Bab 51: Karen, where are you?

Romance Series 10664

Sambungan Karen pov

Aku menanti dengan penuh sabar apa yang dikatakan oleh daddy aku nanti. Ohh please la..aku dah mula nervous ni. Jantung makin berdebar pula.

"Karen, this is good news for you..nak. Daddy rasa..sudah tiba masanya untuk kamu lakukan perkara yang kamu mahu dalam hidup kamu. Kamu..dah bebas nak.." kata Daddy aku tersenyum gembira. Dia menepuk bahu aku mesra.

"M-Maksud daddy??" Kata aku mengangkat kening memandangnya. Masih belum clear apa yang daddy cakap ni.

"Maksud daddy..kamu dah boleh keluar dari menjadi ahli mafia. Kamu dah boleh berhenti daripada buat kerja jahat tu. Dia sudah beritahu daddy..yang kamu sudah tidak perlu jadi ahli mafia seperti mereka. Mereka sudah ada ahli yang baru untuk gantikan kamu. D-daddy..daddy rasa sangat gembira untuk kamu nak..inilah masa yang daddy tunggu selama ini. Dan akhirnya.. saat-saat ini sudah tiba." Kata daddy aku memandang aku sambil tersenyum. Hatinya berasa sebak.

Aku terkedu, terkelu dan terkejut. Seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata daddy sebentar tadi. Aku..dah bebas?

"B-betul ke ni..dad?" Kata aku mengerdip mata seolah tidak percaya.

Daddy aku mengangguk.

"Betul nak.." kata daddy aku dengan nada seakan mahu nangis.

Mendengar kepastian yang keluar dari mulut daddy aku.. membuat aku seakan..tidak tahu mahu tunjukkan reaksi apa sekarang ini. Gembira. Yeah itulah perasaan kuat yang aku rasa sekarang ini. Perasaan gembira dan lega. Aku membuat reaksi teruja memandang daddy aku.

"Daddy...finally..finally Karen dah bebas? Wahhh..tak sangka. This is unexpected! Dad! Akhirnya..Karen dah tak perlu kerja dengan mereka lagi lah ni?" Kata aku dengan nada masih tak dapat percaya. Terasa mahu menangis je sekarang ini sebab terlalu happy. Rasa tak percaya. Rasa ini..bagaikan mimpi saja.

Aku kerja di situ sudah selama tiga tahun. Tiga tahun bagaikan ribuan tahun bagi aku. Ianya teramat sukar untuk aku apabila terpaksa membuat kerja jahat semua tu! Begitu sukar.. sehinggakan buat aku hampir hilang akal dengan semua ni. Sampai satu tahap aku dah rasa diri ini teramat teruk apabila hidup aku..terpaksa membuat semua kerja jahat tanpa kerelaan aku sendiri. Setiap hari...mendengar jeritan sengsara dari orang, setiap hari juga aku melihat orang yang tak bersalah terseksa di sana, terseksa sampaikan ke tulang rusuk. Menjerit, meraung meminta tolong tapi aku?..aku hanya boleh tengok setiap orang diseksa bermati-matian di sana. I..I feel so bad..

Daddy aku mengangguk.

"Daddy...ini..ini adalah berita yang sangat gembira untuk Karen! Akhirnya hidup Karen tidak lagi perlu bekerja dan menjejakkan kaki ke tempat situ lagi!" Kata aku tersenyum gembira.

"Karen, kamu..tak perlu berterima kasih pada daddy..sebab selama tiga tahun ni..hidup kamu jadi susah untuk jalankan hari kamu di situ kerana daddy. D-daddy.. bukanlah ayah yang baik untuk kamu nak... daddy tahu.. setakat minta maaf saja tak cukup. Sebab.. yang menderitanya adalah kamu sendiri..nak." kata daddy aku yang serupa sudah mengalirkan air mata kelelakiannya.

"D-Dad....are you crying?" Kata aku sedikit terkejut melihat daddy aku menangis. Aku menyentuh lembut lengannya.

Daddy aku tidak berkata apa. Hanya kedengaran esak tangisnya. Aku tahu hidup aku selama tiga tahun ni..begitu susah untuk aku lalui disebabkan dirinya. But... he's always my dad. Seburuk-buruk dia tetap ayah aku yang telah banyak berjasa pada aku..selama ini. Kalau nak dibandingkan tiga tahun aku mengalami detik-detik sukar. Tetapi mommy dan daddy..sudah bertahun-tahun begitu payah dan perih dalam membesarkan aku selama ini. Dan... takkan macam itu pun aku nak berkira bukan?

Aku tersenyum kelat memandang daddy aku.

"Daddy..you know what..you ever talked to me that.."kadang-kadang orang tidak sedar.. bila seseorang itu melakukan sesuatu kejahatan tetapi ternyata boleh menjadi kebaikan untuk dirinya juga tetapi bila seseorang tu cuba buat yang terbaik pada seseorang itu. Hakikatnya..itu bukanlah sesuatu yang baik. Melainkan...hanya dirinya sahaja yang menganggap itu adalah perkara yang terbaik." Daddy you know what... sampai sekarang Karen teringat kata-kata tu. Memang betul cakap daddy..tak semestinya buruk akan sentiasa buruk dan tak semestinya baik akan sentiasa baik. Karen tahu...daddy terpaksa buat semua ni..ianya bukan kepentingan daddy seorang tetapi.. kepentingan Karen dan juga mommy. Dulu memang ye..Karen tak sedar tapi Karen sudah tahu semuanya dad. Kawan yang pernah selamatkan daddy tu..ugut daddy dengan mempergunakan Karen dan juga mommy kan kalau daddy tak mahu balas jasa dia? Dia sahaja mengungkit kisah lama tu. Dia memang jahat." Kata aku menggenggam buku lima erat.

Daddy aku kini memandang tepat ke arah aku. Esak tangisnya sudah tidak kedengaran.

"Tapi takpe..demi daddy dan juga mommy..Karen sanggup berkorban dan lalui semua itu. Dan sekarang..ianya sudah berakhir. Penderitaan Karen sudah berakhir. Karen sudah tidak lagi dipaksa oleh mereka. Cuma.... betullah cakap orang. Dunia ini memang mustahil kalau tiada orang kejam atau jahat. Memang sangat mustahil kalau tidak ada. Bahkan, orang mafia seperti mereka..sanggup buat apa saja asalkan dapat penuhi hasrat mereka sendiri. Kawan yang Karen anggap di sana pun...Karen berhati-hati juga daddy." Kata aku yang masih mengenggam erat buku lima.

Kelihatan daddy aku mengusap perlahan pipinya yang basah dengan air mata.

"Jadi....kamu sudah tahu hal yang sebenar. Kamu..dah tak salahkan daddy? Kalau bukan disebabkan dia yang pernah selamatkan daddy dari rumah daddy yang terbakar 10 tahun yang lalu..semua ni takkan terjadi. Dia bantu daddy pun.. bukannya dasar hati yang ikhlas." Kata daddy aku merenung meja.

"Tak apa daddy. Lagipun..daddy juga sama nasib dengan Karen. Disebabkan terhutang budi...daddy la yang paling banyak derita berbanding Karen." Kata aku tersenyum.

Daddy aku perlahan mencarik senyuman pahit.

"Terima kasih..Karen. Nampaknya semua ini sudah tertulis. Dari daddy nampak kamu kali pertama ketika kecil..bila daddy mendapat tahu yang kamu.. sebenarnya diculik dan mahu dijual..daddy dengan mommy terus beli kamu nak. Daddy takut kamu pula terjatuh ke tangan orang yang salah. Walaupun hakikatnya daddy pun taklah baik sangat." Kata daddy aku.

Aku hanya tersenyum. Memang betul cakap daddy aku tu. Nasib baik aku dibeli oleh daddy dan juga mommy aku. Kalau aku dibeli dan terjatuh ke tangan yang salah mungkin aku.. bukanlah Karen yang baik lagi.

Dan selepas aku dibeli oleh mereka berdua pun..aku tidak diberi nama malah nama aku yang sebenar mereka panggil. Karen Anderson. Yeah, nama tu mereka tahu pun kerana penculik tu tahu nama aku. Jadi, waktu tu...nama panjang aku ialah Karen Anderson Jonathan.

Yeah penculik tu dia memang sudah rancang untuk menculik aku sampaikan sudah tahu nama sebenar aku. Itu, memang gila. Aku paling tak puas hati dengan penculik tu.. sampaikan sanggup buat apa saja untuk cari masa yang sesuai untuk culik aku. Bahkan aku rasa dia menyelidiki tentang keluarga aku mungkin. Sebab tu dia tahu nama aku yang sebenar. Heran. Memang sangat heran. Aku dapat rasakan yang penculik tu..mungkin ada dendam atau cemburu dengan keturunan keluarga Khan.

Kalau tidak...ada je anak yang lain yang dia boleh culik. Kenapa mesti aku yang mereka culik? Nampak sangat tak puas hati dengan keluarga aku. Tapi, aku rasa tak perlu untuk aku ingat balik semua ni. Benda dah jadi. Cuma aku masih berdendam dengan penculik tu. Disebabkan penculik tu..waktu kecil hanya sedikit saja masa yang aku luangkan bersama ibu bapa aku.

And last² aku dapat tahu mereka dah meninggal selepas aku melanjut usia remaja. Di usia remaja juga la..aku sudah diberitahu yang aku..bukanlah anak kandung mommy dan daddy. Selepas mereka menyiasat apa yang jadi..waktu tulah aku sudah tahu.. yang ibu bapa aku sudah lama pergi. Manakala kakak aku pula..disara baik oleh aunty aku. Itu..memberi kesan yang sangat mendalam pada aku.

Betapa sakitnya dalam hati ini apabila hanya dapat bersama dengan kedua orang tua aku hanya sekejap saja. Betul-betul terasa sangat sekejap. Begitu kejam orang tu..yang melanggar kereta ibu dan ayah aku. Puteri boleh maafkan orang yang langgar kereta ibu dan ayah aku tu...tapi aku? Takkan sesekali aku maafkan.

Namun, bukan aku seorang saja..Puteri kakak aku turut tidak rasa puas dengan kasih sayang ibu dan ayah kami.Mereka pergi terlalu cepat.

*************
Seorang lelaki muda mula menapak turun dari keretanya. Dia menutup pintu kereta perlahan. Cermin mata hitam yang terselit di kolar bajunya dia pakai. Terbit senyuman di bibir merahnya.

Dia mendongak sedikit ke atas memandang bangunan hospital yang megah ini.

"Puteri, wait there..I will come to you." Kata seorang lelaki tersebut dengan suara yang agak seksi. Dia berjalan masuk ke dalam pintu masuk hospital. Sambil berjalan dia menghadiahkan senyuman manis dan menunduk sedikit kepada orang yang memandangnya. Biasalah dengan muka tampannya itu mampu menarik perhatian orang di situ. Tetapi tidak semua.

"Nurse, can I ask you something?" Tanya lelaki tersebut tersenyum lagi.

"Ermm..yeah?" Sahut nurse itu di kaunter.

"Is there a room patient named Puteri Ilynia Khan?" Tanyanya pada nurse itu.

"Wait a second." Kata nurse itu.

"Ermm..pesakit yang bernama Puteri Ilynia Khan berada di bilik wad nombor 12, Encik..." Kata nurse itu menggantungkan ayatnya.

"Audrey. Mr. Audrey." katanya tersenyum.

"Okey Mr. Audrey. Awak boleh pergi ke kiri dan straight. Nanti awak akan jumpalah bilik wad nombor 12." kata nurse itu lagi.

"Ohh.. thanks to you, nurse." Kata Audrey sambil meletakkan cermin mata hitam di pucuk hidung. Dia mengengit mata nakal pada nurse itu sebelum mula menapak pergi.

Nurse pula beriak keliru. Dia menggeleng kepalanya. Terbit senyuman kecil di bibirnya.

Audrey bersiul-siul kecil dan mengikut jalan arah yang dikatakan oleh nurse tadi. Spontan dia mengukir senyuman manis apabila sudah ternampak bilik wad nombor 12. Dia mengerling sekilas ke arah sebuah plastik besar yang dijinjitnya dalam tangannya.

'Harap Puteri suka.' getus Audrey di dalam hati. Akhirnya sebelum dia masuk terlebih dahulu Audrey mengetuk pintu tersebut.

Tuk..tuk..

Puteri pov

Aku yang sedang membelek buku majalah di atas katil menoleh ke arah pintu. Kedengaran pintu diketuk perlahan.

"Masuk je, pintu tak kunci." Kata aku. Mata aku masih terlekap ke arah pintu. Siapa pula ya? Farah? Ish tak mungkin! Dia kan jenis terus terjah je masuk bilik tanpa ketuk. Takkan dah insaf kut.

Akhirnya pintu dibuka perlahan dari luar. Serentak itu wajah yang aku kenal menerjah ke ruang mata.

"A-Audrey?" Kata aku sedikit terkejut. Adehh Puteri.. kenapa kau tiba-tiba jadi terkejut pula ni? Bukankah kau yang bagi location hospital kat dia melalui mesej? Baru saja dia cakap dia mahu datang. Apalah..

"Ye saya." Kata Audrey tersenyum. Dia meletakkan sebelah tangannya ke dada.

"Audrey, jemputlah duduk sini." Kata aku tersenyum kekok.

Audrey hanya mengangguk. Dia duduk di atas kerusi di tepi katil. Sebuah plastik diletakkannya ke atas meja kecil.

"So, how are you honey? How you feel? Ada rasa sakit dimana-mana tak? Just tell me." Kata Audrey dengan riak risau. Terkejut juga dia melihat kepala dan kedua-dua tangan aku yang berbalut.

Aku menjadi tersentak. Terus aku statik memandangnya dengan membulatkan mata. Honey? Jap² aku tak salah dengar ke?

Audrey hanya beriak tenang memandang aku.

"Honey?" Tanya aku balik padanya.

Audrey bertukar riak. Air mukanya yang berubah membuat aku mengecilkan mata memandangnya.

"Errr...I mean...Puteri?" Kata Audrey menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hanya menayangkan gigi gusinya.

Aku mengangkat kening padanya. Hmm.. mungkin aku salah dengar kut.

Aku tersenyum padanya.

"Thanks, but I am okay. Don't worry ya Audrey?" Kata aku dengan lembut.

Krikk...krik..

kami berdua mendiam diri seketika. Sudah tidak tahu mahu bercakap apa.

Tiba-tiba..tanpa aku duga Audrey melekapkan tangannya di kepala aku yang berbalut. Aku memandangnya dengan reaksi keliru.

Selepas itu dia memegang tangan aku yang berbalut.

"Puteri, awak cedera kat mana lagi?" Tanya Audrey dengan wajah serius. Gulp! Aku menelan air kasar. Kenapa dengan wajah tu? Kenapa serius sangat? Uuu sedikit menakutkan di situ.

"Errr..."

'Atas kecederaan Puteri ni..kalau aku dapat tahu siapa dia angkara ni..dia akan lebih sakit dari apa yang terjadi dekat Puteri. Huh!' getus Audrey di dalam hati.

"Takpe, sebelum saya terlupa." Kata Audrey. Dia mengambil plastik yang berada di atas meja kecil di tepi katil. Dan mengeluarkan kotak dari plastik. Kotak tu pula macam kotak.. pizza. Ha'aalah memang pizza pun sebab tertulis pizza di atas kotak itu.

"Apa ni? Pizza? Untuk apa?" Kata aku menanyakan soalan bodoh pula. Dah tau pizza tanya lagi.

"Ha'aa. Saya belikan untuk awak. Jom kita makan sama-sama nak tak? Awak mesti teringin nak makan luar kan? Sebab dah duduk kat sini sampai beberapa hari. Makanan kat hospital tawar." Kata Audrey.

"Hehehe, awak ni.. buat susah-susah pulak. Macam tau² je saya sekarang ni lapar pizza." Kata aku tersenyum.

"Hehe of course. Orang yang duduk kat wad ni mesti akan teringin makanan luar. Jadi, saya belikanlah awak pizza and..bubur nasi." Kata Audrey.

"Nah.." Audrey meletakkan satu bekas kecil yang berisi bubur beserta sudu plastik pada aku. Aku hanya tersenyum.

"Makanlah." Kata Audrey menongkat dagunya memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum.

Aku hanya mengangguk. Dan menyuap sesudu bubur. Bubur ni ada ayam, carrot, kentang dan daun bawang. Memang sedap. Tak tawar pun.

Aku berasa tak selesa apabila dipandang Audrey sebegitu Aduhh..dia ni!

"Err.. kenapa awak pandang saya macam tu??" Kata aku sedikit gugup.

"Tak ada apa-apa. Cuma..ketika makan pun awak cantik Puteri." Kata Audrey tidak berkelip memandang aku. Audrey tersenyum.

Err.. sedikit seram di situ. Hmm.. takpalah. Mungkin dia saja puji aku cantik. Puteri..fikir positif.

Tiba-tiba tengah aku makan Audrey tiba-tiba mengelap tepi bibir aku dengan tisu. Sekali lagi aku membulatkan mata memandangnya.

"Awak ni makan comot pun cute tau." Kata Audrey tersenyum menggoda.

Auch! Cute dia kata? Pffft! Tadi kata cantik sekarang cute pula. Eihh macam ada sesuatu je. Ahak!

"Haha ada-ada je." Kata aku ketawa kecil. Tersipu-sipu malu aku dibuatnya dengan pandangan dia, kelakuan baik dia. Pfft! Audrey, dia..boleh jadi kawan aku. Tapi, aku tak tahu apa niat dia baik sangat dengan aku ni. Hmm...cara pandangan dia dekat aku...memang lain macam.

Kotak pizza yang sudah dibuka dia ambik sepotong pizza dan menyua ke mulut aku. Adehh, dia ni..nak suap bagai pulak.

"Aaaa..buka mulut awak. Saya nak suap ni." Kata Audrey.

Melihat aku masih statik diam tidak membuka mulut Audrey bersuara lagi.

"Sayanglah kalau awak tak makan pizza ni. Sedap tau?" Kata Audrey sengaja mahu mengumpan. Aku tersenyum malu dan menggeleng kecil.

Namun, aku buka juga mulutku untuk dia suap. Nanti dia terasa pula kalau aku tak nak dia suap.

"Audrey, awak ni..saya kan ada tangan lagi. Masih boleh suap sendiri." Kata aku.

"Tangan yang berbalut tu..awak kata boleh?" Kata Audrey yang memandang tangan aku yang berbalut.

Aku terkedu lidah. Tak tahu mahu membalas apa. Selalunya aku makan sendiri dengan sudu.

Namun, walaupun begitu.. jari-jemari tangan aku kan masih ada. Dan sihat walafiat lagi. Masih lagi boleh pegang sesuatu.

"Puteri.." panggil Audrey lembut. Dia mendekatkan wajahnya ke arah aku.

Aku sedikit tersentak. Mata aku membulat memandang ke arahnya.

"Err..yea?" Kata aku sedikit gugup. Mana tak gugup kalau tiba-tiba dia asyik dekat dengan aku. Hanya Kyran saja yang boleh dekat dengan aku macam ni tau. Haa gitewwww! Ahak.

"Macam mana awak boleh cedera? Can you tell me the truth? Siapa yang berani sangat cederakan awak sampai macam ni?" Tanya Audrey dengan serius. Dia menatap kedua-dua bebola mata biru cantik di hadapannya tanpa berkelip.

"Errr...takde siapa pun yang cederakan saya. Saya yang cuai." Kata aku perlahan. Tidak berani bertentang mata dengannya.

Audrey ni pun..berani sungguh dekat dengan aku. Hmm..aku tak suka la.

Aduhhh Puteri! Kalau nak tipu pun biarlah logik. Ini tidak...kau cakap cedera macam ni..disebabkan kecuaian kau?? Ish dah sah² lah dia tau kau tipu dia! Haihh dungu betul!Aku menjerit di dalam hati.

"Lie." Kata Audrey.

"Ya?" Tanya aku balik berpura-pura tidak mengerti maksudnya.

"You are lying Puteri." Kata Audrey.

Aku tidak tersentap. Memang dah agak itu perkataan yang akan keluar dari mulutnya.

"Mulut boleh menipu tapi hati...kita tak tahu kan? Lagipun cara pandangan awak tadi. Awak cakap tadi pun awak tak bertentang mata dengan saya. Ianya memang dah sah bukan yang awak..menipu?" Kata Audrey dengan tajam.

Aku tidak berkata apa. Audrey mengangkat keningnya. Apabila ternampak reaksi ketidakselesaan aku dia menjarakkan sedikit kedudukan aku dengan dia. Terus aku menghela nafas lega perlahan.

"It's okay kalau awak tak nak bagitau. But, kalau saya tahu siapa yang buat awak macam ni... siaplah dia nanti!" Kata Audrey yang sudah mengenggam buku limanya erat.

Gulp! Aku menelan air liur kasar. Terasa tersekat di kerongkong. Audrey ni...aku rasa dia ialah seorang yang paling pantang dicabar dan orang yang..mungkin sedikit kasar. Entahlah tapi ada sisi yang dia belum tunjukkan. Ianya buat aku..seremm.

Audrey yang perasan riak wajah aku seperti berubah tersenyum.

"Err..sorry kalau buat awak rasa takut Puteri. Saya cuma rasa geram dengan orang yang cederakan awak ni. Puteri...boleh awak janji dengan saya? Yang awak..lepas ni akan jaga diri dengan baik?" Kata Audrey menyentuh tangan aku lembut membuat aku tersentak dengan sentuhan darinya.

Kata-katanya seperti nasihat nurse tadi. Yang menyuruh aku menjaga diri dengan baik.

Aku menarik tangan aku perlahan dari genggamannya. Walaupun dia dah susah-susah bawa aku makanan ke sini tak semestinya dia boleh pegang aku sesuka hati.

"It's okay, Audrey. Err..awak jangan risau ye? Saya akan cuba jaga diri dengan baik lepas ni." Kata aku cuba untuk tersenyum. Aku menyambung balik kegiatan makan aku yang tergelanda tadi.

Manakala Audrey yang lihat aku menarik tangan aku tadi dari genggamannya sedikit tersentap. Dalam hati.. sedikit terasa dengan kelakuan aku. Tetapi apabila terlihat aku dia cuba untuk tersenyum.

"Hehe sedap.." kata aku perlahan. Audrey hanya tersenyum. Dalam hati sudah nekad mahu memiliki Puteri walau cara apa sekalipun. Orang yang sudah lama membuat hatinya terjatuh cinta.

Sudah 30 minit Audrey berada di sini.

"Puteri, awak dah habis makan?" Kata Audrey.

Aku mengangguk perlahan.

"Kenyang.." kata aku tersengih-sengih. Sekotak pizza dan bubur sudah habis licin dimakan oleh aku. Aip aip bukan aku seorang yang makan semua ya Audrey pun makan juga pizza. Sebab tu cepat habis. Kalau aku seorang makan semua ni...pfff! Gerenti berat badan sudah meningkat hanya dengan beberapa minit saja. Ohh my god.

"Puteri, sementara awak dah kenyang ni...boleh nyanyikan saya sebuah lagu tak? Sebab saya baru tau dan dengar yang awak ialah penyanyi yang hebat. Saya tak pernah dengar suara awak lagi bila nyanyi. Can i hear you sing? Please ... just one song." Kata Audrey yang seperti memohon.

"Err.." aku menggaru kepala yang tidak gatal. Menyanyi? Di hadapannya? Hmm..mesti akan kekok nanti.

"Okey takpun macam ni. Biar saya yang nyanyi dulu part lagu verse dan chorus untuk beginning and second awak pula nyanyi part verse 2 dan juga chorus. Kalau ada part bridge kita nyanyi sama-sama secara serentak. Macam mana boleh tak?" Kata Audrey memberi cadangan lagi.

Uish. Tak sangka Audrey pandai menyanyi juga ya?

"Err..boleh. Tapi lagu apa yang awak nak nyanyi?" Kata aku sambil memandangnya.

"Ermm..lagu artist apa yang awak terer?" Kata Audrey.

"Hehe Alexandra Porat?" Kata aku hanya tersengih seperti kerang busuk. Yeah, lagu dia yang aku paling banyak nyanyi dan minat.

"Okey, kalau macam tu. Kita nyanyi lagu 'You are the Reason' by Alexandra Porat? Hehe saya paling tau lirik lagu tu." Kata Audrey tersenyum menampakkan gusinya.

Aku hanya ketawa kecil.

"Hehe it's okay."

"Kalau macam tu..dalam kiraan one, two, three saya akan start menyanyi dulu." Kata Audrey.

"Eh jap-jap, awak pandai nyanyi tanpa muzik? Sebab kut awak terlupa rentak nada lagunya." Kata aku saja mengingatkan.

"Of course..I know, Puteri." Kata Audrey.

"Hehe okey, biar saya yang kira." Kata aku.

"One.."

"Two.." Aku lihat Audrey sedang berdehem-dehem kecil memperbetulkan suaranya. Sudah bersedia mahu menyanyi. Wahh..mesti suara dia sedap ni bila nyanyi. Teringin juga nak dengar.

"Three.." Selepas saja aku menyebut 'three' Audrey sudah memulakan nyanyiannya untuk verse 1 dan part chorus mula.

Aku memandangnya menyanyi sambil memejamkan mata.

{Verse 1}
There goes my heart beating
Cause you're the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
There goes my mind racing
And you're the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

Woahh, sedap la suara Audrey ni. Macam suara apatah tu...haa artist Calum Scott! Hampir suara nak sama. Beliau pun nyanyi lagu ni juga.

{Chorus}

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you're the reason.

Okey, sekarang tiba masanya untuk aku menyanyi verse 2 beserta chorus.

{Verse 2}
There goes my hands shaking
Cause you're the reason
My heart keeps bleeding
And I need you now
If It could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe

Audrey yang mendengar aku menyanyi memandang aku dengan wajah takjub. Bila tiba saatnya part chorus automatik senyuman di bibir Audrey terukir. Aku cuba tidak mempedulikannya dan menggerakkan sedikit badan aku.

{Chorus}
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken

Bila tiba di perenggan bridge kami berdua menyanyi secara serentak.

{Bridge}
Oh, 'cause I need you to see..to see
That you're the reason
You're the reason
Yeah, yeah..
I don't want to fight no more
I don't want to hide no more
I don't want to cry no more
Come back, I need you to hold me
A little closer now, just a little closer now (oohh..ohhh..)
Come a little closer, I need you to hold me tonight

And then chorus last aku dan Audrey menyanyi bersama-sama. Sama-sama berpandangan dan tersenyum.

{Chorus}
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reason

Kedengaran bunyi tepukan aku dan juga Audrey atas nyanyian masing-masing. Kami bertepukan tangan untuk diri sendiri.Tidak lama selepas itu ketawa kami tercetus juga. Masing-masing terukir senyuman dan ketawa.

"Wooo, hebatlah awak ni Puteri! Kita nyanyi lagu Alexandra Porat suara awak pun macam Alexandra Porat. Woah..patut awak popular Puteri. Hehe kenapalah saya baru tau yang awak adalah penyanyi? Saya pun baru dapat tahu dari kawan saya." Kata Audrey tersenyum. Kami berdua sudah berhenti daripada menepuk tangan.

Aku hanya tersenyum malu apabila dipuji sebegitu.

"Suara awak pun apa kurangnya. Sedap! Hehe taklah. Saya tak popular sangat pun. Saya popular di satu tempat dan tak popular di satu tempat. Macam saya hanya popular dekat hanya suatu tempat je. Macam kat club kalau saya kat club ramai orang yang kenal saya. Sebab saya banyak nyanyi kat situ. Saya akan nyanyi kalau orang suruh saya nyanyi. Itulah cara saya untuk..cari duit sendiri." Kata aku.

"Ermm...boleh saya tanya awak Puteri? Tapi kalau saya tanya ni..awak janji jangan marah ye?" Kata Audrey.

"Ermm..tanya jelah. Hehe apa yang buat saya marah? Takpa, awak tanya dulu apadia?" Kata aku menatap wajahnya.

"Awak..tak ada kelulusan ke? Hehe saya bukan apa. Saya rasa tak selamat kalau awak kerja menyanyi macam ni. Sorang-sorang tanpa ditemani bukankah itu bahaya? Tapi kalau awak ada kelulusan awak boleh cari kerja lain yang lebih selamat." Kata Audrey.

Aku termangu seketika. Tidak lama kemudian aku menjawab pertanyaannya itu.

"Saya ada. Tapi...hehe dalam jurusan muzik la. Sebab tulah saya jadi penyanyi ni. Sebab saya mahir dalam muzik dan nyanyian. Hehehe takpe la awak..saya ni pandai jaga diri tau? Saya ada black belt tau jadi jangan pandang saya sebelah mata." Kata aku ketawa kecil.

"Woahh..dia ke? Hhehehe saya tak tahulah pulak. Perempuan secantik awak dan selembut awak tak sangka ada sisi kasarnya juga kan? Hehehe." Kata Audrey sambil ketawa kecil.

Aku hanya tersenyum.

"Okeylah awak, dah lama saya duk sini. Take a rest. Nanti saya datang lagi ya?" Kata Audrey.

"Hehe okey." Kata aku ringkas dan menghadiahkan senyuman nipis padanya.

Audrey sempat mengenyit mata nakal pada aku dan berkata.

"See you next time.. Puteri." Kata Audrey tersenyum penuh makna. Selepas itu dia menoleh badannya ke belakang menapak ke arah pintu. Di sebalik wajahnya sempat dia tersenyum miring sebelum membuka pintu untuk keluar. Serta-merta kening aku tercantum. Pintu sudah ditutup dari luar.

Apa maksud di sebalik kenyitan mata tu? Ohh my..Aku menggeleng kepala perlahan. Tidak mahu berfikir bukan-bukan apa maksud disebaliknya. Mungkin itu hanyalah kenyitan mata yang disengajakan untuk aku sebagai kawannya. Pffft!Fikir positif jelah.

***********
Farah pov

Aku sedang memikirkan sesuatu. Dan sesuatu yang berkait hubungan adik dan kakak iaitu Karen dan Puteri. Aku harus pastikan yang tidak ada berlaku kerenggangan dalam hubungan mereka berdua ni. Aduhh..apa yang aku harus lakukan eh?

Wahai otak yang bijak..cepatlah beri idea. Hmm...fikir punya fikir. Ting! Bagaikan mentol lampu di atas kepala menyala. Idea sudah mari!

Apa kata.... pertemukan mereka berdua saja? I mean..hanya Puteri saja yang boleh memujuk Karen dalam hal ni. Haa! Betul tu! Karen Anderson Khan. Tunggu aku akan call kau. Muahehe...

"Hello.." kedengaran suara musky lelaki di gegendang telinga.

"Hello Karen.." Kata aku cuba membuat nada sedih. Karen di talian sana tersentak apabila mendengar suara tangisan aku yang teresak-esak menangis. Padahal, aku sengaja buat begitu. Wahh, boleh dapat anugerah ppelakon artis popular ni! Ahak.

"Cik Farah? Why you call me? Are you crying?" Tanya Karen dengan nada sedikit risau.

"Huhu..Karen please..datang sini cepat! Kakak awak..huhu..kakak awak dia dalam kritikal! Hu..Awak huhu kena datang ke hospital sekarang! Sebelum..huhu.. sebelum ianya terlambat!" Kata aku sambil menangis palsu. Aku memegang bawah mata aku kut ada air mata. Nak lebih dramatik katakan. Haha!

"What?!" Jerit Karen di talian sana. Nadanya jelas terkejut.

Tupp..tupp..aku lihat telefon aku. Aik, dah letak. Cepatnya. Hehehe.. takpe..umpan sudah mengena. Rancangan aku hampir berjaya. Suara Karen tadi jelas terkejut dan takut. Itu bermakna..dia akan jumpa dengan Puteri nanti. Ohh yess!

Aku tersenyum-senyum seorang diri. Hehe.. perbuatan aku ni salah ke? Hmm..macam jahatlah pula aku ni main-main dengan dia. Entahlah bila aku dengar suara dia yang cemas dan terkejut rasa simpati pula. Aduhh..Farah apa yang kau buat ni? Ermmm..mesti dia marah ni kalau dapat tahu aku saja main-main dengan dia. Hihi takpelah. What I care!

Aku bermain-main dengan telefon aku. Terbit senyuman nakal di bibir aku lagi. Pfft! Dalam hati sudah berdoa supaya Karen tidak balas dendam balik pada aku.

**********
Karen pula dengan cemasnya terus membawa kereta pergi ke jalan raya.

Dia membawa kereta melebihi had laju.

"Kak... bertahanlah..jangan tinggalkan dik." Gumam Karen perlahan sambil memusingkan stereng kereta. Dia mengalirkan air mata ke pipi.

Pin..pin..!

Tanpa Karen sedar kereta tiba-tiba muncul di hadapannya. Dia membelok kereta tanpa lihat ke kanan dan kiri terlebih dahulu.

Pin..pin..!

"Arghh.."

**********
Aku membuat keputusan untuk pergi ke hospital. Akhirnya kereta aku sudah sampai ke hospital. Aku masuk ke hospital dan berjalan-jalan untuk ke bilik wad Puteri. Kaki aku terhenti di hadapan pintu. Aku mendekatkan telinga aku ke pintu. Mahu mendengar suara orang bercakap.

Tapi..kat dalam hanya sunyi saja. Aik! Karen tak sampai lagi ke?

Selepas fikir punya fikir lama akhirnya aku buat keputusan untuk buka pintu.

"Farah? Jemputlah masuk. Hehe macam tau² je aku tengah bosan sekarang ni." Kedengaran suara Puteri ceria ke gegendang telinga aku.

"Puteri? Kau seorang saja?" Kata aku sedikit terkejut. Aik..takkan Karen dah tahu plan aku? Aduhh.. nampaknya plan aku tak jadi la. Takpe ² kita tunggu dulu. Mungkin ada jem kat jalan raya. Maybe sebab tu Karen lambat. Huhu..harap begitulah.

"Puteri...nanti adik kau akan datang tau? Aku..aku tunggu kat luar ye? Bye²." Kata aku dengan kelam-kabut terus menutup pintu.

"Tapi.." kata-kata Puteri terhenti apabila Farah sudah menutup pintu terlebih dahulu.

"Karen? Nak datang sini? Tapi.... heran. Kenapa Farah mahu takut pula? Haih macam-macam.." gumam Puteri seorang diri. Dia menggeleng kecil dan tersenyum sendiri.

Aku memegang dada aku. Aduhh..Karen datang ke tak ni?! Huhu takkan tak datang.

Aku menoleh badan ke belakang. Wajah aku hanya masam mencuka.

"Karen, di mana awak ni??" Gumam aku perlahan. Dalam hati perasaan resah dan gusar mula hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience