya tak curiga kalau aku asyik bersama dengan dia sepanjang hari ini.

Kalau nak ikutkan lepas ke markas tu Karen nak hantar aku balik tapi disebabkan aku yang mahu datang ke sini dan mengajak dia untuk menemani aku..dia hanya turuti saja kehendak aku. Dan sampailah malam. Begitulah ceritanya.

"Hehe..jangan salah faham eh? Saya mahu selalu bersama dengan awak nih ada sebab. Dan of courselah bukan sebab saya sukakan awak ye? Nope.." kata aku yang bermain jari di hadapan mukanya. Aku tersenyum sendiri.

Karen tersenyum sinis.

"Saya tak kata pun yang awak mahu bersama dengan saya semata-mata kerana ada perasaan suka dekat saya. Awak seorang saja yang berfikir macam tu." Ujar Karen ketawa menyindir. Dia terus pergi tanpa menoleh ke belakang. Ketawanya masih tersisa.

"Hhahahaha.."

Aku yang mendengar kata-kata darinya membulatkan mata. Argh..buat malu saja!

"Eih Karen. Tu saya cuma bagitau jelah! Eihh awak nih..tunggulah!" Kata aku yang berlari anak menghampirinya. Eiii jengkel betul dengan dia!

***********
Puteri pov

Aku melirik memandang nurse yang sedang memeriksa tekanan darah aku. Mesin untuk mengecek darah yang dibalut ke lengan aku dengan ketat dan kemas kini dilonggarkan. Kulihat nurse sudah selesai memeriksa tekanan darah aku.

Dengan teragak-agak aku memanggilnya.

"Nurse.." panggil aku perlahan.

"Ya? Cik.. perlukan apa-apa ke?" Tanya nurse tersebut melirik ke arah aku.

Aduhh..macam mana aku nak cakap ni ya? Hmm..

"Semalam saya ada bagitau nurse lain yang saya akan hanya boleh tidur dengan lampu yang terbuka. Sebab..saya fobia gelap nurse. Saya mohon..jangan sesekali tutup lampu bilik ini sebelum saya tidur nurse. Lepas saya tidur baru nurse boleh tutup lampu ya? Maaf sangat-sangat sebab kalau ini buat nurse jadi susah. Sebab...saya memang tak boleh berada dalam kegelapan." Kata aku menunduk kepala ke bawah. Sambil merenung tangan aku yang berada di atas riba.

Nurse termangu seketika mendengar kata-kata dari aku.

"Cik...alami penyakit Nyctophobia ke?" Kata nurse yang sedang merenung aku.

Aku hanya mengangguk perlahan. Nyctophobia. Ialah kondisi ketakutan ekstrem pada kegelapan atau malam hari. Nyctophobia juga dapat menyebabkan gejala kecemasan dan depresi. Bahkan, fobia gelap ini bisa menjadi berlebihan, alasannya tidak masuk akal, dan bisa mempengaruhi kehidupan seseorang itu dalam seharian.

"Fobia gelap sering dimulai pada masa kanak-kanak dan dipandang sebagai bahagian normal dari perkembangan anak. Beberapa penelitian menunjukkan bahwa manusia sering takut gelap karena kurangnya rangsangan visual. Dengan kata lain, orang-orang mungkin takut pada malam dan kegelapan karena mereka tidak dapat melihat apa yang ada di sekitar mereka. Cik...memang alami fobia ni.. dari masa kanak-kanak lagi ke?" Kata nurse sengaja mengutarakan soalan tersebut.

Perlahan-lahan aku mengangkat kepala memandang nurse itu. Sekali lagi aku mengangguk.

"Ya doktor." Kata aku ringkas.

"Takut akan gelap atau minimumnya cahaya sebetulnya normal. Namun, jika itu sudah mempengaruhi aktiviti hingga seharian tidur cik, cik perlu segera konsultasi ke doktor." Kata nurse itu lagi.

"Nurse.." panggil aku lembut. Aku tersenyum kelat memandangnya.

"Ya?"

"Bagi saya penyakit fobia ini..takkan dapat sembuh. Kerana.. saya mengalami trauma yang mendalam terhadap ini. Dirawatlah macam mana sekalipun tetapi trauma saya...takkan dengan mudahnya hilang nurse. Saya harap nurse..faham keadaan saya." Kata aku dengan reaksi seperti berharap.

Nurse terkelu seketika. Dia pandang aku dengan kerutan di dahinya. Namun, tidak lama kemudian...nurse tiba-tiba tersenyum.

"Baiklah, saya faham. Saya akan hanya tutup lampu bila cik betul-betul sudah tidur. Okey? Cik..jangan risau ye? Kalau perlukan apa-apa cik boleh tekan butang dekat katil ni." Kata nurse itu dengan nada lembut.

Aku tersenyum terharu.

"Terima kasih nurse." Kata aku. Nurse tadi hanya tersenyum dan keluar dari bilik. Dia tutup pintu dengan perlahan. Akhirnya kelibatnya sudah tiada di pandangan mata.

Aku mula membaringkan tubuh aku. Sambil memandang ke atas siling. Kedua-dua tangan aku silangkan ke atas perut.

"Kyran, kenapa saya selalu terfikir pasal awak ye? Saya harap sangat masalah tadi tidak akan menjejaskan hubungan kita nanti. Saya tak nak..adik saya akan buat perkara yang melulu nanti dan di luar fikiran." Kata aku bergumam sendirian. Air muka aku sedikit bertukar risau dan gelisah.

Aku mengubah posisi baring aku. Kini badan aku mengiring ke sebelah kiri. Mata aku terkebil-kebil.

"It is very difficult to solve all this. Making a pair of hearts more cracked and broken. When one already feels it..it is very difficult to restore the broken heart to normal again. Kyran saya harap..awak tidak terlalu sedih dan stress dengan semua ini. Kyran..do you listen me? But.. you're not here." gumam aku lagi. Aku menarik nafas dalam dan menghembusnya kasar. Sedang termenung lagi.

Manakala Kyran pula yang berada di atas katil di sebalik selimut tidur mengiring di sebelah kanan. Dia juga sedang memikirkan Puteri.

"Hmm..I will be more sick and suffering Puteri. I hope this is just a nightmare." Gumam Kyran sendirian di atas katil.

"I miss you..Kyran."

"I miss you..my princess."

Keesokan harinya...

Aku membuka mata perlahan. Disebabkan sinaran matahari di tingkap mengena ke wajah aku membuat aku terpaksa membuka mata. Kening aku tercantum. Pandangan sedikit kabur. Aku duduk di atas katil. Kepala aku sentuh. Sedikit pening di situ.

"Ohh..maaf menganggu. Selamat pagi..cik." kata seorang nurse menghadiahkan senyuman manis pada aku. Kali ini nurse lain pula. Aku turut membalas senyumannya tidak kalah manis juga.

"Selamat pagi." Kata aku tersenyum kecil. Aku memandang nurse dengan pandangan yang lembut.

"Bagaimana keadaan cik sekarang? Luka dah makin membaik? Masih ada rasa sakit lagi tak?" Kata nurse dengan lembut.

Aku menggerakkan tangan aku perlahan.

"Makin membaik nurse. Cuma..rasa tak selesa sajalah sebab balutan luka ini." Kata aku tersenyum.

"Tak apa. Luka awak tu doktor dah jahitkan sebab ianya terlalu dalam. Tapi tak sepenuhnya luka awak dijahit.Awak kena sabar dan tunggu ye?" Kata nurse tersebut.

Aku hanya mengangguk perlahan dan tersenyum.

"Okey nurse."

"Err..boleh saya tanya sesuatu?" Kata nurse tersebut.

"Eh nurse tanya apa-pun tak apa. Saya kan patient." Kata aku tersenyum.

"Macam mana awak boleh dapat luka ini ya? Bukan apa..saya dengan doktor yang rawat awak sewaktu awak mula² dimasukkan ke sini lihat keadaan awak yang agak teruk. Awak dipindahkan ke bilik kecemasan terlebih dahulu. Keadaan awak hampir kritikal kerana kehilangan banyak darah kalau awak tidak dibawa ke hospital dengan segera. Saya tengok awak ada banyak luka di badan. Darah dalam badan awak sangat rendah. Saya minta awak tolong jaga diri baik-baik ya nanti?" Kata nurse tersebut mengambil berat. Dia menasihati aku dengan baik. Sebagai seorang perawat mestilah nak yang terbaik untuk patientnya bukan?

Aku buntu sekejap. Apa yang aku harus cakap ni??Takkan aku nak cakap yang aku sebenarnya..diculik dan dipukul? Hmm..

"Tak apa. Kalau cik tak mahu bagitau kenapa cik cedera. Ianya hal personal. Saya sebagai perawat akan cuba yang terbaik untuk sembuhkan patient." Kata nurse tersebut.

Spontan bibir aku menguntum senyuman manis padanya.

"Okay nurse. Terima kasih atas nasihat nurse. Saya akan cuba untuk jaga diri dengan baik." Kata aku tersenyum.

"Terima kasih juga pada nurse dan doktor dalam cuba selamatkan saya." Sambung aku lagi.

"Hehe itu memang tugas seorang perawat pada patientnya. Kalau macam tu..saya pergi dululah ye?" Kata nurse tersebut meminta izin untuk pergi. Aku hanya mengangguk saja. Ekor mata hanya mengikut tubuh nurse tadi yang sudah keluar dari bilik.

"Jaga diri baik-baik? Saya..tak boleh janji..nurse." gumam aku perlahan dengan nada sedih.

Aku mengeluh nafas berat. Posisi aku sedang memeluk kedua lutut. Aku menyembamkan muka aku ke lutut juga.

Karen pov

Aku sedang minum segelas air kosong di dapur. Punggung aku labuhkan di atas kerusi. Aku mengenggam gelas dengan erat. Sambil tu...minda asyik teringat dengan kata-kata Farah semalam. Kata-katanya terngiang-ngiang di kepala.

"Maknanya ini gara disebabkan kes hutang budi lah ni? Dan disebabkan ayah awak mahu balas balik budi kawannya.. kawan ayah awak suruh ayah awak join jadi kumpulan mafia. And then, bila ayah awak dah macam tak larat dan makin tua..dia suruh awak pula yang join mafia? Woah... bukankah itu dah melebih Karen?"

"Karen, jadi selama ini awak hanya tolong dalam menyediakan senjata, tempat dan lecakkan lokasi? Tapi Karen... walaupun awak tak pernah bunuh orang atau seksa tapi awak nampak semua tu! Awak tetap tolong mereka semua dengan kerja jahat tu. Karen, saya yakin auntie awak dan juga Puteri tak nak pun awak bersengkokol dengan mereka. Malah mereka setuju sebab.....mereka tahu yang mereka tak boleh tetapkan hidup awak. Mereka tak nak awak rasa dikongkong. Itu je. Sedangkan sebenarnya..dalam hati mereka berasa gusar, risau dan gelisah dekat awak, Karen."

"Awak dah salah faham, Karen. Saya tahu..awak baik orangnya. Bagaimana saya tahu? Sebab saya..selesa saja apabila bersama dengan awak. Saya tahu hati awak dengan mereka sangat lain dan jauh bezanya. Awak.. berlainan dari mereka. Awak.. sebenarnya terpaksa untuk buat semua ni kan?"

Tiba-tiba terasa bahu aku dicuit oleh seseorang. Aku tersentak. Daddy?

"Haih, jauh termenung. Kami fikirkan apa nak?" Tanya daddy aku tersenyum. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di tepi aku.

"Tak ada apa-apa daddy." Kata aku tersenyum kelat.

"Ermm..daddy ada sesuatu nak cakap dengan kamu ni." Kata daddy aku kini berwajah datar dan serius.

Dia memandang ke arah aku.

"Errr..about what, daddy?" Tanya aku perlahan. Hati terasa berdebar-debar. Apa pulak kali ni?..

Hehe haii my readers ^^ miya ambik masa yang lama sgt ke nk update? Sorry sgt². Cerita mkin lma makin rumit. Sbb tu otak blank tu ehehe >< tpi Klau ada jln citer yg tk fham just bgitau miya okey? ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience